Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan.
Apa jadi pada yang tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku?
Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai 'boyfriend kontrak', aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata "ya" pada awek cun? Salah aku ke kalau aku lagi pandai layan dia daripada boyfriend dia sendiri?
Salah aku ke kalau aku jatuh cinta pada dia?
Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana ada hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU.
_______________ Novelis : Nadia Khan Nadia Khan a.k.a Neddo Khan (atau nama mengikut I.C. birunya, Nadia binti Mohamad Hatta) telah ditanya oleh seorang wartawan ketika mendapat 4A untuk UPSR, “Apa cita-cita adik?” dan dia dengan penuh yakinnya menjawab, “Penulis.” Jawapan itu tak pernah tersiar di suratkhabar. Mendapat pendidikan formal di Petaling Jaya, Kuching, Taiping, Shah Alam, Seremban, Batu Pahat – dan pendidikan tidak formal di setiap langkah, di mana saja. Lulus M.B.B.S. pada tahun 2009, cita-cita yang dijawab pada umur 12 tahun itu terus dikejar sehingga terhasilnya KELABU, novelnya yang pertama ini.
“Faith is taking the first step even when you don't see the whole staircase”
Rekabentuk/letak : teckhee.blogspot.com Perunding : Amaruhizat & Amir Muhammad Fotografi : Raffi Th'ng. Model : SS
Cetakan Pertama : Disember 2011 Cetakan Kedua : Februari 2012 Cetakan Ketiga : April 2012 Cetakan Keempat : September 2012 Cetakan Kelima : Disember 2012 Cetakan Keenam : Februari 2013 Cetakan Ketujuh : April 2013 Cetakan Kelapan : Mei 2013 -
Nadia Mohamad Hatta, or Nadia Khan, graduated with M.B.B.S. in 2009 and is now a part-time tutor,full-time writer and all-time procrastinator. Also on her plate is wannabe philosopher slash filmmaker, but not yet cooked to perfection. Discovered by Buku Fixi after winning a national script-writing competition, she had her first novel Kelabu published in 2011. This was followed by her short stories anthology aptly named Cerpen (2012) which also included her contribution to another short stories anthology entitled Kopi (2012). Her first script to be made into a telemovie was 'Aku, Dia dan Tong Sampah', produced by Playground Productions. Currently tutoring a medical faculty at a Malaysian university, she is also pursuing her Master's degree in Psychology.
Kalau korang nak rasa adventure semasa membaca novel ini, aku sarankan jangan baca sinopsis di kulit buku. Sememangnya sinopsis tersebut sudah menerangkan hampir separuh daripada isi keseluruhan kisah ini.
Ceritanya mudah saja. Tentang Amir yang diminta menjadi ‘boyfriend kontrak’ si Jun, awek yang ditemui di sebuah majlis di universiti. Setelah pilihan dibuat, Amir mula mengharungi detik-detik menjadi seorang teman lelaki. Ya, mudah kan? Tetapi di tangan penulis ini, kisahnya menjadi luar biasa.
Amir sebenarnya hidup dalam dunianya yang kelabu. Dunia yang dia sendiri sukar mengerti akan di mana hitam dan putihnya jalannya. Semuanya nampak setara di matanya. Jadi dia lebih suka berada di pertengahan. Berdiri di persimpangan yang makin membuatnya keliru.
Bukan mudah meneka apa yang terjadi seterusnya. Penulis berjaya membuatku terpaku di setiap halaman. Dengan cara monolog yang teratur dan smooth, terasa seperti kau sebenarnya sedang mendengar Amir atau Nadia Khan yang bercerita di sisimu. Serius. Kau akan terus ralit tanpa sedar yang kau sudah pun tiba di penghujung cerita. Tetapi mungkin sekiranya penamat cerita itu diperkemaskan sedikit, ia akan jadi lebih gempak.
Sebenarnya kita memang amat memerlukan penulis-penulis yang berani membawa isu sebegini ke dalam naskah sastera. Isu yang buat kita fikir tentang pilihan hidup dan kesannya dan Nadia Khan adalah antara penulis yang berani. Syabas.
Okay I'm one of the 2% of people reviewing this in English don't hate me.
I picked this up with hope that it would open my mind to the world of Malay novels (which I've always had an aversion to read).
And well I can't say it was succesful in that aspect.
The book is written in the first person narrative, which I've always preferred when reading novels because you can delve deeper into the story, put yourself in the narrator's shoes. For Kelabu, I really really hated Amir though. He comes off as very shallow in my opinion, I personally cannot see the layers of his character. Just that it's like a typical Malay drama, like cerekarama or something, he discovers himself and repents bfd.
The language, good grief I cannot stand most of it. Since it's written in first person, there's a lot monologue going on. And I'm just not a fan of the lingo used. These are probably the ones that annoy me the most;
1) The use of "ko" instead of kau, I mean really? 2) I don't know how many times 'Amir' said "perghhhhh". Seriously. 3)The extra r's in ler, jer etc. Makes me cringe because it's as if some adult is trying to be hip or something. 4) Jus Oren. Jus Oren. Jus Oren. Pleeeeaaaaaaseeee lah I get it that's your favourite drink in the whole wide world. Really there's no need to mention it 50 times.
You probably think I'm being too unreasonably critical here. In a way I guess I am. But, I literally did not enjoy this novel. A lot of people do evidently. To each his/her own.The only thing I liked about this novel is that the use of English doesn't feel pretentious, which is rare.
Ini la padahnya kalau tak faham maksud sinopsis di belakang. So nice! Bukan main khusyuk lagi layan hingga ke pertengahan muka surat sampai tak perasan langsung bahawa aku telah ditipu. Ha-Ha.
" Because you're no match for him! You wanna know why? Because your real name...is Amira! Because you are a freaking dyke!"
Sebelum sampai ke dialog ni memang aku tak tahu lah kan Amir itu, Amira! So nice. Ah, ini bukan nice, ini naive namanya. Dan ya, aku gelak sorang- sorang atas ketidaktahuan aku tentang itu.
Aku sangat kasihankan Amir, atas sebab masalah krisis identiti itu. Seolah- olah macam terperangkap dalam diri sendiri. Sukar untuk melepaskan diri. Sukar untuk menerima kenyataan bahawa dia itu ber'binti'kan Dato' Rizwan.
Ini dunia kelabu Amir. Masuklah ke dalam dunia yang penuh bermetafora ini untuk mengenali isi hati Amir.
Mahu jadi pengkid itu, bukan dari kehendak hati sendiri. Peristiwa eksiden semasa kecil mengakibatkan berlaku perubahan besar dalam diri Amir.
