Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Pertama

Rate this book
"Cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan"

Sinopsis Belakang buku :

Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?

520 pages, Paperback

First published January 1, 2004

61 people are currently reading
1127 people want to read

About the author

Norhayati Berahim

65 books209 followers
Novelist prolific writing since the age of 17, up to now has produced over 40 novels.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
334 (42%)
4 stars
253 (32%)
3 stars
140 (17%)
2 stars
39 (4%)
1 star
23 (2%)
Displaying 1 - 27 of 27 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
November 11, 2010
Novel banyak mengimbau kenangan sebenarnya [bukan cerita cinta pertamaku ok!]. Ingat lagi aku baca CP ketika berumur 17 tahun. Eh, dah hampir tujuh tahun berlalu dan tak sangka jodoh dengan novel ini masih ada :D Walaupun aku beli hanya buku secondhand tak mengapa, apa yang penting kenangan itu yang tak mungkin bisa dibeli di mana-mana. Dan bila aku dapat je novel ni, sanggup aku tinggalkan novel lain hahaha

Nurul Iman [Iman] anak gadis yang cantik dan manis manakala Carl Zafran [Carl] pula seorang lelaki tampan kacukan Melayu dan Sepanyol. Kedua-dua kali pertama bertemu di padang kuda. Tetapi tak sangka jodoh antara berduanya masih panjang. Mereka bertemu lagi di Chazz Sdn Bhd, di mana Iman ditawarkan sebagai pegawai pemasaran di bawah seliaan Carl; pengurus syarikat tersebut.

Carl lelaki yang sukar dijangka. Ada masanya lembut dan mesra tetapi ada masanya dingin dan beku. Dia memandang rendah akan kebolehan perempuan. Dalam masa yang sama dia menganggap semua perempuan itu sama jahatnya seperti ibunya. Dan sebab itu dia melayan Iman agak kasar.

Projek pertama Iman menemukan dia dengan Pak Tabib atau Ayah Mad [Dr Rahmat], teman rapat keluarga Carl. Iman jadi senang dengan Pak Tabib. Hubungan mereka berdua semakin rapat. Pak Tabib kemudiannya memperkenalkan Iman dengan Pakcik Razali yang juga mahukan pemasangan CCTV di rumahnya. Saat itu Iman bertemu dengan Carl. Memang tak sangka yang Pakcik Razali itu adalah ayah Carl. Pertemuan yang tak disangka itu menimbulkan perbalahan kecil antara mereka berdua.

Iman yang pergi outstation disangkakan merajuk. Carl susah hati. Dan di saat ini baru dia menyedari sudah ada cinta yang bertunas di hati. Sekuat hati Carl untuk mengetepikan kehadiran cinta itu, semakin rindunya pada Iman. Dari hari ke hari Carl makin berubah lakunya. Dia menjadi lebih mesra. Semuanya kerana Iman.

Namun cintanya tidak kesampaian bila Iman ditunangkan dengan Muaz; kenalan rapat Dr Afifah; ibu Iman. Memang Iman tak mahu tetapi bila melihat Carl yang terlalu biasa, dia jadi segan. Disangkanya hanya dia yang bertepuk sebelah tangan. Tetapi siapa tahu luka di hati Carl? Carl terpaksa membawa diri apabila mendengar perkhabaran itu. Hatinya benar benar terseksa.. Dia keliru adakah cinta pertamanya telah hadir?

Iman cuba menyembunyikan rasanya. Dia kini menyandarkan semua harapan pada Muaz. Belajar untuk menyayangi dan menyintai bakal suami. Namun dugaan tiba lagi. Iman bertemu dengan Muaz yang keluar daripada bilik adik tirinya; Miza. Hatinya hancur. Dan ia lebih hancur apabila mengetahui yang Encik Ahmad bukanlah ayah kandungnya. Iman bertindak melarikan diri. Dan di rumah Pak Tabib dia mengadu.

Pak Tabib kasihan melihat Iman yang tak henti-henti menangis. Sudahnya dia menghubungi Carl. Aku suka scene Carl memujuk Iman. Bukan setakat pujuk je siap buat sesi luahan perasaan lagi hik3 lalala5 :P Apa yang pasti kesudahan cerita ini memang best. Terlalu banyak kebetulan yang menjadikan cerita ini lebih manis. Untuk makluman novel ini sudah pun diangkat menjadi drama yang bertajuk ‘Tak Tercapai Akalmu’ dan pernah disiarkan di TV1.

