Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta di Rumah Hasan Al Banna

Rate this book
Sesungguhnya pembuat dasar pergerakan dakwah moden seperti Hasan Al Banna telah memberi contoh bahawa yang merasakan sentuhan pertama nilai pendidikan seorang da'ie, justeru orang terdekatnya. Jika ia seorang ayah, maka isteri dan anaknyalah yang merasakan sentuhan pertama. Demikian pula bila ia adalah seorang ibu. (Dra. Hj. Wirianingsih)

75 pages, Paperback

First published January 1, 2007

30 people are currently reading
596 people want to read

About the author

Muhammad Lili Nur Aulia

12 books44 followers
M. LILI NUR AULIA

Muhammad Lili Nur Aulia, adalah salah satu pendiri Majalah Tarbawi, menekuni dunia menulis professional sejak Tahun 1993 di berbagai media.Latar belakang pendidikannya di Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab, menjadikan tema-tema ruhani dan Dunia Islam yang menjadi spesialisasinya terasa berkarakter.
Lili, biasa disapa, juga menjadi penerjemah dan penulis sekitar 25 buku, serta pembicara di berbagai event nasional dan internasional.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
405 (57%)
4 stars
195 (27%)
3 stars
84 (11%)
2 stars
13 (1%)
1 star
9 (1%)
Displaying 1 - 30 of 52 reviews
Profile Image for Welma La'anda.
76 reviews20 followers
January 20, 2009
Ulasan penuh di Cinta di Rumah Hassan Al Banna

Hassan Al Banna merupakan pengasas Ikhwanul Muslimin (IM) yang ditubuhkan di Kaherah,Mesir. Beliau telah berjaya membentuk IM setelah 6 bulan menetap di Ismailiyah, sebuah daerah di dalam Kaherah sendiri. Dalam tempoh 15 tahun, cabang IM sudah terdapat di 20 buah negara dan di Kaherah sendiri, ada 2000 cabang IM.

Beliau memang sangat terkenal dengan kesibukan dakwahnya dan kerja-kerja mendidik umat. Antara kata-katanya yang cukup terkenal ialah kewajipan lebih banyak berbanding masa yang ada. Buku-buku perihal Hassan Al Banna juga banyak berkisar tentang perjalanan dakwah beliau atau lebih umunya tentang IM sendiri. Dikatakan tidak banyak cerita-cerita yang dikaitkan dengan ahli keluarga beliau, tentang peranan beliau sebagai seorang ayah, masa beliau bersama keluarga dan bagaimana pola pendidikan beliau dengan anak-anak.

Penulis mengingatkan para pembaca bahawa Cinta di Rumah Hassan Al Banna adalah bukan sebuah buku yang mengandungi kaedah yang paling ideal dalam mendidik anak kerana contoh yang paling ideal itu ialah Rasulullah saw. Tetapi walaupun begitu, buku ini mungkin boleh menjadi pencetus inspirasi seorang ayah dalam memimpin keluarganya!

Hassan Al Banna merupakan anak seorang alumni Universiti Al Azhar. Ayahnya mempelajari Hadits dan Ilmu Fiqh. Diceritakan oleh adiknya Abdurrahman Al Banna, pada zaman mudanya Hassan Al Banna, setiap hari selepas solat, Hassan Al Banna akan membaca jadual harian, "Pukul 6 pagi adalah waktu mengaji al-quran, pukul 7 waktu belajar tafsir dan hadis, pukul 8 belajar fiqh dan usul fiqh" . Sesudah itu, baru beliau dan adiknya akan ke sekolah. Wah! Saya terkesima. Saya, sebelum ke sekolah, apa yang saya buat ya?

Ya, ini adalah sebahagian kisah-kisah Hassan Al Banna bersama anak-anaknya. Saya cadangkan anda perlu membacanya secara langsung daripada buku Cinta di Rumah Hassan Al Banna sendiri. Lebih ada aura. Sebak juga saya sepanjang proses pembacaan. Bukan sebak apa, tetapi lebih kepada kagum, "Ya Allah caring nya lelaki ini".

Hassan Al Banna akan cuba sedaya upaya makan bersama dengan keluarganya. Jikalau ada tetamu (mungkin tetamu di pejabat IM maksudnya) , dia akan mengajak tetamu itu makan di rumah agar boleh sempat bersarapan bersama keluarganya. Begitu juga dengan soal bercuti. Beliau akan merancang perjalanan dakwahnya agar seiring dengan waktu bercuti. Contohnya, apabila musim panas, dia akan merancang perjalanan dakwah ke bahagian utara agar mereka boleh melalui satu daerah ke satu daerah sambil bercuti. Apabila musim dingin pula, beliau akan merancang perjalanan dakwahnya ke bahagian selatan agar beliau boleh balik hari.

Hassan Al Banna seorang yang berperwatakan lembut terhadap anak-anak. Tiada suara keras di dalam rumahnya jikalau anak-anaknya melakukan kesalahan. Dia juga bukan seorang yang cepat memberi respon negatif apabila anaknya melakukan kesalahan. Saiful islam mengatakan hukuman yang paling berat diterimanya ialah telinganya dipusing. Ketika itu, ada kesalahan yang dilakukannya. Kemudian pada kira-kira pukul 11 pagi, Hassan Al Banna menefonnya dan cuba mengeratkan semula perhubungan mereka.

