Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya.
Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu...
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
6/10. Sangat berbeza dengan novel RAM lain yang pernah aku baca, ADAM ini bergerak terlalu lambat. 'Cerita' bermula di sudah bahagian tengah. Di bab-bab awal banyak perkara yang tidak penting diceritakan.
Mengisahkan ASP Hilman,seorang penembak tepat Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dia dan anak perempuannya,bernama Jeslina,yang sekian lama terpisah antara satu sama lain,terlibat di dalam kemalangan jalan raya di New York,Amerika Syarikat (AS). Hilman dituduh memandu di dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan tersebut. Manakala,Jeslina koma. Hilman merasakan bahawa dirinya dianiaya dan dijadikan 'kambing hitam' di dalam kecelakaan itu. Dia lantas berusaha untuk membersihkan namanya dengan mencari siapa yang sebenarnya bertanggungjawab. Hilman mendapat bantuan dari Daljit (seorang wartawan Malaysia),Gabriel (seorang ejen Malaysian Intelligence Agency (MIA)), Mia Sara (seorang petugas di Kedutaan Malaysia di AS,yang turut mencintai Hilman secara diam-diam) dan Ruben (seorang ejen Central Intelligence Agency (CIA) AS yang terhutang budi kepada Hilman kerana pernah menyelamatkan nyawanya). Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab di atas kemalangan tersebut? Adakah Hilman berjaya membersihkan namanya? Adakah dia akan berjaya membalas dendam? Sila dapatkan novel ini di pasaran untuk mengetahuinya. ADAM merupakan novel Ramlee Awang Murshid (RAM) pertama yang saya baca. Saya membacanya buat kali pertama pada tahun 2004. Walaupun,jalan ceritanya agak menarik,namun pada masa itu saya berasa sedikit tidak berpuas hati dengan jalan ceritanya. Pada pendapat saya, novel ini tidak mengandungi aksi-aksi thriller yang padat dan mendebarkan. Malahan,saya turut merungut kerana terlalu banyak adegan menangis dan sedih di dalamnya. Saya mempunyai pemikiran yang seperti ini kerana pada ketika itu,saya lebih meminati novel-novel thriller dan aksi Barat seperti Tom Clancy dan Chris Ryan. Namun begitu,kini saya menyedari bahawa ini adalah gaya penulisan RAM. Gaya penulisannya tidak boleh dibandingkan dengan gaya penulisan penulis-penulis Barat. Seperti kebiasaannya,RAM akan memasukkan unsur-unsur yang lazimnya beliau masukkan di dalam karya-karyanya iaitu keislaman,cinta,thriller/aksi dan humor. Ciri-ciri inilah yang membezakan beliau daripada penulis-penulis yang lain. Malah,ianya seolah-olah menjadi 'trademark' dan membentuk keasliannya yang tersendiri. Secara keseluruhannya,novel ADAM ini merupakan sebuah novel yang digarap dengan baik. Malah,novel ini juga istimewa kerana ini merupakan kali pertama RAM menjadikan tema politik sebagai antara intisari utama penceritaan novel ini. Novel ADAM ini saya syorkan kepada sesiapa yang ingin membaca novel thriller bahasa Melayu. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang ingin beralih arah untuk sementara waktu daripada membaca novel-novel thriller Barat. InsyaAllah,anda tidak akan kecewa membacanya.
Love this novel. Novel yang ini more straight forward compare dengan novel2 RAM yang lain. Takde plot twist yang tak disangka.
Aku suka novel yang melibatkan penyiasatan & jenayah macam ni.
Hilman, sharpshooter dalam PDRM. Gila la kalau dia nak buat benda bukan2 yang boleh menjatuhkan maruahnya sebagai anggota polis.
Kisah yang banyak dimainkan di New York city compare to Malaysia sendiri. RAM membawa kita mengembara ke NY dengan meluasnya. Serius. Secara detail penerangan tentang bumi NY dimasukkan oleh RAM.
