Jump to ratings and reviews
Rate this book

Wasilah Cinta Weera

Rate this book
Sebuah kisah yang sarat makna kasih sayang sesama manusia. Ia menawarkan keharuan ikhlasnya perhubungan antara Weera dan Ray, dua sahabat yang disalah erti hubungan hanya kerana mereka lelaki. Namun pada mereka setiap manusia boleh berbicara soal keteguhan hati, kasih dan keikhlasan asalkan ia kerana Allah.

Ujian Allah akhirnya menyentuh Weera. Fitnah tidak malu-malu menghambur namun Weera tetap teguh kerana dia percaya ujian mendatangkan kebahagiaan untuk sesiapa yang mengertikannya.

Pengertiannya, menitis lembut pada kata 'Wasilah Cinta Weera'.

607 pages, Paperback

First published January 1, 2010

10 people are currently reading
162 people want to read

About the author

Rose Harissa

35 books220 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
131 (53%)
4 stars
75 (30%)
3 stars
29 (11%)
2 stars
9 (3%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 48 reviews
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 17, 2013
Ini sebuah kisah cinta. Tapi definisi cinta di sini memang dari perspektif yang lebih luas. Bukan sekadar cinta antara lelaki dan wanita, tapi lebih kepada rasa cinta sesama manusia secara umumnya. Memang kalau kita lihat dari sudut pandangan 'biasa' kita akan rasa hubungan antara Ray dan Weera tu memang ada 'sesuatu'. Tapi, jika dilihat dari sudut ukhuwwah dan apa yang dipraktikkan dari zaman Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda, rasa cinta yang dipamerkan antara Ray dan Weera itu bukanlah sesuatu yang menyalahi etika perhubungan antara manusia pun. :)

Bacalah kisah ini dengan mata hati dan anda pasti akan terkesan dengan setiap mesej yang disampaikan dalam naskhah ini.

Jujurnya saya banyak mengalirkan air mata ketika membaca kisah ini. Lebih-lebih lagi bila Ray disahkan menghidapi penyakit neuron motor. Sebak dan insaf bila memikirkan betapa mudahnya DIA menarik balik segala nikmat yang diberikan dengan sekelip mata. Dugaan demi dugaan menimpa dan Ray sangat tabah menerima semua dugaan itu. Subhanallah. Memang benarlah, semakin kita nak mendekatkan diri kepadaNYA, semakin banyak ujian yang bakal dihadapkan kepada kita. Mampu ke kita menghadapi sekiranya diduga sebegitu? Wallahu'alam.

Wasilah Cinta Weera mengisahkan Tajul Aweera (Weera) yang dapat petunjuk untuk berkahwin dengan Sari Ayu (Ayu) sebab Firdaus, tunang Ayu dah berkahwin dengan Jasnita, bekas teman wanita Weera. Yang hampehnya, Firdaus dok canangkan pada semua orang yang Weera merampas tunangnya.

Selepas berkahwin dengan Weera, Ayu dibawa masuk dalam kehidupan Ray dan Weera. Kalau nak kata Ayu tak ada rasa curiga tu memang bohonglah kan? Banyak kali juga Ayu tewas dalam melawan hasutan syaitan bila nampak kemesraan Ray dan Weera. Bertambah lagi curiga bila Firdaus juga sibuk mencucuk jarum, menabur fitnah untuk menghancurkan rumahtangga Ayu dan Weera. Namun berkat kesabaran Weera mendidik Ayu untuk menerima 'bentuk' hubungan baik antara Ray dan Weera dan juga campur tangan ibu bapa Ayu, akhirnya Ayu dapat juga menyesuaikan diri dalam hubungan erat itu. Siap rela nak tolong jagakan Ray masa Ray jatuh sakit :)

Ray ni sebenarnya penyelamat Weera bila Weera teruk kena belasah dengan ayahnya. Lepas tu Raylah yang Weera anggap saudara terdekat dan banyak mendidik Weera menjadi seorang yang berperibadi mulia. Jadi Weera memang sangat hormatkan Ray macam abang dan ayahnya. Hubungan rapat mereka yang bersandarkan ukhuwwah tu selalu disalah tafsir hanya kerana mereka tak berpenampilan ala-ala 'pakcik tabligh'. Itulah pemikiran tipikal masyarakat kan? :)

Dan itulah juga yang jadi modal untuk Firdaus menabur fitnah merata-rata. Nauzubillahiminzalik.

