Buku ini tempat aku bercerita bagaimana terdetiknya idea untuk membantu pelarian Syria. Dihantar jauh daripada keluarga untuk belajar di tanah gersang Jordan. Seperti mahasiswa lain yang ke sini, aku mendaftar di universiti sebelum satu peristiwa berlaku menyebabkan aku tahu, aku perlu melakukan sesuatu untuk pelarian Syria yang berjumlah ratusan ribu di sini.
Aku berusia 19 tahun ketika NGO yang dinamakan Tangisan Syria Di Bumi Jordan itu ditubuhkan, dan ketika segalanya tampak berjalan dengan lancar, tuhan mula menguji kami dengan ribuan cabaran dan dugaan. Dan antara cabaran terbesar yang ada aku ceritakan di dalam buku ini ialah bagaimana tuhan uji kami dengan bekerjasama bersama sebuah NGO arab penipu dengan penipuan yang tidak munasabah. Mereka bukan seperti arab arab yang menipu di jalanan, tetapi mereka sebuah NGO yang berdaftar secara sah di Jordan! Yang sepatutnya jujur dan amanah, ataupun sekurang-kurangnya takut dengan undang undang di negara mereka sendiri.
Dan apabila kerja-kerja jahat dibongkar, mereka semakin liar. Mereka mula menyerang masuk ke dalam rumah kami dan melakukan sesuatu yang langsung tidak masuk akal! Lalu mereka ugut pula untuk membunuh dengan disebut ayat yang akan kami ingat selama-lamanya “Esok, aku akan tembak kepala kau menggunakan pistol!” Tidak cukup dengan itu, drama penipuan mereka yang seterusnya untuk terus ‘menghabiskan’ kami, sebijik seperti drama di dalam televisyen!
Juga sudah pasti diselit kisah kisah gembira, kisah kisah derita dan warna warni sepanjang hampir 3 tahun bersama NGO Tangisan Syria Di Bumi Jordan. Bukan mudah bagi lelaki untuk menangis, bukan?
Ketika mula buku ini sampai ke tanganku, aku membelek-belek untuk scan buku ini, tak sangka Musa ada menulis perihal sekolahnya dulu.
Aku kenal Musa ni waktu aku tingkatan 1. Dia ni sama jahat je dengan budak-budak yang lain. Kahkahkah. Jangan marah Musa. Tapi aku lagi syaitan rasanya berbanding dia masa tu.
Paling epik waktu dia cerita; hampir semua yang diceritanya tu semua aku dah alami. Sama. Kecuali batch kami naqib tak bawa ke kubur, tak sempat katanya. (Tapi aku ada dengar cerita hanya beberapa orang dari batch kami dibawa ke sana untuk tamrin, tapi aku tak kena).
Jujur aku kata, "alhamdulillah aku masuk MML dulu (walaupun sekejap). Kat sana aku ditamrin sehingga aku dapat build diri aku sendiri)".
---------------------------------------------
Membaca Musa ibarat membaca sebuah kisah perjuangan seorang 'orang tengah' di bumi Jordan. Sahabatku ini membuatkan aku terfikir sejenak. Aku hidup ni, kalau aku tak membantu orang lain, apa tujuan aku hidup? Adakah aku hidup untuk diri aku sendiri? Sekadar hidup untuk menyenangkan dan mengenyangkan diri sendiri?
19 tahun. Umur 19 tahun dia dah start dengan konsisten kerja-kerja ni. Aku umur 19 tahun duduk mana?
Musa di Jordan bertungkus lumus membantu bukan dari bangsanya pun. Bangsa arab di sana pun ada yang kasar, tidak menghormati 'pendatang'. Tetapi Musa ada sifat manusiawi di dalam hatinya. Tak ada apa yang dia dapat, tapi dia menolongnya.