Ps: Beli online di Syida. Thanks.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
June 29, 2015
....... :)

Mcmna nak review CINTA PERTAMA ni ye? Guna perumpamaan lah....senang cerita sikit.

Rasa macam ditarik ke zaman Nokia 3310 (kat tempat aku dipanggil 33sekupang). Ringkas, menyenangkan, tiada hassle-massle yang menyemakkan kepala. Lepak je masa guna....

Begitu juga dengan novel ini. Tiada air mata yang mengalir dek konflik yang berbelit-belit. Tiada ketawa mengekek-kekek dek ayat kelakar yang bombastik. Jalan cerita yang simple, smooth journey.... Yg ada cuma senyum segaris bila ditemukan dengan keangauan si Carl. Dan aku sukakan lakaran watak Nurul Iman. Gadis yang istimewa dengan cara sederhana.

(for me).... Cinta Pertama jika 'dilahirkan' semula mampu lebih menyentuh pembaca. Rencah yang diadun secukup rasa, kasih sayang, cinta, benci, dendam, kemaafaan, pengorbanan...etc etc

TAPI.... Cinta Pertama adalah Nokia 33sekupang, so x perlu mengharap ia akan jadi Samsung Galaxy Note. So, terimalah ia seadanya....
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews63 followers
March 7, 2017
Lama sungguh aku biarkan buku ni tidak berbaca. Bukan apa. Dulu aku pernah tengok drama yang diadaptasi dari novel ni. Masih ingat lagi pelakon utama dia seperti Lisdawati, Adi Putra dan Mahmud Ali Basha. Tapi jalan cerita memang aku tak ingat langsung. Tak ingatpun fasal ayah Iman yang beristeri dua tu. Cuma ingat yang Carl dan Iman minat menunggang kuda tu je dan juga lokasi rumah Dr. Rahmat di Taman Perling. Haha.

Sambil baca, ternampak muka Lisdawati. Sambil baca, terbayang muka Adi Putra. Hahaha. Sebab tu la aku kurang suka jika novel dijadikan drama adaptasi lebih-lebih lagi jika novel tu aku dah beli tapi aku belum baca lagi. Tapi jika aku sudah terlebih dahulu baca novelnya, memang takde la aku nak layan drama adaptasi tu kecuali jika drama tu betul-betul hidup seperti di dalam novel.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
May 18, 2015
Akhirnya Carl Zafran jatuh dalam 'pelukan' ;P

X leh nak mereview sbb kalu mereview, pasti nak bandingkan dengan naskah asal keluaran Alaf 21.

X leh nak review sbb x leh nak recall naskah yang itu. Pinjam library pulak tu.

X leh nak bagi analogi sebab semua h/p sekarang style kuis-kuis jari, x main la tekan2!

Peace
Profile Image for Khaulah Zulkifli.
94 reviews3 followers
July 21, 2020
ulang baca...pertama kali baca waktu sekolah menengah. waktu tu baru belajar baca novel.

saya suka gaya penulisan norhayati Berahim. ceritanya tidak terlalu romantik.

suka watak nurul iman dan carl zafran. tidak terlalu sempurna. masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. sebab iman kata Irfan lagi handsome dari carl zafran. watak iman juga bukan jenis yang berbaju kurung tetapi hanya bersederhana. walaupun hubungan Iman dan Carl seperti bos dan staff tapi bukan tipikal novel sekarang - Bos jatuh cinta dengan PA yang berpakaian baju kurung dari kampung.

walaupun latar belakang keluarga dua-dua watak berbeza tetapi ia tidak berlebihan dengan watak jahat dalam keluarga masing-masing. bukan cinta dua darjat.

ulang baca sebab nak tahu interpretasi cinta pertama dari penulis. juga ingin perspektif cinta pertama ketika baca sewaktu zaman sekolah menengah dan sekarang juga berbeza. Dan rasa i'm grown up girl. kalau dulu tak faham skop kerja carl dan iman, sekarang dah faham. kalau dulu terasa carl ni sangat handsome, sekarang rasa carl itu tidak terlalu kacak tapi saya suka watak carl.

1 review
March 11, 2015
Best sangat novel ni.. baca dah lama dah..nak carik balik tapi susah nak jumpa..
Profile Image for Gerobok  Yan.
61 reviews9 followers
September 30, 2022
Cinta Pertama | Norhayati Berahim

Rate -----> ⭐⭐⭐⭐⭐

Cinta itu belum lagi cinta selagi belum dilafazkan

Sinopsis :

Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.

Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?

Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?

Review :

"We gain and lose things everyday, but trust me my love. U will never lose me, I will always be with you forever and ever"

"Honey, my love remains unchanged, even if the sun rises from the west. I love u very very much!"

Ya novel ni pon manis macam gula gula jugak. Wajib la manis, kalo tak, takkan la ku repeat baca beberapa kali dah. Watak hero heroin best. Suka part Carl mengusik Iman kat kandang kuda tu. Kelembutan dan keikhlasan Nurul Iman berjaya mematahkan rasa tak percaya seorg Carl Zafran terhadap wanita. Haaa gittuw.Tu awal awal diorang nak jadi rapat la tu.

Best part depa karaoke kat rumah pak Tabib tu. Masing masing malu kena usik, at last Carl nyanyikan lagu 25 minutes too late utk Iman kononnya. Pastu sumpahan Pak Tabib mengena pulak. Carl frust bila Iman nak bertunang sampai bawa diri pegi luar negara. Masa ni masing masing dah start suka sama suka, tapi tak luahkan. Carl takut kacau daun, Iman pulak rasa Carl tak suka dia. Pastu memendam rasa jela dua orang ni.

Sampailah Miza buat hal. Thanks to Miza jugak la sebab kerana dia, Iman dgn Carl dapat meluahkan perasaan masing masing kan. Haha pastu yang part kelakar bila si Carl ni gelojoh sgt ajak Iman kawin. Dah la masa org tu tgh sedih. Adoi la. Rasa nak ketuk je kepala Carl 😆

Aku suka watak orang baik baik dalam ni. Semua macam ala baiknya. Umi ayah Iman baik walau ayah dia kawin 2. Ayah Carl pon baik, Pak Tabib pon baik. Okey pastu blh pulak ada plot twist apa kaitan iman dgn Pak Tabib. Okey masa mula baca dulu terkejut la jugak kan. Haha

Seronok baca sebab buku ni ni pun ada info jugak pasal negara luar. Pasal jenis jenis cinta, pasal pandangan penuh minat. Haha. Pasal word 'tapau' pasal 'clubnight' tu oo aku macam barulah tau 😆 Pastu pasal etika makan tu. Haaa gitulah. Best sebab penulis bagi jugak info, so bila aku rasa pun macam Oooo Oooo Oooo. At least aku dapat la tau jugak beberapa info bila baca buku ni 😆

Sekian review dari saya 🦋
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 10 books54 followers
September 27, 2023
Novel lama, karya Norhayati Berahim, terbitan Alaf21. Sedap dibaca dan banyak yang boleh ditimba rasa suka duka dan bagaimana meleraikannya.

Sebuah kisah cinta terpendam kerana menjaga maruah dirinya sebagai seorang perempuan. Dan, dia akur untuk ditunangkan dengan seseorang yang diatur oleh ibunya walau dalam hati Nurul Iman tak pernah rela.

Dalam hatinya ada bos bernama Carl Zafran yang prejudis terhadap perempuan dan perkahwinan. Beberapa kali putus tunang kerana rasa itu bertandang. Bapanya dah naik malu kerana sikap Carl Zafran yang begitu.

Bekerja bersama dan memiliki bapa angkat yang sama juga, mendekatkan mereka. Carl Zafran memanggil Dr. Rahmat sebagai Ayah Mat. Nurul Iman pula memanggil orang tua itu sebagai Pak Tabib.

Apabila bertiga, mereka bahagia. Dr. Rahmat berkali mengingatkan Carl Zafran, andai ada 'rasa', luahkan. Tetapi, anak angkat yang juga merupakan anak sahabatnya itu, menafikan. Sehinggalah ketika Nurul Iman bertunang, dia kesal. 25 minutes late.

Cerita ini juga berkisar kisah cinta ibu Nurul Iman. Tragis amat kisah cintanya dengan ayah kandung Nurul Iman.

Memang takdir itu, jika dinafikan akan sengsara hati insan. Tetapi, andai ditelan walau dengan seribu kepahitan, ia menjadi ubat yang memberi kehidupan.

Pertemuan, jodoh, perpisahan... rahsia Tuhan. Walau cinta masih menyala, andai setakat itu sahaja, terima.

Suka dengan perwatakan watak Nurul Iman dan Carl Zafran yang matang dan sentiasa ceria. Diusik tak melatah. Diduga tak patah.

