Jump to ratings and reviews
Rate this book

Angkatan Baru

Rate this book
".... Pintu sengsara hanya yang akan adinda tempuh, kalau kekanda yang diturutkan. Adinda perlu gelang emas, perlu dukuh berlian, padahal sedangkan kilat kaca tak ada kanda menyimpannya. Tak usah kekanda berminyak air di hadapan adinda. Jika sentana pemuda-pemuda lain, dipakainya pakaian yang baru, walaupun pakaian yang dipinjamnya, ketika akan ziarah kerumah tunanganya, ketika dipanggil makan di bulan hari raya atau dipermanis-manisnya badan supaya kelihatan oleh mertuanya. Padahal kelak setelah bergaul, rahsia itu akan terbuka juga. Tetapi kekanda memilih sikap lain..."

70 pages, Paperback

First published January 1, 2008

11 people are currently reading
114 people want to read

About the author

Hamka

112 books1,088 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
63 (30%)
4 stars
90 (42%)
3 stars
46 (21%)
2 stars
7 (3%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 30 of 62 reviews
Profile Image for Nurul Suhadah.
180 reviews33 followers
October 4, 2016
Buku ini habis dibaca semasa lawatan ke Sri Lanka. Tak berapa nak mengena sangat situasinya tetapi sebab buku ini nipis sahaja, sekejap sahaja sudah boleh dihabiskan.

Dalam banyak-banyak karya Hamka yang saya baca, kali ini watak perempuannya sangat menggerunkan. Terasa bertubi-tubi terkena juga serba sedikit apa yang dikritik Hamka melalui watak Syamsiar ini.

Syamsiar seorang wanita muda yang beroleh pendidikan tinggi, malah pendidikan agama yang cukup tetapi pendidikan yang diperolehinya tidak membuahkan akhlak dan karektor yang sepatutnya. Malah dia mengambil kesempatan, atas penghargaan dan kemuliaan yang diberi keluarga dan orang sekeliling. Selalu baca kisah perjuangan wanita dahulu kala untuk mendapat pendidikan tapi kali ini wanita telah mendapat pendidikan itu tetapi buruk pula kesudahannya.

Malah, secara halus juga Hamka menyindir golongan wanita yang cepat terpengaruh dengan novel-novel cinta dan romantik, hingga terbawa-bawa dalam kehidupan seperti Syamsiar. Hinggakan tujuan perkahwinan yang sepatutnya lebih besar dan berat itu hanya terfokus untuk bercinta-cinta dan bersenang-senang semata.

Syamsiar juga terlalu dimanjakan, hanya kerana keluarga dan kerabat menganggapnya terpelajar dan berpendidikan tinggi. Sayang yang keterlaluan yang membawa padah kepada diri Syamsiar sendiri.

Lebih besar lgi, kritikan sosial Hamka yang tajam, menempelak golongan terpelajar siswa siswi terutama keluaran agama, apa yang telah disumbang dan dibantu masyarakat sekelilingnya dengan ilmu yang diperolehi. Walau latar masa dalam cerita ini adalah dahulu kala tetapi isunya masih relevan hingga kini.

Saya beristighfar panjang, mohon janganlah ada dikalangan kita wanita yang menjadi seperti Syamsiar ini.
Profile Image for Nurul Atiqah Muhamad.
23 reviews4 followers
March 25, 2016
Review buku Angkatan Baru karya Hamka.

Buku ni ada 70 muka surat semuanya. Boleh habis dalam beberapa jam sahaja.

Rasanya tahun ni, mungkin inilah buku pertama yang betul-betul beri 'wake up call'. Di bahagian pendahuluannya Hamka awal-awal lagi sudah maklum akan ada pembaca yang tersinggung bila membaca karyanya ni. Memang betul. Tersinggung dibuatnya. Sebab apa yang diketengahkan buku ini benar-benar belaka.

Saya selalu kagum dengan Hamka. Melaluinya penulisannya kita boleh tahu beliau seorang yang berfikiran jauh menjangkau zamannya. Situasi di dalam buku ini masih relevan dengan masyarakat sekarang.

Ringkasnya, buku ini mengisahkan mahasiswa mahasiswi yang berpendidikan tinggi tetapi kurang ilmu serta kemahiran rumah tangga dan kemasyarakatan. Buku dibaca bekepuk-kepuk, sekolah bertahun-tahun, tapi masih kurang belajar.

Tak pasti mana silapnya. Boleh jadi disebabkan didikan keluarga yang memanjakan anak-anak dan lebih mementingkan pencapaian di sekolah berbanding pembangunan akhlak dan kemahiran hidup anak. Ataupun boleh jadi juga sistem pendidikan yang 'exam-oriented' yang kurang memberi ingat kepada pelajar tentang kehidupan bermasyarakat di luar pagar sekolah itu tak semudah yang disangka? Ataupun mungkin disebabkan sikap pelajar itu sendiri yang banyak angan-angan tapi kurang usaha dan perancangan? Bangun. Bangun. Terimalah kenyataan bahawa sijil dan ijazah hanya membuka sedikit peluang dalam persaingan mencari kerjaya tetapi tidak menjamin pekerjaan bagus dan masa hadapan yang cerah. Sikap terlalu memilih pekerjaan pun turut disebut dalam buku ini.

Melalui pembacaan saya yang terhad, ada beberapa buku yang saya senaraikan sesuai dibaca pada umur dan situasi-situasi tertentu. Buku ini sesuai dibaca untuk pelajar tahun akhir pengajian universiti. Sebagai persediaan menghadapi masyarakat sesudah habis belajar. Baca lebih awal lebih bagus. Saya juga cadangkan buku ini dibaca mereka yang rasa macam nak kahwin, tapi masih rasa tak mampu sebab tak bersedia nak pikul tanggungjawab dan kurang ilmu rumah tangga. InsyaAllah, akan kurang sikit rasa nak kahwin tu lepas habis baca buku ni. Perkahwinan itu dibina atas dasar tanggungjawab, bukan cinta semata-mata. Satu silap watak perempuan dalam cerita ini, sesudah berkahwin, suaminya hak milik mutlak dirinya sendiri. Tak didorong suaminya bergaul dan berjaya dalam masyarakat.

Setiap buku Hamka yang saya baca, akan ada satu ayat yang paling win sampai saya ingat ayat tu untuk memudahkan saya quote in the future. Dalam buku ini ayatnya berbunyi

"Dahulu anak-anak perempuan tidak laku kerana bodohnya, sekarang rupanya tidak laku lantaran pintarnya."

Kalau sempat baca satu buku sahaja tahun ini, bacalah buku ni. Saya beri lima bintang.
Profile Image for ainisreading.
86 reviews11 followers
February 18, 2024
Apakah bagi seorang anak perempuan sudah cukup alat untuk merenangi penghidupan dengan mempelajari mabaadi kimia, mabaadi ilmu alam, mabaadi falsafah, sekali lagi mabaadi, padahal tidak diadakan bentukan pada hari kemudiannya?
Profile Image for Syuhadah Ainin.
20 reviews9 followers
May 18, 2020
“Berilah saya setegak air kematian, asal di dalamnya cukup kemuliaan. Neraka dengan kemuliaan lebih aku sukai menderitanya, daripada surga dengan kehinaan.”

Demikianlah kata Hasan kepada Syamsiar.

Jangan salah faham ya. Bukanlah Hasan lebih rela masuk neraka. Dialog ini menggambarkan bagaimana bencinya Hasan yang rasa tidak senang dengan kehidupan rumah tangganya yang tidak dapat dikawal 100% oleh dirinya sendiri.

Ha, nak tahu apa jadi? Silalah nikmati pengalaman membaca salah satu karya agung Hamka ini.

.