Ketika aku diminta Musa menulis review bukunya ini, aku ok je. Tetapi bila habis baca, aku rasa aku tak layak nak review bukunya. Aku rasa diri aku kerdil. Hanya pung pang pung pang dalam facebook je ada lah. Tapi dia tak, penuh pancaroba dan halangan untuk dia membantu pelarian di sana.
Persoalan yang timbul bila aku sendiri nak jadi volunteer di sini (selalunya aku aktif dengan BSKN), sekadar 2-3 hari program, walaupun aku malas belajar, aku masih berfikir "macam mana pelajaran aku yang aku tinggal tu?". Tu pun aku ikut orang. Tapi Musa, dia ada NGO sendiri. Dia bergerak setiap masa. Bertindak bila ada orang dalam kesusahan. Aku tak tahu macam mana dia luangkan masa antara volunteer dengan dia belajar.
Tetapi hatinya mulia, dia lebih rela tolong orang ketimbang pelajarannya sendiri.
Bukunya berkisar mengenai perjuangan sukarelawan di Jordan. Buku yang sangat memberi inspirasi. Memberi pengajaran. Memberi semangat untuk aktiviti kesukarelawanan. Ada part yang aku baca, meremang bulu roma. Tak banyak komentar yang boleh aku beri untuk buku ini. Sebab buku ini bukanlah fiksyen – tetapi sebuah perjuangan seorang sahabat aku, Ayatullah Musa Nuwayri.
Setelah membaca Wachaa The Adventure, bersambung pula dengan buku ini yang turut sama memberi inspirasi. Usaha anak-anak muda ini cukup membuatkan aku "menangis" mengenangkan masa remaja yang lama berlalu. Tak terbanding!
Moga ada kesempatan untuk zuriat kami mengikut jejak langkah saudara Musa ini.
Saban hari melihat newsfeed tentang Syria di FB, sehingga pada satu tahap saya hanya memandang sekali lalu. Beritanya sama, sengsara yang tidak sudah. Sudah menjadi terlalu "biasa" dengan berita begitu. Dan buku ini, kembali menyedarkan dan mengingatkan.
Pelarian Syria ini ke Jordan mahu mencari ruang bernafas, selepas lemas dengan kerakusan si celaka Bashar dan sekutunya. Namun, bagaikan keluar mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Malang yang bertimpa-timpa. Perjuangan Musa dan sahabat untuk membantu, juga bukan sentiasa tenang tanpa ribut.
Semoga mereka ini kuat.
Semoga si laknat Bashar tersungkur dengan keangkuhannya.
Membelek buku ini sebelum aku lelapkan mata, dengan niat hanya sekadar ingin membelek sepintas lalu. Tanpa disangka, dengan kantuk mata yang ditahan aku memulakan pembacaan. Bermula dari bab Prakata lagi, aku hanyut. Hanyut dalam bait-bait kata yang bisa merobek hati ini. Terbungkam. Belum bermula tapi hatiku berbisik, "hebat lelaki ini."
Pernah tak kau rasa sukar untuk hentikan bacaan atas sebab keterujaan untuk mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya? Pernah tak kau rasa sayang nak tutup buku walaupun ada kerja menanti?
Aku pernah.
Dan buku inilah salah satu daripadanya.
Aku tertidur dengan buku di tangan dan cermin mata tidak dibuang. Hatta, di traffic light pun sempat aku teruskan pembacaan dengan titisan air mata.
Sungguh lah, ada 'sesuatu' dalam buku ini.
Bagaimana, tanpa sedar kau rasa sebak berkali-kali tanpa mampu menahan air mata.
Bagaimana, kau akan turut sama rasa geram dan jelek dengan perangai bangsa Arab yang mana aku kira bertopengkan dua muka.
Bagaimana, walaupun tanpa kau kenali sang penulis ini, kau akan berdoa moga-moga Tuhan memeluk beliau sentiasa, moga-moga Tuhan permudahkan segala urusan beliau di bumi Jordan (pengajian dan TSDBJ)
Bagaimana, dalam pembacaan nanti kau akan terselit rasa kagum akan segala usaha beliau, kagum dengan ibu bapa beliau yang telah melahirkan bukan seorang anak sahaja yang menyumbang kudrat tenaga di bumi Allah.
