mata itu sedang mencari cinta, sedangkan cinta sudah berada di hadapannya
Din bukanlah manusia bodoh, namun dek rasa ingin tahu seorang remaja telah membuatkan dia terjerumus dalam kesesatan bertahun lamanya. Di Genting Sempah dia mengurung diri, mencari titik putih dalam hidupnya. Di sana dia bertemu dengan sesuatu yang merubah dirinya.
Kerana pernah rasa dikhianati, Nina menganggap cinta itu derita. Tapi dia tidak lokek untuk berkongsi rasa dengan mereka yang memerlukan. Dia bahagia apabila dapat membantu mereka walau hanya dengan kata-kata. Tanpa dia sedar, dia juga turut mengenali apa itu cinta daripada mereka.
Kesungguhan Nina memimpin Din keluar dari neraka ciptaannya membuka ruang-ruang kasih antara mereka. Cinta ternyata tidak mengenal hitam atau putih masa lalu. Mereka melakar impian untuk membina hidup bersama. Meski begitu, adakah percaturan hidup menyebelahi kisah kasih antara Din dan Nina?
kadangkala, perasaan yang hadir tidak memerlukan sebab dan jawapan
NISYAH kini kembali dengan kisah yang mengajak pembaca memperbaiki diri dan berusaha ke arah yang lebih baik. Demi Waktu Demi Nina, sebuah kisah yang mengundang pelbagai rasa; gembira, sebak dan mendebarkan dari awal hingga ke akhirnya.
Luluh hati dengan penamat cerita. Permulaan yang indah berakhir dengan air mata...
Walaupun N dah tahu , and I thought I was mentally prepared for it, tapi ia masih menyakitkan. Jantung N berdebar-debar bila dah nak sampai part akhir, and ada sedikit rasa menyesal baca reviews orang lain. Note to self: Belajar mengawal diri daripada membaca banyak review sebelum baca buku tu sendiri!
Surat-surat Din kepada Nina sangat meruntun jiwa. Especially surat yang sepatutnya Din bacakan kepada Nina pada hari perkahwinan mereka. Ia sangat sadis kerana Nina tidak akan tahu isi kandungan surat itu.
Tidak Din sangka, pada waktu dia cuba untuk memulihkan diri dari najis dadah, dia menemui cinta dalam diri seorang Nina. Walaupun ini bukanlah kali pertama Din cuba membersihkan diri, tapi dengan kekuatan Nina, usahanya kali ini berjaya. Hubungan antara mentor-mentee bertukar menjadi hubungan kekasih hingga termeterai ikatan pertunangan. Namun hubungan mereka ternokhtah di situ apabila Din terlupa siapa dirinya.
Bertahun-tahun Nina setia menanti walaupun Din berkali-kali menolak kehadiran dirinya. Din yang dia kenali dulu seolah-olah tiada lagi. Semua di sekeliling memintanya mencari bahagia yang baru. Namun Nina yakin, cinta Din masih ada pada dirinya. Din hanya perlu berani untuk mencari ia semula.
Kalau sudah tiada jodoh, ia memang tak akan ke mana. Saat Nina mengambil keputusan untuk melepaskan Din pergi, ingatan Din pulih kembali. Kejamnya takdir pada cinta mereka! Tapi Tuhan sebaik-baik perancang. Percintaan antara Nina dan Din hanyalah satu persinggahan bagi mereka berdua kerana bercinta tidak bermakna hidup bersama.
Hanya meminjam buku ini di Perpustakaan Wilayah Sandakan dan buku ini hanya aku ambil secara rawak untuk memenuhi kuota pinjaman sebanyak enam buah buku. Tidak meletakkan harapan apa-apa pun untuk naskah ini. Tapi bila buka Goodreads dan tengok review pembaca lain, dalam enam buah buku yang aku pinjam, buku ini dulu yang aku tarik untuk dibaca. Ternyata pembacaan untuk Demi Waktu Demi Nina tidak menghampakan. Nampaknya memang aku kena buka hati untuk baca buku-buku JS kerana kebanyakan kisah buku-bukunya yang baru-baru ni aku jumpa, betul-betul seperti yang pernah berlaku di sekeliling kita. Tiada unsur-unsur 'simbah gula kat muka pembaca yang melebih-lebih!'.
