AMAR diselamatkan sepasukan komando Malaysia di sebuah telaga pada penghujung Perang Bosnia pada tahun 1995. Askar-askar Serbia yang memburunya ditemui mati dibaham kawanan serigala. Amar bersama sebilangan kanak-kanak Bosnia dibawa ke Malaysia dalam program anak angkat. Dia akhirnya diasuh dan dibesarkan oleh keluarga seorang jeneral, iaitu Dato’ Husam dan isterinya, Datin Normazlina. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Rania.
Dua puluh tiga tahun berlalu, Amar sering dibayangi seekor serigala salji. Sering bermimpi berada di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina yang hanya dihuni kawanan serigala. Dipercayai lembah banjaran itu kehilangan seorang Armel. Sejak peristiwa itu kehidupan Amar menjadi serabutan. Akhirnya dia pulang semula ke Bosnia-Herzegovina untuk mencari jawapan tentang asal usulnya yang diyakini berasal dari lembah berjiwa kosong.
Rania yang bertugas di sebuah stesen penyiaran antarabangsa membuat penggambaran travelog musim kedua tentang perang Bosnia. Bagaimanapun perancangannya tidak menjadi apabila diculik di Saravejo bersama dua rakan sekerjanya. Amar yang kebetulan berada di Wilayah Balkan nekad untuk menjejaki adiknya. Pada masa yang sama pembunuhan bersiri turut berlaku. Culik dan bunuh, jenayah kejam yang sedang disiasat oleh seorang pegawai polis veteran bernama Hasanovic.
Banja Manggala – apakah maknanya di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina? Siapakah Armel yang hilang itu? Apakah hubungan Amar dengan kawanan serigala? RAMLEE AWANG MURSHID menukilkan sebuah fantasi ibarat mengolahnya menjadi sebuah filem. Sarat dipenuhi saspens. Elemen cinta sangat kuat kali ini. Disulami dengan lataran salji dan bayu pergunungan dalam dunia magis yang tersembunyi.
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.
Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.
Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.
Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.
Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.
Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.
Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.
Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.
Latar belakang pendidikan Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979) Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984) Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000) Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia Anugerah Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu. Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002. Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.
Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:
Banja Manggala mencatat sejarah sebagai novel pertama hasil karya Ramlee Awang Murshid (RAM) yang saya nilaikan hanya satu bintang sahaja!
Sepanjang membaca novel ini,seperti ada yang tidak kena. Agak pelik apabila tiga penjahat Serbia diberikan nama (Mark,Rotok dan Sihac). Tetapi,serigala Alpha Tua dan Muda tidak diberikan nama sedangkan kedua-dua watak serigala ini memainkan peranan yang agak penting di dalam plot cerita dan mempengaruhi perkembangan watak utama cerita ini,iaitu Amar yang digelar sebagai Armel (Raja Serigala). Saya tidak cuba menuduh RAM dengan tuduhan yang bukan-bukan. Namun demikian,pengalaman membaca Banja Manggala dari muka surat pertama sehingga yang terakhir,tidak dapat tidak,saya merasakan RAM menulis novel ini dalam keadaan yang tergesa-gesa dan tidak dirancangkan dengan sebaik-baiknya atau sempurna. Saya berpandangan kesemua watak,baik protagonis atau antagonis,tidak dikembangkan dengan baik dan jelas seperti lazimnya.
Saya juga berpandangan bahawa RAM menulis di dalam comfort zone (zon selesa) sahaja tanpa cuba menerokai sesuatu yang baharu atau mencabar keupayaan dirinya selaku seorang penulis thriller yang prolifik. Jika saya ditanya pendapat oleh RAM sebelum beliau menerbitkan Banja Manggala,saya akan menyatakan kepada beliau bahawa tema dan latarbelakang novel ini (yang menyentuh negara Bosnia - Herzegovina dan sejarah perang Bosnia 1992 - 1995) menyediakan satu peluang kepada dirinya untuk menulis sesuatu yang tidak klise yang kebiasaannya kita lihat dan baca di dalam novel-novel tulisan beliau yang sebelumnya.