Novel ini mengisahkan kehidupan beberapa pemuda lepasan sekolah agama yang mempunyai diploma. Pada ketika itu, seseorang yang mempunyai diploma, dipandang tinggi oleh masyarakat. Terutamanya wanita. Ia dianggap wanita yang terpandang dan berdarjat tinggi.

Dalam novel ini, watak Syamsiar dan Hasan dijadikan watak utama. Syamsiar digambarkan sebagai wanita terpelajar yang mempunyai cita, suka membaca (terutamanya karya roman Arab) dan juga bebas pergaulannya.

Syamsiar ini digambarkan oleh Hamka sebagai penyakit anak muda pada zamannya (ketika novel ini ditulis).

Kata Hamka, novel Angkatan Baru ini adalah suara hati yang meminta perhatian daripada pendidik-pendidik, dari penganjur perkumpulan, bahkan dari ninik mamak adat sendiri bagi menentukan arah pendidikan anak perempuan mereka.

.

Jelas Hamka memang menyampaikan mesejnya, dengan mengkritik beberapa peribadi Syamsiar yang:

1. Tidak mahu terjun dalam lembah masyarakat, kerana merasakan masyarakat setempat itu kolot dan tidak akan maju.

2. Mementingkan hal peribadi sendiri, sehingga lupa tanggungjawab sebagai anak dan isteri.

3. Yang tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari, terutamanya hal berkaitan agama, yang dipelajarinya secara terperinci di sekolah.

.

Dan, seperti kebiasaan, Hamka mengkritik adat masyarakatnya yang:

1. Keterlaluan memanjakan anak yang berpelajaran (sehinggakan anak itu tidak tahu menguruskan hal ehwal rumah tangganya)

2. Mengongkong keputusan anak muda

3. Masuk campur urusan rumah tangga anak-anak dan adik beradik mereka (sehingga menyebabkan Hasan dan Syamsiar berpisah, ni sedih!).

.

Bagi saya, Hamka berjaya membawa satu mesej yang amat penting melalui karyanya. Karya yang mengkritik secara langsung penyakit masyarakat pada ketika itu.

Sungguh hebat insan ini! Berani berkata benar!

.

Sungguh, saya mencadangkan kepada anda semua membaca novel Angkatan Baru ini.

Profile Image for Miyuke.
196 reviews2 followers
January 9, 2023
Pak Hamka sekali lagi mengetenghkan pandangannya untuk difikir dan diperhalusi dalam aspek penceritaan. Naskah ini memberi perhatian kepada pendidikan yang diberikan kepada anak-anak terutamanya anak gadis.

Kesesuaian pendidikan itu sendiri harus menimbal kepada persekitaran masyarakat. Apa yang dipelajari oleh individu belum tentu dapat digunakan sepenuhnya dalam melayari kehidupan harian.

Dalam naskah ini, terdapat perbezaan antara 2 watak utama yang diketengahkan. Walaupun Hasan tidak memiliki pendidikan setinggi Syamsiar, namun kesedaran serta realiti kehidupan mematangkan pemikiran dan tindakannya.

Berbanding watak Syamsiar yang walaupun berpelajaran tinggi, namun tahap intelektual keluarganya sendiri, kekangan adat, sikap serta pemikirannya sendiri yang akhirnya membawa kepada pengakhiran naskah ini.

Akhirnya, pengalaman kelihatannya seperti amat membantu dalam menentukan hala tuju perjalanan kehidupan.
Profile Image for Sue Oshin.
Author 10 books56 followers
June 16, 2022
"Saya tidak senang kalau rumahtangga tidak di tangan kita 100%, Syam ! Walaupun sangkar itu daripada emas, ia tetap sangkar juga, dan burungnya tetap terkurung. Jangan saya diberi minum kehidupan kalau akan dicampurkan dengan kehinaan. Namun berilah saya setegak air kematian, asal di dalamnya cukup kemuliaan. Neraka dengan kemuliaan lebih aku sukai menderitanya, daripada syurga dengan kehinaan" demikianlah kata-kata Hasan kepada isterinya.

Nipis tetapi sarat dengan pengajaran ! Satu kepuasan setelah tamatkan pembacaan untuk fiksyen Hamka ini, Angkatan Baru. Mesej yg cuba disampaikan Hamka kali ini bukanlah mengutamakan kritikan adat atau budaya minangkabau semata-mata tetapi ianya lebih kepada kritikan individu lepasan "sekolah tinggi" yang sangat memilih pekerjaan dan corak kehidupan mewah ibarat kacang lupakan kulit.

Syamsiar seorang gadis lepasan diploma pendidikan tetapi sayang seribu kali sayang, dia tidak tahu menguruskan rumah apatah lagi memasak. Kepakarannya hanyalah berdandan, menyulam serta membaca novel cinta fantasi dan ini sering disalahertikan oleh adik²nya mahupun orang tuanya kononnya dia sedang mentelaah dan mempelejari sesuatu ilmu kerana mereka ini buta huruf ! Walaubagaimanapun, dia dipandang mulia oleh kaum kerabatnya kerana pendidikan yg diperolehinya itu. Bagi dirinya pula, seorang lepasan diploma pendidikan haruslah mendapat pekerjaan yg serasi dengannya serta gaji yg lumayan bahkan persekitaran kerjayanya juga haruslah lebih gah berbanding mengajar di ceruk kampung. Lelaki pilihannya juga mestilah seorang bujang dan sama taraf sepertinya juga. Setahun berlalu setelah tamat pengajian, dia masih tidak bekerja lagi akibat terlalu memilih dan mahukan kesempurnaan malahan kaum kerabatnya juga sering risau akan dirinya kerana masih juga tidak berkahwin. Ada yg berkenan, yg merisik tetapi semuanya ditolak mentah² oleh Syamsiar kerana tidak menepati kriteria yg dia inginkan.

Hasan seorang pemuda lepasan diploma pemdidikan seperti Syamsiar juga. Orangnya sangatlah rendah diri dan perwatakannya juga jauh beza dengan Syamsiar. Dia tidak kisah dimana dia mengajar dan berapakah gaji yg diperolehinya tetapi untuk pasangan hidup pula kriteria yg dia inginkan tetap sama seperti Syamsiar. Masyarakat dikampungnya juga sangat mengagumi Hasan lalu ditunangkan Hasan dengan Syamsiar. Ketika dlm ikatan pertunangan inilah Syamsiar berani mengutus surat kepadanya walaupun mengikut adat tidak manis seorang perempuan yg memulakan bicara dengan seseorang lelaki seperti perigi mencari timba. Kata² Syamsiar dlm surat inilah membuatkan jiwa muda Hasan seperti dilambung ombak cinta.

Setelah mendirikan perkahwinan beberapa bulan, Hasan mulai jemu dengan sikap Syamsiar. Hampir 100% urusan rumahtangganya tidak ditangan mereka. Syamsiar hanya tahu berdandan dan melayan suami sahaja. Makan minum Hasan dimasak oleh ibu Syamsiar bahkan pakaian Hasan juga dicuci oleh adik Syamsiar. Hasan sangat beruntung kerana mertua dan iparnya sangat menyayanginya tetapi keberuntungan seperti apakah ini jika mempunyai isteri tetapi masih menyusahkan keluarga sendiri bahkan Syamsiar juga berani² mengutus surat kepada seorang rakan lamanya, Syamsudin yg ketika itu patah hati dgnnya. Dia bermain ayat cinta di atas pena sehingga membuatnya Syamsudin seperti diawangan lalu megajaknya kahwin (tidak tahu Syamsiar adalah isteri Hasan). Dia akhir cerita, Syamsiar diceraikan dan dia berkahwin dengan seorang saudagar yg mempunyai banyak isteri lalu berpindah jauh dari keluarganya.

