Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mandatori

Rate this book
Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

506 pages, Paperback

First published March 6, 2003

40 people are currently reading
609 people want to read

About the author

Ramlee Awang Murshid

51 books1,379 followers
Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram.

Ramlee juga telah memegang tugas sebagai Penerbit Filem. Filem pertama beliau ialah TOMBIRUO: Penunggu Rimba yang diadaptasi dari novel beliau dengan judul yang sama. Tombiruo adalah Filem Kedua Terlaris pada tahun 2017.

Setelah lebih 20 tahun menjadi penulis, beliau akhirnya memberanikan diri menerbitkan novel beliau sendiri di beri tajuk KASYAF AIN. Di bawah syarikat RAM Typewriter, beliau akan hadir dengan Novel ke-3 beliau tidak lama lagi.

Latar belakang pendidikan
Sekolah Rendah Kapayan Kota Kinabalu (1974-1979)
Sekolah Menengah Maktab Sabah (Dikenali juga dengan nama Sabah College) (1980-1984)
Sijil Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (1999-2000)
Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian dalam Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Anugerah
Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
Pemenang Novelis Thriller Terbaik dari Anugerah Buku Negara 2019.

Untuk mendapat info terbaru Ramlee Awang Murshid, ikuti beliau di:

www.facebook.com/ramfc
www.instagram.com/ramfc2020
www.twitter.com/ramfc2020

Karya beliau boleh dapatkan melalui:

www.facebook.com/ramfcstore

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
278 (41%)
4 stars
256 (38%)
3 stars
98 (14%)
2 stars
16 (2%)
1 star
14 (2%)
Displaying 1 - 30 of 73 reviews
Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
September 11, 2013
Yang kaya,menindas yang miskin. Golongan elit,menekan golongan marhaen. Apabila sistem kehakiman membela pihak yang salah. Benar itu salah,salah itu benar. Carlos menjadi 'hakim' kerana berlakunya perkara sedemikian rupa. Dia mahu menegakkan kebenaran. Dendam mesti dilunaskan! Atas nama keadilan! Untuk membela orang yang tidak bersalah dan terseksa hidupnya kerana fitnah dan cercaan keji manusia. Pemburuan ini tidak hanya melibatkan Carlos sahaja. Tetapi,Amran,Bogart dan Norman 'berganding bahu' dengannya untuk memastikan objektif mereka tercapai!

Secara peribadi,novel Mandatori ini ditulis lebih baik berbanding Mikhail. Dari pelbagai segi,isi kandungannya lebih matang dan menarik perhatian (menghiburkan). Ironinya,Mandatori dihasilkan lebih dulu daripada Mikhail (yang lama lebih menarik daripada yang baharu). Malah,berdasarkan hasil pembacaan saya,tidak melampau jika saya katakan konsep dan jalan cerita Mandatori tidak kompleks dan mudah. Secara asasnya,novel ini mengisahkan seorang vigilante yang mahu menuntut bela atas kematian ayahnya. Namun demikian,inilah kekuatan Ramlee Awang Murshid (RAM,penulis buku ini. Kebolehan beliau memasukkan elemen-elemen lain yang tambah 'menyedapkan' jalan cerita. Cinta,Islamik,kekeluargaan,dendam/kemaafan dan teladan merupakan antara elemen yang terdapat di dalam Mandatori. Ini ditambah pula dengan gaya penceritaan yang menarik dan tersendiri RAM. Penamat ceritanya juga tidak ortodoks sifatnya. Boleh saya katakan penamatnya saya sukai dan berpuas hati dengannya. Cuma,mungkin ada orang lain yang berpendapat sebaliknya.

Tidak banyak yang saya boleh ulas mengenai gaya penulisan RAM. Bagi mereka yang sudah biasa membaca karya-karya beliau,sudah pasti mengetahui trademark tulisan beliau. Namun,terdapat satu trivia yang ingin saya kongsikan dengan para pembaca ulasan novel Mandatori ini. Mandatori tidak menggunakan 'Bab' untuk membahagikan plot-plot jalan ceritanya. Sebaliknya,'Segmen' digunakan. Novel ini juga mempunyai jumlah muka surat yang membahagikan setiap bab atau segmen yang berbeza jika hendak dibandingkan di dalam novel-novel terkini RAM. Jika di dalam novel-novel terkini tulisan RAM hanya mempunyai 6-10 muka surat (hasilnya,terdapat banyak bab) yang membahagikan setiap bab yang terdapat di dalamnya,Mandatori hanya mempunyai 17 Segmen sahaja. Malahan,jumlah muka surat yang membahagikan setiap Segmen ada yang mencecah sehingga puluhan muka surat!

