Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mistik Alam Melayu

Rate this book
“Penggunaan azimat untuk membalas dendam dan niat jahat yang lain merupakan salah satu jenis sihir selain serapah dan ritual tertentu.” – R.O. Windstedt

Pada zaman kolonial, dua orang pentadbir British di Tanah Melayu sangat berminat mengkaji ilmu mistik orang Melayu. Sebut sahaja nama R.O. Windstedt dan Wilkinson, mereka sering dikaitkan dengan mistik alam Melayu. Namun ilmu mistik bukanlah baru ditemui oleh mereka, tetapi telah lama berakar sejak zaman kepercayaan animisme orang Melayu lagi.

Malah ilmu mistik orang Melayu banyak terakam dalam kitab-kitab kuno orang Melayu itu sendiri. Kepercayaan terhadap mambang, hantu, ritual mistik, perubatan kuno menggunakan serapah, persenjataan, sihir, perkara ghaib, penujuman dan peramalan menjadi khazanah di perpustakaan istana atau pembesar pada zaman itu sebelum diselongkar oleh mereka berdua.

Kini, segala penemuan mereka kembali ditayangkan untuk tatapan anak bangsa. Bukanlah untuk mengajak anak Melayu berpaling ketaatan mereka terhadap Allah, namun ia sekadar sebuah dokumentasi tentang satu fasa dalam kebudayaan orang Melayu itu sendiri.

220 pages, Paperback

First published February 1, 2019

9 people are currently reading
110 people want to read

About the author

Naim Tamdjis

36 books104 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (24%)
4 stars
55 (55%)
3 stars
19 (19%)
2 stars
1 (1%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 30 of 35 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
August 9, 2020
Masa sekolah dulu2 aku kena marah dengan bapak aku sebab dituduh suka baca buku2 misteri. Padahal aku baca buku misteri Enid Blyton!

Aku memang jarang baca buku berkaitan mistik rasanya, sebab aku memang tak minat buku2 berkaitan mistik/seram melainkan komik2 seram. Dulu aku baca novel KACAU karya Ariff Adly pun dah meremang. Sama la dengan novel ASRAMA karya Muhammad Fatrim yang orang kata hanya level2 budak2 pun dah tak senang duduk aku baca.

Jadi, perasaan bila baca buku bukan fiksyen karya Naim Tamdjis ni tidaklah semacam membaca novel2 seram. Sebab ia adalah satu kajian ilmiah mengenai alam mistik melayu. Seronok baca sebab kau rasa familiar dengan kisah2 yang diceritakan. Macam belalang, rama2 masuk rumah semua tu memang nenek aku selalu pesan. Aku kena counter balik nenek aku, "ini semua syirik nek, belalang dan rama2 tak bersalah!" hehe.

Bila sampai bab tarian menora, mak yong, puteri, ulik mayang semua tu yang sebenarnya khusus untuk merawat penyakit. Aku bayangkan kalau boleh diaplikasi dalam perubatan moden. Macam kalau orang kena kanser kan, doktor dan jururawat hanya perlu menari shuffle depan pesakit tu dan insyaallah pesakit tu sembuh. Itulah analogi merapuku.

p/s: dan takyah la selit2 gambar seram dalam buku ni, buat aku terkejut la. Siot betol....
Profile Image for Apip.
81 reviews3 followers
May 21, 2020
Sebuah buku yang menceritakan sebuah fasa dalam kebudayaan orang Melayu yang merangkumi perubatan melayu, adat & pantang, mitos & legenda, ilmu hitam, dll dan apa yang mempengaruhi mereka.

Setiap bab diceritakan dengan sangat baik, penulis memberikan definisi yang pelbagai untuk sesebuah istilah. Dan rasanya ini pertama kali saya jumpa ada nota kaki dalam buku terbitan The Patriots jadi itu satu penambahbaikan, cumanya boleh juga disertakan sekali nota kaki untuk istilah-istilah asing/jargon. Atau mungkin penulis/penerbit suruh cari sendiri. Haha. Langkah-langkah untuk ritual, petua diceritakan dengan sangat lengkap macam wow. Detail betul. Syabas penulis!