Walaupon novel ini dah memasuki usia 18 tahun, tapi ia masih segar jalan ceritanya. Masih boleh dihadam pada hari ini. Kadang2 ada novel yang ceritanya 'mati'. Tak boleh dihadam pada masa kini. Tapi berbeza dengan novel RAM.
Jalan ceritanya memang menarik! Ada gaya filem The Recruit ataupun Jack Ryan:Shadow Recruit..RAM memang ada keistimewaan mengadunkan unsur aksi dari Barat dengan rempah dari bumi Malaysia! Jadi untuk sesiapa yang minat dengan kisah penyiasatan yang bertaraf antarabangsa bolehlah mencuba novel ADAM : Aku Darah Anak Malaysia ini.
Sebuah cerita yang menarik. Tapi plotnya agak predictable. Sikit lah sikit. Dan saya rasa kalau takde elemen cinta dalam buku ni lagi bagus sebab saya tak suka elemen cinta antara Hilman dan Mia Sara ni 😅. Apa-apapun, its an enjoyable read.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Buku tulisan Ramli Awang Murshid (RAM) yang pertama aku baca.
Menerusi komen-komen (di Goodreads) yang terdahulu, betul. Kau menjadi "terdesak" untuk menghabiskan pembacaan. Kata mereka, tidak sabar mahu tahu apa yang terjadi seterusnya.
Begitulah.
A.D.A.M ini bagaikan "kejutan budaya" bagi aku. Belum pernah lagi membaca buku bergenre sebegini (karya tempatan). Aku kagum dengan kemampuan RAM untuk keluar daripada "stereotype" novel tempatan masa kini. Dan penceritaannya lengkap (merujuk kepada stategi menyelamat di KLCC, jenis senjata, jalan-jalan di Washington DC dan lain-lain), menunjukkan RAM membuat "homework" semasa menulis. Kebenarannya mungkin ada yang mempertikaikan, tetapi bagi aku itu jatuh nombor dua. Kesungguhannya mendapatkan maklumat itu boleh membantu kau menilai RAM ini penulis yang bagaimana.
Oh!Novel ini sudah lama, terbitan tahun 2001. Aku rupanya sudah ketinggalan zaman!
Sedikit pandangan; 1) Watak Ruben seperti tidak memberi impak yang besar. 2) Terlalu berulang-ulang menceritakan hal "satu hati dua jiwa" antara Hilman dan Mia Sara. Jadi muak juga. 3) Kisah tentangan keluarga kaya bermenantukan anak keluarga kampung. Terlalu "drama Melayu". 4) Bahasa Inggeris aku tidak lah begitu baik, tetapi perbualan English orang-orang Amerika tidak terasa "keAmerikaannya". Wallahualam. 5) Daljit dan Gabriel yang pernah diserang/diekori, tetapi kehidupannya seperti biasa-biasa sahaja.
Good plot. its just that I can't fathom the idea of a man (or a boy at that time; it was never disclosed) transplanted part of his liver to a baby and the baby grew up to fall in love with the man without really knowing the man. Sure age is no limit but author keeps using the word 'Hati kami telah bersatu'. of course in BM this is kinda romantic or whatever but ugh its a liver for crying out loud. A freakin liver.
Tak sangka secara tidak langsung aku telah dapat mengetahui asal-usul Karam Singh Walia dalam novel ni. Lima bintang! Haaa... Tepuk!
Tapi serius. Novel RAM ni best. Walaupun graf pembacaan mula mendadak di pertengahan cerita, kisah yang disajikan yang memang kena dengan taste aku membuatkan aku menyukainya. Terus-terang juga, ni lah novel dia yang first aku baca. So, lepas ni boleh la baca novel-novel dia yang lain plak.
Baca thriller Abang RAM ni tak pernah menghampakan.. Cukup semua..
