Secawan kopi selalu sahaja menawarkan pelbagai rasa yang berbeza kepada peminumnya. Jika kau menyukai secawan kopi penuh busa susu tentu sahaja kau akan membenci secawan espresso yang pahit likat. Begitulah di dalam antologi KOPI yang tentu sahaja akan saya letakkan antara 10 buku terbaik tahun ini, bukan dari segi isinya tetapi dari segi persembahan buku ini yang memilih saiz 5' x 5' dan covernya yang sangat cantik. Sesuai membawa fikiran di dalam sebuah antologi kopi yang punya 19 rasa yang tentu sekali tidak sama antara satu sama lain.
Nah, saya cuba turunkan komentar mengikut setiap cerpen di dalam antologi buku ini mengikut takah kesukaan saya. Yang selepas saya menutup buku kopi ini, pembinaan imejan, latar dan emosinya masih melekat dalam fikiran saya.
Bersaksi Kopi - Dayang Noor.
Saya belum lagi membaca novelnya, Jerat tetapi jika Dayang Noor mengekalkan momentum seperti ini di dalam novelnya, tentu sahaja sangat mengujakan. Saya suka pembinaan ceritanya yang diberikan kepada saya. Oh, saya hampir sahaja memikirkan si pencerita akan memberikan ending yang klise, seperti mana kita sedia maklum. bertemu, bercerita dan akhirnya kau jauh cinta kepada pendengarnya. Dayang Noor telah memberikan gambaran yang begitu jelas untuk kita terjun ke dalam penamatan yang klise di dalam pembinaan ceritanya tetapi nyata tidak. Saya tersilap dan membuatkan cerita ini sungguh menarik, melekat benar dalam fikiran saya.
Nah saya turunkan baris penutup yang memikat
"Sesungguhnya aku tidak sampai hati. inilah saat yang paling aku takutkan selama ini. Dia kacak, kelakar, bijak.Penghibur waktu sepi, teman waktu sunyi. tetapi aku tidak mampu memcari kata-kata tepat untuk menerangkan bahawa aku hanya menemunya semata-mata untuk mendengar cerita-cerita sensasi sambil menikmati kopi. Zalimkah aku ini?
Kopi 3 Rasa - Shaz Johar
Bagi saya ini cerita yang unik, bukan kerana pembinaan plotnya tetapi bagaimana penulisnya sungguh bijak menyembunyikan rahsia-rahsia untuk pembacanya di dalam cerpennya. Kopi boleh jadi kod bahasa yang dimengertikan oleh orang-orang yang berbeza. :)
Barista CInta - Shafaza Zara Syed Yusof
Saya sudah baca petikan cerpen yang memenangi hadiah sempena novel Tabu tetapi bila digabungkan dalam sebuah cerpen ini, witty! :) terutamanya ayat semasa bersimbah kopi di hujung cerita.
saya berharap Shafaza mengekalkan penceritaan yang sebegini.
Cinta Kopi - Gina Yap
Ketika membaca permulaan cerpen ini, saya dilanda euforia, nampaknya penulis ini sedang memberi perihal yang menarik untuk makna kopi tetapi semakin ke penghujung, kekuatan cinta yang dibina di dalam cerpen ini pecah dan berhamburan. Nah, akhirnya keklisean juga yang ditawarkan kepada saya. berbeza sungguh menikmati cerpen Bersaksi Kopi dan Gina Yap. Saya fikir Gina harus dengan sabar menukangi ceritanya dan memilih ending yang tidak melodrama. oh oh.
Yang lain, mungkin belum cukup ke tahap untuk saya duduk menghabiskan kopi yang ditawarkan atau mungkin bukan selayaknya saya minum kopi yang ditawarkan.
hehe.