Saya lebih suka sekiranya watak Rania dan Amar tidak saling berkait pada asalnya. Saya lebih suka sekiranya Rania digambarkan sebagai seorang wartawan penyiaran yang bercita-cita tinggi dan sanggup menggadaikan nyawanya untuk melaporkan berita di zon peperangan atau konflik. Mungkin RAM boleh menciptakan satu senario rekaan yang menunjukkan terdapat tanda-tanda yang cuba mencetuskan Perang Bosnia yang baharu. Mungkin watak antagonis ini merupakan seorang komander angkatan tentera pemisah berketurunan Serbia yang cuba membawa sebahagian wilayah Bosnia - Herzegovina menjadi bebas atau bergabung dengan negara Serbia melalui jalan keganasan. Manakala,Amar merupakan seorang anak jati Bosnia yang cuba menghalang cita-cita jahat komander ini dengan bantuan serigala-serigalanya. Sepanjang usahanya itu,Amar bertemu dengan Rania dan apabila menempuhi segala halangan perit yang menimpa mereka berdua,Amar dan Rania akhirnya akan jatuh cinta antara satu sama lain. Pada masa yang sama,berjaya menumpaskan penjahat utama daripada merealisasikan impiannya.
Sungguh sayang sekali. Banja Manggala sememangnya berpotensi untuk menjadi sebuah novel yang hebat dan saya minati. Malangnya,perkara ini tidak direalisasikan dengan jayanya. Mungkin sudah tiba masanya untuk RAM menilai dirinya kembali sebagai seorang penulis. Adakah dirinya hanya mahu berada di takuk yang lama atau mahu mempersembahkan sesuatu yang lebih segar dan dinamik di dalam karyanya pada masa hadapan?
Kenapa aku rasa macam bukan baca tulisan RAM. Ke sebab aku dah lama tak baca karya beliau? Mungkin.
Gaya RAM, beliau lebih gemar memberitahu daripada menunjukkan. Jadi, aku kadang-kadang macam baca berita, bukan novel. RAM masih melakukan beberapa kejutan dalam mempersembahkan watak-wataknya.
Tapi aku puji kajian yang dilakukan untuk mengarang naskhah ini.
Seperti biasa RAM menampilkan cerita yang berlainan. Kali ni kisah serigala jadian yang dikenali sebagai Banja Manggala. Pada mulanya aku ingatkan Banja Manggala adalah Amar yang memegang watak utama. Rupanya Banja Manggala adalah orang kufur dalam novel ni.
Permulaan cerita agak perlahan. Aku paling suka cerita ketika Amar kembali ke Bosnia-Herzegovina untuk mencari jawapan mengenai asal usulnya. Suka hubungan antara Amar dengan sang alpha. Terbayang-bayang kejadian ini berlaku dalam real life. Macam best berkawan baik dengan serigala. Hihi.
Overall, jalan cerita RAM tidak pernah mengecewakan. Banyak fakta dan tempat menarik yang ada dalam novel ni terutama Slovenia.
Bagi aku ending setiap novel sangat penting dan aku suka akan ending novel ni.
Memang terbaik.. Sentiasa memberi kepuasan kepada pembaca.. Thrill dan fantasi digabungkan dalam menyampaikan cerita.. Kisah mengenai seorang Armel, Serigala dan Makhluk jadian.. Mimpi dan penampakkan serigala sering mengganggu Amar seorang anak Bosnia yang telah membesar di Malaysia.. Demi mencari kenangan silam maka Amar ke Bosnia.. Kehilangan Rania adik angkatnya membuatkan Amatak tentu arah.. Dengan bantuan Alpha, Rania dicari.. Dalam masa yang sama musuh dalam selimut perlu dihadapi.. Berjayakah Amar merungkai semuanya.. Kenalah baca..
Menjadi antara pembeli cetakan pertama bukanlah jaminan novel ini akan dibaca serta-merta. Sebelum memulakan bacaan, harapan tinggi untuk novel ni. Tapi jujur, tiada kepuasan mengulit novel nukilan penulis besar RAM kali ini. Oh sebenarnya sejak Magis lagi sentuhan tuan RAM seolah kurang menyengat. Hanya reputasi tuan RAM sahaja yang menghijab kekurangan dalam novel sesudah Magis.