Saya sangat berpuas hati dengan pengakhiran Firdaus. Buat jahat memang balasannya setimpal. :)

Oh ya, sebelum terlupa. Buku ni walaupun tiada adegan romantik 'terlebih gula' tapi banyak adegan 'nakal' antara Weera dan Ayu yang tak sesuai dibaca oleh adik-adik yang masih bersekolah. Jadi, jangan sepah-sepahkan buku ya? ;)


Komen saya: Sebuah buku yang patut dimiliki. Banyak pengajaran dan input positif yang dapat dikutip dalam buku ini. Tahniah kak Rose untuk naskhah ini. Saya pun dah jatuh cinta dengan buku-buku PTS ni. :)
Profile Image for Ella.
794 reviews92 followers
November 19, 2018
Semasa membaca dah kata nak tulis begini. Pertengahan pembacaan kata nak tambah yg ini. Di akhir pembacaan, yg awal dan yg tengah kesemua ayat yg di rangka lost somewhere dalam ingatan.

Saya suka bahasa yang di gunakan dalam novel ini. Saya tak tahu kenapa ia di nukilkan dalam bahasa Indonesia mostly. Or maybe saya sahaja rasa begitu dan adakala rasa seperti orang lama2 berbual. Saya tetap suka. Walaupun ada perkataan saya tak faham, ia tidak membantutkan pembacaan kerana jalan ceritanya sendiri mudah nak di hadam.

Tajul Aweera Bin Tajul Arifin. Macam nama pendekar atau orang bangsawan. Mungkin bukan dari segi luaran tapi Weera adalah seorang pejuang yang hebat. Kekuatan dan kesabaran dia melawan arus fitnah, santau yg di lakukan oleh sahabat sekampungnya dan pandangan masyarakat terhadap hubungan akrabnya bersama Ray amat mengagumkan.

Jika saya menyampah dengan watak Jasnita yg menggelenyar, saya lebih menyampah dengan Sari Ayu yg hatinya lebih rapuh dan mudah terperdaya oleh bisikan anasir tentang suaminya sedangkan dia sudah di beri sedikit gambaran dan ada juga dia ketahui dengan menyiasat sendiri. Di suruh sabar juga nggak bisa. She is extremely annoying. Baru sahaja nak suka dengan watak dia, dia ulang lagi kesilapan yang sama. Adakah permintaan maafnya terhadap suami takde value? Sekurang2nya Jasnita akhirnya sedar dia sudah kehilangan permata yg di dambakan unlike Ayu.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 26, 2010
WCW membuka satu persepsi baru. Menyedarkan aku tentang cinta dan persahabatan. Dalam persahabatan memang adanya cinta dan cinta itu adalah suatu anugerah daripada Ilahi. Namun andainya ada cinta antara dua lelaki pastinya hati kita akan terselit rasa kurang selesa. Ini kerana kita selalu saja disogokkan yang hubungan cinta antara sesama lelaki bukanlah sesuatu yang normal. Namun dalam novel ini ia dikupas dengan baik sekali supaya kita memahami apa itu cinta yang terjalin antara golongan Adam dalam konteks persahabatan.

Tajul Aweera [Weera:] seorang lelaki yang cukup sempurna. Bukan sahaja baik, kacak, kaya dan bijak malah karismanya sebagai seorang lelaki memang sangat terserlah. Kesempurnaan itu membuatkan Sari Ayu [Ayu:] rasa kerdil untuk berdamping dengannya. Apatah lagi mereka berkahwin bukan kerana cinta. Weera mengahwini Ayu di saat-saat akhir apabila gadis itu ditinggalkan oleh tunangannya, Firdaus.

Perkahwinan mereka banyak geloranya. Walaupun tanpa sebarang rasa pada mulanya, akhirnya Weera menemui cinta di dalam hati isterinya. Namun dek kerana hasad dengki, Ayu mudah sangat diperdaya. Perhubungan yang terjalin erat antara Weera dan Ray sering disalah anggap. Dia mencurigai persahabatan antara mereka walaupun sudah terang Weera mengakui yang dia amat mencintai Ayu. Mungkin kerana hasutan dan juga fitnah yang ditabur oleh Firdaus menyebabkan rasa percaya Ayu goyah.

