The sequel to the bestselling novel 'Murtad' (2011) answers the question of what happened to the courier delivery guy Johari after he was shot dead. The action takes place on more than one planet.
Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini.
Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.
Ulang semula. Superb!. Cerita yang penuh dengan sci. dan aksi. Johari yang diselamatkan oleh Prof. Rahman setelah dibunuh kedua kembar Akhil dan Adam (Murtad), lalu dia dijadikan bahan ekperimen oleh Prof. tersebut.Setelah bangun dari tidur yang panjang, Johari terkejut akan kewujudan ramai wajah yang sama sepertinya. Mengenali Ben, iaitu antara salah satu klon diri Johari, Joe mencari rahsia di sebalik penciptaan berjuta-juta klon. Planet Kepler yang menjadi jajahan para klon menyimpan seribu rahsia. Pergelutan. Aksi yang mencemaskan adalah resepi utama di dalam Tuhan. Kehadiran Sarah sedikit sebanyak menghidupkan suasana. Wujudnya bunga bernama Sarah di taman yang penuh dengan kumbang menghadirkan insiden-insiden yang lucu juga suspen.
Serius. Klon pun ada perasaan tau. Buktinya Ben jatuh cinta dengan Sarah. Lol
Apapun perkataan superb, yang saya maksudkan ini bukanlah kerana kecanggihan teknologi di dalam Tuhan ataupun imiginasi penulis yang di luar kotak itu… tetapi… disebabkan ayat-ayatnya yang sampai ke jiwa.
Dendam akan membunuh kau lebih pantas daripada sebutir peluru. M/s: 238
Saya tak tahu sama ada ini adalah solat saya yang terakhir. M/s: 264
Bahagian di saat Johari melantunkan kembali lafaz syahadahnya, seperti ada aura di situ. Meremang saja rasa. Tiba-tiba, jiwa jadi sebak. Saya kira Hasrul Rizwan ini seperti berada di dalam kapal yang sama dengan Hlovate. Pada bait-bait ayat yang mereka tuliskan punya suatu kesan kepada pembaca. Hanya berbeza dari segi persembahannya saja.
Jujurnya, saya lebih menyukai naskah Tuhan ini berbanding Murtad. Kerana saat membaca Murtad rasa seperti ini tidak sampai ke jiwa.
P/s :Tuhan ini juga sekuel daripada Murtad.
Dan Hasrul Rizwan ini antara penulis yang banyak kosa kata di dalam naskahnya. Serius! Baru perasan setelah baca beberapa tulisannya. Tak melampau jika dikatakan ia lebih baik daripada sesetengah buku mainstream.
Aku lebih suka TUHAN berbanding MURTAD. Aku lebih kagum cerita Johari berbanding cerita Adam dan Akhil. Walaupun dimulakan dengan kisah zombi di bab awal (yang mana sudah kerap kita jumpa kisah ini pada wayang-wayang Hollywood walaupun buku berkaitan zombie di Malaysia ini hanya beberapa buah sahaja boleh ditemui. Namun rasanya sudah terlalu biasa kisah berkaitan zombie ini untuk diceritakan lagi.) tapi masuk ke bab yang seterusnya, cerita lebih kepada Johari yang berada di Planet Kepler yang mana hampir ke semua penduduk planet itu adalah klon dirinya sendiri. Penggembaraan yang berlangsung, lebih seronok dibaca berbanding kisah Murtad yang banyak mempamerkan aksi cerita Tamil. Hihi...
3.5* untuk naskah ini. Kisah sci-fi yang masih boleh dikategorikan dalam sci-fi yang ringan. Biasalah, pembaca di Malaysia ini, paling takut apabila mendengar Sci-fi. Mereka akan letak semula buku itu di atas rak buku semula.
Cuma ada beberapa ayat yang dibaca kedengaran agak janggal. Susunan ayat yang dibaca seperti terbalik membuatkan aku tersenyum sedikit.
Paling sweet apabila Johari cuba kembali ke zaman lampau, untuk menyelamatkan Adam dan Akhil yang sepatutnya pada tahun 2020 mereka mati dibunuh. Jadi kepada peminat si Kembar itu, ucap terima kasih pada Johari. Haha...
