Jump to ratings and reviews
Rate this book

YANG NAKAL-NAKAL

Rate this book
17 short stories and 8 poems by a Malaysian National Laureate, focusing more on his satirical, passionate and 'naughty' works.

220 pages, Paperback

First published June 1, 2013

28 people are currently reading
531 people want to read

About the author

Usman Awang

49 books103 followers
Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.

Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.


Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.

Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.

Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.

Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.

Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.

Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.

(sumber: wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
131 (40%)
4 stars
132 (40%)
3 stars
47 (14%)
2 stars
7 (2%)
1 star
8 (2%)
Displaying 1 - 30 of 58 reviews
Profile Image for hans.
1,157 reviews152 followers
February 4, 2024
Membaca buku ini rasanya seperti dibuai-buai. Saya suka koleksi cerpen-cerpennya yang pelbagai isu. Kadang saya tersenyum sendiri memikir-mikir tentang isi cerita. Terasa nakal pula bila senyum sorang-sorang.

Saya suka alur bahasa penulis yang boleh saya katakan amat detail sehingga saya boleh menggambarkan situasi cerita di dalam kepala. Tidak ada yang membosankan di buku ini. Menarik sekali, dari awal halaman sehingga ke hujungnya.

Nakalnya berpada. Nakal yang diterima akal. Nakal yang lucu dan sinis.

(ps: Saya suka covernya)
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
November 25, 2013
Hamba mungkin bias tatkala memberi bintang pada buku ini kerana sesungguhnya hamba tidak merasa ia ‘mengenyangkan’. Mungkin bias kerana sosok Usman Awang sendiri. Mungkin kerana cara penulisan klasikal yang hamba gemari. Mungkin juga kerana semangat nasional dalam alunan penanya. Hamba menyukainya. Dan, jika hendak dibicarakan dari sudut kenakalan pula, hamba merasa buku ini tidak langsung berada di paras berbahaya. Hehe.

Ada dua cerpen yang paling hamba gemari dari buku ini;

*Betisnya Bunting Padi
Hamba menyukai cerpen ini kerana kejutan dan humornya meski secara realiti hamba pasti akan merasa gerun dengan orang yang sebegitu obses dengan betis orang lain. Namun obses kepada bola sepak itu, hamba boleh mengerti :P.

*Koktel
Perbahasan yang sangat menarik dan sinis antara sekumpulan wartawan Malaysia, seorang wartawan asing dan seorang diplomat Amerika dalam majlis koktel.
“Patut George yang membanggakan Shakespeare, bukan kau, sebab Amerika tak ada dasar kebudayaan.”
“Kebudayaan kami pada pemikiran, bukan perasaan.”
“Dan kebudayaan kau ambil dari tengah-tengah belantara Afrika, bangsa kulit hitam yang kau hinakan.”


Puisi-puisi pula ada yang manis dan pasti juga ada sinis khususnya apabila menyentuh soal politik yang hamba kira masih sangat relevan untuk suasana politik hari ini meski ditulis sekitar tahun 70 hinga 80-an. (atau mungkinkah politik dulu dan sekarang masih berada pada garis statik sebenarnya?)

Siakap senohong,
Gelama ikan duri;
Bercakap bohong,
Bolehkah jadi menteri?

(Pantun Moden; Usman Awang; Yang Nakal-Nakal; m/s 216)




p.s Mungkin hamba kurang menikmati buku ini kerana sakit gigi.
Profile Image for Johnny B. Rempit.
123 reviews34 followers
June 17, 2013
Sungguh 'nakal' koleksi cerpen ini.