Walau bagaimanapun,novel ini amat disarankan kepada para peminat RAM untuk membacanya. Mandatori boleh dianggap antara karya RAM yang terawal. Jadi,jika anda seorang peminat RAM sejati,amat molek sekali anda menjadikan novel ini salah satu novel RAM untuk melengkapkan koleksi anda. Juga,kepada para peminat novel berbahasa Melayu,anda juga boleh mencuba membaca novel ini yang bergenrekan thriller ini,yang sememangnya merupakan genre kegemaran RAM.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
October 22, 2013
Tassan pemandu Dato' Johari mati ditali gantung kerana kesalahan dadah yang tidak pernah dia lakukan. Tassan meninggalkan seorang balu dan dua orang anak, Nurimah dan Amran. Nurimah dan Amran dihina di sekolah oleh Juliana, Jane dan Kelvin sehingga terjadinya pergaduhan, dan kerana Juliana, Kelvin dan Jane merupakan anak orang-orang yang berpengaruh, Amran dibuang sekolah. Demi membantu ibunya, Amran turun ke laut dan hari itu juga Amran hilang di laut.

Apabila dewasa, Juliana berjaya membuka perniagaannya sendiri, Jane menjadi seorang peguam dan Kelvin pula Doktor Forensik. Juliana bercerai dengan suaminya Suffian dan berkenalan dengan lelaki misteri Norman.

Pada ketika itu, muncul seorang lelaki bernama Carlos yang mendakwa dirinya penegak keadilan dan menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah tanpa diberi peluang untuk membela diri.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books104 followers
August 20, 2008
this one is a thriller novel and i enjoy reading this book. it makes my mind "works" to find out and think what is actually happens :)
Profile Image for Faiz • فائز.
359 reviews3 followers
June 3, 2024
Wajarlah buku ini dicetak sehingga 13 kali. Daripada permulaan cerita, sehingga ke penghujungnya sangat tersusun. Teknik imbas kembali tuan penulis juga tidak begitu rumit untuk difahami. Susunan garis masanya tidak begitu berselirat. Plot, perkembangan watak, konflik; semuanya terlalu baik!

Menariknya untuk watak-watak utama Mandatori ini ialah mereka seolah-olah tidak terikat antara satu dengan yang lain. Hanya apabila kisah hampir ditamatkan, kepingan teka-teki berjaya dicantumkan, dan kelebihan ini-lah yang masih kekal (dan akan sentiasa) sebagai kekuatan hasil tangan tuan Ramlee Awang Murshid.

Cuma sedikit terkilan apabila pengakhiran kehidupan mereka selepas pertemuan di banglo usang itu tidak dinoktahkan bersama.

[Membaca ulasan yang lain, barulah saya mengetahui bahawa Mandatori ialah antara karya terawal tuan RAM. Wajib didapatkan!]
Profile Image for Safura Mizhar.
48 reviews5 followers
June 26, 2025
Kalau saya baca buku ni masa awal penerbitan dulu, mesti saya lagi teruja. Sebab sekarang dah banyak buku pasal "Multiple personality disorder". Saya rasa macam pernah baca cerita lebih kurans sama macam ni. Jadi dah boleh agak 4 watak tu adalah orang yang sama. Tapi penceritaan RAM dari awal sampai akhir sangat tersusun. Garis masa takdelah berserabut. Senang nak faham.
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
July 31, 2012
Tajuk buku : Mandatori
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Keluaran : Alaf 21
Halaman : 505 m/s

Sinopsis Kulit belakang :

Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim.

Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!

