Buku CERPEN ini menghimpunkan 17 cerita pendek dan juga 3 skrip filem pendek yang dihasilkan oleh Nadia Khan. Kebanyakannya ditulis dan diterbitkan di pelbagai majalah dan akhbar sebelum novel sulungnya KELABU muncul pada Disember 2011.
Cerita-cerita dalam kumpulan ini banyak berkisar tentang cinta, keluarga, sahabat dan kerjaya. Turut diselitkan cerpen-cerpen yang diilhamkan oleh hidup penulis sendiri sebagai pelajar dan orang yang berkhidmat dalam bidang perubatan dan pendidikan.
Blurb : “ Memandangkan ' Buku Fixi ' bukan sebuah syarikat rakaman dan tak berupaya memenuhi impian aku untuk menerbitkan album kompilasi, maka terhasillah buku kumpulan cerpen ini. Walaupun namanya kumpulan cerpen, aku telah berjaya memperdaya ' Buku Fixi ' dengan menyelitkan 3 buah skrip filem pendek dalam buku ini, dengan harapan ada mana-mana pihak yang bermurah hati untuk menerbitkannya.
Di permulaan setiap karya, aku selitkan sedikit cerita di sebalik karya itu sendiri. Ala-ala The Making Of gitu, tapi dalam bentuk penulisan. Maka dengan perasaan yang sangat retis, aku hidangkan kumpulan cerpen ini buat santapan di kala santai. ”
- Nadia Khan
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 17 short stories and 3 short film scripts by the author of the bestselling novel KELABU, some of which draw on her experience as a medical student and tutor in that field.
_______________ Novelis : Nadia Khan Nadia Khan atau nama surat beranaknya Nadia Binti Mohamad Hatta mula mengganggu hidup ahli keluarga dan sahabat-sahabat dengan penulisannya sejak di bangku sekolah lagi. Tak cukup dengan itu, ketenteraman sejagat juga mula diganggu sebaik sahaja penulis ini tamat pengajian sebagai seorang doktor perubatan, dan mula menerbitkan novel bersiri di kapasitor.net dan cerpen-cerpen di media cetak. Namun kekacauan sebenar bermula ketika novel pertamanya, KELABU, diterbitkan oleh Buku Fixi. Kini bekerja sebagai tutor di sebuah fakulti perubatan, penulis ini berazam untuk terus menghantui hidup semua dengan hasil penulisannya.
Rekabentuk/letak kulit : teckhee.blogspot.com Perunding : Hani Amira Suraya
Cetakan Pertama : September 2012 Cetakan Kedua : November 2012 Cetakan Ketiga : Februari 2013
_________________ Cerpen
Puaka Pak Jaha
disiarkan dalam Mingguan Malaysia, 27/9/09, tersenarai antara pemenang Hadiah Utama, kategori Cerpen Remaja HSKU 2009 . -
Nadia Mohamad Hatta, or Nadia Khan, graduated with M.B.B.S. in 2009 and is now a part-time tutor,full-time writer and all-time procrastinator. Also on her plate is wannabe philosopher slash filmmaker, but not yet cooked to perfection. Discovered by Buku Fixi after winning a national script-writing competition, she had her first novel Kelabu published in 2011. This was followed by her short stories anthology aptly named Cerpen (2012) which also included her contribution to another short stories anthology entitled Kopi (2012). Her first script to be made into a telemovie was 'Aku, Dia dan Tong Sampah', produced by Playground Productions. Currently tutoring a medical faculty at a Malaysian university, she is also pursuing her Master's degree in Psychology.
Hajat nak memiliki buku ni akhirnya jadi nyata bila MPH tawarkan diskaun 20% untuk buku-buku alternatif terpilih. Dan inilah salah satu buku yang terpilih tu. Haha. Macam biasa, karya Nadia Khan bukan karya kosong semata. Kebanyakan karya yang dimuatkan dalam Cerpen ini adalah karya yang pernah diterbitkan di majalah dan juga pernah memenangi beberapa pertandingan.
Saya suka semua cerpen dan skrip filem pendek yang terkandung dalam ni. Tapi yang betul-betuk terkesan untuk saya adalah yang ini : -
Puaka Pak Jaha Sungguh bak kata penulis, ini bukan kisah mistik. Tapi tentang sikap 'kebanyakan orang kita' yang lebih suka judging berdasarkan cerita (dan semestinya dengan tokok tambah) dari orang lain. Jarang kita nak siasat kebenaran, malah kita lebih suka menokok tambah cerita yang sedia ada. Namun bagi Pak Jaha sendiri, dia lebih rela dianggap memelihara 'belaan' daripada mendedahkan kekurangan isterinya kepada orang lain.
Pinjam Masamu, Kak Kadangkala kehidupan ini bukan kita yang punya. Jantung yang berdegup ini bukan milik kita. Setiap langkah pelu difikir dan diteliti terlebih dahulu. Meski otak kata boleh dan hati kata ya, tidak cukup untuk memenuhi erti sebuah kehidupan. - m/s 42
Cikgu Din Suka cerpen ni. Cikgu Din pendidik yang menekankan kerasionalan dalam setiap pengajarannya. Tapi malangnya ada ibu bapa yang tak boleh menerima cara pengajaran Cikgu Din sehingga dia terpaksa berpindah sekolah. Agaknya kalau cikgu sejarah saya dulu macam Cikgu Din, harus sejarah dapat A aja agaknya. :P
Anak Dinihari Memang seronok kalau dapat buat apa yang kita suka tanpa fikirkan penilaian dan tanggapan orang lain. Kadangkala kerja yang nampak berprofil tinggi tu bukanlah gah mana pun, kan? :)
Kopi Tiga Suku (skrip filem pendek) Shah : Awak sedar tak...setiap kali awak buat air, awak buat untuk saya je. Awak tak pernah buat untuk awak sekali. Kenapa? Hana : (terdiam) Entah ya! Kenapa? Shah : (senyum) Awak selalu dulukan saya dalam hidup awak, sampai awak lupa pasal diri sendiri. Jadi, setiap kali saya minum air kopi yang awak buat, saya tetap akan tinggalkan sedikit...untuk awak. (m/s: 145)
Kopi Kola Mulai sekarang, saya jadi Kopi, awak jadi Kola. Kopi melambangkan jiwa marhaen saya yang sejati, Kola nak melambangkan jiwa awak yang ala hipster tu. - m/s 199 Cute. Tapi kenapa ending macam tu? Adeh deh...(Kalau penulis memang ada hajat nak sambung dalam bentuk novel memang sangatlah dialu-alukan. :D)
Dah,cukup. Nak baca selebihnya sila dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran. :D
Mana Dia Pergi (5/5) Cerita ini dari sudut ‘aku’. ‘Aku’ yang bersimpati dengan nasib Pak Wan. Kasih tak sampai bak tajuk lagu Padi. Tapi review ini dari sudut saya. Seorang anak yang tahu betapa pedihnya saat mengetahui bahawa si mak bukan kasih sejati si abah. Mungkin sebab itu Pak Wan tidak mahu anaknya, Tarmizi, tahu selain dari mulutnya sendiri. Dan mungkin sampai bila-bila cerita itu tidak akan sampai ke telinga Tarmizi.
