Jump to ratings and reviews
Rate this book

Impiana #1

Impiana

Rate this book
Segala impian anda akan tercapai..... walau dengan apa cara sekalipun!

Itulah janji Syarikat Impiana Sdn Bhd yang mampu merealisasikan setiap impian...dalam masa 3 bulan! Mahu menjadi kaya, cantik, kurus, putih dan segala macam impian mampu dilaksanakan oleh Syarikat Impiana Sdn Bhd. Tiada risiko dan tiada penipuan. Daftarlah sekarang juga! Syarikat Impiana adalah sebuah syarikat yang merealisasikan impian pelanggan mereka dengan apa cara sekalipun. Tanpa menyedari risiko yang terpaksa mereka tanggung, Shasha, Linda, Nana dan Fahrin; rakan sekolah yang bertemu semula selepas 10 tahun, secara berasingan mendaftar diri untuk memenuhi impian mereka di Syarikat Impiana selepas melihat perubahan rakan mereka, Mimi Monira yang kini langsing sedangkan dahulu sangat gemuk dan menjadi mangsa buli.

320 pages, Paperback

First published October 1, 2007

179 people are currently reading
1703 people want to read

About the author

Ain Maisarah

122 books417 followers
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
507 (65%)
4 stars
164 (21%)
3 stars
58 (7%)
2 stars
19 (2%)
1 star
31 (3%)
Displaying 1 - 30 of 66 reviews
Profile Image for Ummu Auni.
672 reviews
August 18, 2009
Suatu kelainan - dari segi pengolahan cerita. Sebuah thriller, tulisan Ain Maisarah memang berlainan barangkali target audience adalah untuk golonga remaja/young adult.

Impiana berkisar sebuah syarikat Impiana yang mampu merealisasikan impian seseorang dalam masa 3 bulan walau apapun caranya! Ingin kaya, ingin popular, ingin berhenti merokok, ingin cantik? Katakan apa sahaja impian anda, Impiana mampu melaksanakannya.

Apabila dikatakan apa jua caranya, maka Impiana sanggup menggunakan pelbagai cara asalkan matlamatnya tercapai walaupun caranya berlawanan dengan etika dan norma kehidupan. Watak-watak dalam Impiana terdiri dari bekas pelajar Sekolah Seri Bangsar seperti Linda, Nana, Fahrin, Mimi Monira, Farah.

Plot cerita mendebarkan, penuh dengan unsur kejutan yang tidak dijangka, malahan pengakhiran cerita dibiarkan tergantung!

Profile Image for meenie.
365 reviews3 followers
September 18, 2024
rawr 🦖 berjaya dihabiskan dalam masa tiga jam saja hoho 🤭 serious kak ain maisarah ini apa je tak boleh buat? semua genre dia balun haiya 😔☝🏻 tapi i loike - reading it back in 2024 makes my innerchild excited 🤭 i really loved this series hehe auto teringat zaman sekolah rendah kita.

impiana membawa kisah sebuah syarikat yang dikenali sebagai syarikat impiana yang mampu merealisasikan apa sahaja impian anda dengan apa saja cara. ingat ! apa saja cara ye … tak kira baik atau buruk. pertemuan semula bersama mimi monira badak air (read aku mahu buli for more info siapa mimi ni) di reunion smk sri bangsar membuatkan semua terkejut bagaimana mimi yang sebesar badak air sekarang langsing seperti viola? okaylah in 2024 ni selangsing idol kpop ah hihi. lantas, mimi memberi kad syarikat impiana. katanya syarikat ini yang membantu merealisasikan impiannya. namun, shasha, linda, nana, paie dan fahrin tidak tahu .. ada kesannya sebaik sahaja anda memilih untuk memasuki jerat syarikat impiana. jeng jeng jeng 🤑