Ulasan dalam bentuk video boleh ditonton di saluran YouTube NORSAMILA SAMSUDIN.

#ulasanbuku
#cintapertama
#alaf21
#karangkraf
#norhayatiberahim
#bookstagram
#booktubemy
#booktubemalaysia
#booktuber
#norsamilasamsudin
#malaysiamembaca
Profile Image for Haslina.
39 reviews
December 12, 2020
I am not sure how many times I have read this book. But I love the storyline and when I am feeling down, this book never fails to lift me up.
Profile Image for Sano Ezumi.
5 reviews
January 1, 2022
Reading this book quite a long time ago. One of the best from author. Step sister who did a “sin” with her sister fiancee. Poor iman but glad he met love of her life. Love it 😍
1 review
November 23, 2023
This is the first novel that I knew when I was 12 years old it's certainly nostalgic
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
September 9, 2013
Nurul Iman (Iman) seorang gadis yang manja, tenang dan suka ketawa. Carl Zafran pula tidak percaya pada perempuan dan cinta kerana kisah silamnya. Mereka berdua tanpa sedar telah jatuh cinta tetapi pengetahuan itu agak terlambat kerana Iman telah ditunangkan dengan Muaz. Walaupun Iman tidak ada sekelumit perasaan terhadap Muaz tapi dia reda dengan pertunangan itu kerana mahu menggembirakan hati uminya. Carl pergi jauh untuk cuba melupakan Iman. Hati mereka semakin tertekan. Muaz pula sangat mengongkong dan bersikap keras dengan Iman. Suatu hari Iman terkejut melihat Muaz keluar dari bilik adik tiri Iman, Miza. Iman melarikan diri ke rumah Dr Rahmat atau Pak Tabib. Pak Tabib memanggil Carl untuk memujuk Iman. Pada malam itu, mereka meluahkan perasaan masing-masing. Carl terasa sangat bahagia lalu ke rumah Iman untuk memberitahu umi Iman akan keadaan Iman sambil melamar Iman. Mereka mengikat tali pertunangan. Iman perlu mencari ayahnya yang sebenar untuk menjadi walinya. Akhirnya, Iman ditemukan dengan ayah kandungnya. Dia adalah Pak Tabib sendiri, orang yang rapat dengan Iman selama ini. Umi dan Pak Tabib reda akan ketentuanNya. Walaupun masih ada rasa cinta dan sayang antara mereka berdua, mereka akur bahawa jodoh mereka sudah tiada. Umi, ayah tirinya, Pak Tabib dan ayah Carl semua menumpukan kasih sayang dan perhatian mereka kepada Iman dan Carl agar mereka bahagia selalu. Banyak nasihat yang mereka beri agar kesilapan lama tidak berulang lagi. Rumahtangga Iman dan Carl penuh dengan kasih sayang dan gelak ketawa. Mereka akur bahawa semua yang telah terjadi ada hikmahnya dan perjalanan hidup mereka telah diatur dengan sempurna oleh Nya.
Profile Image for F. Hanim.
176 reviews
October 16, 2014
Mukadimah yang saya baca sekilas di belakang buku sangat menarik tetapi watak Carl Zafran yang tak percaya pada cinta tu macam sedikit kurang ummph! Saya membayangkan Carl ini seorang yang penyendiri, dingin yang super dingin, tidak gentlemen walaupun kuat pegangan agama (wujudkah?) paling kurang pun pikir dua tiga kali sebelum cakap pada perempuan. Mungkin imaginasi saya dah sampai peringkat introvert tertinggi hahah. Penulis juga mungkin nak mengenengahkan idea yang "the world doesnt just revolves around you my dear" jadi dia dragged sedikit (hampir banyak) cerita pasal keluarga watak watak utama, yang kadang-kadang ended up jadi annoying.

Dipaksa bertunang oleh ibu sendiri si pemegang PhD, arghh sakit juga hati nak baca. Macam, "seriously umi?" Tapi saya suka panggilan Ayah Mat, rasa dekat je in comparison to pakcik. Agak banyak benda sekilas pandang sedikit ironi dalam novel ni. Iman jelek apabila dipanggil sayang oleh Muaz waktu pertama kali dihubungi, tetapi rilek juga bila Carl panggil dia sayang sejurus confession dalam bilik. Mungkin hati dah suka ya. Bab-bab akhir agak mushy, cringe worthy, cheesy and draggy, tak sabar nak habiskan. Bila dah habis, saya tahu Carl Zafran dalam imaginasi saya tak kesampaian.