Apa-apa pun, kalian cubalah. Lain orang lain citarasanya.
Tanpa ragu-ragu, saya ingin menyatakan bahawa Tuhan adalah sebuah novel yang lebih baik dan menarik daripada Murtad. Jika Murtad menampilkan genre berunsur thriller, novel sambungannya pula menjadikan genre fiksyen-sains sebagai tema utama oleh penulisnya, Hasrul Rizwan. Namun demikian, watak utama yang ditonjolkan adalah Johari, di samping watak perempuan yang bernama Sarah. Kedua-dua watak merupakan teraju utama di dalam novel kali ini. Walaupun demikian, kepada para peminat watak adik-beradik kembar, Adam dan Akhil, tidak perlu gusar. Mereka berdua juga wujud di bab-bab akhir novel Tuhan ini. Melaluinya, kerinduan anda dengan ketangkasan mereka bertempur akan terubat. Hanya satu ketidakpuasan hati saya mengenai novel Tuhan ini. Saya fikir, terdapat banyak perkara yang berkaitan dengan jalan dan plot cerita boleh dikembangkan lagi. Dengan hanya kurang satu muka saja lagi untuk melengkapkan 300 muka surat, sememangnya ruang untuk penulis melebarkan ideanya adalah terhad. Inilah yang lazimnya saya alami apabila membaca novel-novel keluaran FIXI. Saya memahami perkara ini dilakukan untuk menjimatkan kos. Namun, natijahnya, berlaku perkara yang seperti saya nyatakan di atas. Sepanjang pembacaan saya, tiada babak lucah atau seks dipaparkan. Namun demikian, kepada mereka yang sudah membaca Murtad, Tuhan juga menggunakan beberapa perkataan yang kesat dan lucah sifatnya, terutamanya di dalam dialog. Saya juga amat bersetuju dengan Dyh Usen, seorang rakan pembaca di dalam Goodreads, bahawa penulisnya kaya dengan perbendaharaan kata dan terbukti melalui penggunaan beberapa perkataan yang agak jarang ditemui atau digunakan sebelum ini. Tuhan merupakan sebuah novel sambungan yang tidak mengecewakan dan ditulis dengan baik oleh penulisnya, pada pandangan saya. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dan terhibur dengan apa yang disampaikan oleh penulis melalui novelnya ini. Hasil kerjanya kali ini agak lebih kemas dan teratur berbanding sebelumnya. Ada mesej yang cuba disampaikan penulis melalui kisah pengembaraan Johari dan Sarah di dunia baharu mereka selepas Malaysia digambarkan berada di dalam keadaan kucar-kacir akibat serangan mayat hidup atau zombi yang melanda negara. Malah, penamat ceritanya menggambarkan seolah-olah akan ada sebuah lagi sekuel Murtad. Adakah benar telahan saya ini? Sama-sama kita nantikan perkembangannya.
Tak ada sedikit pun rasa terkilan apabila Tuhan mengangkat watak kecil seorang lelaki kurier bernama Johari bin Ismail dan kembar Adam & Akhil Talha hanya muncul di hujung kisah. Ini bermakna siapa saja boleh menjadi hero dalam perjuangan masing-masing di medan tempur yang cuma difahami diri sendiri.
(2.5 bintang) Johari menjadi peran utama dalam buku Hasrul Rizwan kali ini. Watak kesinambungan dari Murtad ini berkembang menjadi sosok yang boleh disukai apatah lagi dia pandai juga berlucu kadang-kadang (ciri-ciri terkini lelaki idaman kan? – haha). Ini kisah Johari yang terjaga dari lena panjang dan mendapati dirinya berada di planet asing yang dipenuhi klon-klon dirinya sendiri. Dengan bantuan seorang klon yang dinamakannya Ben, dia mahu kembali ke bumi di masa lampau. Dan, Sarah. Ya, dia juga mahu membawa Sarah, satu-satunya manusia bukan klon seperti dia di planet ciptaan Professor Rahman itu.
Tidak mengecewakan dari buku sebelumnya jikalau hendak hamba rumuskan secara umumlah. Dan, hamba menyukai bagaimana setiap buku atau cerpen yang hamba baca dari tulisan Hasrul Rizwan tidak ada yang sama ‘warna’. Masing-masing membawa titik tema yang berbeza-beza.
