In the sequel to his intellectual autobiography, Philosopher at Large, the author describes his conversion, at eighty-four, to Christianity and his editorial oversight of the controversial second edition of Great Books of the Western World.
This popular author worked with thought of Aristotle and Saint Thomas Aquinas. He lived for the longest stretches in cities of New York, Chicago, San Francisco, and San Mateo. He worked for Columbia University, the University of Chicago, Encyclopædia Britannica, and own institute for philosophical research.
Born to Jewish immigrants, he dropped out school at 14 years of age in 1917 to a copy boy for the New York Sun with the ultimate aspiration to a journalist. Adler quickly returned to school to take writing classes at night and discovered the works of Aristotle, Thomas Aquinas, John Locke, John Stuart Mill, and other men, whom he came to call heroes. He went to study at Columbia University and contributed to the student literary magazine, The Morningside, (a poem "Choice" in 1922 when Charles A. Wagner was editor-in-chief and Whittaker Chambers an associate editor). Though he failed to pass the required swimming test for a bachelor's degree (a matter that was rectified when Columbia gave him an honorary degree in 1983), he stayed at the university and eventually received an instructorship and finally a doctorate in psychology. While at Columbia University, Adler wrote his first book: Dialectic, published in 1927.
In 1930 Robert Hutchins, the newly appointed president of the University of Chicago, whom Adler had befriended some years earlier, arranged for Chicago’s law school to hire him as a professor of the philosophy of law; the philosophers at Chicago (who included James H. Tufts, E.A. Burtt, and George H. Mead) had "entertained grave doubts as to Mr. Adler's competence in the field [of philosophy]" and resisted Adler's appointment to the University's Department of Philosophy. Adler was the first "non-lawyer" to join the law school faculty. Adler also taught philosophy to business executives at the Aspen Institute.
Adler and Hutchins went on to found the Great Books of the Western World program and the Great Books Foundation. Adler founded and served as director of the Institute for Philosophical Research in 1952. He also served on the Board of Editors of Encyclopædia Britannica since its inception in 1949, and succeeded Hutchins as its chairman from 1974. As the director of editorial planning for the fifteenth edition of Britannica from 1965, he was instrumental in the major reorganization of knowledge embodied in that edition. He introduced the Paideia Proposal which resulted in his founding the Paideia Program, a grade-school curriculum centered around guided reading and discussion of difficult works (as judged for each grade). With Max Weismann, he founded The Center for the Study of The Great Ideas.
Adler long strove to bring philosophy to the masses, and some of his works (such as How to Read a Book) became popular bestsellers. He was also an advocate of economic democracy and wrote an influential preface to Louis Kelso's The Capitalist Manifesto. Adler was often aided in his thinking and writing by Arthur Rubin, an old friend from his Columbia undergraduate days. In his own words:
Unlike many of my contemporaries, I never write books for my fellow professors to read. I have no interest in the academic audience at all. I'm interested in Joe Doakes. A general audience can read any book I write—and they do.
Bilakah kali terakhir aku meneguk ranuman autobiografi yang panjang oleh seseorang tokoh? Mungkin sewaktu mengunyah karya A Doctor in the House oleh Tun Mahathir, The Autobiography of Malcolm X, Voyage through Time oleh Ahmed Zuweil, Rihlah Ilmiah oleh Prof. Wan Mohd Nor dan Weltanschauung oleh Shahnon Ahmad beberapa tahun dahulu.
Beberapa karya biografi sederhana ringkas yang lain seperti Hikayat Salim Adil oleh Mohd Affandi Hassan, al-Munqiz min al-Dhalāl oleh al-Ghazali, Mencari Jalan Pulang oleh Kassim Ahmad, Becoming Muslim oleh Syeikh Nuh Keller, Out of Place oleh Edward Said, Qissah Dirāsatī al-Qur‘āniyyah oleh al-Nadwi, Dare to be a Champion oleh Dato’ Lee Chong Wei, My Brief History oleh Stephen Hawking dan Detik-detik Diri di Daerah Naif oleh Shahnon Ahmad walaupun penting dan mengasyikkan, namun, karya autobiografi yang tebal tetap mempunyai tempat unik yang tersendiri khususnya dari sudut perincian kisah di sebalik tabir kehidupan seseorang penulis.
