Jump to ratings and reviews
Rate this book

Aku Terima Nikahnya #1

Aku Terima Nikahnya

Rate this book
AKU TERIMA NIKAHNYA adalah terjemahan nas al-Quran dan al-Sunnah serta psikologi manusia, yang dipersembahkan dengan wajah santai, demi memberi ruang untuk pembaca membaca dengan maksud berikut:

“… menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpulkan pengetahuan, tetapi kejayaan menyuluh jalan kembara insan mencari Tuhan!”

Paperback

First published January 1, 2008

57 people are currently reading
968 people want to read

About the author

Hasrizal Abdul Jamil

26 books878 followers
Hasrizal holds a Bachelor of Sharia (Honours) from Mu’tah University, Jordan (2001). He is the Director of Education at Khalifah Education Foundation which operates Khalifah Model Schools in Malaysia. An educator and learning designer, blogger, and author, advocate children-centered learning, parenting, and domestic policy.

Hasrizal succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA (2008) became one of the National Best Sellers. He proceeded with many more books, such as BERCINTA SAMPAI KE SYURGA (2009), MURABBI CINTA (2010), RINDU BAU POHON TIN (2009), SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH (2010), TRANSFORMASI RAMADAN (2011), EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA – Trilogy (2012), DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU (2012), ERTI HIDUP PADA MEMBERI (2013), TAK KENAL MAKA TAK CINTA (2014), MENALAR MAKNA DIRI: KEMBARA MENJEJAK IMAM BIRGIVI (2014), SETIA DENGAN KEBENARAN (2017), REVIVING THE SPIRIT OF RAMADAN: BEYOND DO'S AND DON'TS (2017), HIKMAH & KARAKTER (2018), JALAN SEHALA (2019), RISALAH #MALAYSIA MEMBACA (2019 co-author), SENI BERFIKIR YANG HILANG (2020), TRANSFORMASI RAMADAN 2.0 (2020), DIARI ABAH (2020), MÄ OON RIZAL (2020), ERTI BERAGAMA YANG HILANG (2021), MENULIS DARI HATI BIAR SAMPAI KE HATI (2021), KAMAR-KAMAR BUDI (2021), KEMBARA MENALAR DIRI: LEGASI IMAM BIRGIVI (2021), SISI BERAKHLAK YANG HILANG (2022), BERAGAMA YANG KEHILANGAN TUHAN (2023) and PEDAGOGI RAMADAN (2023)

Hasrizal lives in the Republic of Ireland.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
549 (51%)
4 stars
351 (33%)
3 stars
127 (11%)
2 stars
25 (2%)
1 star
8 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 83 reviews
Profile Image for Syu.
40 reviews
October 9, 2022
Aku Terima Nikahnya.
.
Beli sebab dah habis belajar. Dan saya rasa saya dah boleh fikir untuk ke alam yang seterusnya (alam rumahtangga). Sebelum ni kalau Ummi cakap pasal kahwin je saya mesti taknak dengar. Tapi lepas habis belajar saya open nak dengar.
.
Jadi saya pun tanya kawan-kawan kat ig buku apa yang sesuai untuk mencari pasangan. Ada yang suggest buku ni.
.
Sejujurnya, saya bukanlah penggemar buku bukan fiksyen. Tapi buku ni cepat betul saya habiskan dalam masa lebih kurang seminggu saja.
.
Apa yang saya dapat daripada buku ni bukanlah cara nak cari pasangan secara jelas. Tetapi buku ni telah mengubah cara fikiran saya supaya saya ubah diri saya bermula dari sekarang dan perlu bersedia fizikal dan mental sebelum berumah tangga.
.
Sangat seronok. Banyak pengalaman daripada penulis yang dikongsikan dalam buku ini.
.
Saya bagi lima bintang kerana bagi saya buku ini santai tapi sangat bermanfaat.
.
Tak sangka saya dapat habiskan cepat buku bukan fiksyen. Masih terkejut dengan diri sendiri. Hahaha.
Profile Image for SORA.
184 reviews7 followers
January 23, 2023
Antara penyebab utama yang membuatkan aku membeli buku ini ialah kecomelan muka depannya (versi Jejak Tarbiah).

Aku memang suka dengan cara ustaz yang menggunakan pendekatan penyampaian ilmu secara santai (baca: catatan pengalaman sendiri) tapi sampai ke hati dan tidak mudah jemu bila membacanya. Walaupun buku ini merupakan buku terbitan semula, namun isinya masih relevan dengan isu semasa.

Aku turut tertarik dengan prinsip hidup ustaz iaitu "erti hidup pada memberi"--mahu berumah tangga bukan untuk menerima tetapi berumah tangga kerana mahu memberi--memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi nafkah dan memberi kebaikan.

Antara isi-isi lain yang menarik hati:

🌷Mintalah fatwa daripada hatimu dan tanyalah dirimu kerana kebaikan ialah apa yang menjadikan hatimu tenang, manakala keburukan membuatmu bimbang dan dadamu bergoncang. (bab panduan dalam memilih pasangan).