Ulasan ainsabrina :

Semuanya bermula dengan kisah Taasan, pemandu kepada Datuk Johari yang dihukum mati di tali gantung berikutan kes penangkapan dengan dadah. Walaupun Taasan tidak bersalah, namun disebabkan hukuman itu, keluarga Taasan menerima impak yang besar setelah pemergiannya. Dia meninggalkan Bu piah, isterinya dan dua anak, Amran dan Nurimah. Amran dihina kawan sekelasnya Juliana,Kelvin dan Jane sehinggakan Amran dibuang sekolah manakala Nurimah bertukar sekolah. Memikirkan nasib keluarga yang asyik ditimpa malang, Amran akhirnya berkeputusan menjadi nelayan. Siapa sangka hanya pada hari pertama dia sebagai nelayan, Amran hilang pabila perahu mereka karam akibat rebut angin monsoon.

Kisah itu berlalu dilupakan begitu sahaja. Semua dengan kisah masing-masing. Juliana sudah berjaya dengan syarikatnya namun bermasalah dengan kisah cintanya yang membawa dia bertemu dengan Norman. Kevin sudah berjaya menjadi doktor Forensik manakala Jane berjaya menjadi seorang peguam. Di saat kehidupan mereka seakan tenang tanpa bahaya, mereka dikejutkan dengan jemputan yang menemukan mereka dengan Carlos. Carlos ibarat penegak keadilan yang memberi hukuman kepada pesalah tanpa peguam pembela mahupun hakim.

Komen ainsabrina :

Novel ini saya habiskan sepanjang berada di keretapi Butterworth-Bangkok. Saya bagaikan ternanti-nanti babak seterusnya yang berlaku,juga tertanya-tanya siapa Carlos yang sebenarnya.
Novel thriller Ramlee Awang Murshid memang membuatkan kita seperti berada di dimensi lain. Kisahnya banyak kisah ulang tayang dan banyak watak wujud yang membuatkan kita tertanya-tanya. Watak Carlos dari awal begitu rahsia dan beberapa lagi watak rahsia yang lain.Sengaja saya tak nak cerita watak-watak rahsia yang lain, nanti hilang kejutan ceritanya. ^^

Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
June 14, 2012
karya awal ramlee awang murshid yg mnarik...nampak dh stail die ble start baca cume buku ni permulaan die agk slow n drama..klimaks die mmg best...

kisah kecelaruan identiti seorang lelaki yg ingin membalas dendam atas ketidakadilan yg menimpa keluarganya..kupasan setiap identiti yg berbeza diceritakn dgn mnarik..xsgka stiap identiti tu dlm satu jasad yg sama...

mmg best buku ni...RAM best
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
September 5, 2014
(3 bintang)
Amran yang malang. Bogart si lanun. Norman yang celaru. Carlos si hakim.

Mandatori membawa hamba mengenali empat orang lelaki yang masing-masing punya identiti tersendiri. Empat lelaki yang menjalani kehidupan berbeza. Empat lelaki yang asalnya dari sebuah penganiyaan dan mereka lalu bersatu dalam satu urusan dendam.

Dan, semua itu mulanya berpunca dari hukuman gantung seorang lelaki tidak bersalah atas tuduhan pengedaran dadah. Hukuman mati yang membuat seorang wanita menjadi balu. Hukuman yang menjadikan seorang anak laki-laki dan seorang anak perempuan menjadi yatim.

Apakah kemunculan lelaki misteri bernama Carlos cukup untuk menjadi hakim dan pelaksana untuk menghukum pesalah yang sebenar-benarnya? Terlunaskah dendam yang dicipta Amran? Apa pula peranan Bogart yang dilatih menjadi lanun itu dalam urusan dendam ini? Dan, bagaimana pula Norman boleh terperangkap di tengah-tengah urusan gila ini yang dia tidak tahu sama sekali?

~
Amran memulakan Mandatori dengan dramatik. Norman, Carlos dan Bogart mengembangkannya dengan menarik. Dan, Bilal Piut mengakhiri semua sekali dengan gaya klasik.

Hamba bukan pengikut tegar RAM. Namun, Aku Bercerita mendorong hamba untuk membeli Mandatori. Dan, mungkin kerana buku ini diterbitkan pada tahun 2000 dan antara buku terawal RAM, hamba merasakan gaya bahasanya sedikit kaku. Dialognya juga kadang-kala agak janggal. Jika hamba membacanya sepuluh (atau sebelas) tahun dulu, mungkin hamba tidak akan menganggap ini satu gangguan.