Begitu juga, apabila dia membaca buku-buku komik yang mengandungi cerita cinta, ayahnya tidak memarahinya dan mengatakan buku itu tidak bagus. Tetapi, ayahnya menunggu dia menghabiskan dahulu buku komik itu dan pada keesokan harinya, Hassan Al Banna baru memberinya beberapa buah buku pahlawan-pahlawan Islam seperti Salahuddin Al Ayubi. Lama kelamaan Saiful Islam sendiri meninggalkan pembacaan buku-buku komik itu secara rela hati dan bukan kerana desakan daripada ayahnya.

Hassan Al Banna mempunyai 8 orang anak. Dalam hayatnya, 7 orang sempat dilihat oleh Hassan Al Banna. Seorang lagi lahir pada hari dia syahid. 2 orang anaknya lagi meninggal pada usia masih kecil. Setiap orang anak-anaknya itu ada map ( map ini , mungin di sama maknakan dengan fail) sendiri yang berada dalam simpanannya. Setiap map itu mengandungi maklumat-maklumat pelajaran dan kesihatan. Contohnya seperti, haribulan dan sejarah kelahiran, jadual pemberian ubat dan makanan, berapa lama anak makan ubat itu, berapa banyak dos yang diminum, adakah semua ubat sudah dihabiskan, anak-anal lemah dalam subjek apa, anak-anak perlu dibantu dengan material apa, surat keterangan doktor, ijazah, prestasi anak-anak dan sebagainya lagi.

Beliau akan cuba membantu meningkatkan pemahaman anak-anaknya dalam pelajaran dan mempunyai hubungan yang baik terhadap guru anak-anaknya . Saiful Islam lemah dalam matapelajaran Bahasa Arab. Dia menceritakan, pada suatu hari guru bahasa arabnya, Ustaz Ali menyuruh mereka membeli buku tulis dan menulis syair-syair pilihannya pada buku itu. Sesiapa yang menulis paling banyak syair arab, akan mendapat hadiah. Saifu Islam pun berlumba-lumba menulis syair arab untuk mendapatkan hadiah itu. Pada hujung tahun, baru dia tahu, rupanya idea menulis syair itu dicadangkan oleh ayahnya kepada guru bahasa arab sebagai satu kaedah untuk membantunya menguasai mata pelajaran itu.

Roja' menceritakan ayahnya sering membawakannya bekal makanan ke sekolah. Roja pada ketika itu berusia 5 tahun. Roja selalu lupa membawa bekalan makanan ke sekolahnya dan kekadang makanannya juga akan diambil oleh orang lain. Oleh itu, Hassan Al Banna risau anaknya tidak akan makan pagi. Lalu setiap hari dia akan membawa makanan itu ke sekolah.

Hassan Al Banna juga sangat prihatin terhadap keperluan rumah. Walaupun isterinya seorang suri rumah, tetapi dalam kesibukannya, dia juga turut terlibat di dalam menyediakan keperluan keluarga. Dia sendiri akan menuliskan keperluan keluarga dan memberi wang kepada pemilik kedai pada setiap bulan di atas barang-barang keperluan rumahnya. Punyalah teliti Hassan Al Banna, dia boleh tahu sesetengah makanan yang cuma ada pada musim tertentu, dan siap memantau bila bahan-bahan itu akan dijual di pasar. Kemudian, jikalau ada, Hassan Al Banna akan membelinya. Dia tidak mahu menyusahkan isterinya kerana dia tahu isterinya sibuk mengurus rumah. Wah!

Saya kagum lagi dalam satu perkara ini. Hassan Al Banna memberi jumlah wang yang banyak juga kepada anak-anaknya. Perbelanjaan anak-anaknya dikategorikan kepada 3 bahagian iaitu wang harian untuk makanan sebanyak 3 qirsy, wang mingguan sebanyak 10 maadin dan wang bulanan sebanyak 50 qirsy.

Hassan Al Banna tidak menyimpan wang. Apabila ditanya, dia mengatakan, semua wangnya diinfakkan. Anak-anaknya juga dilatih untuk berinfak. Wang mingguan sebanyak 10 maadin itu adalah untuk diinfakkan pada setiap hari Jumaat. Saiful Islam mengatakan, ayahnya akan menghantar seorang mata-mata untuk melihat adakah betul anaknya menginfakkan duit itu.

Duit sebanyak 50 qirsy itu pula adalah duit untuk membeli buku. Di rumah mereka ada perpustakaan khusus untuk setiap anak-anak dan mengandungi buku-buku kesukaan mereka. Apabila ditanya kepada Saiful Islam adakah tidak melampau ayahnya memberikan jumlah duit yang banyak kepada anak-anaknya, lalu dijawab Saiful Islam dengan mengatakan bahawa bukan masalah sikit atau banyak, tetapi lebih kepada bagaiman pola pendidikan dan pembinaan anak-anak dilakukan di rumah. Jikalau anda baca betul-betul kaedah pendidikan yang diterapkan oleh Hassan Al Banna kepada anak-anaknya, anda akan perasan Hassan Al Banna banyak memberi kepercayaan kepada anak-anaknya.

