Lahir dalam keadaan masih memeluk diri-sendiri, dia menjengah dunia dalam keadaan terpinga-pinga. Punya kuriositi yang sangat dalam akan hal-hal yang berlaku di dunia dan setiap saat semakin membenci diri-sendiri yang menimbulkan perasaan suisaidal setiap hari.
Sebenarnya aku teruja pada awal pembacaan kerana idea yang ditampilkan mungkin adalah sesuatu yang baru (di Malaysia). Ada beberapa kali juga aku tersengih ketika membaca, bukan sahaja kerana dialog dan perwatakannya yang melucukan, tapi ada juga scene yang menaikkan bulu roma aku ketika kali pertama (dan entah kali ke berapa selepas itu) kemunculan Bota. Ya, aku tersengih kerana bukan senang untuk bulu roma aku naik melalui pembacaan. Walau pun ada berlaku sedikit kekeliruan ketika membaca kerana latar masa yang berubah-ubah, tapi itu mungkin hanya masalah yang dialami oleh aku seorang. Everything is good hinggalah tiba pada bab 11 (Encik Johan dan Puan Yuni) dimana tahap curiousity aku semakin pudar jika hendak dibanding dengan bab-bab awal (Juan, Umar dan Kimi). Setelah masuk bab akhir SIONG, aku nampak ada ruang untuk SIONG mempunyai sekuel, jadi harapan aku SIONG mempunyai sambunganlah ye.
Overall, tahniah buat kedua penulis kerana berjaya membuatkan aku menghabiskan pembacaan dalam jangkamasa yang tidak panjang. Dengan erti kata lain, SIONG tidak membosankan.
PS: Kimi cool. Kalau ada sekuel mohon jangan matikan dia. Kbye.
Ada sesuatu dalam SIONG yang buatkan aku kurang berpuas hati. Barangkali aku sudah terbiasa dengan gaya penulisan Faiz dalam karya-karya beliau sebelum ini, jadi dalam SIONG, aku tidak menemui gaya dia yang (mungkin) lari dari kebiasannya. Mungkin juga disebabkan novel duet bersama Neesa Jamal, jadi aku tak dapat nak bezakan mana satu tulisan Faiz dan mana satu tulisan Neesa.
Nanti lepas SIONG dah dilancarkan, aku akan cuba untuk tulis komentar sepenuhnya.
(1.9 bintang) Buku ini bukanlah mengecewakan keseluruhannya. Masih ada beberapa elemen menarik yang menjadikan buku ini boleh dihabis-baca tanpa sengsara. Sebagai contoh kisah kumpulan gila yang ingin hidup selamanya itu serta bagaimana seluruh Johor dikuasai vampir pada tahun 2040.
Hanya hamba merasa jalan cerita ini celaru. Penulisannya seakan terumbang-ambing sendiri di lautan (mungkin tasik, mungkin kolam mainan) yang tenang tak berkocak. Permulaannya juga terlalu leret seperti tidak akan sampai ke elemen penting - Siong. Kisah Umar dan sejarah rumah barunya memonopoli buku ini dan jika benar itu yang hendak dijadikan keutamaan, sila berikan judul lain untuk buku ini. Mungkin Rumah, mungkin Qarin atau mungkin Bota.
Benar kisah hitam di rumah Umar itu yang memulakan epidemik vampir sampai ada penternakan manusia dan bar darah serta sebagainya itu tetapi ia prolog yang terlalu panjang. Dan, Sungguh hamba kurang setuju ia diberi judul Siong apabila perkara itu difokuskan cuma di hujung-hujung kisah. Judul ini patut disimpan untuk buku sambungannya. Mesti! Mesti ada sambungannya ya sebab hamba akan menyesal membeli buku ini jika tiada. Oh, hamba paling tidak suka menyesal. So, there better be a sequel. Please.
p.s Hamba kecewa betul apabila Umar dimatikan tiba-tiba. Walhal hubungan (interaksi) antara dia dengan Bota sudah menjadi sangat menarik.
