Mereka 'terpaksa' kenal waktu menyiapkan kerja kursus berkumpulan. Azril tak pernah faham kenapa Dhiya membencinya habis-habisan. Padahal alasan kenapa Azril dimusuhi sudah jelas, kan? Menurut Dhiya, Azril tu: Tipikal groupmate: tak datang untuk diskusi, ambil bena tak bena hal assignment, almaklumlah EOP sekadar kertas elektif untuk bakal arkitek itu! Sedangkan Azril juga ada alasan sendiri, untuk semua sikapnya selama ini. Cuma Dhiya yang menyinga tak bertempat. Lepas graduate, masing-masing bawa diri. Namun takdir telah menemukan lagi mereka, kali ini dalam suasana yang tak sama. Seperti biasa Azril masih lagi 'masalah' kepada Dhiya. Lalu apa langkah seterusnya, Dhiya?
Tentang... Dhiya, kisah tentang Dhiya Nurlisa, si yatim piatu yang menumpang kasih pada keluarga Ayah Ngah ~abang arwah ayahnya. Hidup sebagai anak tunggal sesungguhnya menjadikan Lisa anak manja. Namun segala-galanya berubah sekelip mata pabila kedua orang tuanya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawa mereka dan Lisa sendiri terlantar di katil hospital hampir dua bulan lamanya.
Trauma masa lalu ~kehilangan orang tersayang~ menjadikan Lisa seorang yang sukar ditelah. Lisa yang melatih dirinya cara untuk melindungi diri... "biar dia tak kena marah... biar dia tak rasa bersalah dan dipersalahkan... biar dia tak rasa sakit... biar dia tak rasa sedih". Si Lisa yang gemar memendam perasaan, Lisa yang cuba membetulkan keadaan tanpa sesiapa pun sedar tentangnya dan itulah Lisa yang 'so unpredictable'.
'Perkenalan'nya dengan Azril Mustaufi di kala hatinya 'sakit' dek perbuatan Ahmad Faiz - lelaki yang selama ini dia percaya akan bersama dengannya. Namun sebaliknya, pada lelaki itu, Lisa hanyalah satu masalah, satu beban padanya. Sudahnya Azril dijadikan 'punching bag' tempat untuk melepaskan beban yang bersarang dihati.
Apatah lagi perkenalan pertama antara mereka dalam situasi yang dianggap "at the wrong time, at the wrong place" menjadikan hubungan mereka umpama Israel - Palestin. Tambahan pula first Impression Lisa, Azril adalah seorang lelaki yang menyakitkan hati, seorang lelaki yang menjengkelkan, seorang lelaki yang menyusahkan bahkan semuanya yang negatif sahaja pada pandangan mata Lisa. Sedangkan Azril ada sebab-musababnya yang tersendiri.
Segalanya usai, tatkala berakhirnya semester terakhir mereka di UTM. Berakhir tanpa noktah, berakhir dengan tragedi. Lisa menyambung master di Swiss dan Azril mendapat kerja di JB.
3 tahun berlalu... Lisa kembali. Kembali sebagai Dhiya Nurlisa yang baru. Tapi bagaimana mereka ~Lisa & Azril~ bertemu?? Siapa Ezwan yang sanggup menunggu 3 tahun demi seorang Lisa??
* * *
Jika ditanya apa yang saya suka tentang TD ini mudah saja jawapan saya. Saya suka pada plotnya yang simple. Saya suka dengan cara syud menggarap cerita, melakar setiap watak menjadikan 'mereka' seakan 'hidup' dan wujud di alam nyata. Bahkan terasa sayang nak 'tinggalkan' mereka diakhir cerita.
Saya suka dengan gelagat Lisa yang kadang-kala blurr (adakah macam penulisnya?? hehehe), namun tetap jua terselit perasaan halus seorang wanita. Saya jatuh cinta dengan Azril yang sungguh... nakal? gila-gila? but yet can be so romantic? hehehe. Tapi apa yang pasti, pada saya Azril seorang yang amat bertanggungjawab & bertimbangrasa.
