Jump to ratings and reviews
Rate this book

Priiit!

Rate this book
Hidup ini padang uji. Laksana pelawanan bola sepak yang menguji kehandalan seorang pemain, kemantapan sebuah pasukan, dan lebih daripada itu, menguji kedirian insan telus tulus, jujur, setia kawan.

Nizam terasuh oleh prinsip. Biar dia harus berdepan dengan sesiapa pun. Ibarat perlawanan di padang yang diadilinya, hidup fitrahnya menuntut keadilan, walau ditentang, walau dihalang. Tidakkah hairan, YB merayu agar kekerasan yang berlaku atas nama sukan disenyapkan daripada penguasa undang-undang?

Antara rasa hormat dan tertindas, dia bingkas bertindak. Gumpalan akhbar, kad nama, nomor siri pada bingkai kaca mata, rakaman suara, gambar foto, kesan tayar, serta banyak lagi dikumpul sebagai bukti...

Kerana perlawanan bagi mereka hanyalah perlagaan, bola sepak bukan lagi lapangan sukan arena laba dan kuasa bahkan.


______________________________
Novel ini telah memenangi tempat KETIGA
Pertandingan Novel Remaja
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004
Pertama Advencer Si Peniup Ney Faisal Tehrani
Kedua Detektif Indigo Faisal Tehrani
Ketiga Priiit! Alias Ismail

282 pages, Paperback

First published June 15, 2005

3 people want to read

About the author

Alias Ismail

9 books1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
1 (14%)
3 stars
3 (42%)
2 stars
2 (28%)
1 star
1 (14%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
July 29, 2017
Priiit! Alias Ismail. Utusan Publications. 2004.

1. Novel ini merupakan Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2014 Kategori Novel Remaja.

2. Priiit ! mengisahkan pengadil bola sepak yang teraniaya.

3. Pengadil-pengadil ini menjadi mangsa percaturan perlawanan bola sepak.

4. Bukan senang rupanya nak jadi pengadil bola sepak.

5. Aku ingat jadi pengadil bola sepak ini sekadar meniup wisel, mengangkat bendera, bagi kad, bagi sepakan percuma & sepakan penalti.

6. Pengadil bola sepak ini boleh diibaratkan seperti hakim yang menegakkan undang-undang di tengah padang.

7. Jalan cerita Priiit! takde lah berat sangat. Seronok untuk dibaca.

8. Di dalam Priiit ! ni, watak Nizam sebagai pengadil bola sepak bertukar kepada detektif separuh masa.

9. Nizam menjadi detektif untuk mencari siapa dalang sebenar yang menganiaya mereka sebagai pengadil perlawanan bola sepak.

10. Aku bagi 3 bintang untuk novel ini. Selamat membaca.

#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breathNread
Displaying 1 of 1 review