🌷Begin with the end in mind ialah slogan kita untuk jadikan kompas matlamat hidup dan segenap peringkat perjalanannya.

🌷Jangan pandang isteri dengan pandangan mata yang kering atau pandangan akal yang gersang, jauh sekali dengan pandangan nafsu yang melulu. Pandanglah isteri dengan pandangan hati, kerana hati itulah yang memberi makna kepada pasangan hidup kita. Walaupun sudah dimamah usia, dialah separuh hidup kita.

🌷"Dengar sini, kamu jangan bergaduh dengan orang bodoh. Nanti kamu yang bodoh. Orang bodoh itu dinding batu. Kamu baling dengan bola ping pong, dia berpatah balik kena dahi kamu. Lawan orang bodoh, bodoh! Lawan orang gila, gila!" (sedih dan syukur bila baca bab kenangan ustaz dengan arwah abahnya).

🌷Seorang ibu bapa kepada manusia ialah mereka yang sedar bahawa anak mereka bukan hanya ada perut tapi ada akal dan minda yang juga memerlukan makanan.

🌷Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata ibu bapa, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita. Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cerminan wajah ibu dan bapa mereka sendiri.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
February 7, 2015
"Begins with the end in mind" (",) sangat sesuai dibaca oleh pasangan yg akan dan sudah berkahwin juga bagi yang masih bujang. Ustaz Hasrizal menggunakan bahasa yang mudah dan santai. Mudah untuk difahami dan sangat bermakna. Ada mengenai pertunangan, perkahwinan, anak-anak dan seratus satu hal rumah tangga. Tidak rugi memiliki buku ini. Moga Allah memberkati usaha penulis:)
Profile Image for EElmira.
27 reviews10 followers
March 11, 2018
I wish I had this book when I was young, but unfortunately Ustaz Hasrizal haven't wrote the book yet as he was only as young as me. This book is for the young and old, married and singles, people who wants to get married or neither way.

Ustaz Hasrizal famous for his blog calling young muslim people to revive Islamic Way of Life, name "SaifulIslam.com", gives us wake call for those who only dream of happy early marriage yet failed to realise the harsh reality of being in partnership of when you've decide to up the knot without planning ahead. However he also brought up, how most Muslims are brought up these days far from what Islamic values of respect and love between child and parent, abusing them from lacking them from knowledge that really shapes these children into a better being. Most of his views are based on what truly is happening in Malaysia and maybe also some other countries. He compares with European way of life after spending his few years in United Kingdom and Turkey which few readers might find surprising the way he praises the values Europeans that should be an example to Malaysian all alike.
Profile Image for Clay.
7 reviews
November 26, 2010
MasyaAllah. Himpunan pengalaman2 yang insyaAllah bermanfaat untuk semua, tak kira remaja, mereka yang nak berkahwin, yang sudah berkahwin termasuk mereka yang telah ada 10 anak! Berlumba dengan zaujah ana menghabiskan buku ini, dan sukacita ana maklumkan, ana MENANG!
Profile Image for Afu Chan.
1 review
April 16, 2011
A must read for Muslims bride & groom to be, and for those who are already married as well. In other words, everyone!

The book basically tells of the writer's journey towards marriage, their life after marriage, and their adventures as parents of 3 children. They were both studying/working abroad from Malaysia, and the sacrifices they had to make to create a family, to raise their children were well captured here.

The first part tells of life pre-marital. How they limited their meetings, contacts before marriage, the pillar of marriage as the writer stresses, "life is of giving, not taking. Always remember to give love, to give nafkah etc, and you'll be happy when you are able to fulfill that."

Another phrase I like from the book is, "don't concentrate on finding the perfect spouse - when you marry that perfect someone and live together, expecting perfection only, you'll end up seeing only their imperfections."

The second half of the books tells of raising children.

The book also captures points of raising children abroad that I believe many Malaysian Muslims who lived abroad would understand. I studied abroad for 4 years, and I did see a difference between us raising children locally, and abroad. There, children were treated as normal human, their ideas and comments are not ignored, their questions are answered patiently, sometimes scientifically, to encourage their thinking process. Here, we tend to get impatient with their questions, sometimes even forbidding them from asking 'nonsense' questions.

Another part the book stresses is that parents must spend quality time with their children.
For children, their parents are heroes, and they expect the parents to be their heroes, but when parents are always tired from work, scold them often, never pay attention to their wants or input, they tend to find their 'hero' somewhere else - sometimes leading them to drugs etc. Every child gone wrong, is the result of the parents' incompetence.

One thing I like about this book is its concise content. The chapters were short, and everything is explained simply, yet you get the message. Plus, I like the part that each chapter's title, is a summary of the chapter. That way, even if you forget about the content of the chapter, just reading the book index may get you to recall the chapter's content. Some motivational books are not written that way, the chapter's title is like a 'clue' to the content and you need to read the whole chapter again to recall.

