ILUSANITI Ini kisah sekumpulan kawan. Lama sudah kenal secara online. Untuk kali pertama mereka bertemu. Seorang mati bunuh diri selepas itu. Ataupun ada konspirasi yang mereka tidak tahu. Nisan siapa bakal diukir lagi? Ingatan semakin hilang setiap hari. Tidur dipenuhi dengan mimpi ngeri. Ini semua ilusi ataupun realiti?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - A group of online friends decide to meet in real life. Shortly after, one of them commits suicide. The others are plagued by sinister dreams, and the line between reality and fantasy gets fatally blurred more than once. And what does David Lee Roth have to do with all this?
______________ Novelis : Adib Zaini Sewaktu Adib Zaini kecil, dia menyangkakan dirinya Superman apabila dia sakit perut akibat makan gula-gula berwarna hijau yang disangkakannya kryptonite. Selepas dia bijak sedikit, dia sedari dia hanyalah manusia biasa. Sejak daripada itu, dia mula sedar yang dunia realiti ini membosankan. Maka dia kongsikan imaginasinya dalam bentuk novel dan filem. Ilusaniti adalah imaginasi keduanya yang dikongsikan dalam bentuk bentuk novel.
Rekabentuk/letak : teckhee.blogspot.com Perunding : Nur Atiqah Jalaludin
membesar di merata tempat di Lembah Klang dari Klang, ke Subang Jaya, ke Cheras, dan kini menetap di Sungai Buloh. Diplomanya tersimpan di dalam laci, tidak digunakan sejak tahun 2009. Sejak kecil lagi dia memang gemar berimaginasi. Selepas membaca karya seorang penulis botak lain yang bernama Brian K. Vaughan, dia mula menulis imaginasinya ke atas kertas (ataupun dalam bentuk 1 dan 0). Lima tahun kemudian dia mencuba nasib dengan menghantar karyanya ke Buku Fixi. Hasilnya, Zombijaya menjadi novel pertamanya. Kini dia masih, dan akan terus berimaginasi lagi selama yang mungkin.
Gila. Ceritanya memang gila. Penulisnya? Haruslah lagi gila hahaha ;P
Perasaan baca buku ni sama macam baca PECAH. Aku tak boleh expect apa-apa. Jalan cerita yang sangat tak cliche. Fast-paced, tau-tau je...eh! Dah habis. Plot yang dirancang cukup teliti di mana akan ada saja unsur saspens yang buat aku berfikir – is it real? Atau imaginasi aku semata?
Ceritanya bermula dengan pertemuan beberapa teman yang kenal di atas talian. Bertemu buat pertama kali dalam satu sesi menonton wayang bersama-sama. Dan kemudiannya? Kesemua mereka mulai didatangi mimpi-mimpi aneh. Satu per satu mulai mati secara mengejut. Kini masing-masing mula tak senang duduk, mahu merungkai punca sebenar apa yang terjadi.
Aku pernah cakap yang aku sangat tak suka dengan adegan mimpi. Tapi dalam cerita ni, mimpi itu senjata utama. Dan penulis begitu teliti dalam merencanakan mimpi Bandar Tanpa Cahaya itu. Cukup kemas buat aku untuk mengimaginasikannya. Penulis juga menyelitkan segala macam permainan online yang satu pun aku tak pernah main hahaha Jadi pada mereka yang gamer/geek dan sewaktu dengannya aku rasa ini memang untuk kamu-kamu. Ada War of Warcraft okay!
Ini novel pertama penulis yang aku baca. Bravo. Penipuan yang sangat menjadi. Tapi aku tak suka hujan meteor tu. Hailoh... kenapa rasa macam Hollywood sangat tetiba. Spoiled mood aku.
Oh! Kurang 1 bintang sebab aku tak suka pengakhirannya. Sama seperti buku-buku Fixi yang lain, mereka memang tak suka bagi ending yang cantik. Haihh.. *face palm*
2.5* untuk buku ini! 1/2* untuk idea yang marvellous! But not my cup of tea!
Kepada sesiapa yang meminati buku ini, peminat tegar penulis atau sewaktu dengannya, sila abaikan review pendek ini. Maaf~
Buku ini sememangnya urban! Seperti yang Fixi kehendaki. Dari segi pengolahan ayat, dialog watak dan ceritanya semua urban! Penulis juga menggunakan kata nama ganti pertama untuk mengolah cerita di dalam buku ini. Ini yang membuatkan buku ini senang buat penulis menghayatinya semasa menulis (mungkin) ditambah dengan imaginasi yang boleh tahan lalu membuatkan buku ini mempunyai roh dan ada kekuatannya sendiri! Tahniah kepada encik penulis.
Kepada sesiapa yang minat akan online games, muzik metal dan sewaktu dengannya, buku ini sesuai dengan anda. Anda pasti akan tersenyum apabila baca semua yang berkaitan dengan online game seperti WOW (World of Warcraft) dan lain-lain.