Namun dugaan yang melanda Ray mula membuka mata nurani Ayu. Benarlah, persahabatan yang terjalin antara Ray dan suaminya adalah ikhlas kerana Allah. Cinta sesama manusia yang dia sendiri gagal untuk mentafsirkannya. Sedangkan cinta itu terlalu besar maknanya. Ayu mula mengerti akan hal itu. Apatah lagi apabila mendengarkan sejarah hidup Weera yang dahulu. Betapa Ray itu penyelamatnya, yang membentuk Weera menjadi ‘orang’ di masa ini.

Tetapi ujian itu ada di mana-mana. Di saat Ayu mula menghargai persahabatan suaminya, Ray dijemput pergi. Kehilangan itu terlalu menyakitkan. Weera terlalu patah hati dan aku kira nasibnya sungguh baik kerana memiliki seorang isteri yang memahami. Namun rumah tangga Weera dan Ayu memang banyak dugaannya. Si Firdaus yang memang busuk hati punya rencana yang berbagai-bagai. Mampukah Weera dan Ayu bertahan?

Cerita ini ada kelasnya tersendiri. Membawa kita melihat cinta dari sudut yang berbeza. Aku juga perasan gaya penulisan Kak Rose juga sudah berubah. Tahniah :)) Cuma rasanya ada adegan-adegan dewasa yang diselitkan tidak begitu sesuai untuk anak remaja. Tetapi aku tetap ingin sarankan agar kamu membaca naskah ini. Silalah hayati cinta Weera ini kerana mungkin di saat itu kita akan dapat mengenal apa itu cinta yang sebenarnya. Membawa kita merasai apa itu cinta di antara mereka sekaligus bertanya dalam hati, apakah cinta kita ikhlas kerana Allah atau hanyalah godaan nafsu semata-mata. Selamat membaca :)

Tajul Aweera - Aku mahu ada dekat denganmu. Selalu ada dalam hati dan batinmu, aku mahu ada dalam setiap doamu [page 168:]
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
March 5, 2015
Rasa suka saya pada Wasilah Cinta Weera terbitan PTS lebih sikit berbanding dengan terbitan semula oleh Idea Kreatif ini.

Selain bahasanya yang lebih ber'bau' ke'Indonesia'an sikit, 'aksi' si pelakunnya juga agak 'terbuka' berbanding dengan terbitan PTS yang lebih sopan dan 'islamik' mengikut istilah yang dilabelkannya. Selain daripada itu, plot ceritanya masih sama seperti dulu.

Kisah persahabatan Weera dan Ray yang sering disalah-anggap oleh kebanyakkan orang yang memandang. Kisah hasad dengki Firdaus yang tidak boleh lihat Weera senang, dan kisah bertukar pasangan Jasnita- ex girlfriend Weera kahwin dengan Firdaus dan Sari Ayu- ex tunang Firdaus yang dinikahi Weera untuk menjaga maruah Sari Ayu dan keluarganya. Dan bagaimana mereka meladeni setiap dugaan yang datang dalam hidup mereka.

Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
Read
March 10, 2015
Rasa keterujaan membaca abam Weera & Ray tak sama. Perasaannya amat lain, berbeza bila mana aku membaca versi asal. Malah, versi asal yang diulang-ulang baca masih memberi 'rasa' yang sama, begitu terujanya membaca sehingga tercerai pula di beberapa halaman.

Apa yang membezakannya?
Tak pasti.

Tapi, naskhah ini masih berada di kelasnya tersendiri dalam hatiku. Cuma ya, kali ini aku tegar membiarkannya kosong tanpa bintang begemerlapan.

Dan untuk resensi penuh, rasanya tak perlu diulang. Tidak banyak bezanya dengan yang asal, cuma bahasanya saja yang lebih santai. Apa yang pasti golongan muda-mudi pasti akan lebih senang dengan yang ini. Yalah yang asal menggunakan BMT. Mungkin agak 'keras' sedikit, tapi aku tetap suka yang itu :)
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
May 18, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM20.00. PM je...

Tertanya-tanya hal kewajaran naskah ini diterbitkan semula dengan genre pop padahal (for me) keluaran PTS bergenre islamic lebih gilang-gemilang kilaunya......

Ntahlah, biarlah jauhari2 yang menilai manikam mereka. Aku bukan sapa-sapa.

Dan.... aku tetap dengan statementku sebelum ini;

Aku lebih menggemari karya2 RH untuk para remaja berbanding novel-novel umumnya.....

Peace
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
Read
October 29, 2015

Rasanya,versi PTS lebih dekat dihati.
Kenapa ya sebelum ni tak perasan yg Sari Ayu tu "annoying" giler.
Rasanya bintang biarlah dikosongkan sahaja.
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
May 30, 2015
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM20. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Tragis betul hidup seorang Weera.