Membaca buku ini membuatkan aku lebih bersyukur akan kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Islam menghapuskan keperluan masyarakat kepada pantang & kepercayaan tertentu (bersifat syirik dan animistik) yang pada asalnya bertujuan untuk mendisiplinkan masyarakat berdasarkan pemerhatian alam. Jadi masyarakat Islam tidak perlulah lagi takut dengan kepercayaan2 spti "sekiranya lalu haiwan sekian jadilah nasib malang" (mungkin ada relevannya dahulu) kerana Islam mengajar hanya Tuhan yang boleh mendatangkan mudarat dan manfaat.

Alhamdulillah atas nikmat Islam.
Profile Image for Fatini Zulkifli.
435 reviews40 followers
October 14, 2022
Dalam buku ini, yang paling menarik perhatian saya ialah penulis memasukkan sekali 'mantera memanggil pontianak'. Seram saya.

Saya kagum dengan usaha penulis yang banyak buat kajian sebelum tulis buku ini. Sayu rasa hati bila baca bahagian 'pembedahan ghaib' salah satu ilmu tak elok. Ia mengingatkan sepupu saya yang rajin solat, sentiasa berkopiah, rajin ke masjid tetapi menjalani 'pembedahan ghaib'. Saya pun keliru kenapa dia buat juga padahal terang-terangan proses itu meragukan. Mungkin sebab dia betul-betul terdesak akibat masalah kesihatan.

Saya peminat kisah-kisah mistik. Memang penulis letak semua amalan dan kepercayaan mistik (yang saya tahu) dalam buku ini termasuklah tentang keris. Cumanya saya kurang puas hati sebab penulis tak menyatakan yang mantera ulek mayang yang penulis masukkan tu tak lengkap. Ada yang dipotong untuk mengelakkan ia menjadi full version.
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
March 29, 2019
Ringkas dan padat. Sebuah dokumentasi yang mudah dibaca oleh orang biasa walaupun ada serba sedikit cara penulisannya seperti 'literature review' dalam tesis. Ada bahagian yang tak tercapai dek akal... Itulah istimewa dunia mistik alam melayu. Dan masih ada yang amalkannya seperti sihir santau. Sains mungkin tidak dapat menerangkan fenomena sihir ini, tapi tidak bererti kajian mistik harus dipandang sepi. Tahniah buat penulis kerana berjaya membawa satu cabang kajian adat dan budaya melayu ini.
Profile Image for Ira Hazlee.
30 reviews11 followers
September 28, 2020
WEYH, seriously, buku ni banyak Sgt maklumat yang berguna lagi-lagi buat seseorang yang nak tahu lebih lanjut tentang sejarah alam mistik melayu. Contohnya nak tulis novel seram ker..

Satu perkara yang aku tak suka :
" KENAPA LETAK GAMBAR WEYH?! TAK TIDUR MALAM AKU😅😅😅😅👻👻"

Tapi leseluruhan buku ni agak bagus..
Good job writer😁😁
Profile Image for Sha Mohamed.
2,532 reviews1 follower
September 21, 2019
Buku yang sangat ohsem.. Penerangan penulis mengenai mitos, perubatan, lagenda zaman dahulu dan lain-lain begitu mempesonakan.. Buku yang tak rugi dibaca.. Tak sangka begitu banyak perkara yang menarik dari zaman dahulu.. Ada yang masih kita amalkan sampai sekarang.. Yang tak bertentangan dengan agamalah.. Ada yang dijadikan panduan.. Tahniah buat penulis..
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
May 1, 2019
Agak sukar sebenarnya untuk menemukan sebuah buku yang mengangkat sisi-sisi yang berkaitan dengan masyarakat Melayu terutamanya yang melibatkan kepercayaan alam mistik (ghaib). Tulisan sebegini selalunya dipandang sepi apabila melibatkan hal mistik dan ada pula yang beranggapan tahyul (sepenuhnya), tetapi maklumat sebegini sangat penting bagi menjelaskan perihal sebenar yang dibawa turun temurun, mulut ke mulut dan sebagainya.

Perkara ini juga sebenarnya membawa pesanan yang sangat penting kepada sebuah masyarakat bahawa maklumat yang dipandang enteng dan dianggap kecil ini sebenarnya membawa satu perlambangan yang unik atau identiti sesuatu kaum (tetapi tidaklah perlu sampai kita untuk bangga). Sebagaimana pegawai kolonel British iaitu R.O Windstedt dan Wilkinson yang berusaha membongkar kepercayaan orang Melayu sejak sebelum merdeka lagi, tidakkah satu kerugian buat orang Melayu itu sendiri tidak mengeluarkan satu kertas kerja atau tulisan yang boleh didokumentasikan untuk bacaan generasi yang akan datang.

