Sejarah mencatatkan, para sahabat banyak belajar berkenaan masalah agama dan hukum fikah daripada Aisyah. Ini kerana, pengetahuannya sangat luas dalam bidang itu. Aisyah menjadi sumber yang tidak diragukan dalam bidang ilmu pengetahuan, masalah agama serta Quran dan sunah. Di samping itu, beliau diketahui sangat berhati-hati semasa mengulas sebarang masalah peribadi. Di samping mengetahui banyak rahsia peribadi Nabi Muhammad, Aisyah juga mengisahkan banyak hadis yang didengarnya daripada beliau secara langsung.
Buku ini adalah karya Sulaiman an-Nadawi, ulama terkemuka dari Universiti Nadwatul Ulama. Beliau adalah guru kepada Syeikh Abul Hasan Ali al-Hasani an-Nadawi. Keistimewaan buku ini terletak pada kajiannya berkenaan pengetahuan serta sejarah hidup Aisyah Ummul Mukminin. Aisyah adalah sumber rujukan intelektual para sahabat terkemuka.
Sejarah mencatatkan, para sahabat banyak belajar berkenaan masalah agama dan hukum fikah daripada Aisyah. Ini kerana, pengetahuannya sangat luas dalam bidang itu. Aisyah menjadi sumber yang tidak diragukan dalam bidang ilmu pengetahuan, masalah agama serta Quran dan sunah. Di samping itu, beliau diketahui sangat berhati-hati semasa mengulas sebarang masalah peribadi. Di samping mengetahui banyak rahsia peribadi Nabi Muhammad, Aisyah juga mengisahkan banyak hadis yang didengarnya daripada beliau secara langsung.
Di dalam buku ini, Sulaiman an-Nadawi mengupas kehidupan Aisyah, kedudukannya dalam bidang hadis dan fikah, pengetahuan agamanya, pandangannya dalam masalah hidup seharian, ke-istimewaan dan karakter peribadinya, serta pengetahuannya yang mendalam berkenaan hukum Islam.
Selain itu, buku ini juga mengisahkan kecerdasan Aisyah, cintanya pada sunah Nabi Muhammad, cita-citanya dalam menerapkan sunah itu ke dalam hidup orang Islam daripada segala segi, baik bersifat peribadi mahupun daripada sudut sosial.
Saya menghargai usaha penterjemah dan penerbit yang meng-hasilkan buku dalam bentuk yang menarik dan menawan ini. Saya berdoa supaya Allah menerima amal baik semua pihak yang terlibat dalam menerbitkannya. Saya berharap buku ini dapat menjadi penyumbang kepada akademik dan keagamaan yang besar nilainya di dunia dan akhirat serta menambah himpunan khazanah kesusasteraan Islam.
Pengantar Penerbit
Isi Kandungan
Pengantar
Bab 1 Sejarah Hidup Aisyah
A. Mukadimah 1. Nama, Nama Timangan dan Keturunan Aisyah 2. Detik Kelahiran Aisyah 3. Aisyah Semasa Kecil
B. Perkahwinan yang Direstui
1. Mahar Aisyah 2. Tarikh Perkahwinan Aisyah dengan Nabi Muhammad 3. Peristiwa Hijrah ke Madinah 4. Hidup Berumah Tangga Bersama Nabi Muhammad 5. Pengajaran daripada Perkahwinan Nabi Muhammad dengan Aisyah
C. Aisyah di ‘Kolej’ Kenabian 1. Belajar dan Menuntut Ilmu 2. Rahsia Nabi Muhammad Berpoligami 3. Abu Bakar dalam Mendidik Anak-anak 4. Peranan Nabi Muhammad sebagai Guru Aisyah 5. Keadaan Rumah Aisyah dan Nabi Muhammad 6. Peruntukan Makanan untuk Isteri Nabi Muhammad Selepas Perang Khaibar 7. Peruntukan Keperluan Para Isteri Nabi Muhammad Semasa Pemerintahan Umar 8. Kehidupan Rumah Tangga Pandangan Islam pada Perempuan 9. Isteri yang Paling Dicintai 10. Sebab-sebab Nabi Muhammad Cintakan Aisyah 11. Nabi Suami Tercinta 12. Aisyah Cemburukan Isteri Nabi Muhammadyang Lain 13. Nabi Muhammad Berlemah Lembut dengan Aisyah 14. Perbualan Kosong Nabi Muhammad Bersama Aisyah 15. Makan Bersama Nabi Muhammad 16. Nabi Muhammad Melakukan PerjalananBersama Aisyah 17. Nabi Muhammad Berlumba Lari dengan Aisyah 18. Sikap Aisyah yang Manja 19. Aisyah Mencemburui Khadijah 20. Mengurus Rumah Tangga 21. Taat kepada Nabi Muhammad 22. Aisyah Dididik dengan Sifat Dermawan 23. Kehidupan Aisyah dalam Agama 24. Tugas Nabi Muhammad di Rumah