Hassan Al Banna sering saja cuba mengajar anaknya secara tidak langsung. Contohnya, dia mahu mengajar anaknya cara membaca quran dengan cara yang betul. Pada suatu hari, ayahnya memanggil Wafa dan Tsana. Katanya, "Aku mulai membaca dari ayat ini, perhatikan mana yang salah".

Pernah satu ketika Saiful Islam bertanya kepada ayahnya, "Apa yang akan kita lakukan menghadapi Inggeris apabila mereka tidak mahu meninggalkan Mesir?. Lalu dijawab Hassan Al Banna, "Kami akan mengirimmu bersama pasukan untuk mengusir mereka dengan kekuatan". Sejurus selepas itu, Hassan Al Banna memeluk Saif.

Sebenarnya, Hassan Al Banna melakukan perkara yang biasa-biasa sahaja dalam soal melayan anak-anaknya, tetapi kesan biasa-biasa itu begitu mendalam tinggal pada anak-anaknya. Contohnya pelukan kepada Saiful Islam sebentar tadi. Saiful Islam mengatakan kehangatan pelukan itu masih tetap terasa walapun ayahnya sudah lama meninggalkan mereka. Berkali-kali anak-anak Hassan Al Banna di dalam Cinta di Rumah Hassan Al Banna menegaskan bahawa mereka mematuhi ayah mereka bukan kerana takut, tetapi kerana sangat sayang pada ayah mereka. Walaupun ayah mereka sangat sibuk dan jarang berada di rumah, tetapi, masanya yang sedikit di rumah itu sudah cukup membuatkan mereka sangat dihargai dan bermakna.

Satu lagi kisah yang membuatkan saya gelak dalam kekaguman. 2 orang anak Hassan Al Banna telah meninggal pada usia masih kecil kecil lagi. Muhammad Hisamuddin menderita penyakit tipus. Sebelum kematiannya, isteri Hassan Al Banna pernah didatangi oleh seorang yang berjubah putih dan berserban hijau. Orang itu mengatakan akan membawa pergi Hisamuddin dalam tempoh 15 hari. Tepat 15 hari seperti yang dikatakan orang itu, Hisammuddin pun meninggal.

Perkara yang sama berlaku kepada anaknya Shofa. Orang itu mendatangi isteri Hassan Al Banna lagi dan mengatakan akan membawa pergi Shofa dalam tempoh 4 hari. Isterinya menceritakan perkara itu kepada Hassan Al Banna. Mahu tahu apa yang dikata dan dilakukan oleh Hassan Al Banna? "Kita dikunjungi malaikat yang mulia". Hassan Al Banna sujud syukur selepas itu dan memanggil Ustaz Sa'duddin untuk mengambil gambarnya bersama Shofa. Subhannallah. Begitu hebat tahap pergantungan kepada Allah!
Profile Image for Faizah Roslaini.
123 reviews23 followers
April 8, 2009
Cinta di Rumah Hassan Al-Banna lebih merupakan kepada fragmen-fragmen tentang sikap-sikap Hassan Al-Banna sebagai seorang ketua keluarga. Setiap 'point' disertakan dengan contoh yang ringkas untuk menambahkan kefahaman pembaca.

Pada pendapat saya penulisan karya ini sepatutnya masih boleh dipadatkan dan diperbaiki lagi. Mungkin penulis menukil berdasarkan pembacaan dan testimonial orang-orang yang dekat dengan Hassan Al-Banna maka terbentuklah suatu 'nukilan indah romantika'. Tetapi sebagai seorang ibu yang berkeluarga, walaupun aspek praktikal didikan anak-anak disentuh dengan baik dalam karya ini, saya memerlukan suatu kefahaman yang lebih bersifat konseptual dan menyeluruh untuk membolehkan aspek praktikal yang disebutkan lebih 'melekat' dalam kepala.

Namun begitu saya ingin menyarankan agar karya ini dibaca oleh bapa-bapa yang terpanggil untuk melaksanakan tanggungjawabnya mendidik anak-anak dalam linkungan Islam, dalam kehidupan dunia moden yang sangat mencabar pada zaman ini. Sebagai contoh, Hassan Al-Banna yang membiarkan anak-anaknya bercampur gaul dengan anak-anak masyarakat sekeliling memperlihatkan sikap embracing the society rather than avoiding the society, namun pada masa yang sama menekankan didikan yang benar kepada anak-anaknya.

For me this is practical indeed because as a parent, you just cannot shield your children forever from all the negative influences. What we need to do I think, rather than freaking out about what's waiting for your children out there, we need to embrace the reality of what's happening and really teach your children the rights and wrongs.

Begitulah bagaimana seorang da'ie yang practiced what he preached. Walaupun dalam keterbatasan waktu dan pelbagai lagi, isteri dan anak-anaknya tidak pernah merasa 'kekurangan' daripada Hassan Al Banna rahimahullah, yang menjadi contoh kepada dunia Islam moden.




Profile Image for nurhasanah muchtar.
2 reviews8 followers
December 26, 2008
Cinta di Rumah Hasan Al-Banna

Tidak seperti kebanyakan da’i saat ini, yang pintar khutbah dan dakwah kemana-mana tapi ternyata tidak harmonis dengan keluarga sendiri. Tidak begitu dengan Hasan Al-Banna, oleh musuh beliau disegani, oleh rakyat Mesir beliau disukai dan dihormati, apalagi oleh anggota Ikhwan dan keluarganya beliau sangat dicintai.