Puaka Pak Jaha (5/5) Kisah ni biasa-biasa saja. Tentang rumah di hujung kampung. Tentang penghuninya yang misteri. Tentang cerita momok yang disogokkan ke telinga sesiapa yang sudi mendengar. Mungkin cemburu barang-kali kerana lelaki separuh abad mampu menakluki hati si gadis muda belia. Tapi cerita biasa-biasa ini berubah jadi luar biasa saat dua anak muda membuat keputusan menjelajah rumah usang itu. Dan tanpa sedar, ada airmata bergenang membaca kisah cinta agung ini.
Pinjam Masamu, Kak (4/5) Mungkin sebab anak sulung sering keluar masuh wad di usia kecilnya akibat lelah, maka saya sudah mangli dengan nasib kanak-kanak yang menerima rawatan di wad. Pelbagai cerita telah saya dengar. Ada yang memang sungguh tidak adil dan ada juga yang tidak masuk dek akal. Tatkala melihat mereka, saya tertanya-tanya dosa siapakah yang ingin Yang Maha Esa hapuskan kerana bukankah sakit itu penghapus dosa. Dosa ibu bapa merekakah? Sebab tentu si kecil itu masih suci bersih dari dosakan?
Lara di Hati (3/5) Watak ‘aku’ untuk cerpen ni mengikut amarah yang bersarang di hati. Dan sebab amarah itulah maka dia terlepas peluang yang akhirnya berjaya disambut oleh anak saudaranya sendiri. Sedihlah juga tapi penyakit cari sendiri. Itulah orang kata ikut rasa, binasa.
Cikgu Din (5/5) Nama sama dengan cikgu senilukis sekolah menengah dulu. Walaupun saya tak ambil senilukis. Heh. Cikgu Din ni lebih ke arah heterodox, iaitu tak mengikut kelaziman. Dan sebab itulah ada ibu bapa yang orthodox tak dapat menerima cara pendidikan Cikgu Din yang dianggap terlalu terbuka di mana pelajar lantang membahaskan pendapatnya. Dek ibu bapa macam ni la yang ramai student Malaysia studi untuk lulus exam ja. Masuk alam pekerjaan terkapai-kapai macam ikan tak dapat air.
Teleportasi (3/5) Terkenang filem Jumper tahun 2008. Terangau la kejap dengan heronya, Hayden Christensen.
Janji Kak Long (4/5) Lama dah cerpen ni diterbitkan. Tahun 2010. Biasa-biasa je bagi saya sebab tema macam ni bukan selalu ke dibuat drama tv. Seorang kakak yang sanggup mengorbankan kebahagiaannya demi adik-adik. Tapi drama kat tv tu lagi sadis.
Nasi Putih Daging Cincang (3/5) Yang ni pun saya kategorikan ‘aku’ sebagai tak ada penyakit tapi cari penyakit. Dan penamatnya tak tau nak masuk kategori happy ke tau happy-sad ke. Sebak juga. Cuma masa baca tajuk saya ingatkan cerita manusia kanibal ke. Jauh menyimpang pula.
Epilog Damak (5/5) Pernah tonton filem Sri Mersing? Tak pernah? Peduli hapa saya. Nak bagi juga spoiler. Ia mengisahkan mengenai Damak, seorang pendatang yang memulakan hidup baru di kampung lain. Dia merupakan seorang yang jujur dan ikhlas. Apabila Damak menyelamatkan Seri, gadis cantik dikampung itu, dia terpaksa berlawan dengan Awang Sulung. Sungguhpun kalah, Awang membuat fitnah yang memaksa Damak keluar dari kampung tersebut. Ayah Seri, Pak Malau mendapat tahu bahawa Awanglah sebenarnya yang menjadi dalang disebalik kehilangan Seri. Walaupun Pak Malau cuba memujuk Damak dan keluarganya dari pergi, Damak tetap pergi dari kampung tersebut.
Dan cerpen ni menceritakan bagaimana Damak mengambil keputusan untuk merantau dan apa yang terjadi selepas beliau kembali ke tempat asal. Filem Sri Mersing tu dah best dah tapi kalau ada pengarah sanggup angkat cerpen ni ke layar perak, saya akan beli tiketnya untuk satu famili. Sebab saya rasa Damak ni terlalu baik untuk Seri. Dan cerpen ni bagi keadilan untuk Damak. Terbaiklah.
Anak Dinihari (4/5) Teringat pada seorang kenalan yang berniaga online. Duduknya hanya di rumah dan sekali-sekala ke pejabat pos untuk menghantar pesanan pelanggan. Hidupnya lebih senang dari saya yang makan gaji. Itulah sebab bila anak sulung mahu jadi chef dan anak bongsu mahu jadi gamer/youtuber, saya anggukkan aje. Asalkan rezekinya halal. Peduli hapa kata orang. Bukan kau yang bayar semua hutangku. Acewah.
Cili (3/5) Uik. Filem pendek ni rasa macam baru tengok je hari tu kat youtube. Nasi lemak memang dah sinonim dengan sambal. Tapi entah kenapa, saya lebih sukakan nasi lemak dengan gulai udang atau daging masak kicap. Dan dari cerpen/filem pendek ni saya yakin amat yang mentaliti peminat nasi lemak ni perlu berubah. Tak salah makan nasi lemak tanpa sambal. Kan? Kan?