Namun, untuk rumusan yang spesifik peribadi, buku ini bukan untuk hamba. Mungkin bukan kegemaran hamba membaca (bahkan menonton) cerita yang terlalu ‘tinggi teknologi’ begini. Planet Kepler itu sudah menjadi latar yang telalu futuristik untuk orang yang berjiwa nostalgia (haha) seperti hamba.
Dan yang tidak hamba sangka-sangka adalah kisah selingan tentang wabak zombi di Kuala Lumpur yang menampilkan Akhil (yang dirindui *wink*) dan Adam itu jauh lebih mudah untuk hamba kunyah dan hadam berbanding kisah dua robot yang saling menyerang. Haha.
Namun, tetap juga hamba ingin menyatakan penghargaan untuk imaginasinya. ;)
Aku suka TUHAN...kali ini penulis membawa sedikit kelainan drpd genre terdahulu dalam MURTAD iaitu Si fiksyen...Bagi kalian yang meminati genre sedemikian dengan kisah mesin masa, klon, zombi, kereta terbang...meh baca novel ini...
Ianya berkisar kepada watak pembantu Johari yang muncul dalam MURTAD di angkat sebagai watak utama dalam novel kali ini...walaupun ianya sambungan kepada MURTAD (tertera di depan novel), novel ini masih boleh berdiri dengan sendirinya tanpa MURTAD...melainkan kalian nak tahu kisah disebalik dua watak kembar iaitu Akhil & Adam, MURTAD kena lah kalian baca terlebih dahulu...
Plotnya berkembang baik dengan kemunculan watak klonnya, Ben & kewujudan Sarah...Mereka menjadi pelarian di Planet Kepler kerana di buru oleh Borga, pemerintah di situ..kenapa & mengapa?? Kalian kenalah baca sendiri...penulis menyelitkan elemen2 percintaan, persahabatan, pengkhianatan ditokok tambah dengan pertembungan 2 jenis puak yang berdendam antara satu sama lain...menarik bagi aku disebabkan terdapatnya sayap terbang & alat teleportasi yang banyak membantu Johari...terselit juga elemen humor & suspen yang berjaya menarik aku meneruskan pembacaan...Miauuuu!!!
Pada mulanya aku sedikit keliru dengan perkaitan SAMBUNGAN untuk novel MURTAD bila membaca kisah Johari ini, tp kekeliruan tersebut penulis berjaya rungkaikan di penghujungnya...
Uniknya novel ini, ada kesinambungan kisah zombi yang diangkat drpd Novel Zombijaya...namun, pengakhirannya di biarkan menjadi tanda tanya bagi watak Adam & Akhil..Siapakah yang memburu mereke & Apakah yang terjadi sebenarnya??& mungkinkah akan ada sambungan kisah mereka kelak??? hmmmm....
selepas membaca MURTAD tempoh hari, aku amat mengharapkan sequelnya, TUHAN, dapat menarik minat aku dgn lebih mendalam krn MURTAD tidak mampu memberi kepuasan kpd diri aku dan hanya mampu diberi 3* shj.
dan ternyata hrpan aku itu tidak tinggal hrpan!
aku sgt sgt sgttttt menyukai TUHAN!
nampaknya aku lebih menyukai watak Johari berbanding Akhil dan Adam.
pd mula Joe mencelik mata setelah lena yg begitu panjang, pelbagai adegan lawak spontan yg berlaku berjaya mencuit hati aku. sungguh bengong laa Joe ni, adoiii...
selain watak Joe, aku juga sukakan watak Ben. malangnya, tempoh kesukaan aku terhadap Ben itu tak kekal lama apabila perwatakan Ben berubah setelah munculnya watak Sarah.
dan aku agak kecewa apabila pengakhiran watak Ben sebegitu rupa. :(
apa2 pun, jln cerita utk TUHAN ini amatlah best! langsung x buat aku bosan.
oh tak sabar pulak aku nk baca QISAS selepas ini, hrp2 aku juga akn menyukai QISAS!
Apesal majoriti suka Tuhan lebih dari Murtad? Why? Why?