Pertama - isu pemilihan tajuk. Kenapa watak mitos serigala jadian cerita rakyat Bosnia dengan latar belakang pergunungan salji ini menggunakan gelaran dalam Bahasa Indonesia? Boleh saja gunakan nama lain yang lebih berbaur 'Balkan', pasti penghayatan bacaan lebih mantap.
Kedua - babak pertempuran yang terlalu singkat dan kurang realistik. Pembinaan watak utama Amar itu sendiri kurang mantap. Untuk menang dalam pertempuran memerlukan kemahiran! Bukan sekadar boleh menjadi jumper dan memahami bahasa serigala. Sukar untuk membayangkan budak pendiam, suka menyendiri, selalu berada dalam dunia sendiri, berkemungkinan kurus (tidak diterangkan dengan jelas fizikal Amar selain daripada berwajah slavic), berkemungkinan kurang aktif (tidak diterangkan Amar mempunyai kemahiran bela diri, bersukan, aktiviti lasak mahupun berkelahi) - secara tiba-tiba bertempur dengan serigala dan menang!
Ketiga - Watak Banja Manggala yang keliru atau pembinaan watak Banja Manggala yang menjadi tajuk buku ini tidak mantap. Penyebab dia menjadi Banja Manggala tidak terlalu kukuh dan keliru. Menjadi jahat untuk membalas dendam ke atas pembunuhan bapanya. Tetapi tidak dinyatakan dia menuntut ilmu hitam ke, dihasut kuasa gelap ke, nan hado. Cuma ada disentuh sedikit sahaja ritual bapanya 'dibangkitkan' menjadi 'binatang berbulu' yang kemudiannya menjadi makhluk suruhan.
Kemudian, sejak awal watak Banja Manggala ini digambarkan sebagai mitos rakyat Bosnia berbentuk serigala jadian. Tetapi selepas rahsia terbongkar, beliau bukan serigala jadian pun! Sekadar entiti jahat tetapi tiada bertuan mahupun pengikut. Penjahat apa begini? Macam syok sendiri sahaja menggelar diri sendiri penjahat, malah membiarkan orang lain pula yang mendapatkan gelaran Banja Manggala.
Keempat - Apa rasional diwujudkan watak Lamija? Tidak ada pun tidak mengapa kerana langsung tidak memberi kesan kepada jalan cerita selain bakal menjadi mangsa si Vuk. Beliau sekadar mengenali Amar ketika kecil dan tidak menunggu pun keputusan ujian DNA pengenalpastian identiti bapanya di Bosnia untuk segera pulang ke Malaysia. Kedatangannya ke Bosnia juga tiada arah tujuan dan perancangan.
Kelima - Watak Hasanovic. Okay dia menyiasat kejadian bunuh yang dikaitkan dengan serigala jadian. Tetapi apa kaitan beliau dengan Armel? Hanya dihubungkan dengan watak Lamija. Tetapi Lamija tidak pula menghubungkan Hasanovic dengan Armel yang menjadi fokus utama dalam novel ini. Malah Hasanovic juga tidak ditugaskan menyiasat kehilangan Rania di Bosnia.
Keenam - Jika watak Dato Husam itu bukanlah pesara tentera, adakah akan menjejaskan jalan cerita? Tidak!! Karakter beliau tidak memerlukan skill ketenteraan pun. Menjadi kenalan/saudara kepada Mejar (B) Daud sudah memadai. Tetapi jalan cerita sudah pasti akan lebih menarik sekiranya dialah yang menemui Amar di dalam telaga!
Kesimpulan - Novel ini boleh digarap dengan lebih baik lagi supaya setaraf dengan nukilan hebat tuan RAM yang lain. Seperti tergesa-gesa untuk disiapkan sehingga idea tidak dikembangkan dengan baik dan titik penghubung di antara watak dikupas lebih kemas.
