Sinopsis : Bicara Hati Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya yang ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintainya.
Seminggu mengenali Zahlia,Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.
Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.
Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.
Damya Hanna lahir pada 20 Oktober 1982. Merupakan anak kelima dari tujuh orang adik-beradik. Menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalam jurusan perakaunan. Minat Damya Hanna dalam bidang penulisan bermula ketika dia masih bersekolah rendah lagi. Cuma penyampaian ceritanya ketika itu lebih menjurus pada golongan kanak-kanak. Ketika di peringkat matrikulasi, minat menulis masih belum membara sepenuhnya tetapi masih berterusan menulis dan sering meminta pendapat rakan-rakan tentang ceritanya. Sehinggalah di peringkat universiti, minat itu semakin hari semakin menyala dan di situlah segalanya bermula. Damya Hanna muncul dengan novel pertamanya berjudul BICARA HATI.
Beliau bernasib baik kerana novel ini meletup di pasaran. Novel pertama yang mendapat sambutan jarang-jarang terjadi kepada seseorang penulis. Nampaknya, nasib menyebelahinya. Memandangkan minatnya dalam dunia penulisan tidak pernah padam, Damya Hanna terus menulis hingga kini. Harapan dan impian Damya Hanna, dia ingin terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Bukan sahaja dalam bidang ilmuan untuk menjadi seorang akauntan tetapi juga untuk menjadi seorang penulis yang prolifik dan disenangi ramai. Insya-ALLAH.
Karya-karya Damya Hanna (setakat ini); 1. Bicara Hati (6 Mac 2003) 2. Sepi Tanpa Cinta (22 Jul 2004) 3. Saat Cinta Bersemi (20 Jun 2005) 4. Rela Ku Menanti (4 Mei 2006) 5. Senafas Rindu (30 Apr 2007) 6. Ternyata Cinta (5 Apr 2008) 7. Ilham Hati (15 Jun 2009) 8. Ingin Berkasih Lagi (20 Mac 2012) .
I remembered reading it when I was in college and thought it was okay. I remembered feeling a bit odd for not liking it more since all of my housemates were head over heels over it. After reading Adam dan Hawa late last year, I was in a mood for a Malay novel so I thought of this book.
And I don't know what I was thinking years ago because this time around, I love it. Love the story, love the chemistry. I love the fact that it's not heavy on the drama. I like that the author focuses on the H/h, and did not expand the story by crouching into a big family drama (which could happen, this being a Malay drama after all).
However, I can't say that all is well with the story (although me rated it 5 stars may suggest otherwise). I can't say I'm pleased with the way the author deals with the rape aftermath. Rape is rape, and non-consensual intercourse between husband and wife is a rape. Even though the husband later apologizes to his wife, it came across as a little blase. So I was really unhappy with that.
But after the couple have moved on from that problem, they were all cute and happy again and my heart melt into a puddle of mush. Again.
Ni novel pertama yang aku nak review. Kebetulan novel pertama yang aku sendiri beli dengan duit pertama gajiku selepas SPM. Dan kebetulan juga ia adalah karya pertama Damya Hanna bersama Alaf 21. Kebetulan yang amat manis kan?
BH mengisahkan tentang kehidupan Zahlia. Gadis si anak angkat ini punya hati yang cukup besar. Bekerja di rumah anak yatim di mana dia telah membesar. Zahlia digambarkan sebagai anak gadis yang cukup berhemah, lemah-lembut penuh dengan ciri-ciri kewanitaan Melayu Islam.
Pertembungan antara Zahlia & Tengku Syahran membawa 1 impak yang amat besar dalam hidupnya. Siapa tahu jejaka yang dilanggarnya itu merupakan bakal suaminya? Hahaha time ni, aku rasa cam senang sangat lak si Zahlia ikut idea si Tengku Syahran. Adeh, maybe sebab duit kan. Dia nak bantu rakannya, Razif yang kebetulan menghidap penyakit buah pinggang. Erm, Razif ada menyimpan rasa pada Zahlia.