• Kehilangan mama tersayang pada usia muda.
• Didera secara fizikal oleh bapa kandung
• Dikhianiati oleh housemate yang hati macam puaka
• Dituduh gay oleh bapa dan isteri sendiri
• Kena santau
• Kena penjara kerana tuduhan membunuh

Rasanya macam every perkara malang that you can think of that could happen to a person dah kena kat Weera. Tapi mujurlah Weera seorang yang tabah dan mempunyai support system yang kuat dalam Ray dan kepercayaan Weera pada-Nya.

Agak sakit hati jugaklah bila semua orang terlalu mudah percaya dengan tuduhan gay yang dilemparkan pada Weera dan Ray. Lebih-lebih lagi apabila tuduhan itu disebarkan oleh Firdaus berhati puaka. Nama jer kerja sebagai pensyarah, tapi perangai macam geng setan.

N kagum dengan cara penulis mengolah kisah Weera ni. Walaupun menggunakan bahasa yang santai ia cukup berkesan. Cuma, ada beberapa perkataan N tak tahu maksudnya. Tak tahu lar sama ada ia typo atau pun ia BM tahap tinggi!
Profile Image for Mslvoe.
2,066 reviews200 followers
February 20, 2023
Bahasa dalam buku ini macam orang dulu². Terkulat² menyebutnya.

Watak Firdaus ni kurang ajar sangat. Dah lah kau duduk kat rumah Weera. Suka makbapak dia mengata tentang Weera. Lagi teruk tuduh Weera dan Ray pasangan gay.

Pelik betul boleh beranggapan begitu. Dah ramai F jumpa kawan² lelaki akrab like brothers. To me tiada issue. Yang penting suami kena jujur dengan pasangan mengenai kawan baik mereka.

Kadang² sikap Ayu agak annoying. Boleh tak kau tanya dulu suami before fikiran negative tu berleluasa di fikiran?

Okay berbalik pada Firdaus.. isssh tak tahu lah kenapa sakit hati betul dengan sikap Firdaus. Keji sangat perangai Firdaus ini. Pensyarah apa sikap macam iblis?

Patut dari awal, Weera ni buat report tentang Firdaus.. bukan lepaskan begitu je.
Profile Image for mRs bOo ^_^.
234 reviews13 followers
March 13, 2015
MB pernah baca karya yg asal agak sukar nk terima tapi MB rasa karya asal bahasanya lebih indah dari yang baru...

Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
June 19, 2018
Alhamdulillah rezeki diberi masa dan peluang membaca karya ini. Nasib saya baik juga sebab dapat baca yang terbitan PTS Litera, rupanya Idea Kreatif pun terbitkan juga. Ada beza ke? Siapa pernah baca boleh share

This is definitely one of the best books yang pernah saya baca. Back to back (semalam skim through Selimut Malam by HF), bezanya bak daun dengan batu. Dua-dua ciptaan Allah, menjunjung tema cinta dan romantika, tetapi satu itu keras kejung dan boleh jadi senjata pembunuh (membunuh potensi taqwa dalam hati remaja dan ketulusan hidup sebagai hamba Allah), yang satu lagi hijau, menyejukkan mata dan memberi ketenangan jiwa meningkatkan tahap kesihatan kalbu.

Wasilah Cinta Weera sangat istimewa kerana membuktikan cinta itu bukan picisan, sepatutnya tidak diletak pada tahap begitu rendah, sentiasa perlu didorongi nafsu yang tidak disulami zikir dalam hati, cinta sesama manusia itu bukan 'rubbish'. Sebab itu saya bengang bila baca novel yang menghidangkan kisah...., ; bukan muhrim yang handsome dengan yang cantik jelita, dengan kaya raya, sentuh sana sini, kendung atas bawah, tarik-tarik tudung, cium sana sini, dua tiga ratus pages asyik cerita keluar masuk bilik, love bites, sayang benci sayang benci, lupa diri buat perangai macam si Firdaus tapi hujung-hujung terus baik macam Ray.... so tak realistik, terlalu fantasi, melalaikan.

