Selepas empat tahun bertugas sebagai jururawat masyarakat di Sabah, Syifa’ ditukarkan ke sebuah klinik desa di Hulu Terengganu.
Sebut sahaja nama Klinik Desa Kpg. Petang, pastinya wajah mereka yang pernah mendengar cerita tentangnya akan berubah cuak. Begitu juga rasa hati Syifa’ ketika mendengar cerita jururawat sebelumnya lari meninggalkan kuarters sehelai sepinggang pada tengah-tengah malam.
Mungkinkah itu semua ada kaitan dengan jari-jari runcing berkuku panjang yang dilihatnya merayap-rayap di bawah pintu bilik mandi, ataupun pontianak yang tersenyum padanya ketika Syifa’ sedang bersolat?
Antara naskhah #sayembarafixi4 dalam wishlist sebab tertarik lepas baca blurbnya yang bertema kerjaya dan misteri. Kisah jururawat masyarakat, Syifa’ yang diarah bertugas ke Klinik Desa Kampung Petang dan terpaksa menghadap hal-hal mistik dan gangguan yang dikatakan berpunca dari tapak klinik yang dibina berhampiran gerbang keluar masuk puaka dan hantu-hantu.
Gemar dengan binaan latarnya yang buat aku rasa macam balik kampung sebab berlegar di negeri Terengganu dengan selitan dialek negeri dalam dialog-dialognya yang ada humor dan tak meleret. Narasi cerita dan gaya penulisan yang kemas— dari perinci tugasan Syifa’ yang berkait hal perbidanan ke insiden-insiden yang perlu dia lalui. Ada saspens juga naratif rentas masa yang sureal; babak-babak cemas dan intens, tentang balas dendam juga hal persahabatan yang mencengkam.
Seronok baca bab-bab Syifa’ bertemu Cemani dan Khaidir— adegan aksi dengan kisah sejarah pemerintahan British sewaktu kebangkitan dan pemberontakan tani di sekitar tahun 20an, ada konflik sosial tentang kepercayaan, kekeluargaan dan empati, perihal budaya, tradisi, ilmu hitam/sihir juga isu keagamaan. Eksplorasi dan dinamik pada setiap karakter termasuk watak antagonisnya sangat bagus. Eksposisi Sukma dan motif konfliknya digarap teliti, mudah nak faham hubungkaitnya dengan naratif Cemani dan perihal puaka yang mengganggu Syifa’.
Sangat puas hati lepas habis baca. Naskhah misteri dalam subplot seram, sejarah dan mistik yang tak bosan— patutlah boleh menang sayembara. Tahniah kepada penulis!
Bidan was a breath of fresh air - in terms of horror and folklore stories, and I absolutely loved it. I devoured it in one seating, and I was definitely hooked by the story and what the author had brought forward within the pages. It's something unique and also hooks you to the very last page.
And what's most important, this book had managed to make me BAWL my eyes out. That's when you know its GOOD . You caught me. And I'm happy to be caught as well.
Permulaan cerita yang sangat simple dan straightforward . Mengisahkan tentang Syifa, seorang jururawat masyarakat (bidan) yang dipindahkan ke sebuah Klinik Desa yang terkenal dengan tempatnya yang agak 'keras'. Dari permulaan cerita (dan pada waktu siang ya), Syifa dah mula kena kacau. Pertemuannya dengan sesuatu makhluk telah membuatkan Syifa dibawa kepada tempat yang lain. A story on love, motherhood, rage, revenge and mostly of friendships, in the most unexpected times .
Pertama sekali, kalian kena siap sedia kerana cerita ini memang menyeramkan. The author didn't shy away from going all out on the horror-aspect. Your girl was shookth (and I'm a scaredy cat , sue me) to the very core, so yes, do go in knowing the scary elements WILL GET YOU. Aku rasa, itu yang membuatkan buku ini unik. Elemen seram, misteri dan juga aspek lain seperti sejarah, diangkat oleh penulis dalam buku ini, tetapi ia tidak bercampur aduk dan membuatkan cerita ini seronok dibaca.
There are various themes that the author brought forward in the story. One of it that I liked most is on Motherhood and womenhood. God damn, the women in this book is something else all together. Aku SANGAT suka watak Syifa di dalam buku ini. Not only she's strong and resilient, but her sense of duty towards her work? Its something to be respected. And Cemani? Please I stan this woman she's so real I freaking love her.