Aku suka bila Amir sedar akan keterlanjurannya. Dan, cuba untuk berubah, kembali kepada fitrah asal balik. Aku suka bila Amir sasau, tidak senang duduk bila Shah membawa diri jauh ke Melbourne. Aku suka bila Amir bertegas dengan Jun selepas tekad untuk berubah (walaupun agak geli bila fikirkan balik hubungan antara Amir dengan Jun). Aku suka bila Amir tak pandang belakang dengan melepaskan Su walaupun perasaan sayang itu setinggi gunung. Aku suka bila Amir jumpa Amran dan dapat pencerahan daripada beliau untuk melepaskan diri dari dunia kelabu yang penuh kelam. Aku suka bila Tok Wan tak kempunan untuk melihat cucu perempuannya berubah, walaupun hampir- hampir air mata menitis bila Tok Wan pergi. Kesimpulannya, aku suka KELABU.
Buku ini aku beli masa JB Arts Festival edisi ke-9 sedang berlangsung di Johor Bahru sekitar bulan 9 haritu. Aku beli dekat MPH, dalam sebuah mall kecil.
Lepas beli, aku bawa buku ni naik Bukit Timbalan. Menengok orang ramai main ketuk-ketuk dram ke entah apa tu dekat tepi padang. Dah namanya festival seni kan? Ok. Kemudian, aku ke tapak orang jual buku indie. Aku ternampak encik Pyanhabib, janggut panjangnya diikat loose dengan tali. Nasib baik beliau tak buat ikatan riben hihi. Beliau tengah main tapak tangan beliau, aku tak pasti, tengah main henset agaknya. Jadi aku tak dapat mintak autograf beliau. Ingat nak suruh beliau sign dekat atas duit singgit yang satu-satunya aku ada masa tu. Dekat atas tandatangan Kak Zeti.
Aku melirik buku yang di display dekat atas meja situ dengan mata yang berjelly, duit dah tak ada, dalam beg aku cuma ada buku Kelabu. Berat juga. Di sana aku jumpa encik Lan Sinaganaga, encik Mat Tiara, Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, encik Pipiyapong dan encik Aloy dan lain-lain. Ok sebenarnya aku bukan jumpa, cumalah ternampak kelibat je. Tetapi mengapakah aku tak letak 'encik' depan nama Faizal Hussein dengan Pekin Ibrahim tu?
Turun Bukit Timbalan, menelusuri Jalan Dobi. Deretan kedai-kedai yang berdinding rendah dan comel melatari pemandangan. Toleh sana, ada kedai dobi. Toleh sini, ada kedai dobi. Patut pun namanya Jalan Dobi. Aku pelik juga mengapa namanya bukan Jalan Mesin Basuh ataupun Jalan Buih. Ada pawagam Tamil, pasar karat, rumah kedai orang Cina yang cantik dan kopitiam. Sudah berbelas tahun aku tak ke sini, ke jantung Johor Bahru. Plaza Kotaraya pun sudah berwajah glemer. Dulu semasa kecil, aku kerap berfoya-foya di Kotaraya, dating dengan buku-buku di sebuah kedai buku di situ. Kedai buku tu memang lejen. Sekarang dah tak ada. Kuburnya pun aku tak jumpa.
Penat dan melengas dengan peluh, kawan aku pun sudah berjalan macam ketam,kami berhenti minum teh. Sambil kawan aku makan capati di sebuah kedai mamak, aku baca semula sinopsis dekat kulit belakang buku Kelabu. Aku ingat, dalam kereta, aku ada tanya kawan aku tu, "buku ni cerita pasal gay ke apa?". Lepas tu serta merta aku tuduh kawan aku tu gay (dia lelaki) sebab apa entah. Kesian dia.
Baca sepintas saja sipnosisnya aku dah tahu yang buku ini tengah nak cerita pasal apa. Sebab minda sains aku (minda sains podahcittt taik kucing ptuih) mengaitkan perkataan 'kelabu', 'hitam-putih', dan 'lelaki-perempuan' (mungkin sebab perkataan 'lelaki-perempuan diletakkan di hujung ayat, aku terasa benda yang terkebelakang ni la inti dia sebenarnya). Hitam campur putih, dapat kelabu. Dia berada kat tengah-tengah. So, Amir ni ada kekeliruan naluri kejantinaan sikit dekat situ. Jadi aku punya hipotesis awal, Amir ialah perempuan.
Kerana dulu masa di sekolah menengah, aku ada sorang kawan. Namanya Amarlena. Disebabkan dia macam jantan, panggil aku pun woi-woi je, jalan pun macam nak mengangkang, kami semua panggil dia Amar. Cerita betul. Entah apa khabar dia sekarang. Tapi apa yang paling aku ingat pasal Amar, dia fanatik dengan kumpulan Westlife. Siap beli CD dan poster.
Kulit depan buku pun main peranan. Dahlah ambil gambar terbalik. Macam bayi keluar kaki dulu. Menyongsang. Nampak sangat ada yang tak kena (melebih-lebih pulak aku ni). Lepas tu macam jambu pulak. Kulit dahlah halus macam jambu air. Pesen jarang masuk dapur. Jam yang dia pakai tu, tak salah, aku ada. Jam tangan Casio. RM 50. Jarang-jarang orang lelaki pakai jam digital. Kebanyakan pakai stok-stok jam berjarum yang gedabak dan ada display macam meter kereta. Kamera DSLR. Lebih kurang RM 2000-3000. Yang tu, aku takde. Sobs. Kemiskinan.
Balik rumah, aku baca buku tu dengan berbekalkan jati diri yang Amir ialah perempuan, Amir ialah perempuan, Amir ialah perempuan. Perkataan Amir 'hensem' banyak diulang di dalam buku ini, tetapi ia tak dapat membutakan matahatiku cewahhh. Sama macam buku Ungu Karmila karya Ramlee Awang Murshid. Perkataan 'hantu' diulang-ulang supaya readers tanpa sedar menerima, bahawa villa itu memang berhantu.
Tetapi disebabkan kita semua dah tahu nature karya Fixi dan RAM dan lain-lain penulis kegemaran kita macam mana, kita tak menjatuhkan talak justifikasi itu dengan mudah. Kita tahu trick dia. Dia punya main. Fixi, dia urban. RAM, dia more kepada thrill dan penjelasan saintifik untuk sesebuah misteri yang sedang diketengahkan. Kena buka otak sikit la masa baca tu.
Kesimpulannya, aku cuma nak cakap yang, hipotesis aku diterima.
AWESOME!!!! Seriously this book is heavy stuff tapi dengan suntikan humor, I find it quite easy to hadam. By right this kind of story is not to my liking because I’m conservative. (I’ve written about being conservative too many times and still can’t change that. It’s good I think… Kan??) Dah jadi cam Amir lak, cakap sorang2. Nak kenek cari sorang Amran kah lepas nih? Hahaha….
Amir is a special character. Different in many ways. Not to say good and not to say bad either. Menidakkan dia is too harsh understanding the way dia dibesarkan and what happened during childhood dia tapi mengiyakan is a no for me and I’ll just leave it at that. I especially like kesengalan humorous thoughts yang pops up in Amir’s mind. Really really hilarious and macam addicted lak nak read over and over again. Hihihi….