Namun, itu bukanlah masalah besar kerana buku ini secara keseluruhannya menyajikan sebuah kisah yang sangat menarik. Buku ini juga dijalinkan dengan teliti. Mungkin tidak terlalu sempurna tetapi masih, hamba suka menghargai kesungguhan RAM dalam merangka ceritanya. RAM juga bijak membuat semua babak dalam bukunya menjadi penting, tidak cuma penambah muka surat semata-mata.
Profile Image for Muadz Mohd Haslan.
22 reviews5 followers
March 17, 2022
Kisah tentang seorang lelaki yang mempunyai kecelaruan identiti yang inginkan sebuah keadilan keatas bapanya. Kecelaruan identiti tersebut lahir dari perasaan dendam, benci, geram dan marah kepada pembunuh-pembunuh yang tidak dapat beliau ketahui.

Binaan plot oleh penulis membuatkan pembaca sangat ternanti-nanti perancangan watak utama untuk merungkai siapakah diri beliau yang sebenar dan siapakah dalang disebalik berlakunya ketidakadilan hukuman yang dijatuhkan ke atas bapanya.
Profile Image for Muhiy Osman.
8 reviews45 followers
May 26, 2009
amat menarik plot yang digunakan.mula-mula agak samar jalan ceritanya tetapi setelah tamat membacanya memberikan suatu pengalaman baharu dalam gaya penulisan.
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews85 followers
October 26, 2014
Amran,Carlos,Norman,Bogart... Sebuah kisah yang mantap dan terbaik daripada RAM.
Profile Image for Hanis Afifah.
99 reviews6 followers
September 14, 2023
Ini buku ketiga karya RAM yang saya baca seumur hidup.

Ada banyak benda yang saya suka dalam karya ni. Antaranya:

- Setiap personaliti sangat ketara perbezaannya. Memang terasa 'mereka' empat individu yang berbeza. Saya hampir-hampir percaya Carlos dan Norman bukan orang yang sama.

- Hampir setiap babak ada kepentingannya kepada plot. Jadi, bila baca tak terasa macam ia sekadar pengisi halaman dan penambah aksara.

- Ramai tak suka penghujung cerita ni, tapi saya sangat sukakannya. Aura keputusasaan tu buat cerita ni jadi teramat sedih.

- Saya sokong pilihan penulis untuk tak jelaskan apa yang terjadi pada watak-watak penting lain. Saya jujurnya rasa itu tak lagi penting akhirnya kerana hanga pengakhiran Amran/Norman/Bogart/Carloslah yang patut diutamakan dan diceritakan.

- Bahasa dalam karya ni agak kering dan mendatar pada beberapa tempat, tapi saya rasa itu berkesan untuk tona keseluruhan cerita.

Salah satu hal yang saya kurang gemar dalam novel ni ialah penggunaan "huhurm" dalam dialog. Sungguh saya tertekan sebab automatik kena baca bila dah mata sampai pada tempat itu. Penggunaannya bukan sekali dua pula tu. 😮‍💨

Ada beberapa kesalahan ejaan seperti satu persatu (yang betulnya satu per satu),  dan kalau saya tak salah ingat ada beberapa tempat kata pemeri "adalah" tidak digunakan dengan betul. Tapi, itu semua hal kecil saja. Tak mengganggu pembacaan sangat, alhamdulillah.

Apapun, saya tetap menikmati hampir setiap saat saya membaca novel ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
January 31, 2023
Ceritanya menarik dan seronok. Tapi entah kenapa, saya ambil masa yang lama untuk menghabiskannya. Mungkin kerana preference saya ke arah buku lain. Apapun, jaranglah buku RAM mengecewakan.
Profile Image for Miyuke.
192 reviews2 followers
August 8, 2024
Naskah yang tidak menghampakan. Digarap dan disusun dengan baik oleh Tuan Penulis.

Pelbagai watak utama di samping personaliti Amran - iaitu Bogart, Norman dan Carlos diketengahkan dalam naskah ini - terhasil / muncul daripada kisah - kisah suka duka yang ditempuhi dalam hidup.