Amar seorang anak warga Bosnia diselamatkan oleh tentera Malaysia dalam kekalutan perperangan. Dibawa ke Malaysia dan akhirnya diasuh oleh keluarga Malaysia. Meningkat umur dewasa Amar sering dibayangi serigala. Kegalauan itu menuntutnya untuk kembali ke tanah Balkan bagi merungkai segala rahsia.
Rania gadis muda yang merupakan anak kepada keluarga angkat Amar. Gadis aktif yang lincah.
Ramlee Awang Murshid memang suka menyelitkan elemen mitos/lagenda/kepercayaan masyarakat setempat di dalam novel karya beliau. Jika selalu disajikan dengan mitos dan lagenda alam melayu, kali ini RAM membawa kita ke tanah Balkan dengan lagenda Serigala Jadiannya.
Elemen mitos dan lagenda dalam novel ini tersusun rapi penceritaannya hingga rasa ia adalah benar. Realiti bukan sekadar fantasi. Ciri-ciri dan perwatakan watak seakan benar.
Penceritaan dalam novel ini memang laju hingga rasa tak sempat nak bernafas. Dari satu kejadian ke satu kejadian. Dari satu misteri membawa ke misteri yang lain. Cuma elemen thriller atau suspense dan aksi, SH rasa kurang menyengat sikit dalam novel ni.
Dan elemen Islamik sememangnya menjadi trademark untuk RAM. Novel dan perwatakan dalam Banja Mangala ini juga sarat dengan pengisian dan penggantungan pada yang Maha Esa.
Plot twist dalam novel ni memang tak terjangka. Ada je pusingan dia. Karya RAM sememangnya tak menghampakan.
Lagi satu yang SH turn off sikit dengan buku ni adalah font dia. Kecik. Untuk seorang manusia yang mata bermasalah macam SH ni tulisan yang kecik memang memeningkan. Nasiblah cerita dia best.
Novel ini padat dengan pelbagai plot yang saling berkait, namun semuanya membawa kepada satu tujuan utama — mengingat kembali kisah peperangan di Bosnia-Herzegovina.
Plot utama berkisar tentang Amar, yang sedang mencari dirinya pada masa lalu. Pencarian itu mempertemukannya dengan Lamija — sekadar untuk ‘hai-bye’ — dan Vuk, musuh lamanya.
Kemudian muncul pula Sang Alpha Muda dan The Throopm Pertemuan dengan tiga penjenayah juga penting kerana dari situlah kisah penculikan adik angkat Amar, Rania, bermula. Kehadiran Lamija pula menjadi penghubung kepada siasatan polis tentang kes kehilangan wanita di Banjaran Luka.
Secara keseluruhan, fokus utama tetap pada Amar.
kita mungkin sangka selepas dia menewaskan Vuk, semuanya selesai — tapi sabar dulu. Ada watak yang sebenarnya “two-face”, seolah-olah dua orang sedang bergaduh dan satu lagi jadi tukang sorak. Ironinya, yang paling jahat bukan dua yang bergaduh tu, tapi si tukang sorak.
Scene paling diingati: perubahan drastik peribadi satu watak — daripada baik terus jadi jahat. Paling teruk, watak jahat dalam novel ni memang ramai. Ada yang menculik, cuba menjual orang, memperkosa, membunuh... semua demi kepentingan diri masing-masing.
Watak kegemaran: Serigala Sang Alpha — sebab boleh “transport” roh ke mana-mana. Amar pun ada kemampuan sama, tapi dia terlalu baik dan agak perlahan bertindak.
Bahagian yang kurang best: jujurnya, penat nak baca. Font kecil sangat, mata cepat hilang fokus. Jadi kena letak target harian — contohnya, nak habiskan sampai bab berapa — barulah boleh habis dengan tenang.
Apa pun, aku enjoy baca cerita ni. Awal-awal aku suka watak Rania, tapi lepas dia kena culik tu terus hilang minat. Terlalu mengada-ngada nakkan “cik abang” dia balik. Menyampah! Nasib baik Amar tu jenis baik hati... kalau tak, ramai perempuan lain dah ngorat dia dulu.