Tapi ayat-ayat mencarut juga penuh di dalam buku ni. (Puk**ak, F-word dan etc). Jadi buku ini membuatkan saya terpaksa banned kepada adik-adik saya untuk dibaca. Rasanya banyak lagi buku dari Fixi yang mereka boleh baca. Ada orang kat twitter pernah cakap, "Tak payah nak skema sangatlah, budak sekarang semua dah semakin advanced. kecik-kecik dah ada smartphone, so kecik-kecik pun dah pandai simpan porn sendiri! Jadi biarkanlah mereka baca apa yang mereka kehendaki," Adakah relevan kata-kata ini? Hmm, not for me! Bukan nak cakap buku ni ada mengandungi unsur seks (oh ada satu babak), buku ni adalah yang saya rasa bersih sedikit dari unsur-unsur begitu. Cuma saya agak kekampungan sedikit sebab saya tak nak family yang lebih muda dari saya terpengaruh dengan cara dialog watak kat dalam buku ni. Kalau ,mereka dah dewasa itu terpulang kepada mereka sendiri. Bukan buat masa sekarang. Saya tak pernah diajar untuk mengungkapkan ayat-ayat mencarut terlebih-lebih secara lisan atau berbual dengan kawan-kawan macam tu. Jadi saya rasa tak boleh terima beribu ayat carutan kat buku ni hakakaka... (Ini untuk diri-sendiri).
Hmm, Ending cerita buku ini juga agak kurang memuaskan. Cerita sebelum bab akhir memang terbaik, tapi bila baca bab akhir, saya agak kurang faham. Ini kelemahan saya! Adakah disebabkan penulis nak pembaca cuba berfikir? heee... Itu je ending dia? Haha...
Tapi jangan risau, buku ini juga salah satu buku terbaik fixi. Tapi mungkin tak 'ngam' dengan jiwa saya! Peace! ;)
(Nota: Sebelum membaca rebiu ini, harus diingat bahawa seni itu subjektif, pendapat itu peribadi, dan undi itu rahsia.)
Dah lama aku tak membaca sebuah novel se-excited begini. The last one, I think, was Ready Player One by Ernest Cline. So aku agak surprised bila novel nukilan Adib Zaini ini berjaya merompak seluruh attention span aku untuk aku menghabiskan novel keduanya selama sehari.
Setebal 318 mukasurat, ILUSANITI adalah sebuah treasure trove yang penuh dengan pop-culture references yang bisa buat nerd/geek seperti aku tak senang duduk bila membaca. Kebanyakan references mudah ditangkap oleh pembaca, selainnya hanya boleh difahami jika anda tergolong dalam golongan Gen-Y. Put that aside, the storyline was rock solid, dengan pacing cerita yang agak laju. It's safe to say, that this book is a page-turner, much like the author's first novel, ZOMBIJAYA.
The development of each characters were good, though sometimes I lost track of who's who at the beginning of the novel. But it got better when I've reached halfway through (if you've read it, than you know why). Aku suka bila penulis memasukkan elemen haiwan dalam cerita, menambah lagi mood 'misteri' di dalam storyline.
I might be wrong, tapi aku rasa ILUSANITI adalah novel tempatan pertama yang berani meneroka subjek pop-culture dan urban legend yang hanya popular di Barat. Dan percayalah, penulis berjaya mengolah subjek tersebut dengan cara paling kreatif yang boleh diterima oleh pembaca di Malaysia. Gaya bahasa yang ringan dan mudah difahami, malah internet jargon boleh dijumpai merata di dalam novel ini.
ILUSANITI toys with your mind beyond your wildest imagination. Grab one copy now, and read it without prejudice. I guaranteed that it will hook you up from page one till the end.
China Mieville? Ramlee Awang Murshid? Move aside guys, 'cause the new King of Thriller is here.
Aku sebenarnya jauh lebih teruja hendak membaca karya sophomore tulisan Adib Zaini setelah sekian lama dia menyepi sejurus selepas novel sulungnya ZOMBIJAYA yang diluncurkan pada penghujung 2011. Apa yang pasti, ILUSANITI kekal dengan laras bahasa santai, sedikit ditaburi dengan profaniti (yang aku kira perlu untuk menambah rencam realism kepada cerita ini) dan masih lagi mengekalkan trademark Adib Zaini yang berjaya menyerlahkan minatnya yang mendalam terhadap rujukan budaya pop Barat (baca: elemen kultus dan muzik-muzik metal).
Sebagai seorang self-proclaimed geek, Adib Zaini sekali lagi bijak mengadunkan elemen kisah-kisah lagenda perbandaran (baca: urban legend, wah... alihbahasa langsung katanya!) Barat ke dalam nuansa lokal, seperti mana yang telah beliau berjaya lakukan dalam novel beliau yang terdahulu. Penulis juga banyak bersandarkan kepada pengaruh tulisan H.P Lovecraft dan juga permainan World of Warcraft, di mana sayangnya kedua-dua hal ini merupakan penulis dan permainan yang aku gemari. Aku tahu tentang hal Adib Zaini sedang mengusahakan sebuah manuskrip baru yang mengambil dua elemen ini sebagai tunjang utama kepada intipati ceritanya lewat temubual beliau di sebuah radio internet.
ILUSANITI bermula dengan beberapa sahabat atas talian yang memutuskan untuk bertemu buat pertama kalinya dalam satu sesi menonton wayang bersama-sama. Apa yang terjadi selepas itu merupakan rentetan domino effect usai mereka berpisah daripada menonton wayang tersebut. Kesemua mereka mulai didatangi mimpi-mimpi aneh, dan satu persatu daripada mereka mulai mati secara mengejut dan tragis. Keadaan mulai semakin terdesak apabila mereka mulai merungkai misteri yang menyelubungi persamaan yang wujud dalam mimpi-mimpi mereka dan suatu organisasi jahat yang berselindung di sebaliknya. Nuansa 'gelap' dan dark-humour yang diselitkan dalam pergerakan plot yang pantas nyata memberikan suatu keterujaan kepada pembaca untuk terus membaca dan mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Fariz dan rakan-rakannya demi untuk menyelesaikan misteri yang sedang membelenggu mereka.