Kisah mereka amat menarik bila episod rumah tangga tu bermula. Tengku Syahran bermati-matian mengelak dari jatuh cinta. Tapi… xsangka pula lain yang jadinya. Tanpa disedari cinta itu mula hadir dalam diri masing2. Amat menarik yang part Zahlia lumurkan susu pekat kat tangan Tengku Syahran sebab nak hilangkan rasa panas & lecur pada tangan Tengku Syahran. Gara2 dia yang ralit usha bini sendiri. Tapi, kantoi lak di situ dengan adiknya hahaha
Perhubungan mereka diuji bila masa kontrak perjanjian perkahwinan mereka dicuri anak kawan Mama Tengku Syahran, yang pada mulanya dikatakan bakal menjadi isteri Tengku Syahran. Kasihan Zahlia. Dia dihalau oleh ibu mentuanya sendiri. Akhirnya untuk mengelakkan isterinya pergi, Tengku Syahran rela mengundur diri. Zahlia ditempatkan di rumah temannya yang ketika tu Zahlia sedang pregnant! Macam tak logik la… tapi tu la kot kalau sayang tinggal2kan hahaha
Kesudahannya? Baca sendiri hihihi yang pastinya jangan risau sebab buku2 Alaf 21 kebanyakannya happy ending. Lagi lak aku ni yang selalu buat spoiler… baca ending setiap novel sebelum aku memulakan membaca sesuatu novel. My bad habit… hik3 lalala5
Oh my!... naskah ini adalah legend antara yang legend. Sebaris dengan naskah Ombak Rindu yang juga dikeluarkan pada 2003. Pengikut tegar novel Melayu pasti pernah melintasi naskah ini di waktu remaja mereka. Di tanganku ini cetakan yang ke-24. Dan rasanya selepas tertayangnya drama bersiri lakonan si Jebat, tentu cetakannya akan diulang-ulang lagi. So, jangan pertikaikan idea mengadaptasikan novel ke filem/drama bersiri; banyak keuntungannya (dari segi RM) kepada dunia penulisan kita.
TAPI.... kalau dulu; zaman ketika kau masih anak2, tentu tidur malam akan bertemankan ke-angau-an kepada kesempurnaan Tengku Syahran yang digambarkan. Juga bertemankan air mata dek cabaran hidup yang terpaksa diharungi oleh Zahlia. Itu dulu....
Kini... aku secara paksarela (sesuatu yang tak ingin dibuat tetapi secara semulajadinya dibuat) memandang naskah ini dari sudut yang berbeza. Memikirkan betapa lemahnya seorang anak bernama Tengku Syahran. Betapa ketidakdayaannya menghalang niat si ibu dalam hal memilih jodoh. Jika pasangan yang dipilih, suci dan murni seperti gadis lain, ya.. mungkin tiada alasan untuk Syahran menolak. Tetapi untuk gadis yang bukan gadis seperti Linda, tentu kukuh alasan untuk menidakkan calon si ibu. Juga ke-sampaihati-nya memaksa Zahlia untuk menikah hanya sebagai jalan keluar daripada desakan si ibu. Malah kebodohannya kerana terrr..jatuh cinta dengan si isteri.
Juga watak Zahlia yang kononnya gadis sempurna yang 'cacat' apabila bergelar wanita. Sanggup mencipta kontrak bodoh hanya semata-mata untuk RM30k.
Memang kisah cinta mereka berdua manis bergula. Jika dulu ketika masih kanak2 gula2 beginilah yang akan melekatkan kita untuk mengepit sesuatu naskah ini. Tetapi bila dah masuk era 'oldschool' begini, yg aku cari adalah pengisian di sebalik babak2 diabetic tersebut.
i) Logik yang boleh dipertikaikan; memaksa satu ikatan perkahwinan hanya kerana kesalahan pelanggaran kereta yang tidak disengajakan (eh eh.. sama la mcm I Love You, Mr. Arrogant);
ii) Plot si suami memperkosa isteri sendiri atas alasan cemburu buta. Plot yang langsung aku x boleh terima. Biarpun hubungan sebegini antara suami dan isteri dihalalkan, tapi yang salah tetap salah. Dayusnya Shahran bila berlaku kejam terhadap Zahlia, jika sekali mungkin boleh dimaafkan, but he did it TWICE!