I would recommend this book to everyone I know. Just as I recommend "Men Are From Mars, Women Are From Venus".
Profile Image for Fatini Zulkifli.
434 reviews40 followers
November 11, 2016
Ditulis ibarat sebuah jurnal kehidupan sebelum, semasa dan selepas perkahwinan Ustaz Hasrizal yang mengikut syariat Islam. Bukan sahaja tips perkahwinan, malah disediakan juga tips 'parenting'. Beberapa isi penting yang saya rasa perlu dikongsi:

1. Dia (ayah) tidak pernah memaksa saya membaca buku, tetapi jika gagal mendapat tempat pertama, dia menepuk bahu saya sambil berkata, “Nanti mainlah lagi ya. Jangan baca buku.” Dia tidak marah, tetapi saya sendiri yang rasa terseksa dan bersalah. (p. 109)

2. Abah sengajakan beberapa kesusahan. Semata-mata agar saya belajar, bahawa ‘apa nak, semua dapat’ itu hanya di syurga.

3. Renung pula seorang hero bernama Ultraman. Dia seorang yang action oriented. Dia diangkat sebagai perwira kerana bertindak kena pada masanya. Dia tidak perlu berleter dan bercakap untuk dilihat sebagai hero dan idola. Dia hanya perlu beraksi. Membuktikan kepahlawanannya melalui tindakan. Renung pula kepada Barney. Walaupun matanya besar, perutnya buncit dan susah untuk dipeluk, Barney ‘seorang’ yang pengasih lagi penyayang. Barney tidak marah-marah dan berleter. Barney sentiasa membelai, dan pandai mengambil hati. Biarpun warnanya ungu dan sering dikutuk oleh mereka yang jemu dengannya sebagai sebagai ‘The Purple Thing’, dia tetap mendapat tempat di hati anak-anak kita. (p. 175)

4. Anak kecil dilayan seperti orang dewasa, anak yang sudah dewasa dilayan seperti budak kecil. Lantas layanan itu hanya menyemai bibit benci dan dendam anak-anak kepada ibu bapa. Apa yang seorang anak berusia lima tahun faham, tentang keletihan dan stress seorang ibu yang baru pulang kerja selepas bergaduh dengan majikan? Seorang anak berusia lima tahun hanya faham satu perkara, iaitu ibu adalah ratu hatinya. Tempat dia mencari perhatian, kasih dan sayang. Maka anak-anak pada usia lima atau enam tahun itu mengikut naluri yang betul apabila cuba bermesra dengan ibu bapanya. Dia tidak faham keletihan dan kerungsingan seorang ibu dan bapa. (p. 185)

Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
August 23, 2015
Bagi pembaca yang sudah terbiasa membaca buku non-fiction pasti akan perasan bahawa sebahagian atau semua bab dalam buku ini merupakan cantuman daripada kepingan-kepingan artikel. Sama seperti buku Dr Asri, Travelog Minda Tajdid. Cara begini sangat santai untuk sesiapa yang tidak suka isi-isi disampaikan secara mendatar.

Sesetengah buku mampu mengubahnya supaya pembaca dapat mengaitkan antara bab demi bab seperti buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang. Artikel yang berkaitan dimuatkan dalam satu bab besar dan dalam buku tersebut hanya terdapat tiga sahaja bab besar yang menghuraikan idea-ideanya. Begitu juga dengan syarahan Prof al-Attas yang dibukukan oleh ABIM bertajuk Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu. Buku yang sangat luar biasa seolah-olah beliau sedang bertutur dengan pembaca. Jenis buku sebegini lebih mudah difahami berbanding terus mendengar syarahan 'live' beliau buat kali pertama kerana bagi yang tidak biasa dengan istilah yang digunakan pasti ia agak rumit untuk difahami.

Walau bagaimanapun buku yang membuatkan Ustaz Hasrizal digelar 'ustaz cinta' ini bukanlah mengajak pembaca untuk terus ke jinjang perkahwinan. Malahan, sebaliknya. Banyak peringatan dan tips yang bagus untuk diamati. Buku ini memberikan contoh bagaimana kita hendak 'berkawan' dengan anak-anak/budak kecil seperti yang disaran oleh Nouman Ali Khan.

Mengapa buku Men Are From Mars perlu dibaca berbanding buku Tarbiyyatul Aulad, perlunya persediaan buku-buku berkaitan kesihatan keluarga di librari rumah dan kisah penulis dengan bapanya yang cukup menyayat hati juga turut dilakarkan dalam buku ini.

Penulisan tidak meleret dan mesej jelas.
Profile Image for Ikmal Hisham.
30 reviews2 followers
July 18, 2015
Buku ini adalah antara yang terawal dalam mengenali sisi pandangan Ustaz Hasrizal Jamil. Digelar murabbi cinta satu ketika dahulu (tetapi kini cuba lari dari label itu) saya kira buku ini menjadi titik tolak dalam memahami cinta daalam perspektif Islam yang lebih rasional bertanggungjawab dan bukan Islam yang 'tergedik-gedik'!
Profile Image for ilafahmy.
114 reviews19 followers
September 9, 2011
Apabila mula membaca buku ini terus tidak mampu berhenti..gaya penulisannya santai tapi cukup banyak pengajaran yang boleh diperolehi untuk melayari hidup berkeluarga dalam era yang sungguh mencabar ini...naskhah yang sering menjadi hadiah perkahwinan saya kepada rakan dan taulan...
Profile Image for Aina Nadia.
16 reviews2 followers
September 19, 2020
Would love to share bits of the wisdom in this book, so here goes my review from my point of view when I first read it back in April 2019z

Its a book about Ustaz Hasrizal’s marriage life from the moment he started to plan with whom He wants to get married until the day he has form a family of 5.