Saya suka bayangkan Eman Manan sebagai Hilman dan Fasha Sandha sebagai Mia Sara.. heeeeee Saya tak kesah apa saja gosip yang dikaitkan dengan Fasha, saya suka dengan bakat beliau! Itu yang penting! :)
Suka dengan coretan ni:
"Aktiviti harian bermula seawal azan Subuh berkumandang. Waktu Subuh-Zuhur adalah paling produktif untuk kerja yang memerlukan penumpuan tinggi. Manakala Zuhur-Asar sesuai untuk pekerjaan yang santai sifatnya. Asar-Maghrib ibarat waktu penenang, masa untuk bersilaturrahim dan aktiviti kemasyarakatan. Maghrib-Isyak lebih kepada aktiviti kekeluargaan di mana kata-kata nasihat amat berkesan. Isyak-Subuh merupakan waktu beribadah dan berehat."
Teringat muda-mudi zaman ini, yang akan menjadi pemimpin akan datang, berlawanan bebenor sifat kehidupan mereka dengan apa yang diperkatakan di atas ni.. Subuh-Asar: waktu berehat.. Asar-Subuh: waktu riadah.. Solat entah ke mana.. Na'uzubillah..
Merupakan novel pertama karya RAM yang saya baca semasa menuntut diploma dahulu. Tak sangka ada penulis Malaysia yang mampu menulis sebuah karya yang boleh dikatakan setanding dengan thriller luar negara.
Ini adalah novel pertama karya Ramlee Awang Murshid yang saya baca.
Saya tertarik dengan novel ini kerana sinopsisnya yang menarik menceritakan tentang seorang penembak tepat yang dituduh memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan ketika di luar negara. Siapa dalang disebalik konspirasi tersebut dan kenapa dia berbuat demikian adalah antara faktor utama saya memilih novel ini. Selain itu, saya tertarik untuk tahu bagaimana penulis merungkai konflik ini seterusnya menyelamatkan Hilman dari pertuduhan palsu ke atasnya.
Penceritaan yang terperinci tentang gerakan taktikal, senjata-senjata yang digunakan dan penerangan tentang persekitaran di US menunjukkan penulis benar-benar membuat kajian mendalam dan bukan bergantung kepada imaginasi semata.
Namun begitu, terdapat bahagian yang dirasakan agak dramatik contohnya ketika kematian arwah Haslinda. Hilman yang baru sahaja menerima berita itu terus diberitahu yang satu-satunya anaknya akan diambil oleh ibu dan bapa mertuanya. Terlalu drastik keputusan itu dibuat dan Hilman menerimanya walaupun terpaksa.
Selain itu, saya merasakan novel ini sudah lengkap tanpa kisah cinta antara Hilman & Mia yang sedikit mencacatkan jalan cerita. Olahan kisah mereka terasa ala kadar dan kurang munasabah. Mia menyimpan perasaan terhadap Hilman hanya kerana dia menerima hati lelaki itu. Rasanya sudah cukup sekiranya hanya fokus kepada Mia sebagai penerima organ dari Hilman dan terhutang budi kepadanya seterusnya menggunakan kelebihannya sebagai Duta Malaysia di US untuk membantu Hilman tanpa perlu menyimpan perasaan romantik kepadanya.
Memandangkan novel ini memfokuskan kepada konspirasi terhadap Hilman di US, jadi banyak dialog berbahasa Inggeris. Tetapi, kebanyakan dialog kurang menarik dan terlalu kerap menggunakan perkataan "Damn it!" di dalam dialog.
Pembaca juga perlu peka dengan tarikh pada setiap permulaan cerita supaya tidak keliru dengan jalan cerita sama ada timeline sekarang atau flashback.
Kesimpulannya, novel ini membawakan tema yang berbeza dari kebanyakan novel dengan menggabungkan genre aksi dan thriller. Jika anda inginkan kelainan dalam pembacaan, novel ini sesuai untuk anda.
This entire review has been hidden because of spoilers.
This book has been recommended to me by a friend for years. It is a thrilling adventure, probably the closest we have to James Rollins. I love that this story has a heart, the father-daughter conflict while it has its place in the drama pukul 7 trope and I usually don't like that but I have no problem with it. Initially I thought that we're gonna get the classic all self-sacrificing, totally innocent and kind hero typical in novel melayu, at least there's a bit of flaw and inner conflict the MC experience with the betrayal and hardships he's been through.