Ya Tuhan.
Aku rasa aku tak mampu lagi untuk mengulas.
Aku rasa tak puas dengan 222 muka surat ini. Hati aku menjerit nak lagi dan lagi.
Musa Nuwayri, andai kata kau boleh keluarkan lagi buku/sambungan dari kisah ini, aku akan jadi orang terawal untuk mendapatkannya.
aku mengembara dibumi Jordan melalui pandangan penulis. Mengerah dan mendera perasaan yang seringkali enak dibuai mimpi dan rasa yang indah melalui mata penanya. aku terasa sakit hingga menusuk jiwa. Melalui tinta yg terbait hingga satu ketika aku tidak dapat bernafas dengan sempurna. airmata menitis dan byk persoalan yg bermain dalam minda.
aku mungkin tidak sebertuah penulis yang dapat mengutip dan berbakti disatu sudut dunia. Namun, aku tidak mahu terlepas untuk berbakti disatu sisi yang lain. Mungkin jalan kami berbeda namun tujuan kami tetap sama, mencari yang abadi agar keindahan dihujung perjalanan 'itu' dapat kami nikmati selamanya.
Jutaan tahniah pada penulis. walau dimanapun dikau berada semoga rahmat & reda Allah sentiasa bersamamu. teruskan perjuangan!
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman)
Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi ini menceritakan tentang pertubuhan sukarelawan - Tangisan Syria Di Bumi Jordan yang melakarkan 1001 cerita suka duka perjuangan mereka dalam meninggikan kemanusiaan. Ada juga diselitkan beberapa kisah pelarian Syria yang kebanyakannya meruntun jiwa.
Permulaan isi banyak menceritakan latarbelakang kehidupan penulis sebelum melibatkan diri dalam sukarelawan ini. Tak kenal maka tak cinta. Walaupun penulis, Musa Nuwayri masih baru lagi dalam dunia penulisan, tunduk hormat patut diberikan kepadanya kerana beliau telah berjaya menyampaikan mesej dan kisah perjuangan di bumi Jordan dengan baik sekali. Sekaligus menyebarkan maklumat dan keadaan yang sebenar-benarnya tentang kehidupan pelarian negara Syria di sana.
Buku ini mempunyai rohnya tersendiri. Maka sediakanlah tisu.
Penulis yang sama umur dengan aku dah banyak berkorban dalam berbakti kepada pelarian Syria, dan aku lak kat rumah main phone kasi review buku ni.
Massive respect kat student-student Malaysia di Jordan yang sukarela mengerjakan amal-amal kebajikan walaupun tengah sibuk belajar. Sungguh, banyak masa yang aku dah bazirkan.
Moga Allah rahmati mereka yang memperjuangkan nasib pelarian Syria, yang aktif berkhidmah, yang menyumbang kewangan dan bentuk bantuan lain, serta yang mendoakan mereka. Moga-moga amal bakti ni lah yang akan jadi saksi mereka untuk ke syurga kelak insyaallah.
Hampir 7 hari baru aku berjaya habiskan buku Lelaki Terakhir Menangis di Bumi ini. Kekangan masa disebabkan semester baru bermula ni melengahkan aku untuk habiskan pembacaan dan akhirnya hari ni baru dapat lunaskan bacaan yang tertangguh.
Penulis buku ni Musa Nuwayri namanya. Seorang pemuda yang sebaya dengan aku. Bila membaca catatan Musa ni terbit rasa insaf dan kesal, umurnya sebaya aku tapi sumbangannya kepada manusia sangatlah besar. Malu jika nak dibandingkan dengan diri sendiri, jauh panggang dari api lah ceritanya. apa yang dilakukan Musa kepada pelarian Syiria ini benar-benar menyuntik semangat kemanusiaan, bahkan sesiapa saja yang membacanya aku pasti mereka juga akan tersentuh seperti mana aku.