Sentuhan dan gaya Usman Awang memang jelas terpapar. Tanpa perlu menggunakan ayat yang terlalu 'detail' dan grafik, beliau dapat membayangkan kepada pembacanya suasana/situasi dan rasa/nuansa yang hendak disampaikannya. Lagi-lagi kalau suasana/situasinya berbaur erotisisme. Itulah dia, beza antara seorang penulis biasa dan seorang sasterawan. Itulah, barangkali, 'kenakalan' yang cuba dibawa di dalam koleksi ini.
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews173 followers
September 8, 2020
Penulisan Usman Awang sentiasa sendat dengan aroma-aroma satira, khususnya masalah sosial yang membelenggu strata sosial masyarakat serta janji-janji manis politikus dalam menuai undi dan memintal populariti.
Profile Image for pae (marginhermit).
380 reviews25 followers
October 2, 2022
Suggestive (as per title) but my man didn’t cross any line. And oh, this is collection of short stories. I’m a dumbass and went it blind, and I am not disappointed.
Profile Image for ❀ Hana.
176 reviews85 followers
September 12, 2016
Usai membaca buku ini semalam (sambil ditemani deru ombak memukul pantai), saya tatap kembali kulit muka hadapannya. Illustrasi yang memang nakal, senakal judulnya. Lalu saya berspekulasi sendiri-sendiri - untuk menarik minat orang membaca karya sasterawan negara agaknya.

Kumpulan cerpen dan puisi Allahyarham Usman Awang (Tongkat Warrant) yang dimuatkan di dalam buku ini pada saya 'nakal' di sana sini. Jika wajar dikatakan 'nakal'. Kerana yang tepatnya barangkali adalah teknik teguran beliau yang tersendiri. Tidak ada hati yang tak terusik ketika membacanya. Menyentuh kisah segenap lapisan masyarakat, baik yang bergelar mahupun tidak. Isu-isu kehidupan (di Malaysia khususnya) masihlah tetap sama, dari dahulu sehingga sekarang - menjadikan cerpen-cerpen ini kekal relevan, meskipun ditulis seawal tahun 1949 lagi.

Cerpen bertajuk 'Aturan - Kodi...?' saya kira adalah yang paling lantang menjelaskan prinsip dan pendirian Allahyarham. Cerpen-cerpen yang lain juga jelas memberi kritikan membina terhadap struktur pemerintahan Malaysia pasca merdeka tetapi masih 'berlapik'. Ia dapat dilihat di dalam petikan ini:
"..Tetapi saya sekadar bertanya. Saya tak mampu untuk memberi 'hadiah' wang kepada saudara Armada. Maklumlah saya ini rakyat biasa yang menjadi buruh dan kalau pun saya ada kelebihan seringgit dua baiklah saya dermakan kepada keluarga saudara Ahmad Boestamam yang kepayahan itu."


Terdapat juga beberapa puisi Allahyarham yang saya minati sejak bangku sekolah dimuatkan di dalam buku ini: 'Surat dari Masyarakat Burung kepada Datuk Bandar' serta 'Benarkah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul?'. Seandainya ditakdirkan pada masa akan datang saya perlu mendeklamasikan sebuah puisi, nescaya puisi inilah yang akan saya pilih.
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
May 24, 2016
yang nakal2, seperti tajuknya, cerpen2 & puisi2 yang dikumpulkan diselitkan unsur2 'nakal' & usikkan2 bersahaja secara langsung atau tidak. namun, setiap kisah ada makna tersirat, tapi disampaikan secar halus, terselindung, malah dalam keadaan yang tidak pernah kita sangka.

1 koleksi yang patut ada, untuk mengenang kembali karya2 SN ini. mungkin ada beberapa cerpen yang tidak begitu menyerlah, tapi cukup untuk memahami mesej yang ingin disampaikan, terutaman berkaitan degan politik, kesatuan bangsa itu sendiri.
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
November 25, 2013
Well, lets give this 5 stars. It deserved the greatest appreciation of a book in its own simplicity.

Dipamerkan dengan gaya pulp fiction yang santai tetapi penuh hemah dan sindiran tajam. yang pasti isu-isu dan tema yang dibawakan masih relevan sehingga ke hari ini.

Terasa seperti senario politik negara tidak pernah berubah langsung dari zaman selepas kemerdekaan sehingga kini.

