Jump to ratings and reviews
Rate this book

Notes from Underground

Rate this book
In 1864, just prior to the years in which he wrote his greatest novels — Crime and Punishment, The Idiot, The Possessed and The Brothers Karamazov — Fyodor Dostoyevsky (1821–1881) penned the darkly fascinating Notes from the Underground. Its nameless hero is a profoundly alienated individual in whose brooding self-analysis there is a search for the true and the good in a world of relative values and few absolutes. Moreover, the novel introduces themes — moral, religious, political and social — that dominated Dostoyevsky's later works. Notes from the Underground, then, aside from its own compelling qualities, offers readers an ideal introduction to the creative imagination, profundity and uncanny psychological penetration of one of the most influential novelists of the nineteenth century. Constance Garnett's authoritative translation is reprinted here, with a new introduction.

136 pages, Paperback

First published January 1, 1864

Loading...
Loading...

About the author

Fyodor Dostoevsky

3,543 books79.9k followers
Фёдор Михайлович Достоевский (Russian)

Works, such as the novels Crime and Punishment (1866), The Idiot (1869), and The Brothers Karamazov (1880), of Russian writer Feodor Mikhailovich Dostoyevsky or Dostoevski combine religious mysticism with profound psychological insight.

Very influential writings of Mikhail Mikhailovich Bakhtin included Problems of Dostoyevsky's Works (1929),

Fyodor Mikhailovich Dostoevsky composed short stories, essays, and journals. His literature explores humans in the troubled political, social, and spiritual atmospheres of 19th-century and engages with a variety of philosophies and themes. People most acclaimed his Demons(1872) .

Many literary critics rate him among the greatest authors of world literature and consider multiple books written by him to be highly influential masterpieces. They consider his Notes from Underground of the first existentialist literature. He is also well regarded as a philosopher and theologian.

See also:
Russian → Фёдор Михайлович Достоевский
French → Fédor Dostoïevski
French → Fiodor Dostoïevski
Spanish → Fiódor Dostoyevski
Portuguese → Fiódor Dostoiévski

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
110,508 (41%)
4 stars
99,799 (37%)
3 stars
41,562 (15%)
2 stars
8,976 (3%)
1 star
2,909 (1%)
Displaying 1 - 1 of 1 review
Profile Image for Hazrie Ayup.
20 reviews
October 15, 2026
𝐏𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐨𝐧𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐁𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥𝐢𝐬𝐦𝐞 𝐊𝐮𝐚𝐧𝐭𝐢𝐭𝐚𝐭𝐢𝐟 𝐀𝐛𝐚𝐝 𝐊𝐞-𝟐𝟏 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐢𝐟𝐟𝐮𝐝𝐝𝐢𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐲𝐮𝐩 / 𝐇𝐚𝐳𝐫𝐢𝐞 𝐀𝐲𝐮𝐩

Dunia kontemporari sedang ghairah meraikan satu janji utopia baharu yang dibina bukan lagi daripada bata dan lepa, melainkan daripada susunan kod, logaritma data raya, dan automasi kecerdasan buatan. Kita diseru untuk percaya bahawa setiap gerak-geri, pilihan rasa, kecenderungan politik, hingga kepada denyut emosi manusia boleh dipetakan, diramal, dan dioptimumkan demi faedah sejagat. Namun, jauh sebelum kegilaan tekno-saintifik ini menawan tatanan hidup manusia moden, Fyodor Dostoevsky lewat karya monumentalnya Notes from the Underground telah menyalakan suar amaran yang tajam dan menggigit. Tokoh Underground Man tampil bukan sebagai wira bertaring, melainkan sebagai susuk rencam dan luka yang merenggut topeng positivisme buta. Beliau mempersoalkan dogma pencerahan yang mendakwa bahawa sekiranya manusia dididik untuk mengetahui faedah rasionalnya, maka kejahatan dan kekacauan akan serta-merta terkubur. Meneliti karya ini hari ini membuka satu jendela analisis kritis yang jarang disentuh iaitu pertarungan eksistensial manusia melawan fenomena surveillance capitalism atau kapitalisme pengawasan yang cuba menundukkan agensi kemanusiaan kepada kehendak formula statistik yang kaku (Zuboff, 2019).