In every phase of our lives, making decisions is common and requires skills. And from this book, i can learn so much.

Antara perkara yang saya belajar dari buku ini ialah memahami erti sebuah perkahwinan dimana hidup adalah untuk memberi. Memberi kasih sayang, memberi perhatian, memberi kebaikan, memberi sokongan, memberikan masa, tenaga, kepercayaan dan apa sahaja yang diketahui sebagai peranan yang harus dilaksanakan sebagai seorang suami mahupun isteri. Juga memahami bahawa pentingnya untuk mengenal pasti asas utama perkahwinan itu dibentuk.

Seperti perkahwinan Ustaz, perkahwinannya terbentuk atas rasa kehambaan. Hamba yang fikirkan peranan dan suka memberi kebaikan kerana apabila peranan saling ditunaikan, berhasillah hak yang ditentukan. I think this is where some conflicts occur in marriages. When one demands their rights to be fulfilled but one did not fulfill theirs. Jika kita memberi, insha Allah kita akan menerima.

Selain itu, buku ini memberikan gambaran kehidupan perkahwinan yang sangat realistik. Apatah lagi bila mana hidup sebagai pasangan suami isteri yang sangat sibuk berkhidmat untuk ummah. Dikala hidup dijadikan sebagai landasan untuk berbakti kepada ummah, banyak pihak yang harus berkorban.

Seorang doktor dan seorang ustaz. Boleh bayangkan bagaimana mereka melaksanakan hak sebagai seorang suami isteri, doktor, ustaz juga sebagai ibu dan bapa. Memetik kata - kata ustaz, “kebahagiaan rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. Penentunya ialah kualiti”.

Ustaz juga ada menceritakan tentang bagaimana beliau dididik oleh kedua ibu bapanya, bagaimana beliau mendidik anak - anak, bagaimana beliau terkesan dengan perbezaan generasi dahulu dan sekarang. Sebagai bakal ibu bapa suatu hari nanti insha Allah, ini adalah antara perkara penting yang kita bakal lalui dan hadapi. Betapa pentingnya untuk menjadi role model terbaik untuk anak - anak. Mereka belajar dengan melihat lebih banyak daripada mendengar.

Tambahan lagi, ustaz memberi gambaran tentang betapa pentingnya identiti suami isteri tidak tenggelam dek kerana terlalu sibuk memenuhi peranan lain.

“Rumah tangga juga sentiasa ada dua insan yang masih seorang suami dan seorang isteri”.

Maka kasih sayang yang terjalin antara satu sama lain sejak mulai bersama harus dipupuk dan dijaga dari semasa ke semasa. Tidak kira sesibuk mana pun kita, usahakan untuk mempunyai masa sendiri hanya berdua bersama pasangan.

I personally suggested anyone who wants to find meaning of marriages to read this book. Even if you are married, it is still suitable for you. I hope you guys will find this book beneficial as much as i did.
Profile Image for nnul.
26 reviews
Read
March 2, 2025
definitely need to be read before thinking into marriage
Profile Image for Hasliza Rajab.
173 reviews8 followers
January 27, 2024
Seorang yang tak suka akan genre cinta dan romantis, begitu juga pada buku-buku yang berunsur cinta dan seangkatan dengannya. Hanya baru-baru ini, terbuka hati untuk mendapatkan buku Ustaz Hasrizal yang satu ini, "Aku Terima Nikahnya". Ya, baca daripada tajuk pun kita dah tahu bahawa buku akan berbicara tentang cinta. (*my first impression of this book)

Iya benar, buku ini berbicara tentang cinta. Mana mungkin sebuah perkahwinan dibina tanpa ada asasnya iaitu CINTA. Cinta dan kasih sayang yang membawa sepasang suami isteri melayari bahtera rumah tangga. Dan saya juga silap, kerana soal cinta dan jalan menuju perkahwinan itu hanya pada dua hingga tiga bab sahaja, dan selebihnya adalah cabaran dan mehnah dalam membina rumah tangga dan pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh penulis, membacanya membuatkan kita cukup untuk merasai hal yang sama dilalui oleh penulis.

Bila tiba bab penulis berbicara tentang kehilangan seorang ayah, yang membacanya turut sama mengalirkan air mata. Untuk bab-bab seterusnya, penulis banyak berkongsi perihal anak dan membentuk keluarga, di sebalik kekangan mereka sebagai ibubapa yang bekerja sepenuh masa, komitmen untuk keluarga dan komitmen untuk masyarakat.

