What do you think?

Split
MARYAM, gadis yang umurnya kian lanjut usia dan belum terbuka pintu hatinya buat sang arjuna setelah pernah dikecewakan…Sehinggalah dirinya mula didatangi seseorang yang baik bicaranya, murah dengan senyumannya. Tanpa diduga, mereka berdua menetap di bawah satu kondo yang sama!
“Kenapa saya tak pernah nampak awak?” – MIKAEL
“Resident kat sini mungkin beribu. Probability awak nak terserempak dengan saya macam satu nisbah tujuh ribu. So, memanglah kita tak pernah terserempak.” – MARYAM
Hari demi hari pun berganti sehinggalah karakter yang berbeza dalam tubuh yang sama buat pertama kali muncul di hadapan Maryam! Jejaka penuh misteri itu kadang-kadang boleh berubah menjadi seorang pemarah, kasar, jahat dan semua sikap mazmumahlah senang cakap!
“Hoi? Kau hoikan aku? Aku ada nama okey. Nama aku bukan hoi. Hafez. H-A-F-E-Z. Hafez.” – HAFEZ
“Mikael, tak payah nak main-mainlah! Siang tadi awak tak buat perangai macam ni pun.” – MARYAM
Persoalan mula bermain di minda Maryam. Siapa MIKAEL? Dan siapa pula HAFEZ? Belum lagi reda hal Mikael dan Hafez, muncul pula karakter kanak-kanak bernama Adam yang mencari ibunya! Bertambah kalut Maryam jadinya! Siapa pula ADAM? Perhubungan Mikael dan Maryam semakin rapat dan hampir beralih ke gerbang perkahwinan setelah desakan daripada ayah Maryam yang tak habis-habis meminta supaya Maryam segera berkahwin. Pada waktu itu, Maryam merasakan Mikael calon yang paling layak. Setelah berkahwin, ada lagi kejutan yang dialami Maryam. Kejutan apakah itu? Ada tiga sahajakah personaliti Mikael? Akan tersingkapkah lagi personaliti Mikael yang belum diketahui Maryam? Mampukah Maryam terus hidup dengan karakter-karakter lain Mikael? Semuanya akan terjawab dalam Split.

- GenresRomance
528 pages, Paperback
First published January 1, 2017
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 1 of 1 review
May 18, 2018
SPLIT - berbaloi baca buku ini. Kisah yang lain dari yang lain. Garapan yang menarik dan mudah untuk difahami. Hero yang ada pelbagai perangai dan heroin yang determine.
Aku memang suka baca cerita yang heroinnya cekal, berdikari dan berusaha untuk menyelesaikan masalah sendiri. Begitulah Maryam, seorang yang sangat berdikari. Kisah 7 tahun lalu mengubah dirinya. Apa yang penting, dia jadi lebih baik.
Mikael, seorang manusia yang rare dan jarang ditemui. Masa awal tu, Maryam macam pelik dengan perangai Mikael ini, kejap gentlemen habis, kejap marah, ganas dan tak kisah dengan dia. Sampai satu hari, baru Maryam tahu akan kebenarannya.
Maryam perlu berdepan dengan semua personaliti Mikael pada masa yang tak kena. Bila dia nak jumpa Hafez, sekali yang keluar Dhia. Aduiii, pening kepala macam ni. Buku ini seronok untuk dibaca dan memang sesuai buat semua lapisan umur.
Cuma, aku rasa Mikael macam tak nak sembuh je dari penyakit dia. Tak ada pula diceritakan usaha yang dia lakukan untuk menjadi sihat. Lepas diorang kahwin dan ada anak pun, dia masih begitu. Anak-anak dia tahu dan kenal semua personaliti yang ada. Takkan lah budak ni tak takut dengan bapa diorang yang ada macam-macam gaya ni. Hehehe.
Satu saja aku nak pesan, jangan ambil mudah tentang mental illness. Kalau korang jumpa, make sure support them and advice them to see the doctor.