Goodreads Malaysia discussion

82 views
Arkib (50 Buku Setahun 2010) > Isma:50 TERPILIH

Comments Showing 1-37 of 37 (37 new)    post a comment »
dateUp arrow    newest »

message 1: by Isma (new)

Isma | 682 comments 1.Meretas Kebebasan(Mawakib Al Ahrar--terjemahan Indonesia)-Najib Kailani

2.The Best American Essays 2009

3.Self-Editing for Fiction Writers, Second Edition: How to Edit Yourself Into Print (Paperback)

4.Girls of Riyadh(terjemahan Indonesia)--hampir setahun saya membacanya baru selesai tahun ini.

5. Islam Hadhari--Abdullah Ahmad (Saya terbaca buku ini)

Setakat itu dulu. Kalau ada masa akan tambah lagi.Ada beberapa buah buku Islam liberal sudah dibaca tetapi belum betul-betul 'masuk'.


message 2: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments wahhhh isma. hang dah mai!

welcome, welcome. :)


message 3: by Isma (new)

Isma | 682 comments yang tentunya saya tidak dapat memintas Aidura yang sudah laju.. Saya Made in Thailand.:)


message 4: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Isma, bukan ras bangsa sebagai penentu tingginya martabat ilmu pengetahuan.

Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan dalam Islam.

"Tuntutlah ilmu; dari dalam buaian sehingga ke liang lahad".

"Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara China".


message 5: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Isma, mana buku Thai? :D


message 6: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Macamana buku no. 5 tu Isma boleh 'TERbaca'? Hehehe


message 7: by Nursyari (new)

Nursyari | 27 comments nice quotes Aidura


message 8: by Isma (new)

Isma | 682 comments Najibah wrote: "Isma, mana buku Thai? :D"

Kak, kalau senarai nanti terlebih pula. :)Di laman sosial bahasa Thai--ok nation.

Kataklicik,
eh silap, bukan terbaca tapi terpaksa baca, untuk sebuah tugasan--kenangan Pak Lah.

Kak Aidura,
Thailand tidak sempat membaca, sibuk dengan demontrasi.

Isma--benci baju merah, benci juga baju kuning.


message 9: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments wah.. 50 terpilih.. yang tak terpilih mesti lagi banyak.. Bagus2


message 10: by Isma (new)

Isma | 682 comments 6. Kritik Sastra Indonesia Moden-Pradopo.
--Gagagasan Persuratan Baru belum khatam lagi

7. Jerusalem; Kesucian, Konflik dan Pengadilan Akhir- Trias Kuncahyono.

Kawan saya larang buku ini, kerana penulis seorang Katholik. Memang betul, dia melihat penyelesaian masalah Asia Barat menurut wacana plurelisme.


message 11: by Isma (new)

Isma | 682 comments Fariza wrote: "wah.. 50 terpilih.. yang tak terpilih mesti lagi banyak.. Bagus2"

50 buku yang beri kesan emosi pada saya; marah, geram, suka, senyum sendiri, sukar hendak tidur,tak lalu makan, jatuh cinta, pedih tengkuk,dan lagi-lagi termasuk sebak.Tapi tak menangis.


message 12: by Najibah, Penterjemah yang mencintai kata-kata (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2877 comments Mod
Wah, dahsyat Isma - TERPILIH.

Tapi tak apalah, akak pilih sebelum baca :D


message 13: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Impak maksima, isma. impak maksima. :)


message 14: by Isma (new)

Isma | 682 comments 8. Catatan Harian Sandera GAM(GERAKAN ACHEH MERDEKA); kisah nyata Safrida dan Soraya.

Tahun 2008 saya mula membaca,dan baru menghabisnya.Ia memberi kesan, setelah saya baru tahu baru-baru ini bahwa Panglima Perang GAM Ishak Daud telah lama terbunuh dalam kontak senjata.Rasa sangat sedih, Ishak Daud tidak dapat menikmati kedamaian di Acheh.

Dalam catatan ini,sosok Ishak Daud dicerita seorang pemberontak paling berani, kuat beragama,tenang, cekal dan pelbagai yang positif oleh tawanannya meski peluru berdesing di atas kepala.

Moga Allah merahmati roh Ishak Daud!


message 15: by Isma (new)

Isma | 682 comments 9.The Best American Travel Writing 2005.


message 16: by Isma (new)

Isma | 682 comments 10.Sang Jendral dalam Labirinnya--Gabriel García Márquez.