Kopi Tiga Suku (4/5) Ni apesal mata tiba-tiba berair ni? Sebab selesema kot. Haishhh.
Haa isu makan makanan lebihan suami atau isteri atau anak-anak ni dah banyak kali juga dibincangkan oleh pakar agama dan juga pakar motivasi. Untuk suami isteri berkongsi makan minum memang digalakkan sebab Rasulullah pun berkongsi makan minum dengan Siti Aisyah. Itu dari sisi agama. Dari sisi motivasinya, macam yang berlaku pada watak Hana ni la. Dia akan kenang suaminya setiap kali dia minum kopi. Tapi tak digalakkan ibu bapa makan lebihan anak-anak. Katanya nanti anak-anak melawan cakap. Entah ya entah tidak.
Budak Baru (4/5) Sakit je hati baca cerpen ni. Terbayang masa bermalam di hospital menjaga anak yang sakit satu ketika dulu. Paling stress bila doktor buat round. Budak kecil kalau datang kerumun beramai dan tanya soalan pelbagai, mana tak nangis. Malam admitted, pagi tu terus minta kat pakar nak discaj walaupun dia menegah dan tengahari pula admitted hospital lain walaupun bayaran bilik semalam dah mengalahkan hotel. Tapi puas hati sebab anak pun happy je. Bila anak happy, ibu bapa tak stress. Selalu je dengar student stress dan bakar bilik la dewan la. Ada ke pesakit stress dan bakar wad? Uik, ada la. Satu di China dan satu di Korea Selatan.
PWTC (4/5) Dalam Kelabu, saya dah kasihan pada Jun. Dia tinggalkan famili untuk Amir walaupun dia tahu apa yang dia buat tu ditentang masyarakat. And I was hoping for some glimmer of a happy ending for her in this short story. Jun got her happy ending but still it felt like something is missing. Saya kadang-kala impikan bertemu my first love, dia di seberang jalan dengan keluarganya dan saya di seberang ini dengan keluarga saya, kami berdiri melihat satu sama lain dan dengan pandangan itu sudah cukup menyatakan kami bahagia dengan pilihan sekarang walaupun mungkin masih tersisa rindu. Cewah. But seriously, ada closure pada impian itu yang saya yakin tak akan terjadi. And I guess that’s what happens to Jun.
Kopi Kola (4/5) Kola, kalau cerpen ni dijadikan novel dan kau ambil balik Kopi Warung tu, siap kau saya belasah. Dan mungkin sebab itulah, saya rasa NK payah nak jadikan sebagai novel tanpa menyinggung segelintir pembaca macam saya yang dah memihak pada Kopi Cafe. Ke Nk nak buat macam penerbit Naruto? Buat poll untuk tentukan siapa pasangan Kola. Ramai giler peminat Sakura kalau lawat forum atau apa saja berkaitan Naruto tapi kenapa Hinata yang menang? Saya tak kira. Saya pilih Kopi Café juga.
Kopi, Adele dan Bubur Ayam McD (3/5) Sikit je la markah yang saya bagi. Markah ke? Dah macam cikgu pula. Mungkin sebab saya bukan jenis berkabung kalau berpisah dengan seseorang. Tak kira berpisah hidup atau mati. Life goes on kan? Itu sebab saya jarang bermedia social. I can’t comprehend people who feel the need to vent their feelings using this medium. Dan saya nak pinjam kata-kata dari novel saya baru baca ni – PA Untuk Dia – kira bunyi dia macam ni la, it’s not about you complete me but it’s about you accept me completely. Haa gitu la kot. Lupa dah aih.
Cinta Sekeping Tisu (4/5) Adeh. Nak gelak pun ada. Tapi saya senyum je la. Rasanya pernah baca novel di mana hero dan heroinnya ada ciri-ciri macam hero dan heroin dalam cerpen ni. Disebabkan itu novel, maka kenalah tulis panjang dan timbulkan isu tarik tali dan juga pihak ketiga dan keempat. Dalam cerpen ni pun ada tapi sebab cerita pendekkan maka tak dapat la nak explore pihak ketiga dan keempat tu. Nasib baik lagi sebab serius novel tu agak bosan. Mungkin lenggok bahasanya tak mampu nak menarik perhatian kot. Tapi the true hero untuk cerpen ni mestilah Epul. Muka boleh kekal jadi Joker kalau dapat kawan gila bangang macam ni.
Ada Apa dengan Kina (3/5) Sebut pasal Grammar Nazi ni, ada someone pernah bangkitkan isu ni. Katanya nazi tu kan pemusnah. Kalau Grammar Nazi bukan maksudnya memusnahkan bahasa ke. Gitu la dia bahas. Dan sebab isu tu, lama juga la saya fikir. Jap setuju, jap tak setuju dan jap rasa bodoh pula fikir isu ni. Akhirnya saya baca cerpen ni pun ke laut sebab dok fikir isu Grammar Nazi tu sampai kena ulang baca. Haishhh.
Dan bila habis baca sesi ulangan. Apa yang saya boleh katakan, ah sudah. Terbayang filem Korea 90 Days, Time to Love. Tak kurang juga teringat kat cerpen Mana Dia Pergi. Huh, dah macam Teleportasi pula boleh jump ke masa depan hidup si Rin ni. Nasib baik bukan Kopi Kola sebab yang tu dari awal lagi saya sokong Kopi Café. Mungkin yang ni sebab NK tak timbulkan langsung ciri tunang Rin maka saya takde feel kat mamat tu.
Mimpi dinihari je boleh dijadikan alamat. Mimpi dekat nak dan selepas Subuh tu dah mainan setan dah. Ni mak yang cakap ya.
Aku, Kesesatan dan Kelab Penari Bogel (4/5) Lawak. Sesuai sungguh dengan tajuknya. Jauh pergi tapi kunjung kedai buku pula. Okey,saya tak patut gelak kat watak utama tu sebab saya pun bercita-cita nak ke Vatican Library walaupun saya tahu memang takdenya nak boleh masuk. Pope tu bagi ke bukan penganut agama dia masuk? Lagi satu saya gelak sebab teringat video kat youtube ni di mana seorang ni bercerita tentang seorang perempuan yang sesat berbual dengan mak dia dan bila mak dia tanya apa ada kat tempat tu, dia jawab grass ke hapa tah. Teruk juga penyakit sesat ni ya.