Pada saya cerita ini, ada sisi yang mampu membuatkan hati lembut saya tersentuh. So touching... walaupun ceritanya, cerita biasa-biasa sahaja, tapi di tangan Syud 'cara lisa'... 'cara azril'... even 'cara Ezwan' akan buat kita jatuh cinta+sayang pada mereka. Ops! kecuali Ezwan, saya rasa menyampah!!
Tentang... Dhiya bagi saya, punya keistimewaannya yang tersendiri. Bacalah dan nilaikanlah sendiri. Mungkin saya salah?! Kerana selera masing-masingkan tak sama. Tapi bagi saya, TD mampu buatkan saya senyum meleret. Terasa mereka benar-benar dekat dihati saya.
Pernah tak once u settle baca tu you feel that…. Yes this is the "one" or maybe the "one" among the "one" yang lain… hahahahha. Or maybe pernah tak dengar , let the book do the talk, something like that la.
Bahasa cantik dan simple and I can say as semi contemporary. Not too mellow and not too rockie and trendy. And while reading this its remind me to another author yang mcm almost similar tapi with different tempo. And I'm guessing that writer maybe ter"inspired" with this author.
Nice plots seiring dengan pergerakan cerita. Flashback yang tak makan saman and shows ur originality there. Perfecto coup and not really full of surprises but still ter"surprise" jgk with few things even the ending macam predictable but nice and sweet (not sweet gula lorry terbalik but sweet with sytle).
Such a tragedy coz while reading this my coffee tumpah and hit the book badly jenuh nak keringkan. But it worth. Good book with good coffee kan mmg perfecto like Lisa and Azril.
Sebagai naskah stand-alone; 3 bintang. Untuk naskah trilogi; 4 bintang.
(for me)... dilihat TENTANG...DHIYA sebagai naskah pertama penulis muda, ITS ALMOST PERFECT. Biarpun ini kisah remaja dan tentunya target audience-nya juga pastilah remaja dan juga old-school yang berjiwa muda (ehem..ehem).
Bahasanya; segar Plotnya; ringkas Penceritaan; mudah Tumpuan watak utama; terjaga
Dengan erti kata lain;
Dari segi teknikal, ini CONTOH naskah pertama yang berjaya. Benchmark-kan ia.
Dari segi 'rasa' yang ditinggalkan usai pembacaan; no komen kerana kebelakangan ini aku seolah-olah kebal jiwa :(
DAN... ntah mengapa aku TETAP menganggap penulisnya seorang LELAKI. Harus kerana betapa superbnya dia menyelami dunia watak ciptaannya yang majoritinya LELAKI :)
Kenapa cerita ni sangat perfect...? Kenapa watak-watak dalam dalam cerita ni sangat realistik...? Kenapa cerita ni mesti ada kesudahan...?
Novel ni membuat N speechless sebab N sangat absorbed in the story. Everything makes sense. Takda satu perkataan pun yang unnecessary. Setiap bait-bait kata bersulam menjadi satu kisah yang indah.
Apa keistimewaan cerita ni sebenarnya? Susah nak pin-point tapi if there's ever such a thing as perfection, Tentang...Dhiya comes very, very close to it.
same old same old, the feeling still remains the same. JS version or dari keluaran khas Manes Wordworks dah kalau namanya penulis itu Syud i am still head over heels. Ada Pacai, Jiji, Aidil rasa macam lepas rindu bila ada watak ni muncul even ada je semua novel dorang cuma malas nak reread kalau tak lagi panjang cerita dia 😆
P/s - kenapa banyak sangat penggunaan koma sebab buat rasa terganggu nak baca & terpaksa pejam mata jee pura-pura tak nampak.
------------------------------------------------------ reread @ 15 january 2021: dah habis baca tetiba terus rindu balik kat tau fu fa seketul ni. parah betul.