Ternyata Janderal Simon Bolivar 'si pembebas' hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas dari mati.

Marquez membawa saya semula pada masa-masa 'pemberontakan' remaja dulu,Jenderal Bolivar antara tokoh Amerika Latin menjadi kegilaan saya, selain Fidel Castro.Pernah juga saya mengangumi presiden Kim, Korea Utara.Masa itu, saya cita-cita mahu jadi diktator!


message 17: by Isma (new)

Isma | 682 comments 11.CONSPRIRACIES, CONSPIRACY THEORIES & THE SECRETS OF 9/11 -- Mathias Bröckers

Saya agak terlewat membacanya. Mungkin kita sedang berada dalam ''Brainwashington DC''?


message 18: by Isma (new)

Isma | 682 comments 12.Kembara Seorang Hamba--Shahnon Ahmad.

Mungkin kita juga satu hari nanti akan lemah di perbaringan dan menunggu saat kematian menjemput yang entah bila.Saat-saat inilah yang sedang dihadapi Shahnon Ahmad sekarang, menunggu mati!

Bebelan orang tua ini sangat mengesankan.


message 19: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Isma wrote: "12.Kembara Seorang Hamba--Shahnon Ahmad.

Mungkin kita juga satu hari nanti akan lemah di perbaringan dan menunggu saat kematian menjemput yang entah bila.Saat-saat inilah yang sedang dihadapi Shah..."


Wow! mesti memberikan peluang kepada diri sendiri untuk baca buku ni.. MENGESANKAN?


message 20: by Isma (new)

Isma | 682 comments Buat diri saya. Mungkin orang lain akan merasa bosan dengan bebelannya.

(Dulu saya tidak suka cara Shahnon Ahmad menulis.)


message 21: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Wah! Buku2 pilihan Isma memang mantap! :)


message 22: by Isma (new)

Isma | 682 comments 13.Akhbar Saudara Pencetus Kesedaran Masyarakat Melayu--Siti Rodziyah Nyan

Jarang saya pilih buku terbitan DBP.Tapi seronok juga baca ini. Seakan-akan kembali ke era datuk nenek kita dulu sebelum perang dunia kedua pecah.Betapa masyarakat Melayu di zaman itu lebih kurang zaman ini juga. (Maaf, saya lihat dari sisi lain).

Contoh, akhbar Saudara juga banyak kali menyuara kecaman terhadap perempuan Melayu terlibat dengan kaberat dan ronggeng yang menjerumus mereka ke lembah pensundalan.

''Ada juga kudapat ketahui puteri-puteri itu dipakai oleh Cik Baba-Cik Baba, maka itu lain pula hadiahnya. Jadi nyatalah puteri-puteri ronggeng itu satu daripada persundalan juga.''

Dan yang peliknya, akhbar Saudara juga mengiklan kaberat-kaberat. Lebih kurang sekarang ini, berbuih cakap judi haram tetapi akhbar Melayu tetap lekat dengan iklan judi. Semuanya berbalik kepada wang!

Begitu juga kebebasan akhbar. Sejak dulu lagi akhbar Melayu tidak bebas dan berpihak. Penuh dengan cela mencela antara kaum muda dan tua yang menjadi isu ketika itu. Dan akhbar Saudara pro kaum muda. Betul, ia ditubuh oleh pihak berkepentingan.


(Bolehkah tulis ulasan di ruangan ini?)


message 23: by Isma (last edited Aug 22, 2010 08:13PM) (new)

Isma | 682 comments 14. The Ornament of the World: How Muslims, Jews and Christians Created a Culture of Tolerance in Medieval Spain--Maria Rosa Menocal.

(Saya baca terjemahan Indonesia, Sepotong Surga di Andalusia.Bila geger pasal khutbah jumaat, saya tersengih sendiri bila baca buku ini semalam. Siapalah ulama yang sebenar di Malaysia. Esok-esok mungkin akan ada buku, Aku Pun Ulama)

Ia sudah tidak tahan lagi. Dia ulama, ulama fekah. Dia pewaris Nabi. Dia pikul bertanggungjawab. Dan dia mesti menegur!