Pengajaran yg ingin disampaikan Hamka kepada kita janganlah sesekali kita merasa mulia atas pencapaian kita kerana kemuliaan yg kita peroleh tidak akan lama malah semua manusia di sisiNya adalah sama. Seterusnya jangan pula kita mengkhianati kepercayaan seseorang kerana jika sekali hilang kepercayaan, peluang kedua mungkin tidak ada atau mungkin juga ada tetapi kepercayaan itu tidak seperti dulu lagi.
Profile Image for Aishah Nerina.
36 reviews
June 29, 2021
Karya ini pada pandangan saya adalah sebuah teguran tegas buat para wanita. Watak Syamsiar adalah seorang wanita terpelajar dan berpendidikan agama yang tinggi.

Namun, sayangnya. Seorang wanita itu bila memiliki sifat yang rendah dan sikap bermudah-mudah maka sekelilingnya ia tidak timbang dengan sama rata.

Pada fikirannya, dengan kelulusan jurusan agama dengan kepandaiannya hingga habis sekolah itulah yang lebih utama dan mulia.

Dapat pembaca renungi sebaiknya watak Syamsiar dalam karya ini, bagaimana seorang wanita meski tinggi pelajaran dalam hidupnya. Namun tidaklah ia lepas dari kesalahan. Bukankah manusia itu tidak luput dari kesalahan?

Malangnya, fitrah berkasih sayang itu menghambakan dirinya, dengan mudah ia menyatakan perasaannya melalui surat-surat tulisannya. Yang pada ketika itu berkiriman surat bagi pemuda pemudi bukanlah sesuatu yang biasa terjadi.

Akhirnya Syamsiar bertemu jodoh dengan pemuda bernama hasan. Seperti keinginan hatinya. Pasangannya mestilah yang seperti dirinya, berpelajaran dan yang pentingnya bukanlah suami orang.

Namun bahtera rumahtangga yang pada mulanya disulami dengan tawa bahagia dengan peluk mesra, diakhirnya tidak dapat dipertahankan kerana tanggungjawap suami isteri tidak ditangan mereka sendiri, si isteri meski cantik, pandai dan menawan hati suami namun satu kekurangannya ia tidak pandai ke dapur tidak pandai mengurusi rumahtangganya sendiri. Dan si suami yang hidup di atas belas kasih mertua tanpa perlu bersusah payah mencari rezki bagi menafkahi keluarganya.

Hasan seorang suami yang memiliki pendirian bukanlah selamanya ia berada dalam gengaman pujuk rayu sang isteri. Setelah sekian lama menjalani hidup bak berbulan madu. Akhirnya ia menentukan jalan pilihannya iaitu ingin berdiri di atas kaki sendiri.

Hal yang begitu mudah tidak pula dipersetujui isterinya, kerana bagi si isteri seorang yang terpelajaran tidak boleh bekerja ke sawah padi tidak boleh mengotorkan diri. Kerana kerja bawahan hanya layak untuk kuli sedangkan mereka orang terpelajar pula perlu kerja lebih tinggi.

Berpunca dari ketidak sefahaman inilah munculnya konflik dalam rumahtangga mereka. Yang akhirnya si suami bermasam muka dan si isteri merasa terabai dan kurang perhatian untuknya.

Malang sekali, dalam kemelut rumahtangga yang belum selesai. Syamsiar yang bosan mulai mencari penghibur hati dari arah yang lain. Begitulah terciptanya watak Syamsudin dalam karya ini. Watak yang cuma sebagai asbab perpisahan dua insan yang pernah saling berkasih.

Mereka pemuda pemudi yang diberi gelaran sebagai "Angkatan Baru" kerana peredaran zaman hakikatnya yang baru itu hanyalah anak-anak muda tetapi kehidupan mereka masih terikat kuat pada pengaruh adat dan kaum keluarga.

Ada pengajaran yang dapat pembaca renungi bersama, meski karya ini sangatlah singkat kisahnya.

1. Sikap seorang wanita yang seharusnya taraf pendidikan itu dapat membimbing hidupnya mencapai kehidupan yang lebih baik, bukan sebaliknya mendorongnya kelembah kejatuhan.

2. Pergaulan dalam rumahtangga, kurangnya perbincangan tentang hala tuju yang patut ditempuh bersama, menjadikan suami isteri akan bermudah-mudah dalam memainkan peranan dan memikul tanggungjawap mereka.

3. Tidak bermudah-mudah membuka rahsia rumahtangga kepada orang lain, baik kepada keluarga ataupun sahabat handai. Carilah solusi setiap permasalahan dengan berbincang antara suami isteri dan kalau perlu nasihat dari orang yang terpecaya akhlaknya.

Wanita setinggi manapun pelajarannya, tetapi tidaklah menjadikannya seorang yang sempurna dan bebas dari kesalahan. Namun, bukankah sebaiknya setiap suami bersabar dengan membimbing mereka kearah jalan yang benar? Dan tidaklah bermudah-mudah menghukum dengan meninggalkan seolah-olah setiap kesalahan tidak boleh dimaafkan.
Profile Image for Jamilah Norddin.
100 reviews17 followers
Read
October 11, 2024
"Suara hati, yang meminta perhatian dari pendidik-pendidik, dari penganjur perkumpulan, bahkan dari ninim mamak adat sendiri.

Tentukanlah arah dari pendidikan anak-anak perempuan kita."-HAMKA

HAMKA menulis pada masa beliau, namun masih "kena" dengan anak muda zaman kini.

Sarat dengan kritikan masyarakat. Kesan apabila terlalu dimanjakan, diberi pendidikan, tetapi 'kurang arif' kemahiran kehidupan.

"Rupanya mantik dan ma'ani dipelajarinya, nahwu dan saraf dihafalnya, cerita roman dibacanya denhan asyik, hanya satu perkara yang tidak dimahirkannya, iaitu memasak." (Terasa ditembak berkali-kali di dahi membacanya)

"...Dan memang kitab-kitab itu dibelinya, bukan untuk dibacanya, kerana itu belum makanan otaknya, tetapi disusun di atas rak buku dengan teratur."

Buku yang nipis tetapi tebal dengan nasihat. Pesanan untuk anak muda yang baru menamatkan pengajian khususnya dan untuk setiap kita, amnya. Realiti bukan hanya yang indah-indah.

Baca dengan hati, akan ada yang menjentik!

***
2021.
Syamsiar yang baru menamatkan pengajian dan akan berkahwin. Dia mahu bernikah dengan suami seperti gambaran yang dibaca dalam buku-buku cerita. Tetapi realiti sebenar bukan begitu. Sehinggalah dia betemu Hasan dan bersetuju untuk bernikah. Mereka sudah berkahwin, tetapi Syamsiar hanya pandai mengurus diri bukan rumah tangga. Pada mulanya semua berjalan lancar, hinggalah beberapa bulan berlalu. Hasan mula bosan dan tidak selalu pulang ke rumah. Suatu hari, dia pulang terbaca surat Syamsiar kepada Syamsuddin, kawan mereka. (Syamsiar lihat surat Syamsudin di akhbar, dan menulis surat kepadanya). Syamsudin tidak tahu Syamsiar sudah bernikah. Dia mahu melamar Syamsiar. Hasan yang terbaca surat Syamsiar menghantar surat kepada Syamsuddin, bercerita hal sebenar. Syamsuddin meminta maaf. Hasan menceraikan Syamsinar. Akhir cerita, Syamsiar berkahwin dengan pilihan keluarga, seoang lelaki yang lebih tua daripadanya... Mereka meneruskan hidup.