Cumanya bacaanku sedikit terganggu dengan nama-nama watak yang agak mengelirukan pada awalnya. Acapkali aku harus belek halaman-halaman terdahulu untuk mengetahui who is who kerana setiap satunya punya dua nama (satu nama sebenar, dan satu lagi nama atas talian). Namun masuk sahaja suku pertama aku sudah boleh membiasakan diri dengan watak-watak yang ada dalam ILUSANITI. Walaupun tidak diperincikan sedalam mungkin, watak-watak yang ada dalam ILUSANITI nyata terasa amat realistik dan believable.
Ketepikan langgam bahasanya yang agak terbatas, ketepikan juga code-switching dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris yang acapkali menjadi pilihan naratif mahupun dialog-dialog pertuturan di kalangan watak-watak yang dipaparkan, dan berikan sepenuh tumpuan kepada bagaimana Adib Zaini berjaya 'menipu' pembaca sehinggalah ke helaian habis akhir novel setebal 318 halaman ini.
Ya, ILUSANITI bukanlah karya sastera yang mampan (itu kau boleh mohon baca koleksi Usman Awang atau Arena Wati) dan aku masih lagi berdiri dengan pendirian lamaku dalam ulasan terhadap ZOMBIJAYA bahawa novel kedua Adib Zaini ini tidak pretentious, tetapi membawa halwa segar dalam dunia penulisan urban tanah air.
ILUSANITI - antara ilusi dan sanity kau, mana satu yang menjadi taruhan?
This entire review has been hidden because of spoilers.
Draw your own conclusions using the hints thrown all over the book! The kind of ending that is so not for me. I can't stand a story without a concrete conclusion. :-/
Pacing cerita memang laju. Rasa macam x nak berhenti selagi tak sampai penamat. Sebab nk tahu apa sebenarnya kisah di sebalik mimpi/halucinations tu. Occult, cult, urban legend...well, still boleh terima tp bandar dasar laut? Hmm...
Bahasa banyak mencarut...okay, dipandang sebelah mata sebab kena dengan kumpulan watak tu. Tapi apa hal dengan scene dot dot dot tu? Dah la dengan si Shelly...Dalam dok riuh2 Amy tu tgh nazak, sempat lagi nak masuk adegan selingan yang tak perlu tu.
Mula-mula memang teruja sangat. Tapi bila dah sampai 3/4 cerita, kualiti tu turun. Macam nak habiskan cepat2 sebab dah tak cukup muka surat. Then macam-macam peristiwa disumbat sekali harung sampai saya main baca jer, dah malas nk membazir akal ni fikir betul ke tak. Ke memang sengaja buat gitu? Kalau ada apa-apa yg tertukar atau x konsisten, memang x perasan langsung!
Dan habis gitu jer? No explanation pasal mimpi tu. Semua main pakai buat teori sendiri jer. Entah betul entah tidak. Epilog lagi la...
I will take Chew's wish. Let it go. Memang nk let go pun. Tak kuasa nk fikir2 benda x tahu hujung pangkal ni.
Kenapa ending diorang ni selalunya bikin orang confuse???
07-03-2015
Cerita paling mental yang pernah saya baca setakat ni. Tsk. Paling sakit hati bila ending tak cantik. Huaaaa...
Ceritanya bermula dengan pertemuan sekumpulan rakan-rakan online yang bertemu buat pertama kalinya dan mereka sepakat untuk menonton wayang bersama-sama. Selepas pertemuan itu masing-masing mula dihantui pelbagai peristiwa dan mimpi pelik. Lebih memburukkan keadaan lagi bila ada di kalangan teman-teman maya mereka ditemui mati secara mengejut. Kemisterian yang melanda membuatkan masing-masing mula menyiasat untuk merungkai persoalan yang membelenggu kehidupan mereka.
Jadi, siapa agaknya dalang yang berperanan menghuru-harakan hidup mereka ni?
Kisahnya memang pantas dan unexpected. Kadang-kadang rasa macam; eh, iya ke ni? Ke hanya ilusi semata je ni? Cuma bila terlampau banyak jargon untuk gamers saya pening. Haha. Nampak sangat buta online games. :p
4 bintang sebab babak meteor & watak Shelly tu aku rasa tak kena & tak membantu pun dalam perkembangan cerita. Ia sekadar ada untuk sekadar ada.
Tapi yang lain-lain? Mantaps. Pyscchological thriller memang kegemaran aku. Takut pada sesuatu yang tak pasti.
Banyak babak merinding bulu roma dalam Ilusaniti, jika kau tak suka dengan pengakhiran dia, sekurang-kurangya ada sesuatu dalam Ilusaniti yang kau boleh hargai.
Benar "result/conclusion" itu penting, tetapi bagi aku, the journey (baca: cerita) itu lebih penting
I am honestly so mind-fucked right now. I'm not sure if I can give a review because I feel like I need to consult a psychologist first.....
Sekumpulan kawan yang menempuh pelbagai masalah ilusi yang mereka sendiri tak pasti benar atau tak. Kucing bercakap, langit hijau, bandar tanpa cahaya, hilang tanpa kesan, mati tanpa penjelasan..... dan akhirnya.....
Haaa baca lah. Lepas tu jom meroyan sama-sama. :)))))
Ilusaniti adalah buku lokal yang paling buat aku tak senang duduk selain Sepuloh Nama tulisan Sahidzan Salleh. Kalau sepanjang bacaan Sepuloh Nama, aku asyik terpikir 'Kenapa? Kenapa? Kenapa?', dalam Ilusaniti pula, aku asyik terpikir 'Apa? Kenapa? Bila? Bagaimana?' Aku jadi tak senang duduk sepanjang pembacaan, sakit jantung aku.