Straight to the point walaupun tanpa kronologi. Kisah dimulakan dengan Juan pada tahun 1999 dan diakhiri dengan Kimi pada tahun 2040. Tapi antara Juan dan Kimi ada banyak lagi watak lain. Kesemua watak ada kaitan dengan sebuah rumah yang menyimpan rahsia pembunuhan kejam.
Ada beberapa persoalan yang saya tak dapat jawapan sebab kalau ditanya sekalipun takkan dapat dijawab guna logik akal. Jadi saya biarkan.
Yang menempuh bahagia cara mereka sendiri pun saya rasa ialah Juan dan Kamalia. Mereka macam redha dengan jalan hidup yang mereka pilih. Tak perlu nak cari logik di sebalik semua yang berlaku.
Munculnya plot manusia siong yang ingin mewujudkan negara dengan makhluknya tidak akan mati itu yang buat saya ketawa sinis. Rasanya dah menyimpang dari plot asal iaitu misteri sebuah rumah. Sebab plot kedua ni tak sekuat plot pertama. Macam mencacatkan jalan cerita yang dah sedia bagus. Patutnya plot kedua tu dijadikan plot pertama dan instead of Bota, watak plot kedua inilah yang menjadikan Juan sebegitu rupa.
Faham? Kalau tak faham, bacalah buku ni dan nilai sendiri.
Lain macam betul bacaan aku kali ini. Jujurnya, aku lebih sukakan babak rumah angker dan misteri Bota daripada vampir. Aku dah seronok dengan vibe seram buku ini, tapi terus hilang dengan plot vampir. Geram juga aku dengan si Kimi tu, sempat buang masa pula. #JusticeForUmar
mula-mula beli dan baca teruja sangat tapi momentum nya makin menurun lepas beberapa bab.rasanya aku terlebih excited ataupun ada high expectation sebab sebelum ni aku enjoy sgt baca novel fixi lain.tup-tup ending nya camtu je..adeh..ingat nak jugak tengok happy ending or at least semua ini mimpi je ke..well,fixi is always different.tp takut tetap ada after muncul watak Bota.terasa diperhatikan kalau dok dalam bilik sorang-sorang!ada banyak watak tapi cerita fokus pasal Juan si 'psycho-killer',Lia,Ipin bersambung dengan Umar,Kimi,En Johan & Yuni.gangguan terhadap Umar di rumah barunya berakhir dengan tragedi dan menjadi permulaan era 'pengzombian' vampire di Johor.siap ada ternakan dan tabung darah lagi..dalam hati 'apakah ini??'..tapi bolehla layan,cuma aku tak berapa minat..sape minat vampire,zombie dan seangkatan dengannya disyorkan baca ni :)
It was okay at first. Separuh awal bab yang menarik dan lain daripada yang lain-- Kimi dan Umar, Juan dan Ipin. Saya tertanya-tanya tentang Bota. Saya sukakan Kamaliah dan Haji Junid-- mereka seperti eye candy bagi dua cabang zaman dalam satu cerita yang sama.
Bab 11 dan ke atas-- saya harap Johan dan Yuni tak pernah wujud dan twist jalan cerita sehingga jadi pelik dan complicated. Watak Mohan dan Sofie jadi limelight-- I don't expect that. Meleret dan seperti out of tune.
Bab akhir-- penulis trying too hard untuk kaitkan kesemua watak dalam satu scene. Makin complicated dan sarat. Kisah Kimi patutnya boleh jadi lebih smooth walaupun dengan ending yang tanpa proper closure begitu.
ya masa awal bacaan sgt taksub semua pasal qarin seperti yg kita sedia maklum ..byk flash back dan siasatan, future pon ade, mmg terimaginasi mcm filem..vampire, darah, cannibalism, kuasa, hasutan, bru pertama kali baca penulisan faiz..kalo dibuat filem harap boleh maju drpd kl zombie ..arghh byk pulak komen ..silalah baca ...
pada peringkat awal pembacaan mmg aku agak teruja. misterinya ada.tapi pada satu tahap ia agak meleret. plot story agak bercelaru tapi tu x jadi masalah utk aku teruskan pembacaan. keseluruhan cerita not bad..cuma rasa c syok bila watak umar dimatikan.plak Bersambung ke siong ni? mcm sambung je..