I like the additional character. Shah, Dato’ Rizwan, Tok, Tok Wan, Puan Lila, Su, Jun, Maya, Nik, Amran and even Jaha. They seem to fit Amir’s life nicely. Without them, Amir’s life wouldn’t have been that colourful. Maybe it’s the way that it is written that made them fit really well. The characters were placed as and when it happens like it was meant to be and therefore, it looks less fiction and more to normal every day lives. And the grammer, EXCELLENT. I do not have to flinch even once during my reading.
Almost to the ending was blissful… Surah Al Inshirah Ayat 5-8. Never expected this. Seeing and reading this totally altered my POV of this story. Dari cerita luar biasa kepada cerita yang sangat luar biasa. Mak Tok… Sedeynya but I agree. It has to happen as a boost to this story.
Ending…. Ai kelabu balik…. Siapakah di depan pintu itu??? Jeng jeng jeng….
"Sebenarnya, dah lama gila aku impikan untuk bagi ulasan pasal novel Fixi yang depa kata paling hot di hati para pembaca depa. Akhirnya, tercapai jugak cita-cita aku nak habiskan novel ni, dan bagitau apa aku fikir dan rasa pasal Kelabu ni.
Peh. Tak silap aku novel ni aku cekup sama dengan waktu aku snag DVD Kopi, novella Arsonist Jalan Labrooy (dua karya ni dah pun aku ulas), dan antologi Sepucuk Pistol di Dalam Laci masa FiTA Fiesta tahun lepas. Wah, cepatnya masa berlalu! Dan dalam ketika tulah kalau korang nak tahu, aku berhempas pulas memberikan komitmen yang tak konsisten bila membaca, setakat yang aku beli, novel terpanjang yang Buku Fixi terbitkan (kalau ada yang lagi panjang, habaq mai!). Kufikirin novelnya sangat simple penceritaannya (mungkin sebab gaya bahasanya yang terlalu sempoi kot), namun... puih! Cilaka punya Neddo (nama alternatif penulis novel ni)! Ludah baik punya kat muka aku! Penipu besar hang ni! Bapak pusing oh ini olang punya celita!"
Aku beli waktu di BOCO bersama sebuah buku Fixi yang lain. Buku paling tebal diantara novel-novel Fixi yang ada setakat ini, almost twice Ngeri. Aku suka watak Amir dan twist di tengah jalan cerita. Story line, characters, intro as well as ending - semuanya just fine. Ini buku ketiga Fixi yang aku suka selepas Pecah dan Kasino - iya, aku cuma bagi 4 bintang kerana kecil hati dengan Amir yang sebenarnya hurm.. twisted character much *giggle*. If you love to read a Malay novel, this is another good grab for your collection ;)
This book reminds me why I love book more than movie. We build a mental picture of the whole book in us and for us only. And when that mental picture established, the writer decided that the main character is not actually as the one we thought it should be, I found it very amusing. I have been tricked. A very nice tricked and i love the trick. What's the trick? You really should find out yourself.
The plot berkembang dengan baik without any jumbling-jumpy jalan cerita. It goes smoothly from one thing to another. Obviously it had an element of surprise as I mentioned before. Walaupun endingnya boleh diagak, but the writer had put a doubt in me as whether I guess correctly and made me changed my assumption for a while. Wicked. Penggunaan bahasa yang santai as if ala-ala Ahadiat Akashah beserta monolog yang sempoi.
It would be save for me to say that it resides second after PECAH.
Buku yang memang tidak akan dibaca jika tahu apakah jalan ceritanya,tapi rugi kalau tak baca buku ini heheheh merepek,bila mula menyelak helaian demi helaian mukasurat perasan ingin tahu itu menjadi-jadi rasa keliru pun ada juga,isu sensitif tapi disampaikan dengan cara paling berhemah,pendekatan yang digunakan membuat bacaan terasa santai dan penulis seorang yang kelakar agaknya sebab banyak kali diriku ketawa besar dengan ayat-ayat dan perkataan yang diguna pakai.Suka sangat suka
why 4* not 5*? rasanya berapapun bintang yang diberi, naskah ini tetap mempunyai pengikutnya sendiri dengan rating yang berbeza... so, dont talk about STAR! Ini apa yang saya rasa, okay? Apapun, naskah ini tetap ‘AMAZING’ pada saya.
Kecelaruan identiti
Dalam pencarian mencari erti kehidupan sebenar, kadangakala kita tersalah langkah, tersalah rafsir dan tersilap menentukan arah. Bila rasa dijadikan tunjang, berpaksikan pada hati dan jiwa yang sudah lama merusuh mencari titik mula, kadangkala kita salah percaturan.
"Apakah ini yang aku rasa selama ini? Inikah yang aku cari selama ini? Aku sedar dimana titik mula cuma aku masih lagi mahu tenggelam dalam mainan perasaan yang semakin menolak fitrah. Persoalan yang berbangkit ini aku biarkan sepi kerana aku lebih memilih apa yang aku rasa dari akal yang sering menidakkan seluruh keputusanku.
Apakah ini satu penyiksaan untuk diriku? Mungkin juga kerana aku kehilangan mama sejak dari mula. Menghukum diri dek kerana kesilapan masa lalu, mama pergi meninggalkan aku yang masih dibelenggu dengan persoalan, MENGAPA?. Apakah kerana satu kesilapan itu, kasih mama harus berubah juga? mengapa aku terheret sama dalam masalah yang membadai? Aku ini anakmu. Mengapa mudah mama mengambil jalan penyelesaian? Seharusnya mama ampuh melindungi diriku dari terus tersasar namun mama lebih memilih untuk berpaling dariku. Lalu, sebagai anak, dimana harus aku letakkan rasa ini tatkala semua orang memilih untuk terus menuding jari dan menghukum?
Abah, aku mengerti akan dirimu. Dan, aku tidak menyesali mengapa aku begini. Ketahuilah, untuk meletakkan kemaafan itu jauh dariku, aku tidak mampu kerana hanya abah yang ada untukku saat tabah ini semakin menjauh, saat rusuh ini semakin menggila. Dan, kecelaruan yang terjadi, bukan salah dirimu kerana aku sudah memilih begini. Dan aku tahu mengapa abah juga begitu.
Shah, bukan aku menolak dirimu apatah lagi membenci. Cuma rasa yang baru ini seakan sedang menghukum diriku sendiri. Benar aku yang memilih begini. Menidakkan kejadian Ilahi seolah-olah menempatkan aku bersama-sama orang yang jahil. Lalu, mengapa selama ini kau seakan merelakan segalanya? Jangan persoalkan tentang perasaanku kerana seharusnya kau menarik aku agar aku tidak terus hanyut. Tapi, kau memilih diam dan akhirnya pergi. Tinggallah aku menanam lara yang entah bila akan berakhir. Mengapa harus begini, Shah? Sedangkan kerinduan yang sedang membukit ini, entah bila akan dapat aku redakan. Apakah kembalinya dirimu kesini sekadar untuk menyampaikan hasrat itu atau terselindung niat yang lain? Apakah perasaan masa lalumu telah terpadam? Jawablah……agar aku lebih mengerti….."