Antara isu yang diangkat dalam buku ini ialah :

1. Tatacara yang betul menuju alam pernikahan mengikut nas-nas agama.

2. Unsur yang penting dalam sebuah rumahtangga iaitu sinergi - mengiktiraf perbezaan, tidak berhajat menafikan perbezaan, menjadikan perbezaan sebagai sumber kemakmuran.

3. Bekalkan diri kita dengan ilmu keibubapaan, bukan hanya kepada anak yang pertama, namun juga untuk anak-anak yang seterusnya.

4. Didik anak-anak dengan bekalan agama yang cukup. Tugas kita sebagai ibubapa bukan hanya melahirkan dan memenuhi keperluan fizikal anak-anak, tetapi juga keperluan mental dan emosi yang perlu dipenuhi.

5. Suburkan keluarga dengan kasih sayang. Doa pada Allah, semoga Allah menjadikan keluarga di mana ahlinya saling berkasih sayang kerana-Nya.

Hiduplah untuk memberi!
Profile Image for books.bintulu.
259 reviews7 followers
May 19, 2021
Mei 2021: Aku Terima Nikahnya

Saya masih dalam mode membaca tulisan Ustaz Hasrizal. Sangkaan awal saya, buku ini tentang mengendalikan kisah cinta muda-mudi sehingga ke gerbang perkahwinan rupanya meleset kerana patinya lebih kepada kehidupan selepas berkahwin. Benarlah penulis mahu orang yang belum berkahwin untuk melihat realiti setelah berkahwin itu tidak mudah.

Pengalaman perkahwinan penulis boleh dijadikan pengajaran untuk anak2 saya satu hari nanti. Antaranya keutamaan memilih pasangan mengikut hadis (agama, keturunan, harta, rupa). Peringatan juga untuk si lelaki memahami ilmu munakahat dan fiqh wanita untuk menjadi seorang imam dalam keluarga.

Saya suka approach penulis bila melibatkan adat yang dipegang oleh ahli keluarga - "kita adalah generasi jambatan antara zaman adat dan zaman syariat".

Peringatan buat diri saya juga "Tertumpahkah solehah isteri dan soleh saya kepada anak2?" Ini cabaran evergreen untuk ibu bapa.

Penulis juga berkongsi betapa sibuknya beliau dan isteri dengan jadual harian di samping membesarkan 3 anak. Antara kuantiti dan kualiti dalam membesarkan anak.

Bab favourite saya, Abi Dinosaur Ummi Raksasa. Penulis membawa kaitan watak kartun yang dicintai oleh anak2 (penyayang, lucu, memberi perlindungan, pengambil hati, TAK PERLU BERLETER) yang agak opposite dengan watak ibu bapa. Terus saya check dengan anak2 apa kartun kegemaran mereka. #pointtoponder

Akhir, saya tertarik bagaimana penulis ditegur oleh anaknya bila tersebut perkataan "aku, bodoh". Kita taknak anak guna perkataan tu tapi kita sendiri atau orang sekelilingnya yang guna -peringatan utk saya termasuklah sindiran, sarcasm dalam mendidik anak2 (baru tengok video Ustaz pasal ni)

#akuterimanikahnya
Profile Image for Faizah Roslaini.
123 reviews24 followers
December 2, 2009
Kenapa lima bintang?

1 - Saya terpikat dari muka pertama lagi, 'hati itu tenteram kepada kebaikan, dan gelisah terhadap kejahatan'. Kata-kata ini bagi saya amat bermakna kerana ia bagaikan memberi satu harapan. Saya mahu tenang namun semenjak berkeluarga saya amat mudah resah dan merusuh. Saya berharap buku ini ada 'ubatnya'.

2 - Ilmu yang dikongsi disampaikan dengan cara santai. Seperti berkongsi sesama sahabat dan tidak 'patronising' seperti sesetengah buku. Pada saya maklumat dengan pendekatan begini lebih mudah dicerna.

3 - Buku ini bukan untuk orang yang hendak bernikah atau baru bernikah sahaja. Yang telah lama macam saya pun KENA baca. Banyak sungguh ilmu dan tip-tip yang dikongsi dalam melayari hidup berumahtangga. Yang paling saya suka sekali adalah bab-bab berkenaan 'how you treat your children'. Betapa anak-anak menjadi degil kerana terhukum dengan dosa ibu bapanya yang sibuk mencari rezeki tanpa habis-habis.

Tak setuju? Cuba baca sendiri Aku Terima Nikahnya.

4 - Kini saya boleh katakan, saya lebih bermotivasi untuk menjalankan peranan sebagai seorang isteri dan ibu. Insya Allah, harapnya rasa ini berkekalan. Buku ini juga akan sentiasa menjadi rujukan dari semasa ke semasa.

