Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rihlah Ilmiah: dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer

Rate this book
Autobiography of Wan Mohd. Nor Wan Daud, a Malaysian Muslim scholar; based on an interview with Wan Mohd. Nor Wan Daud by Adian Husaini.

474 pages, Hardcover

First published January 1, 2012

10 people are currently reading
96 people want to read

About the author

Wan Mohd Nor Wan Daud

20 books117 followers
Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud mengikuti pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Inggeris Tanah Merah dan Sekolah Menengah (SM) Dato' Mahmud Paduka Raja Tanah Merah, sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu serta menyambung pendidikan ke Northern Illinois University dalam Sarjana Muda Kaji Hayat dan Sarjana Kurikulum & Pengajaran dan menyempurnakannya dengan Ijazah Kedoktoran Falsafah (Pemikiran Pendidikan Islam) di University of Chicago.

Beliau berpengalaman sebagai Presiden Kebangsaan Kumpulan Kajian Islam Pelajar Malaysia (MISG) AS dan Kanada dan Presiden Kebangsaan Muslim Students' Association of US and Canada.

Wan Mohd Nor memulakan tapak akademiknya sebagai Tutor Fakulti Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Penolong Pengarah di Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan (ERPD) di Kementerian Pendidikan, sebelum berpindah ke International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) untuk bersama-sama Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas membina institusi pemikiran dan peradaban Islam itu sebagai Timbalan Pengarahnya bermula 1988 hingga 2002. Pada 2006 pula, beliau dilantik sebagai Felo Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM sebelum menyumbangkan bakti kesarjanaan di Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Karya-karya beliau telah diterjemah ke bahasa Melayu, Indonesia, Turki, Jepun, Parsi, Rusia, Bosnia, Arab dan Macedonia. Beliau turut diundang ke pelbagai seminar dan ceramah di AS, UK, Rusia, Iran, Turki, Afrika Selatan, Pakistan, Sudan, Oman, Arab Saudi, Mesir, Jepun, Indonesia, Bosnia dan Singapura.

Sumbangan akademik beliau turut disalurkan sebagai Advisory Council for the Center for Strategic Middle Eastern Studies (CSMES), Zirve University, Gaziantep, Turki; mantan Editor Perunding Jurnal ISTAC, as-Shajarah; ahli Majlis Penasihat Toda Institute for Global Peace and Policy Research, Hawaii; mantan Penasihat Antarabangsa, Program Sarjana Pengajian Islam, University of Melbourne, Australia; Editor Perunding AFKAR di Akademi Islam, Universiti Malaya (UM); International Journal of Pesantren Studies di Jakarta; Tsaqafah: Journal for Islamic Sciences and Culture, juga di Jakarta dan Tafhim, iaitu jurnal Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
44 (73%)
4 stars
12 (20%)
3 stars
3 (5%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Wan Mohd Aimran.
10 reviews41 followers
September 9, 2012
Wahai anak muda!
Jangan dibazir usia dan tenagamu
menyalak angkuh mendesak segala yang baharu
kiranya dirimu sendiri terbelenggu
oleh hawa nafsu dan dibimbing ilmuwan palsu.

Ikutilah jalan yang telah dilalu
oleh mereka yang terbukti mampu
mengadabi insan dan mengembang ilmu
tanpa perlu menginjak cerdik pandai terdahulu
Merekalah yang wajar dijadikan gurumu
dan bukan pula mereka yang ilmu dan keberanian belum ditentu.

Sebuah buku yang amat baik untuk dijadikan bimbingan muda-mudi tanah air; cerminan adab yang mengalir daripada lantera ilmu yang benar.

Profile Image for Najibah Bakar.
Author 9 books351 followers
August 7, 2024
Buku ini penting bagi saya kerana dua sebab peribadi:

Saya adalah produk Islamisasi ilmu yang dibawakan oleh UIAM, dan saya sedang menjadi sebahagian dari ISTAC, walaupun bukan lagi ISTAC tulen yang pernah dibawakan oleh Prof Syed Naquib (PSN).

Menelusuri memoir ini terlalu banyak mata saya dicelikkan sama ada oleh fakta yang kadangkala sukar dijernihkan jika sekadar mendengar dari pihak ketiga, dan juga oleh pandangan dan ilmu yang dikongsikan oleh pengarangnya, yang juga anak murid dan orang kepercayaan PSN.