Satu lagi tema aku suka di dalam buku ini adalah tentang sisi baik dan gelap manusia. Aku agak simpati dengan beberapa karakter di dalam ini yang jatuh kepada sisi gelap disebabkan keadaan yang memaksa. Aku juga suka the redemption arc, for some of the characters here. For, not everyone was born evil. And, I liked that the author had shown that everything you do, WILL HAVE consequences.
And again, what's with THE ROMANCE IN BOOKS THAT DOES NOT CENTRE AROUND ROMANCE BECAUSE MY GOD THE ANGST IN HERE. Please, ur girl cried so bad it hurts :') Its always these stories with a tad of romance on the side that will get you :') and mygosh, I'm the biggest fan of Khaidir, man might possibly own my heart.
Secara keseluruhannya, Bidan adalah sebuah karya yang lain dari yang lain. Well-deserved win for the sayembara. Ceritanya yang padat, senang difahami, plot yang menarik dan juga karakter-karakter yang kuat dan mengangkat tema yang sangat dekat dengan masyarakat kita juga membuatkan buku ini sebuah buku yang harus dibaca oleh semua.
Highly recommended! One of the books that I will remember for a very long time.
Kalau boleh bagi infinity stars, infinity stars aku bagi.
Aku mula baca buku ni dengan tanggapan (Okey, sesekali bacalah cerita seram. Lain sikit daripada cerita yang selalu baca). Tengok-tengok, nohhh. Cerita dia bukan cerita seram, wey. Sampai hati hampa scam aku. Hampa tau dak, aku punya la turn off baca blurb dia sebab tak mau baca (just another horror story) tapi rupanya tak wey.
Hampa scam aku. Sepatutnya aku baca buku ni dari awal lagi. Awat best sangatttt. Sampai nak nangis wey, aku cam, “Ya Allah, terima kasih la wujudkan buku ni.”
Bidan ada elemen-elemen yang aku suka dalam sesebuah cerita. Bunian + time travel + tragic story + woman empowerment + ghosts + myth. Cukup rencah semuanya yang aku suka. Mana nak jumpa weyyy buku camni.
Aku suka sebab dia nampakkan sisi kuat seorang perempuan. Sifat feminin Syifa’ yang sangat mendamaikan dan diperlukan. Kekuatan fizikal + kuat semangat + feminin seorang ibu yang ada pada Cemani. Aku suka yang penulis cerita bahawa dua-dua ni wanita yang kuat. No one better than another. Semua kuat dan hebat dengan cara mereka tersendiri. Even Wan Yah, Sukma dan Cik Da sekalipun.
Tak payah tunggu lama macam aku wey. Hampa baca la buku ni. Habis baca dalam masa 2 hari (kurang!). Habis baca, repeat baca beberapa bahagian. Semoga satu hari nanti ada masa free untuk masuk balik dalam buku ni.
Habis buku ni pun, aku tonton filem Sembunyi: Amukan Azazil (sampai 2 kali ya). Vibe dia dekat sangat dengan Bidan. Boleh buat aku teringat betapa rindunya aku kat cerita ni dan jumpa juga online.
Sekian. Pi baca. Kak Nil tolong tulis buku lagi tau? Power memang cengginii 🤌🏻
Bila jumpa last pages arrrggghhh F stress. Kenapa cepat sangat habis? I need moreeeeeee
Im hoping ada best ending untuk Syifa Khaidir dan Cemani. Tapi itulah.. depa tahun 1928.. syifa milik in future 😭
Yes dia ada element time-travel + cerita ghost. Hantu ok. F sampai ter-imagined ghost² ni semua. Siot betul 😅🙈 time solat tu takleh blah F. Aduiii terbayang². 🙈🙈
Kenapa Syifa tak ingat masa Aisyah jumpa Syifa. Sedihnya masa ni. 😭😭😭
Bunian² tu dah cakap Syifa takkan ingat apa² yang dia alami. Cuma Syifa rasa sedih sangat just dia tak tahu apa yang menyebabkan dia sedih.
F takut² gak baca tapi itulah ku curious sebab Bidan pemenang Sayembara Fixi. Ternyata memang best
Bacalah korang. Awal² je takut sebab Cik P yang nakal tu. Biasa dia... adoii kalau F dah pengsan agaknya 🙈 but Syifa berani. Mana taknya kau tengah solat, dia kat belakang follow kita. Pastu bila kita sujud, dia kat sebelah sujud sekali sambil pandang ko. Tak ke cuak. 🙈
Congrats penulis. Karya ni memang BEST 👍
By the way, i hate snake but Maliking dalam karya Bidan buat F suka dengan watak dia. Setia pada tuannya.