Bila buku ini keluar, saya antara yang dapat cetakan pertama. Teruja! Saya tak sabar nak baca and within 24h, saya dah boleh habis baca tapi sayangnya, pada saya sentuhan magis Tuan RAM macam kurang dalam naskhah kali ni. Seumpama Tuan RAM tergesa-gesa dan nak cepat sampai ke garisan penamat. Walau sedikit kecewa tapi usaha penulis wajar mendapat pujian.
(Actually dah lama baca buku ni cuma hari ni rajin nak letak review haha!)
- First impression aku pasal novel ni : wow. menarik. tak sabar nak baca.
- Novel kali ni mengisahkan tentang seorang Armel dengan serigalanya. Siapa Armel ? Armel tu raja serigala. Amar merupakan watak utama dalam novel ni dan juga merupakan seorang Armel.
- Kalau rasa nak melancong ke negara Eropah Timur, baca la novel ni. Memang aku rasa tengah melancong dekat tempat yang penuh dengan salji je. And you know what, aku baru tahu yang Bosnia Herzegovina pernah bergolak akibat peperangan suatu waktu dahulu iaitu pada tahun 1993-1995. Secara tidak langsung, banyak yang aku dapat tahu pasal negara tu termasuklah nama-nama tempat, sejarah peperangan tu, pasal mitos dekat banjaran tu and etc. Rasa nak buat more research pasal tempat tu.
- Macam biasa, kalau baca novel RAM ni kau kena berhati-hati dengan semua watak dalam cerita tu, tak kira la dia nampak baik sekalipun kena jugak berhati-hati. Hati-hati kenapa ? Supaya kau tak tertipu. Hehehe. Ni dah bagi hint ni.
- Dalam bercerita tentang fakta, ada juga diselitkan fiksyen. Fiksyen nya tentang Banja Manggala ni la. Apa tu Banja Manggala ? Siapa Banja Manggala tu ? Banja Manggala tu baik ke ? Haa baca la ye. Kalau nak minta aku ceritakan pun boleh. Hehe.
- Overall, novel RAM tak pernah tak tak best, termasuklah Banja Manggala ni. Bacalah, kau akan rasa macam tengah mengembara kat alam fantasi pun ada. Taknak cerita lebih-lebih, nanti spoil.
- Happy reading !
- Cinta bukan sekadar mimpi, cinta adalah perjuangan.
This book is about a tribe whose their leader has the ability to communicate with wolves. Manggala is referring to a tribe that has the ability to transform themselves into wolf. I have read about this tribe in Laksamana Sunan series. And this is a totally different story from what I read from the Laksamana Sunan series. The story goes way back to 1995 where Bosnian War takes place. RAM told a tales about a young boy who was saved from the war and being adopted and being raised so well. His past eventually caught up with him 23 years later calling him back to his hometown where he finally sees his worth and what is he made of. The character development is absolutely amazing. From the two main character, Amar and Rania to the side character such as Lamija and Hasanovic. The research about the war, the place every little details is amazing. The storyline matches the history timeline. And as usual, the plot twist. Just when you think you finally get it, well you don't. When RAM finally reveal the real villain, and what exactly has been happening, I was completely being caught off guard. It was really unpredictable and incredible. I have been reading RAM's book since forever, but this has got to be the best plot twist ever. I love it so much, I keep coming back to the part where everything being reveal. Ramlee Awang Murshid never cease to amaze me with his writing.
Berkisar tentang Amar yang dibesarkan dalam keluarga Datuk Husam selepas diselamatkan daripada Perang Bosnia. Dia dikurniakan kepakaran untuk muncul di tempat yang berbeza dalam satu masa melalui alam mimpi.
Secara ringkasnya, novel Banja Manggala ini membawa kita mengenal makna pengorbanan seorang Amar. Cerita ini tampak pantas dari segi plot penceritaan. Barangkali kerana ketebalan novel ini yang saya kira paling nipis di antara semua novel RAM. Andai dikembangkan lagi plot sewaktu Amar bersama 'keluarga'nya mungkin memberi lebih 'bonus point' kepada novel ini.