Buku ini tidaklah sepenuhnya mengulas tentang kepercayaan terhadap hantu semata-mata (polong, pelesit, hantuk kopek dan sebagainya), malah turut diulas oleh penulis adalah berkenaan perubatan orang melayu (bomoh, dukun, pawang), ritual mistik (ulik mayang, makyung), legenda (raja bersiong, mahsuri, sang kelembai, puteri santubong, akinabalu, puteri saadong), adat, pantang larang dan sebagainya. Satu kelebihan yang ada pada buku ini adalah dengan adanya rujukan silang dari penulis.
Profile Image for Muizu ismail.
111 reviews4 followers
November 15, 2019
Buku menarik untuk Aku. Kini Aku baru tahu beza antara dukun,pawang Dan juga bomoh. Walaupun buku ini adalah ringkasan Dari penulis ia boleh membuatkan mereka Yang berminat dengan mistik Alam melayu bertambah berminat untuk mengkaji. Betul Kata penulis Yang tentang ilmu kajian seperti ini agak kurang menonjol pada umum. Cuma bahagian mentera Dan beberapa lagu tradisional Tu Aku tak berani nak baca sampai habis sebab Ada tengok ustaz buat ceramah Dan rujuk kitab Yang berkaitan mistik Dan ustaz Tu sendiri tak baca habis mantera tersebut jadi Aku pun buat benda Yang Sama. Apa pun buku ini sedikit sebanyak membuka minda umum tentang mistik Alam melayu Yang mana kadang Dalam filem Ada juga dilawakkan Dan Ada juga diceritakan secara terperinci terutama filem dukun Yang sepatutnya ditayangkan pada 2006 kini ditayang pada tahun Lepas Dan disitu boleh lihat dengan jelas tentang ritual Dan sebagainya.
Profile Image for Khairul Hezry.
750 reviews141 followers
August 28, 2022
Amalan khurafat turun temurun bangsa Melayu yg diwarisi dari nenek moyang kita dan mereka sendiri mewarisinya dari orang² tua mereka dari sejak zaman pra-Islam lagi. Buku ini mengumpulkan pelbagai legenda, mitos, adat, amalan dan sejarah kepercayaan Melayu dulu². Bacaan yang menarik.
Profile Image for Safinaz Johani.
35 reviews2 followers
June 27, 2021
Menariknya buku ni pastinya kerana ilmu dan pengetahuan yg diperolehi. Kalau sebelum ni, aku dok tertanya2 kenapa buat sesuatu benda tu, ada saja pantang larangnya. Rupanya, dek kerana kepercayaan animisme yang masih berbaki sampai hari ini.

Aku terkagum dengan pentadbir British di Tanah Melayu seperti R.O Winstedt, R.J Wilkinson dan Frank Swettenham sebab walaupun mereka ni orang luar, tapi mereka berminat nak cari tahu pasal misteri alam melayu. Winstedt ni contohnya, merupakan salah seorang individu penting kpd dunia mistik melayu. Ini disebabkan usaha beliau mengeledah perpustakaan istana dan rumah pembesar pada zaman itu, maka alam mistik orang melayu berjaya dibukukan secara ilmiah. Maka disebabkan itu, melalui penulisan ini dan penulisan2 yg lain dapatlah memberi kita sedikit cerita mengenai kepercayaan orang Melayu dahulu dan apa yg mempengaruhi mereka..

Banyak perkara yang menjadi pengetahuan baru utk aku, antaranya mengenai perubatan melayu dulu, amalan ritual, kepercayaan kpd mitos dan lagenda, sihir/ilmu hitam, adat, pantang larang dan petua, peramalan (pak nujum), keris dan persenjataan yg lain.

Buku ni, ada part seram dan ada juga sebaliknya. Ada kadang2 tu sampai meremang bulu roma (bila baca part hantu). Part lain2 tu, kau boleh je baca pkul 2 or 3pagi. Masih steady.. hehe. Aku pula, baca part wawancara dengan penulis (bab terakhir) pun seram. Haha.