Hasan Al-Banna tokoh yang sangat karismatik, lembut perasaannya, tapi tegas dan konsekwen dalam beragama. Banyak orang yang mengatakan bahwa Hasan Al-Banna adalah peminpin yang telah disiapkan oleh Allah, bukan disiapkan oleh zamannya apalagi disiapkan oleh dirinya sendiri. Hanya dalam waktu kurang lebih 6 bulan ditambah 15 tahun, Hasan Al-Banna berhasil mendirikan pondasi yang kokoh bagi gerakan Al-Ikhwan Al-Muslimun dengan 2000 cabang di Mesir dan berhasil melebarkan sayap dakwah di 20 negara lain.

Walau mempunyai kesibukan yang luar biasa, Hasan Al-Banna sangat faham bahwa keluarga adalah obyek dakwah yang paling pertama. Jika keluarga sudah terbentuk baik keislamannya, maka pembentukan masyarakat islami akan lebih mudah. Adalah memang fakta jika disebutkah bahwa antara perkataannya di mimbar-mimbar dakwah dengan realitas kehidupannya menyuarakan satu hal yang sama.

Buku ini ditutur menggunakan gaya bahasa yang ringan, hampir tidak ada ayat dan hadits di dalamnya karena memang bukan buku teori. Jika ingin refreshing sejenak, buku ini cocok sekali dijadikan bahan bacaan. Kejelekan buku ini hanya dua: yang pertama, masala kata ganti orang yag digunakan tidak konsekwen agak teganggu juga bacanya. Yang kedua, buku ini kurang tebal :D.


Bagaimana bentuk interaksi Hasan Al-Banna dengan keluarganya di rumah?, berikut ini akan saya ceritakan sedikit saja kepada anda, silahkan dinikmati :-).

Hasan Al-Banna membangun kedekatan hati yang sangat cantik dengan keluarganya, metode dan strategi yang diterapkan untuk mengarahkan keluarganya dilakukan dengan cara yang sangat halus. Keluarganya pun tidak merasa dikekang, tidak merasa diatur, mereka hanya merasa disayang, diperhatikan, diberitahu jalan yang terbaik. Maka dengan sukarela karena cinta yang sangat besar pada sang ayah, anak-anak Hasan Al-Banna selalu mematuhi perintahnya.

Hasan Al-Banna adalah ayah yang sangat perhatian pada keluarganya. Beliau selalu menyempatkan diri makan bersama. Beliau juga mengatur waktu seketat mungkin agar bisa bertamasya dengan keluarganya secara rutin. Walaupun begitu, beliau tidak perna terlihat stress karena beban pekerjaan yang banyak, beliau juga tidak pernah Bersuara keras sebagai bentuk kelelahan.

Saiful Islam, anak kedua Hasan Al-Banna, mengatakan: “Ayah –semoga Allah nerahmatinya—adalah manusia yang mendapakan taufiq Allah dalam hal ini. Beliau menggantikan waktu yang ia khususkan untuk kami dengan waktu yang lain bila beliau harus pergi.Tapi dalam hal lain ayah memiliki keistimewaan. Anda bisa saja duduk dengannya hanya dua jam, dan ternyata itu sudah memuaskan anda”. Tsanna, anak ketiga, Hasan Al-Banna bercerita: “Kami tidak pernah merasakan beban kegiatan yang dirasakan ayah selama di rumah. Misalnya saja, kami tidak pernah melihatnya seperti banyak orang yang kerap berteriak atau bersuara keras di dalam rumah, dan semavamnya sebagai akibat dari tekanan mental dan fisiknya setelah banyak beraktifitas di luar rumah. Bahkan yang paling penting dalam kehidupan ayah adalah soal pengaturan keluarga. Jika anda baca bagaimana perikehidupan ayah, anda akan lihat bahwa semuanya berjalan sesuai dengan apa yang dicontohkan Rasulullah”.

Hasan Al-Banna memiliki catatan yang luar bisa rapihnya tentang identitas diri anak-anaknya, juga catatan riwayat sakit secara detail, jadwal berobat, bahkan catatan prestasi anak-anaknya juga tersusun dengan rapih. Hasan Al-Banna tidak pernah lupa untuk memenuhi kebutuhan uang saku dan peralatan sekolah anak-anaknya, bahkan beliau memiliki catatan sendiri mengenai kebutuhan rumah dan dapur setiap bulannya. Semua keperluan keluarganya itu beliau penuhi sendiri, kalau tidak bisa beliau akan meminta tolong anggota ikhwan untuk mengantarkan barang-barang yang diperlukan ke rumahnya.