Pengalaman luas pengarang bagi saya calang2 orang sahaja yang berpeluang merasainya, sebagai seorang pemimpin dengan wibawa besar sejak zaman pelajar, hingga membawanya menemui begitu ramai pimpinan utama Islam yang lain, dari pelbagai bangsa, negara, ideologi, mazhab dan aliran.

Pendedahan dunia akademiknya juga sangat meluas dan merentas bidang, dengan didikan oleh minda2 yang diperaku kehebatannya seantero dunia, seperti FazlurRahman dan PSN. Kedua2 mereka walaupun ada kontroversi masing2 yang tersendiri, tetapi telah membuktikan jasa mereka dalam dunia akademik di peringkat luar biasa dan boleh dianggap sebagai rijal al-zaman.

Lebih penting lagi sebenarnya buku ini memberi konteks kepada banyak buku lain dalam kelompok sama berkenaan pemikiran Islam, menjadi seperti kepingan puzzle terakhir yang memberi sisi manusiawi kepada pelbagai buku2 sarat falsafah yang telah dikarang oleh seorang mahaguru perbandingan tamadun. Ia akan banyak membantu para pembaca yang ingin mula berjinak2 dengan karangan2 PSN dan anak2 muridnya.
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books283 followers
April 7, 2015
Catatan terkini (7 April 2015)

Sempena dengan Syarahan Malam Sabtu yang kembali diadakan di UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, pada Sabtu ini (11 April 2015), kerana Prof Wan Mohd Nor Wan Daud buat pertama kalinya akan menyampaikan syarahannya pada sesi yang sudah memikat dan memukat ramai pendengar dari pelbagai lapisan keilmuan, sosial dan generasi.

Buku ini saya sarankan elok dijadikan sebagai rujukan untuk mengenali latar Prof Wan Mohd Nor khususnya perjalanan keilmuannya yang turut membabitkan dua ilmuwan dan intelektual Muslim yang besar, iaitu (bermula) dengan Allahyarham Prof Fazlur Rahman dan ketika masih bergelar sebagai anak didik ilmuwan Pakistan yang mengukuhi kerusi keilmuan di Universiti Chicago, berkesempatan untuk bertemu dan mengiringi kedatangan Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas yang datang bertamu di universiti berkenaan (atas permintaan Fazlur Rahman juga).

Secara peribadi, saya menyenangi Prof Wan Mohd Nor ini bukan saja atas aspek sanjungan terhadap keilmuan beliau, bahkan apabila melihat bagaimana adab beliau dengan guru beliau, Prof Syed Muhammad Naquib yang benar-benar memperlihatkan perilaku adab yang sepatutnya daripada seorang murid kepada gurunya meskipun murid itu sendiri sudah bergelar ilmuwan besar. Malah, adab yang ada pada beliau, dapat juga dilihat bagaimana beliau bercakap dan menulis tentang Fazlur Rahman yang walaupun jelas perbezaan antara metodologi dan cara berfikir pada masa kini, beliau tidak sedikitpun mengucapkan atau menulis sesuatu yang boleh disifatkan biadab. Bahkan cara beliau mengungkapkan pandangannya sangat terkawal dalam kerangka adab meskipun ia dalam bentuk kritikan.

Selamat membaca dan selamat mengikuti Syarahan Malam Sabtu.


Ulasan I

Menyusur Rihlah Ilmiah: Dari Neomodernisme ke Islamisasi Ilmu Kontemporer ibarat menumpang kafilah pengarangnya, Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud merentasi padang kesarjanaan, sebelum tiba di kota ilmu yang turut dibinanya.

Buku autobiografi dalam bentuk wawancara yang dikendali Dr Adian Husaini ini, menguak kisah rihlah atau dalam bahasa Melayunya, perjalanan dan kembara sebagai penuntut ilmu daripada jejak pendidikan awal, sarjana muda dan aktivisme mahasiswa hinggalah bertapak sebagai sarjana besar.

