Okey sumpah comel buku kanak-kanak ni, lagipula buku ini terhasil inspirasi daripada kucing parsi milik penulis dan pelukis buku ini.
Pengkisahannya dalam bentuk puisi (sajak, barangkali). Ringkas, tapi cukup menggambarkan kisah hidup seekor kucing parsi berwarna putih-kelabu. Setiap kenakalan, aktiviti dan sifat ingin tahu (sepertimana ungkapan curiosity kills the cat) itu memang pastinya akan ramai tersenyum, terutama bagi mereka yang pencinta kucing.
Nakal. Hahaha! Lagi-lagi pada babak si kucing parsi itu menolak botol dakwat dengan sengaja hingga tumpah, lalu dia cepat-cepat melarikan diri dan berlagak seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Ada satu puisinya agak kelakar:
Tho' two and two make four by rule of line,
Or they make twenty-two by logic fine,
Of all the figures one may fathom,
I shall never be floored by anything but nine.