Satu persatu penderitaan pelarian ini dicatatkan dan jika kita lihat kehidupan kita yang sekarang aku pasti ramai yang mengucap kata syukur atas apa yang dinikmati berbanding dengan pelarian-pelarian tersebut. Bagi aku juga, dalam usia yang masih berbaki ini eloklah kita mulakan dengan lakukan sekecil-kecil kebaikan atas dasar kemanusiaan kalaupun kita tak mampu lakukan seperti mana Musa.
Dan buku ini bagi aku tak rugi kepada sesiapa yang memilikinya, tak sampai 20 ringgit pon harganya. Manfaatnya sudah pasti lebih berharga daripada jumlah rm20 tu. Jemputlah baca catatan Musa yang hebat ni.
Saya terfikir; akankah saya berbuat baik kepada golongan yang kasar dan selalu menyusahkan saya? Mungkin saya tak tegar. Bila Musa Nuwayri bertindak bergolok gadai masa, tenaga, pelajaran malah keselamatannya demi pelarian Syria, saya hanya mampu geleng kepala. Makhluk Allah yang ini benar-benar telah dipilih dirinya oleh Tuhan untuk punyai sifat kemanusiaan di 'aras' yang lain.
Cuba bayangkan; cuba menyantuni pelarian perang yang sangat kasihan, daif dan memerlukan tapi pada masa yang sama mereka adalah kaum Arab yang kasar, suka menyusahkan, suka merendahkan, suka menipu dan semacam sifat buruk Arab semulajadi yang lain. Ini adalah satu task yang bukan calang-calang cabarannya.
Kita ambil contoh pelarian Rohingya di negara kita. Lihat bagaimana apabila sudah separuh jalan, kebanyakkan kita tarik diri dari menyantuni golongan ini disebabkan apa yang dilakukan dirasakan tidak mendatangkan 'win win situation'.
Buku ini membuat saya sedih, mangsa utama peperangan tidak lain tidak bukan adalah anak-anak kecil. Anak-anak kecil yang dirampas waktu emas mereka. Kanak-kanak yang satu hari nanti akan menjadi dewasa dan kemudian merasakan tak perlu kanak-kanak menjadi kanak-kanak kerana mereka sendiri tidak pernah merasakannya.
Hanya Allah dapat membalas segala jerih perih Musa dan rakan-rakan. Buku ini sungguh memberi inspirasi kepada anak-anak muda khususnya tentang soal kemanusiaan.
rakyat Syria dilarang bkerja di Jordan kerana status mereka sbg pelarian. maka si anak kecil lah yg berbondong2 dijalanan, menjual tisu dan gula2 getah demi mendapatkan wang asal mampu beli makanan utk ditelan. Apabila penulis mengajak mereka makan direstoran mkanan segera, mereka menjamah sedikit cuma. Selebihnya dibungkus utk dibawa pulang utk dikongsi dgn keluarga, sedangkan perut mereka sendiri tak terjamah apa. kalau kita,hurmm langsung tak pikiaq org lain. kita pulun macam tak mkn sebulan.
Bayangkan anak kecil belum pun cecah 13 tahun, membanting tulang. ada yg masih hingusan bermain di khemah pelarian tanpa ada sepatu utk menyusur jalanan yg panas. mereka tidak pernah mengeluh. hanya mengharap Asad angkuh jatuh tersungkur agar mereka dpt pulang ke tanah Syria yg subur. Senyuman tetap terlakar pada wajah, penuh pengharapan ada kejayaan masa depan.
moga ALLAH pelihara pejuang2 Islam yg telah syahid sewaktu menentang Assad si syaitan. KAU peliharalah juga sekalian umat yg tertindas gara2 kezaliman yg tak berkesudahan. Aminn.
