Jump to ratings and reviews
Rate this book

Arkib Angker Negara Vol. 2

Rate this book
Apa akan terjadi jika penulis-penulis bestseller genre seram di Malaysia bergabung? #ArkibAngkerNegara ada jawapannya. Ia sebuah naskah daripada penulis-penulis Diagnosis Fobia, Ghostpital, Asrama, Gantung & Cerita Seram.

Ini adalah mimpi ngeri yang semua peminat genre seram impikan.

224 pages, Paperback

First published April 1, 2018

2 people are currently reading
15 people want to read

About the author

Cik Edot

3 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (31%)
4 stars
20 (39%)
3 stars
13 (25%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books108 followers
May 16, 2018
agak kurang seram sedikit berbanding dengan vol. 1. tapi tak kurang menariknya. susun atur cerita pun ok sebab yang seram berselang dengan puaka. yang kurang menakutkan diselangkan dengan yang agak seriau kisahnya.

12 kisah. semua punya jalan cerita dan kisah tersendiri. ada satu sambungan dari vol. 1, yang kisah saka dari emaknya. ada kisah nurse kena kacau di hospital lama. ada kisah kakak yang tak boleh terima kematian suami dan anaknya. ada kisah entiti main telefon yang tertinggal. ada juga kisah yang lebih pada masalah perangkap mental dan sikap. kisah mitos naga tasik chini juga sangat menarik.

ok. harap lepas ni ada lagi vol. yang kemudian. kumpulkan karya penulis-penulis seram dan misteri yang hebat buat tatapan pembaca yang suka baca kisah-kisah sebegini. takut? tak usahlah.. kuatkan hati, ketakutan hanya melemahkan fikiran.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
August 31, 2018
Berbanding volume 1, saya kira volume 2 lebih santai dan kurang elemen seramnya. Saya lebih suka dengan kepelbagaian dan idea segar dalam volume 1. Namun, ada juga beberapa kisah yang menarik perhatian.

sekadar tertanya, kenapa tidak disatukan dalam satu buku? mungkin penerbit ada alasan tersendiri.

apapun, tahniah untuk semua penulis!
Profile Image for Sha Mohamed.
2,535 reviews1 follower
November 17, 2019
Masih menarik dengan beberapa cerita yang memberi kesan.. Ada satu cerita yang disambung dari vol 1 memberikan kejutan yang tak disangka.. Tak seseram vol 1 namun masih menarik dibaca..
Profile Image for Regina Ibrahim.
Author 22 books112 followers
June 18, 2018
4 bintang diberikan pada keaslian kisah kisah yang ada di dalam Vol 2.
Kisah kisah seram yang saling berbeza meliputi hal hal manusia dan gerak mereka. Hal hal depresi, tamak, kecintaan dan kesepian.
Hal hal editan perlu dijaga dan saya percaya kisah kisah yang dipaparkan akan jadi lebih baik sekiranya ditulis dengan lebih cermat. Ianya kekal menarik kerana keaslian kisah angker yang tidak klise.
Profile Image for Pak Badrul.
Author 4 books6 followers
August 4, 2018
Untuk volume ke-2, kisah-kisah yang diceritakan lebih seimbang dari segi kesedapan dan keunikannya berbanding volume ke-1. Walaupun tak seram sangat tapi jalan cerita kebanyakan cerita dalam yang kedua ni segar dan baru. Kipidap! Bila nak ada volume ke-3 plak?
Profile Image for ⠀.
122 reviews35 followers
August 15, 2023
Sebenarnya setakat satu jilid pun dah cukup. Jilid kedua semakin tidak angker dan rasa lebih kurang seperti cerita-cerita sebelumnya juga. Cerpen Bukan Aku tak sesuai sangat sebagai cerpen sebab banyak sangat yang mahu dimuatkan dalam cerita. Untuk cerpen Chini, sepatutnya naga Sri Gumum tapi jadi Sri Gumam pula. Dan ada sekuel kepada cerpen Rahsia dari jilid satu yang sebenarnya tak payah pun tak apa. Mungkin sekadar untuk cukupkan muka surat.
Profile Image for Sooraya Evans.
939 reviews64 followers
August 15, 2018
‘Anak Kerak’ pembuka mantap. Panjang tak terasa. Begitu juga ‘Phone Tertinggal’. Bila kisah melibatkan bidan, you know for sure what’s coming. Penutup sungguh berbisa dalam ‘Bintang’. ‘Chini’ lebih berupa pengembaraan. Walaupun tak seram, seronok juga.

Tema yang kerap berulang dalam jilid ini ialah interaksi watak utama dengan roh teman sekerja yang dah mati sepulang narator dari bercuti. Misalnya, Gumam dan Nadai Karan. Berserabut sungguh kepala membaca ‘Bukan Aku’. Seakan meminjam idea ‘Split’ M Night Syamalan, ada banyak lompat-melompat antara multiple personality.

Walaupun secara keseluruhan jilid ini lebih mantap dari volume 1, kandungannya tak seimbang. Ada yang berjela. Ada yang terlalu ringkas sekadar tangkap muat. Seolah-olah tiada kriteria jelas diletak dalam saringan karya.

Entah mengapa, saya merasakan kebanyakan (bukan semua) penyumbang mengorek bakul idea dari dasar paling dalam untuk dikongsi. Siri ini ada potensi. Saya cuma berharap agar saringan diketatkan. Sayang sekali melihat nukilan pengkarya yang bersungguh dilonggok sekali dengan nukilan tangkap muat :(
Profile Image for H S. A.
115 reviews
August 5, 2018
4.0/5 bintang
Rating untuk naskhah ini tinggi sedikit dari vol. yang pertama. Mengapa begitu? Ini disebabkan cerita yang di dalam buku ini lebih dekat di hati walaupun elemen seramnya tidak seampuh siri pertama sebelum ini.

Gaya penceritaan di dalam buku ini santai dan menarik minat saya untuk segera menghabiskan buku ini. Rasa seperti ada orang sedang duduk dan bercerita kepada saya.

Usaha yang baik untuk mengumpul hasil tulisan penulis genre seram dalam Bahasa Melayu. 😊
112 reviews3 followers
July 11, 2018
Habes baca akhirnya. Aku nak bagi 5 bintang tapi aku tak boleh jelaskan kenapa. Jadi 4 saja 😬

Aku suka semua cerita dalam Vol 2 ni. Garapan yang lebih baik, relatable, mengesankan. Perasaannya macam orang bercerita depan mata. Kisah harian. Laju-laju baca sebab tak sabar. Seronok baca. Terima kaseh dan tahniah pada semua penulis 😊
Profile Image for Ruslan Bukhari.
87 reviews3 followers
July 18, 2018
Kebanyakan cerpen dalam Vol 2 lebih menarik minat aku berbanding Vol 1. Cerpen seperti Anak Kerak mengingatkan aku tentang realiti masyarakat yang inginkan kejayaan melalui jalan pintas. Meninggalkan nilai yang amat baik bagiku.
Profile Image for Syarul.
45 reviews1 follower
May 15, 2019
Cerpen Kepulangan yang paling best.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.