D. Hubungan Aisyah dengan Isteri Nabi Muhammad yang Lain 1. Ummul Mukminim Aisyah dan Khadijah 2. Aisyah dan Saudah 3. Aisyah dan Hafshah 4. Aisyah dan Ummu Salamah 5. Aisyah dan Juwairiyah 6. Aisyah dan Zainab binti Jahsy 7. Aisyah dan Ummu Habibah 8. Aisyah dan Maimunah 9. Aisyah dan Shafiyah binti Huyai 10. Kisah antara Aisyah dan Fatimah
E. Peristiwa Fitnah dan Syariat Tayamum 1. Haditsul Khabar Angin dan Fitnah 2. Kisah Tayamum
F. Peristiwa Tahrîm, Îlâ` dan Takhyîr 1. Peristiwa Pengharaman (Tahrim) 2. Membetulkan Beberapa Kesilapan Tafsiran 3. Peristiwa Berpisah Sementara 4. Peristiwa Takhyir iaitu Memberi Kata Dua
G. Nabi Muhammad Meninggal Dunia 1. Alasan Nabi Muhammad Memilih Rumah Aisyah 2. Mimpi Aisyah
H. Kehidupan Aisyah Selepas Nabi Muhammad Meninggal Dunia 1. Zaman Pemerintahan Abu Bakar as-Siddiq 2. Abu Bakar Meninggal Dunia 3. Zaman Pemerintahan Uma...
Buku yang mengisahkan kisah hidup Aisyah RA istri Rasullah SAW ini cukup apik dan cermat dalam penulisannya. Runtut, setiap kisah diberi sub bab, sehingga tak seperti membaca novel yang penuh dengan paragfaf. Selain itu hurufnya dibuat besar, sesuai denganbody buku yang tebal dan hard cover yang cukup membuat berat saat dibawa. Komentarku adalah PUAS! subhanallah.. aku yang memang belum pernah membaca kisah istri Rasulullah SAW ini sebelumnya merasa menemukan pelajaran penting. Walaupun jujur, aku membaca abuku ini karena tuntutan tugas. Blok KPK memaksaku membaca biografi tokoh muslim, dan alhamdulillah aku sudah punya buku ini, walau sudah tergeletak tak berdaya sejak zaman baheula.. :D tapi, berkat dorongan dari kampus dan atas nama tugas akhirnya aku baca juga. memang sih, tak kubaca secara full, aku hanya mencuplik bagian-bagian yang akan kubuat resume saja, namun tetap saja, buku ini memberikan hikmah luar biasa bagiku. Aisyah RA adalah istri tercinta Nabi SAW, ia dinikahi ketika masih berumur 6 tahun, dan ia satu-satunya yang masih gadis. Dalam buku ini dimuat hadits-hadits yang menguatkan setiap kisahnya, atau paling tidak penggalan penuturan sang Ummul Mukminin sendiri. Bagaiman kisah ketika Aisyah difitnah dalam sub bab Haditsul Ifki, tertulis dengan jelas dan gamblang. Yang paling mengena adalah sifat luhur Aisyah, dalam buku itu dikisahkan tentang keistimewaan2nya dibandingkan istri Nabi yang lain. Aisyah yang memang dikaruniai keluhuran akhlah oleh Allah SWT menjalani perannya sebagai istri yang taat, bahkan selepas kematian Nabi SAW, ia menjadi rujukan bagi kaum muslimin tentang hal-hal yang belum mereka pahami. Aisyah tak sedikit mengeluarkan fatwa tentang sesuatu hal. Ialah sang pembela kaum perempuan. Ia memiliki sifat zuhud dan wara', inilah yang membuatku kagum. Ia tak pernah mengeluh meski hidup dalam kemiskinan bersama Rasulullah. Tak ada gunjingan yang muncul dari mulutnya. Ia meriwayatkan 2210 hadits, jumlah yang tak sedikit jika dibandingkan dengan perawi hadits lain yang notabene laki-laki semua. Hal ini disebabkan karena ia tinggal serumah dengan Rasulullah, sehingga ia bisa dengan leluasa belajar banyak hal dari beliau. Sungguh, Aisyah adalah teladan yang luar biasa bagi kaum wanita. Sudah selayaknya kita menjadikannya Qudwah, suri tauladan dalam hidup kita. Daripada artis-artis zaman sekarang yang digandrungi remaja putri, Aisyah lebih dari segalanya.. Selamat meneladani Aisyah..