Hasan Al-Banna tetap meluruskan jika anak-anaknya berbuat tidak baik. Sangat halus metode yang beliau terapkan, tapi kehalusan itu tidak membuat anak-anaknya menganggap remeh bahwa kesalahan yang sama boleh diulangi lagi. Perhatikanlah cerita dari Tsana, berikut ini:

“Jarang sekali ayah menghukum kami. Kecuali bila melakukan kesalahan yang dianggap berat atau terkait dengan pelanggaran perintahnya yang sebelumnya kami telah diingatkan. Jika kami bersalah, tentu saja kami mendapatkan hukuman. Tapi itu jarang terjadi. Aku dua kali mendapatkan hukuman dari ayah. Kali pertama ketika aku keluar tanpa memakai sendal dan kedua ketika aku memukul pembantu di rumah. Aku ingat ketika itu aku dihukum karena pelanggaranku sendiri. Di rumah kami yang lama, ada beberapa pemisah ruangan. Ayah ingin menggunakan kamar yang ada di bawah dengan alasan agar anak-anak tidak lelah karena tidak harus melalui tangga. Selain itu juga, agar tetangga tidak usah lelah kalau mau berkunjung. Suatu ketika aku duduk di tas tangga itu danmelihat ayah datanag dari kejauhan.Aku segera bangun danmenghampirinya tanpa menggunakan sendal. Padahal ayah sudah menyiapkan sendal untuk bermain dan sepatu untuk sekolah. Aku pergi begitu saja lupa memakai sendal. Ketika itu ayah hanya melihatku sebentar saja, hanya sepintas. Dan saat itu pula aku sadar bahwa aku pasti akan mendapatkan hukuman. Aku segera kembali ke rumah”

“Setelah para ikhwan pamit, ayah masuk ke ruang makan dan memanggilku. Aku datang dengan langkah lambat karena takut. Ayah berkata:”Duduklah di atas kursi dan angkat kedua kakimu”. Lalu ayah memukul kakiku dengan penggaris pendek. Masing-masing kaki dipukul sepuluh kaki. Tapi terus terang aku sebenarnya ingin tertawa, karena pukulannya pelan sekali sampai aku tidak merasakannya. Ayah hanya ingin membuat aku mengerti bahwa aku telah melakukan kesalahan”
Profile Image for Aan Kurniasih.
23 reviews4 followers
March 1, 2008
Sosok ayah idaman...dalam buku ini menurutku ada sesuatu yg baru mengenai konsep pendidikan anak..ayah sangat berperan aktif dalam mendidik anaknya...yg menarik sejak dini anak2 Hasan Al Banna sudah dibiasakan membaca..dan dianjurkan untuk mempunyai perpustakaan pribadi..ada ungkapan menarik juga..kita bisa melihat kepribadian seseorang dari koleksi buku2 perpustakaannya..
Profile Image for Wahyu Rismawan.
5 reviews269 followers
January 1, 2017
Rangkaian potret seseorang yang dikenal dunia sangat luar biasa secara kapasitas, ternyata juga super hebat dalam mengatur persoalan-persoalan "di dalam rumah". Bahkan sampai mengatur hal-hal kecil yang sering luput dari perhatian kebanyakan orang.

Memberi teladan dengan akhlak yang kokoh nan luhur. Masyaa Allah.

Sangat direkomendasikan untuk dibaca, direnungi, dan diaplikasikan.
Profile Image for asmaatj_.
36 reviews
November 8, 2023
Cara didikan IHAB kepada anak:-
* Mempunyai catatan terperinci setiap anak (filing)
* Memastikan makan bersama keluarga
* Penyediaan bekal buat anak-anak ke sekolah
* Pengurusan keperluan rumah tangga yang teliti (barang dapur dll)
* Duit poket yang mencukupi, allocation duit infaq setiap jumaat untuk pupuk sifat pemurah
* Menasihati anak-anak secara tidak langsung
* Menunjukkan qudwah instead of arahan
* Tiada marah dalam suasana keluarga
* Memerhatikan perilaku anak, dan membiasakan berdialog dengan mereka bagi membentuk cara fikir
* Provide alternatives to redirect them to the righteous way instead of relying on scolding/mad at their misbehavior
* Pelukan ibu bapa kepada si anak sangat mengesani
* Membangun suasana keluarga dalam keadaan rifq ie penuh lemah lembut
* Mendidik anak perempuan dengan kesedaran tentang peranan wanita dalam kehidupan
* Membina perpustakaan mini untuk keluarga, setiap anak diberikan wang saku untuk beli buku

Peribadi IHAB -
* penggarapan skil khutbah sedari kecil telah menjadikannya mempunyai kebolehan untuk meyakinkan orang lain dengan pemikiran dakwahnya
* Mempunyai jadual ta’lim sendiri di rumah sebelum ke sekolah formal

“Ayah yang berjaya ialah ayah yang memastikan hati anak-anak sentiasa gembira; yang mengusir kesedihan dari dalam hati mereka.”

“Tiada anak yang tiada masalah”.

“Akal mereka belum dapat memahami perilaku yang baik dan bijak dalam menilai sesuatu; bagaimana orang sebegini boleh dihukum?”
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Shimah.
62 reviews1 follower
September 26, 2021
Baca buku ini sebelum kahwin.

Baca lagi sekali lepas ada anak. More relatable.

Nak share satu kisah:

Seorang ayah datang kepada Umar Al-Khattab mengadukan tentang kederhakaan anaknya.

Umar pun panggil anak dia datang. Anak dia jawab, "Wahai Amirul Mukminin, tidaklah seorang anak mempunyai hak yang harus ditunaikan orang tuanya?"