Pada suatu Jumaat, Ulama Fekah ternama Andalusia itu mengeluar cemuhan terbuka buat pemimpinnya, Khalifah Abd Al-Rahman 111 kerana tidak hadir solat Jumaat sudah banyak kali berturut-turut. Ini sudah lebih, mentang-mentang dia Khalifah!Ketidakhadiran sang Khalifah disebabkan beliau sibuk dengan projek pembangunan Madinah al-Zahrah, sebuah taman syurga yang di dalamnya hanya yang indah-indah sahaja akan dibuat.Mungkin saya mengagak di benak ulama itu menyoal, apa jenis pemimpin Islam ini?Ooo, bila kita tiap-tiap khutbah Jumaat sentiasa berdoa untuknya--semoga Khalifah Dunia Islam diberkati--dia senang lenang asyik membina perhiasan dunianya!

Namun, seperti yang sudah jangka pengarang buku ini, Maria Rosa Menocal menganggap teguran ulama itu dilebih-lebih oleh penulis sejarah Islam.Dan Menocal berpendapat kejatuhan Empayar Andalusia bukan disebabkan oleh para pemimpin semakin tidak islamik tetapi ia disebabkan oleh tingkah laku pemimpin Islam yang ektrem dan terlalu puritan yang tidak senang dengan toleransi, termasuk menghancur taman Madinah Al-Zahrah yang didirikan patung-patung, misalnya.Saya tidak setuju!

Meskipun Menocal dalam buku ini mengangkat kaum Yahudi dengan mengatakan inilah period keemasan Yahudi di bawah penguasaan Islam sampai ada yang dilantik sebagai Perdana Menteri, menteri luar dan panglima perang.Hingga sesetengah bab membuat saya kurang senang.

Apa pun, secara keseluruhannya ia sebuah buku sejarah yang paling bagus ditulis, bagus dari segi cara penceritaan. Seolah-olah kita membaca novel.Kalaulah buku sejarah ditulis dalam bentuk ini, kan baik.Patutlah, awal-awal muka surat lagi Menocal telah memuji penyuntingnya, Bill Phillips.

Baru saya tahu, bagi orang barat mereka anggap penterjemah Kristian di Andalusia yang menerjemah buku-buku bahasa Arab untuk mencari ilmu di dalamnya sebagai ''pengembara'' bukannya penterjemah.Pengembara bunyinya lebih mulia.


message 24: by Aidura (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments @isma, knp tak senaraikan buku2 yg lelain? :O


message 25: by Isma (new)

Isma | 682 comments Hanya yang terpilih.:)


message 26: by Fariza (new)

Fariza | 736 comments Inilah keunikan Isma.. Betul tak?

Only the best belong to the selected list..


message 27: by Nazmi, Pengarang akhbar dan kreatif (new)

Nazmi Yaakub | 2456 comments Mod
Isma wrote: "14. The Ornament of the World: How Muslims, Jews and Christians Created a Culture of Tolerance in Medieval Spain--Maria Rosa Menocal.

(Saya baca terjemahan Indonesia, Sepotong Surga di Andalusia.B..."


maksud tersirat yg selalu disembunyi2kan ialah org yahudi mendapat kehidupan yang menyenangkan adalah di bawah pemerintahan khilafah Islam.


message 28: by Isma (new)

Isma | 682 comments Nazmi wrote: "Isma wrote: "14. The Ornament of the World: How Muslims, Jews and Christians Created a Culture of Tolerance in Medieval Spain--Maria Rosa Menocal.

(Saya baca terjemahan Indonesia, Sepotong Surga d..."


Betulah, saya hampir tak perasan.

15.Negeri Lima Menara--A. Fuadi.

Aku pilih buku ini.Terpaksa aku baca perlahan-lahan takut cepat habis.


message 29: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 998 comments Mod
Isma wrote: "Nazmi wrote: "Isma wrote: "14. The Ornament of the World: How Muslims, Jews and Christians Created a Culture of Tolerance in Medieval Spain--Maria Rosa Menocal.

(Saya baca terjemahan Indonesia, Se..."


Isma, apa komentar tentang Negeri Lima Menara? Terpandang buku ini di Popular tengahari tadi, tapi hanya membeli Alexander adalah Zulqarnain yang menjadi buku Ganding Baca bulan ini.


message 30: by Isma (new)

Isma | 682 comments Tok,
Sebenarnya saya teruja nak tahu, bagaimana A. Fuadi boleh menjadi wartawan majalah Tempo pimpinan Geonawan Mohamad yang dilabel kuat sebagai 'Islam liberal' sedangkan dia belajar pondok, Pondok Madani(PM).Apa pondok itu ajar?

Bahasa pengantar di PM adalah bahasa Arab dan Inggeris.