Imaginasi tu penting ya.

Dua setengah bintang, tambah setengah bintang sebab novel ni introduce lagu Michael Learns to Rock yang best. Haha.

- Saya tak pernah paham kenapa drama yang diadaptasi dari novel ni diberi tajuk, "Tak Tercapai Akalmu"
1 review
November 28, 2013
Novel pertama yang saya baca di bangku sekolah. Sesuai dengan tajuknya. Cinta pertama. Novel ini dibaca semasa saya darjah 6..Baca sekali lalu. Kalau melangkah muka surat tu, biasalah. Budak sekolah alah dengan buku tebal agaknya?

Ceritanya ada walaupun penceritaan mudah . Tak terlalu berat. Sesuai dengan semua lapisan masyarakat. Khusus bagi yang mula mahu mendekati dunia novel. Walaupun ringkas, namun tiada unsur kemanisan melampau dalam percintaan? Sesuatu yang susah kita nak dapat sekarang.

Zaman sekarang, kita digula-gulakan dengan babak romantik lentik-lentik daripada dibebani sebarang konflik. Nasib baik sekarang bukan zaman saya sekolah. Kalau tidak semua novel yang muka depannya comel akan saya baca. Walhal isinya Nauzubillah. Untuk yang dewasa-dewasa sahaja.Jadi faham-fahamlah.

Jadinya novel ini just nice untuk dibaca. Kisah cinderella yang mudah. Tak menyakitkan hati mahupun mendera emosi.Dijamin tiada kahwin kontrak segala. Tapi watak prince charming yang super perfect tu haruslah ada. Kira berbaloilah untuk dibaca. 'Klasik' namun moralnya terpelihara :)

Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
April 9, 2014
Nurul Iman & Carl Zafran

Carl Zafran..
Baginya, semua perempuan adalah sama!
Tidak boleh diberi muka dan dimanja, suka mengambil kesempatan dan menyakiti hati orang lelaki!
Dia benci perempuan kerana dia benci mamanya!
Terkesan kerana papanya dikhianati oleh mamanya..
Semenjak itu, dia tak pernah percaya pada cinta..
Baginya cinta tidak pernah wujud..

Namun, sejak berjumpa Nurul Iman, dia yakin dan sedar..
Nurul Iman dikaguminya dalam diam dan tidak sedar..
Nurul Iman lain dari perempuan lain..
Dia tidak pernah mintak apa-apa..
Malah kalau dimarah pun, dia tetap akan tenang..

Cinta sebenarnya masih kukuh di jiwa manusia, masih lagi luhur dan suci..


Nurul Iman..
Pertama kali dia jatuh cinta dan syukurlah cinta suci itu terus menjadi miliknya..
Dia berharap cinta itu akan terus abadi..
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,054 reviews378 followers
February 28, 2013
Cerita dia biasa-biasa ajer. Boleh lar layan time tak ada apa nak buat. It can be considered as an easy-breezy read sebab konflik pun tak ada. Kalau ada pun, tak besar and tak problematik sebab memang dah tahu ia akan belaku. It's just a matter of when. Ceritanya pun taklah romantik mana. Pendek kata, semuanya ala kadar sajalah.

23 reviews3 followers
February 6, 2015
saya panggil ini novel elit. novel pertama yang saya baca dan novel pertama yang mengajak saya membaca novel-novel lain.

garapan bahasa, plot cerita masih segar lagi dalam kepala saya. kalau x silap dah pernah didramakan.
Profile Image for Nuratiqah.
17 reviews27 followers
April 26, 2012
Buku pinjam dari jiran. Lepas baca buku ni, bukak tv, RTM dah buat Drama. tapi lagi best baca buku !
Profile Image for Azmir Ismail.
211 reviews
October 11, 2012
One of the best modern Malay love novels ever :) A bit slow , but packs a satisfying finish :)
Profile Image for Qayiem Razali.
897 reviews86 followers
December 25, 2013
Membaca novel ini (versi cetakan 2013 - NBKara) sungguh menenangkan jiwa. Kisah yang ringan saja. Sentuhan NB masih tetap berbisa!
Profile Image for Marta Dafid.
89 reviews3 followers
July 14, 2015
novel melayu pertama yang saya baca.... membuatkan saya jatuh cinta pada karya-karya novelis melayu sehingga kini..
thank you Norhayati Berahim..
Displaying 1 - 27 of 27 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.