Teknologi memindahkan genetik haiwan dan tumbuhan kepada embrio yang diklonkan daripada manusia sudah ditemui. Kini pakar genetik boleh mencipta manusia dengan kelebihan istimewa. Manusia dengan deria hidu sensitif seperti anjing, misalnya. Ataupun, manusia yang boleh menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis. Inilah yang dilakukan oleh pakar genetik di Institut Trans-DNA, secara rahsia.
Sehinggalah segala-galanya terbongkar, apabila subjek eksperimen yang terbebas dari makmal mula membunuh orang awam....
Dalam Transgenesis: Bisikan Rimba, Amir Husaini menggabungkan bakat penulisan luar biasa dan pengetahuan saintifik menakjubkan bagi menghasilkan fiksyen sains thriller yang hebat lagi mendebarkan!
Amir Husaini, atau Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen, dilahirkan di Pulau Pinang. Anak kepada pasangan Shaikh Mohd Salleh Shaikh Abdul Razak dan Sara Zainal Abidin ini mendapat pendidikan menengah di SMK Sultan Badlishah di Kulim, Kedah sebelum melanjutkan pengajian di University of Glasgow, Scotland dalam bidang Kimia bagi peringkat sarjana muda, dan Pengurusan Perniagaan bagi peringkat sarjana. Beliau juga memiliki ijazah sarjana sains di dalam Falsafah Sains daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan seterusnya pengajian doktor falsafah juga di dalam Falsafah Sains di universiti yang sama.
Novel pertama beliau bertajuk Ombak Senja telah menemui pembaca pada tahun 2007. Novel Transgenesis: Bisikan Rimba adalah novel kedua yang ditulis oleh Amir Husaini dan yang pertama yang diterbitkan oleh PTS tahun 2008. Selain itu, beliau telah menghasil Cerpen Kilt dan kimono (majalah Dewan Siswa, November 2010, halaman 14-16) dan Mencari Cahaya di Bumi Sakura (majalah Dewan Sastera, Julai 2010, halaman 34-40).
Pada tahun 2007, beliau telah memenangi tempat kedua dalam Peraduan Menulis Skrip Drama Berunsur Islam (kategori televisyen) bertajuk Zuriat anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). dan novel ketiganya Detik telah memenangi tempat ketiga Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM - Kumpulan Utusan 2012.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan seorang guru, Norhana Ghazali. Nama pena Amir Husaini sebenarnya diambil bersempena nama putera sulung beliau.
2.0* untuk keseluruhan cerita. 1.0* untuk idea yang agak unik.
Bolehlah. Bahagian awal penceritaan agak meleret. Entahlah, buku ini tak mampu puaskan kehendak hati saya. Mungkin cukup sekali saja saya baca naskah ini. Penat.
bila baca novel yang ada banyak term sains yang pelik-pelik ni sebenarnya walaupun pening tapi tetap mengujakan. yes, akak bukak kamus sebab nak cari maksud. bila penulis dok ceritakan pelbagai eksperimen, fuh! memang sangat menarik!
bukan boleh sewenang-wenang nak lakarkan apa yang berlaku. sedikit sebanyak perlu ada fakta dan penjelasan logik. FLORA. watak yang perlu ada banyak penerangan tentang dirinya. tak kiralah yang dia asalnya rat lab, sentiasa jadi bahan ujikaji. kejadiannya bersama fakta yang jelas mampu buat pembaca kagum sebenarnya.
transgenesis. apa maksud? carila. yang pasti flora adalah manusia yang diberi kelebihan tumbuhan bersamanya. bagaimana? pendek kisah, watak ini ialah manusia makmal.
awal kisah tauke balak yang dibunuh oleh gadis berambut hijau dan bermata hijau jed. saksinya, razilan - pekerja si tauke balak itu. dia yang nampak makhluk yang membunuh taukenya itu. datang buraquzzaman, wartawan yang mencari berita tentang pembunuhan tersebut.
tempat lain pula, datuk jay dan datin kay. mereka risau akan kehilangan subjek 4-7-9-1 dari makmal. datuk jay dah laburkan modal yang begitu besar untuk kajian isterinya itu dan kemudian diteruskan oleh professor ned.
kes pembunuhan itulah yang membawa mereka ke gunung pulai. dan di situ mereka bertemu segala kebenaran yang disorok oleh datin kay. kisah lampau yang bertindan-tindan celahan cerita menambahkan lagi apa yang sebenar pembaca perlu tahu sebelum wujudnya FLORA.
just imagine kalau betul watak ini wujud, sesuai tak join team X-MEN?
dan sebenarnya paling mencabar - kenanga, cempaka dan melur dah muncul. mana ya tanjung, teratai, melati dan mawar? di mana mereka? apa sinifikannya watak bertujuh ini dengan TRANSGENESIS? kena tanya tuan penulis rasanya ni.