Ada antara personaliti yang saling mendominasi bagi menegakkan keadilan dengan menjatuhkan hukuman mandatori bagi menutup segala khilaf manusia di sekelilingnya.

NOTA :

Naskah yang telah bertahun - tahun dimiliki, namun hanya sempat dihabiskan sebentar tadi.

Terubat sudah kecewa daripada pembacaan Perempuan Busana Merah tempoh hari!!
Profile Image for Syafiqha.
66 reviews2 followers
January 23, 2022
4.5star

WOW, Ramlee Awang Murshid really know his reader! Like, i didnt recognise the feeling that I felt when reading some parts & he just wrote the feeling in the next line😳 (entah korang faham ke tak apa yang aku cuba ketengahkan ni😂)

Be aware that this book...I can say specific/detail?
It contains the name of the gun, the weight of it, the length of the bullet, and how Kelvin (the character, a forensic scientist) operates the dead body. Okay, okay. Imagine yourself reading these sentences⬇️ I'm reading it without cringing. Yes, I am stone.😂

'𝚃𝚎𝚖𝚙𝚞𝚛𝚞𝚗𝚐 𝚔𝚎𝚙𝚊𝚕𝚊 𝚍𝚒𝚋𝚎𝚕𝚊𝚑 𝚍𝚞𝚊 𝚍𝚊𝚛𝚒 𝚊𝚝𝚊𝚜 𝚔𝚎𝚗𝚒𝚗𝚐 𝚖𝚊𝚝𝚊 𝚖𝚎𝚖𝚊𝚗𝚓𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚎 𝚋𝚊𝚑𝚊𝚐𝚒𝚊𝚗 𝚋𝚎𝚕𝚊𝚔𝚊𝚗𝚐 𝚜𝚎𝚑𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊 𝚔𝚎 𝚙𝚊𝚗𝚐𝚔𝚊𝚕 𝚕𝚎𝚑𝚎𝚛.'

'𝙺𝚎𝚕𝚟𝚒𝚗 𝚖𝚎𝚗𝚌𝚊𝚙𝚊𝚒 𝚜𝚎𝚋𝚒𝚕𝚊𝚑 𝚙𝚒𝚜𝚊𝚞 𝚔𝚎𝚌𝚒𝚕 𝚋𝚎𝚛𝚖𝚊𝚝𝚊 𝚑𝚊𝚕𝚞𝚜 𝚍𝚊𝚗 𝚝𝚊𝚓𝚊𝚖 𝚕𝚊𝚕𝚞 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚑𝚒𝚛𝚒𝚜 𝚋𝚊𝚑𝚊𝚐𝚒𝚊𝚗 𝚒𝚝𝚞.'

'𝙿𝚒𝚜𝚝𝚘𝚕 𝚒𝚝𝚞 𝚋𝚎𝚛𝚔𝚊𝚕𝚒𝚋𝚎𝚛 9 𝚖𝚖, 𝚋𝚎𝚛𝚊𝚝 995 𝚐𝚛𝚊𝚖, 𝚙𝚊𝚗𝚓𝚊𝚗𝚐 𝚕𝚊𝚛𝚊𝚜 210 𝚖𝚖 𝚍𝚊𝚗 𝚖𝚎𝚖𝚙𝚞𝚗𝚢𝚊𝚒 𝚔𝚎𝚕𝚊𝚓𝚞𝚊𝚗 𝚙𝚎𝚕𝚞𝚛𝚞 347 𝚖𝚎𝚝𝚎𝚛 𝚙𝚎𝚛 𝚜𝚊𝚊𝚝.'



I figured out the plot twist BEFORE the plot twist came. I KNEW IT. As a result, I'm unable to give another 0.5star.

Thus, I'm in love with all the Islamic content in Mandatori! Ramlee Awang Murshid does a great job of reminding his readers of Allah.