Sekiranya anda sukakan sesuatu yang santai, sila lupakan buku ini.. Buku ini tidak sesuai untuk anda.. Walaupun menggunakan dua penulis, tapi kesinambungan ceritanya memang unik.. Bermula dengan Juan kemudian Umar.. Siapa Bota dan siapa pula setan gendut tu.. Kemana agaknya Ipin menghilang.. Kamaliah nie sapa pula.. Gilalah.. Banyak sangat persoalannya.. Kalau tak sanggup cari buku lain.. Tetiba misteri tak lagi misteri.. Masa nie rasa macam.. Eh.. Kenapa begini..
Aku tak tau nak letak buku ni sebagai 3 atau 4 bintang sebab aku tak reti menilai sesebuah karya menggunakan bintang. Jadi aku harap dengan komen yang diberi ni mampu la buat korang fikir apa pendapat aku tentang Siong.
Aku suka dengan idea kasar Siong. Vampir Malaya gitu. Dimulakan dengan apa yang berlaku sekarang, kemudian dirungkaikan apa yang berlaku pada masa lalu, dan diakhiri dengan efek pada masa depan. Mood ala-ala movie Underworld sikit pada penghujung ceritanya.
Apa yang membuatkan aku terus terhibur adalah dialognya - agak lucu. Kira kalau korang letakkan 'suara' dalam dialog tu, aku boleh bayangkan empunya suaranya jenis gila-gila sengal.
Walau bagaimanapun, ada yang aku sedikit tak berpuas hati sebab ceritanya seakan-akan tak complete atau boleh aku katakan seperti ada sesuatu yang hilang dari penceritaannya. Sedikit rushing, macam tak sabar nak habis gitu. Ada lompong-lompong plothole yang kalau diisi mungkin ceritanya jadi tambah kemas.
Aku target 5 hari bc novel ni tp alih2 jd 2 minggu. Mula2 rs semangat tu ada tp makin lama baca mkin faded. Entah nape aku rs ayat2 dia semcm syok sendiri. Aku rs apa yg penulis ni cuba smpaikan aku tak dpt nak faham dan hadam. Watak utama Juan, Ipin dan Kamaliah seolah2 tak gel je. Tp babak dia bunuh ahli kluarga dia serius siot. Ganaih. Tp tempat2 dlm novel ni semcm dekat je dgn aku sbb aku tgh duk kat Johor skrg ni. Haha. Dah msuk babak Umar tgh gila nk korek rahsia rumah tu aku dh mood down. Merepek gaklah Kimi sempat lg duk lepak minum walhal kawan dia tu separuh gila. Liat aku nak habiskan bila msuk bab En Johan dan Yuni. Lg lawak sempat lg dia nk solat Isyak. Tp selamber je gi bunuh org mcm sembelih ayam. Msuk babak Mohan dan Sofie aku trus angkat kening. Habiskan dlm keadaan terpaksa. Dah rs mcm tgk filem Vampire tp dlm versi buku. Aku x minat. Nampak mengarut.
Premis vampir/pontianak yang diuar-uarkan semacam separuh matang. Aku suka dialog-dialog yang dilontarkan oleh setiap watak; memang realistik dan menjadi. Cumanya aku agak kecewa dengan buku ini yang aku rasakan bagaikan menipu diriku kerana mencampur-adukkan mitos Raja Bersiong + Vampir + Pontianak + entah apa, menjadikan naskah ini bagaikan tiada hala tuju.
Mungkin sebagai landasan awal untuk sebuah siri buku yang akan datang, ia menjadi. Tetapi untuk menjadi sebuah stand-alone, aku tidak puas membacanya.
Entahlah. Sejujurnya tak tahu nak kata apa dengan karya ini. Ada bahagian yang saya suka dan ada bahagian yang saya tidak suka.
Permulaan novel ini bagi saya ia mampu untuk menarik minat untuk membacanya. Namun begitu momentumnya hilang apabila tiba di pertengahan novel. Ia menjadi semakin tenat apabila watak Yuni dan Johan (dan watak-watak vampir yang lain) muncul di akhir-akhir cerita.