Kalau kau mahu menikmati buku genre sci-fi di dalam Bahasa Melayu yang padat dengan fakta dan banyak plot twist, Transgenesis adalah antara karya yang wajib dibaca! Tema yang diangkat di dalam karya ini merupakan tema yang agak popular bagi penulis sci-fi English, tetapi mungkin kurang mendapat sambutan penulis Melayu barangkali. Mungkin kesukaran untuk mengadunkan fakta sains & etika dengan kekreatifan penceritaan. Trangenesis cuba mengangkat tema etika di dalam penyelidikan sains beserta kemusnahan alam sekitar akibat kerakusan manusia. Bagi bekas pelajar di dalam bidang cabangan Biologi (genetik, alam sekitar, biotek, ekologi, etc) atau yang masih belajar, sudah pasti akan berasa teruja dengan rangkuman fakta yang diselitkan dalam penceritaan Transgenesis.
Tidak dinafikan, mungkin yang kurang berminat dengan sains akan kurang berasa teruja dan merasa sedikit lelah dan penat otak untuk menghadam karya ini. Otak akan merasa sedikit diperah untuk berfikir semasa membaca karya ini. Dan pada pengakhirannya apabila pembaca merasakan sudah tamat cerita, rupa-rupanya wujud pulak plot twist yang tak dijangka. Dan apabila tiba di muka surat-muka surat terakhir pula tidak disangka, akan ada plot twist lagi. Plot twist bertindih-tindih! Haha.
Sungguh tak disangka, penulis yang sebenarnya saya kenal di luar sebagai ahli akademik yang juga pernah mengajar saya di dalam kelas (2 subjek berkaitan sejarah sains, falsafah & Islam), punya bakat kreatif yang sangat mendalam (dalam kelas agak skema sikit, haha). Saya tentunya menanti-nanti sambungan kepada Transgenesis ini, walaupun ada terbaca berita yang penulis terpaksa mencari penerbit lain (penerbit asal tak nak sambung sekuel sci-fi). Mudah-mudahan dapat diterbitkanlah sambungannya tu nanti.
I really want to rate this book higher since it felt like the writer put so much effort. Kalau nak adil kepada rating saya utk novel lain, memang 3 stars-lah haha.
Bukan mudah nak menulis novel yang ada superpower ni. Biasa akan terjadi repeated sentences. Memang saya pun kena belajar macam mana nak ubah benda yang nampak macam repeated tapi lain. Part Flora guna kuasa tu seriously susah nak describe dalam penulisan.
Mula-mula baca tu dah excited, kemudian sayangnya jadi meleret sikit. Bukan meleret sebab apa pun. Writer banyak ulang sentences yang sudah dijelaskan berpuluh kali. Novel ni menggunakan POV 3. Penulis cuba untuk fahamkan kita ttg apa yang setiap watak fikirkan. Tapi entah lah... macam ada yang tak kena.
Saya tak taulah cuma saya je ke tapi apa yang penulis cuba rahsiakan dalam buku, semua saya boleh teka. 100% betul pulak tu. mungkin sebab penulis terlalu banyak bagi hint sepanjang penceritaan. Mungkin kena kurangkan hint untuk twist utama dan fokus kepada konflik. Mcm mana tak dapat teka, kalau dah sampai setiap bab bagi klu yang nyata hahaha. Nak pula student sc memang tau sangat apa yang sebenarnya terjadi.
Saya agak terganggu dengan repetition dalam novel ni. Terutamanya part 'dan haruman kenanga pun mewangi....' . Saya faham, setiap kali Datin Kay dan Flora lalu mesti ada bau wangi kenanga tapi janganlah hampir setiap bab, selang 2 perenggan je ulang lagi sentence tu. I'm like: I get it already, so pleasee will you stop hahaha
Tapi bagaimanapun idea pada akhir 30% novel ni memang sangat menarik. Idea transgenesis pun sebenarnya kalau diolah balik, saya yakin InsyaAllah lebih gempak.