Aik, macam pelik pula baca novel ni, sedangkan aku penyokong kuat pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Ibunda.


message 31: by Welma (last edited Sep 13, 2010 06:33AM) (new)

Welma La'anda | 194 comments Isma wrote: "Tok,
Sebenarnya saya teruja nak tahu, bagaimana A. Fuadi boleh menjadi wartawan majalah Tempo pimpinan Geonawan Mohamad yang dilabel kuat sebagai 'Islam liberal' sedangkan dia belajar pondok, Pondo..."


Isma,
Pondok Madani tu nama samaran sahaja. Negeri 5 menara ni cerita pengalaman a fuadi di pondok modern gontor. Makcik saya ada menghantar anaknya mengaji di sini. Ini membuatkat saya teruja mahu mengetahui sistem pendidikan gontor. Tapi, melalui Youtube, gambarnnya sama seperti dalam novel menara.

Makcik saya kata, guru2 di sana tak terima bayaran gaji langsung. Bayangkan kat pondok tu ada banyak guru yang memberi pendidikan percuma. semua free, ..Kebanyakan lepasan pndok itu pun akan kembali berkhidmat di sana, free of charge ...lagipun, student dia memang tak akan terima certificate..ini adalah sebahagian pendidikan untuk melatih guru dan pendidik agar ikhlas menuntut dan memberi ilmu

ada sebab musababnya kenapa tak boleh berbahasa indonesia, kena tengok dari sudut positif, mungkin antara misi mereka adalah mahu mengeluarkan kader2 yang bersifat internasional.


message 32: by Isma (new)

Isma | 682 comments Adakah ia dipimpin oleh Amein Rais?


message 33: by Isma (new)

Isma | 682 comments 16.CHANGI:Tahun-tahun Gerhana 1941-1945-T.P.M Lewis

Terbit tahun 1993(aku tak pandai baca lagi masa ni).

Dalam banyak buku yang aku timbun dalam seminggu dua tentang perang, hanya buku ini yang aku baca habis.Ia memberi gambaran dari sisi lain, tentulah orang putih ini mempelihatkan dia sebagai orang baik diseksa oleh oleh orang jahat, Jepun.

Aku suka baca diari orang.Selalunya diari akan ada kejutan di setiap halaman.

Aku tertarik dengan beberapa catatannya.

Pertama, tentang perempuan Melayu dirogol oleh Jepun, dan si ayah telah membalas dendam dengan membunuh askar Jepun.Baru-baru ni ada perbincangan dengan kawan-kawan, persoalannya mengapa perempuan Melayu yang menjadi mangsa hamba seks Jepun tidak menuntut bela(menyaman kerajaan Jepun--setahu aku tak ada) seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita Filipina, Korea, Cina, Thai? Kerana Malu?Takut Aib?Dan juga mengapa dalam catatan sejarah yang ditulis oleh orang Melayu SUKA mengguna terma 'dikhianati' yang merujuk kepada mangsa rogol tentera Jepun buat perempuan Melayu?Bunyi sopan?

Kedua, tentang orang Yahudi yang juga di tahan di Changi.Sungguh orang Yahudi,duduk dalam tahanan pun sempat lagi menguasai orang lain--suka ambil untung atas catuan makanan!

Dan banyak lagi......


message 34: by Isma (last edited Sep 28, 2010 01:00AM) (new)

Isma | 682 comments 17. Tausuq dan Kesultanan Sulu--Asree Moro

Buku yang diterbit sendiri penulisnya pada tahun 2007.Sebuah buku yang sedikit sebanyak membuat saya tahu tentang permasalahan di Selatan Filipina dan Sabah.

Saya suka catatan ini yang dirakam Dr. James Ongkili, ''.....Filipina telah membelasah kuda mati dan Malaysia teragak-agak untuk mengubur bangkainya sementara Sabah terpaksa menghidu bau busuknya.''

Sampai hari ini Sabah berbau busuk!Selagi konflik di Selatan Filipina tidak selesai.

*Buku ini lemah suntingannya


message 35: by Welma (new)

Welma La'anda | 194 comments Isma wrote: "Adakah ia dipimpin oleh Amein Rais?"

Maaf ya lambat reply. Tidak. ia tiada kena mengena dengan Amein Rais. :)


message 36: by Isma (new)

Isma | 682 comments 18. Garis Sempadan, E Pian Pro Poul

Aku jadi dengki baca buku ini, http://aebooker.blogspot.com/2010/10/...

Dan sedih...Aku pernah sekolah di Kelantan juga.


back to top