Amir
Satu penceritaan yang sangat baik. Satu naskah yang ada pelbagai rasa. Berselindung, terselindung, menyelindungi. Tersembunyi, disembunyi, menyembunyi. Pelbagai frasa yang boleh diungkapkan tapi mempunyai maksud yang akan sama. Lalu, berfikirlah adakah kita perlu berubah atau terus menidakkan fitrah dari Allah. Usah dicari dimana kemelut ini bermula, tapi carilah bila penyelesaian itu akan berakhir...
Ps: entah kenapa hati ini kuat mengatakan (actually mmg nak begitupun), Shah yang berdiri dihadapan pintu.. hikhik ..:P
I still can't believe this is a debut novel. Holy sh*t! Now I know why everyone loves Nadia Khan. This book is phenomenal! It's the best 456 pages Malay novel I've read.
The book started off great for me. It really suits my mood and I really like Amir's POV. "He" is such a cool person and dengan lawak bodoh dia kadang. All's fun!
Then when I reached that middle section of the book, I was like this is it, this is the twist that I'm waiting for and BAM! The twist hits me harder than ever. Absolutely unpredictable. This is what Nadia Khan is good at, she's good at hiding all the clues, I didn't have any clue that Amir's story turns out to be way more different than I predicted. And the after effect, that remaining 200 over pages? Mannn, after that strong plot twist, it changed the way I read Amir's POV. At first, it was awkward but then I get it, it's a story of change, from a Muslim's perspective, a self discovery, which I think is done seamlessly.
I honestly enjoyed each and every moment of this story. Words cannot describe it how I feel at the end, that cliff hanger? Kesian fans yang tunggu 10 tahun. I told in my previous post, I have love hate relationship with the author but after this book, my love for her works has been rekindled!
If you're looking for a book that's a bit naughty, fun and quirky elements, this is your book. Kelabu features LGBT, self discovery, a bit of religious elements, family relationship and friendship. It's a journey that I overall really appreciate. Last but not least, read this book with an open mind.
1. Jalan cerita yang sangat original yang tak pernah lagi aku jumpa dalam mana2 novel Melayu pernah aku baca. Thumbs up to Nadia Khan for bravely tackling this sensitive issue.
2. Dialog/monolog. Mungkin sebab 70% dialog ni dalam English, tapi memang feel gak bila baca. Ada yang buat gelak sorang-sorang, ada yang terkesan dalam hati. I also like how the characters' words and thoughts are always philosophical. (I especially liked the U-turn symbolism.) When the dialogue makes you feel an assortment of emotions, even more than the narrative, you know the book's good. And it gives more depth to Amir when reading his thoughts.
3. I instantly fell in love with this book because it mirrors English novels: off-white, crisp pages instead of white, bleached papers (yeah I'm a nerd when it comes to these things); thoughts/emphasis/flashback scenes are italicized...it's quite neat actually.
4. A linear, cohesive plot. Finally! Linear yang saya maksudkan ni bukan mendatar, tapi ada kesinambungan dari satu scene ke satu scene yang lain. Masalah dengan kebanyakan novel Melayu ialah scene asyik2 nak lompat ke satu scene yang lain, sampai tak boleh nak ikut apa sebenarnya yang terjadi. Dah lama pulak tak baca novel Alaf 21/Fajar/Prima ke apa tah, tapi seingat aku masalah ni prominent dalam buku Melayu paling latest aku baca: Dorm Puteri Banafsaji dan novel2 tulisan Hlovate.
5. The ending. I like the fact that it's not wrapped up in a neat little bow. Dalam real life pun mana senang nak dapat happy ending? I liked that it's up to us to imagine who's at the door. Sesuai la dengan tajuk novel ni, ending pon kelabu2 gak heh.
6. Amir, Shah, bapak Amir..ok tu je characters aku suka. I like the conversations between Amir and his dad, and Amir and Shah. Their banters, their teasing insults, give a sense of genuineness. Probably it has something to do dengan bahasa yang sangat2lah tak baku, so conversation diorang nampak la natural sikit.
Yang kurang best
1. Perempuan2 yang dikasihi Amir. Taktau la because of the circumstances, or because of their personality, tapi I just can't bring myself to like Jun (even at first yang time dia baik2 lagi) or Suhani. Oh well.
2. The ending. I know I said I liked the ending, but towards the end macam rushed sikit. I don't buy Amir's transformation yang terlampau senang semacam..ok lah, hidayah boleh datang bila2. Hehe.
3. The styling. Ok lah kalau dia kata tak nak italicize English words sebab ni bukan buku terbitan DBP. Tapi some scenes they DID italicize them. (Ya I'm very particular about perfect styling in a book.) Dan ada ayat yang tergantung...huh? Dan ada yang end macam ni," atau macam ni.", (tak ke pelik?) I hear they're looking for a proofreader...that's good. Sebab kadang2 pembacaan terganggu jugak dengan flaws2 kecik macam ni.
Overall I like this book, but am not overly in love with it. Ni novel Fixi pertama aku beli. Jugak novel melayu termahal pernah aku beli. Tapi, ok la I think it's worth it :) Will be trying more Fixi novels after this.
Aku sangat sukakannya. Walaupun mengangkat tema cinta yang kelihatan biasa-biasa aja, tapi menjadi luar biasa apabila watak utama, atau main hero bukanlah watak yang menjadi kelaziman dalam ceritera cinta biasa. Amir yang hakikat sebenarnya bukan Amir merupakan suatu kelainan untuk kisah cinta dalam negara Malaysia. Tak tahulah kalau di luar negara sana dah biasa dengan tema cinta agak luarbiasa sebegini.
Aku paling sukakan Amir dengan monolog dalamannya. Bisa buat aku gelak dan tersenyum meleret sorang-sorang. Karakter si Amir ini lucu sekali kerana mindanya sentiasa ligat memikir. Dan dek kerana ligat memikir itulah monolog dalaman itu terlahir di dalam kehidupan sehariannya.
Dan Amir sepanjang pembacaan ini aku lihat mempunyai sifat-sifat keperempuanan yang tidak bisa dimatikan walaupun dia menafikannya. Tak tahu nak cakap part mana sifat-sifat lahiriahnya terserlah, cuma yang pasti, Amir itu hakikatnya seorang perempuan asli yang hanya berada di dalam fasa in denial.
Pengakhirannya juga menjadi sedikit tanda tanya. Adakah Amran atau Shah yang muncul di muka pintu? Naluri ini kuat mengatakan dia adalah Shah. Kerana ayat terakhir "masa dah mula menentukan nampaknya"... Tapi nak lebih kepastian kena tanya si penulislaa hehe.
Ahhhh... Nampaknya Nadia Khan boleh masuk list fav author. Oh, asalkan dia tidak mengulang gaya penceritaan yang sama pada buah tangan masa hadapan. Seperti sesetengah penulis masakini. Hehe.