Satu perkara yang saya hanya mampu kata "sigh, seriously!?" adalah kenapa Umar terlalu fixated sangat dengan rumah tersebut. "Hey, rumah ni murah, belilah." "Aku takkan pindah sebab ini rumah idaman," ...and then shit happens. Scene ini saya rasa sudah termasuk dalam "Top 100 cliche moments" dalam mana-mana cerita bukan? Harap dielakkanlah untuk masa hadapan.
Novel ini namanya SIONG dan sudah tentu ia akan berkaitan dengan hal-hal vampire. Ia mungkin agak bias dari sisi saya kerana bagi saya mana-mana novel yang mempunyai topik vampire tersangatlah Buffy the Vampire Slayer. Ia satu genre yang sudah ketinggalan zaman dan overused. Dan saya betul-betul berdoa agar tiada lagi mana-mana penulis di mana-mana negara supaya tidak lagi menulis novel-novel yang berkaitan dengan vampire. Ia meletihkan untuk dilihat apatah lagi untuk dibaca. Kata orang, tema 90-an itu haruslah ditinggalkan saja di tahun 90-an.
Walaupun begitu, saya agak memuji kedua-dua penulis kerana mampu untuk menggarap POV watak-wataknya dengan baik. Maksud saya, setiap wataknya itu kita mampu lihat mempunyai perwatakan yang berbeza. Ia sesuatu yang tidak ramai penulis mampu lakukan kerana kebanyakan penulis yang menulis berdasarkan POV banyak watak seperti ini, akhirnya memakan diri kerana kesemua wataknya mempunyai perwatakan yang sama sepanjang novel. Jadi, tahniah!
Sebagai penutupnya, bagi saya novel ini berada di tengah-tengah. Ada bahagian yang best dan ada bahagian yang meh.
Kenapa cerita ni melalut sangat masa mula-mula hah? Setiap watak bercerita flashback bilanya nak habis cerita? Penat nak susun timeline cerita dalam kepala. Cerita sangat lembab. Penat baca. 5 Jam aku terbazir macam tu ja, Ending cam hampeh wei...
Idea tu ada cuma tak polish ja. Dekat hujung dah best pastu habis macam tu ja. Lagi banyak persoalan tau Watak antagonis yang menggerakkan cerita ni letak kat hujung. Baru nak kenal tau2 ja dah ending. Eeii geram pula aku.
Bota tu jadi apa? Dia ka yang buat Puan Yuni dengan Encik Johan jadi lagutu? Si kimi tu watak kenapa jadi statik kat hujung? Kenapa ending baru nak bagitau Ipin tu jadi apa?? Hahh? Watak Ipin tu bagi aku boleh kembang lagi tau. Apa kaitan raja bersiong bota dengan perkara yang terjadi kat hujung cerita?
Sebenarnya niat nak baca gitu je sebab ingatkan bosan je tapi lepas satu persatu jadi, aku terbaca satu malam itu juga habis sebab curious punya pasal! hahhaa.
Buku ini best cuma entahlah rasa macam pelik. Author jadikan buku ini sebagai kes pembunuhan but then jump into genre lain pulok hahaha. Kurang dekat situ.
Plot twist tak berapa plot twist sebab ending dia buat aku mencarut. Satu jadah aku tak faham beberapa chapter sebelum ending itu.
Aku teruja masa mula-mula baca buku ni. Walaupun jalan ceritanya mencapah namun tak susah untuk ikut setiap watak. Sayangnya bila muncul bab vampire perasaan teruja tu semakin hilang.
Aku lebih berminat dengan jalan cerita Juan berbanding kisah tentang vampire.
Agak nya sebab ada dua penulis lah, cerita bab2 yg hampir dengan pengakhiran nye merepek sikit (bila wata yuni di perkenalkan) and mcm tak ada ending. Tergantung. Tapi aku enjoy baca dari awal sbb misteri. Hampa. Huhu.
Pada permulaan cerita ini agak menarik. Ada bahagian-bahagian yang agak lucu bila dibaca. Gaya penulisannya santai. Kudos, penulis! Namun, transisi dari satu babak ke babak yang lain itu agak 'choppy' dan terdapat juga beberapa watak yang tak dikembangkan dengan baik.