Tatkala kau membaca buku ini, kau dibenarkan untuk menangis.
Pertama, menangis untuk pelarian-pelarian Syria yang berada di Bumi Jordan. Sungguhpun kehidupan mereka yang sangat daif namun mereka masih mampu tersenyum.
Kedua, menangis untuk diri sendiri kerana sungguhpun kita dilimpahi dengan kemewahan namun, jarang sekali kita bersyukur atas nikmat pemberian Allah malah seringkali mengeluh...
"Ingatlah, sekalipun kasut yang kau pakai sudah terkopak, bersyukur, bersyukur & bersyukurlah kerana kau masih dikurniakan kaki yang sihat untuk dibuat menapak."
Thank you for sharing your experience through this book Musa Nuwayri. I hope people get your message and the lesson that they get in the book will be apply in their life, including me.
Bacaan pertama untuk 2021. Tak mampu untuk menahan sebak setiap kali melihat wajah kanak-kanak yang perlu bersusah payah meneruskan kehidupan. Tahniah untuk penulis dan rakan-rakan kerana tidak mudah berputus asa!
Sebelum masuk kepada isi-isi yang aku rasa amat terkesan, eloklah aku cerita sikit tentang buku ni.
Sebuah karya Musa Nuwayri yang gaya penulisan mudah difahami dan ringkas. Mengisahkan tentang kisah hidupnya sejak di bangku sekolah hingga bagaimana dia menubuhkan satu organisasi untuk membantu pelarian Syria di Jordan yang juga hasil inspirasi abangnya sendiri.
Antara isi-isi yang aku amat terkesan daripada buku ini adalah:
1. Berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi manfaat kepada orang lain. “Aku nak buat sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada pelarian Syria di bumi Jordan ini.” -Musa Nuwayri
2. Tidak semestinya kita kena baik daripada lahir baru boleh sebarkan kebaikan kepada orang lain. Dalam buku ini, Musa menceritakan sisi gelapnya semasa di zaman sekolah. Hal ini menggambarkan realiti kehidupan kita ibarat roda yang ada turun naiknya. Tak semua orang dapat lari daripada membuat kesilapan.
Aku selama ni selalu juga pertikaikan kalau keluarga dah baik, dia memang akan baik sejak azali, mudahlah dia nak sebarkan kebaikan. Namun, Musa membuktikan sebaliknya yang mana beliau pernah menjadi seorang yang rebellious di zaman sekolahnya dulu dan berubah setelah melanjutkan pelajarannya di Jordan. Apa-apa pun, kalau keluarga memang dah baik, itu adalah bonus kepada orang itu sendiri.
Kita semua sebenarnya diberi peluang dan ruang untuk memilih membuat kebaikan.
3. Memberi contoh yang baik kepada orang lain. Didikan ibu dan ayah Musa sejak kecil memberi contoh kepada adik-beradik Musa sendiri.
Pada setiap hari Jumaat, ayah Musa akan memberi duit untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid sambal berkata, “Abi dapat pahala memberi. Musa dapat pahala tolong menyampaikan.” Manakala ibu Musa pula hampir setiap hari berkongsi lauk-pauk dengan jiran-jiran dan Musa adik-beradiklah yang diajar untuk tolong menyampaikan.
Kadang-kadang perbuatan yang kecil ini yang memberi kesan dalam hidup seseorang.
Semoga buku ini menjadi inspirasi kepada kita untuk terus bertindak melaksanakan kebaikan pada usia yang muda ini.
Jangan biarkan masa muda anda berlalu begitu sahaja.
1)sebabnya dia dapat buka mata dan minda kita semua tentang erti syukur, ikhlas dan tentang nasib saudara2 kita yang dizalimi kat sana. Buku ini bagi kita rasa bagaimana susahnya hidup mereka sebagai pelarian terutamanya kanak-kanak. hidup dlm serba kedaifan.