Permulaan cerita aku tak rasa apa2 yg menarik pun. Rasa macam dull pun ada jugak jalan cerita dia. But aku teruskan pembacaan dan apabila dah half page baca tu... tetiba muncul satu kejutan yang SUNGGUH AKU TAK SANGKA APATAH LAGI NAK EXPECT BENDA TU!
Dan bila aku dapat tahu pasal benda tu, aku rasa macam nak baca balik buku ni dari awal sebab permulaan tu memang aku baca gitu2 je sebab takde apa yg exciting sangat jalan ceritanya. Then, pasal Shah tu aku memang ada jugak syak something bila dia taknak bagitau dia ada awek ke tak masa Amir tanya tu so masa tu aku fikir Shah ni gay. Sebab masa tu aku tak tau lagi kan yg Amir tu sebenarnya Amira. Then, bila Shah cerita pasal perempuan yg dia suka dulu tu, aku macam confused jap. Tapi bila dah tau Amir ni sebenarnya perempuan, jadi sahih sangat lah teori aku yg Shah ni syok dekat Amir tu. Hahahaa~
Dan yg membuatkan aku kekadang rasa menyampah dekat Amir ni sebab dia ni macam over sangat nak mempertahankan rasa diri dia tu lelaki sampaikan benda yg logik dia kata tak logik, yg tak logik dia kata logik. I mean, hellooooo boleh tak kau sedar diri sikit? Hahaha..
Ending dia aku tak dapat tangkap siapakah lelaki yg datang rumah Amir tu? Adakah Amran? Ke Shah? Haha.. Pandai Neddo buat pembaca berfikir walaupun dah ending.
Apa pun, inilah novel pertama dari penulis tempatan yg aku baca yg menceritakan mengenai pengkid. Serious memang terkejut bila dapat tau Amir tu pengkid.
Actual Rating: 4.4 bintang
This entire review has been hidden because of spoilers.
Daya tarikan yang paling kuat sekali dalam Kelabu bagi saya ialah penulisannya tak berbaur pretentious ataupun preachy. Cara penceritaan beliau, jika dalam bentuk orang, saya bayangkan dia seperti seorang yang sangat lembut dan sangat memahami. Kagum, sebab saya rasa susah untuk kita tahan diri kita dari berbunyi preachy atau pretentious lagi lagi bila kita menyentuh tentang hal-hal taboo. Watak watak yang pelbagai dengan dialog yang smooth juga adalah satu lagi kekuatan Nadia Khan, effortlessly natural & tak janggal. Cuma kadang kadang rasa sedikit terganggu dengan penggunaan 'ko'. Tapi yang paling penting, Kelabu buat saya rasa seronok & giddy sepanjang pembacaan sebab dah lama rasanya tak baca kisah-kisah cinta macamni, dan extra kudos sebab ceritanya lain dari yang lain, penuh humor dan pengajaran.
Rating sebenar: 3.8/5 bintang untuk Kelabu.
p/s: selamat ulangtahun yang ke-7, Kelabu dan terima kasih Nadia Khan untuk kisah ini!
Ini bukan buku typical melayu yang kita selalu baca. Buku yang buat aku jadi dumbstruck seketika. Buku yang buat aku tertipu. Sungguh trick gila buku ni. Aku tak nak spoil apa fun yang korang boleh gain daripada buku ni, jadinya no proper review untuk kali ini. Nadia Khan sangat AMAZING sebab ada talent nak tulis buku macam ni. Should I regard her as brave also? First time baca buku FIXI, first time baca buku Nadia Khan, sangat berbaloi duit yang aku invest untuk buku ni. Mereka yang tulis review lengkap untuk buku ni just spoil the fun, so konklusinya jangan baca review orang lain sebelum baca buku ni. Highly recommended.
KELABU Penulis: Nadia Khan Terbitan: Fixi Cetakan Pertama: 2011 Sudah memasuki cetakan ke 16 pada Mei 2015. 456 mukasurat agak tebal bagi novel fixi. Kelabu merupakan antara karya awal yang dicetak oleh fixi dan tentunya mendapat sambutan hebat dari para pembaca. Pergolakan perasaan yang menarik. Penulis berjaya menyelami resah jiwa anak muda dengan bahasa bahasa gaul kota Kuala Lumpur dengan baik. Membaca buku ini akan memperkenalkan kamu pada ekspresi anak anak Melayu moden, gerak kerja, hubungan yang mereka cipta dan gerak langkah di kota besar. Segala penceritaan berbunyi begitu moden dan maju sekali. Apartmen peribadi, ayah Dato, makan makan di café hipster dan watak watak utama yang menjawat jawatan yang hebat, juga falsafah hidup mereka. Segalanya berpusar pada watak utama Amir yang kelihatan sangat kool menghadapi kisah cintanya yang datang dan pergi. Dijelaskan juga dengan tepat mudah sifat para watak pembantu seperti Jun, Suhaini, Maya, Shah dan Amran. Setiap seorang sangat menarik gerak kisah mereka. Penulis mungkin segaja tidak menggambarkan Amir dengan masalah lain kecuali hubungan sesama manusia yang ada disekelilingnya. Pemilihan cetakan ayat condong untuk gambaran hati Amir pada perenggan sewaktu bercerita itu sangat menarik. Luahan hati Amir hanya pembaca sahaja yang tahu. Ada waktunya lucu dan meruntun hati. Mukasurat 211 akan membuat penonton terkejut. Pernyataan pecah lobang si Amir dari watak tambahan. Satu pujian pada penulis kerana berhati hati dalam bab bab awal bagi mengekalkan mood suspen pada pembaca. Sebenarnya ia boleh ditamatkan di situ sahaja sekiranya ia adalah novella nipis. Garapan bahasa gaul yang menarik dan tidak ada babak babak kotor melulu bagi buku berbentuk seksualiti ini harus dipuji. Satu lagi bukti bahawa buku berkisar hal hal jantina tidak seharusnya berbaur seks kotor; tidak ada babak babak menjilat jilat atau ciuman dalam seperti yang kamu harapkan. Penulis banyak berkisah tentang gelojak hati si Amir. Rambut pendek, pemilihan pakaian hanya datang kemudian bagi mengekalkan ritma penceritaan. Sebagai pembaca saya sangat terpikat pada watak Amran. Nadia berjaya memperlihatkan watak tukang analisa yang berkarektor menarik. Membaca buku ini ada terma EUTHYMIC @lengai di perkenalkan, mungkin pembaca akan menemui dua tiga lagi terma perubatan. Dibentangkan juga susunan watak watak lain seperti penulisan Jun yang tidak jadi untuk diserahkan pada penerbitan, resah perasaan Shah yang agak aneh dan Suhaini yang mungkin juga kacau bilau terkait Amir dan cinta. INSOF Cuma hadir di bab 53/54 secara tradisional diperkenalkan alatan alatan insof seperti telekong, melihat almari dan baju kurung yang akan dikenakan. Ini untuk memberi gambaran yang lebih jelas pada pembaca yang mahu merasa puas. Jadi siapakah pilihan Amir di akhir cerita? Jun? Shah? Amran? Suhaini? Penulis bijak melakar penamat tanpa menyebut sebarang nama, masing masing pembaca boleh memilih mana satu yang mereka mahu. Itulah kelebihan KELABU yang memaparkan keresahan yang tidak lebih dan tidak kurang manusia bernama Amir. Selepas mukasurat 211 kamu akan terbayang apa yang Amir pakai bila keluar? Bagaimana dia mengikat tetek? Apa dia tidak resah bila mandi? Apakah dia berpinggul rembang? Perkataan Bengkung hanya ada sekali sahaja sewaktu proses menyemak almari. Pembaca akan terus membaca kerana mahu tahu apa kejadian seterusnya. Ada waktunya ia hampir hampir seperti drama swasta yang disiarkan oleh TV3 dan RTM, nasib baik penulis tidak terbawa bawa terus. Kamu akan dihidangkan dengan sifat kelolo Amir apabila berbicara dan terfikir. Kisah sebegini jarang dipersembahkan dalam penerbitan Malaysia, kalau ada sekalipun ianya agak tidak masuk akal. Kelabu memberikan kamu kisah yang berbeza pastinya. Verdict: HARUS dibaca, mungkin akan ada yang mahu berhenti separuh jalan. Amir tidak menyerah pada Seksualiti, kita juga tidak pasti samada dia akan bahagia nanti. Saya memberi 3.5 untuk garapan kisah dan cara penceritaan yang sangat menarik!