Baca sendiri Aku Terima Nikahnya untuk anda dan keluarga anda.
Profile Image for Fadilah Tahir.
14 reviews2 followers
March 23, 2011
Buku ini kubaca ketika diri ini sedang mencari calon belahan jiwaku
sedikit sebanyak ia memberi panduan dalam mencari yang soleh.

tapi diriku tidaklah seorang muslimah yang tinggi imannya seperti ustaz hasrizal dan isterinya. permulaan bicara yang menanyakan soalan "pelikkah cinta tanpa SMS, chatting atau dating?" ku cuba untuk begitu
tapi diri ini belum lagi mencapai tahap iman yang tinggi begitu.

keyakinan seseorang yang tinggi imannya dalam membuat pilihan berjodoh
sangat mengujakan aku. sungguh Allah telah beri kemantapan hati yang jitu
dengan hanya melihat gambar wanita yang bakal dipinangnya.

proses taaruf ketika dalam bertunang juga dijaga mengikut syariat islam.
Cerita ini juga berkisarkan pengalaman hidup sebenar penulis dalam melayari kehidupan rumah tangga yang tidak lepas dari menghadapi ujian rumah tangga yang getir.

ia juga menerangkan tentang emosi dan logik. lelaki mempunyai 9 logik dan 1 emosi manakala wanita mempunyai 9 emosi dan 1 logik. kalau difikir-fikirkan, memang ada benarnya. perempuan memang beremosi, apa lagi jika penyakit bulanannya datang.

Pengalaman buku ini menggambarkan cabaran seseorang dalam menghadapi kehidupan rumahtangga, terdetik di akal ini, mungkin diri ini belum layak untuk menghadapi cabaran berumahtangga yang dianggap indah pada permulaannya. mungkin diri ini masih belum cukup ilmu untuk berumah tangga. Hanya Allah sahaja yang tahu waktu dan ketika yang tepat untuk ku berjodoh.
Profile Image for Dayat.
93 reviews3 followers
December 24, 2008
Tahniah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Aku Terima Nikahnya (ATN) berjaya membuatkan aku berjaga dari jam 10mlm hinggalah 3 pagi semifinal Spain vs Russia. (Spain menang yeah!!). Langsung tidak diserang kantuk.

Walaupun pembacaan semalaman sepintas lalu seperti ini agak kurang sopan, tapi aku tetap puas dalam mendapat 'general ideas' ATN.

ATN memberi perspektif tentang alam perkahwinan yang perlu ditekuni sama ada oleh uda, dara, pasangan serius, pasangan tunang, pasangan suami isteri, seorang anak, bapa, ibu atau yang sama waktu dengannya.

Tertarik dengan terjemahan penulis tentang betapa kata-kata mahsyur Imam Al Ghazali tentang lelaki dan perempuan bermaksud begini : Lelaki itu punya 9 logik dan 1 emosi, perempuan itu punya 9 emosi dan 1 logik. Bukanlah akal dan nafsu seperti terjemahan popularnya. Dan itu adalah kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Dan beliau juga mengesyorkan mengambil manfaat dari kajian sunnatullah dari buku 'Men from Mars and Women from Venus'.
ATN juga menggagaskan bertapa maksud 'beragama' dalam hadis nabi tentang 4 kriteria memilih pasangan iaitu rupa, harta, keturunan dan beragama. Bukanlah bermaksud ustaz/ustazah tetapi 'teachable', mahu dan tahu.

Kredit juga untuk editor buku ini yang berjaya menjadikan buku ini benar-benar menjadikan pembacaan buku ini satu pengalaman yang indah.

(www.makhluk-bernama-aku.blog.friendst...)
Profile Image for Rinie Jaafar.
20 reviews
November 5, 2014
Walaupun tajuk buku ini terlalu 'cheesy', saya bagi 5 bintang! Saya selalu menyenangi tulisan-tulisan ustaz hasrizal. Inti pati tulisannya sangat relevan. Memang saya terlambat sedikit membaca buku 'aku terima nikahnya' ini. Namun intinya masih begitu relevan dalam masyarakat kita sekarang. Persoalan antara adat dan agama masih menjadi 'penyakit' di malaysia. Sebab itu, saya suka bila ustaz menekankan bahawa kita adalah generasi jambatan, iaitu generasi yang tersepit antara zaman adat dan syariat. Yang nyata, untuk menguraikan kekeliruan itu memerlukan satu usaha yg teliti dan tidak gelojoh. Terima kasih ustaz atas tulisan yang sangat bernas untuk kita, generasi jambatan ini menikmati
Islam yg ringkas dan indah dalam syariat Allah. Dan apabila ustaz bercerita tentang kasih sayang ibu bapa yang tiada penghujungnya, jujur saya katakan saya rasa terpukul. Memang benar ibu ayah amat mudah memaafkan anak-anak. Tidak kira seberat mana pun kesalahan itu, akhirnya restu mereka sentiasa ada. Kasih sayang mereka sememangnya TANPA SYARAT. Terima kasih ustaz membuatkan saya ingin lebih menghargai ayah dan arwah ibu.