iii) Kebodohan Zahlia memberi kemaafan kepada si suami yang menghukum si isteri dengan cara yang paling menjijikkan. Zahlia seakan-akan tutup mata atas dosa Shahran apabila cintanya menguasai akal. (aku lebih sukakan Alia dalam Andai Itu Takdirnya bila dia menghukum Syed Zahril sepuas hatinya sebelum menerima kembali suaminya itu).
iv) Meninggalkan isteri dalam keadaan isteri yang sedang hamil setelah dihalau oleh keluarga? Tak logik... tak logik...
Apapun, naskah ini akan tetap telah tercatit dalam diari pink kau dan aku...... :)
Tentang star rate bukan nak bias tapi this story punya tempat dalam hati aku wei that’s why dia masih dapat 5 star dari aku. Muehehhe.
Ok now kita cerita tentang kisahnya…
Storyline sama aje. Zahlia yang terpaksa kahwin dengan Tengku Syahran sebab Syah ni merayu minta tolong untuk elak kena kahwin dengan anak kawan mak dia yang liar. Tapi Zahlia terima dengan beberapa syarat. So Syah pun buatlah surat perjanjian. Tapi biasalah, janji dicapati. Tak semua syarat yang Alia tetapkan contohnya lepas kahwin Alia nak duduk rumah sendiri supaya ada privasi tapi disebabkan parents Syah tak setuju untuk diorang pindah maka benda tu ditentang oleh pak mentua Alia dan Alia pun macam redaaaa. Yang aku pelik, ada dalam surat perjanjian kot syarat2 ni, kalau susah sangat nak follow, suh je Syah tu minum air rebusan surat perjanjian tu. Baru nampak functionnya surat tu kan? 😁
Lepastu diorang pun menjalanilah rumahtangga tu walaupun lebih banyak bergaduh. Sampailah Syah ni jatuh cinta. Time ni aku geram juga dengan Alia. Punyalah ego. Bila Syah layan dia bebaik, dia pulak geli nak muntah bagai dengan layanan Syah. Terasa Syah ni hipokrit. Member tu dah jatuh cinta pun salah! Haih.
Ada kejadian yang tak disangka. Alia difitnah. Semua rancangan Linda yang pada awalnya dijodohkan dengan Syah. Dia tak puas hati tengok Syah tu bahagia. Time nilah Syah ni jadi gila punya suami. Pukul-tiduri Alia. Adusss tak sanggup aku nak baca. Memang aku skip. Dan terbongkarlah rupanya Alia memang difitnah. Syah pun mati-matian minta maaf.
Blablabla— Rupanya ada satu rahsia yang disimpan oleh Alia. Ini semua memang ada kena mengena dengan keluarga Syah. Memang aku pun tak sangka.
Sedih gila masa kantoi diorang ni berkahwin atas surat perjanjian. Mengamok giler mak Syah. Habis segala sumpah seranah keluar untuk Alia. Alia pun lari dari rumah. And Syah pun amik keputusan untuk hormat Alia dan biar dia yang pergi. Dia minta tolong kawan baik dia, Adli and his wife tolong jaga Alia. Dalam masa yang sama Alia pregnant. Sedih giler part Syah call Adli pastu Alia merayu minta Syah kembali kat dia balik. Dia rindukan Syah.
Time tulah terbongkar rupanya Alia adalah anak adik bongsu mak Syah yang hilang and rupanya memang Alia a.k.a Puteri ni memang dah dijodohkan dengan Syahran dari kecik.
This entire review has been hidden because of spoilers.
This was the very first Malay novel that I read back when I was still in middle school, all thanks to a dear friend of mine.
I remember having my imaginations run wild as I read the book line by line and was even willing to reread it right after I finished the book. Honestly, I imagined myself as the FMC because, hey, it did make me feel all giddy that time. That's something I still remember up to this day.