Buku A Second Look in the Rearview Mirror (1992) ini merupakan buku ke-12 tulisan Mortimer Adler yang sempat kutekuni dan ternyata, autobiografi ini menjanjikan pengalaman pembacaan yang cukup mengenyangkan. Buku ini merupakan sambungan kepada autobiografi beliau yang pertama dalam Philosopher at Large dan buku ini merupakan antara buku terakhir yang dikarang oleh Adler iaitu sewaktu usia beliau menginjak 90 tahun.
Penulisan beberapa siri autobiografi ini pada hakikatnya, merupakan sesuatu yang tidak asing dalam ranah penulisan kerana seseorang individu itu pasti melalui proses pembelajaran-penemuan-pengalaman yang baharu seiring dengan pertambahan usia dan kematangan pemikiran mereka. Oleh sebab itulah terdapat beberapa penulis tersohor lain yang turut menulis beberapa siri biografi semisal Karen Armstrong yang menulis Through the Narrow Gate, Beginning the World dan The Spiral Staircase, Shahnon Ahmad dengan Detik-detik Diri di Daerah Naif, Perjalananku Sejauh Ini dan Weltanschauung manakala Dr. Mahmood Zuhdi dengan Budak Surau, Budak Nilam Puri, Bertandang ke Bumi Firaun dan Perjuangan Tanpa Noktah.
Berbalik kepada karya Adler ini, naskhah ini secara kasarnya mengisahkan rihlah akademik dan keilmuan beliau khususnya projek akademia di Aspen Institute, perihal Paideia Project (Adler telah mengarang beberapa buku menarik mengenai projek ini), tips-tips penting sebagai seorang penyunting dan penulis buku khususnya sewaktu menukang 54 jilid Great Books of the Western World (GBWW) dan menyunting Encyclopaedia Britannica (EB), guru-guru, buku-buku dan rakan-rakan yang mempengaruhi denai keilmuan beliau selain menyemarakkan wacana intelektual di Amerika Syarikat serta persoalan-persoalan falsafah, pendidikan, agama dan sains yang mewarnai korpus pemikiran dan kanvas kehidupan beliau. Menurut Adler, GBWW dan EB bersifat saling melengkapi kerana EB membantu dari sudut pemerolehan dan penyusunan maklumat (mikro dan makro) manakala GBWW membantu dari sudut pemahaman terhadap gagasan-gagasan agung serta ketinggian hikmah (wisdom) baik secara teori mahupun amali.
Antara buku terawal yang mengubah cara fikir dan kehidupan Adler ialah buku Autobiography karangan John Stuart Mill yang merupakan bahan bacaan yang perlu dibaca oleh beliau sewaktu mengikuti kursus Victorian Literature. Adler mendapati bahawa Mill boleh membaca Greek seawal usia 3 tahun dan membaca dialog Plato seawal usia 5 tahun. Seawal usia 11 tahun pula, Mill telah membaca hampir kesemua karya yang kemudiaannya Adler dapati merupakan Karya Agung (Great Books) dan Mill telah menyunting karangan ayahandanya, The History of British India pada usia 11 tahun selain menyunting Rationale of Judicial Proof oleh Bentham pada usia 12 tahun (pada saat tersebut, Adler sudah berusia 15 tahun tetapi tidak pernah membaca kesemua karya tersebut!).
Bermula daripada itu, Adler menelaah Mill dan kebanyakan karya-karya agung yang lain. Antara tokoh lain yang kemudiannya memberikan pengaruh yang besar kepada beliau adalah Aristotle, Aquinas, Maimonides dan Dewey. Adler juga begitu akrab dengan Robert Hutchins dan Jacques Barzun selain turut menyunting EB bersama-sama dengan William H. McNeill dan John Lyons.