I didn't expect the book to go the direction it did, but it ended up being really fun. Awal-awal tu seram la jugak, but once the time-travel starts, dah hilang dah seram tu walaupun ada je lagi kemunculan 'benda' tu here and there.
I just wish that the author would elongate the accidental bidan career that Syifa' experienced in 1928. Tajuk buku ni Bidan tapi author tak fully utilise it in the book. Ada 2 je scenes pasal ni pastu takde dah. Cerita pasal dendam/saka with Sukma was put as the central focus instead. If the author found another angle focusing on a modern bidan in a haunted village as the central plot, it'd be even better in my opinion.
Bidan adalah buku terbitan FIXI yang terbaik saya pernah baca. Plot yang smooth dan sempurna. Saya suka Syifa' ketika bersama dengan Cemani & Khaidir dan mengharapkan ending gembira untuk mereka bertiga tetapi malangnya, Syifa' bukan milik 1928.
Overall, satu karya yg ada idea menarik tapi penyampaiannya gagal menarik minat aku untuk menikmati karya ini dgn baik. Pada awalnya, semuanya okey. Cuma bila dah berlakunya time travel tu, graf 'okey' tu dah makin jatuh merundum. Pembacaanku jadi semakin hambar sebab jalan cerita yg semakin membosankan. Pendek kata, karya ini satu karya yg belum sepenuhnya masak dan kurang ada rencahnya.
Dan maaf, aku tak berapa nak minat dgn watak Syifa walaupun dia sebenarnya watak utama. Kecuali ilmu2 ttg perbidanan yg ada dalam ni. Entahlah. Wataknya seakan tiada spark untuk diangkat sebagai watak utama. Aku jugak ada pendapat berbeza ttg perasaan dia dan Khaidir. Aku tak rasa diorang ni saling menyukai sesama diorang. Mungkin sekadar perasaan sayang seorang kawan kepada kawannya (?) Bukan cinta atau sama waktu dengannya.
Aku actually cringe masa Tokki ckp nak satukan Syifa dan Khaidir lepas sekian2. Bagi aku, terlalu mendadak dan berlebihan. Cuma aku suka jugaklah dgn watak Sukma even wataknya selayaknya dibenci readers sepertiku hahaha. Tapi Sukma ni nampak wataknya lebih menjadi dan hidup berbanding yg lain. Tak tahulah kenapa.
Dari segi plot, aku rasa macam kurang kemas dan agak cacamarba. Plus cara penyelesaian konflik utama pun berlalu terlalu drastik. Di samping dialog dan watak2 yg tak hidup dan tidak meninggalkan sebarang bekas di hati. Semuanya terasa kosong dan hambar. Cuma babak Kamariah tu ye hati aku meruntun sikit huhuhu.
Selain tu, aku ada beberapa persoalan. Watak Damar apakah pengakhirannya? Sebab aku curious nak tahu. Dan siapa sebenarnya yg bunuh watak mak angkat Sukma tu? Ayah pada C ke? Or org lain? 🤔 Lagi satu, penjelasan ttg pintu portal yg membawa pada dunia lain itu kurang dijelaskan sedangkan itu antara point menarik dalam novel Bidan ni. Ke ada dijelaskan cuma aku yg terlepas pandang? Like pintu tu memang jadi perantara makhluk dunia lain ke klinik itu atau apa? Sebab aku rasa macam something miss pasal point portal tu. Tahu2 kat ending tiber semua 'gangguan' hilang. Hmm...
Syifa yang baru ditugaskan di Klinik Desa Kg Petang terpaksa menghadapi pelbagai gangguan makhluk halus. Hinggakan dia akhirnya tercampak ke sebuah dimensi lain yang jauh berbeza dari dunianya yang sebenar.
Syifa, Syifa. Kenapalah kau ni kelakar sangat. Dia seolah-olah sangat 'random'. Campak baldi dekat pontianak. Siap boleh kejar pula pontianak tu. Mata penanggal dikatanya kunang-kunang.
SH sukakan perwatakan Cemani. Walaupun SH rasa perwatakan dia seolah-olah tidak kena dengan zaman tapi SH tetap suka. Yelah biasanya di zaman itu walaupun wanitanya handal bermain senjata namun mereka masih mengekalkan kesopanan dan kelembutan mereka. Namun Cemani memang lain dari yang lain.
Glosari diletakkan di akhir bab. Tapi SH rasa kalau diletakkan terus di muka surat yang ada perkataan yang perlukan glosari lagi senang pembaca untuk merujuk tanpa perlu menyelak ke muka surat yang lain.