Power, suspens gila. Tak cliche. Original, sekurang kurangnya pada aku lah sebab aku jarang baca cerita bergenre sebegini. Benda yang buat aku pening sikit adalah watak yang banyak macam haram, aku sampai kena tulis nota dan rujuk sampai aku jadi familir dengan watak watak tu. Ceritanya bagus dah tapi aku tak jelas sangat garis masa atau kesinambungan dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Aku tak pastilah penulis memang sengaja buat begitu ke atau itu memang kekurangan yang tak disengajakan.
Bagi yang kenal aku, genre misteri/aksi/thriller ini bukanlah genre aku, aku memang susah nak masuk genre-genre sebegini. Tapi bila aku boleh habiskan buku ini dalam masa 5 jam, khusyuk sangat baca sampai notifikasi Whatsapp masuk pun aku terkejut gila, kau tahu yang Ilusaniti ini bukan beshe beshe.
P/S: Betullah, selalunya yang paling nampak normal itulah manusia yang paling fucked up sekali. Yang paling nampak tak berguna tu lah sebenarnya manusia berguna sekali.
Tak buat aku rasa mindblown or F pun. Plot laju, aku je yang baca lambat, 5/6 buku habis dalam setengah hari. Aku tak pasti sebenarnya arah apa plot Ilusaniti ni tapi aku suka sebab aku tak boleh agak arah tuju buku ni. Nama watak utama Fariz? 2/3 buku baru ada mensi nama dia Fez? Serius la? Memang sengaja penulis buat ke atau "OMG aku lupa letak nama watak utama, oh takpe boleh selit dalam bab ni. Done."
Shelly tu.. Hmm macam tak perlu je. Scene meteor tu seakan tak fit dengan cerita. Janggal.
Aku suka elemen mimpi tu, Bandar Tanpa Cahaya. "Popcorn rasa pelik", aku terlepas yang tu. Biasanya aku tak. Good Job! Aku suka urban legend tu yang bagi elemen misteri tapi kenapa tergantung. Misteri tak selesai. Geram. Ending tak cantik, seperti nak sumbat masuk dalam 3 4 bab terakhir.
UPDATE (26 Jan 2025) Aku rindu sebenarnya nak baca buku yang as if kau di alam mimpi. 5 stars for the experience
UPDATE (23 JULY 2017) - Dah baca buku ni balik untuk readalong BookendsMY. Ada beberapa pendapat baru. Mungkin dulu pening sebab banyak gila karakter dan tak take note haha. NO SPOILER REVIEW | ILUSANITI BY ADIB ZAINI
4 stars. Tak rasa mind-F. Rasa marah sebab resolution nya macam --'. 4 stars sbb idea dan dialognya yang smooth. Oh ya, apa significant watak dan scene Shelly yang ntah apa entah tu~
Ni conclusion aku (amek kau, aku sekali bahasa XD)
Overall, still a great from from a great author. I feel like i need to give 4 stars because the idea did 'wow' me. If you like something mystical and mystery, should try this one if you want something different :)
Aku ini jenis orang yang agak teliti. Jadi, apabila aku buka novel ini dan baca terlalu banyak ejaan entah apa-apa, aku rasa gelisah sepanjang masa pembacaan aku. Secara peribadinya, aku tak kisah sekiranya penulis-penulis nak gunakan bahasa pasar/rojak/campur/pasembur sekalipun. Tetapi, silalah kekalkan semua itu hanya dalam dialog. Jangan terbocor ke naratif sekali. Amat mengganggu. Aku rasa macam nak garis-garis dengan pen merah je bagi setiap muka surat yang aku baca.
Mengenai novel ini. Bagi aku ceritanya agak membosankan. Setiap muka surat yang baca aku terpaksa paksa otak aku telan ayat-ayat dia. Apapun, pada mulanya aku baca ia ada menyentuh tentang kumpulan kultus yang amalkan benda yang bukan-bukan. Aku terima dan telan itu apabila ia berkait dengan kejadian hilang ingatan dan mimpi pelik watak utama dan rakan-rakannya. Kemudian, tiba-tiba ada bencana sekali datang. Meteor ke apa entah. Sama ada aku terlepas beberapa muka surat atau memang tak ada tanda-tanda yang bencana itu nak datang.
Satu demi satu kekecewaan melanda aku bila aku selak muka surat novel ini. Pembaca-pembaca lain banyak yang teruja mengatakan yang mereka mindfucked/mindblown baca novel ini sebab ada beberapa babak yang berlaku hanyalah ilusi watak utama semata. Tetapi, bagi aku yang dah banyak baca dan tonton karya luar negara langsung tak terkesan dengan twist itu. Aku tak dapat cakap apa kepuasan yang aku dapat daripada membaca novel ini sebab aku rasa macam tak ada apa. Selain daripada itu, novel ini hanyalah susunan perkataan-perkataan tanpa peraturan yang dicetak atas kertas-kertas yang menjadikan pengorbanan beratus pokok hanya sia-sia untuk mencipta satu mind-numbing story.
Walau bagaimanapun, ia merupakan cubaan yang baik. Tetapi, sila simpan segala cubaan dan ujikaji untuk diri sendiri.
(2.6 bintang) Ini kisah sekumpulan forumer yang bertemu muka ke muka untuk pertama kali. Pertemuan pertama yang mencipta satu demi satu kecelakaan sehingga ada yang hilang memori, diburu mimpi ngeri malah ada yang terbunuh.
