Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tombiruo #3

Tombiruo Terakhir

Rate this book
KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat 'Amiruddin' dalam diri lelaki Tombiruo itu.

Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya.

Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan 'Seorang Tombiruo'.

Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah 'Tombiruo Terakhir' yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu?

Tombiruo Terakhir... rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.

582 pages

First published January 1, 2004

37 people are currently reading
791 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,379 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
358 (52%)
4 stars
218 (32%)
3 stars
72 (10%)
2 stars
20 (2%)
1 star
11 (1%)
Displaying 1 - 30 of 36 reviews
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
February 16, 2017
1) Kali ini lebih banyak hal cinta dan perasaan. Ejim memilih pasangan hidup, dan kemudian berkeluarga.

2) Kemudian hal-hal keluarga yang dikembangkan sedikit wataknya; Amirul dan Hidayah.

3) Aksi? Ketika Hilman mengejar Ejim di Chini, dan memburu Teraji di Keningau. Tidak puas sebenarnya, kerana cerita Rogon (Semangat Hutan) lebih mengesankan.

4) RAM penulis yang sangat rajin dan bertanggungjawab. Saya yakin beliau membuat "homework" apabila bercerita hal-hal teknikal, sains dan lain-lain. Saya isytihar diri menjadi peminat beliau. :)
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
January 21, 2011
Amaruddin 'Ejim' Abdullah & Siti Nurhaliz

Ejim: Dalam dunia ni, hanya 4 orang yang ikhlas menyayangi aku.. Bapa aku Pandolou, Amiruddin dan ibu aku Tobugi..

Siti Nurhaliz: Yang lagi satu tu siapa?

Ejim: Siti Nurhaliz..
Profile Image for Hamidah Effendi.
355 reviews3 followers
February 8, 2025
Akhirnya kita kena pi cari lagi buku boleh dibaca dekat library Shah Alam..dah habis dah 6 buku aku baca...😅😅😅 next kena baca buku ke-4 tombiruo pula...

Pada pendapat aku buku ke-3 ni, aku ada masalah sikit...😔😔😔😔 cerita dia slow, berpusing2 yang part excited 'kebaboom ' tu sikit je...plot kali ni lebih kepada masalah hati cinta dunia,banyak sangat rimas aku...aku tengok watak si Ejim tu pula cinta dia macam dilambung2...sana nak cinta, situ pun nak cinta,sini pun nak cinta..mudah sangat ni atau sebab lama sangat duduk hutan...😔😔😔 agak bosan aku dibuatnya. Dalam buku ni mostly, perampuan2 dalam cerita ni yang suka buat kecoh. Ejim tak cakap pun lagi..tapi mika2 yang terkesan...itu satu...yg seorang kaki mengungkit tak abis...bak kata pak odun "hissyyy!! Banyak sangat iklan!!!"...tak best sebab kalau dah fokus watak yang CIA 2 orang tu..kenapa tak dikembangkan lebih mencabar ini tak pendek je...dah tak ada kaitan lansung dengan si terigi dan Dr Bruno tu...watak isteri Ejim tu satu hal, gambaran awal macam sakit teruk alih2 sebenarnya tak...maaf kali ni aku memang tak menyokong lansung jalan cerita en.RAM..😖😖😖ending macam cepat sangat nak ditamatkan...sampai terlupa skrip awal yang dah macam nak sedih...i'm sorry...