Bagi Dostoevsky, keyakinan membuta tuli para teknokrat dan utilitarian abad ke-19 terhadap logik arimetik bukanlah pembebasan, sebaliknya permulaan kepada kematian jiwa. Naratif ini menemukan gemanya dalam kegusaran Zuboff (2019) mengenai instrumentarian power, iaitu bentuk kekuasaan moden yang tidak lagi menundukkan tubuh manusia menerusi keganasan fizikal, melainkan mencatur tingkah laku melalui pengawasan digital yang menyeluruh demi keuntungan pasaran. Underground Man secara berani menelanjangkan ilusi tatanan rasional ini ketika membidas para pendukung kepastian matematik:

"𝘛𝘩𝘦𝘯 𝘵𝘩𝘪𝘴 𝘪𝘴 𝘢𝘭𝘭 𝘸𝘩𝘢𝘵 𝘺𝘰𝘶 𝘴𝘢𝘺, 𝘯𝘦𝘸 𝘦𝘤𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪𝘤 𝘳𝘦𝘭𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘣𝘦 𝘦𝘴𝘵𝘢𝘣𝘭𝘪𝘴𝘩𝘦𝘥, 𝘢𝘭𝘭 𝘳𝘦𝘢𝘥𝘺-𝘮𝘢𝘥𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘸𝘰𝘳𝘬𝘦𝘥 𝘰𝘶𝘵 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘮𝘢𝘵𝘩𝘦𝘮𝘢𝘵𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘦𝘹𝘢𝘤𝘵𝘪𝘵𝘶𝘥𝘦, 𝘴𝘰 𝘵𝘩𝘢𝘵 𝘦𝘷𝘦𝘳𝘺 𝘱𝘰𝘴𝘴𝘪𝘣𝘭𝘦 𝘲𝘶𝘦𝘴𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘷𝘢𝘯𝘪𝘴𝘩 𝘪𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘵𝘸𝘪𝘯𝘬𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘧 𝘢𝘯 𝘦𝘺𝘦, 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘭𝘺 𝘣𝘦𝘤𝘢𝘶𝘴𝘦 𝘦𝘷𝘦𝘳𝘺 𝘱𝘰𝘴𝘴𝘪𝘣𝘭𝘦 𝘢𝘯𝘴𝘸𝘦𝘳 𝘵𝘰 𝘪𝘵 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘣𝘦 𝘱𝘳𝘰𝘷𝘪𝘥𝘦𝘥. 𝘛𝘩𝘦𝘯 𝘵𝘩𝘦 '𝘗𝘢𝘭𝘢𝘤𝘦 𝘰𝘧 𝘊𝘳𝘺𝘴𝘵𝘢𝘭' 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘣𝘦 𝘣𝘶𝘪𝘭𝘵."

Istana Kristal yang digambarkan oleh Dostoevsky melambangkan sebuah monumen rasionalisme mutlak di mana segala keperluan dan tingkah laku manusia telah dikira terlebih dahulu. Dalam ruang sedemikian, manusia dituntut untuk tunduk sepenuhnya kepada kepastian kalkulatif. Pengarang mengkritik keras pandangan para intelektual zamannya yang menganggap akal budi mampu meramalkan seluruh trajektori hidup manusia sehingga menafikan kehadiran kehendak bebas. Jika sains berjaya memetakan formula kehendak manusia, maka kedudukan individu tidak lebih daripada sebutir kekunci piano atau hentian pada paip organ yang digerakkan oleh hukum mekanikal alam tanpa sebarang agensi peribadi.

Pemberontakan Underground Man berakar daripada penolakannya terhadap kepastian ini. Beliau menegaskan bahawa manusia bukanlah entiti yang bergerak sekadar untuk memaksimumkan untung rugi atau keselesaan material. Sebaliknya, kehendak manusia mengandungi elemen gelap, tidak terjangka, dan kadangkala destruktif yang sengaja dipertahankan demi mengabsahkan kebebasannya sendiri. Seperti yang ditegaskan oleh watak tersebut:

"𝘙𝘦𝘢𝘴𝘰𝘯 𝘰𝘯𝘭𝘺 𝘬𝘯𝘰𝘸𝘴 𝘸𝘩𝘢𝘵 𝘪𝘵 𝘩𝘢𝘴 𝘴𝘶𝘤𝘤𝘦𝘦𝘥𝘦𝘥 𝘪𝘯 𝘭𝘦𝘢𝘳𝘯𝘪𝘯𝘨... 𝘢𝘯𝘥 𝘩𝘶𝘮𝘢𝘯 𝘯𝘢𝘵𝘶𝘳𝘦 𝘢𝘤𝘵𝘴 𝘢𝘴 𝘢 𝘸𝘩𝘰𝘭𝘦, 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘦𝘷𝘦𝘳𝘺𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘩𝘢𝘵 𝘪𝘴 𝘪𝘯 𝘪𝘵, 𝘤𝘰𝘯𝘴𝘤𝘪𝘰𝘶𝘴𝘭𝘺 𝘰𝘳 𝘶𝘯𝘤𝘰𝘯𝘴𝘤𝘪𝘰𝘶𝘴𝘭𝘺, 𝘢𝘯𝘥, 𝘦𝘷𝘦𝘯 𝘪𝘧 𝘪𝘵 𝘨𝘰𝘦𝘴 𝘸𝘳𝘰𝘯𝘨, 𝘪𝘵 𝘭𝘪𝘷𝘦𝘴. … 𝘉𝘶𝘵 𝘐 𝘳𝘦𝘱𝘦𝘢𝘵 𝘧𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘦 𝘩𝘶𝘯𝘥𝘳𝘦𝘥𝘵𝘩 𝘵𝘪𝘮𝘦, 𝘵𝘩𝘦𝘳𝘦 𝘪𝘴 𝘰𝘯𝘦 𝘤𝘢𝘴𝘦, 𝘰𝘯𝘦 𝘰𝘯𝘭𝘺, 𝘸𝘩𝘦𝘯 𝘮𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘺 𝘤𝘰𝘯𝘴𝘤𝘪𝘰𝘶𝘴𝘭𝘺, 𝘱𝘶𝘳𝘱𝘰𝘴𝘦𝘭𝘺, 𝘥𝘦𝘴𝘪𝘳𝘦 𝘸𝘩𝘢𝘵 𝘪𝘴 𝘪𝘯𝘫𝘶𝘳𝘪𝘰𝘶𝘴 𝘵𝘰 𝘩𝘪𝘮𝘴𝘦𝘭𝘧, 𝘸𝘩𝘢𝘵 𝘪𝘴 𝘴𝘵𝘶𝘱𝘪𝘥, 𝘷𝘦𝘳𝘺 𝘴𝘵𝘶𝘱𝘪𝘥-𝘴𝘪𝘮𝘱𝘭𝘺 𝘪𝘯 𝘰𝘳𝘥𝘦𝘳 𝘵𝘰 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘵𝘩𝘦 𝘳𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘵𝘰 𝘥𝘦𝘴𝘪𝘳𝘦 𝘧𝘰𝘳 𝘩𝘪𝘮𝘴𝘦𝘭𝘧 𝘦𝘷𝘦𝘯 𝘸𝘩𝘢𝘵 𝘪𝘴 𝘷𝘦𝘳𝘺 𝘴𝘵𝘶𝘱𝘪𝘥 𝘢𝘯𝘥 𝘯𝘰𝘵 𝘵𝘰 𝘣𝘦 𝘣𝘰𝘶𝘯𝘥 𝘣𝘺 𝘢𝘯 𝘰𝘣𝘭𝘪𝘨𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘵𝘰 𝘥𝘦𝘴𝘪𝘳𝘦 𝘰𝘯𝘭𝘺 𝘸𝘩𝘢𝘵 𝘪𝘴 𝘴𝘦𝘯𝘴𝘪𝘣𝘭𝘦."

Analisis kritis terhadap hakikat ini membawa kita kepada pembacaan Han (2017) mengenai psychopolitics, iaitu mekanisme kekuasaan kontemporari yang memperalat kebebasan itu sendiri untuk memperhambakan manusia melalui keharusan psikologi yang sentiasa terhubung secara digital. Tatanan algoritma moden menuntut ketelusan mutlak dan penghapusan segala bentuk ketidakpastian. Ruang aplikasi media sosial, pangkalan data korporat, dan sistem skor kredit hari ini bertindak persis formula arimetik yang diperingatkan oleh Dostoevsky, di mana setiap manusia dipaksa untuk berfungsi mengikut pola tingkah laku yang teratur dan menguntungkan sistem kapitalisme kuantitatif (Zuboff, 2019; Han, 2017).