Mimpikah? Ilusikah? Atau realitikah? Buku ini membuat hamba hilang tahu mana satu untuk dipercaya. Apabila hamba sudah yakin dengan ke-realiti-an babak sebelumnya, penulis mengubah plot dengan menjadikan ia sebaliknya. Namun, kelainan plot dan jalan cerita Ilusaniti inilah yang membuat buku ini menarik.
Dan, buku ini gila – pastinya. Sampai ke sudah hamba pusing memikirkan apa sebenarnya yang berlaku. Namun kisah kultus songsang serta kejadian hujan meteor adalah dua elemen yang paling menarik tentang buku ini. Hamba hampir dapat membayangkan kekecohan dan kegilaan yang berlaku. Awesome! (Harapnya bukan hamba seorang yang suka babak hujan meteor itu. Huhu)
Namun, sejujurnya hamba lebih menyukai ZOMBIJAYA berbanding Ilusaniti (meski dengan 0.1 perbezaan saja :P). Mungkin otak hamba enggan berkompromi dengan banyaknya kata carutan serta istilah-istilah gamer yang hamba tidak berniat untuk simpan dalam kotak memori pengetahuan am.
Dan, seperti Zombijaya, Ilusaniti juga mewujudkan banyak sekali peran-peran penting dan kali ini dengan nama yang lebih extravagant (maklumlah nama dalam forum). Sungguh, jika disoal, hamba tidak akan ingat kesemuanya malah jika ada kesilapan watak pun dalam buku ini, hamba tidak akan perasan.
p.s Hamba menyukai Johnny/Fariz lebih sedikit berbanding Nipis.
Khatam buku ini dalam masa kurang dari 16 jam. Aku start baca, pukul 2:30 petang. Dan pukul 4:35, habis.
Jujur, selepas novel Bisik yang psiko, ini novel kedua yang memenuhi cita rasa aku secara keseluruhannya. Pada aku, novel psiko yang memang psiko susah nak jumpa. Kau boleh belek novel-novel Fixi yang ada, so far pada aku Bisik dan Ilusaniti, psiko yang memenuhi kriteria aku cari.
Tahniah penulis!
Mula baca, aku terganggu dengan gaya bahasa penulis. Agar kelam-kabut. Tapi sudah mula memasuki bab keempat, rasa selesa tu datang. Lepas seorang dari mereka mati, dan seorang lagi mati, dan mati...damn! Aku kena habiskan jugak. Aku nak tahu sebab. Aku nak tahu punca. Dan aku nak tahu siapa yang memulakan semua ini.
Mindfucked giler! Ada beberapa scene yang agak seram dan psiko. Macam, Bob tersengih-sengih dalam lubang kubur Big Boss. Dan jelmaan tak kira masa. Bandar Tanpa Cahaya. Holy crap! Amende weh? Kalau mimpi benda cam tu, mau 3 hari tak habis fikir. Itu sekali. Ini kerap. Phew! And lastly, ending. Situ je. Aku rasa aku kena baca 4 bab last sampai epilog untuk faham.
Apa pun, 4 bintang. Sebab tak ada yang sempurna atas bumi ni.
p/s : boleh tak nak cakap, aku suka hero citer ni. Aku bayangkan...dia zizan. and aku tak tau kenapa. Bob pulak, aku nampak Johan. Kah kah kah! Ok bye.
Not sure if it is a good "hemmpphh" or bad "hemmpphh" sebab the idea is there. Memang mindblow la konsep cerita yang di bawa. Tapi mungkin ianya terlalu complicated untuk aku.
Terlalu banyak 'spin' dalam penulisan sampai aku pun kadang-kadang naik keliru dan kena stop untuk hadamkan. Like, kucing tu, kenapa dia ada kat pejabat Fez tiba2 je. Then tak ada penjelasan. Adakah ianya memang ilusi je? Hemm. Mungkin tak semua perlukan penjelasan. Kadang2 ianya adalah mainan minda semata2. Halusinasi.
Tapi ada scene2 yang memang aku suka. First, bila Fez call Ed then talian putus, tapi bila call balik Ed cakap mana ada Fez telefon dia. Itu memang best. Seram. Second adalah waktu diorang pergi kubur Big Boss, lepas tu ke balai. Then tiba kat balai baru sedar Bob tak ada. There. Gila. Tahu-tahu tengah lepak dalam kubur Big Boss yang kena gali balik tu. Then ada la lagi yang tak perlu nak tulis kot.
Ending, flat je. Permintaan terakhir Chew mereka turuti walaupun Amy still seeks revenge. Anyhow, is okay la kot. Aku rasa kalau ending dia gila, dengan aku, kau semua jadi tak betul nanti.
Apapun, memang menarik. Bahasa ringan dan mudah. I like it.
Mungkin kalau di filemkan, akan memberikan filem genre seram di negara kita satu dimensi lain. Biar bergegar otak penonton.
p/s: aku mimpi bukan2 bila baca buku ni. Gila apa.
Tapi banyak benda yang aku pikir. Mana mayat Big Boss? Siapa (or apa) sebenarnya David Lee Roth tu? Mana Al pegi last sekali? Betul kaa Al sebenarnya punca semua benda ni? Apa yang Chew try nak sampaikan before dia mati? Betul apa yang Eddie tanya, kenapa dia pegi tempat cult tu sensorang? Apa kena-mengena Chew dengan dorang? Sarah? Shelly? Kenapa epilog tu Fariz main chess dengan Zack? Fariz duduk kat dalam penjara ka? Why? What happened to Joe and Zack and Big Boss? Kenapa diorang kena 'muncul'? Apa yang jadi actually? Apa? Apa? Apa? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Tu, antara kenapa-kenapa yang terngiang dalm kepala aku. Haih.