Nakahari (3/5)
Ada unsur cinta. Demmit! Anyway, saya google Nakahari dan keluar pic bunga. Hahaha.
Nakahari takde tapi Kawasaki memang ada. Anak bongsu disyaki ada penyakit ni. Pi kali kedua untuk ujian saringan boleh pula petugas rekod tu kata rekod masa saringan pertama hilang. Yang bestnya doktor tak marah pun dia tapi jeling kat saya macam saya yang hilangkan rekod tu. Ada sedikit carutan berlaku dalam hati time tu. Doktor tak terangkan pun kat saya apa itu Kawasaki dan saya pun tak kisah. Saya google je sendiri. Sometimes I think google is better than any doctor out there. If only google can prescribe certain med, memang pasti ramai tak jumpa doktor.
Cerpen is a compilation of short stories and some short film that the author had written and some of them had been published in several local magazine. List of the short stories as follows; Mana Dia Pergi; Puaka Pak Jaha; 'Pinjam Masamu, Kak'; Lara Di Hati; Cikgu Din; Teleportasi ; Janji Kak Long ; Nasi Putih Daging Cincang; Epilog Damak; Anak Dinihari; Cili (Skrip); Kopi Tiga Suku (Skrip); Budak Baru (Skrip); PWTC; Kopi Kola; Kopi, Adele dan Bubur Ayam McD; Cinta Sekeping Tisu; Ada Apa dengan Kina'; Nakahari; and 'Amacam?'. I had intended to review individually from the multiple of stories but I can't seem to find myself wanting to.
Nadia Khan is possibly the most promising author among the Fixi line-up that was recommended to me by others. I was a bit wary of Kelabu since the book doesn't interest me one bit and I usually don't like doing negative review. I wanted to sympathise since I do share a somewhat medical background but I can't be a critical reader without giving my own views on an author's own writing. Personally, the book possibly lack flair and enticement despite the interesting cover it have. The cover is possibly the most interesting part of the book and the one page introduction between the titles as the second most.
I read Cerpen in possibly the fastest way I could do on anthology in under several hours allocated to it. As a new reader to the author, I do see the allure of some casual readers to the book and the writing is quite linear and refreshing to read. However, despite having multiples storyline in one book, I couldn't even find even one story that I was interested in. Probably because the amount of the stories doesn't show the exact content that it require to be a decent reading.
It does began to get repetitive although I do notice some slight improvement to the structure and the cliffhanger skills which is small surprise but not long enough to leave an impression. Like an average sensationalist pulp fiction, Nadia's style made the book too pulpy that wasn't worth the pages it contain and I'm sure everyone know what Pulp Fiction really meant.
Unfortunately, a lot of these stories can be told in one page and frankly the one page introduction in the beginning of the chapter is the only thing worth reading than the stories themselves.
By dwelling too much on building up story but never delivers and often ended without a proper ending or denouement at least, I can't find myself praising the author as a storyteller. In addition to that, the stories began to sound completely alike especially the characters despite name changes. I was left with a sort of emptiness right after I read these stories because I couldn't connect to it as I usually do even on short Ezra Pound-like poems. I know some of the stories is a bit familial in nature or friends or romance or a quest or reminiscent of someone's past.I was reading it in a fresh perspective with no skepticism or what so ever but it took me across 200th something pages that I began an itch to write a proper plot progression for the stories that I felt the cliffhanger is too much unnecessary until the end. Other than that, after several pages on the stories, I find such stories have been overused by so many people who all of these sounded so much alike.
Its like blowing up a balloon halfway and then start another one and another one until you're left with a bunch of half-blown tied up balloons on the floor that can't bounce properly and when you're out of balloons, you realized that "Hey, I could have filled with more air but I already tied it up.". That was what I was feeling. In expressive words; Predictable. Lack substance. No structure. Minimal plot progression. Some similar and some underutilized characterizations. Overuse unnecessary cliffhangers.
Honestly, I felt that the book is like a student's exercise or a beginner writer's journal that was filled with amateurish attempts that was not meant to be published even when some of those attempts go into competitions or magazines. Throwing all of the story to the crowd and expect some fan response out of it is quite demeaning.
I read a bunch of anthologies myself. I would have prefer for a smaller size collection of 4 or 6 stories and turn it into novella length each (which is one proper novel length actually) and then if it succeeded, try with another set of stories. With the brag of "17 short stories and 3 short film", I do feel its more a miss than a hit. But I do see a good writer, only that she need a good muse.
Koleksi cerpen dari penulis Nadia Khan ini sememangnya terbaik. Sudah berapa kali saya ulang baca buku ini. Kebanyakan karya yang ada di dalam naskah ini memberikan impak pada diri saya. Peerrgghh, ayat ini mungkin terlalu skema haha...
Kebanyakan karya-karya dalam naskah ni telah mendapat pengiktirafan dari manusia-manusia yang ada di Bumi ni! So, untuk orang kata buku ni menyesakkan jiwa, tak tahu nak cakap apa. Haha... Tapi itu terpulang pada citarasa pembaca masing-masingkan... :)
Aku suka buku ini! Tak rugi labur duit. Bacalah kepada sesiapa yang belum baca. Oh, ya buku Kelabu novel pertama penulis juga memang terbaik!
Mana Dia Pergi Penyesalan tiada guna. Pesan pada aku sendiri, jika alami kekecewaan, luahkan dalam bentuk apa jua pun. Ia sangat membantu.
Puaka Pak Jaha Dengar seperti cerita hantu. Bacalah. Kalian akan menemui kejutan!
Pinjam Masamu, Kak Moraliti yang aku dapat dari cerita ini. Kejar cita-cita yang kau mahu. Bukan cita cita yang memenuhi kehendak orang sekeliling
Lara Di Hati Judulnya agak ke-cerekama-aan (judul asal bukan seperti yang dinyatakan). Ini kisah adik beradik dan cita-cita. Adakala, dalam mengejar cita-cita, kita perlu lupakan cinta. Tetiba bila baca cerpen ni, aku teringat lagu ni
Cikgu Din Aku seorang pendidik. Aku dapat sesuatu dari membaca cerpen ini!
Teleportasi Cerita (yang boleh aku kategorikan sebagai sai fai) yang menyentuh erti cinta. Kesedihan itu terasa dipenghujung.