Jangan tengok buku ni sebelah mata tau... kalau nampak dari luaran, nampak macam cerita budak-budak. Selepas beberapa mukasurat baca, saya sudah suka. Buku sains fiksyen berlandaskan sifat kemanusian yang luas variasi; ada yang baik hati, berbudi bahasa, punyai naluri ingin sentiasa melindungi dan membantu... ada juga yang sebaliknya- pembengis, pendendam, haloba. Ada juga yang tidak jahat tapi tidak mahu pandang sesuatu dengan mata hati, contohnya pembaca akhbar tabloid, baca sekali terus percaya dan baca cerita lain terus percaya juga- seorang wartawan boleh dilambung ke atas dek cerita yang ditulis dan boleh dihumban ke bawah oleh cerita orang lain. Lumrah bukan? Melalui cerita cerita berkualiti seperti karya Amie Husaini inilah, diharapkan generasi muda Malaysia dapat lebih maju meneroka dalam bidang sains dan lain lain bamun tidak tenggelam dalam arus kepercayaan atau falsafah golongan 'Vienna Circle' atau yang sewaktu dengannya.
Saya suka quote ni "Age is mind over matter. If you don't mind, it doean't matter". Saya suka juga lagenda 7beradik Kenanga, Chempaka, Melor, Tanjung, Teratai, Melati, Mawar... yang semacam dijadikan inspirasi penulis membangunkan watak utama.
Eh best la citer ni... Sesuai untuk mereka yang suka hutan suka pokok... Pencinta alam sekitar... Yang suka buat keja2 dalam makmal... Suka sains... biologi molekul... Kejuruteraan genetik... Yang suka menyelidik... Hehe
Kredit dan tabik hormat buat penulisnya, seorang penyelidik seorang pensyarah seorang ahli akademik.
Dan buku ini menggunakan kertas yang dikitar semula.
Pertama kali baca novel 'science fiction'. Menarik juga. Kisah klon manusia yang ada gen tumbuhan dan memiliki keistimewaan tumbuhan. Dasyat. Manusia yang boleh berfotosintesis. Gabungan watak2, mitos, lagenda dan sikap mewarnai cerita ini.
Transgenesis | Amir Husaini Rate --> 4 ✨ 🔖 hutan, pengklonan manusia
𝓑𝓵𝓾𝓻𝓫; Dia ingin menuntut bela ke atas penciptanya. Teknologi memindahkan genetik haiwan dan tumbuhan kepada embrio yang diklonkan daripada manusia sudah ditemui. Kini pakar genetik boleh mencipta manusia dengan kelebihan istimewa. Manusia dengan deria hidu sensitif seperti anjing, misalnya. Ataupun, manusia yang boleh menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis. Inilah yang dilakukan oleh pakar genetik di Institut Trans-DNA, secara rahsia. Sehinggalah segala-galanya terbongkar, apabila subjek eksperimen yang terbebas dari makmal mula membunuh orang awam.
𝓡𝓮𝓿𝓲𝓮𝔀; Tbh, ni buku pertama yang saya baca dari penulis ni. Bagi saya, cerita ni sangat menarik. Jalan cerita pun tersusun cuma kadang ambil masa sikit nak faham. Watak ramai juga tapi setiap watak ada perkaitan dan ada peranan tersendiri. Aktiviti pengklonan manusia - bila baca macam ishh ape ni. Banyak jugak info pasal pengklonan, boleh tambah ilmu. Bila baca teringat pulak kat buku biologi masa form6 dulu 😆 Baca bab bab awal tu pun buat saya tertanya tanya dah siapa sebenarnya perempuan berambut hijau tu. Sangat 𝒎𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 ya. Sekali datang macam musuh, 2x datang macam kawan. Curios sangat tau siapa dia' 😅
Dalam buku ni penuh dgn ayat ayat saintifik (mudah je - tapi kalau ada yang pelik sikit tu bukak je la google kan - 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗹𝗮𝘀 𝘁𝗮𝘂 𝗮𝗶𝗽𝗽 !). Watak flora dalam ni digambarkan sebagai watak yang baik, siap boleh bercakap dengan tumbuh tumbuhan ya. Mula mula tu ingatkan ada hantu 😆 Pendek kata, buku ni best, lain dari yang Yan pernah baca. Nak cerita panjang tak boleh takut jadi spoiler pulak 😅
Lepas baca biodata penulis, baru aku faham macam mana karya ni terlahir.
Kombinasi yang pada aku agak langka seperti sains, mitos, sejarah, lagenda, agama, biologi yang memerlukan research khusus sememangnya aku tabik habis.
Bila diamati sinopsis, pembaca akan tahu yang karya ni akan dedahkan sisi hitam disebalik eksperimen ni dengan wujud nya manusia hijau ni, tapi tak sangka sepanjang jalan cerita akan melalui fasa darker turn bila satu per satu mula terdedah, yang paling tak terjangka pada aku kemunculan Dark Flora. Agak successful sebenarnya sinister plot dalang yang sorang ni.