Rasa macam nak jumpak penulis dan tanya directly benda-benda ni semua.
Sungguh, cerita ni gila. Aku salut dengan daya imaginasi penulis. Gila.
Apa yang aku fikir pasal buku ni? Entahlah. Aku sebenarnya ada high expectation untuk buku ni, sebab buku ni antara buku yang top keluaran fixi. Dan aku jugak tahu Adib Zaini antara penulis Fixi yang sangat berbakat, tengok jelah hasil karya pertama dia yang gempak tapi santai tu; Zombijaya.
Idea dalam cerita ni sangat bagus. Untuk originaliti, aku bagi almost 9/10. Gaya bahasa macam biasalah, santai dan menarik. Cara penulis elaborate setiap set dalam scene nampak teliti dan boleh faham apa yang beliau sedang gambarkan.
Macam mana pulak dengan watak? Hmm.. pada aku watak mereka semua tak sekuat watak-watak yang dihasilkan dalam Zombijaya. Karakter yang ditonjolkan tak berapa kuat, dan guess what, aku baru tahu nama watak utama di penghujung cerita. Aku ingat aku ada miss something or terlupa, tapi bila aku check, memang nama watak utama jarang or tak pernah diberitahu di awal dan pertengahan cerita. Watak Eddie makin lama makin tawar, Aleya pula makin annoying dan inconsistent. Watak Amy pun dah makin hilang serinya. Antara yang the best adalah watak Bob yang boleh buat aku sentiasa teringat-ingat dia, watak Zack kaki gamer dan Shelly. Aku rasa pengenalan untuk watak-watak ni tak cukup kuat untuk bagi impak dari segi feeling. Karakter watak utama pun tak berapa menarik, dan karakter Alhazred sangat samar-samar. Dia ada dengan tak ada pun langsung tak bagi kesan.
Yang bagusnya untuk cerita adalah bab suspens bila ada dalam bandar tanpa cahaya, kreativiti dengan menyelitkan konsep game dalam menerangkan situasi, info yang menarik lebih2 lagi tentang cult yang disertai oleh Al, dan jugak kepelbagaian dalam tindakan ahli masyarakat kita. Sebagai contohnya, watak utama Farez yang bercinta dengan Shelly si budak bapok, dan jugak perasaan sukanya kepada wanita yang lebih tua yang walaupun tak pelik, tapi jarang ditonjolkan dalam penulisan-penulisan Melayu yang aku baca sebelum ni.
Antara perkara yang paling mengecewakan aku adalah plot. Terlalu banyak perkara misteri yang berlaku, tapi tak semuanya dapat diselesaikan dengan jelas. Kenapa Chew ada kat kilang tu sorang2? Kenapa Al amik loket kat leher Sarah? Mana dia pergi? Cultists ikut arahan siapa? Apa jadi dengan mesin arked Polybius? Sempat tak Farez musnahkan? Kenapa dia nampak langit warna hijau dan bau busuk? Apa jadi pada David gergasi? Siapa yang nak selamatkan dia? Apa penjelasan tentang kehadiran David dalam mimpi dia? Dan scene last sekali tu, Farez ada kat dalam wad sakit jiwa ke? Kenapa tiba-tiba Chew bagitahu jangan obses, tapi sedangkan masalah diorang lebih daripada tu? Apa yang menimpa diorang bukan kerana obsession, tapi kira dah diganggu. Kalau nak cakap pasal obses, Al lah calon yang paling sesuai. Isu tentang sesuatu yang diletak Al dalam popcorn diorang pun masih tak selesai. Dan Joe pulak terangkan pasal game kat Farez sebelum dia mati, tapi apa kaitannya dengan semua yang berlaku?
Nampak banyak perkara yang masih unsolved dan menimbulkan tanda tanya. Aku tak kisah kalau niat penulis adalah untuk buat sequel, tapi boleh tak bagi susun dulu molek-molek plot dalam buku ni dulu? J.K Rowling buat sequel jugak tapi buku Harry Potter yang pertama masih lagi mempunyai plot yang cantik dan tersusun.
Ini kisah sekumpulan kawan online,yang baharu bertemu pertama kali di dunia realiti. Walaupun baru kali pertama bertemu,mereka menjalinkan hubungan persahabatan yang akrab antara satu sama lain. Namun,kematian salah seorang dari mereka iaitu Big Boss,mengubah hidup mereka. Joe dan Zack juga meninggal dunia. Ketiga-tiganya mati kerana membunuh diri. Bukan itu sahaja,kawan-kawan yang terselamat mengalami mimpi ngeri di sebuah tempat yang dipanggil Bandar Tanpa Cahaya. Selain itu,mereka juga mengalami beberapa penyakit atau gejala sukar tidur dan ingatan hilang. Tambah parah,hubungan persahabatan antara mereka turut dilanda badai yang diakibatkan oleh masalah yang mereka hadapi ini. Siapakah dalang sebenar yang menyebabkan semua ini berlaku? Adakah dari luar,atau dari dalam (dari kalangan mereka sendiri)? Dapatkan jawapannnya dengan membaca novel yang mampu 'memperkosa' minda anda ini!
Mindfucked! Inilah apa yang boleh saya ringkaskan mengenai novel Ilusaniti ini. Istilah ini turut digunakan beberapa kali di dalam novel ini. Terdapat beberapa twist dan kejutan yang membuatkan saya rasa teruja dan membuatkan saya terlekat untuk terus membacanya. Malah,berani untuk saya katakan,konsep thrillernya lain daripada yang lain. Ini pertama kali saya membaca sebuah novel yang memiliki sebuah konsep cerita yang kompleks sebegini.