Serius aku suka laras bahasa yang digunakan oleh Nisyah. Tidak terlalu santai yang nampak seperti penulis itu sendiri yang masuk campur di dalam penceritaan yang konon-konon nak buat nampak buku tu santai dan ceria padahal menjengkelkan dan tidak juga terlalu berat sampaikan aku garu kepala cuba nak fahamkan bahasa penulis. Ia sedang-sedang. Bilang orang sedap mata memandang (ada kena mengena ka?).
Unsur realismnya kuat. Cerita orang-orang biasa yang tidak melibatkan keluarga dan keturunan di raja atau anak dato.
Cuma rasa sakit hati sikit dengan pengaturan hidup watak. Tapi kalau tak buat macam tu, sure pembaca tak emosi dan kisah cepat habiskan. Dan aku paling harap buku ni buat aku nangis, tapi aku tak nangis pun. Entah kenapa! Ugh...
Apa-apa pun tahniah untuk naskah ini. Bilang orang Sabah, siok bah buku ni. Haha...
Terngiang-ngiang lagu Hajat nyanyian Haida usai menutup buku ni. :(
"Kita saling kasihi Jadikanlah itu memori Sayangku moga kau tahu Tidak semua cinta bersatu"
T_____T
19-04-2015
Dah kebah sikit kesedihan baru boleh menaip. Phew.
1. Saya suka kisah ni sebab sangat realistik dengan kehidupan harian kita.
2. Tak ada langsung unsur-unsur fairy tales yang buat kita terbuai-buai dengan karakter yang dipaparkan. :)
3. Zahruddin Zaki (Din) cumalah seorang bekas penagih yang mencari jalan pulang. Perjalanan itu menemukannya dengan Nina, sukarelawan yang menjadi kaunselor di pusat pemulihan yang menempatkan Din.
4. Hubungan yang pada awalnya cumalah berlandaskan hubungan antara kaunselor - pelatih akhirnya berubah arah bila Din mula menyedari cinta pandang pertamanya terhadap Nina.
5. Tanpa ayat berbunga-bunga dan 'terlebih gula' pun kita dapat rasa betapa manisnya hubungan cinta mereka berdua ni. Ini baru betul gaya orang dewasa bercinta, kan? ;)
6. Tragedi yang menimpa Din membuat mereka terpisah walaupun Nina yakin yang Din akan 'kembali'. :(
7. Realitinya, seteliti / secantik mana pun susunan perancangan kita, penentu kesudahannya bukanlah di tangan kita. Redha dan tawakal insya-Allah akan jadi ubat kekecewaan.
8. Tiada siapa yang patut dipersalahkan. Takdir dan ketentuanNya buat mereka terpaksa beralah. :(
9. Tahniah dan terima kasih buat penulis atas garapan kisah penuh realistik. Sesekali dihidangkan dengan kisah begini mampu buka mata kita dari sudut pandang yang berbeza. :)
Demi Waktu, Demi Nina sebelum detik 12 malam Cik Pah sudahi kisah Din dan Nina yang terkesan dihati. Buku ini buku terakhir yang Cik Pah baca bagi tahun 2014. Selamat datang 2015. Moga ada lagi kisah menarik dari Nisyah.
Debu Khayalan Debu khayalan Hanya membikin kau lupa Pada yg nyata Bagi mu kepalsuan Dalam kegelapan Di mana arah tujuan Mencari ketenangan
Jurang bahaya Iblis menghasut Kau hilang ingatan Kerna nafsu Jalan ke lembah hina
Kau terlena di buai mimpi Kau adalah Raja dimata Sultan dihati Insan sedarlah, insaflah dikau Kau tenggelam dibawa arus Kesesatan dan hina Dosa jgn kau hampiri
Sewaktu lagu ini berkumandang dicorong radio En H minta Cik Pah teka kisah disebalik liriknya. Memang tak dapat lah meneka sebabnya tak pernah pula nak menghayati lagu rock :). Bila En H bagitau liriknya pasal dadah terus Cik Pah teringat kisah Din yang Cik Pah tengah baca. Jom layan lagu sambil melayari kisah Din mencari diri, menyulam kasih dan menemui titik bahagia dalam Demi Waktu Demi Nina.
hmmm... rasa menyesal lama sangat biarkan buku ni dlm waiting list.. rasanya inilah cerita yang betul2 realiti.. walaupun ending bkn happy ending antara nina dan din.. tapi antara nina dgn bazli buat saya rasa pengakhiran yang cukup baik.. congrats writer naskah yang hebat.. berjaya membuatkan saya rasa pelbagai perasaan.. memang terbaik..