------------------------------------------------------- Reread @ august 2017
i dont think i can ever let go the entire syud's crew (read: characters sebab all her characters link to one another so dorang ni macam crew lol)
Mula-mula masa baca rasa boring tapi lama-lama jadi nak habiskan terus. 😆
Aku suka character growth dalam ni. Azril from baran to sabar. Lisa from moody and blurry to aware of her surrounding. Suka dengan semua watak dalam ni 🥰 Realistic betul tau.
Dah hafal plot, dah tahu apa jadi tapi tetaplah emosi waktu baca.
Azril yang kuat menyakat. Dhiya yang cepat je melatah kalau jumpa Azril.
Tapi diorang ada perasamaan. Dua2 hilang seseorang dalam hidup diorang. Dua2 belajar move on. Dua2 belajar menerima hakikat. Sorang belajar buka hati yang bahawasanya tak semua lelaki jahat Sorang lagi belajar terima hakikat yang dia memang dah jatuh cinta dekat orang tu
Thank you kak Syud, untuk tambahan scene2 manis dalam versi ni (walaupun saya nak lagi 😆)
Topek kawin jugak akhirnya hahaha Suka cerita kak Syud sebab semua watak2 dalam buku dia ada dalam satu universe yang sama. Jumpa Pacai, Adil, Jiji, Umar.
Fuhh...stay up malam semalam. Hari ini dh start monday blues. Nemind, with Tau Fu Fa and Lisa monday feels like rainbow day. ~~~
Membaca karya Syud adalah seperti sy duduk dlm kotak kaca dan menikmati pergerakan watak-wataknya. Ada mutual feeling gitu...
Kelebihan Syud adalah dia boleh buat banyak dialog yang nampak seperti benar walaupun sebenarnya rekaan dan bawa pembaca masuk dalam perbualan itu sekali.
Cerita yang 'kita-kita' rasa dan pernah alami/ pernah berlaku di sekeliling. Cerita biasa yang rasa manis dengan cara yang mudah difahami. Tiada konflik berlebihan.
Heroinnya mesti ada ciri2 'otak kosong' dan funny dalam masa sama.Plain but awesome.
Cuma rasa tak setuju dengan pengakhiran yang tragedi pada Ezwan. Saya rasa semua watak dalam ni, real people so, apabila Ezwan begitu akhirnya...feel quite a drama.
Baca novel ni, duduk dan tenggelam dalam sofa kekabu yang empuk. Sangat mengasyikkan. :))
So far, I love all her works. Keep up! Waiting for you next piece.
If Goodreads provides 10 stars, then I’d rate this book 10 stars. If they provide 100 stars, then I’d rate it 100 stars. This is proof of how good this book is and how much I looove it 🥹🫶🏻 I can’t believe I’ve already finished it. Nak baca lagii 😭
Straight away, it enters my all-time favorite book charts 🤍
Lisa kenapa kau boleh jadi blur sangat ni. Rasa kesian dekat Azril, masa dia call Lisa tgh2 malam, then Lisa boleh pulak tersasul sebut nama lelaki lain. Banyak lagi la benda-benda lain yang buat saya geram dengan Lisa. Antaranya, dia suka pendam. Suka marah-marah, hanya pada Azril. Lisa ni suka duduk dalam dunia dia sendiri. Tak ambil peduli tentang apa yang jadi di sekeliling.
Tapi selepas tiga tahun mereka berjumpa semula. Tak jauh pun sebenarnya, mama Azril tu bekas cikgu Lisa masa kat sekolah dulu. Manakala, Abang Ngah aka Aliff tu pulak berkawan dengan Azril. Masing-masing dah semakin matang. Hubungan Lisa dengan Azril masa study dulu tak berakhir dengan baik.
Masing-masing ada kisah tersendiri. Lisa, si yatim piatu yang tinggal dengan keluarga Ayah Ngah setelah kehilangan ibu bapanya yang terlibat dlm kemalangan. Sebab tu Lisa 'macam tu'. Manakala Azril juga kehilangan Syifa akibat kanser.