Pada pendapat saya,novel ini merupakan novel terbaik yang pernah ditulis oleh penulisnya,Adib Zaini. Novel Ilusaniti ini juga ditulis dalam bentuk 'Perspektif Orang Pertama',melalui kaca mata penceritaan watak utama novel tersebut. Pembangunan watak juga berjaya disampaikan dengan baik oleh penulis. Saya sukakan watak yang bernama Bob. Selaku sebuah novel yang diterbitkan oleh FIXI,sememangnya tidak terlepas dari penggunaan perkataan kesat. Lebih kesat daripada Zombijaya,juga novel karangan penulis yang sama. Ilusaniti turut mengandungi satiranya yang tersendiri. Saya amat sukakan babak di mana terdapat mereka yang memberikan komen yang seolah-olah 'ahli syurga',tidak menghormati mereka yang sudah meninggal dunia.
Cuma,terdapat dua perkara yang membuatkan saya berasa janggal ketika proses pembacaan. Pertama,dialog yang agak berulang-ulang. Banyak kali ayat Are you OK? (dan yang seangkatan maksudnya,tetapi dalam susunan ayat yang berbeza) digunakan. Kedua,setiap kali mahu membincangkan sesuatu yang penting,walaupun pada perkara yang genting dan penting,mereka mesti membincangkannya selepas makan atau ketika sesi makan sedang berlangsung. Agak kelakar dan sedikit tidak logik pada saya. Penamatnya juga agak mengejutkan dan membayangkan,pada pandangan saya,terdapat sambungan/sekuel. Benarkah telahan saya ini? Sama-sama kita tunggu dan lihat...
Ini merupakan novel FIXI yang paling cepat mampu dihabiskan. Mungkin kerana novel ini mempunyai pacing yang sangat laju dan penceritaan yang memudahkan pembacaan.
Permulaan novel macam agak kucar-kacir sedikit kerana penulis memperkenalkan hampir kesemua wataknya dalam sekali harung (sesuatu kebiasaan untuk novel yang mempunyai banyak watak). Leceh juga awal-awal baca tu kerana terpaksa selak kembali muka surat di mana watak-watak itu diperkenalkan. Namun dengan cepat (mungkin dalam bab 3), pembaca sudah mampu untuk mengenali dan membezakan watak-watak yang ada did alam novel ini.
Dialog yang digunakan sangat convincing/real. Tak kisah sangat pengunaan kata-kata nista dan carutan di dalam dialog. Ia satu perkara yang menjadi kebiasaan bagi manusia-manusia seumur dengan mereka. Lagipun, carutan yang dikeluarkan bersesuaian dengan keadaan dan bukannya sikit-sikit nak mencarut tak kena tempat.
Pengakhiran ceritanya tidaklah teruk tapi agak bland sikit lah. Tidak begitu mencengkam dan kurang memuaskan.
Overall, ini sebuah novel gila yang digarap dengan begitu baik. Bagi saya, pembaca tidak akan mengalami masalah untuk membayangkan setiap scene yang berlaku di dalam novel ini.
For all the Ilusaniti mess, this is a great book. I love it somehow. The surreal-absurd-mind blown i have no idea why i didn't read it from the very first time i bought it. My bad, though. I love Fez. He's a really good story-teller.
I hate Samad Spender, really. I won't go and watch it if it's here at the cinema, and when the pop corn theory came out i reminded myself to get my own box of pop corn next time. I have no idea what Al is up to, but he is one scary human being. All those hallucination, i can see my friend's ghost thingy, the no light town dream-- nicely plotted. Whimsical and nerve-racking at the same time.
The ending, i somehow like it to be just like that. It's weird and unsure, kind of sad but those words from Chew-- "Get help. Things will get better." I truly agree with him.
Habis baca buku ni pukul 4.07 pagi. Membaca buku ni membawa aku ke satu dunia yg lain. Dunia yang gelap, suram, dingin. Plot demi plot, pelbagai misteri menghampiri.amnesia yg pelik. Kucing yang aneh. Bandar tanpa cahaya. Talian yg selalu putus.Mass hysteria. mindreading. Org mati hdup blik. Meteor. Then macam2 teori yg muncul.
Tapi bab meteor tu aku tak suke la. Tgh je syok bace tetiba je ade meteor. Spoil btul. Macam tak masuk je gn story ni. Aku tak tau la, maybe penulis nk tnjolkan satu elemen yg lain dry g lain. bagi nampak macam gempak kan. Btw, overall, flow cerita sgt bgus walaupun gaya bahasa pada mulanya nmpk tak teratur. Nice job utk penulis.
Buat aku tak senang duduk. Dgn game kad kosong , dgn cerita Tim dgn princesnya, dengan necronomicon, dengan mesin arked Polybius. And u know what. That night, dreaming of Bandar tanpa cahayaa. Hope it just that night. Whoaa.