Aku cuma terfikir, kalau lah karya ni diberi peluang semula untuk diolah balik mesti akan lebih successful memandangkan ada sesetengah perkara yang tak patut ada, contohnya ayat berulang yang terlampau menjadi-jadi dari awal hingga ke akhir. Aku faham apa yang penulis cuba sampaikan sesuai dengan keadaan, tapi sekali dua pun mungkin dah cukup untuk lakarkan gambaran keadaan tu. Agak lelah jadinya untuk tamatkan.
Atuk misteri yang bercerita kepada Ammar Qusyairi tu siapa ye? Buraquzzaman? Razilan? atau Prof. Ned?
Buku ini bukti kenapa lebih ramai bijak pandai perlu menulis.
Dalam mengetengahkan isu isu seperti pembalakan haram, etika dalam penyelidikan, politik dari teknologi Barat, selitan sejarah, sisi gelap dalam perniagaan.
Ada juga fakta fakta menarik tentang sains yang diselitkan secara santai dan sangat informatif.
Penulis pandai bermain kata dan dialog juga tidak kekok apabila ilmu sains diterangkan. Ada juga beberapa lawak ayah ayah (dad's jokes) yang buat kita tersenyum seorang diri.
Sisi yang paling saya suka dalam buku ini adalah cara penulis mengetengahkan isu tauhid dalam setiap aspek kehidupan.
Konsep, idea dan jalan cerita menarik. Mungkin terlalu banyak idea menarik dan terasa seperti semuanya perlu disumbatkan. Adakala sesetengah peristiwa yang berlaku terlalu rasa kebetulan kaitannya dengan peristiwa lain.
Tema cerita dan perwatakan sangat bagus. Cuma kecewa sangat cara penyampaian dan gaya tulisan, dialog tidak ditulis dengan baik. Watak Tracker kalau tak disebabkan sejarah kewujudan dia, rasa sia-sia.
Berbaloi baca sebab jalan cerita. Rasa sakit dengan cara kisah ini diceritakan. ⭐2.5
Idea yang menarik pasal manusia buatan (atau bukan manusia?) yang terhasil dari eksperimen persilangan DNA manusia dan tumbuhan. Konsep abiliti dan idea tentang askar biologi agak menakutkan sekiranya benar wujud. Diselitkan juga pasal lagenda mahsuri dan gadis tujuh beradik.
Terdapat pengulangan isi hati/pemikiran watak-watak dalam beberapa bab membuatkan saya skip pembacaan pada beberapa bahagian. Namun tidak menjejaskan jalan cerita novel ini. Cuma penamatnya rasa seperti tergantung. Mungkin akan ada sambungan?
Awal cerita ini menarik dengan idea yang jarang orang fikirkan. Tapi pertengahannya agak perlahan dan saya rasa meleret. Walaubagaimanapun, pengakhirannya mengujakam dengan pelbagai persoalan. Naskhah fiksyen sains lokal yang patut dibaca oleh semua orang. Tidaklah nanti orang orang anggap yang fiksyen sains banyak berkisar pasal angkasa lepas dan kapal angkasa dan makhluk asing.
"Tetapi sehebat mana sekalipun manusia cuba mencipta, tiada yang dapat menandingi ciptaan Yang Maha Kuasa. Jika ada yang cuba menafikan hakikat ini, maka berlakulah kerosakan kerana manusia cuba menjadi Tuhan." - Transgenesis, Amir Husaini
ini first time i baca buku dari penulis ni. sapu random dari bigbadwolf sales!
sejujurnya, i like the storyline, but i think it could be better, dia agak macam meleret sikit dan perbualan antara characters agak awkward, tapi cerita nya best. i will try to get more books from this writer soon!
Novel nie berdasarkan penceritaan seorang lelaki tua kpd Ammar Qushairi....boleh dikatakan jalan cerita berdasarkan Flora makhluk transgenik yg di klon oleh Datin K...
kemudian berlaku satu pembunuhan tauke balak di dalam hutan & yg membunuhnya adalah makhluk yg serupa seperti Flora gak.. bermula penyiasatan & pemburuan untuk mencari Flora yg telah terlepas dari makmal...
di penghujung cerita, kita akan rasa keliru dengan pendapat Inspektor Adzwar & x sangka rupa2nya cucu Dr.Ramsay yg merupakan perancang utama...tp masih ada dalang lg di sebaliknya.... cerita novel ni tergantung sket....mungkin akan ada sequelnya x lama lg kot sbb karya nie di keluarkan 2008...
lagipun...7 orang kanak2 yg telah di suntik ngan DNA tumbuhan2 berbunga pd zaman penjajah dulu hanya 3 shj di dedahkan dalam novel nie...mana lg 4????... & siapakah lelaki tua yg menceritakan pasal Flora nie kpd Ammar Qushairi...