Janji Kak Long Paling aku gemari. Ketika membaca, tangan aku menampung gigil (kaber line) untuk merasa sedih-terharu. Cerpen ini bagi aku masterpiece dari Nadia!
Nasi Putih Daging Cincang Sekali lagi cerita tentang penyesalan. Benar. Sekali kau buat silap, adakala kau tak punyai peluang kedua untuk perbetulkan. Cerpen ini seperti menyatukan dua watak pada satu makanan yang jarang kita dengar. Like!
Epilog Damak Mock up bagi kesinambungan kisah Damak-Pak Malau-Sri Mersing. Nadia berjaya menjadikan mock up ini sebagai believable!
Anak Dinihari Tiap anak punyai keistimewaan. Tak mesti kerja doctor, lawyer atau peguam akan menjadikan anak (atau diri kita) terjamin hidup bahagia di dunia.
Cili (Skrip) Kerana cili dan kaitannya dengan satu kehidupan marhen
Kopi Tiga Suku (Skrip) Salah sorang pelajar aku sukakan skrip ini (aku juga). Falsafahnya kuat, malah disini juga aku jaw dropping tentang fakta penulis bernama Nadia Khan.
Budak Baru (Skrip) Sinikal. Memang berlaku dan kisahnya berpusing macam roda.
PWTC Kisah masa depan. Kisah tentang hati dan perasaan songsang dimana mungkinkah di masa depan, generasi akan datang menyalahkan generasi kini kerana hubungan yang tak sihat?
Kopi Kola Ini usah cerita. Kisah dua darjat (bak kata Nadia semasa pelancaran Antologi Kopi di Annex, Mac lalu) yang diberi nafas segar.
Kopi, Adele dan Bubur Ayam McD How a girl deal with her heart yang koyak rabak. Ini seolah ‘balasan’ atas hasil tulisan penulis Adib Zaini dalam Antologi Kopi- ‘Kopi, Donut dan Bayang Gadis Berambut Hijau’. Manusia semua pernah lalui perasaan koyak. Its just, how they deal with it. Betul tak? Hihi (Cakap pandai la kau, Faizal!)
Cinta Sekeping Tisu Kata Nadia, cerpen ni ditulis sejak sekian lama. Masa muda-mudi rasanya sebab bahasa yang digunakan sangat sempoi. Judulnya sudah kita tahu tentang cinta, jadi cintanya juga comel! Cinta di atas tisu.
Ada Apa dengan Kina Kina dan mimpi. Mimpi adakala petanda sebuah reality
Nakahari Satu lagi sai fai. Hujungnya aku berfikir, mungkinkah??
Amacam? Terpengaruh tak nak beli? Aku saja menulis rebiu ini awal. Aku nak kalian beli sendiri dan rasa sendiri hidangan ala carte Cerpen. Jujurnya, sepuluh bintang aku taburkan pada koleksi ini. Pembacaan dua hariku di atas bas, nyata bukan satu pembaziran!
Kurang sebulan lagi adalah ulangtahun pertama hamba membeli Cerpen:Nadia Khan dan sebelum hamba nampak teruk sangat :-P kerana memeram buku sebegitu lama dalam rak, haruslah hamba segerakan membaca buku ini (amboi, cik kak, Venom Suria yang dah lebih setahun jadi perhiasan tu apa kes???). Buku ini masuk dalam kategori sedang-sedang okey bagi hamba. Tidak meningkatkan keterujaan berlebihan dan tidak juga membosankan.
Ada beberapa cerpen yang hamba rasa biasa-biasa saja, ada cerpen yang hamba suka sangat dan ada satu (ya, cuma satu) yang hamba tak boleh hendak masukkan dalam mana-mana antara dua kumpulan tu sebab hati tak mengizinan. Ya, cerpen yang satu itu adalah Cinta Sekeping Tisu. Bahasa slanga yang berleluasa di keseluruhan cerpen buat hamba rasa diri ini tua. Haha.
Antara cerpen yang hamba suka sangat adalah;
*Cikgu Din Cerpen yang sangat inspiring tentang seorang guru Sejarah yang punya cara tersendiri untuk mengajar. Serius, hamba berharap guru-guru yang mengajar Sejarah di sekolah akan membaca cerpen ini dan belajar sesuatu mengenainya. Tolonglah jadikan Sejarah itu kurang membosankan sehingga pelajar tidak perlu lagi menongkat mata dengan pen supaya tidak tertidur dalam kelas. Secara peribadi hamba merasakan matapelajaran ini tidak cuma perlu dibaca lewat buku untuk dihafal tapi perlu diimaginasikan, dianalisa dalam-dalam, difikir luas-luas. Sejarah itukan membentuk jati diri jadi mana mungkin jati diri boleh didapati sekadar membaca buku teks.
* Epilog Damak Semata-mata sebab hamba merasakan Nordin Ahmad adalah antara lelaki paling tampan. Lagi pula, cerpen ini berakhir dengan sangat manis yang memungkinkan orang yang membacanya dijangkiti diabetes. Hehe. Mana nak cari Damak versi abad ke-21? Soalan serius.
* Kopi Tiga Suku, Nakahari Satu ulasan untuk kedua-duanya: Hamba suka sad ending.
Nanti-nanti aku buat review. Sekarang sedang "bertungkus-lumus" untuk kertas terakhir pada musim peperiksaan kali ini.
14 Jun 2013.
Akhirnya ada juga masa untuk aku menulis review bagi buku Cerpen oleh Nadia Khan ini :)
Secara keseluruhannya, buku ini jatuh dalam kategori "it was okay" atau "bolehlah". Takdelah bosan gila atau best terlampau.
Biasa-biasa saja. Tidaklah semenarik Kelabu pada pendapat peribadi aku. Masa Kelabu dulu aku benar-benar enjoy dan menyukai karya tersebut. Tapi untuk Cerpen kali ini aku berasa sedikit kecewa. Mungkin mengharapkan sesuatu yang seumpama Kelabu tetapi tak tercapai hasrat itu huhu.