Halaman-halaman awal novel ini penuh dengan nasihat dan kritikan sosial kepada perempuan muda terutamanya yang baru menamatkan pengajian. Sekalipun sudah berilmu, jangan lupa ilmu berkaitan hidup dan urusan rumah tangga. Disebut tentang membaca buku-buku hingga tidak keluar bilik (terasa!), dan banyak lagi nasihat untuk orang muda.
Profile Image for Khairussyifa' Shukri.
16 reviews8 followers
October 10, 2016
Bukan sekadar cerpen biasa kerana punya maksud tersirat iaitu kritikan pedas buat para wanita yang berilmu. Jadi wanita tak cukup dengan bekal cinta dan kecerdasan. Tapi tiada kerajinan, kemahiran dan tidak memberi manfaat buat masyarakat selaku manusia yang berilmu.

Mesejnya jelas, jadilah isteri cerdas namun juga yang memberi bakti buat keluarga dan masyarakat.

Moga boleh jadi teman semusafiran suami di dunia, atau hiduplah dibawa arus 'hidup sekadar bersuami' dengan perhiasan penuh di badan.
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews65 followers
July 22, 2016
In a nutshell, buku ini berkisar tentang mahasiswa pengajian agama yang 'perasan bagus'.
Tidak seepik 'Di bawah lindungan kaabah' mahupun 'Tenggelamnya kapal Van Der Wick', Angkatan Baru tetap menghiburkan dan padat dengan mesej.
Saya paling lega bila mana Syamsiar tidak bersatu dengan Syamsuddin setelah si gadis dilepaskan oleh suami pertama. She doesn't deserve any nice guy.
Profile Image for Nor.
Author 9 books106 followers
August 4, 2020
Angkatan Baru tulisan Buya Hamka adalah karya ringkasnya yang berisi teguran kepada anak-anak muda yang berkelulusan agama di peringkat pengajian tinggi, tetapi amat berkira dalam soal menentukan di mana mereka harus menyampqikan ilmu, bagaimana selayaknya mereka dilayan masyarakat, dengan siapa mereka boleh bergaul.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
August 11, 2017
Novel ringkas ini menarik perhatian saya apabila membaca review kebanyakan pembaca. Dan, dalam hati saya sendiri selalu menganggap HAMKA, dari sudut seorang penulis novel bukan dari sudut seorang ulama', memang pengkritik tegar perempuan Minang. Sungguhpun beliau sangat berjasa dalam mengangkat martabat perempuan dalam hasil kerjanya seperti Tafsir Al-Azhar dan 'Kedudukan Perempuan dalam Islam', tetapi dalam novel seperti Tenggelamnya Kapal Van Der WJick, Merantau ke Deli dan novel ini, nampak begitu jelas kritikan HAMKA terhadap adat minang yang bersifat matriaki yang ditonjolkan melalui watak2 perempuan Minang.

Walaubagaimanapun, saya akui, watak Shamsiah dalam novel ini memang patut dikritik habis-habisan. Seperti juga kebanyakan mahasiswi di universiti hari ini, yang tidak ada agenda dan visi hidup terhadap masyarakat, atau sekurang-kurangnya cita-cita untuk menjadi seorang ibu yang berkualiti dalam rumahtangga.

Padahal, perempuan2 yg berpendidikan sepatutnya punya kesedaran dalam membangunkan masyarakat dan keluarga. Tapi susah juga bila difikirkan semula, adat dan keluarga Shamsiah sendiri yang membentuk dirinya sedemikian. Terlalu dimanjakan, tidak dididik dengan realiti rumah tangga, dihalang pula untuk pergi bekerja sebagai seorang guru di luar daerah. Lalu, di manakah peluang bagi Shamsiah untuk memanfaatkan ilmu di dadanya?

Sayang seribu kali sayang, Shamsiah juga mensia-siakan peluang untuk berbakti pada masyarakat bersama suaminya. Padahal, suaminya seorang guru yang bercita-cita untuk memajukan anak didiknya. Sebaliknya Shamsiah bukan saja tidak menyokong suaminya, malah menghalang cita-cita suaminya dengan pujuk rayunya dan ketagihannya terhadap hubungan romantik saja!

Ternyata, baik patriaki mahupun matriaki, kedua-duanya bersifat menindas. Secara tersirat, HAMKA cuba membawa idea kesetaraan gender dengan melawan adat matriaki di Minang.
Profile Image for ami ☆ ⁺‧₊˚ ୭.
156 reviews18 followers
April 17, 2022
gimana ya ... bingung sih karena apa yang syamsiar alamin mungkin ngga sepenuhnya salah dia. di keluarganya dia ngga dibiasain buat jadi mandiri, jadi ya ga mungkin juga pas udah berumah tangga tiba-tiba dia jadi mandiri gitu. tapi salah dia juga karena gamau belajar. beruntung dia dapetnya hasan yang tutur kata perilakunya baik, masih mau ngingetin apa-apa yang salah dari syamsiar. walau syamsiar ngga dengeri saat itu, seenggaknya hasan udah ingetin.

kesimpulannya, yang agamanya bagus belum tentu kelakukannya bagus juga. mau sekolah tinggi tinggi ujung-ujungnya yang diliat orang kan ya sikap kita ke orang lain. cara kita selesain masalah yang ada di sekitar kita.
338 reviews15 followers
September 29, 2024
Novelet tentang anak muda, adat dan perkahwinan. Kisah sosial masyarakat. Impian dan realiti bertembung. Pendidikan berasaskan teori semata-mata adakala mengundang mudarat apabila kefahaman dan akal budi tidak seiring.

Cepat selesai membacanya. Saya melihat Shamsiar yang terdidik tetapi tidak faham hala tuju. Membaca perlu berfikir juga. Watak suami dalam lingkungan latar cerita susah benar kehidupannya. Persoalan sekufu.
Profile Image for Najiha Jaffar.
29 reviews2 followers
January 25, 2022
Kenapalah begitu Syamsiar ni. Banyak sangat membaca buku cinta, begitulah haih. Benar ya, sesungguhnya kita adalah apa yang kita baca. Seimbangkan bacaan anda, jangan baca buku roman memanjang. Mujur akhirnya dia bahagia hidup.
Profile Image for Siddiq Husainy.
35 reviews17 followers
December 27, 2016
[ Angkatan Baru ]

" Adakah dia mengetahui cinta menurut falsafah Beethoven atau menurut karangan Manfaluthi dan Guthe? Adakah cinta itu disandadkannya kepada kekuatan budi dan ketinggian perangai?

Tidak, belumlah sampai pengajiannya ke situ, bahan bukan ke situ tujuan baginda. Cinta menurut Syamsiar ialah bebas dari ikatan ada, bebas dari ikatan basi-basi kampung yang kolot, memujuk dan bercumbu, walaupun di hadapan ninik-mamak!"

--
--

Satu novel kritikan sosial terhadap pelbagai pihak dalam satu novel.

Kritikan terhadap gaya pandang masyarakat pada kedudukan dan pendidikan, kepada pemikiran 'kebabasan', kepada cinta yang hanya bersandarkan kehangatan semata-mata tanpa timbang tara erti kepakaran hidup bersama, kritikan terhadap erti perkahwinan yang salah, juga kritikan kepada 'pemidato' dan 'intelektual' yang tidak bisa mengurus dan mengatur kehidupan sendiri.

Novel ringkas, walaupun tampak seperti rekaan, tetapi sebenarnya realitas lagi di sesetengah tempat di pelusuk dunia.

3.5/5
Profile Image for Tengku Khadijah.
88 reviews4 followers
July 12, 2023
Bacaan kali ketiga untuk buku Angkatan Baru ini. Kisah yang diceritakan ini ialah kisah benar yang berlaku dalam masyarakat.

Pendidikan.
Cinta.
Sekufu.
Rumah tangga.

"Dahulu, anak-anak perempuan tidak laku kerana bodohnya, sekarang rupanya tidak pula laku lantaran pintarnya."

"Heran benar perangai lelaki. Mereka tidak mau isterinya bodoh, tetapi terlalu pintar, mereka tak mau pula."