Menurut Adler, ilmu falsafah lebih agung daripada ilmu sains dari sudut teori dan praktis kerana falsafah adalah ilmu untuk mengetahui sesebuah ontologi (knowledge of being) manakala sains adalah ilmu untuk mengkaji pembuktian-pembuktian. Secara amali, falsafah mampu mencapai konklusi moral manakala ilmu sains hanya mencetuskan aplikasi-aplikasi teknologi. Ini bererti, sains hanya mampu mengawal sesebuah medium (yang mampu dikawal) tetapi tidak mampu menilai baik-buruk serta hak-batil dari sudut pengakhiran kehidupan seseorang insan.
Adler percaya, tidak wujud konflik antara kebenaran sains dan kebenaran falsafah. Walaupun seseorang failasuf boleh memperbetulkan kesalahan saintis yang cuba menjawab persoalan yang melebihi kompetensi profesionalnya, begitu juga saintis, boleh memperbetulkan kesalahan failasuf yang turut melakukan kesalahan yang sama.
Pada hakikatnya, kemelut utama yang melanda pada zaman moden adalah lebih rumit ketimbang kemelut yang melanda pada zaman pertengahan kerana marcapada, sains telah menjadi entiti yang signifikan baik teori mahupun amali. Tidak ramai saintis yang memahami hakikat falsafah dan agama. Tidak ramai juga failasuf dan agamawan yang sedikit sebanyak berlatarbelakangkan sains atau benar-benar menekuni sains. Banyak lagi usaha yang perlu dilunaskan bagi mengharmonikan ketiga-tiga aspek ini bagi mencari pengganti kepada tokoh-tokoh semisal Maimonides dan Aquinas (dalam ranah keilmuan Islam, seperti al-Ghazali, Ibn Sina, al-Razi dan al-Biruni).
Kata Adler, seseorang failasuf yang percaya bahawa semua persoalan signifikan manusia hanya mampu dijawab melalui akal, adalah seorang “naturalist” sama seperti seseorang saintis “positivist” yang percaya bahawa hanya sains sahaja ilmu yang sah dan memadai untuk meneruskan kehidupan. Jika seseorang profesor itu “positivist”, sudah tentu dia juga “naturalist”. Kredibiliti mereka terlucut apabila mereka mempercayai bahawa agama itu bersifat tahyul, sama seperti apabila mereka mempercayai bahawa falsafah itu merupakan suatu andaian/pandangan. Unsur-unsur positivisme dan naturalisme yang terserlah dalam karya-karya dan ajaran mereka inilah merupakan “akar” kepada budaya moden yang tersekular (modern secularised culture).
Berbalik kepada perihal penyuntingan dan proses penulisan, Adler percaya bahawa proses berfikir (logik) itu perlu diasingkan daripada proses menulis (tatabahasa dan retorik). Berdasarkan pengalaman penulisan beliau yang panjang (Adler telah menulis lebih 50 buah buku dan menyunting beberapa ensiklopedia gergasi), apabila beliau menggabungkan proses berfikir dan proses menulis secara serentak, kedua-duanya tidak membuahkan hasil yang cemerlang. Sebaliknya, apabila proses berfikir itu diselesaikan secukupnya sebelum proses menulis yang sebenar, lebih banyak tumpuan mampu ditumpahkan kepada tatabahasa dan retorik sewaktu proses mengarang.
Akhir sekali, Adler kembali menitipkan pesan bahawa untuk memperoleh pemahaman yang kaya-mendalam terhadap pembelajaran/pembacaan (khususnya kepada “autodidact”), selain mengajar dan mengembara, seseorang individu itu perlu “membaca dan berdiskusi” (read and discuss). Berdiskusi tanpa merujuk karya agung akan menatijahkan perbincangan yang bersifat dangkal-luaran, manakala membaca karya agung tanpa berdiskusi (dengan orang yang pernah membacanya) tidak akan memperkaya-dalamkan pemahaman seseorang terhadap pembacaan dan rihlah keilmuannya.
I read this because I'm a fan of Adler's work on the Great Books of the Western World. Outside of people who are passionate about that set, I'm unsure who would be the intended audience of this book. I loved it because it gave me a behind-the-scenes look at how the Great Books were put together. But if those books don't obsess you, I'm unsure how you would benefit from this book.