────୨ৎ──── ────୨ৎ──── ────୨ৎ───

aaaaa - serious takut okay ! like how can orang boleh terpedaya dengan syarikat yang tah mana jumpa pastu claim boleh realisasikan impian kita? nyah - tuhan je boleh nyah. Allah SWT je yang boleh aduh 🤷🏼‍♀️ dah macam geng makcik pakcik kena scam dalam group ASNB TRADING TELEGRAM PULAK. anyways, suspense tu ada. seram ada. creepy pun ada. pendek kata cukup rencahnya mak lurve 🫦💅🏻 apa yang mak tak lurve kalau korang tak baca buku ni muah bye
Profile Image for Nisya Mazalan.
55 reviews2 followers
August 31, 2021
Oh... mengimbau kembali kenangan bacaan Impiana sepuluh tahun yang lepas. Masih lagi berbisa sisa kekuatan cerita. Cerita bertema *thriller* yang pertama-tama dibaca sebelum berjumpa dengan Fixi, memang terkenang-kenang kejahatan Syarikat Impiana sehingga kini.

*meneruskan bacaan buku kedua*
*masih berpendapat buku ni tak sesuai untuk bacaan budak sekolah*

Ada ke manusia bermulut puaka macam Zana dan Puan Liza tu ya? Geram betul aku nak tolong cilikan muka mereka sebab Nana pasif dan patuh tak menahan!!!!
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books106 followers
April 29, 2014
Bismillahirrahmanirrahim.


Saya diberitahu novel ini merupakan novel dewasa dan berbeza dengan novel remaja lain yang ditulis oleh Ain Maisarah. Lama berada dalam simpanan kerana saya tiada buku sambungannya iaitu Impiana 2, Impiana 3 dan Impiana Finale.

Ternyata berbeza walaupun menggunakan watak yang sama.

Cerita bermula dengan pertemuan semula alumni SMK Seri Bangsar selepas 10 tahun meninggalkan alam persekolahan.

Sesi perkenalan ringkas menemukan mereka dengan pelbagai cerita kehidupan masing - masing. Paling menarik apabila rakan mereka, Mini Monira Badak Air yang dahulunya pelajar paling gemuk di sekolah kini tampil anggun dengan sekitar 45kg dan bekerja sebagai pramugari.

Kejayaannya menurunkan berat badan menggunakan khidmat Syarikat Impiana menjentik rasa mahu mencuba pada diri Shasha. Dia yang dahulunya sangat popular sebagai pelajar yang paling cantik dan anggun, kini tidak lagi dengan berat 97kg dan kuat makan.

Shasha menjadi orang pertama mendaftar dengan Syarikat Impiana ini selepas pertemuan malam itu. "Tagline" syarikat - Segala impian anda akan tercapai. .. Walau dengan apa cara sekalipun! Kami mampu merealisasikannya! berjaya menarik minatnya dan impiannya untuk kembali kepada berat badan 50kg dalam masa 3 bulan diharap tercapai.

Kemudian diikuti dengan Nana, Linda, Fahrin dan Pai'e. Masing - masing dengan impian mereka yang mahu dicapai dalam masa 3 bulan.

Tanpa sedar mereka semua termasuk ke dalam perangkap permainan yang kejam dan dahsyat hasil percaturan Syarikat Impiana.

Misalnya Shasha mendapat tiket percutian ke Bali selama sebulan dan mendapat rawatan kecantikan dan spa di sana. Ketika di dalam penerbangan, dia berbual dengan teman sepenerbangannya bernama Fadzly sehinggalah ketika turun di lapangan terbang, Shasha ditahan kerana disyaki membawa senjata berbahaya dan bahan terlarang.

Shasha ditahan selama sebulan di penjara dan terpaksa melakukan aktiviti rutin banduan seperti berkebun dan terpaksa memakan hidangan penjara yang tidak sedap. Selepas sebulan barulah Shasha berjaya pulang ke Malaysia. Itu pun kerana dijemput oleh ibunya yang dihubungi oleh pihak syarikat.

Banyak kejadian pelik dan kejam yang berlaku dalam masa 3 bulan dan adakalanya sangat mengancam nyawa dan keselamatan kaum keluarga Shasha.

Kejadian yang sama berlaku kepada rakan-rakan mereka yang lain dan perkara ini cepat disedari oleh Shasha dan bertindak untuk menghalang dan menyelamatkan rakan-rakannya.

