Selepas mengharungi pengembaraan yang penuh mencabar di hutan Amazon dan pulau tandus, kini Leo bersama pak cik dan Paula bertolak ke Gurun Sahara! Sesat di kawasan paling terpencil telah membuatkan mereka menggunakan pelbagai helah untuk meneruskan hidup! Bagaimanakah mereka bertiga dapat menyelamatkan diri di gurun tersebut?
Pengetahuan am tentang ikhtiar hidup di gurun boleh dikatakan lengkap. Aku pun takde komen untuk pengetahuan am. ilmu tu boleh diguna pakai untuk kecemasan. Cuma masalahnya pada cara pengetahuan am tu diimplementasikan dalam jalan cerita. Takde kesinambungan. Terlalu dipaksa.
Upon reading that my friend bought this for her son, I decided to give it a try.
Komik ini menarik, menghiburkan, cuma ada beberapa 'scene' yang agak melampau yang saya kira kurang sesuai untuk anak-anak, kerana jenakanya agak kasar, malahan ada beberapa fakta yang kurang tepat seperti wanita Islam diwajibkan berpurdah, juga Arab Badwi makan kucing.
Komik terbitan gempakstarz ini amat bermutu dari segi kualiti isinya. Pembawakan yang santai sambil di selitkan fakta2 yang tepat dan berinformasi amat membantu pembaca untuk mengingat.