Profile Image for syafiqah.
90 reviews4 followers
December 27, 2013
Sinis tapi bermakna.

Penulisanya masih relevan hingga ke akhir ini.

Dan pada akhir pembacaan saya terfikir.Adakah sebenarnya permasalahan di Malaysia ini tidak pernah selesai dari dulu lagi.

Profile Image for Ara.
7 reviews41 followers
August 28, 2013
serius aku suka yang ini. sisi nakal pak usman.
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
November 12, 2014
Nakal sungguh Usman Awang. haha.



Kumpulan cerpen ini bagi saya lebih menarik berbanding dengan kumpulan cerpen Tasik Syahdu, oleh Pak Samad. Saya membandingkan keduanya adalah kerana, kedua-duanya adalah ditulis oleh penulis yang disegani, keduanya adalah kumpulan cerpen hasil penulisan mereka sebelum (dan mungkin sedikit selepas) merdeka, serta keduanya adalah kritikan masyarakat secara halus.

benar, ada sesetengah penulisannya di dalam buku ini berunsur sedikit 'nakal', tetapi selalunya lebih kepada kritikan pemikiran dan suasana masyarakat zaman itu. Kadang-kadang ketika membacanya, kita ketawa lucu kerana peristiwa yang disebutkan benar-benar berlaku, cuma hanya perlu ditukar latarnya serta wataknya saja, dan kadang kala berasa pedih pula kerana terkena batang hidung sendiri.

yang paling menarik sekali adalah koleksi puisi beliau yang turut dimuatkan di bahagian akhir buku ini.

pantun kegemaran saya,

"Siakap senohong,
gelama ikan duri,
bercakap bohong,
bolehkah menjadi menteri?"


Moga-moga ini adalah perkenalan awal saya kepada karya-karya beliau yang lain. Baby steps.
Profile Image for edoraemon.
11 reviews
October 26, 2015
Buku yang menarik.

Aku beli dengan membaca tajuk & cover buku, terbayang cerpen-cerpen dan sajak berunsurkan cinta disajikan dibuku ini.

Ternyata andaian aku salah.

Penulisan yang tidak ditelan dek zaman.
Kerana ada antara karya yang dikarang lebih 60 tahun lepas.

Cerpen lebih kepada kritikan sosial dan masyarakat. Disentuh perangai ahli politik zaman sebelum kemerdekaan di negara kita.

Yang lucunya, ahli politik (read: YB) masih lagi berperangai sama.

Dari teman-wanita-simpanan hingga janji-janji kosong yang mereka berikan.

This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Dayah-sama.
56 reviews6 followers
July 18, 2013
Nakal betul buku ni. Sinis betul kandungannya. Dan itu cermin yg berlaku pada masyarakat dulu, tak keterlaluan kalau cakap, masalah sosial masih tak sembuh.

Buku yg membuka mata dan minda, secara halus.

Bahasa yg digunakan cantik. Tak susah nak faham, berkias pun masih terkesan dalam hati. Cerpen UA memang menarik dan kelakar.
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
December 21, 2013
Sudah namanya muda mudi, nakalnya pasti ada walau sedikit. Segalanya mahu diteroka. Tapi dalam suka suka, batasnya tetap terjaga. Jika takut menegur lantang disalahertikan sebagai kurang ajar, maka sindiran halus ditiup lembut penuh bersahaja. Maksudnya tetap sampai tepat ke batang hidung yang dibidik.
Profile Image for phazleeanna.
249 reviews2 followers
November 11, 2013
Tertipu dalam senyum. Ini adalah perasaan utama yang berjaya diselongkar sepanjang pembacaan buku ini. Elemen lucu dalam cerita-cerita yang dipaparkan tidaklah bersifat kelakar semata, tetapi juga dilayurkan dengan sedikit sebanyak sindiran dan kebenaran di mana pengajarannya tidaklah bersifat kasar dan menyakitkan pada akhirnya, tetapi dengan lembut dan penuh sayang untuk para pembaca menggapai setiap satu ajaran yang cuba diketengahkan. Bukankah sifat sebenarnya Melayu itu penuh dengan santun dan pekerti?