Walaupun buku ini tidaklah sehebat kisah dalam Terusir dan Merantau ke Deli, namun buku ini tetap antara buku yang harus dibaca dan dijadikan tauladan.

Watak Syamsiar ada kurangnya, watak Hasan pun ada kurangnya. Masing-masing ada kelemahan sendiri.

"Bukanlah saya akan berfatwa kepada Saudara, kala saya katakan bahwa kewajiban kita sebagai suami rupanya lebih besar lagi dari kewajiban guru ketika mengajar dan kewajiban orang tuanya. Saudara maklum sendiri bahawa umumnya kaum kerabat dan keluarga kita masih bodoh. Mereka sangka bahwa kalau anaknya telah bersekolah, sudah boleh dilepasunggaskan saja. Meskipun ada juga niat mereka hendak menjaga maka pengetahuan si anak lebih luas daripada pengetahuan si keluarga. Guru-gurunya sekali-kali jangan disalahkan, tidak ada guru yang mendidik anak muridnya kepada kejahatan, niat mereka semuanya baik dan suci, cuma kadang-kadang guru itu amat pandai membaca kitab, tetapi tidak pandai membaca masyarakat."

Cerita dimulakan dengan pengenalan watak Syamsiar dan Hasan yang baru selesai pengajian. Kemudiannya mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga. Namun, yang Hasan harapkan tidaklah seindah yang disangka.

"Sudah hampir setahun Syam, sudah hampir setahun kita berumahtangga. Artinya sudah lepas zaman kita bergembira, dan sudah datang saatnya kita mesti memikirkan tujuan rumah tangga itu."
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
December 30, 2016
Buku ini mengangkat tema kehidupan dalam perkahwinan.Citra perkahwinan pada awalnya sememangnya suatu keindahan.Malam pertama merupakan detik yang akan paling diingati dalam hidup sehinggakan seorang penyair pernah mengutuk malam terlalu cepat berlalu dan siang terlalu cepat bertamu kerana menghayati keindahan itu.Namun,selepas itu buya mula mengkritik falsafah cinta yang dianuti oleh syamsiar sehinggakan menggabaikan tanggungjawab.Melalui watak syamsiar juga buya mengkritik penuntut ilmu yang hanya berteori dan tidak pandai memanfaatkan ilmu bagi mengharungi kehidupan.Buku menyedarkan kita sebenarnya lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling melengkapi.Paling penting mesej utama saya kira adalah perkahwinan bukan hanya keseronokan yang dicari di dalamnya.Perkahwinan adalah kehidupan yang ada pasang dan surutnya,ianya perlu dihadapi bersama.Seperti kebanyakan karya buya HAMKA,buku ini juga tidak tertinggal dari menyebutkan budaya dan adat minangkabau.Sifat-sifat manusia dapat diambil ibrah melalui watak-watak khususnya syamsiar dan hasan.
Buku ini sesuai khusus bagi bakal pengantin dan pengantin baru,umumnya untuk semua.

Sejujurnya diri ini selepas membaca buku ini,nafsu perkahwinan itu agak sedikit lentur dek kerana kritikan sentap terutamanya berkaitan persiapan ilmu.
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
October 16, 2014
Kritikan sosial pak HAMKA kepada golongan mahasiswa. Malahan kalau tidak diketahui siapa dan apa, sudah tentu ramai akan menyangka ini tulisan terkini. Golongan lepasan universiti yang merasa besar diri dan enggan menggauli masyarakat sungguh ketara kini. Hanya sibuk mengarang puisi cinta ingin bercandu persis Qays dan Laila tanpa ingin terjun kedalam kecamukan masyarakat. Malah dirasa semakin besar diri pula dengan segulung kertas. Padahal jika tiada mampu ilmu itu membawa kebaikan dan perubahan kepada masyarakat maknanya sia sialah usaha seseorang itu. Sungguh terasa juga sindiran pak HAMKA pada hati ini. Ilmu itu sia sia tanpa amal(bakti kepada masyarakat) ibarat pohon tak berbuah .
Profile Image for SITI NURBAITI MOHAMED.
82 reviews20 followers
January 4, 2019
Mujur sahaja Buya Hamka terlebih dahulu memesan bahawa buku ini mungkin menyinggung perasaan dan ternyata walaupun setelah dipesan, tetap sahaja dirasa terkritik, namun apa yang benar itu sememangnya pahit.

Apa yang boleh saya simpulkan melalui pembacaan dan pemahaman saya yang terhad ini, perlulah dalam diri seseorang mahasiswa/i itu keseimbangan dalam pekerjaannya lebih-lebih lagi kepada mereka yang akan memasuki alam perkahwinan, mengimbangi masa perkahwinan dan masa bekerja itu ternyata amatlah renyah. Ilmu teori dan praktikal itu haruslah seiring. Ilmu dari buku dan realiti hidup itu haruslah ditelan dan mahu atau tidak itulah tanggungjawab dari bertahun lamanya pelajaran yang ditimba. Apa yang dititikberatkan di dalam buku ini juga ialah ilmu kemasyarakatan yang harus ada dalam setiap pelajar kerana pada akhirnya ilmu yang dipelajari itu perlu dikembalikan kepada berbaktinya kepada masyarakat.

Saya tertarik dengan satu ayat dari Angkatan Baru iaitu, "Dahulu anak-anak perempuan tidak laku kerana bodohnya, sekarang rupanya tidak laku lantaran pintarnya."

Jujurnya agak lucu saya bacanya kerana betapa rendahnya, gerunnya atau tingginya (pilih sendiri) pandangan sesebuah masyarakat terhadap seorang wanita, terutamanya masyarakat matrilineal seperti mereka di Minangkabau. Di antara dua kata berlawanan sifat yang ditujukan kepada perempuan, saya tidak nafikan ada sebabnya. Terlalu pandai dalam pelajaran tapi akhlaknya tidak setinggi ijazah. Terlalu kurang pendidikannya untuk bekerja tapi mahir dalam berumah tangga. Dan saya tahu kebanyakan wanita di luar sana pasti mendidih hati mereka, akan bersoal seakan setakat itu sahajakah 'fungsi' wanita? Namun tahan dahulu penghakimannya, pelajaran dan soft skill sangatlah penting untuk wanita, malah untuk lelaki pun, ianya sangatlah penting untuk kedua-dua gender. Kalau pintar dalam kelasnya, haruslah cemerlang juga di rumahnya. Dan ingin ditegaskan, sekurang-kurangnya kalau bukan untuk suami atau isteri (sebab saya tahu dalam kalangan rakan-rakan bercadang untuk tidak berkahwin malah ingin mengejar citanya) buatlah dan berbaktilah kepada Ibu Ayah dan keluarga. Berlawanan pula dengan Syamsiar yang hidup selepas kahwinnya rumah tangganya sendiri masih juga diuruskan oleh Ibu dan adik-adiknya. Well, that is not independent at all! Masakan sudah gedek, cuci pinggan bekas makannya malas?!

Seterusnya, dalam perkahwinan itu bukan asasnya cinta sahaja. Cinta tidak akan pernah mengenyangkan perut. Cinta sahaja tidak mencukupi untuk menghadapi realiti hidup di saat ia mengjengah, di saat ia diributi angin. Bercumbu dan membujuk itu bukan fungsi perkahwinan, sebaliknya perkahwinan itu membina diri dan membentuk peribadi ke arah redha Allah selain ia memenuhi sebahagian daripada agama dan ladang pahala. Sebab itu, kalau kita biasa dengar, disebabkan perkahwinan, peribadi seseorang berubah menjadi lebih baik.