There's a minor romance subplot which is poorly done. Like, these 2 do not have a total romantic encounter and all of a sudden... "I love you"???? Can't RAM just make them at least just starting to date or get to know each other first, especially with the age gap (which I'm okay with). It's the flow that I have issues with.
Pada hemat saya imi mungkin adalah antara buku terawal daripada RAM kerana daripada susunan plotnya tidak sekukuh novel-novel terkini yang beliau tulis. Ada kelonggaran sedikit di satu dua tempat. Terlalu banyak isu hati yang telah lama bersatu.... Bahagian-bahagian lain agak cantik terutama sekali konsep kekeluargan yang cuba diketengahkan. Master of Thrillerlah katakan. Tapi siapalah saya untuk menilai karya RAM. Novel ini boleh direkomendasikan kepada sesiapa yang mahukan bacaan aksi yang tidak begitu berat dan masih mempunyai nilai-nilai kemanusiaan. (P/S: Novel ini ditulis pada sekitar awal tahun 2000-an, 2003/2004 macam tu, jadi kalau membaca cuba bayangkan dialog-dialog daripada filem Puteri Impian, Kayangan dan yang sama waktu dengannya, kurang sedikit rasa janggal)
Cerita tentang tuduhan melampau seorang rakyat Malaysia beragama Islam yang berada di USA memandu secara mabuk di tahan di sana. Apakah disebalik kejadian yang berlaku dan bagaimana Hilman mengatasi masalah ini?
Ceritanya telalu draggy dan panjang. Tiada debaran yang menyebabkan kita nak cepat baca sampai habis. Novel ini agak tebal. Terpaksa memahami beberapa masalah politik, watak-watak yang lain serta kaitan dengan Presiden US. Bagi saya thrillernya kurang sampai.
Mungkin atas faktor saya dah baca karya tuan RAM yang lain, merasakan buku ini kurang sikit. Tapi tetap dapat habiskan buku ini dan rasa lega dengan pengakhiran yang gembira.
Aku enjoy baca buku ni. Walaupun jalan cerita pada peringkat permulaan agak slow, tapi penulisan RAM selalu membuatkan Aku sabar nak tahu jalan cerita. Ini first buku RAM yang aku baca, Dan membuatkan aku nak baca lagi karya2 dia.
Novel Melayu thriller yang terbaik. Jalan cerita yang memudahkan pembaca untuk berimaginasi membayangkan segala detik dan suasana yang diceritakan. Membuatkan pembaca melayang ke dalam novel A.D.A.M
Novelis thriller ni suka buat aku tercungap-cungap nak menghabiskan ceritanya hik3 lalala5 Selalu buat aku tak sabar dan bila membaca rasanya aku memang tak boleh tinggal macam tu je. Nak tak nak, aku akan baca sampai habis hehe…
Ia kisah Hilman yang terlalu ingin bertemu dengan anaknya, Jeslina. Sebagai ayah barangkali dia dilihat gagal untuk membahagiakan anaknya setelah kematian isterinya. Itu menyebabkan keluarga mentuanya membawa Jeslina jauh darinya. Kasihan… dalam cerita ni, seorang polis itu takde ertinya sangat sedangkan polis inilah yang menjaga bumi Malaysia daripada ancaman kan? Lagipun Hilman seorang polis berpangkat ASP; a sharpshooter lagi…
Keinginan Hilman kemudiannya tercapai. Berkat kesabarannya berbelas tahun, dia akhirnya dapat bertemu dengan anaknya di New York. Tapi sayang, dia dan Jeslina terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masing-masing cedera parah, Jeslina koma dan Hilman pula dituduh mabuk semasa memandu.
Di New York, Hilman bangkit menuntut keadilan. Kemunculan Mia Sara; petugas di Kedutaan Malaysia Washington D.C, Gabriel; MIA dan Daljit; wartawan banyak membantu Hilman dalam misinya. Ada juga si Ruben; agen CIA dan terrorist from Iraq. Memang gila la cerita ni. Tapi aku suka dengan tulisan RAM yang menerangkan tak semua orang itu jahat. Manusia walau berbilang agama mahupun bangsa, kalau hatinya suci bersih… dia harus diberi layanan seadilnya. Menjadi Islam mengajar kita bersikap adil walau dengan sesiapa jua sekalipun.