"Bodoh atau pembohong. Semua manusia di dunia ini pembohong. Kalau tidak membohongi orang lain, dia membohongi dirinya dan kalau tidak membohongi dirinya dia membohongi tuhannya. Tetapi yang tentu, semua manusia adalah pembohong yang terbesar dan tidak ada kecualinya lagi." -Aturan - Kodi...?
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
December 22, 2013
sejujurnya ini lah kali pertama aku membaca karya2 Usman Awang...ternyata karya cerpen n puisi dlm buku fixi retro sgt hebat dan terbaik...ada unsur humor,seksi dan politik...semuanya sama walaupun berbeza zaman...
terima kasih Fixi kerana terbitkan buku2 yg sehebat ini...
cebisan pantun dari Usman Awang,

Siakap Senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong,
Bolehkah jadi Pak Menteri?
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Review terakhir 2013,karya milik Sasterawan Negara,Usman Awang. Ya,memang nakal,senakal kulitnya. Jangan bayangkan yg bukan2. Diangkat semula karya lama ini oleh Fixi Retro memang mengancam. Ahhh,lenggok bahasa lama itu sungguh mengkhayalkan. Koleksi cerpen dan puisi yg menggoda hati. Ayuh perawan! Pak menteri kena perli,kita pun kena sekali. Wajib baca ini!
Profile Image for Ringoabubakar.
5 reviews
January 19, 2014
There are good writer, great writer, awesome writer. Then there is SN Usman Awang. His "naughtiness" clearly shown although it was carefully written and described by unconventional words. Never thought of this side of him.
Profile Image for Nadia Abu Bakar.
2 reviews2 followers
July 8, 2013
'Nakal' tidak bererti perlu kan aksi atau adegan seks yang erotik dan nengghairahkan, cukup lah Usman menggambarkan sesuatu situasi dan pembaca bebas mempermain di dalam minda mereka. keseluruhannya, buku ini membuatkan saya tersenyum seorang diri tatkala membaca.
Profile Image for Nawfal Ahmad.
37 reviews2 followers
January 24, 2014
Selain daripada grafik yang tinggi, Usman Awang pandai menggunakan kenakalan beliau.

Daripada tulisan beliau jelas cara beliau mengkritik masyarakat dengan nakal. penulis harus memiliki nilai ini. barulah bernilai tulisan kita.
Profile Image for Áina Ilmardiah.
9 reviews3 followers
October 5, 2013
Lucu dan nakal...sketsa dan cerpen yg buat aku tak kering gusi...menarik...Cerpen yang paling tersemat Betisnya Bunting Padi...Yang nakal-nakal bukannya novel romantikan berlebihan seperti yg tergambar di muka depan novel...Perlu baca dahulu..setiap cerpen nakalnya ade maksud tersiranya...
Profile Image for lucie parenkyuma.
120 reviews6 followers
November 13, 2013
Behind the humors written, there lies a deeper meaning in each of the short stories compiled. A very good read indeed, it gives you a glimpse of the past, it gives you ideas of what kind of situation/environment might your grandfather, father or mother had growing up with!
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
July 30, 2013
sarkastik sana-sini. siapa yang makan pedas, dia yang terasa.
Profile Image for Saiful.
26 reviews2 followers
September 7, 2013
Tersenyum dan excited sendiri bila membaca hasil nukilan usman awang, antara karya terbaik yang pernah dibaca. Syabas.
Profile Image for Wadi AR.
36 reviews2 followers
November 16, 2013
kene ada iman yang kuat bila baca buku ni lagi lagi si adil
Profile Image for Najmuddin.
Author 5 books47 followers
July 29, 2016
Elemen kenakalan yang terserlah tapi lembut memukul, sesuai dengan gayanya yang kita ketahui.
Displaying 1 - 30 of 58 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.