Kalau kalian suka baca diari orang, mungkin kalian suka baca buku ini, walaupun orang yang suka baca diari orang lain belum tentu dia pasrah bila orang terbaca diari dia.
Segala kisah-kisah mistik, fatamorgana, dan epik ada dalam buku ini (ha???). Namun sudah pasti tidak mampu menandingi kisah realiti dan pemerhatian tajam penulisnya.
Buku kedua Puteh Press ini pasti akan membawa pembaca mengenali sosok Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim (koh koh), dan yang paling penting mengenal diri kalian sendiri.
Mat Luthfi atau nama sebenarnya Muhammad Luthfi Bin Rohime merupakan seorang vlogger dari Malaysia. Beliau dilahirkan di Kedah. Saluran youtubenya disenaraikan antara 10 saluran Youtube paling popular di Malaysia pada tahun 2012. Beliau meminati kumpulan Hujan dari Malaysia.
Walaupun lahir di Kedah tetepi beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kuala Kangsar selama 3 tahun(2003-2005) sebelum ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu (2006-2007). Sekarang beliau belajar di Curtin University di Perth, Australia.
Beliau menggunakan dialek utara pada hampir semua videonya di Youtube. Selain unsur humor di dalam videonya, Beliau turut memasukkan unsur nasihat di dalamnya.
Antara anugerah yang pernah dimenanginya ialah Shout Aloud Award(Anugerah Shout 2012), Shout Aloud Award(Anugerah Shout 2013), dan Aksi di Youtube paling popular(Anugerah Bintang Poupular Berita Harian 2013)
Sapa hat dok follow blog Mat, video dia, memang akan beli buku ni. Hat ada kat tangan la ni pun dah cetakan ke3 baq ang. Feh!
Kalau orang tanya best dak buku ni? Catatan biasa ja. Hang pun boleh tulis. Kumpui semua status fb, tweet hang, dah siap. Tapi sebab yang tulis adalah Mat jadi hang paham-paham ja la no. hahaha
Kata biasa ja, tapi awat 4*? Mat kata kalau letak 3* hang komunis. Lol
Tahniah Mat. Semoga maju jaya dengan tulisan, video & pelajaran. (okey -_-, bajet Mat baca hang punya review. Kemain lagi wish. hahaha)
Dulu masa zaman aku study, Mat Luthfi ni macam TikTok famous zaman tu lah. Pakcik - pakcik dan makcik - makcik 80s & 90s yang suka tengok Youtube mesti kenal dia.
"Budak" dari utara semenanjung ni memang kreatif gila. Dia antara orang terawal yang buat video-video best versi Melayu kat YouTube. Walaupun belajar kat luar negara, dia tetap tak lupa loghat utara dia. Aku walauoun bukan orang utagha, aku suka dengar celoteh dia, adakala sinis, adakala serious, puitis, adakala jiwang, ada gosip, ada politik, ada info ada ilmu segala macam jenis isu semasa dia kupas. Yang paling penting content dia relevant & relatable.
Selain humor, dia juga seorang yang humble dan suka bagi tips segala macam. Tak sangka umur Mat pun dah menginjak level pakcik dah sekarang, haha.
Peminat Mat Luthf akan suka buku ni. Sejenis memori pakcik - pakcik dan makcik - makcik mula bergelumang dengan Youtube.
I like his book as much as I like his youtube. His words are so cynical. Reminded me of myself back then.... Hah! Who am I kidding.... Ngeh ngeh ngeh... Neway, being cynical is not a talent. Not born with it. Can't be inherited. It is a practice makes perfect. Hence... its tiring when people don't understand when you're being cynical.... Heh!