Ya, memang benar semua impian mereka tercapai tetapi melalui pelbagai cara yang menekan jiwa sehingga ada yang tidak masuk akal dan mengorbankan nyawa.

Mereka menemui Mimi Monira dan alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ini adalah balasan dendam Mimi kepada mereka semua yang pernah membulinya dengan teruk 10 tahun dahulu.

Debaran semakin terasa. Namun kisah seterusnya bersambung dalam novel berikut ^_^;

Moralnya, kita perlu bersyukur dengan apa yang ada. Jika mahukan perubahan perlulah mengikut kemampuan diri dan tidak bertindak melampaui batas. Mahu buat sesuatu perlu dengan ilmu, akal fikiran yang waras dan perlu berada di atas landasan agama.

Wallahualam.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,560 reviews42 followers
December 5, 2018
Saya ingatkan ini kisah remaja yang gila-gila dengan pelbagai kerenah melayari hidup. Langsung tak sangka di sebalik keseronokan dan kecomelan mereka, terselit unsur thriller. Tak senang duduk juga saya bermula dengan kes Lily milik Syasha direntung dalam oven. Best la cerita ni. Terpaksa baca kisah seterusnya huhu
Profile Image for Lisa.
19 reviews
February 26, 2026
rereading impiana sekarang terasa sangat berbeza berbanding ketika saya pertama kali membacanya di sekolah rendah. buku ini pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan membaca zaman kanak-kanak saya dan ain maisarah sememangnya memainkan peranan besar dalam membentuk minat saya terhadap dunia buku. saya sentiasa menghargai mesej dan keberanian idea yang dibawakan dalam karya beliau.

namun, pembacaan kali ini membuatkan saya lebih peka terhadap beberapa elemen yang terasa kurang selari dengan kesedaran hari ini terutamanya body-shaming, unsur colourism dan beberapa adegan animal cruelty yang digambarkan dengan jelas. saya faham mungkin ia bertujuan untuk menonjolkan kejahatan watak tertentu atau memberi kesan dramatik, tetapi gambaran yang terlalu terperinci terasa agak disturbing dan triggering. mungkin trigger warning akan membantu pembaca. saya faham buku ini lahir dalam konteks zaman yang berbeza dan tahap kesedaran sosial kita hari ini juga sudah banyak berubah. namun begitu, pengalaman membacanya kali ini agak kurang selesa. walau apa pun, saya tetap menghargai maknanya dalam perjalanan membaca saya dahulu, cuma kini saya melihatnya dengan sudut pandang yang lebih kritikal.
6 reviews1 follower
August 18, 2024
Ingatkan novel cinta..sekali bila baca.. novel thriller... Dah ketagih
Profile Image for Rosli Ab Rahman.
55 reviews1 follower
April 17, 2014
Karya pertama penulis ini yang saya baca hasil racun kawan-kawan BTL, Menarik itu yang dapat saya simpulkan di akhir pembacaan. Walaupun karya sebelum ni saya tak pernah baca tapi hasil olahan penulis yang menyelitkan flashback membuatkan saya memahami jalan cerita dengan baik.

Mengisahkan majlis reunion bekas-bekas pelajar sekolah menengah Sri Bangsar yang mengumpulkan kembali nostalgia semasa dalam persekolahan. Sekarang masing-masing dah punya kerjaya dan yang paling menjadi perhatian adalah penampilan masing yang dah banyak berubah terutama Mimi Monira. Disamping masing-masing memperkenalkan diri dan bertanya khabar. Disinilah mereka diperkenalkan dengan Syarikat Impiana Sdn Bhd, syarikat yang menunaikan impian sesiapa yang mendaftarkan diri dalam masa 3 bulan. Moto nya : SEGALA IMPIAN ANDA AKAN DICAPAI WALAU DENGAN APA CARA SEKALIPUN. Disinilah kisah sebenarnya bermula, impian Shasha yang mempunyai berat badan 97kg ingin menjadikan 45kg dalam masa 3 bulan. Namun disebalik janji untuk merealisasikan impian, cara yang digunakan tak sempat terpikir dek akal mereka. yang akhirnya membawa kepada penderitaan.