Different from almost every one else; I did not start with Kelabu in terms of Nadia Khan's works. I have actually read every other of her books before this debut novel of hers and it turns out to be her worst.
That's not saying Nadia Khan is a bad author, far from it. She's one of the best we have and her other books are just so so much better that this pales in comparison. The first half of the book kinda felt like torture when readers are made to go through what felt like emotional angst of teenagers. The second half almost made up for it, but it just wasn't working for me.
Even though I was on the edge of my seat at the last few chapters of the book, this would not be something I read again. Having said that, not many local writers could have pull off such diversion and planting in their writing like what Nadia did.
Tajuknya kelabu, membuat Cik Pah teringat kucing Cik Pah Kelabu aka Kabu yang dah dihantar balik kampung, buas sangat, habis sofa kena cakaq, habis kaki berparut terkena kuku masa dia tengah aktif meroyan berlari dalam apartment yang luasnya sekangkang kera. Entah kenapa perangainya jadi macam tu, tak pernah jumpa kucing seaktif tu. Menyeow mcm bapak kucing padahal baru umuq 4-6 minggu. Mungkin kesan trauma hampir dilenyek kereta? Ye lah kitaorg kutip dia pun dibawah tayar kereta yang terpaksa dihentikan secara mengejut. nampak benda bergerak cuba melintas jalan yang sibuk dengan kenderaan 4 roda.
Apa khabar la kabu sekarang ni ye. Dah sedar ke tidak agaknya dia betina.
Ps. Citer ni tak de kaitan dengan kucing. Cik Pah saja merapu kedana ;)
Mengambil keputusan untuk tidak membaca review dan terus terjah membaca buku ni adalah keputusan yang tepat. Puas juga sebenarnya mengikuti kisah Amir dan dunia kelabunya. Walaupun I tak suka cerita sampai 5 ratus lebih muka surat 😭 Demi hidup Amir yang kacak bergaya, ye saya turutkan.
Cinta kontrak ataupun trope sekarang org panggil 'fake dating' telah tersemai di antara Amir dan Jun. Shah (best friend Amir) dah warning awal-awal pasal minah tu tetapi mengikut 'instinct' , Amir tetap ikut kata hati. Ironi isn't it?
Sebenarnya, banyak dh easter egg drop little by little, tetapi itulah kita yang lalai 😆 I suka writing Neddo sebab karakter. Perbualan & interaksi karakter sgt bersahaja. Tak kedengaran kaku. Cuma, I tak puas hati dgn singkatan bahasa bila bab perbualan terjadi. Mungkin sebab terbitan dari 2011, jadinya bahasa pasar lah kot. Cuma Shah dengan Amir ni sesuatu juga persahabatan mereka. I suka bila bab begini mereka cuba bertoleransi, cuba berfikiran matang. Ada masa boleh melawak, ada masa serius
Memang pertengahan cerita, twistnya buat I ternganga. Dan I yakin tidak ramai yg akan suka topik taboo sebegini. Well, it's 2024. We need to accept it to open our horizon.
Cuma I rasa turning point Amir tak strong. Tetapi bila fikir balik, mungkin make sense sbb in realiti pun, turning point setiap org berbeza-beza untuk konflik mcm ni. Overall, I suka je baca, entahlah karakter yg Neddo buat ni mesti selalu terpahat somehow 🥹 3.5 stars 🫶🏼 I nak baca pov Shah pula nanti dalam Kelabu:2
Mengisahkan tentang Amir, seorang pengkid yang hidup di dunia serba kelabu. Kisah tentang percintaannya dengan Jun dan Suhani. Kisahnya bersama Shah, kawan baiknya yang dalam diam mencintainya. Dan kisahnya kembali ke pangkal jalan; dari Amir... kembali menjadi Amira.
Secara ringkasnya, novel ni best. Dapat pulun habiskan dalam sehari setelah 2 tahun berdebu tak terbaca. Penceritaannya yang santai membuatkan pembacaan tidak bosan. Unsur plot twist pun disampaikan dengan baik, sampai setengah buku baru tahu Amir tu rupanya perempuan. Tapi, endingnya kekal misteri... siapa lelaki di sebalik pintu tu? Mungkin penulis nak pembaca pilih sendiri. Tapi den x suka ending teka-teki macam ni, jadi x dapat bagi bintang penuh...
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku tak expect langsung cerita kali ni mengenai isu terhangat “LGBT”. Kusyuk aku baca sampai lah pada pertengahan muka surat, baru aku sedar yang itu bukan “amir” yg sebenar. Agak terkedu . Mengikut pemahaman aku, aku faham yang cerita ni bukannya untuk encourage people to be in LGBT community. Tapi untuk bagi kesedaran akan hakikat sebenar dan fitrah asal sorang manusia. . Sejauh mana kita pergi, sejauh mana kita cuba menafikam realiti, kita tetap tak akan dapat boleh lari dari fitrah asal kita. .
Bukan senang hidup sebagai Amir ni. Hidupnya penuh kekelabuan. Hitam atau putihnya tak berapa jelas. Dan dia pun kadangkala keliru dengan identitinya sendiri. Haih.
Perkenalan Amir dengan Jun sewaktu bertugas di event sebuah kolej membawa kepada hubungan kontrak mereka. Amir ditawarkan watak boyfriend kontrak sebab Jun nak buatkan teman lelakinya cemburu. Pelawaan Jun diterima dengan senang hati walaupun teman-teman rapat Amir tak bersetuju dengan risiko yang bakal dihadapi oleh Amir bila dia bersetuju untuk membantu Jun.