Perjalanan ilmiah Prof Wan Mohd Nor sangat bermakna apabila beliau berguru dengan dua pemikir besar, iaitu Profesor di Universiti Chicago, Allahyarham Fazlur Rahman Malik dan Pengasas Institut Tamadun dan Pemikiran Islam Antarabangsa (ISTAC), Prof Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Attas.

Catatan pengalaman menyelesaikan ijazah doktor falsafah di bawah pemikir modenis kontroversial dari Pakistan, Fazlur Rahman itu, membuka peluang kepada pembaca untuk `membaca' pemikiran pengarang buku Islam and Revival and Reform in Islam: A Study of Islamic Fundamentalism.

Perjalanan kesarjanaan Prof Wan Mohd Nor itu unik kerana perbezaan dalam beberapa aspek pemikiran antara Fazlur Rahman dengan Prof Syed Muhammad Naquib boleh diibaratkan antara kutub utara dengan selatan.

Bagaimanapun `pertembungan' itu tidak menimbulkan kekacauan dalam ranah kesarjanaan Prof Wan Mohd Nor, sebaliknya memperluaskan ufuk keilmuan tanpa mengurangkan penghormatan yang sepatutnya kepada dua tokoh terbabit.

Ia secara tidak langsung melengkap dasar keilmuan yang diperlukan dalam bidang falsafah dan pemikiran serta pendidikan Islam apabila garis rihlah ilmiahnya bergerak ke arah kesempurnaan tradisi Islam melalui pengalaman bergurukan Prof Syed Muhammad Naquib.

Lebih bermakna, perhubungan antara Prof Wan Mohd Nor dengan intelektual besar itu lebih sempurna kerana beliau turut menjadi tenagapenting dalam meletakkan batu asas dan membangunkan ISTAC.

ISTAC sebenarnya ialah cermin kepada idea dan konsep Islamisasi ilmu yang dibina serta dibangunkan oleh Prof Syed Muhammad Naquib yang mewacanakan ilmu yang dianggap bebas nilai dan kebenaran mutlak, tetapi sebenarnya tidak terlepas daripada nilai peribadi dan pandangan alam manusia.

Tidak hairanlah Prof Wan Mohd Nor dalam riwayat keilmuan Prof Syed Muhammad Naquib dan sejarah penginstitusian ISTAC bagaikan satu kisah yang tidak boleh dipisah-pisahkan.

Buku ini juga boleh dianggap sebagai mukadimah ke arah pemahaman Islamisasi ilmu dan pendidikan yang wajib disusuli bukan saja dengan buku Prof Wan Mohd Nor, bahkan karya agung gurunya sendiri.

Malah, buku ini sebenarnya mengisi kekosongan dalam khazanah tradisi ilmu kebudayaan Melayu Islam kerana autobiografi dan biografi ulama dan ilmuwan Islam sebenarnya sebahagian tradisi ilmu peradaban Islam.

Rihlah Ilmiah ini bukanlah perjalanan milik pengarangnya sendiri, bahkan ahli akademik, penuntut ilmu dan pembaca awam yang wajar menyusuri kembara penting itu ke arah memperkemas dan memperkukuh pandangan alam Islam yang menjadi mata rantai tradisi ilmu Islam.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews56 followers
June 10, 2012
Buku Prof Wan Mohd Nor yang paling mudah dibaca. Pengalaman beliau berguru dengan Fazlur Rahman menarik dibaca. Begitu juga perkenalan beliau dengan ilmuwan dan tokoh-tokoh pemikiran utama di dunia.

Kisah hidup beliau terutama sewaktu bersama Prof Naquib Al-Attas sangat menarik. Cuma yang tidak diceritakan secara detail ialah bagaimana dan mengapa Prof Naquib disingkirkan dari ISTAC. Peristiwa itu bagi saya sangat penting untuk disorot kerana ianya bagaikan antithesis kepada konsep Ta'dib dan prinsip keadilan yang dibawa oleh Prof Naquib.
Profile Image for Ahmad Abdul Rahim.
117 reviews42 followers
April 4, 2015
Buku rihlah ilmiah ini merakamkan perjalanan intelektual dan aktivisme prof wan mohd selama lebih 50 tahun. subtitle buku ini "dari neomodernisme ke islamisasi ilmu kontemporer" is partly a referral to his intelectual journey studying under the tutelage of the great fazlur rahman (neomodernist) and prof SMNA (islamization). kemungkinan ia juga merupakan 'pun' kepada biografi tokoh islam liberal di indonesia nurcholish majid bertajuk "dari neomodernisme ke gagasan islam liberal" which -you gussed it- merupakan rakan seguru prof wan nor yang turut belajar di bawah didikan fazlur rahman di university chicago.

