Jump to ratings and reviews
Rate this book

Batu Ketiga Dari Matahari

Rate this book
Buku untuk homosapiens yang patah hati, stress bekerja dan mabuk dengan dunia sendiri.

186 pages, Paperback

First published March 1, 2012

1 person is currently reading
31 people want to read

About the author

Sahidzan Salleh

14 books77 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (16%)
4 stars
27 (50%)
3 stars
14 (26%)
2 stars
3 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 16 of 16 reviews
Profile Image for Sang.
Author 3 books13 followers
May 30, 2012
Jujurnya yang menarik pada buku ini ialah kulitnya yang angker, dan tajuknya yang unik. Dan kemudian isinya; sebuah buku luar biasa dengan isian kispen-kispen luar biasa yang menyelami rona-rona biasa dalam hidup biasa-biasa sebagai manusia yang biasa-biasa yang membuatkan saya mengangguk tanda setuju, "oh, mereka sama seperti aku."
Profile Image for Api Husien.
44 reviews16 followers
May 11, 2012

Buku ini ditulis oleh lapan penulis berbeza yang menyatukan karya mereka dan titerbitkan ke dalam sebuah buku bersaiz kompak pada aku. Lapan penulis makanya lapan cara penulisan dapat dibaca di dalam buku ini. Aku suka cerita berangkai daripada Zoul Yazix juga lima kispen menggunakan tajuk yang sama iaitu batu ketiga dari matahari. Pengolahan cerita cerita lain juga menarik cumanya aku tak berapa faham akan signifikan perkataan Inggeris dimelayukan kerana bagi aku itu menggangu pembacaan. Oh, itu cuma beberapa kispen sahaja. Lain-lain, tiada masalah dan enak untuk dihadam..

cerita mengenai homosapiens dan batu ketiga dari matahari ini takkan pernah habis selagi mana keduanya belum hancur..
Profile Image for Päk  Läng.
44 reviews
March 20, 2012
Himpunan cerita fiksyen dari lapan homosapiens dalam sa-buah buku 185 mukasurat. Ianya didatangkan dalam bentuk bebas tema lantas memberi setuhan serta nafas berbeza-beza dalam 47 kispen yang dihidangkan di mana setiap satunya mempunyai 'kekuatan' tersendiri. Akan tetapi, setiap cerita masih berkisar dan bersipongan di atas batu ketiga dari matahari ini. Lapangkan kepala dan tatap ini sebagai satu opsyen untuk anda melupakan (seketika) tentang perihal hati yang telah patah, tekanan kerja serta kesibukan dengan dunia sendiri yang memabukan. Oh ya, dan jangan biarkan diri anda diketawa oleh seekor lembu.
Profile Image for pnsl.
5 reviews1 follower
July 16, 2012
Kali pertama ternampak cover buku ni, hati tertarik untuk membeli. "Tapi kenapa sampai 20 hinggit?" Dulu pernah aku baca buku cerita Bahasa Malaysia, tapi kecewa. Aku belek-belek. "Untuk homosapiens yang patah hati, stress bekerja dan mabuk dengan dunia sendiri." Patah hati, aku la tu. Haha. Ok, beli.

Perkataan yang digunakan dalam buku ini agak hebat, dengan terma sains nya. Sampaikan aku jumpa perkataan feldspar, sejenis mineral yang aku baru belajar dalam subjek Geologi awal tahun ini. Ada jugak bahasa Inggeris yang di-Melayukan. Comel. Ada jugak yang aku tak faham, tapi aku tetap redah baca.

Tapi yang bagusnya cerita dalam buku ini banyak membuatkan otak berfikir. Tentang ketuhanan, tentang persahabatan, tentang cinta, tentang macam-macam lagi. Ada juga cerita yang membuatkan aku tersenyum sendiri sambil dalam hati cakap "cis kau" dekat penulis. Banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari buku ini. Dan aku paling suka cerita karangan Zoul Yazix. Baca, jangan tak baca!
Profile Image for Wfx.
25 reviews
May 16, 2012
Ada tulisan yang aku suka, ada yang aku tak suka. tapi secara keseluruhan, buku ini berjaya menghabiskan masa aku untuk membacanya sehingga habis.

oh, muka depannya amat menarik. pertama kali aku lihat aku ingatkan buku ini buku kultus rahsia bawah tanah yang mengamalkan sihir yang berusaha membangkitkan dajjal! itu first thought lah.
Profile Image for Zehan Ilyana.
82 reviews15 followers
July 14, 2012
aku rasa untuk membaca buku ini juga aku punya pelbagai halangan. halangan terbesar bila buku ini tertinggal di rumah cousin aku selama berminggu-minggu..huhu haru.

lapan orang penulis, maka lapan penulisan yang berbeda.

keseluruhan buku ini menarik bagi aku, cuma iya, bahasanya membuatkan aku terpaksa membuka kamus, which is good sebab aku belajar perkataan baru.
tapi masalahnya, bila aku berada di airport dan dalam kapal terbang, mana pulak aku nak mencari kamus, mahupun internet untuk aku menggoogle kan perkataan yang tidak berapa aku nak faham.. huhu.
jadi itu juga halangan bagi aku untuk membaca buku ini dengan lancar.