Kisahnya memang mudah. Cuma kita bakal dikejutkan di pertengahan cerita. Hehe. Rasa tertipu juga mula-mula. Tapi itulah kelainan yang ditonjolkan penulis di dalam Kelabu. Bagaimana Amir membuat pilihan setelah segala kebenaran terbongkar? Hitam ataupun putih yang jadi pilihan? :)
Sebenarnya didikan ibu bapa sangat memainkan peranan dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Kalau awal-awal lagi dah dedahkan anak-anak dengan perkara yang buruk, memang buruklah pengaruhnya. Jadi, kalau anak-anak buat hal silalah muhasabah diri dulu ye. Jangan sesuka hati nak menuding jari pada orang lain. Ops! Apa pun, tahniah buat penulis untuk cubaan berani ini.
Komen saya: Membaca kebanyakan resensi berkaitan buku ini buat rasa ingin tahu makin membuak. Nak tahu sangat apa kelainan di sebalik plot kisah yang digarap penulis ini. Tapi malangnya rasa teruja yang saya simpan sekian lama dah tak berapa mengujakan bila saya dah terbaca kisah Suhani dalam antologi cerpen KLCC. Aiseh. Jadi bila baca buku ini saya dah tak rasa adventure dengan perjalanan kisah Amir ni. Tapi... watak Shah tu pada saya banyak jadi penyelamat kepada rasa terkilan pada diri sendiri. Hehe. Itulah, siapa suruh spoilkan diri sendiri? Cuma rasa kenapa pengakhirnya sebegitu? Siapa yang datang ke rumah Amir tu? Shah atau Amran? Recommended untuk pembaca yang mencari kelainan plot dan jalan cerita. :)
Kelabu was so amazing! Why should I said that? Sebab aku rasa, kisah dalam buku ni lain daripada yang lain. Boleh la diklasifikasikan sebagai kisah cinta cintun. Its not only about love, its also about life, loyalty, and kesedaran dalam diri. Nadia Khan made her writing more exciting.
Okay, okay. The story begin when Amir dengan Jun mengikat perjanjian untuk couple. Not real couple, just Jun nak menjeleskan boyfriend dia je. Amir pada waktu itu dibayangi kisah-kisah cintanya dahulu kerana dia pernah terluka. Adat bercinta eh? Once again, Amir terima Jun sebagai aweknya. Lama-kelamaan, dia jatuh cinta pada Jun tanpa diduga. Shah, kawan baik dan kawan rapat Amir sejak zaman belajar kat German dulu, menasihati yang there's something bad about Jun dan Shah tidak suka Amir menjalinkan ikatan dengan Jun. And soon, bila syok baca, the truth about Amir is dia sebenarnya bernama Amira. Okay, sungguh la Amir tu seorang yang kelabu hidupnya. Amir menemui sebuah hakikat bahawa Jun tidak mencintainya langsung setelah dia membaca artikel yang ditulis mengenai dirinya. Pada waktu tu, aku rasa cruel gila si Jun tu. Then Amir hurt again. Thus, dia putus dengan Jun. At the same time, Amir bergaduh dengan Shah apabila dia mendapat tahu Shah ada menyimpan perasaan terhadapnya.
Aku lega bila Shah dengan gentleman nya sound direct kat Amir suruh berubah. Surat yang Shah tulis tu pun boleh tahan gak tegasnye Shah ni. At the end of the chapter, hati Amir sedikit demi sedikit mula menerima hakikat yang dia perlu berubah kepada 'Amira'. The best thing is, Amira was in love with Shah. Hidup Amir yang dahulunya kelabu, akhirnya menemui penghujungnya.
Dari penggunaan bahasa and ayat, rasanya simple je. Tak perlu penat-penat fikir kompleks. I love when Shah giving advice to Amir. I love to feel the relationship between Amir and her father. I love the way Amir made decision for her life. Ouh, I love all of it :)
Oh...a cliffhanger. Thanks. Just what I needed. What more could I ask for?
Honestly, what is it with writers and cliffhangers... like... ugh! (How cruel...)
Throughout my life I never thought I'd read a book about a homosexual relationship... and even if I did, it would probably be an English novel. But Lo and Behold, step forth a Malay novel. Kudos to Nadia Khan for this perfection.
She must be a daredevil.
I'll miss Jun, though. Ironically, I started this book with hating her A LOT, but I kinda fell in love with her background story and in the end, I'm kinda disappointed with the break-up. (What's wrong with me?)
One of the things I love about this book is that, as it is a Malay book, it always goes back to religion and morals, no matter how many vices and sins you can spot in this book.
Ain't it great to be a Malaysian? *sighs*
Also, I'm surprised how no one shelved this book as "Homosexual" or "Gay & Lesbian" because even the synopsis practically screams THAT.
At first, I thought the book was a huge mistake but I lost RM 24.90 for a reason and I'm going to make sure it's fulfilled and hah, I got what I wanted. (The plot isn't exactly out of my expectations; the perks of reading homosexual fan fictions.)
I was half-expecting porn or something revolves around it like the one I found in Hilang.
But I didn't find it. Not that I'm disappointed or anything...
Terujanya nak baca sebuah karya yg tlh di ulg cetak dgn byknya dlm 4 thn ini .. Ternyata karya pertama ni x menghampakan aku..mmg best..
Sebuah crt yg menarik dgn plot 2 n watak yg mudah difahami ..hmpr separuh baca novel ni penulis crt ni berjaya mengelirukan aku sehinggu aku sendiri merasa aku juga berada dlm dunia kelabu Amir ..byk perumpamaan yg digunakan bgt menarik sekali bg aku antaranya.. "Ada sesetengah perkara apabila disuarakan ia menjadi sesuatu yg pasti.Sesuatu yg hitam putih.Dan dunia monokramatik itu menakutkan aku." "Aku orang yang selama ini hudup dalam garis 2 kelabu. Dan aku selesa dengan keadaan itu." Chapt 21 m/s 170
Mase ni aku hye faham yg Amir hyr mengalami gangguan jiwa yg menyebabkan die sukar utk buat keputusan sehinggalah smp ke pertengahan plot crt ni yg membuatkan aku keliru...
Sesuatu yg lain dr biasa bg aku yg selalu bce novel cinta fokus crt ni memberi impak yg berbeza pd aku satu kepuasan ..tp klu smbg ckt jer lg hrmmm kan best dimana dunia monokramik yg menakutkan Amir itu berjaya di harunginya dan semuanya menjadi makin jelas...
Kelabu - memang deskripsi yang bagus utk watak utama novel ini.
Saya pinjam buku ni dari seorang kawan saya. Pesanannya - jangan skip2 , baca terus & jgn baca ending terus sebabnya di tengah-tengah buku ni , ada suprise. Dan bagi saya memang takda masalah nak ikut pesanan ini memandangkan saya memang jenis membaca buku dari kulit muka depan ke kult muka belakang , tak suka skip-skip.