Ketakutan terbesar Underground Man bukanlah penderitaan fizikal, melainkan lenyapnya kepelbagaian jiwa manusia akibat penyeragaman oleh akal budi yang sempit. Beliau melihat bahawa kepastian matematik seperti dua kali dua bersamaan empat adalah satu bentuk keangkuhan sistemik yang menyekat kebebasan mutlak manusia. Beliau meluahkan penolakannya terhadap formula kaku ini secara mendalam:

"𝘛𝘸𝘪𝘤𝘦 𝘵𝘸𝘰 𝘮𝘢𝘬𝘦𝘴 𝘧𝘰𝘶𝘳 𝘴𝘦𝘦𝘮𝘴 𝘵𝘰 𝘮𝘦 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘭𝘺 𝘢 𝘱𝘪𝘦𝘤𝘦 𝘰𝘧 𝘪𝘯𝘴𝘰𝘭𝘦𝘯𝘤𝘦. 𝘛𝘸𝘪𝘤𝘦 𝘵𝘸𝘰 𝘮𝘢𝘬𝘦𝘴 𝘧𝘰𝘶𝘳 𝘪𝘴 𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘵 𝘤𝘰𝘹𝘤𝘰𝘮𝘣 𝘸𝘩𝘰 𝘴𝘵𝘢𝘯𝘥𝘴 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘢𝘳𝘮𝘴 𝘢𝘬𝘪𝘮𝘣𝘰 𝘣𝘢𝘳𝘳𝘪𝘯𝘨 𝘺𝘰𝘶𝘳 𝘱𝘢𝘵𝘩 𝘢𝘯𝘥 𝘴𝘱𝘪𝘵𝘵𝘪𝘯𝘨. 𝘐 𝘢𝘥𝘮𝘪𝘵 𝘵𝘩𝘢𝘵 𝘵𝘸𝘪𝘤𝘦 𝘵𝘸𝘰 𝘮𝘢𝘬𝘦𝘴 𝘧𝘰𝘶𝘳 𝘪𝘴 𝘢𝘯 𝘦𝘹𝘤𝘦𝘭𝘭𝘦𝘯𝘵 𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨, 𝘣𝘶𝘵 𝘪𝘧 𝘸𝘦 𝘢𝘳𝘦 𝘵𝘰 𝘨𝘪𝘷𝘦 𝘦𝘷𝘦𝘳𝘺𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨 𝘪𝘵𝘴 𝘥𝘶𝘦, 𝘵𝘸𝘪𝘤𝘦 𝘵𝘸𝘰 𝘮𝘢𝘬𝘦𝘴 𝘧𝘪𝘷𝘦 𝘪𝘴 𝘴𝘰𝘮𝘦𝘵𝘪𝘮𝘦𝘴 𝘢 𝘷𝘦𝘳𝘺 𝘤𝘩𝘢𝘳𝘮𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘰𝘰."

Pernyataan ini bukan sekadar igauan seorang pemikir yang meracau di bilik sempitnya, tetapi satu seruan falsafah tentang pemeliharaan keperibadian dan keunikan individu. Dalam kaca mata Sartre (1956) menerusi gagasan existentialism, kewujudan manusia mendahului zat atau intipatinya, yang bermaksud manusia terhukum untuk bebas dan tidak boleh ditakrifkan oleh hukum alam atau determinisme sains semata-mata. Apabila sistem teknokratik cuba memprogramkan masa depan manusia, manusia secara sedar akan memilih untuk bertindak tidak rasional, memberontak, malah merosakkan keteraturan tersebut semata-mata untuk membuktikan bahawa mereka masih memiliki agensi moral yang merdeka.

Konflik ini memuncak apabila watak Underground Man berhadapan dengan realiti hubungan kemanusiaan yang tulen lewat pertemuannya dengan Liza. Di hadapan ketulusan dan cinta seorang wanita yang tertindas, watak tersebut mendapati dirinya lumpuh dan tidak berdaya kerana fikirannya telah dirosakkan oleh buku-buku teks, bayangan romantisisme palsu, dan analisis psikologi yang berlebihan. Beliau tidak lagi mampu mencintai secara bebas tanpa dorongan untuk menundukkan dan menguasai pihak lain. Ketidakmampuan untuk bertindak secara organik di luar acuan teori menunjukkan tragedi intelektual yang terasing daripada denyut kehidupan sebenar. Underground Man mengakui keretakan batin ini pada babak pengakhiran catatannya:

"𝘞𝘦 𝘢𝘳𝘦 𝘴𝘰 𝘥𝘪𝘷𝘰𝘳𝘤𝘦𝘥 𝘧𝘳𝘰𝘮 𝘪𝘵 𝘵𝘩𝘢𝘵 𝘸𝘦 𝘧𝘦𝘦𝘭 𝘢𝘵 𝘰𝘯𝘤𝘦 𝘢 𝘴𝘰𝘳𝘵 𝘰𝘧 𝘭𝘰𝘢𝘵𝘩𝘪𝘯𝘨 𝘧𝘰𝘳 𝘳𝘦𝘢𝘭 𝘭𝘪𝘧𝘦, 𝘢𝘯𝘥 𝘴𝘰 𝘤𝘢𝘯𝘯𝘰𝘵 𝘣𝘦𝘢𝘳 𝘵𝘰 𝘣𝘦 𝘳𝘦𝘮𝘪𝘯𝘥𝘦𝘥 𝘰𝘧 𝘪𝘵. 𝘞𝘩𝘺, 𝘸𝘦 𝘩𝘢𝘷𝘦 𝘤𝘰𝘮𝘦 𝘢𝘭𝘮𝘰𝘴𝘵 𝘵𝘰 𝘭𝘰𝘰𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘶𝘱𝘰𝘯 𝘳𝘦𝘢𝘭 𝘭𝘪𝘧𝘦 𝘢𝘴 𝘢𝘯 𝘦𝘧𝘧𝘰𝘳𝘵, 𝘢𝘭𝘮𝘰𝘴𝘵 𝘢𝘴 𝘩𝘢𝘳𝘥 𝘸𝘰𝘳𝘬, 𝘢𝘯𝘥 𝘸𝘦 𝘢𝘳𝘦 𝘢𝘭𝘭 𝘱𝘳𝘪𝘷𝘢𝘵𝘦𝘭𝘺 𝘢𝘨𝘳𝘦𝘦𝘥 𝘵𝘩𝘢𝘵 𝘪𝘵 𝘪𝘴 𝘣𝘦𝘵𝘵𝘦𝘳 𝘪𝘯 𝘣𝘰𝘰𝘬𝘴."

Tragedi keterasingan ini menjadi cerminan tepat bagi masyarakat abad ke-21. Kita mendiami sebuah realiti di mana interaksi sosial dan emosi manusia kerap disaring melalui perantara digital yang steril, menjauhkan kita daripada kerapuhan dan penderitaan dunia nyata yang membentuk nurani (Han, 2017). Kita menyangka bahawa dengan menyerahkan urusan kehidupan kepada kecekapan algoritma kecerdasan buatan, kita telah mencapai kemuncak kebebasan dan kemakmuran. Hakikatnya, kita sedang melangkah masuk ke dalam sangkar Istana Kristal baharu, membiarkan kemanusiaan kita diperah menjadi serpihan data yang boleh diniagakan (Zuboff, 2019).

Notes from the Underground bukanlah risalah pesimisme yang mengajak manusia menyerah kepada keputusasaan, melainkan sebuah bantahan radikal terhadap sebarang sistem yang cuba mereduksi kerumitan manusia kepada angka dan hukum alamiah semata-mata. Dostoevsky mengingatkan kita bahawa kemanusiaan wujud justru dalam keupayaannya untuk merasai sakit, menanggung keraguan, dan membuat pilihan bebas yang tidak mampu diramal oleh sebarang logaritma. Selagi mana manusia masih mempertahankan hak untuk berkhayal, meracau, dan menolak kepastian dogmatik, selagi itulah manusia kekal bernyawa sebagai insan berdaulat, bukan sekadar kekunci piano yang dipetik oleh kuasa luar.

Rujukan
(i) Han, B. C. (2017). Psychopolitics: Neoliberalism and new technologies of power (E. Butler, Terjemah). Verso Books.
(ii) Sartre, J. P. (1956). Being and nothingness: An essay on phenomenological ontology (H. E. Barnes, Terjemah). Philosophical Library.
(iii) Zuboff, S. (2019). The age of surveillance capitalism: The fight for a human future at the new frontier of power. PublicAffairs.
Displaying 1 - 1 of 1 review