Years passed, I picked this up again in the early year 2022 and this time, I was able to read it from a different point of view. There were certain issues that I noticed and I was not okay with them. Is it because of maturity? Probably.
Come to think of it, MMC is slightly a walking red flag, all thanks to his jealousy and temper. The current me would definitely smack the crap out of young me for thinking that there was nothing wrong with certain scenes of the book.
If the old me thought the FMC is a good woman who obeys her husband all the time, the current me wishes that the FMC be someone who knows her worth. She has the brain, why not let her have the image of a successful woman? That would be more interesting, in my opinion.
I shouldn't even be ranting about a book that was published almost 20 years ago, but despite all this, Bicara Hati will always have a special place in my heart. Definitely owns a spot in my core memory.
buku ni boleh dikategorikan sebagai salah satu novel melayu yang legend, and i myself was a huge fan. sekarang umur dah besar panjang dah 27 tahun, alahai tak logic nya plot cerita ni. writing damya hanna pun so-so je sebenarnya. dah la merajuk yang tak masuk akal makan masa berbulan, insulting things that syahran did was also easily swept under the carpet, boleh kau tinggalkan wife kau pregnant 6 bulan dengan alasan tak munasabah when within that 6 months you knew your wife suffered badly? geram baca.
hmmm.. dah lame bace buku nie.. mybe mase form 1 dlu sbb terikut2 ngn member2 yg gian bace novel cinta mase tu.. (mase x mtg lg tu).. mase tulah, rase novel nie cam sweet sgt.. tp skang rase novel nie biase je.. all bout love.. just ok jela novel nie.. nothing challenging..
Rata rata, ramai yang familiar dengan novel Bicara Hati ni. Mungkin memang kalian baca novelnya dahulu atau kalian tak baca novel tapi terus tengok drama lakonan Sharnaz dengan perempuan macam muka mat salleh tu ( tak ingat nama 😪 ).
Ika baca novel ni masa ika darjah 6. Novel cinta waktu tu memang 'in' sangat. Kalau tengok, masa sekolah. Ada yang curi-curi baca kot. Sebab takut kena rampas novel. Kahkah. During that time, ika rasa memang novel ni boleh la baca banyak kali sampai lunyai sebab best. Tapi bila dibaca balik pada tahun 2020. Ika kurangkan rating. Kenapa?
Kerana, tema kahwin boleh dikatakan kurang relevan. Andai kata relevan sekalipun. Storyline dah kena ada kelainan. Next, Tengku Syahran & Zahlia dalam ni terlalu perfect gambarannya. Seolah olah tiada cacat cela. Hee.
Tengku boleh dikatakan sangat terdesak sehingga ajak kahwin stranger (Zahlia). Member langgar kereta je kot. Haha. Tapi stranger tu pun masa tu terdesak jugak. So, rasa mcm percaturan yang sangat besar dalam hidup dieorang dua la. Kena korbankan diri utk kahwin dgn org yg kita tak kenal sama sekali.
Lepastu, Zahlia boleh buat kontrak. Kontrak yang jerat diri dia dan Tengku. Kemon. Duduk serumah sebilik. Lagi-lagi engkau cantik blala. Confirm suami terfall in love ah gituw. So kontrak dia dinamakan kontrak makan diri. Sama jugak macam Tengku Syahran, dia tak dapat ikut syarat kontrak. Haha
Dan part yang Tengku cemburukan si Zahlia dan terus 'rogol' Zahlia tu. Em. Tak okay. Ibarat macam paksa seseorang utk buat benda yang dia tak rela. Eeii. Kenot. Spoil la Tengku ni. Ergh
This entire review has been hidden because of spoilers.