Pengakhirannya juga SH rasa amat bertepatan walaupun rasanya ramai yang patah hati dengan penutup cerita ini. Tapi SH rasa itulah yang terbaik dan sepatutnya.
not for me, bosan. lama betul nak habiskan haha. cerita ni tak focus on horror. more to mistik and mystery hence i felt the pace quite flat. tak rasa thrill sangat pon then chemistry syifa dengan khaidir ke apetah nama dia felt awkward and force. the idea of romance between them was just out of nowhere. however i do impress with the writing style kemass but the story is not for me unfortunately
Jalan cerita yang keterlaluan, kesana kemari ingin berperang dengan hantu segala belaan si jahat. Alih alih..lawan gitu jerk 😌 Masuk bab sejarah jadi lagi macam caca marba, ditambah segala macam watak yang ramai. Saya tidak dapat menjiwai emosi watak-watak, tidak merasa sebarang keterlibatan antara mereka. Dry. Idea cerita dah best tapi penyampaian dry...dialog antara watak seperti orang yang sama bercakap.
Saya suka bila letakkan "bidan" sbg kemahiran yang power pada zaman moden & lama. Power bidan lebih menonjol ketika zaman lama kerana ilmu yg mereka miliki dipercayai bukan calang-calang. Sayang bila rasa penulis take out elemen tersebut. Kalau lebih dipanjangkan lagi bagaimana Syifa' adapt life pada zaman lama lebih cantik. Bagaimana kepercayaan diberi oleh Syifa' lepas tu baru boleh lawan segala macam hantu. Proses tu takde..jadi saya sbg pembaca tak boleh nak letak trust secara terpaksa-paksa.
Bahagian awal novel sblm Syifa' masuk zaman lama mmg best tapi lepas tu terus bosan pada pandangan saya. Apa pun saya dapat bayangan Sukma dgn Damar (lupa nama lelaki tu) mcm Maleficient dgn pengikut burung dia tu..saya suka background Sukma.. watak Cemani bagi saya agak cringe konon wanita cool, edgy gituh entahlah tak kena.
This book well deserved 5 stars. Sampai ke muka surat last pun kita masih excited nak baca. Setiap watak hidup dan cara pengolahan time travel sikit pun tak rasa terganggu. Kemasukkan elemen klasik membuatkan buku ni lagi tinggi punya harga tersendiri. Mula2 ada persepsi ni buku cerita hantu tapi sebenarnya ni bukan sekadar tipikal cerita bidan, it is more than that! Kudos NIL !!! You are one of a kind.
Saya terus baca Bidan bila orang cakap cerita ni ada vibes Moonlovers. K-Trauma fav kot and yes memang lebih kurang ya 😔
Suka yang amat dengan cerita ni walaupun awal-awal tu dikira seram tapi makin lama, makin menarik ceritanya. Buatkan saya susah nak berhenti baca.
Bila Syifa dah termasuk ke zaman lampau tu, seramnya berkurang tapi masih buat rasa berdebar ya baca. Ada juga part yang buat rasa terhibur, rasa geram dan bermacam rasa.
Tapi tak boleh lupa rasa sedih yang mencengkam kalbu bila nak masuk ending tu. Sakit mat. Saya ingat saya tak nangis, larhhhh nangis juga 🥲
Alhamdulillah, laju saya habiskan buku ni. Sejujurnya, saya tak kenan sangat dengan genre sejarah. Buku ni cam ada vibes vibes Naim Tamjdis yang banyak selitkan genre sejarah dalam buku seram dia.
Tapi buku ni mampu buat saya merasa satu emosi yang jarang saya tunjuk apabila baca sesuatu buku. Sedih. Hampir menangis bila nak sampai ke penghujung buku ni.
Penulisan buku ni sangat bagus, saya suka apabila disediakan kamus kecil di dalam buku. Senang nak faham sesuatu perkataan.
Flashback dalam buku ni pun, sangat kena dengan jiwa. Tak membosankan. Jujurlah, awal-awal tu bosan sikit sebab dia ada vibes slice of life, edisi nurse.
Tahap seram bagi saya dalam 3/5 sahaja. Seram sedikit sahaja.
Buku ni layak mendapat 5 🌟
Genre : slices of life, historical, horror, thriller, mystery
Dah habis baca since tahun lepas. Awal awal cerita memang meremang. Lepas dah masuk ke dunia lain tu dia dah jadi kurang seram. Tapi jalan cerita tetap best. Tahniah Nil sebab menang sayembara. Buku Bidan ni antara buku Fixi yang saya suka. Korang kena baca juga!