2) dapat selami betapa cekalnya penulis dan rakan-rakannya berjuang untuk membantu pelarian2 di sini. Serious sangat2 cemburu dengan mereka semua yang telah diberi peluang untuk berbakti kepada golongan ini. pelbagai rintangan dan cabaran untuk diorang sampai ke tahap sekarang. Part ni korang akan baca sambil nangis2 then soal diri 'diorang berhempas pulas kat sana utk bantu saudara2 kau kat sana, kau kat sini buat apa?nak kirim doa pun malas..'Ya...buku ni akan buat kau cari balik sifat kemanusiaan yang dah lama kau kuburkan tu. paling x pun, kau akan muhasabah diri balik, usaha apa yang kau mampu walaupun hanya dgn kau send doa @ share apa2 yg dapat bantu mereka kat laman sosial.
3)rasa dan jumpa dan sembang dengan kanak-kanak cekal yang penulis critakan. Sangat mengangumkan. Walaupun mereka diuji dengan pelbagai kehilangan anggota, keluarga, harta benda dll, mereka tetap boleh tersenyum dan berusaha untuk apa yang mereka ada. sangat terinspirasi dengan kisah Muhammad, Hassan,Khalid,Aiman, Yamin,Abir dan adik beradiknya dll. sangat berdikari dan setiap kata yang terluah mampu buat kau terdiam dan nanges.
-moga terus kuat buat team penulis dan moga nasib saudara2 kita di sana terus terbela. -bagi aku setiap orang yang wajib baca buku ni even budak2, untuk kau rasa erti kemanusiaan tu.
Buku ini merupakan catatan Musa dalam kerja kesukarelaannya membantu pelarian Syria yang menjadi mangsa perang di tanah air mereka sendiri. Dia masih muda, 19 tahun ketika itu dan mula menggerakkan usaha mengumpulkan wang bagi membeli makanan, kelengkapan dapur, pakaian, alat tulis, menampung sewa rumah yang tinggi dan memastikan kebajikan pelarian ketika musim sejuk terjaga. Bantuan awalnya diperolehi dari teman sepengajian menerusi kutipan dari bilik ke bilik diikuti dengan kutipan dana dari tanah air, namun ia sedikit sebanyak memulakan langkah kemanusiaannya.
Usaha awalnya mula-mula diperlekehkan, kerana disangka cuba menipu. Namun itu semua ditepis dengan kesungguhannya mencari para pelarian yang memerlukan bantuan. Malah dia berhadapan bukan sekadar kerenah penderma tetapi juga sikap orang tempatan sendiri yang menindas pelarian dengan mengenakan kadar sewa rumah yang tinggi dengan alasan mereka mudah mendapat bantuan. Sedangkan mereka ini sendiri tidak dibenarkan bekerja oleh kerajaan yang melindungi pelarian. Khemah yang didirikan pula diruntuhkan kerana mencacatkan pemandangan. Halangan lain terhadap pelarian sering meruntun hatinya. Kedegilan dan keangkuhan sebahagian mereka juga memberi kesan yang bukan sedikit kepada emosinya. Apatah lagi menggalas tugas sebagai pelajar yang sering terganggu oleh panggilan dan mesej yang memohon bantuan. Semua itu ditelan demi rasa kemanusiaan kepada pelarian yang mahu mencari kedamaian hidup di tempat baru.
Lelaki Terakhir Menangis di Bumi ini merupakan karya Musa Nuwayri. Yang pada perkiraan aku, penulisan beliau sangat matang tapi masih santai dan jelas dari segi penyampaian.
Mesej nya terlalu banyak untuk dikutip, dijadikan panduan dan pedoman.
Ia juga bukan hanya sekadar mempersembahkan pengalaman peribadi yang biasa biasa, tapi pengalaman yang dicoretkan tentang Sukarelawan NGO Tangisan Syria di Bumi Jordan yang berjiwa besar, bersungguh sungguh membantu pelarian syria.