Happy ending. Cumanya nak sedar perasaan sayang tu lambat. Nak bertindak pun lambat. Nasib baik Azril berani nak luahkan rasa. Tu pun Lisa buat tak faham atau tak nak faham.
Overall kisahnya buat saya ulang baca setiap tahun. Dah lebih dari 10 tahun ye kisah ni masih menjadi kegemaran saya.
Saya teringatkan Taufik dalam novel ni. Sebab dia happy je dalam ni. Apa jadi pada Taufik ye, aduh nak kena cari balik Alviso.
Kebetulan? Kebetulan itu sebenarnya ialah takdir. Sudah tersurat yang hidup ini akan terjadi sepertimana yang tertulis pada takdir masing-masing.
Niat asal saya memilih untuk membaca novel ini bukanlah kerana tajuk ataupun penulis kerana saya naif mengenai kedua-duanya, pilihan dibuat adalah kerana saya terlihat logo Manes publication di bahagian atas sisi buku ini. Sebelum ini banyak kali saya melihat beberapa orang Bookstagram lain menulis review tentang novel yang dikeluarkan oleh Manes, jadi pada pandangan saya waktu itu, let's give it a shot, kita lihat apa hasilnya later.
Pada awalnya, saya tak ada rasa apa-apa yang istimewa sebab masih memikirkan bahawa mesti jalan ceritanya akan cliche seperti novel-novel cinta yang lain. Tapi saya teruskan bacaan kerana saya mula menyukai watak Dhiya Nurlisa ini, tapi belum lagi jatuh cinta pada watak Azril Mustaufi aka Tau Fu Fa.
Sepanjang bacaan, ada juga perasaan risau kalau-kalau pengakhirannya bukanlah antara mereka berdua apabila watak wanita dan lelaki sampingan mula muncul dalam cerita ini. Kejam rasanya bila mengatakan bahawa saya okay bila watak Shifa meninggal dunia cumanya pemergiannya sedikit menyentuh hati saya, dan seterusnya apabila watak Ezwan meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya, saya rasa bahagia kerana bagi saya tiada lagi pengacau antara mereka berdua sebab saya rasa geram sangat dengan Ezwan ni semasa dia mengganggu Lisa dan Azril makan di foodcourt Stulang.
Perasaan lega ni timbul setelah kehilangan dua watak sampingan ni sebab perwatakan Lisa ni seperti seorang yang sukar untuk difahami. Lisa yang seolah-olah masih lagi terlalu banyak angan-angan hinggakan dia sendiri keliru yang mana satu yang realistik atau mungkin dia tersalah pilih angan membuatkan akhirnya perkara itu memakan dirinya. Mungkin sebab dia selalu membohongi hati, memberi diri harapan yang tak patut wujud. Membohongi tentang sesuatu yang dia tidak pernah gapai walau sekuat mana dia cuba. Dia seperti tidak sanggup untuk melukai hati lelaki lain walaupun bagi saya kehadiran Faiz yang ibarat timbul dan tenggelam dalam hidup Lisa dan juga Ezwan ni pula seperti tidak faham bahasa bahawa Lisa telah tidak menyukainya.
Bibit tersenyum sorang-sorang ketika membaca novel ini bermula semasa babak di rumah Hajjah Afifah.
Overall, When love has struck the chord, no one can refuse to dance.
Aku lebih suka nama Lisa, lagi suka bila ada si mamat tangan kidal yang nakal memanggilnya 'dear'. Sweet!
Full review: 18/08/2014
Nak lari dari lambakan novel cinta air mata? Cari ini. Ini. Ini. Ini. Hahaha... Tetiba teringat iklan kakaotalk Yuna *wink*
Lama sungguh nak ‘berjodoh’ dengan naskhah pertama Syud ;)) Jadi, apa kesimpulannya? Simple. Manis.