Overall, buku ini menarik. Lagi menarik sekiranya dibaca oleh pengemar sejarah dan pencinta ilmu mistik melayu. Kepada yang masih ding dong dengan genre bacaan, x digalakkan baca 🙊😆. berkemungkinan membantutkan pembacaan. Saya ulangi, “berkemungkinan”... boleh jadi anda suka, boleh jadi anda tak suka. Aku ambil masa 2 bulan untuk menghabiskan bacaan (ok ke tu?).

Profile Image for Hanis Khaleeda.
90 reviews10 followers
December 25, 2019
Mistik Alam Melayu by Naim Tamdjis.

- Sebuah buku fakta tentang mistik alam melayu. Biasa la kan, buku terbitan the patriots memang base on facts.

- Aku beli buku ni sebab tertarik dengan tajuk dan aku memang berminat nak tahu pasal mistik melayu ni.

- Dalam buku ni, banyak giler yang penulis terangkan. Contoh, pasal jenis-jenis hantu, sekali dengan gambar. Part gambar ni aku tutup siap-siap sebab baca sorang-sorang haha. Ada jugak pasal keris, santau, macam-macam la. Pasal petua-petua orang tua-tua bagitahu tu betul ke tak, pasal tarian. Banyak weh, kau kena baca.

- Bagi aku, aku highly recommend untuk semua umur, ni pasal kita kot as bangsa melayu. Oh ya, korang tahu tak sebenarnya mat salleh tau yang mula -mula buat kajian pasal ilmu mistik orang kita ni. Haa, kalau orang luar pun berminat, tak kan kita yang ada asal usul ni tak berminat? So, kena baca.

- Tak bosan pun. Best. Cuba la baca.

- Selamat membaca!

#2019readingchallenge
#duniaBOOKku📚
#bukulapanbelas
January 30, 2022
So, basically buku ni pasal amalan-amalan, kepercayaan, adat sehingga lah pasal makhluk ghaib yang ada dalam budaya Melayu, baik yang syirik atau tak.

Berkerut-kerut okay muka aku baca sebab macam ada benda yang orang Melayu buat dulu memang syirik gila beb.

Tapi kalau ada penulis genre Seram nak guna buku ni as rujukan atau nak olah cerita mitos dalam ni menjadi sebuah buku atau karya fiksyen baharu, aku sangat-sangat recommend beb sebab aku boleh imagine confirm cerita tu best gila 👍🏻✨
Profile Image for Rainy Rose.
301 reviews31 followers
November 18, 2021
Bacaan terbaik! Buku ini menghimpunkan sejumlah besar maklumat mengenai mistik-mistik yang terdapat di alam melayu seperti makhluk ghaib Melayu, ritual-ritual mistik, adat dan pantang larang dan banyak lagi. Alhamdulillah, setelah kedatangan Islam, pengamalan and kepercayaan terhadap mistik-mistik atau ritual ini tidak lagi diamalkan. Mungkin masih ada yang mengamalkan ritual seperti sihir atau ilmu hitam tetapi tidak secara meluas kerana sesungguhnya perbuatan khurafat dan syirik itu ialah bercanggah disisi Islam.

Bab yang paling aku suka dalam buku ini ialah bab Mitos dan Legenda. Cerita-cerita mitos dan legenda Tanah Melayu memang aku suka baca sejak daripada kecil lagi. Bagi akulah kan, ini menunjukkan orang Melayu tak kurang hebatnya dengan cerita-cerita seperti Raja Bersiung, Puteri Saadong, Naga Tasik Chini dan sebagainya. Sepatutnya juga kita mengangkat legenda kita di mata dunia seperti mana kita mengenali Cinderella, Snow White dan lain-lain lagi legenda orang putih yang biasa kita dengar dan baca.

Cuma yang slacknya buku ini bila penulis meletakkan gambar menakutkan dekat bab Hantu Dunia Melayu. Seram oi! Terkejut kejap bila aku belek-belek saja muka surat sebelah tiba-tiba ada gambar hantu, lepas tu sepanjang bab tu aku berdebar-debar, tutup cepat-cepat gambar sebelum sambung membaca. Haha.