Ilusaniti. Tajuk pun dah unik. Novel ini seronok dibaca. Ada pasal permainan kad, game Dota dan macam macam lagilah. Novel ni macam baca diari sebab dari awal penulis tak menyatakan nama watak utama pun. Cuma masa kat ending je ada sekali. Ending pun aku tak berapa faham. Masa baca novel ni aku juga teringat dekat filem Fight Club(1999). Bukan pasal yang identiti kedua tu buat tapi pasal penceritaan dia. Kejap citer pasal permainan, muzik, ganja dan pelbagai benda menarik lagi. Cuma bagi aku ending dia aku tak faham sebab tulah bagi 3 je hihihi.
at first glance, yes, the plot is interesting indeed. Incorporating western urban legend in a book set in Malaysia using full Malay language must've been tough. The first half the book was good, more mysteries uncoiled, more theories surface. and i thought, well, it's going to be one hell of a ride if the author wants to solve all of these in the remaining 150 pages.
he didn't.
the mysteries were not solved. theories were not proven. more questions were asked rather than answered. and then BAM, like the author is lazy to finish up writing the solutions (that's if he had ever intended to solve them) - it's done. pretty sure this book could use an extra 50 pages or so to conclude the mess of a story he made. don't get me wrong, i love the mysteries, the pop-culture thing going on but oh no i hate stories with no definite ending. like. it's just THERE.
macam masak nasi goreng main campak-campak bahan from peti ais pastu hidang. kadang-kadang this way works, other times, um no.
things that i like about this book: 1. FAST-PACED. YES. i dig that. tiga jam je boleh habis tbh. (though it gets frustrating towards the end bc the story felt rushed and leading nowhere lol) 2. the characters!! i thought each and everyone of them were very interesting. there were so many of them but unfortunately we couldn't get to know them more due to,, well... u know. could've been better and more well-developed though. waste of the characters' traits. 3. the flow of the story. at first it felt like watching Nerve, and then it felt like The Maze Runner, and some Mummy movie. idek why but it was cool while it lasted.
if you like reading fast-paced stories, murder crimes, conspiracy theories, occult, some urban legend or unaccountable (and unanswered) mysteries - then this book is for you.
Jalan cerita memang menarik. Antara mimpi dan realiti ataupun imaginasi? Anyway, characters mempunyai nama yang agak pelik dan mungkin terlampau ramai untuk diceritakan watak yang mana dan kisah disebaliknya. Kadang-kadang aku just follow the story asalkan watak utama masih dapat dikenalpasti hala tuju jalan ceritanya. Buku ini ada satu elemen yang membuatkan kau excited untuk membaca, sebab pace jalan cerita memang agak laju. Yang paling rasa, "alah kalau tak ade pun takpe" adalah bab meteor attack bumi itu, adeh dah kenapa? Kalaulah kalaulah kalaulah buku ini ada proper ending aku dengan berbesar hati akan bagi 5 bintang. Lepas baca ending aku ingatkan aku seorang aje yang blur tapi bila baca review orang lain, rata-rata pembaca sekalian pun tak berapa clear dengan endingnya.
So, can anyone care to explain the ending? Ataupun penulis nak bagi hak pembaca untuk bagi ending sendiri?
Well, anyway is a good read, lain daripada yang lain.
P/S : Habis baca hari ini, hari jadi, hari jadi supaya kau jadi lebih baik daripada sebelumnya. May Allah ease. :)
This book reeks of urbanism, which in my own context, did a bad taste in my brain upon finished reading its last page. If Adib Zaini is a Gen Z baby, I would understand his obsessions with video games, "mind-fuck things", social medias and etc. Yes, of course you can applied all those urban materials in your plot line, but the author failed to connect his writings with the audience (that is me), instead, choosing to toss everything in a story. Which of course, resulted in me not particularly enjoying this very book I am reviewing now.
Storyline is a big, capital word of ridiculous, with somewhat, again, ridiculous ending which had left too many empty holes in the plot line. I wonder if the author did took something illegal in the process of writing this massive chaos of a book? Truth is, it felt like reading a few hundred pages of rambling!
I had high hopes for this piece of story, as the title is cleverly done, but eh, I have been slapped hard with the modern made-up proverb of 'Don't judge a book by its title'.
What kind of ending was that??? Ish. I need closure!
Anyway, this was an interesting read. Still confused about what actually happened. Probably need a few days to properly digest the story. This was also my first Malay novel, excluding all the novels we had to read for primary/secondary school kesusasteraan. I got through it pretty easily, to my own surprise. Though, there are a few slang words I'd like to know the meaning of. If anyone can help, please let me know apa maksud 'mapley' and 'skodeng'. I mean, agak-agak bolehlah faham maksudnya, tapi tak sure sangat.
However, there were a few things that made me feel quite uneasy. First thing was the MC's casual sexualization of women. Sure, it is a pretty realistic representation of certain Malaysian men I've come across, but it still made me feel really uncomfortable. Next was the usage of the n-word. I don't think that word is for us to use as we like, and the appearance of that word in the book -not even censored- really turned me off.
But, hooray for LGBTQ+ representation though. Good job.
Selaku peminat muzik black metal satu ketika dahulu, aku layan juga lah Burzum. Selaku peminat karya-karya Lovecraft, aku tahu perihal Necronomicon tu, rasa interesting bila jumpa penulis tulis benda-benda yang aku minat. Aku bukan kaki gamers, tapi itu bukan masalah sebab dulu aku pernah terlibat dengan kaki2 gamers jugak.
Karakter banyak tapi penuh variasi, dialognya hidup,watak-wataknya hidup. Thumbs up untuk ini.
Cerita ni ok, tak memeningkan aku, cuma ada sedikit rasa tidak puas. Aku mahukan senggama minda yang lebih padu. Mungkin aku terlalu mengharap sesuatu yang lebih gila dari Ilusaniti ini, dan bila cerita berakhir, aku rasa macam 'ini je ke? Lah, aku nak lebih lagi"
Harap penulis boleh keluarkan novel baru. Lagi mindfuck, lagi bagus. Aku suka.