"Ya"

"Apakah itu"

"Memilih ibu yang baik, menamakan dengan nama yang baik dan mengajarkan Al-Quran"

"Wahai Amirul Mukminin, tidak satupun hak itu ditunaikan ayahku.

Ibuku seorang Majusi, namaku Ja'lan, dan ayahku tak pernah mengajarkanku Al-Quran!"

Lalu Umar menoleh ke ayahnya dan berkata,
"Kamu datang kepadaku mengadukan tentang kedurhakaannya, sedangkan kau dulu yang mendurhakainya. Kamu yang berlaku tidak baik terhadapnya dahulu sebelum dia berlaku tidak baik terhadapmu!"

Satu renungan. Ibu bapa juga boleh menderhakai anak.

Buku yang nipis tapi insha Allah sangat berbaloi untuk dibaca.
Profile Image for Ani.
44 reviews
May 22, 2019
Sememangnya banyak yang boleh dipelajari atau diteladani melalui kisah hidup Imam Hasan Al Banna, pengasas Ikhawanul Muslimin (IM). Alhamdulillah.

Buku ini mengisahkan penceritaan tentang bagaimana sikap Imam sebagai bapa kepada anak-anaknya melalui penceritaan anak-anaknya sendiri.

Saya juga menulis beberapa nota melalui apa yang dipelajari daripada buku ini kerana merasakan perkara-perkara tersebut perlu dicontohi dan diaplikasikan sebagai seorang ibu kelak.

Ini merupakan buku panduan yang sangat baik untuk ibubapa yang ingin mempelajari ilmu rumahtangga dan bagaimana menguruskan keluarga dan anak-anak meskipun terlalu sibuk dengan urusan dan tuntutan yang lain.
1 review
December 20, 2018
Nice book to become someone who think they cant manage time. But this man had proved that u can manage your time wisely
2 reviews
August 21, 2021
Menarik jugak. Buku kecil, nipis yang ceritakan tentang IHAB di samping menjadi seorang tokoh dalam dunia dakwah, beliau juga merupakan seorang ayah yang penyayang buat anak2nya
Profile Image for Fya Books.
58 reviews3 followers
October 2, 2022
Alhamdulillah buku yang sangat bagus dan bermanfaat. Walaupun nipis tapi banyak pengajaran dan nilai yang boleh dipelajari. Wajib dibaca oleh setiap Muslim
Profile Image for Basmin  Maarof.
15 reviews
January 3, 2009
Buku ini adalah buku pertama yang saya baca daripada 8 buah buku yang saya beli di Fajar Ilmu. Ia nipis saja tapi isi buku ini sangat menyentuh hati dan mengusik iman. Banyak kali saya rasa syahdu apabila membaca tentang layanan seorang bapa yang sangat sibuk dengan agenda ummah namun masih sempat peka dengan keperluan anak-anaknya. Anaknya masih tetap rasa hangat pelukan bapanya walaupun sudah lama Al-Banna meninggalkan mereka. Hassan Al-Banna memiliki dua orang anak, Muhammad Hisamuddin dan Shofa yang telah meninggalkan dunia. Berikut adalah sebahagian daripada excerpt di dalam buku ini:

Saiful Islam bercerita, "Saudaraku Muhammad Hisamuddin menderita sakit tipus di saat belum ditemukan obat untuk mengatasi virus yang menyerangnya. Ayah sangat memperhatikan kesehatan anak-anaknya. Setiap orang dari kami mempunyai arsip kesihatan khusus. Tentang wafatnya anak Al-Banna, Ibuku mengatakan, dirinya bertemu dengan seorang berjubah putih dan berserban hijau. Orang itu mengatakan bahwa ia akan membawa Hisamuddin lima belas hari kemudian. Ibu mengatakan dirinya tidak sedang bermimpi saat bertemu dengan orang tersebut.

Tepat lima belas hari setelah itu, Hisamuddin meninggal dan bertemu dengan Pencipta-Nya. Ketika saudaraku meninggal, ayah sendiri yang menguburkannya ke liang kubur. Ia sama sekali tidak membiarkan penguburan anaknya sebagaimana yang diceritakan sebahgian orang.

Sedangkan ketika Shafa meninggal, ia masih sangat kecil. Usianya saat meninggal lebih kurang satu tahun. Ibuku mengatakan lagi kepada ayah,ia kembali bertemu dengan orang yang pernah menemuinya sebelum Hisamuddin meninggal. Orang itu mengatakan, ia akan ambil Shafa empat hari lagi", ujar ibu kepada ayah. Ayah kemudian sujud syukur dan mengatakan, " Kita dikunjungi oleh Malaikat yang mulia." Tak lama selepas itu, ayah memanggil Ustaz Sa'duddin dan meminta untuk mengambil foto dirinya bersama Shafa. Empat hari berikutnya, Shafa meninggal dunia. Ayah sendiri yang menguburkan Shafa ke tempat pengistirahatannya yang terakhir.