Kalau dilihat pada skala peratusan di belakang buku juga dapat dilihat peratusan aksi itu sendiri hanyalah 30%. Jadi, kita sebagai pembaca perlu lebih bersedia dengan keadaan ini. Tuntasnya, saya kira kisah ini sebenarnya boleh dikembangkan lagi, tapi walau bagaimanapun RAM masih menjadi penulis berfikiran 'luar kotak' menjadikan karya ini masih boleh dihadam. Tahniah buat Ramlee Awang Murshid atas kelahiran novel Banja Manggala ini.
p/s : Saya akan bersabar menanti kelahiran Anding Ayangan II.
Berlatarbelakangkan kisah perang bosnia pada tahun 1993-1995. Diselitkan dengan kisah fantasi armel, alpha dan kawanan serigala serta kisah mitos banja manggala. Plot twist serta kelebihan yang dimiliki armel betul2 mengujakan pembaca. Tak sabar nak jumpa perkataan TAMAT tapi sayang jugak nak TAMATkan fantasi dengan banja manggala. Tahniah @ramlee_awang_murshid 🤩 #banjamanggala #rakbukudedizul #novelholic #BookReview
Bukan peminat RAM dan ini buku pertama yg di baca. Overall, seperti membayangkan babak babak movie apabila baca buku ini. Walaupun ada plot yg boleh di baca tapi tidak pada plot Kar sebagai Banja Manggala. Sungguh suspen dan mana mungkin Amar dapat mengalahkannya. Tetapi percaya pada Allah sgt tinggi mampu menumpaskan kejahatan.
Expected unexpected. Bestlah cerita ni, walaupun aksi memang sangat minimal tapi cerita ini mempunyai kekuatannya sendiri.
Kisah Amar membawa kita mengembara ke wilayah Balkan. Mengimbas kembali kisah duka sewaktu perang Bosnia dahulu dan kesan kepada mereka yang terlibat dalam konflik berdarah itu.
Peperangan pasti meninggalkan kesan buruk, kehilangan nyawa, dendam yang tidak pernah padam.
Amar, seorang mangsa yang terselamat dalam peristiwa perang itu. Datang ke Malaysia dan menjadi anak angkat kepada Dato' Husam. Selepas 23 tahun, dia sering didatangi mimpi pelik seekor serigala. Kadang kala bermimpi berada di suatu tempat yang dia sendiri tidak pasti dimana.
Dia bertekad untuk mencari jawapan pada mimpi-mimpi tersebut. Dia perlu kembali ke tanah kelahirannya di Bosnia.
Konflik yang disusun kemas, plot yang menarik dan tidak dijangka. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Pemangsa menanti waktu yang sesuai untuk menjelma. Itulah yang dapat saya gambarkan bila selesai membaca karya ini.
Kisah ini terbahagi kepada 3 konflik besar yang akhirnya disatukan dengan baik pada pengakhiran karya. Kisah Amar dan Sang Alpha, Rania dan program travelognya serta Lamija dan polis veteran Hasanovic.
Seperti tidak puas membaca kisah mereka dan terasa ingin sekali mengembara ke wilayah Balkan ini bagi melihat sendiri kesan-kesan peperangan dan keindahan alamnya.
Siap baca dalam masa 24 jam kerana daya engagement yang tinggi seperti kebanyakan novel RAM yang saya pernah baca. Menarik juga kerana tema cinta namun latar belakang tidak begitu cliche, jauh dari kisah jutawan jatuh cinta dengan jelitawan di tengah-tengah golongan hartawan. Banja Manggala membawa masuk watak utama dari kalangan hamba Allah dari dunia liar dan mitos; serigala salji, manusia serigala, sang khunsa sumpahan gipsi yang berkepala manusia berkaki binatang... dan syaitan berbulu seperti snow man jelmaan bapa Kar.