Buku kali ni kalah dengan buku no.2 dan no.1...cerita kali ni tak excited dan kurang menarik...cerita kena scam aku boleh terima lagi tapi cerita kali 😔😔😔😖😖😖
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
May 24, 2011
Dr. Haslia membawa Ejim ke Kuala Lumpur untuk melakukan pembedahan plastik ke atas muka Ejim. Tanpa dijangka,muka Ejim menyerupai arwah Amiruddin,adik kembarnya. Hasilnya,wujud konflik cemburu dan cinta antara Ejim,Wan Suraya,Tan Sri Nasir dan Dr. Haslia. Akibatnya,Ejim atau Amaruddin menjadi mangsa. Dia diherdik dan disisihkan di 'hutan batu' Kuala Lumpur.
10 tahun kemudian,Ejim telah berkeluarga. Namun,rasa rindunya pada Hutan Keningau telah menyebabkan dia membuat keputusan untuk meninggalkan isteri dan anaknya buat sementara waktu. Bukan itu sahaja,dia juga menyedari bahawa terdapat 'Tombiruo' baru yang menjaga hutan tersebut!
Tombiruo Terakhir merupakan novel ketiga dan terakhir (berkemungkinan) di dalam trilogi Tombiruo. Secara peribadi,saya amat meminati novel yang ketiga ini. Malah,inilah novel yang terbaik berbanding dua novel yang sebelumnya. Apa yang unik,pada pendapat saya adalah penulis telah berjaya menyampaikan konflik antara watak-watak dengan baik. Sehinggakan saya turut bersimpati dan berasa kasihan dengan nasib yang menimpa Ejim. Konflik cinta empat segi juga telah berjaya disampaikan dengan baik,terutamanya yang melibatkan Ejim-Dr. Haslia-Wan Suraya-Tan Sri Nasir.
Tambah menarik,terdapat juga 'cross over' di dalam novel ini yang menyaksikan kemunculan semula watak Hilman (ADAM) di dalam beberapa bab di dalam novel ini. Dari segi pengembangan plot dan jalan cerita,penulis telah berjaya mematangkan diri dari aspek ini. Jalinan ceritanya mantap dan mudah difahami,walaupun kadang-kala diselangkan dengan babak-babak 'imbas semula'. Dari segi dialog,saya memerhatikan terdapat beberapa kelemahan. Kelemahan ini dapat dilihat di dalam dialog antara watak pelajar-pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Terdapat beberapa penggunaan perkataan di dalam dialog yang diulang-ulang dan tidak begitu sesuai digunakan pada watak mahasiswa.
Namun,kelemahan ini tidak menghalang saya untuk menobatkan novel ini antara karya Ramlee Awang Murshid yang terbaik. Sekali lagi,adunan antara thriller,aksi,cinta,Islamik dan kekeluargaan menjadi resepi beliau untuk menghasilkan sebuah novel yang amat menarik untuk dibaca dan menyentuh perasaan para pembaca novel ini.
229 reviews16 followers
December 17, 2021
Alhamdulillah, dapat juga saya habiskan buku ni. Lama, atas kekangan kerja hakiki.

Karya RAM memang menarik. Tak pernah tak menarik. Cuma, terasa seperti sedikit meleret bila ada penceritaan mengenai Hidayah dan rakan-rakannya. Mungkin mereka ini yang akan menjadi watak dalam legasi Tombirou? Saya tak pasti.

Anyway, worth the read.
Author 13 books20 followers
October 15, 2016
Akhirnya tamat maraton trilogi Tombiruo.

Ejim Anak Pondolou, Tombiruo Hutan Keningau. Sejak kenal wataknya itu menerusi novel Magis, saya jatuh cinta pandang pertama. Selepas membaca ketiga-tiga siri Tombiruo, bertambah-tambah jatuh cinta lagi dengan watak dan perwatakannya.

Namun secara jujur, antara ketiga-tiga novel Tombiruo ini saya lebih sukakan siri kedua, Semangat Hutan. Sebab lebih banyak aksi yang memperlihatkan Ejim seorang hero Hutan Keningau. Terserlah keperkasaannya sebagai Tombiruo.

Kisah cinta Ejim dengan para wanita pula. Ya, saya sukakan pilihannya. Wanita itu lebih berhak untuk cinta Ejim berbanding yang lain.

Dan, semestinya watak Ejim akan terus melekat di hati sebagai hero novel yang paling hidup dan umph buat diri saya!


Profile Image for Mohd Hafizuddin Mohamad Ghazali.
72 reviews8 followers
February 5, 2018
Tombiruo Terakhir. Bersambung pada Ejim diculik oleh Dr. Haslia. Pembedahan muka Ejim berjaya. Malah mukanya sendiri menyerupai Amiruddin. Ejim atau nama barunya Amaruddin tinggal di sebuah rumah di bawah jagaan Dr. Haslia.