Tahniah, Bidan, sebab berjaya menjadi buku pertama aku rate 5 bintang dekat GR.
[Plot]
Nil tak membuang masa dalam memperkenalkan kita dengan plot tunjang cerita ni: PARANORMAL. Bayangkan, awal-awal lagi dah ada nota-nota tentang apa yang terjadi pada nurses sebelum Syifa' di klinik komuniti tu. Kena tegur dengan cik pon? Benda main lari-lari dekat luar bangunan? Kena intai masa mandi? Padiaaa.
Tapi yang membuatkan aku kagum adalah konsep interdimension yang digabungkan dengan kepercayaan kita dan alam jin tu sendiri. Terlalu banyak potensi dan arah tuju yang Nil boleh pilih untuk kembangkan, tapi aku salute dengan kebolehan dia untuk kekal dengan satu hala tuju saja-pengembaraan masa.
[Karakter]
Aku dah cukup bising pasal karakter Khaidir di Twitter, sebab dia watak lelaki bendera hijau yang tak dipaksa-paksa kemanisannya (gittew!). Watak Khaidir ni sebenarnya dah diberikan backstory kukuh berdasarkan watak-watak sekelilingnya, jadi bila dia diberikan personaliti yang baik dan sopan, serta ada ilmu persilatan pula, lengkaplah resepi watak seorang lelaki Melayu dahulu kala untuk digandingkan dengan heroin kita.
Sejujurnya, normal lah untuk kita fokus pada watak male love interest kan, tapi aku nak cakap yang aku sayang sangat dengan Syifa' juga. Watak utama perempuan yang aku tak rasa nak cekik, malah rasa sangat relatable. Syifa' berjaya dilakarkan sebagai seorang perempuan yang dapat berfikir dengan waras dalam keadaan yang tegang, sesuai dengan kerjaya dia. Emosi dia bertepatan dengan situasi semasa dia: takut tapi kental bila berhadapan dengan hantu dan jin, berani kerana berilmu bila perlu membidankan ibu-ibu muda, dan tersipu-sipu bila berdepan dengan Khaidir (ye aku ship diorang!). Dia juga sangat berhati-hati bila berurusan dengan Nihil dan kesayangan aku Maliking sebab dia tahu, hantu setan ni tak boleh pakai janji mulut mereka.
Cemani pula adalah watak seorang kakak yang suka mengusik adik-adiknya, tapi tak akan benarkan orang lain buat perkara yang sama. Aku rasa hubungan dia dengan Syifa' sangatlah natural, tak dibuat-buat. Nak cakap juga yang walaupun komen-komennya tentang bahasa moden yang Syifa' gunakan ditulis sebagai comedic relief, ianya sangat membantu menambah kedalaman pada wataknya, sekaligus menunjukkan lagi perbezaan zaman yang ada antara mereka.
Bidan memberikan satu pendekatan yang sangat menyegarkan dalam penulisan cerita seram tempatan, dan ia harus dibaca dengan mentaliti yang Nil sendiri selalu cakap kat Twitter dia: it can be scary, so do it scared. Syifa' takut dengan hantu setan yang dia terpaksa lawan, tapi dia lagi yakin Allah ada nak tolong dia. Khaidir takut nak kehilangan Syifa' bila dia balik ke zaman moden, tapi dia lagi takut kalau Syifa' tak boleh diselamatkan di zaman lampau. Dan Cemani...apa saja yang Cemani tak takutkan? Terlalu banyak yang dia dah korbankan tapi dia masih tak berhenti berjuang.
Aku rasa aku dah beritahu semua orang yang aku jumpa tentang buku ni, sebab pada aku sebuah buku yang ada lapisan cerita dan lore Tanah Melayu sebegini perlukan satu kumpulan pembaca yang nak berdiskusi dan membedah semuanya bersama-sama. Aku harap ada yang sudi nak fangirl dengan aku tentang Bidan lagi.
Tahniah sekali lagi, Nil, sebab berjaya menghasilkan novel debut yang sangat memberi kesan dalam senarai aku.
Sebenarnya ingatkan cerita seram. Pada mulanya nak maklumkan ulasan ini mungkin mengandungi spoiler. Pada mulanya buku ini pula penulisannya kemas. Gangguan-gangguan hantu memang ada. Walaupun tak menyeramkan, tapi tetap rasa merupakan satu pembinaan suasana seram yang baik dan mungkin pembayang bagi babak yang lagi seram di kemudian cerita. Tetapi berbalik kepada ayat pertama ulasan ini, ingatkan cerita seram tapi rupa-rupanya bukan. Tahu-tahu selepas tu watak utamanya tercampak ke masa lalu pula.