Sedikit sebanyak, coretan demi coretan di dalam buku ini mampu membuka mata si pembaca tentang peri pentingnya sifat 'kemanusiaan' membantu sesama saudara Islam, membuka mata tentang 'orang arab' yang sebenarnya., membuka mata tentang kezaliman demi kezaliman yang dilakukan pihak tertentu.
----
Terima kasih kpd penulis kerana berjaya menghasilkan buku ini. Sekaligus membuka mata pembaca tentang 'pelarian Syria' Semoga anda terus sukses!
--- Menjadikan buku ini merupakan buku terbaik setakat yang ak baca pada tahun 2016.
“Aku sama sekali tidak menyalahkan Kristian kerana kelak bukan mereka yang akan ditanya Tuhan. Tetapi kita. Kita yang akan ditanya kelak, apa yang kau lakukan untuk membantu saudaramu yang ditindas sehingga mereka terpaksa menagih bantuan daripada agama-agama lain?” (m/s 111)
Kenyataan sungguh menyengat yang tidak dapat disangkal kebenarannya.
Catatan buku ini sangat membuka mata mengenai ketidakpedulian bangsa Arab yang lain (terutama sekali Jordan) terhadap kemelut yang dihadapi pelarian Syria. Tak mahu tolong, satu hal. Ini pula, tambah menganiaya. Benci betul!
Buku ini lebih berupa nukilan perjuangan pertubuhan TSDBJ dari kaca mata penulis selaku pengasas. Pada bahagian awal, ada diselit sedikit latar belakang keluarga serta pendidikan penulis, ala-ala biografi. Tak sangka, di maahad pun ada budaya ragging. Dahsyat!
Di hujung buku, turut disertakan perspektif rakan-rakan seperjuangan NGO dalam bentuk coretan masing-masing. Cuma di sini, rentetan agak repetitif dengan pengulangan perkongsian penulis utama.
Tajuk dan cover depan bukunya unik, sebab tu saya beli.
Isi buku yang ringan untuk dibaca. Tulisannya juga sangat baik dan mudah untuk difahami. Saya kagum dengan semagat beliau yang kental sebab pada usia 19 tahun dah mampu menjadi ejen pengubah. Aku 19 tahun ada apa? Belum mampu nak mengubah apa-apa mahupun mengubah diri sendiri.
Membaca mukadimah buku ini saja sudah menyebakkan dada sebab Musa kena tinggal terkontang kanting di asrama di Kelantan. Ternyata beliau telah dididik oleh ibu bapa sejak kecil sebagai seorang anak yang berjiwa kental. Buku ni juga seharusnya memberi inspirasi kepada para sukarelawan di luar sana.
Kepada rakan-rakan sukarelawan di luar sana, bacalah buku ni, ambil inspirasi. Semoga anda semua diberikan kekuatan dan keikhlasan dalam membantu insan yang memerlukan.
Baru nak update, dah baca tahun lepas, 2016. Sebelum ni selalu follow cerita Musa di facebook. Aku tak boleh lah tengok cerita-cerita orang berjiwa besar ni. Ok, judul buku ni persis sebuah lagi buku tulisan Aan Mansyur (pemuisi dari Indonesia). Lihat kulit buku ini sudah jangka apa isinya. Tahniah, Musa Nuwayri. Muda-muda lagi sudah berbakti kepada pelarian Syria. Ya, sejak umurnya 19 tahun. Buku ni mengisah perjuangan Musa di bumi Jordan membantu mereka. Mesejnya terlalu banyak untuk dikutip, dijadikan panduan dan pedoman. Sangat memberi inspirasi dan semangat untuk aktiviti kesukarelawanan.
Bagi aku ni travelog yang lain daripada yang lain. Iyalah, siapa punya pengalaman menubuhkan sebuah NGO yang hakikatnya untuk kepentingan bangsa lain? Hakikatnya, kemanusiaan tu bukan untuk bangsa sendiri sahaja tapi untuk semua manusia. Itu yang Musa (penulis) buat.