Penulisan yang tidak mengecewakan. Semuanya digarap dengan baik. Buku yang menyentuh tentang 2nd chances, turning around tetapi manis dengan kisah cinta Din & Nina.
sejujurnya, saya seorang pembaca yang sangat sukar untuk mengalirkan air mata ketika sedang dan sesudah membaca novel, hanya beberapa novel sahaja yang berjaya 'alirkan' air mata saya... dan Demi Waktu Demi Nina ini juga berjaya masuk dalam senarai beberapa novel itu :')
sebuah kisah yang unik, istimewa, special, lain dari yang lain... sememangnya penantian saya untuk novel terbaru kak nisyah ini memang berbaloi-baloi... novel ini membuatkan saya rasa sangat bersyukur kerana dijadikan sebagai 'slow reader', kerana kekurangan saya yang sering jadi bahan ejekan ini membuatkan saya menghayati sungguh-sungguh kisah ini...
sebuah kisah bagaimana seseorang tersalah langkah ketika melayari kehidupannya, dan betapa perit dan hebatnya pengorbanan yang perlu dilakukan untuk kembali bangkit daripada kejatuhan dan kesilapan... bukan mudah untuk bangun semula, namun dengan sokongan daripada insan tersayang semangat menjadi kuat untuk kembali berdiri tegak semula... namun langit tidak selalunya cerah apabila dugaan besar hadir semula...
pengajaran paling berharga, kita tidak seharusnya memandang prejudis dan mencerca masa silam orang lain, tambahan jika dia ingin berubah ke arah lebih baik... sokongan dan doa yang dikirim adalah jauh lebih baik dan akan mampu mendorong ke arah berlakunya keajaiban dengan izin ALLAH S.W.T
terima kasih banyak-banyak kak nisyah untuk karya yang sangat bernilai ini...
:')
p/s sepenuh hati mengharapkan yang baik-baik untuk Din... :')
Idk how to describe this book. Beautifully written daripada penulis Jemari Seni. Nantilah saya susun rants sebab tengah emo sedih lepas dah habis baca, my heart hurts for both.
p/s - saya tahu buku ni dah lama terbit tapi boleh tak lepas ni kalau nak buat ending macam ni bagilah both ada happy ending dengan pasangan masing-masing (yee tahu tak semestinya dengan adanya pasangan baru boleh happy tapi bagilah chance happy sikit dekat hati yang membaca ni. fair fair situation orang kabo. hmm kan dah kata saya tengah emo :’D) Dahla haritu trauma dekat Nazreen Umar ni bertambah pulak trauma dekat Din T.T
"Cinta tidak bermakna kita memiliki untuk selama-lamanya, cukup untuk mensyukuri ia hadir di waktu kita sedang tercari-cari jawapan untuk persoalan hati."
Novel yang penuh dengan bahasa indah yang membuat saya tersenyum di dalam linangan airmata. What to do, I'm a sucker for happy endings. Sepertimana saya mengagumi Nadim dan Gibran, hati saya penuh harapan untuk Din. Harapan semoga dia juga beroleh kebahagiaan yang hilang apabila dia melepaskan Nina. Sungguh tidak adil kerana hero yang such a gentleman ini tidak beroleh cinta yang telah mengubah dirinya menjadi insan yang boleh dicintai oleh wanita sehebat dan sekuat Nina. I demand a sequel..
But the book itself, is worth the wait. I have read Nisyah's previous books many times over and never found any flaw. The only weakness would be my tears. Congratulations Nisyah for another great read from you. Now let me sit back and hope for forever..for Din.
Cerita ini memaparkan satu sisi yang amat jarang disentuh and just for that, I salute Nisyah for it. Cara penulisan mencerminkan kematangan penulis. kepada yang sudah membaca 2 karya beliau sebelum ini, anda pasti setuju :-) She just gets better and better! Tahniah Tahniah Tahniah... Worth the wait!