Saya bagi 5 bintang untuk Murtad tapi 4 bintang saja untuk Tuhan. Kenapa? Sebab ada beberapa babak bila baca dah ada macam Total Recall + Judge Dredd.
Tapi saya akui yang Johari lebih memikat hati dari Adam dan Akhil.
Dah lama dah ada buku ni tapi tak feel pun nak baca. Bab pertama saja dah ada serangan zombi sedangkan zombi tu antara topik saya paling suka. Mungkin cara garapannya kot. Entahlah. Tapi lepas baca Zombijaya, saya jadi teruja. Manalah tau ada crossover watak dari Zombijaya ke Tuhan.
Tak dijelaskan kenapa ada planet untuk Johari dan kenapa ada planet untuk Sarah. Tunggu juga punchline tapi tak keluar. Mungkin ada penjelasan di buku ketiga.
Prof di planet Sarah tu klon ke? Bukan Prof tu ada penyakit ke yang menghalang dia dari klon diri sendiri? Kalau bukan klon, macam mana dia survive untuk tempoh ratusan tahun tu? Ke dia pun tidur dalam sleeping pod tu juga dan masa Johari sampai baru jaga? Apesal dia tak buat eksperimen untuk cari ubat penyakit dia tu?
Iu antara sebab kurang 1 bintang. Persoalan yang tiada jawapan atau kena baca buku ketiga.
Johari ada latar belakang. Dari Murtad lagi saya kenal Johari. Tapi Sarah ni muncul dalam Tuhan tanpa latar belakang yang jelas. Bak kata Johari entah-entah anak orang ada-ada ke. Character development untuk Sarah macam tak diberi perhatian.
Apesal watak Ben tu penulis buat camtu? Apesal tak dibawa saja ke planet Sarah? Saya tak faham kenapa ada dua planet ni. Apa motifnya? Benci tau tak bila baca buku yang menimbulkan soalan tapi takde jawapan.
Jujur kata, saya lebih suka cover ketiga-tiga trilogi Murtad yang baru ni berbanding cover yang lama. Sebab tu, tak kisah beli, baca & jadikan koleksi. Kalau FIXI masih kekalkan cover yang lama, saya tak rasa saya akan jadikan MURTAD & TUHAN sebagai koleksi sebab tak suka dengan covernya. Sebabnya, saya antara orang yang akan pilih buku/novel berdasarkan covernya.
Beli dekat MPH, balik rumah, start baca & macam tak sabar nak habiskan hingga ke penamat.
Suka sangat dengan imaginasi penulis. Betul la, seperti kata pembaca lain (Dyh Usen) yang bait-bait ayat hasil nukilan penulis akan ada sesuatu yang maybe terkesan pada pembaca. Suka dengan ayat-ayat penulis. Tambahan, macam kita ni sedang tengok filem omputih sci-fic la pulak.
Mujur kisah Zombie (tak suka) sikit je sebab ia adalah pencetus kenapa Joe yang daripada watak sampingan dalam MURTAD boleh menjadi watak utama dalam TUHAN. Dan, baru tahu TUHAN yang diangkat sebagai tajuk buku tu merujuk kepada apa. Suka dengan cara Joe berbicara dengan si Felix.
This is a wholee movieee. Dah macam tengok satu filem hollywood di mana semua elemen dicampur gaul menjadi satu contoh elemen tu termasuk klon, teknologi tinggi, robotik, super power, world war, wabak zombi, time travel dan macam-macam lagi.
Memandangkan aku dah stick dengan watak Adam dan Akhil untuk buku I: Murtad, jadi hujung-hujung novel ni muncul dua kembar ni. Buatkan aku jadi excited untuk tahu penghujung bagi buku kedua ni. Aku memang tak expect ending cerita ni but yes kita kembali kepada sepasang kembar ni untuk beraksi di buku yang ketiga Qisas.
Penulis memang kreatif buat plot cerita ni. Tinggi betul imaginasi penulis ni. Syabas!
Buku ni semua tahu ianya sambungan novel Murtad. Apa yg sebenarnya terjadi pada Johari/Joe, budak kurier yg sepatutnya dah mati ditembak Akhil tetapi muncul di penghujung cerita membawa bungkusan. Dalam Murtad Joe menjawab dia datang dari masa depan. Haaa kat sinilah puncanya. Pembunuhan Joe menjadi titik tolak kepada pengembaraannya ke planet lain yg bernama Kepler-22B. Dia dibawa ke sana oleh Prof Rahman bersama dengan Sarah yg hampir menjadi mangsa zombie.