Ya, ini cerita yang mudah untuk dihadam. Tiada air-mata-bergelen-gelen yang akan tumpah. Cuma rasa sakit hati dan annoying tu ada juga la *wink*
Klise? Ya. Tapi gaya penulis buat aku hanyut semedang. Ringkas dan kena pula dengan setting cerita di zaman universiti. Aduh! Penulis bagai bawa aku mengimbau kenangan pula rasanya. Tapi, di awalnya cerita ni agak lambat panas. Scene awal-awal yang buat aku rasa nak flip laju-laju hahaha.
Dhiya Nurlisa. Si blur yang comel. Aku suka wataknya yang membina tembok tinggi-tinggi dalam hatinya. Mujur dia cepat sedar siapa yang ada dalam hatinya. Walaupun makan bertahun-tahun untuk bersua, orang kata, kalau dah jodoh... jauh mana pergi pun, akhirnya bertemu jua.
Azril Mustaufi. Penulis tak menjanjikan hero kacak yang hebat serba-serbi. Sebaliknya watak si tau fu fa yang tak sempurna ni dibina perlahan-lahan mengikut masa. Azril yang nakal, yang degil, yang kemudiannya belajar menjadi dewasa dan matang. Ehem! Dah besar-besar makin pandai pula nak mengurat hahaha
Jadi antara Lisa vs Azril. Tak susah untuk aku nak pilih side mana hahaha.
Ps: Rindu pula dengan Pacai. Ehem! Betulkan radar che Rina, jeling sikit buku melambak dalam gobok hahaha.
Omg,shshshhshs novel ni best giler✊🏻 Memang tak menyesal beli.Dan saya rasa novel ni memang realistic giler which kita boleh rasa aa begini la perjalanan penyatuan dua hati.Kenal-kenal dulu lama-lama sjsjsjsjs bercambah lah rasa tu. Lepastu,saya setuju bila ramai kata the main character since paling ketara sekali,nampak la character development dia. I love dooh dgn Azril,dia tak main-main bila dia dah suka seseorang tu,memang tak pernah terdetik lah dlm hati dia nak main-mainkan hati anak dara orang.I can say that he is very responsible man,husband material sangat🧚🏻♀️🫶🏻 Dan untuk Dhiya Nurlisa,dia banyak beri kesedaran pada saya untuk yeah tak mudah judge orang tu kalau kita belum betul-betul kenal lagi orang itu.Because who know maybe we thought that someone is our enemy but it can turn out to be our other half.Saya perasan Lisa yang versi dah matang ni ,slow" belajar memaafkan orang-orang sekelilingnya.Perasaan memaafkan orang itu dpt buatkan kita tenang bukan. So,sesiapa yang rasa macam berminat nk dptkan novel ni,jgn ragu sila dptkan segera.
Pembacaan versi Manes ni ambil masa 2 hari sebab saya memang suka cara penulisan kak syud. Dulu pernahlah bercita-cita nak sambung belajar kat UTM ni tapi tak kesampaian. Rezeki jadi alumni UiTM #UiTMdiHatiku
i was actually busy the week i started reading this book. tapi bila mula baca i was hooked and cuba jugak cari masa whenever free walaupun tired hehehe
that's how interesting the story is. dia macam smooth like butter, effortlessly best!!
utk watak, maybe nampak banyak watak. tapi semua watak compliment tiap scene tu just nice je.
utk plot cerita, sgt smooth and ada part yg suspend jugak. yg buat kita rasa nak tahu more tapi tk mencemaskan.
Habis je baca, rasa puas. Memang best, cukup rasa, semua cukup. Saya sukaaa. Buku ni ada 2 part, part 1 cerita zaman uni, part 2 cerita zaman dah kerja. The thing is, dorang tak bercinta zaman uni. Tu yg sangat menepati cita rasa saya hehe. Maybe sbb kita ni takleh go bercinta zaman study, ada rasa geli geliman sikit hahaha. Dari zaman uni dgn kerja, bagi saya, cerita dia sangat simple dan comel. Manis tu tak terlalu banyak, tapi bermakna tau! Sukeeee gileeerr. Last, tolonglah beli sebab memang best dooh.
Sebuah kisah tentang keluarga, persahabatan dan... cinta yang terkhilaf dengan perkara suka duka antara kedua-dua watak utama, Dhiya Nurlisa dan Azril Mustaufi.