Kenapa Novel ni sedihhhhhh sangattt hahh????? I dah agak dah Nina mesti tak bersama dengan Din!!! (nangis lagi....!) Bila baca Review2 semua orang cakap sedih. So I think mesti ada something wrong pada hero n heroin. At last, memang betul. Paling tak boleh terima kenyataan kenapa Din hilang ingatan di saat nak dekat kahwin???
Ok lah, back to realiti Cinta memang tak selalu nya bersatu. Cinta beriya dengan si A, ending mesti kahwin dengan si D. REALITI. Semoga Din dapat jumpa pengganti Nina dan yang lebih hebat dari Nina. **sobss sobbss
Tak boleh bagi 5 bintang sbb asyik nangis je. Lunyai dah buku tu. :(
Speechless... Such a beautifully-written story, sampaikan tak tahu nak review macam mana... A story that made me cry... A story that made me remember those who had unfortunate fate, but there was a small minority of them who really fought to be better. And they were an inspiration in such an amazing way... Kisah ini SANGAT, SANGAT terkesan di hati... Kudos to the writer, tahniah. Another awesome read! :)
Once again Nisyah has come up with an absolute literature gem. I enjoyed every millisecond of my time reading this piece. It's packed with everything - beautiful, touching, sad, funny and I learnt things as I went along. I can't wait to read more books from Nisyah.
Kisah Din dan Nina ini terlalu sedih, menusuk qalbu dan pilu hati ini untuk menerima akhiran takdir kasih di antara mereka. Namun, kita kena yakin dengan ketentuanNya. Relakanlah takdir ini. Hikmahnya terlalu hebat ...
Oh man! Agak keterlaluan kah sekiranya saya mengatakan buku ini terlalu indah? Bahasa yang digunakan sangat indah.perjalanan cerita yang teramat indah. Cinta yang digambar kan sememangnya indah. Sejujurnya, saya memang tak pandang novel2 publication dari jemari seni sebab *ehem* cover tak hot. Haha *guilty* saya memang mudah jatuh cinta dengan cover yang cantik. Anyways, I bought this book because someone raved how good it was. Saya jadi terperdaya. But I was glad I had bought it. Buku ni memang not a happy ending. Semua orang menginginkan a happy ending. Tapi dari sisi lain, ia boleh jugak dikatakan a happy ending. Aduh. Heheh boleh confuse pulak. I dont know what else to say. Memang sebenarnya saya agak speechless. Speechless.. Tahniah cik penulis.
Kenapa begitu endingnya? Kenapa takdir mereka sebegini? Ah terlukanya hati aku. .
"Mata itu sedang mencari cinta, sedangkan cinta sudah berada dihadapannya." .
Okay, aku beli buku ni masa PBAKL 2022 kat booth FP. So, dalam ramainya manusia tu, aku tertarik la ngan novel ni, sebab novel JS kan. Penangan rindu. So, masa tu la, aku bukak Goodreads dan check rating dan review. Okay, aku ni sejenis tak baca review sangat tau masa beli novel. Aku cuma scroll je. So, aku nampak ratingnya, 4.50. dan rata-rata reviewer kasi 4 dan 5 bintang. So, aku pun beli, without knowing what this story is all about. .
Bila start baca, I'm impressed. Cerita dan karakternya matang. Cerita yang berpijak di bumi nyata. .
Guess what? Heronya, Din ialah seorang penagih dadah yang ingin bebas daripada ketagihannya. Ada satu page, penulis duk gambarkan macam mana Din ni suntik dadah dan lalok. Aku cam, wow. Sebab tak pernah baca lagi heronya macam ni. .
Dan Din cuba untuk berubah. Dia pergi ke pusat rehab kat Genting Sempah, under NGO la kot. Kat sana, adanya Nina. Mentor yang akan bimbing Din. .
Mulanya Din senyap je. Sehinggalah di Mossy Forest, Din mula open up. Bercerita tentang kehidupannya. Sejak itu, mereka rapat. Din dah 39 tahun, while Nina is 29. Hubungan dorang smooth je, sehinggakan aku cuak. hahaha. sejenis overthinking kan. Aku duk fikir yang, mesti Din akan ketagih semula la apa la. Oh ya, ada watak Bani. Bani ni kawan lama Nina. So, dorang bekerjasama untuk satu projek. Aku ni siap suspek Bani tu, geng dadah la, lepas tu, teori aku, Bani tu suka Nina la. Tapi aku buang jauh-jauh teori tu bila Bani ikhlas doakan kebahagiaan Nina bersama Din. .