Yang saya rasa selepas ayat terakhir dalam epilog; Amar kuat semangat tetapi lembut hati, Vuk ganas tapi cepat sangat matinya, Kar jahat tetapi senang sangat tumpas, tiga samseng yang pernah merompak Amar serta menculik Rania dan kawan-kawannya terlalu mudah ditumpaskan, konflik antara yang baik dan yang jahat tidak cukup menggetarkan. Adengan yang bagi saya paling menaikkan semangat baca ialah semasa Komando Daud dan pasukannya hampir diserang kawanan serigala dan memilih untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak malang dari dalam telaga. Adengan paling seronok ialah sewaktu Amar diintip oleh mekaniknya sewaktu sedang cuba berkomunikasi dengan kucing. Nak cerita panjang lebar, rasa macam tak layak. Pendek cerita, saya suka cerita ini tapi ia berpotensi jadi sebuah story yang kababooom.
Banja Manggala. Fikir-fikir pasal serigala jadian macam ala-ala Mitos. Cerita ni berlatarbelakangkan Bosnia & Herzegovina.
Suku pertama ceritaan, perlahan je. Tapi masih boleh diikuti penceritaan. Amar, anak Bosnia yang diambil oleh keluarga angkatnya di Malaysia. Watak Amar, pendiam sikit & sering bermimpikan serigala salji. Watak Rania lak, jenis happy go lucky. Adik angkat si Amar.
Masuk tengah buku, mula sikit konflik mengenai Puteri Salji & Serigala jadian. Puteri Salji tu manusia yang bernafsukan syaitan. Bermain dengan sihir. Dia digelar Banja Manggala. Amar pula, digelar Armel (Raja Serigala), tapi bukan serigala jadian. Manusia biasa yang dikurniakan kekuatan tersendiri.
Penulisan menarik, ada beberapa perkataan Bosnia yang sukar disebut & difahami. Part sedih macam takda. Teringat kisah Manggala di Siri Sunan. Ingatkan sama. Tapi berlainan.
Kekuatan thriller Banja Manggala adalah pada watak Amar yang juga seorang Armel (Raja Serigala) yang mempunyai kelebihan sebagai seorang 'jumper' yang mampu membuat salinan dirinya untuk ke mana sahaja yang dia nak pergi.
Konflik yang mewarnai Banja Manggala adalah konflik pembunuhan yang dikatakan dilakukan oleh Banja Manggala, serigala jadian yang menduduki kawasan banjaran Banja Luka dan konflik cinta Amar kepada Rania (adik angkat Amar).
Banja Manggala pada saya lebih mengetengahkan kisah peperangan di Bosnia-Herzegovina yang berlaku pada tahun 1993-1995. Walau pun peperangan telah berlalu lebih 23 tahun, namun ia memberi impak dan kesan trauma kepada penduduk Bosnia yang kehilangan keluarga dan sahabat tersayang.
Syabas buat Ramlee dan semoga terus diberikan ilham untuk terus menghasilkan karya yang hebat, insyaAllah.
This is my first book by RAM. I was driven to buy this one when i saw a long queue of people holding this to pay at the cashier during recent PBAKL 2018.i was intrigued and quickly snatched one too. i did not regret buying this book and i would not mind to try another.
RAM always make me amazed by his storytelling… the plot… the character itself… and this time topic perang di Bosnia diketengahkan and it’s really interesting to read it… Amar, Rania, Lamija, Hasanovic and lain2 lgi saling melengkapkan kisah ini… post trauma mmg akan ada and the way RAM present it … I must say it was good…. Then kisah serigala lagi… best….