bagi aku kelebihan hidup prof wan ini adlah penglibatan beliau dalam dunia aktivitisme dan intelektualisme yg seiring. even on paper his achievements was amazing. president Malaysia islamic student group (MISG UK-Canada) dan president Muslim Students Association (MSA) sebuah persatuan yg menaungi semua pelajar2 islam di amerika.

aku sungguh senang membaca pengalaman bagaimana beliau dan rakan2nya -di awal2 ketibaan mereka di US, dalam keadaan culture-shock dsb- mula mendirikan komuniti islam di sana, Northern Illinois University (NIU). dari apa yg diceritakan, di waktu itu (sekitar mid 70s) ramai pelajar2 kita dihantar ke amerika. di NIU sahaja lebih 100 org pelajar malaysia ada disana. pernah sekali himpunan pelajar2 malaysia di seluruh amerika di adakan seramai 700 org hadir (itu hanyalah wakil2 dr setiap cawangan, bukan jumlah total lg). needless to say, kebanyakan dr mereka tidak mempunyai asas agama yg kuat dn tidak sedikit yg terikut2 dgn budaya kuning di sana.

usaha2 prof wan dan rakan2nya di waktu itu telah menemukan beliau dgn pelbagai figur2 aktivis-islam yg berwarna warni. antaranya adalah umar faruq abdullah! secara keseluruhan pengalaman sbg aktivis pimpinan pelajar muslim telah menyalakan azam dalam diri beliau untuk mendalami agama islam dgn lebih dalam. ini membawa kepada keputusan beliau melanjutkan pengajian di university chicago bawah didikan fazlur rahman.

pengalaman beliau di university chicago adalah antara highlight2 kehidupan beliau yang sangat seronok untuk ditelusuri. jika aku boleh listkan highlight2 menarik yg lain dalam buku ini ia adalah:
-aktivisme beliau sebagai pimpinan pelajar islam
-pengalaman mengaji di chicago university di bawah didikan fazlur rahman
-pengalaman mnjd orang kanan prof SMNA director-founder ISTAC dari 1988-2002
-budaya ilmu di ISTAC pada waktu itu

sungguh banyak parallels yg aku jumpa dalam kehidupan bermahasiswa beliau dgn apa yg aku sendiri sedang menyaksikan skrng ini di Mesir. antara yg paling mengujakan, mungkin adalah bahagian di mana prof wan menceritakan organisasi2 dakwah yg wujud di US-Canada ketika itu dan proses peradikalan yg berlaku di dalam sesetengah organisasi tersebut.