Tidak semuanya manis. Ejim dihina & diherdik oleh Tan Sri Nasir & Dr. Haslia atas sebab cuba bersama dengan Wan Suraya. Wan Suraya berkahwin dengan Tan Sri Nasir.

Selepas 10 tahun hidup di Kuala Lumpur, Ejim sudah berumahtangga bersama Siti Nurhaliz. Kehidupan bahagia, tetapi Semangat Hutan Keningau kembali memanggil kerinduan. Ejim balik ke Keningau & berjumpa dengan Tombiruo terbaru. Teraji. Manusia berselkan serigala. Berwajah hodoh. Mempunyai anugerah dari Tuhan yang mampu mengawal minda.

Hutan Keningau kembali berdarah selepas Ejim pulang ke Kuala Lumpur. Kini Teraji menjadi Tombiruo terbaru.

Plot okay, cerita okay. Ada beberapa scene yang okay tapi tak perlu diulas. Ada sedih, ada geram, ada cinta & ada kebahagian. Bersambung pula di Legasi Tombiruo. Harap ada kisah pasal Teraji pula. Watak baru yang menarik.
3 reviews
November 17, 2022
Bahagia bukan kerana rupa,
Bahagia tiada pada harta,
Bahagia tak dijanjikan bersama nama,
Bahagia itu pada cinta,
Namun cinta tak menjanjikan bahagia,
Kadang cinta juga bawa sengsara,
Akhirnya bahagia itu terletak pada reda,
Bahagia itu pada cinta yang mengikhlaskan,
Bahagia itu milik sang pencinta yang merelakan.

Cerita ini sedikit sebanyak menggambarkan realiti kehidupan di mana kebanyakan manusia hanya peduli pada kehendak dan kepentingan sendiri, tak pernah berfikir panjang sebelum mengambil kesempatan atas kesempitan dan kenaifan orang lain. Yang jujur tapi kurang bernasib baik di dunia seringkali menjadi mangsa kerakusan dan kekejaman dunia. Namun keadilan Tuhan pasti akan menjanjikan pengakhiran bahagia untuk hati yang telus dan tulus.
Profile Image for Kataklicik.
938 reviews18 followers
November 17, 2017
Brilliant end to a brilliant trilogy. I would have given this the full 5 stars if only the editing were more on point. The storytelling is hiccup-y at parts (feels like there are 2 books in this one and the flow can be jarring at times), repetitive facts at some, and completely derailed at others (eg: there were three mentions of it being 17 years since the first episode when it's only been 7, and wasn't Hidayah born in Terengganu, not Keningau?) Otherwise, loved it.

I hear there's another instalment in the offing. If so, I wait with bated breath!
Profile Image for Azee Shiraz.
66 reviews1 follower
September 21, 2020
Superb, marvellous. Ingatkan Ejim kahwin dengan Dr.Haslia. Kena beli legasi pulak ni, rindu kat watak2 tu semua. Mujur jumpa novel ni preloved yang masih baru bersama semangat hutan. Memang tak rugi baca.
Profile Image for Mohd Fahmi.
1 review
May 4, 2017
best ..tapi sebab ending yg kureng ..2 jela kot star
Profile Image for Miliya.
87 reviews
May 6, 2018
Tak boleh nak bayangkan bertapa seksanya jiwa dan raga Ejim pada permulaan cerita novel ini. Twist plot yang sangat menarik.
Profile Image for Meni (Menirary).
98 reviews1 follower
January 26, 2019
Tak pernah kecewa bila baca buku RAM. Dia punya story mmg gila tak bole dapat kat mana2 penulis lain. Sentiasa bagi kelainan. Tak kan jemu punya lah!
9 reviews1 follower
March 20, 2013
Acap kali penulis melihat buku-buku tulisan Ramli Awang Murshid (RAM) di kedai-kedai buku. Biasanya akan tertulis "Novelis Thriller No 1 Malaysia" di bawah nama pengarang. Nama (RAM) juga banyak kali muncul dalam novel Amerika. Tapi entah kenapa baru kali ini hati ini terbuka untuk membeli dan membacanya, walau ramai teman yang telah lama menjadi 'fan' kepada RAM. Kalau di Sabak Bernam (merujuk kepada Pejabat Daerah Sabak Bernam) tu, hampir kesemua pegawainya adalah 'die hard fan' (kipas susah mati?) RAM. Dan dalam banyak-banyak hasil karya RAM, penulis memilih Tombiruo Terakhir.