I've watched the TV adaptation but not the overall episode. For example, I've watched eps 1 & 2 but skipped the third and fourth, and I watched the fifth episode halfway and watched only the ending of the last episode. HAHAHAHAHA I didn't have time to watch the Mandatori adaptation when it aired on Astro. Nah, sokay💪
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,547 reviews41 followers
November 12, 2017
RAM memang ada kelas tersendiri. Mandatori mensajikan kita dengan kisah kehidupan mereka yang tidak berjaya memadamkan api dendam dalam hati. Amran yang diejek dicaci kerana ayahnya mati di tali gantung atas tuduhan mengedar dadah. Juliana, anak gadis Datuk Johari yang dalam diam dicintai Amran juga galak menyeksanya dengan tohmahan. Dalang-dalang yang menyebabkan seksa batin Amran dan keluarganya hidup mewah dan riang ria selama 13 tahun. Selepas itu, seorang-seorang menerima hukuman bermula dengan hakim yang menjatuhkan hukuman gantung terhadap Tassan. Amran bukan lagi Amran. Selepas hilang di laut, adakah derita Amran berakhir? Siapa Bogart, Norman, Carlos dan dan Bilal Piut? Adengan ganas style mafia banyak juga dalam cerita ini. Jika anda sudah baca review ini dan banyak lagi review yang lain, memang anda tak boleh lari akan tahu pazal cerita ini juga walaupun belum membaca bukunya. Namun, anda tidak akan dapat thrill yang amazing melainkan setelah anda baca. Jadi, walaupun plot cerita mungkin anda dah noleh agak, anda perlu baca juga Mandatori Case Closed.
Profile Image for Mohd Hafizuddin Mohamad Ghazali.
72 reviews8 followers
February 15, 2018
Mandatori. Ceritanya berat. Kena faham setiap cerita. Setiap cerita akan digabungkan dalam bab terakhir. Setiap watak semua berkait. Memang pening, tapi seronok membaca, penuh dengan teka-teki.

Amran mula berdendam apabila Tassan dihukum gantung sampai mati akibat difitnah mengedar dadah 2kg. 13 tahun kemudian, Amran yang berubah menjadi Bogart, Norman & Carlos memburu setiap pesalah yang berkaitan dengan keluarganya. 4 watak dalam 1 badan. Agak pening nak faham.

Dalam dalam kes dadah adalah Datuk Johari, Lim & Rama Candran. Datuk selamat dari dibunuh apabila tali yang menggantung lehernya diselamatkan oleh Hambali. Lim mati dibunuh oleh Amran & Rama mati dibunuh Lim. Amran @ Carlos ni macam apa spesial kuasa, 2 kali hanyut di laut, tak mati lemas pun.

Cerita pening sikit, kena banyak fokus baru boleh faham. Watak antara watak terbaik & banyak perlu kita berfikir. Plot terbaik. Mendebarkan. Tak sangka watak dalam 1 jasad. Padu!
Profile Image for Shah Si Pencinta Buku.
468 reviews42 followers
September 26, 2022
Berkisarkan tentang Carlos yang menjadi hakim sendiri atas ketidakpuasan hatinya terhadap institusi kehakiman. Siapa yang diadilinya pasti dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Penyakit mental adalah antara isu yang cuba diketengahkan dalam novel ini. Namun SH merasakan ML yang mempunyai split personaliti tidak ditampilkan dengan cukup baik. Masih ada ruang penambahbaikan.

Penceritaan agak perlahan namun aksi aksi pembunuhan dan beberapa situasi lagi mampu memberikan efek suspense dengan baik.

Pembangunan watak Carlos dipaparkan dengan baik hingga buatkan SH merasa kasihan dengan hidupnya yang sentiasa dirundung derita. Pelbagai ujian dan cabaran ditempuhi hingga membuatkan dia jadi begitu.

Penulis juga menerapkan pegangan agama yang baik dan keadaan yang tenang mampu meredamkan watak jahat dalam diri Carlos .
Profile Image for Su Zainudi.
145 reviews
September 8, 2024
Satu cerita yang menarik.Di awalnya agak pening sedikit dengan time line yg digunakan namun berjaya disusun dengan baik. Cuma ada sesetengah dialog yang sekejap menggunakan aku dah sekejapnmenggunakan saya yg sedikit merencatkan speed pembacaan.

Oh ya, saya rasa ending untuk watak-watak lain agak tergantung. Selepas kejadian di Tanjung Aru, apa jadi pada Juliana yg mencintai Norman? Apa jadi pada Kelvin dan cinta tiga seginya Jane dan Sherry? Adakah Bu Piah, Hambali dan Nurimah tak cari Amran tu?