PS: Kudos kepada penulis untuk buku yang bermanfaat ini, cuma selepas ini, tak payah la letak gambar menakutkan lagi. Terbayang-bayang weh! Haha
Profile Image for Bobo.
71 reviews1 follower
April 6, 2019
Ringkas. Padat. Berinformasi.

Sehingga hari ni, amalan nenek moyang yang diasimilasi dengan ajaran Islam masih diamalkan oleh segelintir masyarakat Melayu.
Profile Image for Syarul.
45 reviews1 follower
March 21, 2019
Penulisan straight to the point, mudah difahami dan sangat berguna. Buku ni membuatkan saya memahami adat budaya orang Melayu dengan lebih baik lagi. Kalau anda orang Melayu, bacalah.
2 reviews
March 15, 2019
Sebuah catatan umum mengenai sisi mistik yang ada disekitar tanah melayu, sabah dan sarawak.
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
August 9, 2020
Sangat berpuas hati dengan buku ni. Jarang ada buku yg memuatkan kisah mistik orang melayu dulu2.

Buku ni lengkap penceritaan drpd asal usul kepercayaan karut animisme, sehingga mitos, legenda, jenis2 hantu, amalan santau, susuk, penggunaan tangkal, tarian mistik, silat, keris dan banyak lagi.

Seronok baca n share dgn org tua2. Apapon buku ni sebagai ilmu dan pengajaran untuk kita, semoga dijauhkan drpd perbuatan khurafat.
Profile Image for Fadillah.
830 reviews53 followers
March 25, 2023
Di Perak, dipercayai ada empat semangat (spirit) yang menjaga Perak dari empat arah. Berangga Kala ialah semangat yang menjaga tanah barat, Sang Begor yang menjaga kawasan timur, Sang Degor yang menjaga utara dan Sang Rangga Gempita yang menjaga selatan. Maka, Pawang Diraja inilah yang akan menenteramkan keempat-empat semangat supaya pemerintahan Perak aman dan makmur. Pawang menjadi orang tengah untuk berhubung dan menjalankan upacara tertentu.
- Bab 4 : Ritual Mistik / Mistik Alam Melayu by Naim Tamdjis
.
.
I would say this book would be a great introductory work if you have no idea at all about myths and superstitions of the Malays. The author then has been citing from quite a number of credible sources such as ‘The Malay Magician’ , ‘Study of Malay Magic’ (although colonial in nature but they are one of few reasons that all of these incantations/spells , practices and ghosts were recorded and written accordingly. These mythological / magical aspects of Malay beliefs and customs were then pursued and researched by many local researchers under publication of public universities - UKM and UMK specifically. Of course, these supernatural beliefs has slowly disappeared once Islam has been embraced by the Malays in Malaysia. But it is still interesting to read how some practices remains the same with some modification to fit with Islamic Context - some of the rites were combined altogether with spirit names and holy Quran text . However, some of it has been banned and is considered illegal as the nature of it goes against the Islamic teaching. One of the examples is Main Teri / Main Puteri that used to be famous in Kelantan. The book also highlighted the differences of ‘Bomoh’ , ‘Pawang’ and ‘Dukun’. Pardon my ignorance as I usually put them in the same category since my understanding extended that they all dealt with something that cannot be seen with physical eyes and cured illnesses that cannot be fathomed by the medical professionals. Another legendary creature that was not really known is ‘Sang Kelembai’. The mystery revolved around it remains unanswerable. Some said it came from Lenggong Perak and Some claimed that they are from Jerantut Pahang. The tragic tale of ‘Puteri Santubong’ and ‘Puteri Sejinjang’ were analysed in details manner as it brought 2 different interpretations depending on its version. Sarawak Version highlighted that they were jealous of each other’s beauty while Brunei Version told a story that they escaped from their father’s murderer. The fight between both princesses did happen and caused Puteri Sejinjang to move away. Another thing that i find interesting is ‘Sulur Bidar’. Its a ghost that lived in water specifically river and lake and has been deemed responsible for killing people by drowning them. Many has said that Sulur Bidar can be spotted in Tasik Kenyir. The book also legitimises the ancestral agreement that bonded the community and animal for generations and how until now it must be respected - one example would be between Crocodile named ‘Bujang Senang’ and ‘Orang Sungai’ that lives along Sungai Kinabatangan. They consented to not cross each other boundaries and it has been preserved for generations. Overall, this has been such a ‘literal’ chill simply because the author did put real spells and incantations that might scared some readers (including me as i genuinely believe in it). I don’t dare to read the whole thing as i just catch a glimpse and moved on to other pages. I would’ve recommend this if you have almost zero to none about the other side of the Malays before ‘The Islamisation’ but if you really into this whole mythology , mystery and ancient practices- this one will not satisfy your curiosity (and most probably you already know all of this).
25 reviews1 follower
November 7, 2023
Mistik Alam Melayu merupakan sebuah buku yang menceritakan perkara-perkara mistik dalam bangsa melayu. Ia menceritakan tentang evolusi kepercayaan mistik yang dipercayai oleh bangsa melayu dari zaman animisme, pengaruh hindu-buddha dan penyebaran Islam ke tanah melayu. Buku ini menceritakan secara ringkas pengamal-pengamal ilmu mistik, kisah kisah mitos alam melayu, hantu-hantu dalam masyarakat melayu, upacara pengubatan batin dan zahir, sihir, nujum dan kemistikan keris. Selain itu, buku ini juga ada menceritakan serba ringkas tentang adat dan pantang larang yang sering diguna pakai dalam masyarakat melayu.