Tapi penulis bukanlah hendak menulis mengenai apakah isi Tombiruo Terakhir (TT), sebabnya, dah banyak sangat diulas oleh blogger yg telah membacanya, yang kebanyakannya sekadar menyalin balik apa yang tertulis di muka terakhir TT. Penulis hendak berkongsi rasa setelah menikmati TT.


Seperti sebelumnya, membaca novel bagi penulis ibarat menikmati hidangan. Kalau santai isinya, novel itu samalah seperti sarapan pagi atau minum petang, tapi kalau berat, samalah ianya seperti makan tengah hari atau makan malam. Dan TT adalah ibarat "blind lunch date". Perasaan berdebar-debar dan dont know what to expect tu memang menguasai diri (macam masa Sabariah first time nak jumpa Kasim Selamat tu). Macam manakah TT ni? Khabar mengatakan TT ni mengenai kisah cinta, yang islamik, kasih sayang, suspens, debaran asmara dan pertelingkahan (juga menyalin daripada muka terakhir TT). Apakah?


Penulis mengaku sememangnya amat jarang membaca novel Bahasa Malaysia, lagi-lagi dengan genre thriller. Maka penulis mengambil jalan menerima dengan hati terbuka. Just baca dengan hati terbuka, look at the presentation, enjoy the aroma and the taste. Chew it slowly, savour it and try to digest. Wallawey, macam komen juri pertandingan masakan lak...And its true...I really need sometime to appreaciate something new. This is a good meal, eh, work. RAM really a good author, a damn good one! Penulis tak pernah rasa jemu bila mula membaca TT. Yang paling menyerlah adalah jalan ceritanya. RAM kelihatan sangat berusaha menjaga kualiti TT dengan membuat homework yang rapi. TT bukanlah ibarat bedtime story yang boleh disimpulkan dalam masa lima minit!


Dengan main ingredient yang sangat strong seperti Ejim aka Amaruddin aka Tombiruo, TT merupakan hidangan yang sukar ditolak. Ditambah dengan gaya penceritaan yang sarat dengan imbas semula (flashback), dan karektor antagonis yang terkadang bersifat baik seperti Dr Haslia dan pak usunya, Tan Sri Nasir, TT memang sesuatu yang bagus. Lagi satu, selitan unsur ketuhanan terutama yang ditonjolkan oleh Ejim (sifat sabar tahap dewa), adalah suatu nilai tambah yang bukan calang-calang. Ah, sebagai suatu hidangan baru, penulis rasa sangat berbaloi memilih TT.


Kalau adapun kelemahan TT, penulis rasa dalam pengulangan sesuatu peristiwa, ianya ibarat kesilapan yang disengajakan untuk pembaca beringat bahawa ketidaksempurnaan adalah manusia dan itulah keistimewaan spesis kita. Oh, sesungguhnya penulis mula jatuh cinta dengan buah tangan RAM meski TT adalah pelengkap kepada sebuah trilogi dan penulis sudah gila kepayang pada perkenalan pertama. Siapa peduli? Kan jodoh itu sememangnya gila...
Profile Image for Anis Rejab.
56 reviews4 followers
February 11, 2017
Tombiruo Terakhir lebih mengisahkan mengenai watak Tombiruo itu sendiri iaitu Ejim. Bermula daripada pembedahan yang dilakukan ke atas wajahnya yang tidak sempurna sehinggalah beliau berwajah normal, ternyata ujian yang berat datang menimpa setelah beliau mendapat wajah baru. Dalam novel Tombiruo Terakhir ini, jelas diperlihatkan kreativiti penulis apabila beliau menjelmakan watak Hilman yang terdapat dalam novel ADAM. Selain daripada itu, penulis juga menemukan watak Ejim dengannya di dalam novel ini ketika Ejim mengejar peragut di dalam PWTC. Dengan itu pembaca akan merasakan seolah-olah watak-watak di dalam novel ini benar wujud dalam realiti.