Overall masih best dan thrill.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for faryna syaza.
76 reviews14 followers
June 24, 2021
Sakit jantung ye baca. Macam nak terkeluar dah. Ingatkan Carlos tu orang lain rupanya personaliti yang lain Masya-Allah.
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
January 24, 2023
🎃 Rasa nak protes tak mahu keluar dalam dunia Mandatori.Aku harapkan watak Norman dapat akhir yang baik.Namun aku tanya diri, baik yang macam mana? Jika peluang kedua itu tak diwujudkan oleh penulis. Apa nasib Norman selepas itu? Akurlah! Tetap sama.Sakit! - Jalan cerita perlahan diawalnya namun hujung² suspen itu membuak mahukan identiti penegak keadilan terlerai.Plot twist gempak buat aku dirundung kesian. Akhir,nampak cantik tapi tinggal secebis pahit😕

🎃Bermula dengan Tassan, pemandu kepada seorang berpangkat Datuk, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Tassan golongan yang mudah untuk dikorbankan oleh golongan kayangan.Meninggalkan balu dan 2 orang anak.Penderitaan si ayah bukan hanya ke liang lahad tapi anak² mereka turut jadi mangsa buli anak² orang kaya. Iaitu Juliana, Jane dan Kelvin.Wujud watak Carlos menggelarkan dirinya Penegak Keadilan. Munculnya di 'malam tiba'.Dialah hakim,peguam dan pendakwa raya.Kes ditangannya bakal tertutup dengan hanya satu hukuman yakni Mandatori(Hukuman Mati).Tanpa dibicarakan bahkan rayuan.

🎃Pembaca akan ligat fikirkan siapa CARLOS?Diakhirnya aku jumpa siapa 'kepala' mereka. Carlos tak keseorangan di dunia perundangannya.Dia 'dibantu' oleh Amran,Bogart dan Norman. Aku mengagumi Norman si misteri itu, tapi nasibnya adalah paksaan keadaan.Tak henti pada nama² tersebut, akan disajikan dengan watak yang juga tertanya iaitu siapa identiti Bilal Piut?

🎃 Jemputan Tan Sri Abdullah ke rumah lama itu jadi Mahkamah ciptaan dunia Mandatori ini. Kumpulkan semua Datuk Johari, Juliana, Jane,Kelvin,Sherry, Hambali,Nurimah,Bu Piah dan Rita Lee untuk dibicarakan. Berserta tali gantung disekitarnya untuk dihukum serta merta. Kisah Psycho-thriller yang terlajak teruja disaksikan. Peminat RAM pasti tahu walau cerita thriller tetap dihidangkan tentang cinta, keagamaan,kekeluargaan dan moral kemaafan dan bagaimana kebaikan merejam kejahatan dalam gelodak jiwa yang bercelaru.

P/s: CARLOS tetap satria 'hitam' yang muncul di malam tiba, bagaikan Keluang Man buat aku,walau caranya tak mulia😅 Aku teringat Mikhail karya RAM juga dalam diri Carlos!
Profile Image for bunga.
26 reviews2 followers
September 6, 2020
Mengisahkan tentang dendam Carlos atas hukuman yg telah dikenakan kepada seorang driver atas kesalahan dituduh mengedar dadah, iaitu mati mandatori. Novel ni banyak mengajar tntg ilmu psikologi especially dalam novel ni ada byak ilmu pasal jenis² kecelaruan personaliti. Ceyyy formal lak ayat kahakahkah. Mungkin sbb aku dah baca seksyen 302, so aku boleh teka who is Carlos actually cey tpi aku curios mcamna writer nak make this story with power ending centuhhh. Mmg power 👏 confirm korang baca sehari je sbb curiosity tu tinggi bila baca this novel even tebal! i think drama mandatori Aeril Zafril berlakon tu based on this novel tpi aku xtau nk cari mana drama tu, just tgok youtube ada sipi2 je trailer. Mybe dkt viu kut.