Sehinggalah, tragedi menimpa. Din hilang ingatan. Din lupa semuanya, termasuklah Nina. Sedihhh..Padahal dorang dah nak kahwin. Nina ni sangat sabar tunggu Din pulih. .
Ada satu kotak yang diserahkan kepada Nina. By right, Nina akan dapat kotak tu daripada Din lepas dorang kahwin. Dalam tu ada surat yang Din akan baca untuk Nina pada hari dorang kahwin. Tapi sayang, hasrat tak kesampaian. .
"Nina sayang, ketahuilah bahawa aku adalah lelaki yang mencintaimu keranaNya. Cinta yang tidak akan terpisah daripada jasadku dan jiwaku." .
Bertahun Nina tunggu ingatan Din muncul semula, sehinggakan Nina mengalah. Din sendiri pun macam dah takde usaha. Sehinggalah Din mendapat semula ingatannya, tapi pada waktu yang salah. Nina sudah bergelar isteri orang. Sedih bila Din bakar semua surat dalam kotak tu. .
Ah geram. Kenapa? Kesian Nina. Kesian Din. Kesian Bani. Aku sampai ke mukasurat terakhir, masih mengharap adanya plot twist. Sedihhh. .
p/s: aku suka watak ayah Din dalam cerita ni. Sangat menenangkan. Menerima anaknya yang penagih dadah. Sentiasa mendoakan anaknya bebas dadah tanpa sebarang judgement. Bila Din hilang ingatan, basically ayahnya ajar semuanya semula macam budak-budak baru nak belajar solat.
Bagusnya buku ni, ayat-ayat yg digunakan oleh penulis. Indah sangat. Langsung tiada watak antagonis nak merebut hero/heroin.
Jarang nak jumpa watak hero merelakan bekas kekasih hati bertemu bahagia dgn orang lain dan pulak tu sangat menjaga supaya bekas kekasih hati tak curang dengan suami sendiri. M/s 450, "Kembalilah pada suamimu zahir dan batin, kerana seandainya engkau ingkar aku akan sangat berdosa Nina."
P/s: Saya mengharapkan yg Nina akan bersama dgn Din. Seorang Din yg penuh dengan kejutan. Pandai berkata-kata sebab dirinya seorang penulis & pelukis.
Tiada kata untuk diuntai, hanya deraian air mata yang menjadi saksi akan segala rasa yang menggoncang hebat getar di jiwaku usai membaca naskhah ini.
Permulaan yang baik dengan perkenalan Din dan Nina di Genting Sempah. Daripada cuma mentor, bercambah rasa cinta yang memekar dalam jiwa Din dan Nina. Babak-babak di Genting Sempah agak realistik dalam memaparkan betapa sengsaranya Din untuk keluar dari belenggu masa lalunya.
Seiring waktu, penulis menukilkan indah kisah mereka membuatkan pembaca terbuai nyaman sekali. Namun, peristiwa hitam lain pula yang menimpa Din. Dari situ, cerita perlahan-lahan menjadi begitu sengsara, baik buat Din, Nina, mahupun saya yang membacanya jua. Entah berapa kali saya asyik menangis mengenangkan takdir hidup Din dan Nina. Adakah sengsara itu sekejap cuma?
Garapan cerita ini secara keseluruhannya membawa emosi yang padat mengisi seluruh relung jiwa saya yang membacanya. Gambaran suasana setiap tempat yang dibawa oleh penulis - Genting Sempah, Mossy Forest, Cameron Highland, Kuala Kedah dan Kuala Kurau, begitu jelas, indah dan menarik penceritaannya.
"Kerana setiap peristiwa itu nanti akan menjadi satu kenangan yang tidak ternilai." ❤️
Salah satu sebab saya jadi tertarik dengan novel ini adalah kerana ia berkisarkan ceritera cinta antara seorang bekas penagih dadah, Din dan mentornya di pusat pemulihan, Nina. Mereka berkawan, bercinta dan mengikat pertunangan, tetapi tak disangka satu kejadian angkara dendam tak berkesudahan merenggut kembali kebahagiaan Din. Retrograde Amnesia yang dihidapi, menyebabkan dia lupa semuanya, termasuk Nina. Walaupun saya dah dapat mengagak apa yang akan berlaku seterusnya, dan ada watak yang tiba-tiba muncul di hujung (yang bagi saya takda pun tidak apa) tetapi ceritanya tetap juga menambat sayu mengenang nasib kedua-duanya.