Keseluruhan cerita ni berlatarkan planet yg dihuni oleh klon Joe. Bayangkan satu planet tu berwajah sama. Perangai pun hampir sama. Semuanya lelaki. Aku suka tentang gambaran kehidupan semua klon ni. Gambaran tentang bandar Elloxs yg gila maju, dengan macam2 teknologi gila yg boleh kau jumpa. Paling best termos air boleh jadi motor kahkahkah...
Sepanjang pembacaan aku memang tak boleh letak novel ni. Memang suspen. Tapi kadang-kadang babak aksi yg panjang agak meletihkan. Kalau menonton di tv memang seronok tapi bila kena baca satu persatu letih jugak. Dan lagi satu, aku ada kemusykilan sikit. Beberapa kali terjadi di mana watak tu sepatutnya tak tahu tentang sesuatu tu tapi di lain masa tiba2 jadi tau. Mungkin sengaja dibuat macam tu oleh penulis atau aku yg tersalah paham.
Walau pada awalnya aku frust kenapalah cerita ni boleh berubah dari cerita pembunuhan orang Murtad kepada sebuah cerita sci-fi dan futuristik ni, tapi percayalah Tuhan tak mengecewakan. Dipenghujung cerita, ada dikisahkan kenapa Joe kembali dari masa depan hanya untuk bertemu Adam dan Akhil yg pernah membunuhnya.
Aku rekomen novel ni untuk semua, untuk pembca Murtad, untuk yg nak kelainan. Peminat sci-fi pun patut baca. Bagi aku, ini pertama kali baca cerita sci-fi dan zombie.
Sedia maklum yang buku Tuhan ni sambungan Murtad. Ada good news, ada bad news. Tak berapa nak bad news pun. Berita baik, kalau baca baca Tuhan, tak perlu ulangkaji balik Murtad. Since The twins not really the main centre of the story, yet the existence of the twins gonna be back in action, itu yg paling bagus. Tiada watak yang diketepikan. Sbb after baca Murtad, (tahun lepas rasanya) mcm sedikit puzzled about Johari. Next, move to the story Tuhan itself. Oh My Givenchy! It was amazing and piece of work. Baca Tuhan, will bring to the another world. Sgt2 saifai. Watak jahat Borga yg tamakkan kuasa tu mmg cukup menggeramkan, tapi xmemuaskan hati sikit sbb rupa Borga tak diperincikan dalam cerita Tuhan. Yang aku faham, dia besar, kuat, tak berapa hodoh jika dibandingkan dgn klon generasi satu. Actually the best feeling baca buku ni, terasa macam baca light novel. Macam baca comic atau manga yang diadaptasi dari novel. Boleh bayangkan, boleh faham. Baguskan?
Tersesat dalam sekuel. Fiksi rentas masa dan zombi bukan genre kegemaran aku sangat. Agak ralat bila awalnya tak nampak point of continuity daripada plot MURTAD (sebenarnya aku tak curious langsung pasal mamat kurier si Johari ni walaupun ending MURTAD ada dia). Beberapa bab akhir saja baru Adam dan Akhil muncul mencantumkan plot MURTAD dan TUHAN.
Kalau minat sci-fi fantasi dan zombi mungkin ini adalah satu bacaan yang bagus. Untuk aku, ia cuma satu eksperimentasi penulis mengangkat satu watak kecil di buku pertama menjadi watak utama di buku sekuel dalam cubaan mencipta kaitan antara dua naratif dan para karakter.
Satu pujian dengan cara penulisan dan penggunaan bahasa yang sangat kemas dan tersusun.
akhirnya, done. walaupun sibuk ku baca juga. saya suka cerita ni. nukilan penulis ni memang kena dgn selera saya sejak saya baca murtad lagi. kali ni, lebih sains fiksyen. saya suka juga sebab saya dulu belajar sains. benar, sebenarnya klon tak akan ada kebaikannya. sbab itulah kenapa sainstis dilarang keras untuk cipta klon manusia. bayangkan wajah sama dll. paling menakutkan, kejahatan akan mudah berlaku. cerita ni, saya boleh simpulkan... sesuai dgn tajuknya Tuhan, so bolehlah katakan, kisah semua orang nak jadi tuhan.Bagaimana prof nak jadi tuhan dgn cipta manusia klon, bagaimana pula johari nak ubah sejarah dgn menyelamatkan adam dan akhil dari kematian.... menarik.