Profile Image for Illyana Athirah.
4 reviews1 follower
May 25, 2021
Dulu zaman sekolah rendah memang baca novel melayu, memang banyak lah I simpan tapi as i grew older i tak baca dah so i end up gave all of my malay novels away, i sekarang kumpul english books je BUT this series is the only malay novels yg i simpan. I love it when i was 10 and i still love it now at 24. IT IS THAT GOOD!!
Profile Image for ♥ Hermione.
4 reviews
October 18, 2012
sambungan tentang kehidupan 7 anak gadis yang kaya raya yang telah dewasa . cerita ini sambungan daripada AKU MAHU ... Mereka telah banyak berubah dan ada yang sudah beranak pinak seperti Farah .
Profile Image for anne (anisntsyaa).
101 reviews1 follower
October 1, 2023
someone need to tell me to stop revisiting dear books from my childhood and then act surprised when it didnt slay as much as i thought it did; growing up is the worst thing to ever happen to me
Profile Image for Maya.
61 reviews2 followers
July 14, 2023
Solid 3.8⭐

Short Summary:
Cerita ini dimulakan dengan Shasha yang tidak tahu nak pakai baju apa untuk menghadiri majlis reunion SMK Sri Bangsar. Bukan kerana tidak ada duit atau tiada baju mahal yang kena taste dia, tapi kerana Shasha yang sekarang bukannya seperti Shasha yang memiliki pinggang ramping bak model. Dia kini sudah menjadi sebesar tong dram. Bila sampai sahaja di majlis, dia berjumpa semula dengan semua kawan-kawan lamanya. Ada yang berjaya, ada yang sudah berkahwin dan memiliki anak tapi apa yang mengejutkan adalah si Mimi Monira Badak Air kini telah berubah menjadi Mimi Monira Pinggang Kerengga. Mimi Monira yang dulunya disamakan seperti anak gajah kini telah menjadi pramugari cantik dan kurus kering. Mahu nak terbalik dunia Shasha bila melihat semua itu. Bila ditanya rahsia kurus Mimi Monira, dia beritahu ini berkat satu syarikat bernama Impiana yang mampu tunaikan apa jua impian pelanggan. Bila dia daftar sebagai ahli, dia tidak tahu rupanya itu satu perangkap dan dia telah masuk ke dalam dunia gelap dan misteri. Bermacam-macam cara digunakan oleh syarikat tersebut untuk pastikan Shasha tidak melanggar pantang larang untuk menjadi kurus. Rupanya bukan Shasha sahaja, kawan-kawannya, Fahrin, Linda dan Nana juga telah mendaftar. Akibat daripada itu, mereka ditimpa nasib malang walaupun impian mereka tercapai.

My opinion:
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books27 followers
June 15, 2024
Isu tamak, isu pilih kasih sesama adik-beradik, isu tanggungjawab sambil lewa, isu rokok, isu ukur baju di badan sendiri, macam-macam lagi.

Tapi isu paling utama dalam novel jilid satu adalah:
Meminta impian melalui buatan manusia berbanding Tuhan.

Saya kagum dengan penulis. Susah kot nak gerakkan cerita tujuh watak sekaligus! Semuanya lancar, tak tersangkut-sangkut pula tu. Fehh..

Saya paling terkedu dengan plot twist Fahrin dan Linda. Plot twist yang tersangat dahsyat, tapi cukup sedarkan saya yang segala impian yang kita hajati, selayaknya minta hajat itu kepada Tuhan. Tapi kena semak juga segala impian yang kita mahu, adakah itu impian itu kerana nafsu atau kerana benar-benar mahu jadi yg lebih baik berbanding sebelumnya.

Tak sabar nak baca jilid seterusnya.
31 reviews3 followers
July 19, 2023
Lama sudah saya membaca siri ni tapi kembali membaca setelah ini telah berjumpa penamatnya.