Kisah yang mengharukan antara Din dan Nina ini juga disulami banyak pengajaran yang boleh kita ambil terutama tentang golongan-golongan yang tersilap pilih jalan seperti Din. Ada banyak sebab kenapa mereka terjerumus dalam najis dadah, sama ada kerana sifat ingin tahu terlalu kuat seperti Din, masalah keluarga dan desakan hidup seperti yang diceritakan penghuni yang lain.
Ia juga membawa kita melihat kehidupan orang-orang yang berjuang memperbaiki diri daripada dosa silam dan sembuh daripada ketagihan dadah. Kadangkala membuat hati tersentuh dengan betapa peritnya kesan stigma masyarakat yang selalu pandang rendah kepada penghuni pusat rehab.
Tetapi itulah hakikat yang pahit. Penyalahgunaan dadah sememangnya menghancurkan masa depan. Bukan saja pada diri, tapi yang ada di sekeliling. Dan untuk memulihkan diri sendiri, pasti banyak ujiannya. Benarlah, jihad melawan nafsu sendiri adalah jihad yang paling sukar. Tiada siapa boleh bantu kita kalau kita pun taknak tolong diri kita sendiri. Namun, jangan kita terlalu negatif dan skeptikal dengan diri sendiri. Sayangilah diri kita sedalam-dalamnya, supaya kita juga tidak tersakiti dengan olah sendiri. Binalah kekuatan luar dan dalam sebaiknya. Ingat. Jangan sesekali, menyalahgunakan dadah. #novelmelayu#demiwaktudeminina#nisyah
berhentila mengharap kepulanganku berhentila mengasihi diriku berhentila mencintai diriku . kerana sesaat lafaz ijab kabul disahkan gugurla semua cinta dan kasih syg yg pernah aku simpan dan rasa terhadap dirimu
*******
uwaa soo sad cerita ni . sedih kisah cinta yg x kesampaian .. kenapa bani wujud dlm crita ni huhuu .
cerita yg menarik, jalan cerita lain dri lain.. bayk info n ilmu yg terkandung dlm novel ni.. ayat2 yg sgt indah, emosi yg masuk terus menusuk ke dlm jiwa.. byk kali jgk sy nangis baca novel ni, walau pun saya agak frust dgn ending nina n din.. Novel ni tetap salah satu novel terbaik, tahniah puan penulis..
Alhamdulillah. Pembuka tirai Yazlina reads 2020, dapat baca buku Demi waktu Demi Nina. Buku dengan kisah Din dan Nina. Dua insan berjiwa besar, berbakat besar, sarat dengan perasaan kasih dan rindu sesama mereka... namun, cinta tidak bertaut juga akhirnya. Pemisahnya di luar batas kemampuan mereka untuk ditepis. Betapa luluh hati Haji Zaki dan ibu Nina juga, menyaksikan dua hati tersiksa terpisah kasih biar pun fizikalnya Nina pastikan,dia dan Din tidak terlerai pandang. Takdir juga menentukan 5 saat jadi penghalang Cinta Din dan Nina disulami pernikahan. Sedih sangat. Walaupun gitu, membaca buku Demi Waktu Demi Nina amat bermakna buat saya apatah lagi diawal tahun. Kesedaran menggebu. Kita hanya mahu, kita hanya rancang, kita atur strategi, kita luahkan kekuatan mental dan kesungguhan untuk dapatkan sesuatu, Allah lebih tahu, Allah yang aturkan, Allah Maha Menetap kan.
Tertarik dengan watak utama novel ini. Jauh tersimpang dari kisah2 yang cliche yang sering ditampilkan lain2 novel. Mungkin pengakhiran tidak seperti yang diharapkan namun itulah realitinya.
Cerita yang penuh dengan rasa ni buatkan saya agak sukar nak menanti penghujungnya.Tapi selepas selesai di helaian akhir..saya redha.😭banyak pengajaran dalam pencintaan Din dan Nina.Sungguh kasih dan cinta mereka sampai yang baca ni pun cukup merasainya. Terima kasih penulis untuk naskah yang manis dan hebat ini.❤️😘