Fav quote dlm novel ni !
" Kenangan tidak mungkin mati. Kenangan itu seperti bernyawa dan terus hidup" m/s 76.
Profile Image for Khaidir Othman.
5 reviews1 follower
June 5, 2025
"Mandatori" oleh Ramlee Awang Murshid adalah sebuah thriller yang mendebarkan yang mempamerkan gabungan tanda tangan pengarang antara suspense dan perancangan yang rumit. Cerita ini berputar sekitar tema keadilan, moraliti, dan kerumitan hubungan manusia, dengan latar belakang jenayah dan intrik.

Watak-wataknya dibangunkan dengan baik, dengan setiap satu memainkan peranan penting dalam memajukan naratif. Perjalanan protagonis adalah sangat mendalam dan emosional, ketika mereka mengharungi pelbagai cabaran dan menghadapi dilema moral. Gaya penulisan Murshid sangat menarik, dengan deskripsi yang hidup yang menghayati pembaca dalam jalan cerita.

Secara keseluruhan, "Mandatori" adalah bacaan yang menarik untuk peminat genre thriller, menonjolkan kemahiran Ramlee Awang Murshid dalam menghasilkan naratif yang menarik yang berkesan dengan pembaca.
6 reviews
January 10, 2023
Tidak boleh dinafikan kemahiran penulis Ramlee Awang Murshid dalam sebuah penceritaan novel thriller.

Walaupun thriller dalam novel ini tidak seberapa tinggi seperti buku beliau yang lain. Namun buku ini tidak boleh dinafikan kehebetannya.

Cerita ini sangat menarik yang cara penceritaan seperti tanyangan drama bersiri di televisyen yang mana plot nya sangat laju dan bertukar-tukar.

Cerita boleh dihadam dengan mudah dan jalan cerita yang menarik menyebabkan pembaca terus membaca hingga akhir.

Tahniah keep it up
Profile Image for Ungu Karmila.
73 reviews3 followers
June 12, 2022
September exposure

Bil:3

Mandatori
Ramlee awang murshid
Alaf 21
509 ms

Review ringkas:
Fuhh..puas hati bl dpt merungkai siapa sbnr nya amran,norman,bogart,carlos & bilal piut.org yg sm dgn watak yg berlainan.
Setiap watak pula berlainan karekter..mkin pening jd nya.hahaha..
Rs nya satu2 nya nvl ram lmbt abis bc..sbb kene hadam setiap karekter watak.

"Subhanallah! Maha Suci Engkau Ya Allah. Ajal maut hnya dlm ketentuan-MU.
Subhanallah..Subhanallah", -ms 492

★★★★
60 reviews1 follower
August 19, 2024
RAM ni buku dia memang plot twist amazing. idea cerita tu memang A+, saya suka.. tambah2 buku ni ada berkait dengan mental health issue, issue yang tak banyak saya baca penulis buat karya tentang ni (pendapat saya)..

cuma ada sikit yang saya kurang sampai almost to reading slump, buku ni banyak character, penceritaan kadang ada repetition sikit, dan perkembangan lambat.
Di tengah2 novel tu dah start rasa bosan, tapi teruskan sebb dah beli dan ini buku RAM.

Profile Image for americanobam.
93 reviews1 follower
July 8, 2025
Rasanya macam semua dah tahu karya RAM memang best. Bila baca watak Carlos terus teringat Kim Se Gi from Kill Me Heal Me. If minat kdrama tu boleh proceed with this book but without any romance la. Cerita ni awal awal boleh agak lah abit predictable maybe sebab dah banyak baca buku RAM and genre macam ni but last last FUH MINDBLOWING SANGAT. Plot twist dia NGAM jugak. 5/5 ⭐️ for me best weh. 🫶🏻
- family, friendship value
- revenge
Profile Image for AinShariff.
2 reviews
April 7, 2023
Menarik juga plotnya, ada melibatkan kecelaruan identiti. Cuma sedih sebab ceritanya tak happy ending. Untuk watak utama, untuk Sofia, untuk Juliana, dan jugak Bu Piah.

Terima kasih Ramlee Awang Murshid. Ganbatte nee.
Profile Image for fatin.
196 reviews3 followers
November 5, 2023
Alhamdullilah selesai baca karya ini.
Best itu best juga cuma ending dia kurang memuaskan bagi aku.
overall this book buat tertanya-tanya apa kan jadi.
berserabut sikit bila dah nak habis itu tapi still boleh hadam.
Displaying 1 - 30 of 73 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.