Kini Impiana didatangi dengan kulit buku yang baru dan telah dikemaskini. Saya beli online dengan penulis dengan harga Rm160 termasuk postage. Kalau nak dapatkanya linknya ada di Tiktok kak Ain.

Lengkap 5 buah buku, novel comel, surat the Wannababes.

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.co...

Bole tengok blog saya untuk beli dari link website
Profile Image for Ain Atila.
86 reviews2 followers
August 11, 2023
Done baca Impiana I semalam 💃🏼✅ Geram je ek baca second half of the book, laju dan exciting betul. Saje nak refresh memory pasal apa yang Syarikat Impiana buat untuk merealisasikan impian Shasha, Nana, Linda dan Fahrin. Semalam sebab excited sangat, terus cerita pasal kisah diorang kat husb. Tapi berhenti sampai part Linda kejap sebab rasa macam dah habis air liur bercakap 😂 Tak sabar nak baca sambungan dia!

Boleh beli novel di sini:

https://blink.onpay.my/order/form/Pre...
November 14, 2025
Novel pertama penulisan Ain Maisarah bertemakan misteri, saya teringatkan beliau memberitahu dirinya mendapat ilham menulis ' Impiana ' dari mimpi suaminya. Cuma mimpinya tergantung jadi beliau sendiri yang terpaksa memikirkan sendiri jalan cerita dan plotnya sehinggalah ke penamat.

Kisah ' Impiana ' berlatarkan 10 tahun akan datang di mana sekumpulan 7 orang budak perempuan gedik bernama ' The Wannababes ' telah membesar dan kini sudah pun dewasa.

Paling tidak disangka perubahan ketua kumpulan The Wannababes, Fasha berubah perangai dan Alhamdulillah akhirnya bertudung selepas itu.

Untuk pengetahuan yang tidak mengetahui dan pertama kali membaca novel ini, disarankan membaca novel ' Aku Mahu Buli ' kerana watak Mimi Monira adalah mangsa pembulian di dalam novel tersebut.

Dalam novel ini, Mimi Monira berdendam dengan kumpulan The Wannababes dan menyebabkan mereka semua terbabit dengan pertubuhan Impiana. Setiap permintaan yang ditunaikan ada bayarannya, tiada yang percuma.

Ceritanya memang sangat menarik sekali untuk dibaca, saya memang suka membaca karya bertemakan jalan cerita macam ini. Tahniah kepada Ain Maisarah kerana menghasilkan sebuah karya bersiri Impiana yang sangat menarik.

Baru-baru ini saya terbaca novel ini diadaptasi ke sebuah drama bersiri dan ditayangkan di saluran Astro, barulah saya mengetahui bahawa ini adalah novel ketiga Ain Maisarah yang diadaptasi selain ' Aku Mahu Superbibik ' dan ' Aku Mahu ke New York '.
Profile Image for Farah.
48 reviews
July 2, 2024
REVAMP VERSION
Lama dah tak reread buku ni, last baca waktu sekolah menengah dulu. Sekarang baca balik revamp ver tahun 2024, sumpah tak ingat langsung betapa INTENSEnya certain scenes dalam ni. SO GOOD.
Profile Image for Auni B.
73 reviews4 followers
May 28, 2017
Novel thriller pertama aku dalam bahasa Melayu yang jadi kegemaran zaman sekolah menengah dulu.
1 review
April 5, 2020
This book made me suspend when I looked at the book cover.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Aina.
56 reviews
September 26, 2020
Full of surprises. No wonder people kept demanding for a movie adaptation
1 review
July 14, 2021
Csa
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Delila Amal.
39 reviews1 follower
October 20, 2021
The only malay series that I enjoyed reading! I love the change of POVs it was not too confusing.
26 reviews
February 21, 2023
Suspenseful ✅
Mystery ✅
Plotline ✅

Finally dpt properly baca buku ni. Selalu teringin nk beli time sekolah rendah. Sekarang semua series dah ada. Can't wait to read them all!
Displaying 1 - 30 of 66 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.