Banyak pengajaran yang dapat dicedok dalam ketiga-tiga novel Trilogi Tombiruo ini melalui watak ejim. Teguhnya Ejim berpegang kepada ajaran agama, Setianya Ejim dalam hidup bertuhan dan Sabarnya Ejim yang tidak sesempurna manusia lain dalam menempuh hidup amat menyentuh hati para pembaca. Dalam novel Tombiruo Terakhir ini juga, penulis membiarkan pembaca penuh dengan persoalan dalam mengenali siapakah yang menjadi suri hati pemuda primitif itu. Persoalan dan tanda tanya akan sering menemani pembaca di setiap bab yang terdapat dalam novel ini sehinggalah pembaca menemukan jawapan kepada persoalan tersebut.

Setelah menghabiskan ketiga-tiga trilogi ini, harapan saya sangatlah besar kepada para pelakon yang menggalas tanggungjawab membawa watak-watak yang terdapat dalam novel tersebut. Semoga ia tidak mengecewakan !
Profile Image for Atikah.
2 reviews1 follower
November 24, 2015
Average - biasa sahaja (Mungkin sebab saya mengharapkan ending Ejim bersama Wan Suraya?). Buku kedua - Semangat Hutan lebih menarik dari buku pertama - Tombiruo. Jadi saya mengharapkan buku ketiga lebih baik dari buku pertama. Bagi saya, RAM terlalu fokus kepada watak Hidayah dan rakan-rakan, yang bagi saya tidak perlu.

Namun seperti buku-buku yang lain RAM tidak akan lupa untuk menyelitkan unsur-unsur ketuhanan dan nilai Islami, membuatkan saya tidak serik untuk membaca kerana bagi saya naskhah dari RAM berkualiti, sarat dengan pengajaran. Kali pertama membaca trilogi Tombiruo adalah 11 tahun lepas dan saya tidak serik untuk membaca lagi! :)

'Manusia dilahirkan diiringi dengan laungan azan. Dan kematian pula diiringi dengan solat. Antara azan dan solat, satu tempoh yang amat singkat. Singkatnya hidup kita ni..'

'Ejim pasti kematian itu semakin hampir. Ibarat jarak antara azan dan solat.'
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
April 25, 2016
Again geram ngan Wan Suraya ni kerana tidak menghargai Keikhlasan Ejim..boleh faham kata kembar Amirkan jadi lihat dia macam terimbas zaman dia dan Amir. Tapi at least ambil berat tak salahkan? teringat kata2 Saifuddin dlm bagaikan puteri..jgn tersalah hukum..ha..macam tulah..

How i wish they ended up together tapi mmg dari awal can see whom he will ended up with right from book 2.

And some people are so selfish..for their own gain..another was made a guinea pig.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
May 8, 2016
Tombiruo Terakhir sebuah kisah Tombiruo yang sudah semacam hilang haknya sebagai jiwa kpd Semangat Hutan Keningau apabila diculik ke KL untuk pembedahan plastik (ganti tisu muka). Ejim kemudian terdampar di kalangan gurun manusia yg rakus mementingkan diri. Kalau dlm trilogi ke-2 (Penunggu Hutan) Ejim pendekar pemilik pedang Pondolou gagah memancung kepala musuh termasuk si Rogon pembunuh abang kembarnya, kini lain pula cabaran beliau. Akhirnya.....
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
February 7, 2013
akhirnya kisah tombiruo berakhir jua..dlm novel ni aksi dan thriller dikurangkan sdikit..cuma dperbanyakkan misteri siapa isteri ejim dan siapa tombiruo yg baru..
pengakhiran trilogi yg bagus..di mana semua watak mnjadi ceria..heehe..
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
October 20, 2014
Penamat kisah Ejim aka Tombiruo aka Amaruddin. Macam biasa nukilan RAM takkan terlepas daripada nilai keislaman, ketabahan dan kekeluargaan. Tahniah buat RAM kerana mampu menghasilkan karya yang bermutu.
Profile Image for nurhafizah.
40 reviews
March 8, 2013
lain daripada yang lain . ingat novel RAM tak best . tafsiran yang sangat salah . best sangat . suspen habis baca novel RAM .
Displaying 1 - 30 of 36 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.