Kisah nie bermula dr sebuah rumah. Diawal kisah diceritakn Juan yg tinggal dgn family dia, diganggu oleh sesuatu yg membuat dia ketakutan. Ok time nie mmg seramlh rasa. Sehingga satu tahap yg menyebabkan dia leh percaya plak dgn ckp si qarin kononnya utk menyelamatkan family dia yg telah dirasuk. Sudahnya Si Juan nie mengamuk dgn membunuh seorg demi seorg ahli keluarganya krn dimatanya dia nmpk syaitan yg bergayut dibadan familynya. Dia dimasukkn ker hospital krn tidak siuman.
Memandangkan rumah tu pernah berlaku pembunuhan, maka keluarlh segala cter pasal rumah tu berpuaka dr mulut ke mulut. Selepas stgh thn ada pasangan yg membeli umh tu tp x lama slps tu disewa. Yg menjd persoalan kenapa pembeli duduk sekejap n penyewa bertukar ganti n pelbagai misteri lg.
Umar pula adalah pembeli yg ketiga slps Mr Goon yg berpindah krn pembantu rumahnya diganggu hantu ketuk, yg asyik minta tolong buka dr bwh katilnya. Hari pertama jer Umar dh diganggu, sblm tu ada satu bilik yg dilarang utk dibuka tp biasalh benda dilarang lglh nk dibuat. Hari demi hari hidup dlm ketakutan sehinggalh Umar dgn nekad nk menyiasat apa yg ada di dlm bilik bwh tangga tersebut. Apakah yg dijumpai oleh Umar & punca beliau n pemilik n penyewa sblm nie diganggu ??? Apakah nasib semua mereka ?
Yg pasti apa yg ingin disampaikan penulis adalh berkenaan siong n kanibal yg menjdkn novel nie thriller. Awas ada rahsia besar yg menunggu... Nyawa jd taruhan. Unsur jenaka adalh bonus dlm novel nie.
Mula2 ku sangkakan seram, rupa2 tak seram langsung..iyalah, tak lama baca babak Juan diganggu masa tengah blackout... Pukul 1 pagi, tiba2 rumahku juga blackot....tak ada hujan, tak ada kilat.. Sejujurnya saya kecewa, jalan ceritanya sungguh bercelaru...dan saya rasa jalan cerita tak sesuai dengan tajuk... Saya bayangkan, apabila Qarin yang bernama Bota tu, mengaku sebagai Qarin kepada Raja Bersiong...jalan cerita mesti berkait dengan kisah Raja Bersiong... Tetapi, satu saja perkataan yang boleh saya katakan berkenaan jalan cerita novel ni... MEREPEK. Maaf, penulis....ini pendapat saya sebagai pembaca....Saya hanya boleh hadam sampai babak Umar menemui rangka manusia....tetapi, bila sampai babak Kimi sekeluarga jadi vampire....saya rasa macam nak tutup buku saja...Saya terus baca juga, sebab saya fikir akhirnya nanti...mungkin hanya mimpi...tapi tak, dan saya kecewa bila watak Umar dimatikan.... Siong berkisarkan tentang Umar, yang membeli sebuah rumah dengan harga murah..kawan baiknya, Kimi berkali2 cuba menghalang....selepas mendengar cerita orang sekeliling...pemilik rumah asal, Juan telah membunuh seluruh ahli keluarganya dengan kejam...penyewa dan pembeli selepas itu semua diganggu...Umar tetap berdegil untuk membongkar misteri tersembuyi dalam rumah itu... Tanpa disangka, rumah tersebut pernah menjadi tempat pembunuhan beramai2 oleh manusia vampire...
novel ni memang ada intipati yang lain. tahniah buat dua penulis berkenaan. say suka. gaya penceritaan terselit rasa kelakar sorang2 dalam bilik dan jugak rasa saspen kawan saya bila saya bukak pintu bilik sampai melompat beliau sambil menjerit akibat terkejut yang melampau yang disebabkan feeling membaca novel ni. ya saya juga terkejut.