Bila di bawa ke latar masa yang baru, barulah terturap jalan cerita yang sebenarnya adalah kisah pengembaraan fantasi melawan kuasa jahat. Hantu-hantu dalam ni persis konco-konco orang jahat macam dalam cerita Power Rangers atau mungkin kalau nak dibandingkan dengan kisah pengembaraan fantasi Barat, boleh jadi raksasa macam orc. Disebabkan berlatarkan Tanah Melayu pada masa lalu, ketua orang jahatnya pula adalah pengamal ilmu hitam. Boleh juga kalau nak disamakan dengan kisah pengembaraan fantasi Barat dengan ketua orang jahatnya yang juga merupakan pengamal ilmu hitam. Masih ada perbezaan. Ilmu hitam Barat kena belajar bahasa Latin.
Selain menjadi cerita lain, perwatakannya juga turut bertukar. Awalnya watak berkelakuan seperti orang dewasa. Tetapi apabila bercampur dengan watak lain di masa lalu, wataknya jadi saling tak ubah seperti remaja pula. Pergerakan cerita juga jadi semakin perlahan. Rasa macam banyak ke hulu ke hilir tanpa sebarang tujuan sangat. Jadi, meskipun merupakan kisah pengembaraan fantasi melawan kuasa jahat, pergerakan cerita kebanyakan masanya tenang dan melenakan. Tapi sekurang-kurangnya ada memenuhi jugalah objektif mengikut tajuk buku sebagai bidan dengan menyelitkan trivia-trivia yang baru bagi yang belum tahu di pertengahan cerita. Walaupun jika dilihat secara keseluruhannya, kehadiran dan kewujudan bidan dalam cerita tidak membawa apa-apa kepentingan sangat, apatah lagi dengan watak utamanya.
Setelah selesai baca, jelas yang buku ini seakan-akan terbahagi kepada tiga bahagian: Bahagian pertama yang membina suasana seram tapi tidak ke mana, bahagian kedua di masa lalu yang sekadar menjadi alat untuk menyampaikan trivia tentang perbidanan, dan bahagian terakhir. Untuk bahagian terakhir, cerita lebih tertumpu akan kisah antagonis yang bertemakan slot drama dan telefilem pada waktu malam. Berkisar tentang masa silam sedih dan drama Hari Raya pergaduhan ibu dan anak. Jadi, macam buku ini seperti ditulis oleh tiga penulis atau tiga idea atau kedua-duanya sekali pun ada. Tapi sudah tentulah satu penulis saja yang mungkin menyisip diri sebagai watak dengan nama Nihil yang mempunyai maksud sama dengan Nil. Dan setelah semua itu, cerita kemudiannya ditamatkan dengan secara mendadak dan antiklimaks. Tidak memuaskan dan dalam masa yang sama tak dikehendaki lanjutan ceritanya.
Ceritanya luar biasa. Itu sahaja yang boleh saya simpulkan. Babak babak yang ditulis dalam buku ini diceritakan dengan baik oleh penulis. Tiada yang membosankan bermula dari halaman pertama hingga halaman terakhir. Nilai persahabatan, kasih sayang, kekeluargaan diperincikan dengan baik melalui kisah Syifa' dan watak watak yang ada di dalam buku ini. Tahniah buat penulis!
Boleh kata buku terbaik dan terakhir untuk tahun 2024. Susunan plot cerita sangat mantap dan berjaya membawa saya masuk sekali ke dunia dongeng ini kala terlalu larut dalam pembacaan. Storyline kisah ni lebih kpd time travel ke masa lalu. Penulis hebat dlm menggambarkan suasana dahulu kala di Terengganu. Jarang nak jumpa selitan sejarah di negeri ini dan perkara mistik dalam cerita ini sangat bersesuaian dengan settings tempat tersebut. Selain itu, keserasian antara watak-watak juga meninggalkan kesan yang mendalam. Bermacam emosi lah rasa apabila nak ke penghujung cerita tu. Jujur sebagai seorang penggemar kisah seram, novel ni tidaklah dalam kategori tahap keseraman yang tinggi tapi pengembaraan watak berjaya menarik perhatian pembaca untuk tahu kesudahannya. Lantaran itu, banyak ilmu asas perubatan dan perbidanan dimasukkan, baru saya tahu juga ada JM apa semua. Jadi novel ni layak dapat bintang penuh!!🌟🪽
This entire review has been hidden because of spoilers.