Bak kata Dyh, kalau kumpul status fb, tweet dan juga blog post kita yang tak berapa nak ada tu pun boleh cetak jadi buku. Tapi sebab nama tak ada commercial value maka faham-faham sahajalah kan? Lol
Banyak catatan yang buat kita senyum dan ketawa. Ada juga yang buat kita rasa tersindir. Dan ada juga yang buat kita berfikir panjang. Terserah kepada penafsiran dan penerimaan masing-masing. :)
Tapi saya lebih suka baca catatan tentang Mama, Ali, Anis dan Aina. Entah. Mungkin sebab kisah-kisah seputar keduniaan dan sejagat itu terlalu melelahkan untuk difikirkan. :)
Apa pun, baca dan nilaikan sendiri. Moga dapat manfaat disebalik senyum dan gelak ketawa itu. ;)
Saya bukanlah peminat Matluthfi, jadi saya tidak mengikuti setiap tulisan beliau di blog mahupun media sosial. Namun sejak beliau datang ke Jordan pada April 2014 yang lalu, bersempena Festival Multimedia Se-Jordan (FEMES) 2014, saya perlahan-lahan mula mengikuti beliau di laman media sosial dan menonton beberapa video-video beliau. Jadi, kemunculan buku ini adalah sesuatu yang baru buat saya.
Apa yang saya perhatikan, tulisan Matluthfi secara luarannya mencuit hati, sarkastik dan humor semata-mata, namun dalamannya terkandung mesej-mesej yang menarik untuk diberi perhatian dan direnung sejenak. Stail beliau berjaya menambat hati anak muda remaja, pun begitu tidak semua mahu memahami dengan serius apa yang ingin disampaikan oleh beliau. Kebanyakannya hanya terhibur mendengar lawak jenaka yang beliau persembahkan, sedangkan beliau ada mesej besar yang ingin disampaikan. Haha. Serius benar bunyinya saya membaca buku ini.
Seperkara lagi, saya seakan-akan sesat dan melilau-lilau semasa membaca buku ini. Catatannya bersepah. Saya membayangkan ia ditulis seakan-akan diari. Tetapi rupanya tidak. Ia tidak disusun mengikut kronologi. Tetapi seperkara yang saya perasan, ia disusun mengikut tema. Contoh, jika ia berkisar mengenai buku, maka beberapa helai muka surat selepasnya juga akan bercerita tentang buku. Menarik.
tak tau nak kategori bm/bi. english pun patut gak ni. kalau korang2 standard bi ala kadar, better sedia kamus.
bahasa dia bak hang. berselirat dan men'kiut'kan hati. ewh. kiut ke? patutlah ramai dok minat kt mat. suma dah macam nk tukaq bahasa kedah teruih. tak caya? baca la. "appleiaq". kau tergeliat lidah.
enjoyable half of the book. the other half quite heavy - tang sentuh bab sosio-politik.
Carilah di Youtube. Video-videonya melucukan. Dan lorat utaranya, aduh! Pekat lagi likat. Tapi yang pasti, dia tidak menghiburkan secara kosong. Ada mesej yang mahu disampaikan. Dia kreatif dalam menyampaikan, dan dengan mudah "memikat" jiwa muda.
Dan juga mereka yang pernah muda. :)
Bagi aku, Matluthfi selamba dalam karyanya. Aku mengikuti video-videonya sejak mula tersebar orang berkongsi di Facebook. Mungkin sekitar 2-3 tahun yang lepas. Sejak hari itu, aku menjadi follower (bukan stalker) budak ciyu (cina + melayu) ini. Isu-isunya ada yang berkisar perkara semasa, jadi bila kau "ketinggalan zaman", terpinga-pinga juga mahu faham. :)
Dan bila tersebar pula Matluthfi sudah ada buku (dari FB juga), aku tanpa banyak soal terus membuat pesanan.
Berbaloi?
Hmmm.. jika kau mahu membuat perbandingan antara video dan buku matluthfi, samalah seperti kau membandingkan rasa kuih koci dan sirap limau. Dua-dua boleh ditelan, tapi dengan cara dan kepuasan yang lain.
Bagi aku, Catatan Matluthfi masih dalam konsep yang sama. Mahu menghibur dan mengajak kita berfikir dalam masa yang sama. Cuma catatan Matluthfi ini sama seperti buku-buku yang aku pernah aku baca seperti Proletar Dua Menara, Ulu Yam di Liverpool dan lain-lain. Konsep catatan di blog, Facebook, Twitter yang dibukukan. Aku hanya follower Matluthfi di Youtube, tetapi tidak pada media sosial yang lain. Jadi, walaupun Catatan Matluthfi ini sudah terlebih dahulu dikongsi di media sosial, aku tidak pernah baca dan tahu.
Jadi, catatan ini semuanya "baru" bagi aku.