💌 Sempena Hari Wanita yang jatuh pada bulan ini. Saya memilih untuk membaca buku yang bertemakan kewanitaan & sekaligus mengangkat nama wanita di satu tahap yang lain. Tidak salah lagi pemilihan saya kerana sememangnya. Setelah habis baca pada muka surat terakhir. Saya tersenyum lega.
Buku ini mempunyai 5 topik besar iaitu:- • Sejarah Hidup Aisyah •Karakter & Keistimewaan Aisyah • Biografi Intelektual Aisyah • Mendidik, Memberi Fatwa dan Membimbing Orang Islam • Jasa Aisyah kepada Kaum Perempuan Dan setiap tajuk besar mempunyai sub topik yang lain.
Siapa yang tidak tahu mengenai isteri Nabi Muhammad SAW, Aisyah RA. Satu nama besar dalam sejarah Islam. Aisyah RA digelar sebagai As Siddiq yang membawa maksud bercakap benar. Nabi Muhammad gemar memanggilnya dengan gelaran Bintus Siddiq iaitu anak gadis lelaki (Abu Bakar As-Siddiq) yang berkata benar.
Seorang wanita yang berjaya dari segala sudut, tertib adabnya & cerdas pemikirannya. Dari kecil lagi sudah jelas segalanya. Membuatkan Aisyah RA jauh berbeza dari yang lain seusia dengannya.
Puas hati baca buku ini kerana cukup lengkap serba serbi tentang cerita sejarah hidup Aisyah RA dan hal-hal yang berkaitan dengan beliau. Secara tidak lansung dapat memberikan kita banyak inspirasi dan memotivasikan diri. Masa dalam pembacaan. Saya asyik keluarkan perkataan Wow. Wow hebatnya. Wow hebatnya. Wah. Wow. Rasanya banyak kali. Haha. Rasa teruja sangat dan amazed. Justeru itu, masih tidak terlambat untuk kalian dapatkan dari @bukupts . Worth every penny.
Membaca buku ini ibarat air yang mengalir tenang. Penulis berjaya mengangkat taraf Aisyah, isteri Nabi Muhammad s.a.w. Ummul Mukminin, sehingga menjadi salah seorang wanita yang dikagumi sepanjang zaman. Dibandingkan dengan buku Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi, saya menganggap buku Aisyah ini lebih menarik. Mungkin kerana Aisyah adalah salah seorang perawi hadis yang terkenal, beruntung menjadi suri hidup Rasulullah s.a.w. Buku ini menceritakan perjalanan hidup Aisyah, dan ciri-ciri intelektual yang berada dalam diri Aisyah. Juga diterangkan tentang hadis yang diriwayatkan Aisyah serta dalil-dalilnya. Banyak membuka persepsi agar memandang dari sudut lain
Seorang istri Rasulluah SAW yang patut diteladani, seorang wanita yang patuh, cerdas, punya idea cemerlang dalam setiap hal kebaikan, selalu no 1 dalam mengedepankan hal kebenaran, walau cobaan senantiasa mengiringi namun tak gentar untuk menghadapi dan meluruskannya sampai tercipta solusi. Bersama sahabat sahabat dan Istri istri Rasullulah SAW lainnya beliau menegakkan agama Allah dan pembawa hadist hadist yang bersumber dari Baginda Rasullulah SAW yang sangat berperan dalam menyempurnakan makna Agama Islam secara luas.
Buku yang sangat padat dengan ilmu dan maklumat, penulis menghuraikan segala tajuk dengan sangat jelas dan mendalam berkenaan Saidatina Aisyah yang merangkumi segala aspek kehidupan beliau sama ada sebagai isteri, pemimpin dan anak.
Buku ini menunjukkan bahawa wanita juga boleh menjadi pemimpin dan masih mampu taat pada waktu yang sama. Ia memberi kesedaran bahawa martabat wanita telah lama dijulang tinggi dan terpasak kukuh sejak zaman Rasulullah SAW. Wanita diberi kedudukan dan kehormatan yang selayaknya.
Melalui buku ini, saya juga dapat melihat betapa Rasulullah sangat melindungi wanita dan bagaimana lembutnya baginda terhadap Aisyah mahupun isteri-isteri yang lain. Melalui buku ini juga, rasa kagum saya terhadap Saidatina Aisyah semakin mendalam. Dapat dilihat bagaimana jauhnya pengorbanan dan banyaknya jasa wanita hebat ini.