buku ini melebihi jangkaan aku (lets face it, cover buku ini is a little bit weird). tapi menghampiri ke penghujung it felt quite plain. 5 stars nevertheless -albeit a 'soft' one.
Author 3 books41 followers
August 23, 2016
23 Ogos 2016, selesai membaca buku ini.
.
Prof, sangat dirahmati dengan rezeki yang diberikan Allah SWT kepadanya untuk melalui perjalanan selaku murid dan teman kepada mahaguru-mahagurunya, khususnya kepada Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas yang telah membantu membentuk dan merangsang potensi diri Prof. Wan untuk tampil sebagai sarjana dan ahli falsafah yang berwibawa dan bertanggungjawab.
.
Dari segi fungsi, soal-jawab yang ditangani Prof dalam buku ini penting untuk membantu memberikan inspirasi kepada anak muda dan pencinta ilmu-kebenaran tentang kepentingan memahami dan menguasai worldview Islam dan, di sudut yang lain, bagaimana pula untuk memahami dan menguasai worldview Barat; seterusnya menyaring dan memanfaatkannya sesuai dengan worldview Islam; juga, kebobrokan yang terjadi kesan daripada kekeliruan diri terhadap makna ilmu, kejahilan diri terhadap kebudayaan Barat, dan kejahilan serta keangkuhan diri untuk memahami jati kebudayaan sendiri.
.
Saya juga yakin, karangan-karangan dalam buku ini memberikan jawapan yang jelas kepada pembaca, tentang prinsip dan soal konsistensi Profesor Al-Attas dalam mempertahankan idea-ideanya. Mengapa Prof Al-Attas dan anak-anak muridnya begitu tegas menjulang tradisi keilmuan Islam dan berusaha mempertahankannya melalui Islamisasi, dan justeru menentang sekularisasi dalam pelbagai aspek khususnya pendidikan, kesusasteraan dan kebudayaan. Andainya kita membaca buku ini secara kritis, serius dan jujur, tidak akan timbul persoalan tentang sikap dan ketegasan tokoh-tokoh yang berpayung di bawah tradisi keilmuan yang tersebut.
.
Baca untuk faham dan kenal. Baca dengan niat murni, kau akan temui jawapan nan pasti. Dan jika kau berani, kau tidak lari daripada realiti hakiki, melainkan memperakukannya dengan segala pemahaman dan penghormatan.
Profile Image for Nurul.
37 reviews12 followers
September 15, 2014
Selesai membaca buku ini kepala terasa cerah. Sebagai graduan IIUM, sudah tentu saya selalu mendengar istilah "islamization of knowledge" namun tidak pernah saya dalami maknanya. Begitu juga dengan Prof Wan dan Prof Al Attas, sebelum ini saya hanya mendengar nama mereka sepintas lalu dan tidak kenal orangnya.

Sebelum membaca buku ini juga saya sebenarnya terkena penyakit parah - tiba-tiba segan menyentuh buku. Berbulan-bulan saya tidak menyentuh sebarang buku. Rezeki dibawa melawat Raudhah al-Miqyas milik Abu Ilkiya dan dicadangkan buku ini oleh kak Norziati membawa rahmat dan pencerahan yang luas. Buku ini sesuai sebagai pemula dan pola untuk corak pembacaan seterusnya sekiranya anda berminat dengan gagasan pemikiran falsafah pendidikan islam yang bukan berakar dari barat.
Profile Image for Lutfi Ishak.
3 reviews6 followers
June 21, 2015
Buku ini bolehlah dianggap sebagai mukaddimah kepada kehidupan dan amalan intelektual serta kerohanian Prof. Wan Nor Wan Daud. Kepada yang belum pernah membaca hasil karangan Prof. Wan, buku ini boleh menjadi pintu masuk, sebelum mula menjengah perbincangan beliau, yang lebih serius, dalam karangan-karangan yang lain. Wajib baca bagi saya.
Profile Image for Guntar Ramadhan.
14 reviews18 followers
March 25, 2018
"Kalau Anda ingin mengetahui peta pemikiran Islam masa kini, buku ini untuk Anda." Memang buku ini terlihat seperti buku auto-biografi (karena sememangnya termaktub seperti itu), namun bagi yang telah membaca buku ini akan mengetahui bahwa lebih dari auto-biografi, buku ini akan banyak mengutarakan "gagasan-gagasan penting" akan umat Islam masa kini. Baik secara individu, maupun sebagai kesatuan umat manusia. Penting untuk dibaca, dan diambil pelajaran terutama sekali, terutama sekali, kepada "pelajar-pelajar", dan terkhusus "aktivis" muslim. Sebagai saran bagi pembaca, setelah membaca karya ini akan lebih baik kalau dilanjutkan lagi dengan membaca buku beliau yang lain yaitu Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed Muhammad Naquib Al-Attas. Akan sangat sangat sulit untuk dilewatkan "membaca" buku ini.
Profile Image for Ikmal Hisham.
30 reviews2 followers
February 16, 2013
Saya mengenali Prof Wan Mohd Nor Daud apabila membaca karya beliau 'Penjelasan Budaya Ilmu'. Mengetahui latar belakang beliau dari bidang Sains dan kemudian bidang yang lain dalam buku ini sangat mengangumkan. Seorang ilmuan yang patut dijadikan contoh buat tenaga akademia muda zaman kini yang masih mencari2 identiti dan pegangan hidup.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.