Kita akan didatangi dengan pelbagai ujian. Pemilikan dan kehilangan. Ada perkara yang kadangkala membenih di hati, tanpa kita sedar. Bertahun benih itu hidup sehingga putik memekar tetap tak perasan. Sebaliknya, orang-orang yang rapat dan mengenali kita, yang terlebih dahulu mengesannya.
Pelik, tetapi itu yang berlaku kepada watak Dhiya Nurlisa dan Azril.
Kemalangan yang meragut nyawa ibu dan ayah, menjadikan Lisa trauma terhadap banyak perkara. Selalu berhati-hati dalam tindakan dan kata-kata. Tetapi, kalut jiwa sering membuatkan dia sering tersilap bertindak. Lalu, hatinya tersiksa dengan rasa bersalah tak sudah. Ada sahaja perkara yang dikesalkan dalam tindakan-tindakannya. Ketidaksengajaan yang membuatkan jiwanya terdera.
Membenci, tapi pada yang sama rasa berdosa. Menghindari, tapi tak pernah lupa.
Meminta maaf itu seringkali menjadi perkara yang sukar. Apatah lagi ketika ia dilakukan dalam diam, dengan harapan agar dikesan, tapi rupa-rupanya tak kesampaian. Hidup jadi tak tenang.
Keluarga dan kawan-kawan jadi penunjuk jalan setiap kali hati dan fikiran tersesat haluan.
Azril, cerianya menutupi luka. Tenangnya menyimpan dendam pada seorang ayah yang 'hilang'. Pada saat dia ada yang menceriakan, takdir tidak membenarkan. Ada kehilangan yang payah untuk ditelan. Tetapi, masa mengubat semua yang berlaku. Menggantikan dengan yang baharu. Walaupun ia bermula dengan ribut, ditutup dengan bayu.
Dia mula menelaah hati setelah bertahun si dia dan hal-hal kecil tentang si dia memenuhi ingatan. Tak pernah padam. Malah, kerap bertandang dalam takdir-Nya yang terancang.
Menerima sesuatu yang tak pasti, bukan mudah. Tetapi, dengan kepercayaan dan membuka ruang, ia sandaran yang agak matang.
TAJUK : TENTANG..DHIYA by SYUD ••• 📌 PAGES : 396 📌 TROPE : enemies to lovers 📌 AGES : Dhiya muda setahun dari Azril ••• Dhiya Nurlisa.. akibat trauma kehilangan ibu dan ayahnya membuatkan Lisa menjadi seorang yg pendiam, suka memendam perasaannya sendiri dan unpredictable. Akibat perangainya itu juga membuatkan dia selalu moody, ego dan jarang senyum. .
Lisa dan Azril berkenalan ketika mereka menjadi partner EOP. Bagi Lisa, Azril Mustaufi aka 𝙩𝙖𝙪 𝙛𝙪 𝙛𝙖, sangat menyusahkan hidup dia. Jarang hadir ke kelas, selalu lambat datang ke discussion, sambil lewa menyiapkan assignment dan yg paling penting, nakal dan selalu mengusik !
Azril sendiri tidak pernah faham mengapa Lisa begitu membencinya sedangkan dia juga ada alasan sendiri untuk semua sikapnya selama ini. Lisa yg selalu menyinga tak bertempat. . Tapi makin Lisa marah lagi ligat dia menyakat. Rasa puas hati jika dia berjaya membuat Lisa bermasam muka.
Lepas graduate, masing-masing membawa diri sehinggalah takdir mempertemukan mereka kembali. Lisa yg tidak pernah lupa akan Azril. Begitu juga dgn Azril. .
Sudah 3 tahun tidak berjumpa, tapi selepas terjumpa sekali selepas 3 tahun, makin kerap lah pulak mereka terjumpa 😂
Abang sepupu Lisa selalu mengatakan kebetulan itu sebenarnya takdir. Sudah tersurat yg hidup ini akan terjadi sepertimana yg tertulis pada takdir masing-masing .