Walaupun Buya Hamka merupakan figura yang mengangkat martabat wanita lewat karya beliau, tetapi terdapat juga beberapa perkara yang dikritiknya tentang wanita terutamanya mereka yang cepat terpengaruh dan tenggelam dalam indahnya cinta perkahwinan menurut idea novel. Dan kalau bercakap pada zaman sekarang, mungkin bukan novel cinta tetapi drama petang-petang dan drama Korea. Allahu, ini memang terpukul dibuatnya. Idea romantis yang dicanang di dalam minda wanita sehingga terbawa dalam realiti menjadi candu yang sangat bahaya. Ada kalanya wanita ini lemah, adakalanya merekalah makhluk Tuhan paling tabah dan kuat daripada pahlawan di meda perang. Ada pasang surutnya.

Dalam masa ketika membaca Angkatan Baru ini, saya masih tertanya-tanya apakah maksudnya di sebalik perkataan Angkatan Baru.
Profile Image for farratiq.
47 reviews7 followers
October 5, 2020
Tajuk: Angkatan Baru
Penulis: Hamka
Penerbit: Gema Insani
Tahun Terbit: 2016
Halaman: 88
Oleh: @farrahreads

“Yang amat rumit ialah karena didikan selama mengaji itu bahwa berniaga, berjualan, berladang, dan bertani, dipandang sebagai pekerjaan yang rendah, yang tak layak menjadi pekerjaan keluaran sekolah agama yang gurunya keluaran Mesir itu.” (Angkatan Baru, Hamka, halaman 20)

Syamsiar digambarkan sebagai seorang perempuan yang belajar di sekolah agama dan mendapat diploma, yang ketika itu merupakan satu peringkat pengajian yang sudah cukup tinggi bagi masyarakat. Dek kerana itu, keluarganya memandang tinggi kepadanya dan telah melakukan semua perkara untuknya. Dalam erti kata lain, Syamsiar sangat dimanjakan oleh mereka. Semua pekerjaan rumah dilakukan oleh ibu dan makciknya. Dia hanya duduk di dalam bilik dan membaca buku terutamanya novel roman Arab.

Masalah timbul apabila Syamsiar berkahwin. Sejujurnya, ketika membaca cerita ini, saya juga tidak dapat bertahan apabila mendapat pasangan seperti Syamsiar. Bermula daripada sikap dirinya sendiri sehinggalah sikap keluarganya yang masuk campur urusan rumah tangga mereka.

Sedangkan, rumah tangga itu adalah hal suami dan isteri sahaja.

Novel Hamka, walaupun banyak yang bertemakan cinta, tetapi sebenarnya beliau menggunakan tema tersebut untuk mengkritik isu sosial dan adat Minangkabau yang keterlaluan. Dalam karya kali ini, Hamka jelas mengkritik sikap Syamsiar yang dikatakan penyakit anak muda ketika itu, bahawa seseorang yang berpelajaran tinggi sepertinya hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mahu bercampur dengan masyarakat. Berulang kali Syamsiar mengatakan bahawa masyarakat di kampungnya kolot tetapi tidak sekalipun diceritakan apa yang telah dilakukannya untuk membantu mereka keluar daripada kekolotan itu.

Satu hal yang disentuh Hamka lagi, apabila Syamsiar berkata bahawa tidak selayaknya orang belajar tinggi dan diajar oleh guru yang bagus seperti mereka bekerja membajak sawah. Kata orang putih, rasa ‘entitled’. Rasa berhak untuk mendapat gaji yang lumayan dan dipandang tinggi.

Buku ini sebenarnya adalah teguran bukan sahaja untuk perempuan seperti Syamsiar, tetapi untuk ibu bapa dan pendidik di luar sana, supaya menentukan hala tuju pendidikan untuk golongan perempuan. Bahawa pendidikan itu sepatutnya berakhir dengan memberi manfaat kepada masyarakat.

Apabila wujudnya golongan seperti Syamsiar, maka akan pincanglah sesebuah keluarga, yang seterusnya memberi kesan kepada masyarakat dan akhirnya menggoyahkan sebuah negara. Bukankah Hamka sendiri pernah berkata bahawa perempuan adalah tiang negara, jika perempuannya baik, baiklah negara?

Apakah yang boleh dipelajari daripada seorang perempuan satu kepandaian sahaja iaitu bercinta.

Semoga kita (saya) mengambil pengajaran daripada Syamsiar.
Profile Image for Aritsa.
22 reviews
July 2, 2023
Menceritakan tentang kehidupan pernikahan Syamsiar dan Hasan. Keduanya adalah lulusan sekolah tinggi agama dari kampung yang berbeda. Syamsiar dan Hasan merasa bahwa kehidupan kampung dan tradisinya kolot mengikat. Mereka berusaha agar dapat hidup sesuai dengan gelora angan dan impian masing-masing melalui pernikahan yang sudah digariskan takdir. Namun cinta mereka pun diuji ketika konflik mulai hadir.

Awalnya kukira buku ini akan mengomentari kekakuan tradisi yang mengikat para lulusan sekolah tinggi berpandangan "modern". Ternyata Buya HAMKA justru menyoroti tingkah polah sebagian pemuda berpendidikan tinggi yang enggan bersusah payah bekerja serta menolak pekerjaan yang dirasa tidak mampu memberi gaji sepadan dengan pendidikannya. Buya HAMKA menekankan bahwa sejatinya pendidikan tinggi adalah untuk menyejahterakan serta membawa perubahan bagi masyarakat sekitar, tak semata memperoleh status sosial dan gaji berlimpah.

Sejujurnya aku agak tersindir di beberapa bagian, tapi bukan sindiran yang berujung tersinggung melainkan menertawakan betapa miripnya kedua insan bernama Syamsiar dan Hasan ini dengan mindset-ku dulu saat baru lulus. Merasa paling cerdas di lingkungan, memiliki harga diri yang mahal ditebus, baik dalam urusan jodoh maupun karir. Padahal ketika dihadapkan pada kerasnya hidup yang sesungguhnya, diumpamakan sebagai gunung, jumawa jadi tidak berlaku karena diri ternyata masih bau kencur. Baru sadar adanya celah antara teori yang diajarkan di bangku pendidikan dan bagaimana dunia masyarakat berjalan.