Kali yang kedua baca buku ini untuk Karangkraf challenge. Mengisahkan tentang Amar, ketika kecil telah diselamatkan oleh Komando Malaysia semasa perang Bosnia 1995. Ditemui di dalam perigi dalam dakapan mayat ibunya. Kemudian di bawa pulang ke Malaysia sebagai anak angkat keluarga Dato’ Husam. Membesar bersama Rania, anak kepada ibu bapa angkatnya 23 tahun di Malaysia, Amar dibayangi misteri serigala salji dan mendapati dia mempunyai kebolehan untuk teleport ke tempat asalnya, wilayah Bakan. Di sana terdapat mitos mengenai penghuni Banja Manggala yang merupakan manusia yang terkena sumpahan dan boleh berubah menjadi serigala. Amar kembali semula ke tempat kelahirannya untuk merungkai misteri yang membelenggu. Selain kisah Amar dan serigala, buku ini turut diselingkan dengan kes-kes pembunuhan di wilayah Travnik. Hasanovic pegawai polis veteran cuba merungkaikan misteri penemuan mayat wanita yang mati dalam keadaan mengerikan. Seperti biasa, RAM suka mengangkat tema kebaikan menentang kejahatan. Protagonis merupakan seorang lelaki soleh, taat perintah agama dan menghalang perlakuan kufur, sama seperti siri Sunan. Konsep sama juga digunakan dalam siri Empayar yang ditulis oleh Teme. RAM juga turut memperkenalkan keindahan Bosnia, serta menyelitkan kisah Perang Bosnia yang memberikan latar belakang sejarah lebih mendalam dalam buku ini.
Setiap tahun, saya akan memulakan "reading challenge" dengan buku yang santai dan mudah dihabiskan pembacaannya. Buku ini saya pilih kerana penulisnya.
Banja Manggala, karya RAM dengan gaya penulisan klasik beliau - "plot twist" yang tidak disangka-sangka, dan karakter utama yang membawa perwatakan "Laksamana Sunan".
Cerita kali ini merupakan satu fiksyen yang ditambah dengan aura "supernatural" sebagai nilai tarikan watak utamanya. Walaupun fiksyen sebegini bukan minat utama saya, (apa ada hal) Ramlee Awang Murshid tak pernah mengecewakan. (Hehehe.)
Macam kebiasaanlah membaca karya beliau, saya akan membayangkan 1001 situasi cerita ini akan berakhir, dan pastinya "happy ending". Walaupun saya berjaya meneka "happy ending" cerita ini, saya tetap gagal meneka "plot twist" siapakah penjahat sebenar.
27/2020📚 Banja Manggala karya Ramlee Awang Murshid
Sebuah kisah mengenai seorang anak muda yang diselamatkan dari kancah perang di negara Balkan, Bosnia-Herzegovina oleh tentera komando dan dikatakan mempunyai kebolehan mistik berkomunikasi dengan makhluk yang dikatakan liar.
Idea yang diketengahkan dengan latar belakang yang menarik ini sebenarnya boleh menjadi hasil naskhah yang hebat. Namun entah mengapa kali ini perasaan saya agak bercampur baur semasa membacanya. Seperti ada sesuatu yang tidak sampai. Atau mungkinkah kerana saya merasakan ada soalan saya yang tidak terjawab?
Namun seperti selalunya saya membaca hasil nukilan beliau, pasti ada ‘twist’ luar jangka. Sesuatu yang sentiasa nampak baik itu, tidak semestinya senantiasa baik. Begitulah.
Fantastic! One of the Malaysian author that i love since i read the first Book "Tombiruo" that published on 1998...Thumbs up! Cuma satu tak paham sikit, what is mean 'ALPHA'?? I tot Alpha is yang terawal kot haha..Watak si Alpha Tua & Muda membuat aku tak paham dan keliru sikit..BTW Overall tatap di hati kio Abang RAM.
I love books written by RAM. His story lines are very interesting. Same goes with this book. Its like reading an English book...with werewolves and all... My one problem with this book, I don't think that the character Rania is essential to this story.
ambil masa yang panjang sebab nak habiskan,bukan kerana jalan cerita xbest,tapi bz cikit,jadi kena baca sekerat2☺️kesimpulan nya,novel by RAM ni memang super duper awesome..apa yang dijangka tak selalu nya betul☺️happy reading🌷🌷
Pujian utk penulis yg mmg terbaik bila mengarang dan menggambarkan sesuatu aksi. Tetapi terasa sesuatu yg kurang bila berkisar tentang cinta. Saya tutup mata shj sbb ada plot twist yg menarik. Haha