Jadi.. dirinya dan Azril yg selalu sahaja terjumpa itu ialah takdir . . ?
♡ Azril ni kan walaupun dia nakal dan suka main-main, tapi dia peka tau 🥰 Dia igt semua benda pasal Lisa walaupun benda tu kecik je.. Lisa tu mula2 saya mcm geram la jgk dgn dia, sbb asyik nak marah je. Tapi lama lama character dia mcm jadi matang and dah tak marah-marah Azril. .
♡ Overall, cita ni simple-simple je and sedikit mendatar. Boleh la nk baca time santai2. And kalau yg suka cita berat tu, mungkin kurang suka sikit la buku ni sbb konflik tak berat sangat 🫶🏻
Baca kisah Lisa dan Azril macam baca graf linear. Sesuai dibaca selepas baca novel berat yang sarat dengan emosi yang sekejap mencanak naik dan sekejap menjunam turun.
Kedua2nya mempunyai kisah sedih tapi masing2 memendam rasa tak hanyut dengan kedukaan. Memang mereka sedih tapi Syud tulis secara bersahaja jadinya Cik Pah baca tanpa emosi hehe. Akhirnya dimukasurat 505 barulah si Azril meluahkan perasaannya pada Lisa. Lama gila nak tunggu ucapan 'I think I'm in love with you' . Nasib baik Lisa dah tak de sapa2 dah waktu tu. Faiz lelaki pertama dalam hidup Lisa yang Cik Pah tak tau hujung pangkal berakhir lama dah waktu Lisa belajar dulu. Datang pula Ezwan 4 tahun menagih cinta Lisa juga berakhir dengan kematian selepas 2 minggu Lisa menolak hasrat hatinya. Jadinya Azril ni bukan lelaki pertama buat Lisa menjadi lelaki terakhir yang membahagiakannya. Dahulunya musuh kini menjadi suami.
Pergilah air mata, jgn hadir lagi kalau ia kerana khabar duka...
Membaca kisah Lisa-Azril untuk kali pertama dengan kali entah ke berapa sememangnya melahirkan perasaan yang berbeza.
Seingat aku, kisah ini kurang "menyengat" jika hendak dibandingkan dengan kisah Adil (Untuk Awak Teja Aulia) dan Pacai (Baju Melayu Hijau Serindit). Kurang "menyengat" dalam konteks aku--permulaan cerita yang sedikit perlahan dan banyaknya salah faham antara Lisa-Azril yang dibiar tergantung dan lambat dileraikan. Tapi itu bila kali pertama membaca. Ni bila dah masuk kali entah ke berapa baca memang aku baca sambil sengih je dari awal cerita sampai tamat kerana menikmati "keriuhan" watak-wataknya.
P/S : Memang tak rasa jemu nak ulang baca karya-karya Syud.
Dah lupa karang reviu, so I bagi sikit² je lah eh?
untuk 200 pages pertama, a bit slow pace to my liking, tapi dah lepas 3 tahun tu, 2 hari habis baca 🤣 Azril dan Lisa is the definition of Red String Theory.. mungkin? atau sebab Azril je perasan, Lisa sejenis yg fokus on apa yg dia pentingkan.
Azril dan Lisa berhenti berhubung selepas apa yang Azril cakap, both were hurt. lepas berjumpa balik, semua perasaan rushed back to Lisa like it never dissapears. Azril? dia tak pernah lupa tentang Lisa, walau selepas 3 tahun lost contact.
I suka penulisan Kak Syud. She describes the awkwardness perfectly, I pun ikut rasa awkward. lepastu, the character development 🤌🏼🤌🏼 I suka Kak Syud describes the giddiness of them. Azril yg tersenyum sampai dapat gelaran 'Azril yg Angau' dan Lisa yang pipi merah-merah, marah tapi suka sambil tu senyum nipis.
kenapa kurang .3? sebab the beginning slow, tapi ending rushed. I wish to see more of them in relationship, in marriage.