Pendapat saya, ini adalah buku terbaik yang saya baca berkenaan Saidatina Aisyah.
aisyah the true beauty.. really true.. pinter, berwawasan luas, yang paling mengenal Rasul luar dalem. wuiiih.. aku ngebayangin kalo aku hidup di jaman itu buanyaaaak banget pertanyaan yang maw aku ajuin ke beliau ini.. baca deh buku ini, ini buku penuh sama ilmu2 yang kadang kita belum taw dan kita butuhkan..
Buku ini terbahagi kepada 5 bab: 1. Sejarah Hidup Aisyah 2. Karakter dan keistimewaan Aisyah 3. Biografi Intelektual Aisyah 4. Mendidik,memberi fatwa dan membimbing orang Islam 5. Jasa Aisyah kepada kaum perempuan
Buku ini tidak memperincikan kehidupan/biografi Aisyah secara lengkap tapi lebih kepada gabungan hadis tentang dirinya. Ia bukanlah kisah Aisyah semata-mata namun turut diselitkan kisah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. Penulis turut menghuraikan keistimewaan dan jasa Aisyah kepada umat Islam. Antara keistimewaannya ialah beliau menguasai banyak cabang ilmu dan memiliki daya ingatan yang kuat. Hal itu membuatkan beliau menjadi rujukan ramai orang pada masa itu baik wanita atau lelaki, yang muda atau tua. Antara jasanya ialah beliau banyak membetulkan pandangan yang salah terhadap hadis. Misalnya, Abu Said al Khudri berkata,"Saya mendengar Nabi Muhammad berkata, "Manusia akan dibangkitkan dari kuburnya dengan mengenakan pakaian yang beliau pakai semasa meninggal dunia" Aisyah berkata, "Sebenarnya maksud Nabi Muhammad sebagai 'pakaian' dalam hadis itu adalah amal perbuatan manusia" Selain itu beliau juga mengajarkan ilmu kepada ramai orang hingga melahirkan para ulama. Pendapat Aisyah lebih kuat dan sesuai dengan hadis sahih. Ia juga hampir kepada hukum syariat dan dapat diterima akal. Aisyah ialah sumber terpenting dan utama untuk setiap peristiwa yang berlaku. Daripada buku ini baru saya tahu Mazhab Maliki banyak mengambil pendapat Aisyah. Saya tahu tentang buku ini melalui Ustazah Fatimah Syarha. Terima kasih ustazah syorkan buku ni❤
2 bintang.. bkn sbb kisah Aisyah yg tdk menarik tp susunan cerita yg berterabur, penggunaaan bahasa yg tunggang langgang, kata ganti nama yg tdk bersesuaian & tiada rujukan/nas bagi setiap cerita mencacat cela kn buku ini. Sy terpksa berhenti pd tgh2 pembacaan kerana minda & akal tdk mampu menerima lg. Kecewa dgn cara penerbitan buku ini.
Terus-terang, banyak perkara tentang Aisyah yang baru saya ketahui selama mengenali tokoh agung ini terutamanya kehidupan dan pengaruh Aisyah selepas kewafatan Rasulullah SAW dan juga selepas pemerintahan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Beliau merupakan salah seorang sumber rujukan hadis kerana keilmuan beliau serta kelebihannya yang pernah mendampingi Rasulullah semasa hayat baginda.
Saidatina Aisyah wanita yang ulung di dalam sejarah Islam,beliau adalah antara isteri kesayangan Rasulullah,dan dari beliau lahir ramai ulama' dan hadis2 yang menjadi pegangan umat islam sehingga kini.Ada juga ayat al quran yang diturunkan berkisar kisah beliau difitnah dan ketika Rasulullah bersama beliau.Barakallahufiha
It's a great book. As a woman, i really idolize woman who takes a crucial part in the world, automatically they changed people's perspective either. In the forefront, they make our society understand and be open minded-- if woman also can give a massive improvement to avoid degradation of morality.
Aisyah...Ummul Mukminin. Mother to all the Mukminin. I never really knew Prophet Muhammad's (pbuh) youngest wife Aisyah except being married to him at a very young age. After reading this book, I felt like I know her very deeply and with her very wide knowledge regarding the 'hukum' and hadiths, I learnt what we should do or should not do as Aisyah is the closest to Muhammad whom she can asks any questions and understands them clearly before spreading the knowledge to all the muslims. And also... I know more about the Prophet from Aisyah especially regarding his life during marriage and how his wives were treated by him. Peace be upon him.
Regarding on how the book was written, there are few repetitive words but maybe it was written like that so people would remember.