Sememangnya, Ustaz terlalu kaya dengan pengalaman yang cukup realistik tentang kehidupan. Terima kasih sekali lagi sebab meminjamkan sedikit ilmu dan pengalaman utaz kepada saya.
7 reviews
August 29, 2024
Kalau saya boleh bagi gambaran tentang buku ini dalam sebaris ayat, saya akan kata,
"Buku ini mengubah perspektif saya terhadap sebuah perkahwinan".

Kalau sebelum ini saya agak terpengaruh dengan laungan menuntut hak seorang perempuan daripada suami, sekarang ni saya lebih cenderung untuk mempersiapkan diri untuk mencari apa sahaja yang saya boleh tawarkan dalam sebuah perkahwinan.

"Erti hidup pada memberi" trademark ustaz Hasrizal bukan sahaja dapat mengubah mindset saya terhadap perkahwinan bahkan dalam cara saya berinteraksi dengan orang disekeliling saya.

Orang selalu menolak membaca tentang pernikahan dengan alasan, belum bersedia. Akan tetapi, bagi saya menelaah buku-buku tentang perkahwinan membantu saya dalam memperbaiki cara saya memandang kehidupan.

Nak pasangan baik kena mula dengan ubah diri terlebih dahulu. Apa je yang kena ubah? Buku ni sesuai untuk orang-orang yang mempunyai persoalan sebegini.

kadang-kadang kita tahu kita ada kurang tetapi kita tak tahu tahu apa, moga buku ni melorongkan jalan-jalan kepada jawapan yang terbit berkenaan kehidupan yang kita lalui.

Buku pertama yang saya akan sarankan kepada semua orang yang belum juga sudah berkahwin.

(Solehah Sharudin, 290824)
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
December 24, 2012
tajuk buku ini benar-benar 'misleading; bagi saya kerana sangkaku ini buku cinta yang diselaputi dengan cengkerang Islam tapi telahanku salah sama sekali.Buku ini mengumpulkan catatan Ustaz Hasrizal dari blog saifuislam.com yang berkisar sekitar kehidupan berumahtangga antaranya dan isteri serta anak-anak.Kerap kali kita membaca kisah yang bercinta selepas kahwin tapi buku ini membawanya ke lebih jauh lagi iaitu mendidik keluarga mengikut lunasnya.diceritakan dengan santai lengkap dengan selingan,kisah ini lebih mirip kepada mini bografi.Ustaz mana yang mencadangkan buku John Gray untuk pasagan bakal berkahwin selain Ustaz Hasrizal.amat saya hormati sikap pendengar Ustaz Hasrzal mendengar coleteh anak dan melawan anaknya seperti orang dewasa.sungguh banyak manfaatnya bekerja di Ireland dalam biang ugama jika dibanding dengan produk negara Timur Tengah yang lebih suka berceramah kosong tanpa tauladan.Akan ku jejaki bukunya yang lain.
22 reviews5 followers
Read
April 2, 2020
A book about author's life marriage experience and also some tips on how to raise their kids. What I like the most is when the author's said about marriage is medan terutama untuk memberi. For me, this has change the perspective about marriage. Kita selalu dimomokkan dengan kisah cinta dan perkahwinan yg romantik dan bahagia dan tanpa sedar minda kita telah di'shape'kan untuk 'menerima' instead of dimindsetkan untuk 'memberi' di dalam sebuah perkahwinan. Apabila kedua dua pihak berlumba lumba untuk memberi dlm perkahwinan seperti memberi kasih sayang, kebahagiaan, bantuan, tolong masak, buat air, tolong buat kerja rumah, basuh kain etc, maka perkahwinan itu akan mnjdi mudah & lapang. Instead of kalau kedua pihak atau sebelah pihak hanya ada mindset untuk menerima, maka akan terjadi salah faham sekiranya pihak yang menanti untuk menerima tidak dapat apa yang ditunggu ataupun tidak dapat seperti apa yg diharapkan.
Profile Image for Ummu Iffah.
11 reviews
January 12, 2023
Banyak nilai dan pengajaran yang saya dapat hasil pembacaan buku ini.
Menikah, kedengarannya sangat senang, dan bahagia. Hidup bersama pasangan yang dicintai, diraikan dengan meriah, dapat menikmati momen-momen bersama. Tapi, disamping segala keindahan itu, terselit juga TANGGUNGJAWAB yang perlu dipikul oleh suami dan isteri, apatah lagi apabila mempunyai zuriat.
Dalam mendidik anak-anak, ada skill baharu yang perlu dipelajar. Bukannya sudah ada anak, malah membiarkan mereka terkontang kanting hidup sendiri. Ibu bapa sibuk mencari duit, maka perasaan dan emosi anak diketepikan. Kasih sayang itu perlu ada, dan diberikan pada anak-anak. Zaman kini, saya dapat lihat anak-anak yang kurang kasih sayang ini, memang mencari kasih sayang di tempat lain. Mereka perlukan perhatian.