Di penghujungnya bila rahsia sebenar terbongkar, masing-masing dah tak senang duduk. Ini kerana segala-galanya adalah satu konspirasi melibatkan orang besar White House. Mahu atau tidak, Hilman membentuk keadilannya sendiri.
Ada juga terselit kisah cinta. Mia Sara yang jatuh hati pada Hilman kerana mereka berkongsi satu hati yang sama. Nor Alia – adik ipar Hilman yang turut memendam perasaan padanya. Gabriel rakan lama Mia Sara yang memang sudah lama menyukai temannya itu. Jadi, siapa yang akan berjaya dalam cinta? Ala… teka je, jawapannya sangat senang hik3 lalala5
ADAM = Aku Darah Anak Malaysia. Cerita yang mengingatkan aku pada filem mat salih. Penuh konspirasi, penuh adegan saspen dan diisi dengan pelbagai twist yang menarik. Rugi kalau tak baca!
Merged review:
Novelis thriller ni suka buat aku tercungap-cungap nak menghabiskan ceritanya hik3 lalala5 Selalu buat aku tak sabar dan bila membaca rasanya aku memang tak boleh tinggal macam tu je. Nak tak nak, aku akan baca sampai habis hehe…
Ia kisah Hilman yang terlalu ingin bertemu dengan anaknya, Jeslina. Sebagai ayah barangkali dia dilihat gagal untuk membahagiakan anaknya setelah kematian isterinya. Itu menyebabkan keluarga mentuanya membawa Jeslina jauh darinya. Kasihan… dalam cerita ni, seorang polis itu takde ertinya sangat sedangkan polis inilah yang menjaga bumi Malaysia daripada ancaman kan? Lagipun Hilman seorang polis berpangkat ASP; a sharpshooter lagi…
Keinginan Hilman kemudiannya tercapai. Berkat kesabarannya berbelas tahun, dia akhirnya dapat bertemu dengan anaknya di New York. Tapi sayang, dia dan Jeslina terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masing-masing cedera parah, Jeslina koma dan Hilman pula dituduh mabuk semasa memandu.
Di New York, Hilman bangkit menuntut keadilan. Kemunculan Mia Sara; petugas di Kedutaan Malaysia Washington D.C, Gabriel; MIA dan Daljit; wartawan banyak membantu Hilman dalam misinya. Ada juga si Ruben; agen CIA dan terrorist from Iraq. Memang gila la cerita ni. Tapi aku suka dengan tulisan RAM yang menerangkan tak semua orang itu jahat. Manusia walau berbilang agama mahupun bangsa, kalau hatinya suci bersih… dia harus diberi layanan seadilnya. Menjadi Islam mengajar kita bersikap adil walau dengan sesiapa jua sekalipun.
Di penghujungnya bila rahsia sebenar terbongkar, masing-masing dah tak senang duduk. Ini kerana segala-galanya adalah satu konspirasi melibatkan orang besar White House. Mahu atau tidak, Hilman membentuk keadilannya sendiri.
Ada juga terselit kisah cinta. Mia Sara yang jatuh hati pada Hilman kerana mereka berkongsi satu hati yang sama. Nor Alia – adik ipar Hilman yang turut memendam perasaan padanya. Gabriel rakan lama Mia Sara yang memang sudah lama menyukai temannya itu. Jadi, siapa yang akan berjaya dalam cinta? Ala… teka je, jawapannya sangat senang hik3 lalala5
ADAM = Aku Darah Anak Malaysia. Cerita yang mengingatkan aku pada filem mat salih. Penuh konspirasi, penuh adegan saspen dan diisi dengan pelbagai twist yang menarik. Rugi kalau tak baca!
Ps: Credit to K.yayah for this gift. TQ *muka sengih lebar*