Ah, my love. I can't even count how many times I've reread Tentang Dhiya ever since 2011. Thank you Manes for publishing this new one with the added ending.
Anyway, few years back I caught the foreshadow Kak Syud did in the book that I'm pretty sure nobody has picked up (This is verified by Kak Syud herself: she said to me that no one has noticed it before haha). There's a scene in the book where Lisa watched A Walk to Remember (2002), pastu dia kata to Lia, "Aku nak jadi the lady after Jamie. Lepas tu... aku akan dapat Landon yang dah jadi baik dan berbudi bahasa. Senang kerja aku.". Surprise, surprise. Azril memang berubah jadi more well-mannered and his temper tones down after so Lisa did become the lady after Jamie hahaha.
Pengakuan pertama, novel ini sudah berada dalam stok selama setahun (mungkin lebih - hamba tidak suka mengira waktu :-P).
Kedua, novel ini sudah berbulan-bulan terdampar di sisi katil dengan tidak sampai suku pun yang dibaca sebelum hamba akhirnya berjaya (yay! ^^) menghabiskan bacaan semalam berikutan hari ini ada exam (sesuatu yang pelik bila hamba hanya teruja membaca novel bila dekat-dekat exam - kepelikan yang membawa bencana pastinya -_-").
Okey, berikut adalah rumusan (bebelan sebenarnya - sabo je la! hehe) hamba tentang novel ini:
1. Sesuatu yang aneh (in a good way ya) tentang tulisan Syud ialah keringkasan dan keklise-an jalan ceritanya yang tetap menarik di hati, membuai di rasa (wah! huhu). Dia berjaya mengolah sebuah jalan cerita yang ringkas dengan perisa yang cukup-cukup rasa di jiwa. Suka. Suka. ^^
2. Kisah Dhiya Nurlisa dan Azril Mustaufi (atau Tau Fu Fa bak gelar Lisa - comel kan? ^^), bermula dan berkembang dengan agak perlahan hamba rasa. Bagi orang yang kurang sabar macam hamba ni memang berharap semuanya lebih express. But, it's okay, mungkin Syup mahu ambil masa untuk elaborate setiap bab, semua kisah kejadian.
p.s Apa sebenarnya yang jadi pada Faiz dalam cerita ni? Macam tergantung tak bersambung je. Ke hamba yang terlebih express sampai terlepas mata? Musykil ni. Kalau kisah Ezwan tu adalah kesudahannya walaupun... (ah, hamba tak sanggup sambung - pilu).
Tentang Dhiya. Suka dengan watak-watak biasa dengan cerita biasa yang menjalani kehidupan yang biasa dalam cerita ini. Rasa macam watak-watak yang ada sama-sama bernafas, sama-sama bergurau, sama-sama bersenda.. nun di satu ceruk atas muka bumi ni. Pendek kata, comelnya cerita ni sebab wataknya seumpama hidup.
Azril Mustaufi, si tau fu fa. Dia memang antara hero yang paling saya suka dalam watak-watak novel. Sebabnya mudah - dia tidak sempurna. Ada nakalnya, ada degilnya, ada manisnya dan ada comelnya. Dia hanya lelaki biasa. Dan dia membesar bersama masa. Daripada seorang yang boleh dikatakan agak keanak-anakan pada mulanya, dia belajar menjadi dewasa. Lebih matang. Lebih adorable.
Lisa? Macam mana comelnya Azril, macam tu jugalah comelnya Lisa. Paling suka bila Lisa mula masuk mode blur dia. Sumpah comel okey.
Novel yang selalu terasa dekat dengan hati. Sungguh. Ceritanya biasa. Dan kerana dia biasa, makanya dia boleh memberi impak yang agak luar biasa sukanya saya pada cerita ini. Kerana saya, juga orang biasa. Sama seperti Lisa, Azril dan watak-watak yang lain dalam cerita ni.
P/s: Nasib baik bukan grad UTM. Kalau tak mesti lagi feeling lebih. Hihi.