Yang penting dari perkataan Saiful ISlam tentang ayahnya, terkaitnya dua saudaranya yang meninggal adalah, "Ayah telah menunaikan hak keluarga dengna sangat baik, tidak meremehkan salah satu pun dari anggota kelluarga. Sehingga ketika ia dalam perjalanan, saat bekerja, saat ia berdakwah tidak ada di rumah, ayah tleah menyiapkan dan mengaturkan semua urusan keluarganya dengan baik."
Profile Image for Rozy Latip.
31 reviews
February 14, 2011


Dalam sebuah keluarga kedudukan bapa adalah salah satu batu bata yang menyokong bangunan umat islam. Jika para bapa berjaya menunaikan misinya dalam keluarga akan kukuhlah bangunan umat islam di pelbagai bidang kehidupan. Proses pendidikan Hassan Al Banna untuk anak-anaknya telah dimulakan dari pemilihan isterinya lagi. Al-Banna tidak pernah menggunakan alasan sibuk (w/pun dia benar-benar sibuk) untuk memperuntukan masa untuk anak dan isterinya seperti makan bersama, bermain, bercuti, hal persekolahan anak-anak, kesihatan. Malah dengan tekanan mental dan fizikal yang dihadapi semasa pekerjaannya beliau tidak sekali meninggikan suara semasa di rumah walaupun anaknya membuat salah. Ia menggunakan cara yang berhemah dengan dialog dan diskusi. Di samping itu dia amat menggalakkan budaya iqra' kepada anak-anaknya. Dia menyediakan setiap anaknya perpustakaan mini untuk anaknya menyimpan buku yang disukai masing-masing.

Hassan Al-Banna memberikan cinta tulusnya kepada anak-anaknya dengan kelembutan, kehalusan usahanya untuk tidak menyakiti mereka agar apa yang dilakukan oleh anaknya nanti terbit dari diri snediri bukan perintah / tekanan sesiapa. Hassan Al Banna berperanan mendidik dan berdakwah kepada anak-anak di seluruh dunia ini. Dialah yang melontarkan kalimat emasnya:

" Aku ingin sekali menyampaikan dakwah ini hingga kepada janin yang ada di dalam perut ibu mereka"


Profile Image for Mawarose Wardah.
3 reviews
June 10, 2016
Mengatur kehidupan yang padat bagi seorang pendakwah Islam yang juga pengasas Ikhwanul Muslimin.
Sepertimana yang kita tahu, tugas pendakwah itu bukanlah mudah apatah lagi sebagai seorang pengasas utama!
Sibuknya tidak terkata, namun ajaibnya di celah-celah kesibukan Imam Hasan Al-Banna mampu mengurus urusan dakwah dan keluarganya dengan baik sekali.
Makanan bersama keluarga, fail anak seorang satu mesti ada dan di situlah beliau mengetahui keadaan anak-anaknya samada kesihatan, pelajaran dan semuanya, tidak pernah marah anak dan sentiasa berhemah dalam menguruskan keluarganya.
Mendidik anak-anak dengan sifat mulia, mewujudkan perpustakaan mini setiap seorang, mendidik untuk bersedekah setiap Jumaat dan banyak lagi.
Gajinya dibahagikan kepada tiga bahagian; keluarga, dakwah dan sedekah.
Tidak ada sedikit pun digunakan untuk kepentingannya sendiri, segalanya untuk jalan mulia ini.

Seperti yang dikata "Disebalik kehebatan seorang lelaki, adanya wanita hebat di belakangnya."
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books284 followers
July 29, 2010
CINTA Di Rumah Hasan Al Banna tulisan Muhammad Lili Nur Aulia, membuka tirai keperibadian dan ketokohan Almarhum Hasan al-Banna di dalam lingkungan tabir rumah dan keluarganya, sekali gus memperkukuhkan keunggulannya sebagai tokoh besar dalam gerakan Islam dan pengasas gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir.

Buku setebal 75 halaman terbitan Alam Raya Enterprise berharga RM13 ini, menggunakan bahasa yang sederhana untuk menghidangkan didikan Hasan al-Banna kepada anak lelaki dan perempuannya dengan cara yang halus, bijaksana dan indah yang boleh dimanfaatkan pembaca dalam lingkungan rumah mereka sendiri.
Profile Image for Ammar Ibnu ziyadi.
38 reviews4 followers
February 27, 2014
Kita mengenal Hasan al Banna selaku seorang pengasas gerakan Islam yang termasyhur melalui buku-buku haraki.

Nah, sekarang buku ini menampilkan kisah-kisah as-Syahid selaku seorang ketua keluarga yang berjaya.

Kerana apa? Beliau yakin bahawa target dakwah yang tidak boleh diabaikan adalah yang paling dekat iaitu keluarga sendiri.

Faktor kejayaan as-Syahid mengemudi rumahtangganya ialah dengan mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Buku ini, meskipun tidaklah lengkap dan sarat dengan cerita, namun sudah cukup bagi seorang penggerak dakwah untuk mengambil ibrah dari seorang pendakwah kontemporari.
10 reviews3 followers
March 30, 2014
Sebelum ini aku sekadar mendengar kisah as Syahid Imam Hassan al-Banna dalam medan gerakan harakah Islamiyah. Kali ini aku mengenali beliau sebagai ketua rumah tangga dan bagaimana akhlaknya terhadap keluarga. SubhanALLAH, tak putus-putus rasa sebak dan bangga dengan cara pendidikan dan bagaimana beliau menyantuni isteri dan anak-anaknya. Superb! Tapi ialah, tiada yang dapat mengalahkan akhlak Baginda Rasulullah terhadap ahli keluarganya dan para sahabat. :')