Dan kerana pesanan kawan saya tu , saya ternanti-nanti 'suprise' buku ini. Sampaikan macam-macam hipotesis saya buat dan ternyata bila sampai di klimaksnya , saya memang terkejut ! Ye , 'suprise' nya menjadi !!
Jadi untuk tahu lebih lanjut 'suprise' nya kena la baca sendiri. Kalau saya cerita dah tak suprise la kan ^__^
Novel Melayu bagi aku yang paling lancar untuk ditelusuri dengan gaya bahasa mudah tapi cerdik dengan naratif pantas.
Antara penulis siri FIXI aku fikir punya mulut yang menyimpan butir-butir mutiara yang perlu diberi perhatian. Banyak petik kata yang barangkali boleh dipraktikkan untuk ragut hati, jiwa malah jasad kaum Hawa.
Babak antara Amir dan Leya di Pasar Seni bagi aku adalah yang paling epik, cerdik.
semua orang punya drama dalam hidup.dan kisah yang aku baca dari dalam buku ini juga adalah drama yang pecah dari banyaknya drama yang terkumpul.cuma bezanya,ini drama yang kehilangan identiti kerana terajar pada protes sedari dari putiknya bunga.tidak menjadi mekar dalam prosesnya,tapi tidak layu dan luruh.
Membaca KELABU, membuat fikiran aku turut menjd kelabu asap...
-------------------------------------------- Komen ;-!
Aku tak nafikan, buku KELABU ni memang terbaik...tapi...
"Aku Amir, Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU."
Pd permulaannya , aku dikenalkan oleh Nadia Khan yg Amir tu ialah AMIR...
Kita membaca sekaligus membuatkan fikiran kita secara AUTOMATIK berimaginasi utk melihat watak2 yg dikenalkan kpd kita dgn lebih jelas.
Itulah yg aku rasa sekarang, aku kenal Amir sbg seorg LELAKI yg hensem, yg gentleman, yg sweet gitu~~~
Tiba2, segala-galanya berubah secara mendadak di bahagian bab 25...
"Because your real name is Amira! Because you're a freaking dyke!"
--------------------------------------------
Ibarat kepala aku terhantuk kuat di dinding sehingga menyebabkan aku disahkan mengalami AMNESIA.(aku hrp korang fhm apa yg aku cuba sampaikan)
Namun begitu, doktor telah mengatakan kpd aku yg bahawa ingatan aku akn beransur pulih secara perlahan-lahan.
Selepas aku mengalami amnesia, aku telah tidak mengenali siapa itu Amir. Dan Nadia Khan telah mengambil kesempatan ke atas ke'amnesia'an aku dgn memperkenalkan kpd aku dgn seorg PEREMPUAN bernama AMIRA. Dan Nadia Khan juga telah menghasut aku dgn mengatakan yg sebenarnya seorg lelaki bernama Amir tidak pernah wujud. Yg wujud hanyalah seorg perempuan bernama Amira.
Namun, Nadia Khan tak ckup licik utk terus memperbodohkan dgn menipu aku. Krn setiap hr yg aku lalui, satu persatu ingatan aku yg hilang dr fikiran aku telah muncul kembali.
Org yg aku kenal ialah Amir, bkn Amira. Amir yg aku kenal ialah lelaki, bkn perempuan.
Walaupun Nadia Khan cuba meyakinkan kpd aku dgn bersungguh-sungguh bahawa Amir itu hanyalah alam fantasi aku dan realitinya Amir itu tidak wujud, yg hanya wujud ialah Amira, aku tidak mempercayainya.
Mcm mana aku hendak mempercayai kata2 Nadia Khan sekiranya aku telah lama mengenali siapa itu Amir. Aku telah kenal wajah Amir, aku telah kenal perwatakan Amir dan aku telah kenal hati Amir.
Aku kenal wajah Amir sbg lelaki. Aku kenal perwatakan Amir sbg lelaki. Aku kenal hati Amir sbg lelaki.
Tidak logik sekiranya Nadia Khan cuba utk menghasut aku supaya aku melupakan Amir dan menggantikan tempat Amir kpd seorg perempuan bernama Amira.
Krn perbezaan antara AMIR dan AMIRA terlalu byk!
Mcm mana suara seorg lelaki tiba2 menjd suara seorg perempuan? Mcm mana rupa seorg lelaki tiba2 menjd rupa seorg perempuan? Mcm mana kekacakan seorg lelaki tiba2 menjd kecantikan seorg perempuan? Mcm mana perwatakan seorg lelaki tiba2 menjd perwatakan seorg perempuan? Mcm mana berpakaian seorg lelaki tiba2 menjd berpakaian seorg perempuan? Mcm mana aurat seorg lelaki tiba2 menjd aurat seorg perempuan? Mcm mana naluri seorg lelaki tiba2 menjd naluri seorg perempuan?
Byk kan perbezaannya itu? Perbezaannya menjd byk krn mereka berdua BERBEZA JANTINA!
Tu lah dia! Aspek utamanya adalah JANTINA!
Cuba ko bygkan ; Seorg lelaki yg selalu memakai kemeja dan jeans tiba2 ingin memakai bju kurung? ->Kelihatan janggal Seorg lelaki yg sepatutnya sembahyang dgn hanya menutup aurat antara pusat hingga lutut tiba2 terus memakai telekung sembahyang perempuan utk menutup auratnya? ->Kelihatan janggal Seorg lelaki yg berkwn baik dgn kwn lelakinya tiba2 ingin membuat keputusan utk jdkan kwn baik lelakinya itu sbg suaminya dunia akhirat? ->Memang janggal giler arh! (Even endingnya Nadia Khan tak beritahu siapa yg ckp 'I changed my mind' tu, tp aku rase Shah yg ckp mcm tu)
--------------------------------------------
Apa yg cuba aku sampaikan ialah, aku tak boleh nk bygkan Amir yg telah aku anggap sbg seorg lelaki tiba2 ingin membuat keputusan utk kembali ke fitrah asalnya semula iaitu seorg perempuan bernama Amira.
Jika kisah Amir ni memang berlaku di alam realiti, mcm tu jugaklah aku rasa. Aku rasa pelik. Bkn tak happy bila seseorg mcm Amir tu ingin kembali ke pangkal jln, tp rasa pelik n janggal lah ckit! Ops! Bkn ckit! Tp byk!
Even hakikatnya Amir tu memang perempuan, tp spt yg aku ckp td ; aku kenal Amir sbg lelaki.
Dan, aku telah anggap dia memang seorg lelaki.
Dan sampai ke sudah, aku rasa dia tu mcm lelaki.
Dan bila Amir pom ada feeling2 ckit kat Shah tu, aku happy. Sbb penantian Shah bkn sia2.
Tp dlm masa yg sama, aku rasa mcm Amir n Shah ni pasangan gay pulak klu tgk dr segi luaran.