Pembelian buku ini adalah berdasarkan keinginan mengetahui tentang pengaruh mistik dalam masyarakat Melayu secara ilmiah. Ia adalah amat menarik bagaimana kepercayaan mistik orang melayu berubah dan kekal mengikut peredaran zaman. Bagaimana dewa menjadi penunggu setelah Islam datang. Dan bagaimana masih adalagi kepercayaan mistik yang diikutkan salah dalam islam masih digunapakai secara tidak sedar oleh kalangan orang melayu. lebih menarik lagi, Buku ni juga menunjukan terdapat pelbagai jenis pengamal ilmu mistik dan setiap satunya berbeza dangan yang lain dan mempunyai tugas dan keutamaan mereka yang berbeza-beza. walaubagaimanpun, penceritaan tentang sesetengah perkara terasa hanya mencakar permukaan. Ia tidak menunjukkan kenapa dan mengapa sesetangah perkara mistik itu berlaku. Apa yang lebih tidak menyenangkan adalah penyertaan jampi memanggil pontianak dan gambar hiasan yang menyeramkan menenmani penulisan tentang hantu. ini menimbulkan rasa gerun apabila memasuki bab-bab tertentu di dalam buku ini. Kesimpulannya, buku ini seronok untuk dibaca sebagai satu buku santai dan tidak berat dan saya seronok mempelajari serba sedikit ilmu dalam buku ini.
Profile Image for Faidz Zainal Abidin.
281 reviews8 followers
November 11, 2020
3.5*

Buku ini menghimpunkan kisah, ritual dan kepercayaan orang Melayu yang dahulunya hanya tercatat dalam kitab-kitab kuno. R. O Windstedt, seorang pentadbir British di Tanah Melayu telah mengumpulkan semua ilmu ini dengan cara menggeladah perpustakaan milik istana atau rumah pembesar lalu menjilidkan secara terperinci ilmiah alam mistik Melayu yang merangkumi pelbagai bidang. Dua buku beliau yang terkenal yang dijadikan rujukan ialah Shaman, Saiva and Sufi: A Study of the Evolution of Malay Magic dan The Malay Magician.

Ketika membaca dan apabila sampai di sesetengah topik, rasa skeptikal bercampur kagum akan datang dengan sendirinya. Pasti ada yang tidak percaya dan mungkin mengatakan ia adalah rekaan orang dulu semata-mata. Namun bagi mereka yang pernah atau sedang melalui pengalaman mistik, pasti timbul perasaan kurang selesa di hati mereka.

Usaha yang baik daripada penulis dan penerbit dalam cubaan untuk mengkaryakan sejarah leluhur kita. Tetapi sumber rujukan dan nota lampiran harus lebih kemas dan jelas. Setiap sumber harus dinotasi dengan tepat agar pembaca yakin dengan fakta yang dinyatakan. Sebagai penggemar bacaan bukan fiksyen, saya begitu cerewet tentang bahagian ini.