I must say that this is not my favourite genre or maybe I read the wrong book first. maybe should have read 1st book but I don't think it would have effected my reading.
Too many stories in one book. I went blank at certain point however I must say the writing was superb. How the author writes the story made it feel so real.
I especially like it when Johari recites his kalimah syahadah. It was sudden like it should have been apabila tiba2 diberikan Nur oleh Allah swt. nobody knows how, where n when Nur itu datang, it just hits you and u just know. That's what happened to Joe.
Ben, lambang kepincangan sifat manusia. Cantik pengajaran di sebalik kewujudan Ben.
Kurang 1 mata sebab ada persoalan yang tak dijawab. Mungkin penulis ada menyelitkannya di bahagian akhir trilogi ini. Mungkin.
Tapi untuk naskhah ini, aku tiba-tiba mahu tabik pada Joe hahaha. Brilliant bro Hasrul. Anda membuktikan lelaki tak perlu kacak dan kaya untuk jadi sang hero novel.
Saya tidak tahu bagaimana untuk memulakan ulasan ini. Yang pasti, pembacaan saya berakhir dengan satu helaan nafas yang panjang. Berakhir juga pengembaraan Johari, Adam & Akhil. Kali ini, "Tuhan" ada macam-macam; realiti, fantasi, sci-fi, ahh pendek kata macam Astro lah! Macam-macam ada! Kalau "Murtad" seakan-akan menonton filem Hong Kong atau filem Jason Statham, "Tuhan" pula saya ibaratkan menonton World War Z dan membaca karya H.G Wells. Ya, saya bersetuju, sambungan kepada novel "Murtad" ini memang banyak yang tak masuk dek akal dan mengarut. Dan itulah namanya genre fantasi! Saya layan juga genre fantasi, tapi bukanlah big fan kepada genre tersebut. Jujurnya, "Tuhan" agak berat untuk saya, tapi itu tidak bermakna saya tidak menyukai "Tuhan".
Pertama sekali, saya suka sangat idea penulis. Terutama sekali kisah Johari yang terperangkap di dalam Planet Kepler-22B. Menarik sekali, dan saya setuju benar jika ada pihak yang ingin memfilemkannya. Penulis bijak menyampaikan imaginasinya. Memang menjadi! Begitu juga poin yang ingin dibawa oleh penulis tentang hakikat ketuhanan. Akibat menjadikan manusia sebagai Tuhan, dan akibat manusia yang ingin menjadi Tuhan. Cantik Islam itu, bertuhankan yang satu, berpandukan syariat-syariat yang jitu. Andainya manusia menjadi Tuhan, maka rosaklah dunia dan seisinya, sedangkan manusia itu sifatnya lemah, mana mungkin mampu mentadbir sekalian alam. Ada banyak sekali contoh-contoh ataupun nilai-nilai tersebut yang kita boleh ambil dalam "Tuhan" ini. Saya tidak mahu mendedahkannya di sini. Sesiapa yang sudah membacanya pasti mengerti apa maksud saya.
Yang kedua, saya tidak berkenan dengan adegan-adegan zombi. Kelakar! Sebab saya membayangkan Zombi Kampung Pisang. Hehe. Akan tetapi saya faham kenapa penulis menyelitkan watak zombi di dalam "Tuhan". Namun saya tetap tidak berkenan!
Yang ketiga, cover depan "Tuhan" sangat menarik perhatian. Again. Walaupun orang putih kata; "Don't judge a book by its cover, tapi saya rasa kadang-kadang cover buku boleh menjadi nilai tambah kepada buku tersebut. Saya sendiri mengambil masa 5 - 10 minit untuk menelitinya. Dengan sekali lihat saja, saya tahu gambar lelaki-lelaki tersebut adalah Johari dan klon-klonnya.