Dan buku ini menunjukkan sisi lain Matluthfi. Sisi lain? Agak "poyo" bunyinya. Ehehehe! Tapi dalam buku ini kita boleh lihat Matluthfi yang serius, berbahasa Inggeris dan berpuisi. Lawaknya tetap ada.
Oh! Berbahasa Inggeris itu bukanlah "sisi lain" sangat, cuma dalam video Matluthfi lebih banyak berbahasa utara. :)
Catatan seorang vlogger Malaysia yang tak perlu kita perkenalkan. Jujurnya rasa muka hadapan buku boleh diperbaiki lagi sebab tak nampak apa-apa yang melambangkan Mat Luthfi, di samping judul buku yang sedikit halus. Tak mustahil ada orang tak sedar ini buku Mat Luthfi kalau tak tengok terlebih dahulu muka hadapannya di FB/Twitter.
Berkenaan isinya, penulis memang terkenal kesengalannya. Itu kekuatan Mat lewat karya-karyanya (termasuk video). Banyak catatannya yang membuatkan kita tersenyum dengan sarcasm tersendiri dan analogi merapunya. Kalau tak salah saya, banyak catatan ini diambil dari blog dan Twitternya. Saya tak pasti mana satu tulisan baru sebab saya tak mengikuti blognya. Tapi apa-apa pun, isinya tetap menarik. Jika sesiapa pernah membaca di blog atau Twitter sekalipun, buku ini merupakan kompilasi untuk memudahkan bacaan dan sebagai kenangan.
Susun atur buku ini pada pendapat saya sedikit mengelirukan. Pertamanya ada yang berbahasa Inggeris, ada yang berbahasa Melayu - jadi bila dimasukkan dalam satu buku, momentum pembacaan kadang-kala terpaksa diubah (saya malas sikit baca bahan Bahasa Inggeris). Saya dapat rasakan idea Mat lebih sampai dalam Bahasa Melayu berbanding Bahasa Inggeris. Juga percampuran antara babak formal (berbentuk falsafah, sarat ilmu) dan tak formal (keluarga, rakan-rakan) menyebabkan kadang-kala pembaca keliru. Tapi mungkin juga itu konsep buku ini iaitu 'catatan maka susunan idea bersifat rawak'. Hal lain, buku ni agak luas dari segi susun atur dan banyak gambar/ilustrasi, sesuatu yang diminati oleh pembaca remaja saya rasa.
Saya teragak-agak nak tekan tiga atau empat bintang. Fikir punya fikir, mungkin tiga bintang paling OK kot.
Lebih kepada short stories dan sesetengahnya diambil dari blog penulis sendiri. Ada juga cebisan-cebisan ayat dan cerita berdasarkan video penulis dan laman twitter. Jadinya, kalau yang tidak mengenali siapa Mat Luthfi mungkin akan beranggapan buku ini sangat hype kerana best tapi ianya bukan, but more to popularity penulis actually. Ini lebih kepada anekdot pengalaman penulis and you can't expect this to be oh so awesome kinda book. Buku ini ringkas, fun tapi percampuran bahasa inggeris dan melayu yang bercampur-campur dan cerita yang seperti dimuat-muat di merata halaman muka surat agak memeningkan. Tapi cukup untuk appetizer. Bolehlah tahan, kelakor laa kau ni Mat.
Re-read & updated. Belek dan selak sekali imbas buku ni sebelum let go pada esok hari. Sayang nak letgo sebab ini buku yang dah lama sangat ada di rak.
Masa first beli buku ni beberapa tahun lalu. Nama Mat Luthfi bukanlah satu nama asing untuk sesiapa yang suka tengok youtube dia. So, anyone yang rajin layan video dia. Korang tahu yang dia selalu utarakan pendapat dia dengan cara dia. Iaitu secara sindir halus atau direct terus kena batang hidung.
Dalam buku pertama dia ini. Boleh dikatakan percubaan yang baik. Ada petikan dari twitter dia dan dtg dari cerita dia sendiri. Okay. Boleh la dibaca untuk bacaan santai. Ada juga point yang boleh diambil dari buku ini. Sebab dialect Kedah Mat Luthfi ni cam kena la dengan jiwa sebab tu boleh terima. Ada juga la beberapa cerita pendek dari dia ketika dia belajar di Australia & berserta gambar.