Sedikit sebanyak, buku ini membuka mata saya, sebelum ingin menikah dan mempunyai keluarga. Buku Men are from Mars, Women are from Venus akan saya baca pula!
4 reviews1 follower
June 30, 2024
Rate: 8.5/10

Penulis buku ni adalah Tuan Hasrizal Abdul Jamil. Yg juga menulis buku Erti Beragama yg Hilang dan Seni Berfikir yang Hilang. Bagi mereka yg dh pernah baca 2 buku beliau akan faham cara pemikiran dan ketegasan yang dimiliki oleh beliau dalam menyampaikan ilmunya. Jadinya, didlm buku ini, content yg ingin disampaikan adalah mengenai realiti kehidupan yang bakal terjadi dalam sebuah rumah tangga dan penulis ingin membuat pembaca utk bersedia menghadapi realiti kehidupan setelah melafazkan akad "Aku Terima Nikahnya". Penulis menyampaikan segala pesanan kepada bakal pembina rumah tangga melalui penceritaan kisah rumah tangga yg beliau lalui. Cara pemikiran penulis dan ketegasannya dalam ilmu agama sangat wajar utk dijadikan panduan bagi anak muda. For me, buku ni sangat recommended💯and even i think, my future spouse patut baca buku ni as reference. Really recommended💯
Profile Image for Ashila Hanim.
37 reviews
August 4, 2023
Title: Aku Terima Nikahnya
Author: Hasrizal Abdul Jamil
Date Started: 31st July 2023
Date Finished: 2nd August 2023

Let me make this straight. This book does not focuses on love and relationship alone. However, this book emphasizes the importance of religion in relationship and marriage. People who are in love tend to walk past the true essential of a blessed marriage and regard marriage to be based with love purely. Little did they know that love alone is not enough to compensate for a successful marriage as a lot of circumstances surely and inenvitably come along the way and these tests require tough mentality composed of integrity, honesty, loyalty and maturity. 
230 reviews4 followers
December 16, 2012
Seronoknya membaca buku ini...padat dengan pengalaman yang memberi banyak pengajaran kepada sesiapa sahaja - sama ada yang sudah berumah tangga atau belum. Bahasanya santai dan mudah difahami. Di samping itu, ia juga memberi motivasi kepada sesiapa yang sudah berumah tangga untuk terus berusaha menjaga rumahtangga masing-masing. Setiap pasangan pasti ada cabaran masing-masing, bukan kita sahaja yang punyai masalah. Yang penting, kedua-dua suami dan isteri perlu sedar akan hak dan tanggungjawab masing-masing dan saling bekerjasama.
1 review
May 11, 2019
Sebuah buku yang bagus! Rasa kagum dengan prinsip penulis, iaitu erti hidup pada memberi.. berumah tangga bukan untuk menerima, bahkan untuk memberi sebenarnya.. Setelah membaca buku ini, fikiran saya agak terbuka. Melihat perkahwinan bukan untuk suka-suka, tapi perkahwinan itu datang dengan tanggungjawab dari pelbagai aspek. Dan dalam perkahwinan itu sendiri ada suka dan duka. Buku yg patut dimiliki oleh pasangan yang hendak berkahwin dan yg sudah berkahwin pun boleh baca sebagai panduan. Sudah 11 tahun usia buku ini namun masih relevan pada masa sekarang. Terima kasih kepada penulis!
Profile Image for Ahmad Irfan syakir.
28 reviews
October 10, 2019
Kerana rumah tangga bukan utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka. Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumah tangga. Medan memberi yang paling mulia. (M/s 223)

Buku yang sangat bermanfaat untuk insan yang belum berumah tangga atau sudah berumah tangga. Dalam buku nih, ada sedikit sebanyak menceritakan tentang tips untuk membina rumah tangga, membesarkan anak-anak dan asam garam dalam berumah tangga.
Profile Image for NUR HIDAYAH ABDUL HAMID (aya_booskboutique).
89 reviews7 followers
September 29, 2020
Sebuah buku yang bagus untuk dibaca oleh anak muda di fasa apa pun. Sebaiknya di baca sebelum fasa berumah tangga. Penulis berkongsikan panduan bagaimana mengharmonikan di antara kehendak adat dan tuntutan bersederhana agama dalam perkahwinan. menjadikan rumah tangga sebagai medan memberi dengan penuh kasih dan sayang. Mengingatkan bahawa rumah tangga buka diisi hal-hal yang manis sahaja tetapi pakej semuanya. Kombinasi suka dan duka. Namun dalam duka ada bahagia.

Profile Image for Suzie Mohamad.
15 reviews
May 23, 2021
Pada mula aku fikir buku ini lebih mengenai kehidupan orang yang baru bernikah.. namun aku silap..ianya mengenai seluruh kehidupan manusia itu apabila dia melafazkan akad nikah.. kehidupan selepas kahwin, kehidupan sewaktu ada anak- anak, kehidupan bekerja dan belajar selepas menikah. Cara untuk berkomunikasi dengan pasangan, tanggungjawab menjadi suami, isteri, ibu bapa, anak dan semua nya disentuh dalam buku ini.. sangat-sangat mengenyangkan hati aku.. tahniah buat penulis..
Displaying 1 - 30 of 83 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.