Membaca buku ini, baru aku sedar bagaimana mampu aku kategorikan Noam Chomsky.
Bagi aku, spektrum golongan kiri vs kanan adalah tidak relevan untuk digunapakai bagi Chomsky. Satu sebab adalah spektrum sebegitu terlalu relatif sehinggakan hampir tidak membawa apa2 makna. Sebab yang lain adalah Chomsky mengajukan bentuk2 soalan yang sebegitu common sense bagi kalangan masyarakat demokrasi. Idea2 utama beliau boleh dikatakan sebagai truisms dalam demokrasi. Ibarat mengatakan malam adalah ketiadaan matahari; tiada posisi kiri atau kanan mampu diambil dalam hal itu.
Jadi cuba kita mulakan dengan idea model propaganda yang disebutkan oleh Chomsky dan Ed Herman dalam buku Manufacturing Consent. Di dalamnya Chomsky dan Herman mengkaji bagaimana sistem media mencipta propaganda yang menayangkan kemahuan dan matlamat syarikat korporat. Masalah tersebut adalah masalah sistemik dalam media massa di mana syer, saham dan peratus pemilikan majoritinya adalah dipegang oleh syarikat multinasional dan korporat.
Semua orang tahu kan? Penyumbang duit terbanyak dialah pemegang kuasa sebenar.
Perkara sebegini hampir tidak disebut dalam media arus perdana. Perbincangan yang cuba mengarah ke dalam topik ini akan cepat2 dicampak ke dalam tong-tong berlabel teori konspirasi (walaupun mana2 budak berumur 8 tahun boleh memahami dengan mudah isu ini).
Kesarjanaan sebenar Chomsky dan Herman dalam hal ini (bagi aku) adalah memberikan gambaran realistik tentang proses indoktrinasi yg berlaku. Lagipun jurnalis, wartawan yang bertugas sebagai wakil2 dan jurucakap syarikat2 gergasi media massa pun manusia lagipun (satu lagi truism). Mereka juga berpegang kepada etika kewartawanan, dan setia pada kebenaran, serta percaya dengan nilai2 demokrasi.
Cumanya Chomsky membongkarkan bagaimana wujudnya penapis2 dalaman yg terkandung dalam sistem itu sendiri: hanya jurnalis/wartawan/editor yg sudah tertanam dengan nilai2 yg diterima oleh Sistem tersebut berjaya ditapis. Antara kaedah dimana jurnalis/wartawan/editor spt mereka2 yg bertugas di New York Times dan WSJ cuba untuk mengindoktrinasi masyarakat dalam sebuah negara demokrasi adalah dengan membingkaikan isu2 mengikut jalur2 pendapat yg diterima oleh Sistem. Masyarakat lantas mendapat ilusi bahawa mereka sedang membuat pilihan atas keputusan mereka sendiri. Walhal terdapat banyak lagi pilihan/points of view (PoV) yang tidak dibentangkan. Seringkali pilihan/PoV yg diketepikan itu disorokkan kerana ia langsung bertentangan dengan Sistem tersebut; malah mencabar keabsahan Sistem tersebut.
Contoh dalam isu Perang Vietnam, pilihan yang diberikan adalah "Adakah patut tentera Amerika kekal di Vietnam atau pulang ke tanahair?"
Perhatikan bagaimana wacana tersebut mengenepikan persoalan2 lain seperti "apa hak Amerika untuk berada di situ?", "siapa yang menerima keuntungan terbesar dalam perang tersebut (jawapannya: industri militari)" dll.
Kaedah interogatif Chomsky-esque sebegini sudah tentu adalah common di zaman kini. Kini The Guardian, Independent atau AJE more-or-less memakai bentuk kewartawanan yg serupa. Bagi aku itu mengisyaratkan bagaimana kaedah wacana Chomsky begitu persuasif dan berpengaruh. Aku percaya kaedah pengajuan soalan oleh Chomsky adalah inspirasi terutama bagi kebangkitan portal2 berita yg kritikal itu tadi. Barang diingat Chomsky adalah intelektual terawal yg menyatakan bangkangan beliau terhadap Perang Vietnam. Dan mobilisasi bantahan rakyat Amerika berlaku hanyalah selepas 5 tahun berlangsungnya Perang Vietnam. Itupun bantahan yg disuarakan masih berkisar tentang kuasa/ekonomi spt "Perang ini terlalu merugikan" etc.
Contoh yg aku berikan mungkkn terlalu panjang. Mesej yang aku cuba sampaikan adalab mudah:
Chomsky adalah pemikir yg wacananya paling praktis pernah aku jumpa. Setiap aktivis yg cuba untuk mengahwinkan aspek teori dan praktik perlu membacanya. Chomsky juga kemungkinan adalah intelektual awam yang paling konsisten dan rasional pegangannya pernah aku kaji. Dia sedar bahawa kepercayannya kepada amal demokrasi dan idea kebebasan manusia membawa maksud bahawa kuasa tidak patut dipusatkan kepada mana2 entiti. Kuasa sepatutnya diagihkan seluasnya supaya ia mewakilkan suara2 dengan saksama.
Atas sebab itu aku tiada bantahan dengan cara Chomsky mendefinisikan dirinya: anarchist, syndicalist dan libertarian.