"Speak less than you listen, write less than you read and stay calm"
Rasanya trend keluarkan buku yang ada petikan twitter ini, org pertama ialah MatLuthfi ke? Haha. Idk. Sebab lepas dari tu, ada beberapa artis yang keluarkan buku dari petikan twitter.
Sekarang, tahun 2020. Mat Luthfi dah ada menulis beberapa buah buku. So? Nak kena baca la semua buku dia. Nak tahu sama ada dia masih gunakan style penulisan yang sama atau dia ubah.
Saya ada ikatan nostalgik dengan buku ni. Kali pertama baca semasa berumur 16 tahun, ia berjaya membuka minda saya dan mengajar saya secara tak langsung untuk berfikir secara kritis. Pada pandangan saya, ada beberapa persoalan disentuh dalam buku ni yang memerlukan orang-orang awam untuk merujuk ahli agama yang bertauliah supaya mereka tak tersalah faham.
Keseluruhannya, meski ada beberapa isu dan pendapat yang saya kurang setuju dengan buku ni, ia tetap bacaan santai yang mendidik buat saya.
Because I've only watched two or three of his videos and never read his blog, so to me best je tulisan dia. Mainly because of the humor. Not only he can write, but he can do poems too. Decent poems. That skill, I admire. My most favorite poem is Malam. It's beautiful and really fits the attached illustration. There are those which is cynical, outspoken, imaginative, a memory or even a bit sad. Overall, he is a creative person. Keep it up. Another thing, I salute his mom! Really maam? You read good books kot??? The Kite Runner, Laskar Pelangi. Gempak la auntie! I can see Mat Luthfi also likes reading. Boy that reads...hmmm...so cool and rare breed. The books he read are kind of heavy to me. The moment dia masuk pasal politik and falsafah, I'm like "O..kay....banyak benda tak tahu. Heh". So this book taught me something, I'm happy. And I like Cendoi a lot. Pretty cute how it got its name :D
The only thing I don't like about this book is, there are duplication of two phrases (or tweets?). I mean that sort of wasted the paper. They should have proofread dengan teliti.
Catatan Matluthfi, semua berkaitan dengan catatan harian beliau, mahu dari sudut pelajaran, makanan, keluarga, pensyarah , tidur, politik, ilmu, isu semasa dan macam-macam lagi.Satu buku yang mencatat setiap perinci kehidupan Matluthfi.Kadang-kadang memang susah kita nak baca fikiran orang, termasuklah Mat Luthfi,apa yang beliau fikir tak sama dengan apa yang kita fikir.Apa yang beliau faham tak sama dengan apa yang kita faham.SARCASM.Semua berunsur SARCASM. Sebab itu SARCASM hanya untuk orang yang SARCASM sahaja, tak semua faham.Gelak, berkerut, pelik, sentap, hairan, tak faham, semua ada pada perasaan pembaca. Ada kalanya kena ulang dua tiga kali baru faham. Tapi semua tu ada unsur dalam,unsur sentap yang membuatkan pembaca berfikir, bukan hanya membaca, tapi turut berfikir.Dan setuju.Membuatkan pembaca setuju untuk terima pandangan berkaitan. Komplikasi fikiran manusia . Bak kata teori dala cerita movie"Lucy"
"that examines the possibility of what one human could truly do if she(Lucy) unlocked 100 percent of her brain capacity and accessed the furthest reaches of her mind. It has long been hypothesized that human beings only use a small percentage of our cerebral capacity at any given time. For centuries, speculative science has postulated what would occur if mankind could actually evolve past that limit. Indeed, what would happen to our consciousness and newfound abilities if every region of the brain was concurrently active? If each one of the 86 billion densely packed neurons in a human brain fired at once, could that person become, in fact, superhuman?"
secara fakta, buku ini mengingatkan pembaca tentang BRAIN.Sejauh mana kapasiti sebuah/sebiji otak boleh menghasilkan beribu2 tindakan dan fikiran yang berbeza untuk setiap individu? cukuplah setakat ni.4 bintang saya kasi.