bagi aku hampir kesemuanya bagus, cuma, dalam banyak-banyak cerita, hanya ada dua buah cerita yang betul-betul bagi kesan yang mendalam, dan amat aku suka. tidak perlulah aku katakan cerita yang mana. (konon tak nak bias hahaha)
dan juga, dalam banyak-banyak cerita juga, ada 2,3 juga yang aku tak faham motif cerita itu..huhu..

dan juga ada juga penulis yang memelayukan tulisan inggeris sampai aku agak terkeliru.. huhu. (yang ni sure korang tau sape, dua buku dah aku baca yang ada penulis ini, dua buku jugak penulis ni selalu buat aku confuse.. -_-) tapi penulisan dia bagus..:)

sekian.
Profile Image for Wanny.
16 reviews4 followers
November 4, 2012
semoga buku ni dijauhkan dari pembaca2 yg sdg stress yg teramat..

aku beli buku sebab ada nama lucifer, ophan bunjos and khrlhsym.
jadi, tulisn 3penulis ni mmg xde masalah utk aku hadam.
mmg menarik setiap satu nya.

utk 5 penulis lain, ni pertama kali aku baca tulisan mrk, no expectations.

encik psychopath n sahidzan - ........menarik yang biasa2 saja.

april - membaca penulisannya spt sdg duduk disebelah mendgr stp cerita nya,
terasa membaca sebuah cerita yang jujur, dari hati.
mungkin semua hanya rekaan semata2 ttp rasa spt jujur.

zoul yazix - i like his writings too.. setiap cerpen bersambung2, dlm hitam ada putihnya, ada msj yg baik,
penulisannya pon mmg buat aku seronok utk menghabiskan baca buku ni.

nasyrun - everytime smpai cerpen nasyrun, aku akan sentiasa ingt kn diri aku, mungkin dia seorang penulis yang mengisi niche market buat pembaca yang gemar ejaan sebegini.
kalau aku baca buku ni sebelum tidur, smpai je cerpen dari nasyrun mesti ku tutup buku and smbung baca esok nya.
cerpen nya x boleh dibaca diwaktu tenaga x maksimum, utk org2 mcm aku.
dan agak mengganggu jgk bila terpaksa baca 2 3 kali utk memahami perkataan yg sebenarnya.
utk org mcm aku mmg kurg gemar mmbaca ejaan yang xkan jumpa dimana2 kamus, jadi review aku mungkin agak bias.
tp xpelah, bak kata aku, mungkin ada rmai pembaca yang sukakan ejaan sebegini, dan seronok dgn penulisannya.
tp yelah, nk ckp byk pon x boleh sbb "aku tak tahu, ia kompliketed"...

batu ketiga dri mthri rulisan lucifer blh dianggap sbgai review yg cocok utk buku ni.
3 bintang sbb terganggu dgn ejaan2 yg 'cool'...
tapi tetap berbaloi utk dibaca.. :-)
Profile Image for Khrlhsym Khrlhsym.
Author 7 books37 followers
Read
March 19, 2012
buku dari lapan orang penulis yang berbeza, beza intipati dan berbeza-beza emosi. ketika membaca buku ini kekadang perasaan itu melayang pergi macam layang-layang. haa apa ni review buku sendiri. hahaha
Profile Image for Mus.
6 reviews2 followers
May 11, 2020
ini buku dah lama gua beli. cuma tak sempat baca lagi. mungkin esok lusa gua baca. beli masa bulan 4 kalau gua tak silap.

dah habis baca lama dah
Profile Image for Klux.
201 reviews
November 7, 2024
I don't usually read short stories. I was intrigued by some of them. Others left me dumbfounded and some left me feeling disgusted. Reading this book evoked few emotions (not good ones) but mostly I was just bored.

Story 2/5
Character 2/5
Development 3/5
Enjoyment 2/5
Style of writing 3/5
Overall 2.4/5
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
July 12, 2013
Dah tiga kali aku baca buku ni, entah apa yang menarik mindaku agar membaca semula cerpen-cerpen kat dalam ni, mungkin penceritaan yang mereka berikan sesuatu yang lain dari yang lain... pendek kata, tak menyesal baca buku ni, walaupun ada cerita pasti ada pembaca yang tak dapat nak terima dek minda mereka, tapi itulah yang terbaik daripada membaca cerita-cerita yang klise... heeeeee... terbaik! (Bagi pendapat diri.. :) )
Profile Image for Kluxorious Kluxces.
152 reviews2 followers
August 28, 2024
I don't usually read short stories. I was intrigued by some of them. Others left me dumbfounded and some left me feeling disgusted. Reading this book evoked few emotions but mostly I was just bored.

Story 2/5
Character 2/5
Development 3/5
Enjoyment 2/5
Style of writing 3/5
Overall 2.4/5
34 reviews2 followers
September 9, 2012
Saya harap, semua penulis BTDR ini terus kekal berkombinasi.
Profile Image for Ashraf Rahman.
14 reviews7 followers
July 29, 2012
Batu Ketiga Dari Matahari sedap. Berat dan ringan sama banyak, april macam biasa comel dan liar.
Displaying 1 - 16 of 16 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.