Bicara hati novel first yang menarik minat saya untuk membaca novel. kalau tak, jangan haraplah saya nak baca novel, dulu. pada saya, watak zahlia terlalu baik, polos. saya suka Tengku Syahran. sebab dia agak nakal. dia ada aura yang tersendiri. sampai jatuh cinta dibuatnya! @_@
watak razif ni penting jugak sebab dialah penyebabnya, zahlia setuju kahwin dengan tengku. tapi, penglibatan dia dalam novel ni, saya tak suka. kihkihkih. sebab setiap masa nak zahlia ngan tengku je. saya paling benci watak linda, of kos. memang meluatnyaaaa! jahat sangat. si penabur fitnah berjaya. dahlahh perangai tak elok. geram tau?!
kesian kat zahlia sebab cemburu tengku syahran buat dia menderita. sangat2 menderita. tengku syahran terlalu ego, cemburu buta... at last, mulalah terhegeh-hegeh nak dapatkan zahlia balik!!
Bicara Hati ,novel pertama yg aku baca. Masa tu umur 12 tahun. Boleh cakap yg novel ni jadi tarikan pada aku utk terus membaca novel. heeeeeeeee.Tahniah utk penulis Kak Damya Hanna ^^
The book lies in tatters somewhere between my houses, my sisters and friends like it and I've read it quite enough to remember the story.
It started when Zahlia and Tengku Syahran met by accident and soon after that, he propose her marriage to escape a marriage with another woman. Zahlia accepted the proposal for a sum for her friend's surgical cost while Syahran took her for another gold digger. Soon the marriage of farce began to take a toll on Syahran who began to feel real love for his contracted wife. Zahlia on the other hand was not as what she seems. A love triangle developed, family secret unearthed and plotting.
It started great, halfway it gets good, the girl was spunky and dependable and the guy was tolerable and then suddenly the main female character fractured and then it became average near the end.
But it was better than most of what I read from the genre in malay.
Saya mencari novel ni lepas tengok drama siri kat Astro Prima pada setiap hari Selasa. Alhamdulillah, terjumpa plak ebook dalam duk mencari link siri-siri yang terlepas nak tengok, so jimat tak yah beli buku...:)
Early story as compared to drama serial agak lebih kurang sama.
But towards serial yg currently played on TV, dah lari sket and quite dissappointed sbb ada watak2 kat TV tu yg saya amatlah tak suka..:)nyampah gitu..tapi still layan sbb nak tgk ending die macam mana...:)
As of today (30 April 2012), drama ni lom abis lagi kat TV...
Saya tak kisah orang nak kata cerita ni klishe or what. Tapi yang pasti saya suka garapan penulis. Memang kebabommm dan membuatkan saya angau dengan tengku shahran sampaikan masa saya zaman sekolah kawan2 saya akan panggil saya tengku shahran walaupun saya perempuan. Ya rabbi saya memang suka gila watak mamat tu. Tak tahu la tapi rasa nak nangis sebab terlalu suka.
Jangan x tau, saya beli novel ni 4 kali sebab hilang org pinjam. Last saya baru beli tahun ni bulan 6 haritu bila author promote kan apa lagi terus dapatkan walaupun dah x baca lagi. Love you kak damya !
Ulang berkali-kali baca pun tak bosan. Novel yg berkisahkan tentang kawen kontrak yg ada lucu dan jatuh cinta alam umah tangga selepas berkahwin. Akhirnya, ending ceta yg happy.
-Reread- This is my first malay novel that make me fall in love with reading. Ive read this when i was 13 and its really good at that time. As im getting older then reread this book, now my rating had changed from 5 stars to 3 stars due to the "reality" of the story. I still rate it 5 stars due to the sentiment that i got from this book.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Ingat lagi ni la first novel yg dipaksa baca oleh my cousin and suka giler baca ulang2 after that hahaha but sedih tk jumpa physical book dia utk collection hm
Tiba-tiba rindu nak ulang baca kisah Zahlia dengan Tengku Syahran. So, balik kampung minggu lepas, sis bawaklah balik dengan novel sekuelnya, Bicara Hati 2.
Novel ini sebenarnya terbeli sebab ingin tahu kisah selanjutnya. Drama Bicara Hati juga tertengok sebab ternampak di TV. Haha! Pertama kali membaca novel dari Damya Hanna. Bolehlah.. Sebab, saye rase watak lain di dalam novel ini seperti Razif tidak diluaskan; tak diceritakan dengan lebih terperinci.