Kebanyakan cerpen yang aku suka adalah cerpen yang watak utamanya mirip-mirip watak Amir. Hee. Sebab aku suka gaya bahasa yang digunakan sebegitu. Agaknya lebih sesuai dan serasi dengan jiwa Nadia Khan. Barangkali :)
Dan akhir sekali, kesimpulan awal aku adalah most probably Nadia Khan is much better writing a novel, yang seperti Kelabu sebab aku dapat rasakan jiwa dia di situ. Memang serasi bersamalah kiranya. Dan untuk cerpen, mungkin sekadar nak mengasah bakat menulislah kot hee :)
Best rupanya buku fixi ni. Mungkin buku pertama yang aku baca tu tidak menepati cita rasa aku. Tapi setelah habis ditelaah buku ni, aku mengambil keputusan untuk memberi peluang kedua kepada buku fixi. Why not? Everyone deserves second chance!
Seperti tajuknya, ada 17 cerpen dan 3 buah skrip filem pendek diselitkan dalam novel ni. Semua hasil tulisan Nadia Khan. Penulis yang popular tu. Lepas nampak buku ni di rak perpustakaan, terus kusambar seperti helang kelaparan. Maaf hiperbola. Hahaha.
Kalau ingin dikupas satu per satu cerpen dalam ni, sampai esok memang tidak habislah gayanya. Jadi, saya pilih 3 cerpen yang paling saya minat untuk dikomen.
Epilog Damak, Anak Dinihari dan Mana Dia Pergi berjaya menambat hati aku. Tema kegigihan dan kesetiaan memang ditonjolkan dalam ketiga-tiga cerpen ini. Secara keseluruhan, saya memang suka semua cerpen ni. This book kinda entices me to read more short stories in future.
Kalau siapa-siapa ada buku fixi yang kurang carutan dan makiannya, bolehlah bagitahu saya. Buku Nadia Khan ni menarik! Paling-paling pun cuma ada sh*t. Pernah saya baca buku satu ni, seakan-akan setiap muka surat ada makian. You think you cool?
Cerpen = 3 buah skrip filem pendek + 17 cerpen-cerpen pendek
Cerpen yang paling aku suka adalah "Kopi Tiga Suku" sebab boleh relate, quite romantic dan agak real.
Bagi aku "Cerpen" boleh diterima, cerita walaupun ada elemen yang sama atau setengah sama atau hampir sama di antara setiap cerpen but still it's a different story.
Mungkin ada setengah pembaca kurang suka atau tidak suka atau memang tidak boleh terima cara Nadia Khan membuat ending untuk setiap cerpen dia. Aku perasan novel dia tidak mempunyai proper ending. Mungkin bukan sebab penulis kekurangan idea tapi sebab memang cara dia memberi pembaca hak untuk buat ending sendiri.
Overall, it's good, light reading, funny, sedih, ada macam-macam rasa. Just try. Cover buku ini sangatlah awesome!
Ada beberapa cerpen dalam antologi ni sebenarnya dulu aku dah pernah baca, tapi dulu aku tak kenal Nadia. Jadi baru sekarang ni aku terperasan, oh.... yang ni cerpen Nadia rupanya! Cerpen-cerpennya yang pernah keluar di akhbar dan majalah sememangnya mudah melekat di fikiran. Mungkin sebab mesejnya yang begitu jelas -- kebanyakannya kisah tentang persabahatan, keluarga dan pergolakan emosi orang muda. Sebagai seorang yang sudah (agak) lama meninggalkan zaman muda (Ahem!) kebanyakan ceritanya membuat aku mengimbau kisah lama dan agak nostalgik. Yang paling aku suka ialah 'Ada apa dengan Kina.' Masa aku dalam lingkungan usia 20-30 dulu, aku ada ramai girlfriends yang ambil keputusan untuk stay single -- atas pelbagai alasan tersendiri. Jadi, aku selalu menjadikan mereka ini tempat mengadu, terutama tentang karier dan masalah rumahtangga (OK, ini menghairankan kerana mereka single. Akupun tak tahu kenapa). Ada beberapa girlfriends aku yang single tu (sampai sekarang pun masih single) telah memberikan aku beberapa nasihat yang sangat berguna dan membantu aku untuk membuat keputusan-keputusan yang besar dan agak drastik dalam hidup aku. Aku tak pernah menyesal dengar nasihat diorang, sampai hari ni aku betul-betul berterima kasih sebab aku ada tempat mengadu. (Apa ke halnya ruang review ni jadi tempat aku meluah perasaan, aku pun tak pastilah... hahaha!) Okeylah, over and out! Jangan lupa beli buku ini!
Beli sekadar menambahkan buku jenis koleksi cerpen. Ini bukanlah sinopsis yang mahu aku taipkan, tetapi segala baris ayat dalam buku ini hilang dimamah masa ketika pembacaan. Pendek kata, "apa yang aku baca tadi?"
Maaflah, bak kata citarasa yang tak sama.
Tapi akan aku hadiahkan buku ini kepada orang yang lebih sesuai membaca ia sekaligus menghargai ia. Moga dia gembira.
Yang paling aku suka, ketika penulis2 FIXI yg lain rakus mengeksploitasi non-censorship FIXI, aku boleh detect yg Nadia Khan seorg moralis drpd writing dia.
FAVORITES: Janji Kak Long Nasi Daging Cincang Anak Dinihari Kopi, Adele dan Bubur Ayam McD Ada Apa Dengan Kina
Memang karya Nadia Khan menarik. Ceritanya lain dari yang lain. Jujur cakap , saya ni akan lebih berminat baca novel love story compared to buku lain *haha* tapi karya Nadia Khan walaupun tak banyak unsur2 love story tu (still ada la sikit) tapi tetap saya suka.
Kisah dalam cerpen yang paling buat aku tersentak adalah cerpen - Budak Baru. Kisah tentang Houseman ataupun doktor pelatih. Itu realitinya. Jujur !! Ya , kisah itu buat saya tersentak sendiri. Ya , saya pernah jadi budak baru itu !! Yang semangat sangat nak jadi doktor , dan semangatnya makin luntur apabila realiti lebih banyak menjengah. Bagaikan impian menjadi 'doktor baik itu' terlalu susah nak digapai. Jangan anda terus mengomen doktor goverment tak baik , itu dan ini , cuba anda 'masuk' dan 'be in our shoes' dan jika sudah - saya mahu lihat anda masih tersenyum atau terus give up seperti mana ramai Houseman Malaysia yang MIA tiba2. ahh maaf saya sudah emosi tapi ya reality hurts so much !!