Menurutku, Buya HAMKA tidak memojokkan pihak "angkatan baru" alias "anak muda berpandangan modern" ini. Beliau memaparkan kondisi di lapangan tanpa bias terhadap subjek utama serta mempersilakan pembaca untuk mengolah sendiri makna dari peristiwa-peristiwa tersebut. Dalam satu kisah terkandung berbagai pesan di setiap halamannya, mengunci hati pembaca untuk berupaya menemukan pesan-pesan lain di lautan karya beliau.
Profile Image for Self..
52 reviews5 followers
March 13, 2021
________________
Angkatan Baru || Hamka || Gema Insani || 2016 || 90 hlm || baca via @ipusnas || #selfireads
________________
Novel ini terbilang tipis, bayangkan hanya 90 hlm😱, tapi jangan salah novel ini sarat akan makna.
.
Di bagian awalnya mungkin sebagian pembaca langsung tersinggung. Wajar sihh, karena apa yang di paparkan dalam buku ini benar adanya.
.
Novel ini mengisahkan pemuda-pemudi yang berpendidikan tinggi namun ilmunya kurang, baik dalam berumah tangga juga dalam bermasyarakat. Buku yang dibaca berlusin-lusin, sekolah bertahun-tahun, tapi masih kurang belajar.
.
Berkisahkan tentang Syamsiar, seorang wanita yang mempunyai diploma yang pada zamannya sangat terpandang dan berderajat tinggi. Syamsiar digambarkan sebagai wanita yang dirumah hanya ongkang-ongkang kaki atau membaca buku roman di dalam kamarnya. Memasak, mencuci, turun ke sawah?? Jangan harap...
.
Novel ini mengkritisi pemuda yang tidak mau terjun ke masyarakat karena merasa masyarakat setempat itu kolot dan tidak akan maju, tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari terutama hal yang berkaitan dengan agama.
.
"𝙱𝚎𝚛𝚒𝚕𝚊𝚑 𝚜𝚊𝚢𝚊 𝚜𝚎𝚝𝚎𝚐𝚊𝚔 𝚊𝚒𝚛 𝚔𝚎𝚖𝚊𝚝𝚒𝚊𝚗, 𝚊𝚜𝚊𝚕 𝚍𝚒 𝚍𝚊𝚕𝚊𝚖𝚗𝚢𝚊 𝚌𝚞𝚔𝚞𝚙 𝚔𝚎𝚖𝚞𝚕𝚒𝚊𝚊𝚗. 𝙽𝚎𝚛𝚊𝚔𝚊 𝚍𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚔𝚎𝚖𝚞𝚕𝚒𝚊𝚊𝚗 𝚕𝚎𝚋𝚒𝚑 𝚊𝚔𝚞 𝚜𝚞𝚔𝚊𝚒 𝚖𝚎𝚗𝚍𝚎𝚛𝚒𝚝𝚊𝚗𝚢𝚊, 𝚍𝚊𝚛𝚒𝚙𝚊𝚍𝚊 𝚜𝚞𝚛𝚐𝚊 𝚍𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚔𝚎𝚑𝚒𝚗𝚊𝚊𝚗." (𝐇𝐚𝐬𝐚𝐧, 𝐡𝐥𝐦 𝟓𝟐)
.
Eits jangan salah paham, bukannya Hasan rela masuk neraka. Kutipan itu menggambarkan bagaimana Hasan tidak senang jika rumah tangganya tidak dapat di kawal 100% oleh dirinya sendiri.
.
Selain itu novel ini juga mengkritisi adat masyarakat yang terlalu memanjakan anak-anak yang terpelajar sehingga mereka tidak tahu tetek-bengek urusan rumah tangga, terlalu mengurusi rumah tangga anak-anaknya.
.
Melalui buku ini penulis ingin menyampaikan bahwa pendidikan tinggi bukanlah untuk gaji atau status sosial semata, tetapi untuk membawa perubahan dan kemajuan bagi masyarakat sekitar.
Profile Image for Ridho Arisyadi.
27 reviews2 followers
March 10, 2022
Dalam novel romansa pun, Buya Hamka tetap menyentil fenomena sosial yang marak terjadi ketika beliau menulis novel ini. Dan rasanya sentilan Buya Hamka ini terlihat pada kondisi kita saat ini.

Lakon utamnya adalah Syamsiar, seorang wanita dari sebuah kampung. Ia merantau menempuh pendidikan tingkat lanjut yang tidak ada di kampungnya. Waktu berlalu, pendidikan selesai, dan ia kembali di kampung. Di kampung ia menjadi sedikit dari beberapa orang yang telah menemupuh pendidikan formal tingkat tersebut. Bahkan dikeluarga besarnyanya, ia lah anggota keluarga dengan pendidikan tertinggi. Maka datanglah perasaan itu. Bahwa ia istimewa dan keluarganya pun memang mengistimewakannya. Ia tidak mengerjakan tugas domestik yang biasanya dikerjaan gadis seumurannya. Ia diproyeksikan bekerja pada pekerjaan dengan gaji tinggi dan presitise.

Ia pun merasakan tersebut dan memanfaatkannya. Ia pun sangat memilih pria-pria yang ingin meminangnya dengan melihat statusnya sekarang. Akhirnya niatannya tercapai. Tapi kemudian rasa jenuh datang. apakah kisahnya berakhir bahagia? Pesan moral yang didapat? Jom baca..

Cerita2 roman Buya Hamka ini memang luar biasa. Twistnya sering tidak terduga dan beliau tidak segan membuat tokoh utamanya terlihat merana dan berbuat salah. Ciri khas novel Buya Hamka lainnya yang terlihat pada Angkatan Baru ini adalah pertukaran komunikasi dalam surat. Rasanya untuk cerita yang ditulis tahun 60an, teknik ini sudah jauh melampui zamannya.

Makin banyak baca roman buya hamka, kekaguman ini makin tinggi.

Btw buku ini di cetak ulang oleh Gema Insani bersama banyak buku Buya Hamka lainnya. Secara jumlah halaman tidak lah tebal namun bukan novel Buya Hamka tertipis yang dicetak Gema Insani. Bisa selesai kurang dari sejam lah. Ilustrasi covernya pun sudah sangat kekinian namun tidak kehilangan konteks. Salut dengan Gema Insani.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
December 27, 2020
1.
Cerita ini pendek sahaja, setakat 84 muka surat.

2.
Dalam buku ini, HAMKA masih utuh dengan "perjuangan" membuka minda masyarakat tentang kebiasaan-kebiasaan yang banyak merosakkan.

3.
Angkatan Baru mengisahkan Syamsiar, wanita Minang yang berjaya mendapatkan pendidikan di kala zaman lelaki lebih diberi keutamaan.

4.
Kejayaan Syam menamatkan persekolahan berjaya menaikkan darjat beliau dalam struktus sosial setempat, dan dalam masa yang sama menebalkan rasa ego Syamsiar.

5.
Walhal, ilmu yang dituntut habis tertinggal di dalam kelas selepas kaki melangkah keluar dari sekolah. Yang melekat dalam jiwa Syam hanyalah impian-impian indah yang tak berpijak di bumi nyata.

6.
Perkahwinan dengan Hasan adalah kemuncak cita-cita Syamsiar, namun harapan beliau tak segaris dengan kemahuan Hasan.

7.
Sedih. Walhal keduanya ada ilmu, namun lemah dengan nafsu sendiri. Syamsiar terlajak kelakuan, si Hasan mengadu domba pada orang yang tak membantu walau seinci.

8.
HAMKA jelas kecewa dengan orang-orang yang menuntut ilmu tapi tak menanggapi ilmu dalam kehidupan sebaiknya. Watak Syamsiar meggambarkan tentang bagaimana budaya romantisme mempengaruhi kehidupan dan pemikiran, lalu merosakkan kehidupan berumah tangga.

9.
Perkara ini bukan hanya berlaku pada zaman itu, ia berlanjutan sampai hari ini dan masa akan datang juga. Kalau zaman Syamsiar mediumnya buku-buku cinta, zaman sekarang sumbernya berlebih-lebihan. TV, radio, internet semuanya menjadi pengaruh kepada kehidupan manusia.

10.
Yang pandai menapis, pandailah. Yang terus mengelak, baguslah. Yang terpengaruh, hanyutlah.

11.
Buku Angkatan Baru ini pendek, tapi pengajarannya malar segar sehingga saat ini.

#sharulmembaca
#malaysiamembaca
#sharulnizamdotcom
Profile Image for Titik N.
22 reviews
June 9, 2025
Buku pertama Buya Hamka yang saya baca. Dibaca dari sinopsisnya sudah membuat hati tertohok, dan yap begitu masuk ke bab 1 - 3 rasanya agak bittersweet karena sangat dekat dengan kehidupan sehari-hari.

Buku ini membahas tentang masalah sosial - pendidikan, yang memperlihatkan contoh bagaimana perbedaan pola pikir masyarakat modern yang memperoleh pendidikan tinggi dengan kehidupan masyarakat sekitar yang masih terpengaruh kuat oleh adat setempat.