Apa yang dapat aku katakan adalah, aku suka karya terbaru Amir Husaini ini. Ia ada kelainannya. Apa yang membuatkan aku kagum adalah cara penulis mengolah plot cerita yang pada awalnya kita nampak bagaikan jalan lurus tetapi sebaliknya ada lencongan ‘di depan sana’ yang tidak terjangka dek fikiran kita. Begitulah jalan cerita ini.
Penulis berjaya memanipulasi pembaca terutamanya aku kerana setiap telahan dan andaian yang bermain di kepala tatkala sedang membacanya adalah salah sama sekali. Setiap andaian yang aku cuba lakarkan dalam kepala aku menjadi berantakan apabila tiba pada titik kemuncaknya.
Tahniah pada penulis. Satu lagi karya yang aku pasti para pembaca yang gemarkan genre ‘Sci-Fic’ harus membacanya.
Saya baca buku ni semasa saya berusia 14 tahun. Sekarang saya berumur 20 tahun, dan buku ini masih menjadi antara buku yang terbaik pernah saya baca. Saya sangat tertarik dengan idea manusia kacukan pokok kenanga yang diolah tuan Amir Husaini dan cara beliau menyuntikkan unsur keagamaan dan erti kehidupan dalam jalan ceritanya. Senang cakap, bila baca novel ni kita tak perlu tengok profil penulis untuk tahu yang beliau memang seorang yang berpendidikan tinggi. Novel ini sepatutnya ada sambungan lagi sebab endingnya tergantung. Saya masih berharap sehingga ke hari ini agar sambungannya diterbitkan. Akhir kata, terima kasih Dr Shaikh Saifuddeen untuk buku yang hebat ini dan selamat maju jaya.
Buku ni cerita best! Fiksyen sains thriller yang mendebarkan. Wohooo :D Cerita ni tentang seorang pakar genetik di Institut Trans-DNA, (secara rahsia) memindahkan genetik tumbuhan kepada manusia (transgenik). Hasilnya, manusia tersebut boleh berinteraksi dengan tumbuhan dan manusia tu juga boleh menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis (rambutnya hijau) hahaha. Sesuai untuk orang yang minat sains, cerita ni banyak menggunakan kajian/istilah biologi molekular.
Penulisnya memang hebat, sebelum ni pernah baca artikel akademiknya. Tahniah!
Dah lama carik buku ni, akhirnya jumpa di Pesta Buku BBW 2013,
Pengolahan cerita yang cukup baik walaupun agak perlahan pada awalnya tapi itu bukan ukuran kekuatan sesuatu cerita, saya cukup teruja untuk membaca hingga akhir cerita. menceritakan kisah pengklonan manusia yang dijalankan oleh seorang saintis secara haram dan akhirnya menjerat diri...
Namun masih kena tunggu sambungan cerita untuk pengakhiran kisah ini
Satu eksperimen dijalankan oleh pakar sains menggunakan teknologi memindahkan genetik tumbuhan kepada manusia. Hasilnya, manusia itu boleh berinteraksi dengan tumbuhan. Boleh membawa kebaikan dan keburukan jika tidak dikawal.
Elemen debaran dan tanda tanya membuatkan cerita ini menarik. Watak-watak di dalam buku ini mempunyai kekuatan masing-masing. Dunia akan menjadi huru-hara jika manusia mula mengubah kejadian semula jadi. Istilah-istilah sains diterap dengan baik sekali.
Teruja nak membacanya setelah mengenali siapa sebenarnya Amir Husaini. selama ini saya mengagumi kepetahan beliau berkata2 dan hasil tulisan akademik beliau. Saya tidak sangka bahawa beliau juga adalah penulis karya kreatif.
Kelemahan yang susah nak buang sampai sekarang adalah, mula sahaja baca buku/novel, pasti mahu dihabiskan secepat yang mungkin ditambah pula dengan babak-babak yang membuatkan pembaca tertanya-tanya apa yang akan terjadi selepasnya. Great work! Can't wait to read the sequel. :D
Saya tersilap membaca novel ini pada waktu tengah malam sewaktu hujan lebat dan guruh berdentum. Adegan pembunuhan tokeh Hwang di dalam kontena itu memang membuatkan saya merasa kecut perut.
ok, baru perasan buku ni..i guess i read this in 2009.just 2 years age, but i have a problem to remember how this book doing..but i remember liking it..