Cerpen lain yang saya suka - Pinjam masamu , kak. Ya itu juga kisah Houseman / doktor pelatih tapi dalam versi realtionship doktor-pesakit. Mungkin kerana kisah ini juga dekat dengan saya. Dan bila baca cerpen ini buat saya rindu memori saya bekerja di wad kanak2. Masih boleh tersenyum melihat gelagat pesakit2 kanak2 walaupun stress bekerja masih sama di wad lain pun. Juga rindu pada pesakit saya yang paling memorable - Ucu !! ahh rindu !! ;)
Saya juga suka karya - Anak dinihari. Ya kisah ini dari yang lain. Perlu dibaca semua ibubapa yang berfikiran stereotype. Kalau nak berjaya kena jadi doktor , peguam mahupun jurutera. Kalau nak selamat kena kerja jadi gomen/goverment , stereotype yang amat !! Banyak lagi la kerjaya yang lain kat dunia ni !! ;)
dan saya juga suka setiap 'the making of' dari Nadia Khan ;)
Best & menarik cerpen2 di dalamnya... Malahan aku kagum dengan kerjaya penulis...Doktor penulis... Patutlah kulit muka novel ada perkaitan dengan penulis...
Ada 17 buah cerpen di dalamnya & 3 buah skrip pendek menjadikan jumlahnya 20 buah...Hampir kesemuanya menepati citarasa aku kecuali satu skrip pendek bertajuk CILI & cerpen Kopi, Adele & Bubur Ayam McD tak begitu secocok dengan jiwa aku...Ironinya, Skrip filem CILI berjaya memenangi tempat pertama dalam Kategori Filem Pendek...hahah
Permulaan cerpen dengan Mana Dia Pergi yang ada sedikit misteri berjaya menarik aku untuk meneroka cerpen2 seterusnya...Begitu juga dengan Puaka Pak Jaha. Humor?? tiada dalam cerpennya, cuma setiap cerpen ada intro penulis mengenai cerpen tersebut...dekat situlah yang kelakarnya bila penulis menceritakan asal usul cerpennya...ada cerpen yang telah di masukkan dalam akhbar & majalah, malahan cerpen KOPI KOLA dalam Novel Edisi Terhad Kopi, di muatkan semula dalam naskah kali ini...
Kebanyakkan cerpen2nya mengisahkan perihal kemasyarakatan, kekeluargaan & cinta...& ada juga berkaitan dengan kerjaya penulis seperti Mana Dia Pergi, Pinjam Masamu Kak & Budak Baru...Ada beberapa cerpen yang aku mengharapkan ia di buat dalam Novel Penuh..cth Kopi Kola...
Percubaan pertama dengan karya beliau, berjaya meninggalkan satu kepuasan berganda kepada aku...tatkala menghampiri 3 skrip pendek dalam cerpen ini, aku terpaksa lompat ke cerpen seterusnya, memandangkan aku tak biasa dengan gaya penulisan skrip, jadi ia agak mengganggu proses pembacaan...usai ke semua cerpen, barulah aku meneroka ketiga2 skrip beliau...Skrip Kopi Tiga Suku yang memenangi tempat ketiga tapi berjaya memenangi hati aku pula...hahah
Selepas Cerpen KNB, Cerpen NK tak kurang juga hebatnya...Tahniah buat penulis!!!
Pinjam masamu kak Perbualan doktor dengan pesakit kanak-kanak yang menunggu masa dijemput Ilahi. Menyedarkan kita masa itu nyawa.
Puaka Pak Jaha Cerita tentang persepsi biasa kita tentang orang lain dan percaya cakap-cakap orang tanpa bukti nyata
Anak dinihari Kisah untuk kita buka minda tentang masa depan. Kejayaan bukan terletak kepada jawatan dan pangkat dalam kerjaya makan gaji. Ada lagi cara mendapat rezeki di muka bumi Allah yang luas.
Kopi tiga suku Syahdu baca kisah ni. Kisah suami isteri. "... sekadar nak ingatkan awak, kena hidup untuk diri sendiri juga..."
Cinta sekeping tisu Sweet Amy-Danny. Kawan jadi kekasih
Skrg ni Nadia Khan becomes one of my fav author..hahaha..sempoi giler bila dia bg info psl setiap cerpen dlm koleksi cerpen dia ni..paling aku suka baca 'Cinta Sekeping Tisu' serius lawak...sakit perut aku gelak tgh mlm td..hahahahaha..tp aku skip baca 3 skrip filem...huhu..overall mmg best dan sempoi jalan cerita cerpen2 ni....hehe
Tamat juga. Kumpulan Cerpen dari Nadia Khan. Berbagai genre dan cerita. Penulisan yang sangat santai dengan bahasa rojak dan slanga. Percubaan pertama saya baca buku Fixi.
Jujur. Bukan kegemaran. Tapi baik untuk percambahan idea. Cuma penulisan terlalu santai dan agak cliche. Tapi baik untuk menumbuhkan kepercayaan diri. Setelah baca, saya percaya saya juga boleh cuba untuk menulis. Haha.
Kalau tak kerana ada satu cerpen sekolah menengah tu (walaupun ia karya awal, tetap mengugat rasa...bitter taste) ,semuanya memang awesome. 80% suka-suka-suka :) . Wajib baca!
Tengok cover pun tahu dah ni mesti buku si doktor, Nadia Khan. Tak dinafikan, semakin lama semakin tertarik untuk membaca karya-karya Nadia Khan selepas dah baca novel KELABU hari tu. Oleh itu, habislah sudah masa-masa yang terluang dengan membaca buku CERPEN ni.
Terdapat cerpen-cerpen dan 3 skrip filem pendek yang tidak mengecewakan. Aku suka baca Kopi Tiga Suku. Quite good and romantic. At first, aku expect ni mesti pasal cerita pembaziran sebab tak habiskan kopi tu. But then, the guy have its own reason. Hmm. Korang baca la sendiri. Bila baca satu cerpen ke satu cerpen lain, aku teringin sangat nak tahu endingnya. Last-last, bila sampai part ending, sungguh tak terduga. Walaupun some story tu jalan cerita dia lebih kurang sama, but itulah uniknya karya Nadia Khan. Ada je ending yang mengejutkan. Nama pun cerita pendek, mesti la sikit je ceritanya. Ada some cerita tu, aku hope sangat dapat tahu keseluruhan penceritaannya. Dalam erti kata lain, mungkin boleh buat filem untuk skrip-skrip tu.