Mungkin sebagai masyarakat modern, kita sering menganggap hal-hal tersebut sangat mengekang, kolot, dan jauh dari kebebasan. Namun, apakah semua yang bersifat "bebas" itu akan menghasilkan sesuatu yang baik? Permasalahan yang diangkat di sini sangat cocok dengan Angkatan Baru, angkatan muda, angkatan yang dewasa, bahwa masih ada kehidupan di luar selain hubungan dua arah dengan pasangan, masih ada tanggung jawab sebagai bagian dari masyarakat, masih perlu dipikirkan bagaimana langkah untuk melanjutkan kehidupan karena sejatinya kehidupan tidak berhenti setelah kita bertemu dengan orang yang dicinta dan menikah. Justru itulah permulaan dari semuanya.

Salah satu kutipan yang paling saya suka karena jujur sangat penyakitkan tapi sangat benar :D
"Tidak ada guru yang mendidik anak muridnya kepada kejahatan, niat mereka semuanya baik dan suci, cuma kadang-kadang guru itu amat pandai membaca kitab, tetapi tidak pandai membaca masyarakat" - Syamsuddin, p.70

Novelnya tidak terlalu tebal, bisa dibaca di sela-sela kesibukan sambil merenungkan kehidupan yang sudah berjalan. Endingnya memang antiklimaks, namun untuk pesan moral tak perlu diragukan. Sangat recommended!

Overall: 4,5/5
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
May 14, 2019
🤔Mula² Aku fikir novel ini berkisahkan tentera sebab baca tajuk "Angkatan Baru" sekali jauh Sungguh dari apa aku fikirkan. 😆😆

Tersurat

🔎Samsyiar hanya tahu mengarah sahaja kerjanya kerana mempunyai pendidikan yang tinggi.
🔎Terlampau terpengaruh dengan buku² yang dibacanya sehingga mencari suami pun mahu yang sama dalam buku juga. Adoiii hai.
🔎Tidak berusaha memajukan diri, hanya tahu bersenang-lenang.
🔎Terlalu mengikut hawa nafsu (menipu) walaupun sudah bersuami.

Tersirat:
📜Bukan bererti memiliki pendidikan yang tinggi tidak sanggup membuat kerja rumah Dan hanya tahu mengarah sahaja.
📜Cerita di dlm buku hanya dongeng, janganlah percaya 100%. Tidaklah boleh dibaca tapi carilah kebaikan isi yang ingin di sampaikan oleh penulis. Takkanlah buku setebal 1000 muka surat (novel zaman sekarang) tiada langsung kebaikannya.
📜Berusahalah memajukan diri walaupun telah memiliki kelulusan tinggi. Sampai bila nak bergantung pada mak papa oiiii. Udah²la tu...
📜Jujurlah Jika mahu bersahabat. Lagi² Jika yang sudah berkahwin. Maklumkan dengan suami atau isteri dengan siapa kita berkawan. Supaya si suami atau isteri tidak berburuk sangka terhadap kamu. Lagi² di zaman yang viral ini.

Cerita Hamka di zaman kehidupan dia. Tetapi tetap berlaku di zaman sekarang. Biar pun segalanya telah berubah ke arah kemajuan, tetapi reality tetap sama. Cuma skg Dunia semakin canggih dengan technology.
Profile Image for Roffi Ardinata.
30 reviews2 followers
September 10, 2018
Sungguh tepat sasaran Buya melempar nasehat melalui tulisan ini, banyak memang ditemui keadaan serupa walau dalam zaman yang sudah berbeda. Penafsirandan pencarian makna sejati akan cinta itu memang telah membawa banyak diantara kita terutama kalangan muda jauh tenggelam dalam angan-angan abstrak tak berbentuk. Bahkan terkadang makin dikaji makin ia tak jelas, akhirnya meneggelamkan diri pada pusaran pencarian itu sendiri.
Tidakkah janji manis atau gombalan sering mebuat wanita lupa diri ('Cinta adalah segalanya, karna dengan cinta kita arungi lautan kehidupan berdua'), hingga ia lupa cinta juga butuh tempat dan pengorbanan untuk hidup bukan hanya sebatas cinta dan kasih yang manis madu saja?.
Dalam kisah singkat ini Buya Hamka menceritakan sosok karakter seorang wanita berpendidikan yang memiliki angan-angan panjang serta memaknai sendiri cinta dari kisah dan dongen kehidupan yang dibacanya. Hingga ia lupa bagaimana wujud cinta itu sebenarnya, karna bagi lelaki istri yang bisa mengarungi hidup dan mendampingi diri dalam mengarungi cita-cita lebih penting dari sekedar istri yang hanya bisa menjadi teman tidur. Semoga ini memberikan pelajaran bagi kita yang membacanya.
Profile Image for Nuraina Akmal.
57 reviews
April 27, 2020
Pak Hamka menulis dalam prakata bahawa kisah-kisah ini diperoleh melalui kisah-kisah benar yang beliau jumpai sepanjang bertugas di Kantor Buku.

Pak Hamka menegur golongan kelulusan agama yang merasakan mereka ini ‘up one level’ berbanding orang lain dan tidak mahu masuk ke dalam masyarakat. Lihat bagaimana Syamsiar yang langsung tak mahu mengotorkan tangannya sehingga lepas berkahwin pun, ibu dan adik Syamsiar terpaksa tinggal sekali bersamanya demi menyelesaikan tugas membasuh baju dan memasak. Dia hanya mahu bermesra-mesra dengan Hasan, padahal sebagai bijak pandai, jika tak mahu sibuk buat kerja rumah, dia patut ambil tahu isu pendidikan orang sekeliling.

Bagi saya keluarga Syamsiar pun patut memikirkan ‘way forward’ apa yang mesti dilakukan selepas menghantar anak gadis ke sekolah, bukan hanya menyimpan mereka di rumah (zaman itu, anak gadis ke sekolah sangat luar biasa). Jika upah sedikit / jauh dari rumah, itu lumrah biasa, mereka patut dibiasakan berdikari.

Hasan akhirnya selepas beberapa bulan merasa tak selesa dengan Syamsiar yang hanya mahu bermesra, susah untuk dia menyiapkan kerja-kerja yang tergendala dan bagi Hasan, berkahwin bukan sekadar bermesraan sahaja. Syamsiar yang rasa seperti ditolak bertindak mengutus surat kepada kenalan lelaki lamanya waktu sekolah dahulu. Bagaimana orang yang ‘ada agama’ boleh bertindak seperti ini?

Buku ini ringkas sahaja tetapi sarat dengan pengajaran. Kisah yang diceritakan masih relevan. Adakah kedudukan orang mengaji agama lebih tinggi daripada orang biasa? Apa yang terjadi kepada Syamsiar dan Hasan apabila Hasan terjumpa surat balasan kepada Syamsiar dari kenalan lamanya itu? Dapatkan jawapan dalam buku ini ya.

Selamat membaca!
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
January 10, 2021
Mula-mula ingatkan buku non-fic rupanya novel, terus beli🙈 novel Hamka memang nadia tak ragu-ragu beli macam biasa nadia suka lenggok bahasa yang digunakan, klasik❤
.
Buku ni lebih kurang 80m/s sahaja nadia habiskan kurang sejam😚 Ringkas& padat, menarik! Tentang wanita berpendidikan tinggi, Syamsiar pantang melakukan kerja rumah, dan menunggu pemuda setarafnya sahaja untuk dijadikan suami.
.
Ia mengangkat tema pendidikan dalam kalangan anak muda waktu itu, yang tidak mahu melakukan kerja kasar disebabkan pendidikan tinggi yang mereka miliki, jadi guru pon mesti dengan gaji yang tinggi.
.
Di akhir cerita baru Syamsiar tahu langit tinggi rendah, nak tahu baca sendiri tau🙈😘
Karya Hamka yang ini memang akan membawa kita meyelami pendidikan yang sebenar iaitu memberikan manfaat kepada orang lain🤗❤ bukan bermakna kita berpelajaran tinggi, kita boleh rendahkan pekerjaan lain dan meninggi diri😚
.
5/5⭐
Displaying 1 - 30 of 62 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.