#BIDAN menceritakan tentang seorang gadis bernama Syifa’ yang diterima untuk bertugas di sebuah klinik desa di Kampung Petang, Hulu Terengganu. Masyarakat setempat terutamanya petugas klinik kesihatan kebanyakannya takut jika mendengar nama Kampung Petang serta hal-hal mistik yang berlaku di klinik desa tersebut.
Plot cerita menjadi lebih menarik apabila penulis membawa pembaca menelusuri kisah Syifa yang terperangkap dalam perjalanan masa yang surreal serta alam bunian dan jin. Walaupun ada elemen-elemen ghaib di alam jin, namun penulis tetap menyantuni pembaca dengan maksud-maksud dari ayat Al-Quran.
Membaca buku ini terasa seperti ada mata yang memerhati. Risau saya. Haha! Betapa penulis berjaya ‘merasuk’ jiwa pembaca dengan kisah-kisah misteri, fantasi serta sejarah. Lebih-lebih lagi sewaktu Syifa’ di perkampungan lama pada tahun 1928, apabila penulis turut menyelitkan perjuangan rakyat dalam membebaskan diri daripada penjajahan British.
Tiga hal menarik yang saya temukan: 1) Janji merupakan hal yang akan sentiasa dituntut. Kisah Nihil dan Sukma serta perjanjian mereka merupakan antara angkara tipu daya jin dengan manusia. Janji; walau dengan siapapun, seperti hutang — haruslah dilunaskan.
2) Tugas dan amanah adalah hal yang wajib ditunaikan. Ketika Syifa tersesat masuk ke alam lain, dia masih keliru namun tetap terfikir tentang tugasnya untuk memeriksa ibu-ibu mengandung untuk temujanji keesokan hari. Syifa’ yang walau sudah merentasi masa masih tidak melupakan solat dan tanggung jawabnya sebagai seorang Muslim.
3) Kita harus meletakkan sesuatu pada tempatnya. Walaupun Khaidir jatuh cinta akan Syifa’, tetapi mereka berbeza zaman. Dan Khaidir (serta Cemani) harus menghantar Syifa’ pulang ke tempat asal. Manusia dan jin juga tidak harus bersekongkol dalam mendapatkan keinginan apa pun, baik itu hal elok mahupun hal buruk.
Cerita yang menarik, dinamik dan penuh aksi dan kecemasan. ⭐️⭐️⭐️⭐️/⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️ #ParaBaca #ParaReads #NIL
Mmg lain dr yang lain buku ni. Tak rugi membacanya. Puas hati dengan endingnya. Jalan cerita yang menarik dan berbaloi utk dimiliki. Terbaikkkk...nak bg 1000000 bintang :)
Ya Allah, the ending got me crying like nobody’s business…😭 • 𝑩𝒊𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒚 • Rating: 🌟🌟🌟🌟.5 • Seorang jururawat masyarakat yang baru dipindahkan ke sebuah klinik desa. Di sana, dia mula diganggu dengan entiti dari ‘dunia’ satu lagi. Satu hari, tanpa dia sangka, jururawat itu terjerumus ke dalam ‘dunia’ yang satu lagi itu. Dapatkah dia keluar dari dunia tersebut? 😨😰😱 • FL - Syifa’ Seorang jururawat masyarakat yang dipindahkan ke sebuah klinik desa di Terengganu. Seorang yang sangat berdedikasi dengan kerjayanya. Cepat berdikari dan tak mudah mengeluh. • Ya Allah, baca prolog pun dah membuatkan kita langsung tak boleh nak stop baca buku nie. Kita tak expect langsung jalan cerita buku nie, macam nie. Awal2 penceritaan dalam buku nie, memang seram untuk diri kita yang memang penakut…😰😨 The way author described all the puaka, the ghosts and all, ehh, memang meremang bulu roma kita. Nasib baik baca buku nie waktu siang…😩😮💨 • Bila sampai kat the main plot, cerita makin menarik. Banyak characters yang kita suka dalam buku nie. Character FL memang mantap. Walaupun dia dicampak ke satu dunia yang berbeza dengan dunia dia, dia tak terus melatah. She’s not another dimsel in distress. Cepat2 dia menyesuaikan diri. Even masa dia dipindahkan ke klinik desa pun, walaupun di diganggu oleh entiti dari dunia lain, dia tetap berada di situ. Memang dedikasi dia terhadap pekerjaannya, kita salute sangat2…👌🏻 Kalau kita, memang dah lari lintang pukang dah…😨 • Paling suka, persahabatan di antara FL dan Cemani. Author cuba potrayed, dua wanita yang berbeza karakter dan personaliti. FL, walaupun dalam tegasnya, masih ada kelembutannya. Masih ada sopan dan rasa malu. Manakala Cemani, boleh dikatakan agak tomboy. Pandai bersilat / bertarung. Berani. Garang. Namun begitu, masih mengekalkan sifat femininnya. Siap dah kahwin, dah ada anak seorang. So, nampak kat sini, wanita boleh menjadi sesiapa yang mereka nak sebenarnya. Mereka bukannya kaum yang lemah. Tapi, dalam masa yang sama, masih boleh mengekalkan sisi feminin mereka…😍🥰 • Kita suka juga dengan watak villain. Fuhh, memang jahat. Tapi, jahat yang jenis pandai menggoda. Ala2 black widow giteww…😵😵💫 Cuma, kita tak faham sangat, kenapa dia nak sangat saka yang patut diperturunkan kepada Cemani. Like why? 🤔 • Buku nie, romance dia sipi2 jer. Selalu, buku macam nie yang membuatkan kita crave more romance. Tapi, watak hero pun sebenarnya bukan lah watak utama sangat. That’s why kita tak letak watak ML. Sebab, watak hero pun, sekejap2 jer muncul. Tapi, bila muncul, sempat bermain mata, lawan tenung2 dengan FL. Ehh…🫣🤭 • The ending, membuatkan kita menangis jer. Ada a few scenes dalam buku nie yang memang buat kita sebak. Tapi, the ending…😢🥺😭 Kita faham, yang FL bukan milik dunia tersebut. But still, urghh…😭 The hurt cuts deep…😩🥺 • Cuma, kita tak pasti kenapa tajuk buku nie ‘Bidan’…🤨 Sebab, scene bidan dalam buku nie, tak banyak mana pun. Sekejap jer pun scene tue. • Penulisan author nie sedap dibaca. Kita tak nampak langsung kesalahan ejaan, which is rare sangat. Memang kita salute author dan editor buku nie…👍🏻👏🏻 Ada flashbacks dalam buku nie, tapi, langsung tak buat kita pening bila baca buku nie. Jalan cerita pun tak meleret. Setiap scenes, author describe dengan baik. Membuatkan kita, sebagai pembaca, memang betul2 berada di dalam dunia buku nie. Good job, author…👍🏻👏🏻 • Apa2 pun, kepada yang belum baca buku nie, sila BELI & BACA. Bagi kita, buku nie, one of my best reads for this year. Walaupun kita menangis baca ending buku nie..😭😢 Apa2 pun, untuk author, teruskan menulis. Semoga terus terbang tinggi dalam dunia penulisan…👏🏻👍🏻
Kisah Syifa ditempatkan ke Klinik Desa yang berhantu seorang diri. Bila dia sampai, kisah awalnya juga seram dan terasa keseramannya.
Tapi kemudian Syifa dicampakkan ke satu dunia dan mengembara masa silam 1928. Disitu berlaku pertempuran penduduk kampung dengan pengamal ilmu Hitam yang bernama Sukma.
Bagaimana nasib Syifa? Dapatkah dia kembali ke masa asalnya? dan bagaimana ini semua berlaku?
Sebuah karya yang sedap dibaca dan boleh habis dengan cepat. Jalan cerita tidak terlalu rumit dan ada keseronokan di setiap plot.
Sebenarnya tak expect cerita ini ada elemen time travel masuk alam bunian tu semua. Mula ingatkan hanya horror hantu-hantu biasa. Quite good concept. Bab-bab terawal memang buat hooked tapi once masuk alam lain tu dah mula draggy dan cara penulisan pun banyak part unnecessary dan bual kosong yang tak menggerakkan plot. Tambah lagi, Khaidir dan Syifa ni sangatlah tak ada chemistry dan tiba-tiba sahaja dikenenkan bersama.
Apa yang saya suka adalah info kebidanan tu. Sangat insightful. Awal2 pun cukup seram juga. Kaver buku juga lawa.
Seronok baca novel ni. Menepati selera saya; plot, pacing, perwatakan. Cerita hantu, biasanya saya kurang gemar tapi semua yang saya sebut di atas tu mengatasi perihal hantu yang ada.
Ia juga menggunakan elemen yang menarik seperti time travel, pemerkasaan wanita dan persahabatan. Penceritaan sangat effortless. Ini adalah antara novel paling cepat saya habiskan.
Saya akan nantikan karya seterusnya daripada penulis. Worth the hype. Dan tak hairanlah menang sayembara.