Sudah beberapa kali disuruh oleh teman-teman untuk membelek buku ini, tapi baru kali ini aku dapat menkhatamkan kutayyab kecil dan nipis ini :) insyALLAH takkan menyesal. Bacalah! :) !إقراء
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews20 followers
January 29, 2017
"islah diri, Islah keluarga dulu baru jiran, masyarakat, negara".

selalunya begitu lah pesan senior2 ku. Ia harus menjadi blueprint yang kukuh sebelum mengislahkan sasaran yang lebih besar. Buku ini memperlihatkan sisi kepimpinan Hassan Ali Banna di rumah nya, bersama keluarga. Banyak kisah kisah dan tauladan yang baik dapat diambil dan diamalkan dari kehidupan seharian Hassan Al Banna.

Mengenai buku ini, tulisan dan pembahagian subtopiknya masih boleh diperkemaskan.
Profile Image for Lintang Dwi.
19 reviews59 followers
April 15, 2010
Sisi lain yang diungkap dari seorang tokoh pembaharu gerakan Islam abad 20, Hasan Al Banna. Selain sebagai seorang dai, ulama, pemimpin dan penggerak, ternyata beliau adalah juga seorang kepala rumah tangga yang begitu bijak, sabar, telaten dan penuh kasih sayang.

Cocok dibaca oleh para ayah, meneledani bagaimana profil imam keluarga di abad 20 ini.
Profile Image for Nor Azzah.
Author 11 books110 followers
August 23, 2010
Bagaimana Hassan al Banna menjalankan peranannya sebagai seorang ayah dalam kesibukan beliau memimpin Ikhwan Muslimin. ternyata apanyang beliau buat sebagai seorang ayah ada kalanya melebihi daripada apa yang kita buat, walaupun kita tidak sesibuk beliau. Contohnya beliau mencatatkan sendiri rekod kesihatan anak2nya dari kecil sebagai rujukan bila2 perlu.
Profile Image for Siti Zulaikha.
6 reviews9 followers
March 11, 2012
Kagum dengan peribadi Hasan al Banna.Terasa malu dengan diri apabila menghayati kesungguhan beliau dalam mendidik. Cara beliau sesuai dengan zaman beliau. Walau bagaimanapun, prinsip asas masih relevan untuk dipraktikkan dalam konteks hari ini. Sesuai dibaca untuk mereka yang mahu bekeluarga atau mempunyai keluarga.
1 review
March 31, 2014
Allahu... Betapa akhlaknya nian sungguh!! Akhlak yang benar benar menghidupkan jiwa jiwa lain. Walaupun kisah dari sisi seorang bapa, tetapi Banyak sisi yang kita boleh contohi drpd beliau. Seorang daie, seorang guru, seorang murobbi yang benar benar menghidupkan, dan kita boleh ambil contoh bagaimana melayani ahli keluarga, sahabat, anak2 malahan diri sendiri!
Profile Image for Muhammad Rushdi.
13 reviews13 followers
October 25, 2015
Selama ini di Malaysia ramai yang salah faham bahawa orang yang pergi berdakwah, pasti tiada masa untuk keluarga. Malah ada yang jauh lebih teruk mengabaikan terus tanggungjawab dan nafkah yang perlu diberikan atas lesen dakwah kononnya. Buku ini juga sangat ringkas dan nipis tapi isinya agak padat menceritakan bahawa imam Hassan al-Banna turut bijak membahagikan masa dan dakwahnya.
Profile Image for Nai'mah.
5 reviews
July 22, 2016
A very good read indeed. Saya selalu terkesan dengan kasih seorang ayah. Hasal al banna menunjukkan takde alasan pun untuk mengabaikan anak-anak walau sesibuk mana pun seorang ayah tu. Beliau juga menunjukkan bahawa pendidikan melalui contoh yang baik itu adalah pendidikan yang terbaik di rumah. Like, bapa borek anak rintik. Banyak sangatlah ibrah yang boleh dikutip daripada buku ni. Must read!
Profile Image for Hussaini Khairudin.
12 reviews6 followers
October 29, 2009
Buku yang sangat mengagumkan jika anda ingin mewujudkan keluarga duat

Pada asalnya saya tidak mahu baca buku ini kerana saya tidak mahu taksub dengan Pak Hassan itu secara peribadinya,
Tapi ternyata, beliau bukan sahaja hebat sebagai seorang pendakwah, juga merupakan qudwah kepada anak-anak

Profile Image for mona.
29 reviews
July 26, 2010
seperti inilah seharusnya menjadi orangtua...
tidak memaksakan namun memberi teladan
tidak menuntut hak tapi melakukan kewajiban dengan penuh kesadaran dan cinta.

tengoklah cinta yang bertebaran di rumah Hasan al Banna :)
Profile Image for Qanita Mukminah.
4 reviews11 followers
August 29, 2010
Masyaallah bku yg sgt bagus..
walaupun berulang kali baca tp x jemu..
panduan tk mbina baitul muslim y penuh mawaddah warahmah..
scebis pengalaman dr murabbi agung seorang ayah,suami,daei..
Assyahid Hassan albanna..
Displaying 1 - 30 of 52 reviews