Pendapat tentang buku ini?
Baca tetapi gunakanlah akal dan budi bicara sebelum percaya.
Profile Image for Tonnesofbooks.
78 reviews2 followers
September 11, 2021


Mitos, lagenda, ilmu mistik di kalangan masyarakat Melayu bukanlah sesuatu yang asing. Sedari kecil kita biasa mendengar kata-kata atau pantang larang orang tua akan satu-satu keadaan. Biasa juga kita dengar kisah-kisah lagenda seperti Puteri Gunung Ledang, Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang dan lain-lain. Juga, pengamal ilmu hitam seperti bomoh, pawang atau dukun.

Pada zaman dahulu, ilmu hitam adalah satu ilmu yang dikuasai oleh kebanyak orang. Membela jin itu bukanlah suatu yang asing disebabkan kerana merek percaya bahawa setiap tempat ada penunggunya. Maka, semua penunggu itu perlu di adakan upacara untuk mengelak penunggu itu mengamuk.

Penulis mengupas banyak perkara mistik, mitos dan lagenda di dalam buku ini. Bermula dari mana asal usul datangnya, siapa yang biasa menggunakannya dan bagaimana cara mengamalkan sesuatu ilmu itu. Disebabkan perkara-perkara itu bukanlah sesuatu yang asing, maka, saya sendiri dapat menebak ceritanya cumanya ada beberapa perkara baharu yang saya pelajari.

Kesimpulan, jangan takut untuk baca buku ini disebabkan tajuknya. Banyak input yang dapat kalian ketahui meskipun terdapat beberapa gambar yang sedikit menyeramkan.
Profile Image for Hafeji A.D.
257 reviews1 follower
May 25, 2021
Buku yang sangat menepati cita rasa aku. Semua maklumat mengenai benda-benda mistik dan ghaib di negara kita dikompilasikan di dalam satu naskah yang padat.
Kenapa 4 bintang? Satu bintang hilang sebab kurangnya maklumat yang terperinci di bahagian jenis hantu itu, bagi saya bahagian itu sangat menarik minat pembaca jika lagi banyak maklumat atau kisah-kisah seram dimasukkan di bahagian itu.
Keseluruhannya, buku ini sesuai dibaca sebelum tidur.
Profile Image for Nuyuryna.
204 reviews3 followers
November 9, 2023


"Namun ilmu mistik bukanlah baru ditemui oleh mereka, tetapi telah lama berakar sejak zaman kepercayaan animisme orang Melayu lagi."

Sebuah "skill" yang ada pada nenek moyang kita dulu kala yang kian terhapus dek kemodenan dan kemantapan agama.

Setiap info dirungkai dengan kemas & ringkas, membuatkan pembaca senang faham.
Profile Image for Affan Yunus.
108 reviews3 followers
March 21, 2020
Penulisan yg baik dan mudah difahami . Penulisan yg menyentuh semua aspek dan perkara tntg dunia mistik , hantu , dongeng , sihir dan sbgainya. Cumanya setiap aspek itu lebih nmpk menarik jika diceritakan lagi secara terperinci, mendalam ,serta dihuraikan lagi dgn contoh yg bnyk. 👍🏼👍🏼👍🏼
4 reviews
April 19, 2020
Sebuah karya yang sangat bermanfaat kepada pembaca. Mungkin kita tak sedar betapa dalamnya ilmu orang melayu suatu ketika dahulu. Ini membuktikan yang orang melayu sudah mencapai ketamadunan yang sungguh unik.
Profile Image for Shahmi Fadzli.
98 reviews
February 9, 2022
Penjelasan yang elok. Senang memahami. Banyak buki yang dibaca dapat dijelaskan dengan santai. Maaf ye sebagai pembaca laju sungguh saya baca. Seronok sebenarnya. Terima kasih penulis. Dan terima kasih Winstedt kerana berjaya mempelajari adat kami. Fuh padu 🔥
Profile Image for Syawal Ameron.
202 reviews2 followers
December 11, 2019
Buku yang owsem. At least bila kau borak dengan member, dan sembang pasal benda mistik, kau punya cakap tu, ada lah sandaran nya, bukan sembang 'beliau' terbang je. Haha.
Profile Image for Qulamzaki.
6 reviews
November 15, 2020
Buku yang bagus. Esei penulis seperti penulisan tesis tapi dimudahkan bahasa untuk para pembaca. Diselitkan Mentera sebenar yang menjadikan buku ini sedikit menyeramkan.
Displaying 1 - 30 of 35 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.