Bayangkan bagaimana tercetusnya idea mengumpul dana untuk membantu pelarian Syria kemudian membina sebuah NGO semata-mata atas nilai kemanusiaan. Dalam buku ni, diceritakan apa yang selama ni kau rasa benda tu hanya cerita dongeng atau imaginasi tetapi sebenarnya wujud. Pahit, manis, duka, tawar semua ada. Kudos Musa
Sedikit keliru pada mulanya. Buku ini tentang apa. Saya langsung tidak tahu tentang TSDBJ. Rasa kerdil membaca kisah perjuangan penulis. 4 bintang kerana saya mahu lebih content. Mahu baca lebih lagi. Semoga Allah merahmati perjuangan penulis.
Satu buku yang memberikan inspirasi dan gambaran sebenar tentang apa yang berlaku di sana. Sangat menyentuh, terutamanya bagi seorang pemuda yang berada dalam lingkungan umur seperti beliau, tetapi tidak mempunya peluang untuk berbuat kebajikan seperti beliau.
Ada bermacam perasaan berbaur sepanjang membaca buku ni.. Kagum, sedih dan marah (ni paling banyak sekali)
Buku ini mengisahkan pengalaman seorang pelajar di Jordan yg menubuhkan 1 NGO untuk membantu pelarian Syria di sana - Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ), which is penulis sendiri.. Serious talk, sebelum aku baca buku ni aku taktahu pun keadaan pelarian Syria di sana. Aku bersyukur kerana adanya manusia perihatin & penuh belas ikhsan seperti penulis, dan aku rasa aku sendiri tak mampu untuk jadi seperti dia.
Ternyata jalan kasih sayang ini tidak mudah. Bermacam dugaan yang mereka hadapi di sana which is tentangan dari rakyat Jordan sendiri. Yang paling buat aku marah sangat ni, pelarian Syria ni tak diberi peluang pun untuk mengubah nasib mereka di bumi Jordan. Si bapa tak dibenarkan bekerja, jika tidak boleh dipenjarakan. Jadi anak-anak kecil yang terpaksa turun ke jalanan untuk mencari rezeki menyara keluarga. Dikala aku lihat anak-anak kita selesa bermain gajet, anak-anak disana pula berkira-kira untuk makan.
Layakkah kita hidup selesa disini sedangkan mereka disana dalam kesusahan ? Aku perlu buat sesuatu, dan semoga aku terus istiqomah..
“Sudah ramai orang-orang islam yg datang menemu ramah kami. Datang mengambil gambar dan pulang tanpa tindakan susulan. Kami harap, kedatangan kalian tidak seperti itu”
Buku ini secara keseluruhannya berkisar tentang catatan saudara Musa Nuwayri tentang perjalanan beliau menjalankan kerja-kerja kemanusiaan di sebalik Tangisan Syria Di Bumi Jordan, iaitu NGO yang diasaskan oleh beliau sendiri. Saya membeli buku ini semasa beliau dijemput untuk memberikan ceramah di MESTECC pada tahun 2019. Catatan beliau memberikan gambaran sebenar tentang suka duka yang dihadapi oleh pejuang-pejuang kemanusiaan dalam memberikan bantuan kepada pelarian Syria di negara-negara lain, khususnya di Jordan. Ia adalah pembuka mata kepada kita yang tidak pernah tahu kisah di sebalik tabir, tentang halangan-halangan dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sang pelarian serta pihak NGO. "A great eye-opener" bagi saya.
Aku tak kenal penulis. Random aku ambil buku ni. Intro boring. Cerita pasal dia form 1. Kenapa tak cerita pasal 1st year dekat Jordan? Ada. Cuma sikit. Cerita tentang van dan sewa bangunan tu macam tergantung. Dan last sekali sisipan teman2 aktivisnya yang lain. Ulang semula ceritanya.