Buku yang cukup lengkap memaparkan segala sesuatu ttg Aisyah. Dari sifatnya, sejarah hidupnya, keutamaan-keutamaannya. Bagian yg paling saya suka adalah ttg kecerdasan dan keluasan ilmu Aisyah yg menjadi sumber fatwa bagi kaum muslimin terutama wanita. Melalui Aisyah berbagai masalah perempuan dapat terjawab baik ttg fiqh dll. Gimana ngga, Aisyah itu org terdekat dgn Rasulullah. Beliau bahkan merupakan satu-satunya periwayat hadits wanita diurutan keempat terbanyak dlm sejarah. Aisyah bukan cuma bnyk meriwayatkan hadits, tp jg pandai memberikan fatwa. karna ga semua periwayat hadits paham dgn hadits yg diriwayatkannya shingga ga smua bisa dimintai fatwa.
Buku yang bagus, terjemahan yang rata-ratanya bagus. Namun, terdapat beberapa kata yang mengelirukan.
Sebagai contoh, pada muka surat 231, perenggan terakhir:
“Syariat islam tidak mengharuskan* wanita itu berhijab semasa melawat pusara lelaki...”
Seperti ada kesalahan pada pemilihan perkataan mengharuskan di situ.
Dan ada juga penggunaan ganti nama yang mengelirukan. Sebagai contoh, di dalam perenggan yang sama digunakan “beliau” beberapa kali namun untuk menunjukkan kepada individu yang berbeza tanpa ada isyarat.
Agak sayang, kerana buku yang saya baca adalah cetakan ke-11, yang sepatutnya kesalahan-kesalahan begitu telah dikemas kini.
Sirah Sayyidah Aisyah r.a Ummul Mukminin. Kita tidak akan menemukan seorang lelaki atau perempuan dalam sejarah umat manusia yg menyamai kedudukan dan kecerdasan Ummul Mukminin yg satu ini.Ilmu Aisyah yg luas bak lautan sejauh mata memandang. Seseorang yg mempelajari fiqih,hadis,tafsir,ilmu syariat,sastra,syair,ilmu genetika,kedokteran,dan sejarah..serta kemampuan intelektualnya dalam semua bidang ilmu.. subhannallah...
Aisyah ummul mu'minin, ibunya para mukmin. Tak diragukan lagi bahwa Aisyah adalah tempat kerinduan kita para umat Islam. Aisyah adalah wanita yang memiliki kedudukan istimewa dari kalangan wanita sendiri, dialah sosok pemimpin dan sekaligus pembimbing. Kecerdasan luar biasa yang dimiliki seorang wanita untuk berjuang di jalan-Nya :) Tak heran bila Rasul amat mencitainya, dalam kemanjaan, kesetiaan, dan kepatuhan yang Aisyah punya :)
mengisahkan a'isyah, sejak kelahirannaya, a'isyah di institusi kenabian sehinggalah kehidupan a'isyah selepas kewafatan nabi SAW. sarat dengan nas yang menyokong kenyataan di dalam buku ini. malah, terdapat juga misconception yang di hurai secara ilmiah. mesti di miliki setiap wanita dalam menjadi muslimah idola ummah, pencorak umat Muhammad seterusnya.
Buku yang sangat menginspirasi, bukan hanya bagi kaum hawa. Dalam buku ini dikisahkan bagaimana besarnya peranan seorang istri bagi suaminya. Begitu banyak potongan perjalanan hidup rumah tangga Rasulullah di sini, tentang kesabaran dan kesetiaan dalam membina rumah tangga. Buku yang sangat dianjurkan!!
Aisyah lebih menyentuhku, sosok wanita mulia yang penuh dengan sisi 'kemanusiaan" punya egoisme, rasa sombong diri, cemburu dan kasih sayang yang tak terhingga kepada ALLAH serta pengabdian tak terhingga kepada suami
I bought this book last year .. it is a great book .. a good motivation to all muslimah for being such person.. in faith , smart , and do everything because of Allah.. a detailed sirah of Aisyah ...
Bintang 3 bukan berarti kisah Aisyah kurang menarik, tapi mungkin karena kisah-kisah tentang Aisyah sudah bertabur dan menurut saya buku ini kurang banyak menampilkan hal-hal "baru"
Kecerdasan, Ketegaran, keteguhan dan cinta kasih yang tulus mungkin hadir di hati seorang wanita, sosok aisyah menjadi sebuah cerminan baik untuk para istri. Mampukah saya menjadi sosok aisyah...???
Buku berisi perjalanan hidup Aisyah, istri Rasulullah SAW. Bisa menjadi contoh dan panutan bagi para perempuan muslim untuk berperilaku dan berakhlak seperti beliau.