saya agak teruja apabila membaca sinopsisnya berkaitan dengan qarin dan sebagainya. pada permulaan, wataknya agak jelas dan mudah dibaca, seperti Juan, Kimi dan sebagainya. apabila penceritaan sampai kepada puan yuni dan encik johan, saya tak pasti tentang penceritaan, mungkin penulis sengaja membikinnya seperti itu sebab ceritanya semakin berkembang atau dalam bahasa lain meleret. tp meleret yang ada umph la. lain dari yang lain.
dan ada satu part yang saya kena ulang baca; masa boss kimi tu kena bunuh ngan lelaki india tu, mohan. saya ingatkan si sarjiv dan kimi berpakat nk bunuh dia. baca semula dua tiga kali baru paham. heheh saya sorang je agaknya yg susah hadam ni.
cerita ni saya rasa cm tergantung, slah satunya sebab takda kesinambungan dgn si bota dan dunia vampir.. maksud saya memang la dorg ada kena mengena, tapi tidak disebutkan semula diakhir cerita. kut kut ada kesinambungannya dlm next novel? saya tertunggu tunggu eheh.
sebab lagi satu ialah kerana penulis kena sambung lagi novel ni haha.. okay selamat maju jaya
Dua orang penulis ni pandai memancing rasa ingin tahu pembaca di awal plot. Bagaimanapun, kebolehan itu merudum setelah sampai ke bab perihal Johan dan Yuni. Terlalu rushing.
Mungkin juga kedua penulisnya sengaja berbuat demikian kerana ada perancangan untuk sekuel. Tapi kalau tiada, it is just a poor execution of an ending of a story. Terlalu banyak persoalan timbul. Terlalu banyak watak yang mahu dikaitkan tapi tiada initial background check. Iya, mungkin rakyat Malaysia pandai dan mahir dalam melahirkan teori konspirasi tapi saya agak tidak senang dengan solusi penulis buku ini.
Dan juga, ada inconsistency dalam penulisan. Seingat saya handphone Umar di awal cerita ialah iPhone. Akan tetapi, setelah itu dikatakan yang Umar memiliki handphone HTC pula. Adakah Umar memiliki dua handphone? Heh, benda yang mungkin kecik bagi sesetengah orang tapi saya pandang berat hal-hal kecil sebegini.
Walaubagaimanapun, satu kejayaan bagi kedua penulis. Keupayaan gubahan plot di awal cerita sangat menarik cuma mungkin perlu dibaiki akan penutupnya.
Cara penceritaan yang senang, mirip kepada penulisan Anuar Shah dalam karyanya Pinjam, juga dari Fixi. Persamaannya dapat dilihat dari pembahagian plot mengikut watak dan pemikirannya. Tak banyak twist ; memudahkan pemahaman cerita.
Pembacaan sedikit terencat akibat dari kesilapan ejaan dan tanda baca di mukasurat 15, 22, 27, 31 dan 118 (mungkin aku patut cari kerja pembaca pruf dengan FIXI, atau tukang review. Heh.) namun ianya tak menganggu pembacaan secara keseluruhan. Hanya kesilapan minimal.
Ini kali pertama aku membaca karya tulisan dua penulis (sebelum ini hanya cerpen, itu pun satu) dan mungkin pembahagian plot dalam jalan cerita antara dua penulis kelihatan sedikit tergantung dan tersekat. Tapi kedua duanya bijak mencari rasional dan kembali mengimbangkan cerita dengan plot yang menutup semula kekosongan dan ketergantungan tadi.
Keseluruhannya, bagus dan tidak mengecewakan. Tahniah M. Faiz Syahmi dan Neesa Jamal.
1.Siong ni mungkin perlu diasah lagi taringnya sebab bagi aku, tak cukup sharp lagi 2.unsur jenaka ada, boleh buat aku gelak sorang2 3.kureng perasa kot. macam bila ko makan, tiba2 mulut ko rasa ada benda yang buat makanan tu kurang enak. cuma ko takleh nak pinpoin apa kebendanya 4.ada setengah benda dalam ni yang hilang gitu je. takde proper closure
entahla tp pada aku, it could be better. sebab orang cakap, two heads are better than one hoohoo