Yang keempat, saya kurang berpuas hati, mengapa penampilan Adam & Akhil sangat terhad pada kali ini. Mungkin ini salah satu faktor besar mengapa rating saya terhadap buku ini berkurang. Nasib baik jalan cerita best, terubat sedikit kekecewaan saya. Cewahh.
Yang kelima dan yang terakhir sekali, sama seperti "Murtad", penulis masih tegar menggunakan loghat Utara dalam "Tuhan", Hasrul Rizwan dan loghat Utara yang sukar dipisahkan. Hasrul Rizwan juga meletakkan satu mindset pada saya terhadap dirinya, bahawa dia penulis genre aksi dan thriller yang penuh imaginasi. Idea beliau sentiasa segar dan berbeza daripada kebanyakan.
Konklusinya, saya suka dengan "Tuhan", tetapi saya harus akur bahawa saya lebih suka dengan "Murtad". Titik.
Keterujaan membaca Murtad adalah antara faktor kenapa Tuhan di sambar ketika pesta buku. Tidak dapat tidak, aku memang mengharapkan satu sekuel yang hebat tentang kisah hidup Adam dan Akhil dalam novel Tuhan.
Malangnya, penulis punya idea tersendiri. Well, it’s his book.
Di awal novel, kisah zombie dan bagaimana Profesor Rahman menyelamatkan Joe dan Sarah boleh dikatakan part yang agak menarik. Teruja membacanya sehinggalah ke bahagian Joe terjaga dari inkubatornya dan melarikan diri sehingga ke rumah Ben.
Selepas itu bagi aku, plotnya rata sahaja. Flat. Kurang menyengat walaupun idea-idea sci-finya sangat menarik seperti klon, burung yang bergabung menjadi sayap di badan Borga dan Joe, mesin masa dan lain-lain.
Mungkin kerana aku mengharapkan sambungan kisah Adam dan Akhil, menjadikan aku kurang berminat dengan the sci-fi part of the story. Watak Joe, Ben dan Sarah, perkaitannya okay. What happened between them, I am okay with it.
Don’t get me wrong, it’s a good story. Superbly written on some parts, but as I said it didn’t catch my attention.
Sehinggalah masuk semula ke cerita Adam dan Akhil semula, aku kembali ketemu harapan.
Nampak gayanya ada sambungan seterusnya berkenaan bagaimana Adam dan Akhil bersedia untuk menyelamatkan masa depan mereka hasil bantuan dari “Joe Masa Hadapan”.
Cerita ni berbeza dengan kebanyakan cerita sci-fi di luar sana sebab selalunya bila sebut sahaja sci-fi kita terus akan fikir mengenai zombi, robot, cyborg, time travel. Tetapi dalam novel ini, penulis menjadikan 'klon' sebagai tulang belakang cerita.
Penat. Itu yang boleh aku katakan bila membaca karya ini dek aksi yang terlalu banyak, sarat yang amat.
Konsepnya mengujakan. Memang terbayang akan ada banyak plot yang mendebarkan tetapi bila terlalu kerap aksi disajikan, nyata merencatkan pembacaan aku.
Juga buku yang baik dari FIXI dan penulisnya Hasrul Rizwan. Pengembangan watak lain dari novel Murtad, yang mengembara ke dimensi lain hasil pengklonan. Tak banyak nak ulas, sekadar menanda di GoodReads. Lagipun sudah baca agak lama, mungkin perlu ulang semula.
Cerita yang Ohsem.. Kalau dalam Murtad banyak kepada watak Adam dan Akhil.. Kali ini watak Johari pula yang menyerlah.. Dalam Tuhan ada yang boleh dijadikan iktibar..
Bila manusia cuba melawan kuasa tuhan.. Walaupun klon sifat manusia seperti dendam, iri hati, cinta dan marah masih ada.. Diakhir novel muncul semula watak Adam dan Akhil..
Aku nak bagi 3.5 bintang je tapi sebab aku pilih kasih aku bagi 4 bintang. Masa baca cerita ni aku bayangkan Kubra dengan Borga dua ekor raksasa dan Johari power rangers. Bagi aku, cerita Adam dengan Akhil yang agak menyelamatkan buku ni dari terus rasa bosan.