Lastly, aku kagum dengan Nadia Khan sebab usaha dia cuba publishkan cerpen-cerpen dia kat mane sahaja. Kadang-kadang tergelak gak baca note ringkas di setiap cerpen beliau. Ada-ada je la :D
Aku tak faham, kenapa aku touching sangat bila baca cerpen-cerpen dalam buku ni. Mungkin sebenarnya memang ada taman besar dalam hati aku ni. Sobs. Aku sebenarnya tak suka baca kisah cintan cintun, sweet yang meloyakan tekak tapi kisah di dalam cerpen ni tak buat aku loya pun malahan sayu. Tahniah kepada Nadia Khan atas tulisan yang meninggalkan kesan kat dalam hati aku ni. Kisah yang diolah dengan menarik, simple but meaningful. Banyak yang aku belajar pasal hubungan dan perasaan. Kadang-kadang aku hanyut menjadi watak-watak dalam kisah nukilan beliau. Ni buku pinjam je dan aku rasa nak beli sendiri dan ulang baca untuk mengingatkan aku supaya meraikan kehidupan bila aku dah sibuk study dan kerja nanti.
Hmmm... boleh katakan, aku suka kesemua cerpen dan skrip beliau. Setiap cerpen/skrip berkisar tentang kehidupan seharian kita dan punya maksud yang tersendiri yang selalunya kita terlepas pandang kerana selalunya kita rasakan ianya hanya hal yang remeh-temeh. Ya remeh-temeh, tapi hanya pada sesetengah orang dan bagi sesetengah orang ianya adalah sesuatu yang 'besar/berat' dalam hidupnya.
Untuk belajar menulis cerpen, kena membaca begitu banyak (100?) cerpen. Itu sebab aku dapatkan buku ini. Nak tengok macam mana orang tulis cerpen. Dah banyak cerpen dibaca, tetapi kena baca banyak, baru boleh tulis dengan baik. Novel-novel beliau sebelum ini, aku tak boleh go.. Tapi bila baca CERPEN ini, membuatkan aku terpaksa membaca semula novel-novel beliau -bulan depan-
Cerpen-cerpennya banyak yang bagus. Ada banyak tema, dari kekampungan, kekeluargaan, sampai ke sains fiksyen. Cerpenis dan novelis Nadia Khan ini pandai mengusik kau di hujung-hujung cerita. Aku rasa enjoy membaca buku ini.
Tiga bintang ni ok lah. Kalau dua bintang baru kurang baik.
Okay! Cerpen ataupun cerita pendek. ada 20 kisah. Sejujurnya, saya sangat suka gaya penulisan Nadia Khan. Sangat sempoi dan sangat mudah difahami. Sememangnya dia doktor yang merendah diri kerana dalam setiap karya dia, tak ada ayat-ayat yang terlalu kedoktoran yang menunjuk-nunjuk dia adalah doktor. Sebab saya pernah terbaca satu karya yang terlalu over menceritakan tentang profession dia dalam kehidupan sebenar sebab dia nak pembaca tahu dia kerja sebagai apa. (atau mungkin saya sorang je kot yang menyampah kat karya penulis tu). Okay, back to Cerpen Nadia Khan, semua cerpen dia kat sini memang membuatkan saya jatuh cinta terhadap karya dia, dan saya rasa untuk next time, saya takkan terangak-agak untuk membeli karya Nadia Khan lagi walaupun Nadia Khan suka meletakkan sad ending dalam cerita dia (dari apa yang saya perhatikan sepanjang pembacaan Cerpen). Terutamanya ada satu cerpen yang betul-betul membuatkan saya berendam air mata sepanjang hari (masa ni memang tak boleh buat kerja. Emosi sangat tak stabil). So, saya bagi 5.5 stars kat cerpen tu. Overall saya bagi 5 bintang untuk Cerpen Nadia Khan. (♪♪♫♪♪ - from Malaysian Philharmonic Orchestra) 5.5 * - Janji Kak Long 4.5* - Nasi Putih Daging Cincang, Anak Dinihari, Kopi Kola, Cinta Sekeping Tisu 4.3* - Mana Dia Pergi, Puaka Pak Jaha, Lara Dinihari, Telepotensi 4* - Pinjam Masamu Kak, Pak Din, Budak Baru, Nakahari 3.8* - Ada Apa Dengan Kina 3.5* - Janji Damak, Kopi 3 Suku 3* - Cili, PWTC, Kopi Adele dan Bubur Ayam McD, Aku Kesesatan dan Kelab Penari Bogel.
Tak rugi beli buku ni. Walaupun ada beberapa cerpen yang agak menguji minda aku tapi kebanyakannya aku suka. Kisah yang paling aku suka adalah skrip "Kopi Tiga Suku". Kalau dibuat short film mesti best. Bila aku baca beberapa cerpen yang disiarkan dalam buku ni, aku bayangkan watak tu adalah Nadia sendiri. Aku suka kisah2 kehidupan yang beliau garapkan. Thumbs up! :)
Bila baca buku ini, awalnya macam tak menarik hati dan aku letak tepi buku ini ke tepi dan baca buku lain. Sesudah selesai buku tu, baru aku capai buku ini dan sambung baca. Dan, bermulanya dari skrip Kopi tiga suku, baru aku nampak menariknya buku ini. Sehingga selesai satu buku, tersentuh juga hati.
3.5 sebenarnya. aku suka tulisan Nadia Khan ni. ada ala-ala chick lit jugak certain cerpen dia. and i have to admit that i enjoyed reading this. certain cerpen tu nasib baik pendek, kalau tak, dah buat aku meleleh. kahkah. emosi.
masa baca Budak Baru tu, teringat Grey's Anatomy.
fav: Nakahari. ah. this reminds me of The Fault in Our Stars. reversal of faith, something like that.
Akhirnya. Semoga perasaan sesudah habis buku ini berserta impak impak yang ada ni kekal la hendaknya. Paling terkesan pada aku skrip dalam hospital tu.Sekali lagi syukur aku bukan doktor sekarang. Dan for some quotes,aku benci Nadia Khan.Huhuhuhu.Kau toreh balik luka lama aku saudari Neddokhan.T.T