What do you think?
Rate this book
277 pages, ebook
First published January 21, 1977
Apa yang menarik perhatian saya, dalam karya ini, ianya memberi idea yang baru serta membuka fikiran saya tentang bagaimana hebatnya dunia di Asia Tenggara pada zaman dahulu yang mana rakyatnya rata-rata merupakan para pedagang yang hebat yang mempunyai kestabilan politik yang tinggi serta teknologi kapal yang canggih kerana terdapat bukti terdapat para pedagang Melayu/Jawa yang berlayar ke benua Eropah untuk melakukan perdagangan. Namun timbul satu persoalan baru, jika pada waktu itu pedagang di Asia Tenggara merupakan antara pedagang yang termasyhur dan disegani pedagang lain, mereka pastinya memiliki sistem transpotasi yang canggih, misal kata Kapal Layar yang canggih untuk membawa hasil bumi di Asia Tenggara untuk tujuan perniagaan. Kapal yang canggih pasti dibina oleh jurutera yang hebat pada masa itu. Barangkali di Asia Tenggara juga ada golongan-golongan pencipta pada masa itu yang hilang dalam sejarah. Persoalannya adakah terdapat catatan sejarah tentang perkembangan ilmu sains dan teknologi pada masa itu?