Read this book on my way to send stuffs to my college at PJ. I've lost count on how many times I've read this book, yet it still managed to make me laugh. Anecdotes and tweets from Mat Luthfi really made me ponder about a few things. He is conservative yet liberal.
It is a catatan; catatan yang sesuai buat mereka yang cakna dengan isu semasa. Tahun 2015 penerbitan, namun masih relevan dua-tiga isu yang diketengahkan.
A quick update: Mat Luthfi has a daughter. How fast time flies ya
Ada catatan catatan menarik, ada yang deep, walaupun ada juga yang sedikit try hard dan ranting yang mengada ngada juga. Perkongsian mengenai keluarga beliau saya kira bahagian yang paling menarik untuk dibaca.
Merangkak jugaklah aku baca benda alah ini. Aku beli sebab nama "Mat Luthfi" je kot dengan buku ni dapat title 8 minggu berturut-turut Bestseller Malaysia kat popular, hah, no wonderlah aku beli benda ni. Content dia biasa-biasa ja, macam personal diary or blog. Aku memang jenis kasi high expectations, (orang kata tak bagus tapi it's a habit kan) so aku expect buku ni kasi "that feels", aku tak tahu macamana nak olah tapi aku ingat buku ni akan kasi something yang inspiring and buat aku adore kat shelf.
Tapi, sedihnya, bila habis, aku rasa macam "just like that?" Aku faham benda ni just light-reading and untuk orang yang suka bacaan mudah, Bahasa Melayu rendah dan senang nak faham. Aku suka benda alah yang macam nota kaki kat bawah tu ala yang ada gambar burung twitter tu. Kebanyakkannya ayat-ayat tu sangat sentap. Tapi tak cukup deep. Emosi aku masa baca buku ni bercampur-baur, kadang-kadang sedih, happy and ada feel relieved jugak sebab benda ni merangkak nak baca.
Ilustrasi dalam buku ni memang WOW! Background setiap pages sangat menawan hati dan nampak sangat "class". Mat Luthfi ni imaginasi dia tinggi, aku suka jugak. Dahlah, cukuplah, aku tak mahu nak review panjang-panjang, tapi buku ni worth my money and boleh tahanlah untuk light-reading.
first, memang banyak pun catatan dia actually ambil dari blog. walaupun blog pun tak tahu mana pergi sekarang. tp untuk sesiapa yang tak pernah peduli mesti suka lah kot kisah secubit dia. saya suka je sebab dia kelakar. dengan gambar2 yang saya wonder dia edit sendiri atau apepejela.
tp still prefer videos after all. ahaha. satisfaction gitu. mat ni jenis imaginasi tinggi ke ape? yang ni pun curious gak ah. papepun suka je buku dia ni. lepastu warna warni ahahah
p/s dia tak selit ke satu post pasal....ah sapa baca mesti ingat.
Sekarang orang jual populariti dgn penulisan. Nasib la. Sampai adik ak pun terbeli buku ni sebab ingatkan se'best blog n vlog dia. Lain baca tulisan atas kertas dgn atas skrin. Bahasa dia kena lain. Tu antara sebab ak tak suka kot. N dari segi inputnya. Korang boleh habiskan baca buku ni dlm masa sehari kalau korang jenis y akn cepat2 habiskan buku y korang tengah baca (sebab x berat lansung contentnya) ataupun kalau korang jenis kurang sabar n cepat bosan, korang baca 2-3 pages pastu terus simpan balik buku ni dekat rak buku korang.
Hilarious. I find it very catchy and easy reading. Unputdownable ! I adore how he can write so many things. Its like the ideas just flowing from his head and straight to be written down. I spoke 'bahasa Kedah' as well so its very easy to understand. (others also will find it very light!).
His experience in Aussie add to another reason why I wanted to visit that region so much.
If you are a bibliophile and love travelling, you'll sure love this company throughout your journey ;)
Buku ini mengumpulkan renungan-renungan, bait-bait kehidupan Matluthfi baik dari segi kelakar dan serius. Bacaan yang santai dan pada yang sama banyak kita boleh belajar.
Buku-buku Matluthfi sering menginspirasikan saya untuk banyak sertai aktiviti-aktiviti kesukarelawanan dan kebajikan. Supaya kita sedar dunia tidak berputar di sekeliling diri kita saja. Supaya kita lebih bersyukur.