Wasilah Cinta Weera pun terlalu banyak adengan romantik, cinta terungkap, kasih menggunung tak terucap, ada orang baik dan ada yang jahat... Namun, membaca novel ini mendekatkan kita dengan Sang Khaliq, menyedarkan kita bahawa seorang manusia hanya boleh jadi baik dan bertaqwa dengan rahmat Allah. "Amat indah jika segalanya kerana Allah".
Profile Image for Azizah.
388 reviews6 followers
October 2, 2015
Perhubungan antara Weera dan Ray sering disalah erti masyarakat sekeliling kerana mereka tidak pernah mahu membuka pintu hati mereka untuk mengerti kasih sayang dan cinta keduanya. Mereka digelar gay hanya kerana mereka lelaki biasa yang tidak berkupiah putih atau berserban mahupun berjubah.

Ditambah lagi dengan pekerjaan Weera sebagai Creative Director yang sentiasa berdamping dengan model-model cantik itu menjadi satu isu juga, tidak terpesonakah Weera? Kenapa dia lebih suka berdampingan dengan Ray berbanding dengan teman-teman yang lain?

Perhubungan Weera dengan Jasnita juga sering berantakan kerana sikap Weera yang endah tidak endah sahaja pada kekasih hatinya. Weera sering tidak kisah tentang Jasnita dan dia selalu naik angin kerana teman serumahnya, Firdaus sering membenarkan Jasnita memasuki rumahnya tanpa kira waktu. Sikap Firdaus yang terlalu mengambil berat tentang Jasnita juga membuat Weera bertambah sebal.

Saat Firdaus menghilangkan diri dari kondo Weera bersama barang-barang Weera yang dicuri dan juga berita Firdaus menikahi Jasnita sedikit pun tidak melukakan hati Weera. Namun kehadiran gadis brutal bernama Sari Ayu yang memperkenalkan diri sebagai tunangan Firdaus sedikit menggugah hati Weera. Lalu benarkah itu tanda-tanda yang dikurniakan Allah kepada Weera untuk mencari teman hidup?

Kehidupan berumahtangga yang tidak seperti pasangan lain dan juga gangguan daripada Firdaus dan Jasnita tidak pernah menggoyahkan ketaqwaan Weera kerana dia percaya ujian yang mendatang bersama kebahagiaan bagi sesiapa yang mengerti maknanya.

Sudut pandang Kak Chik:

Alhamdulillah…akhirnya berjaya juga Kak Chik memiliki naskhah ini setelah berbulan-bulan mencari selepas baca resensi di blog novelcinta.multiply.com. Terima kasih pada Rinn yang menulis resensi hingga buat Kak Chik ‘terdesak’ memburu karya ini dan terima kasih juga pada Cik DLa yang tolong belikan pada PBS yang lepas. Dan tidak sia-sia penantian Kak Chik kerana naskhah ini sungguh kaya dengan kecintaan. Rasa kecintaan yang tidak pernah Kak Chik temui dalam novel berbahasa Melayu dengan isu yang sensitif.

Penulis sungguh berani menggarap rasa kecintaan antara Weera dan Ray yang mungkin sedikit payah untuk dihadam oleh pembaca yang tidak membuka minda untuk memahami rasa kecintaan itu sendiri. Karya ini kaya dengan kecintaan yang bukan kecintaan biasa antara lelaki dan perempuan tetapi kecintaan antara lelaki dan lelaki kerana pada mereka semuanya kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah kerana Allah lalu mereka hanya memandang sepi pada kata-kata keliling yang tidak sedikit pun meninggalkan bekas di hati mereka.

Selain itu karya ini juga menitipkan satu isu yang sudah terlalu sinonim dalam kehidupan masyarakat kita sejak berzaman lamanya iaitu isu fitnah dan ilmu hitam. Penulis menggarap kerana fitnah musnah segalanya di mana suami kehilangan isteri kerana terlalu percaya kepada fitnah tanpa usul periksa, isteri kehilangan kepercayaan suami dan anak yang menjadi mangsa. Anak bukan setakat kehilangan kasih sayang malah anak juga menjadi mangsa dera kerana dijadikan tempat melepaskan nafsu amarah. Fitnah juga bisa meranapkan mahligai yang terbina bertahun lamanya dan fitnah juga membuat manusia buta kerana mereka tidak pernah terbuka mata dan hati demi kecintaan yang SATU. Jadi memang benar kata kalam ALLAH; dosa fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh.

Walaupun setinggi mana pun seseorang itu menuntut ilmu kalau kecintaan yang SATU tidak pernah menjadi tulang belakang maka sesatlah dia seperti mana penulis menggarap watak Firdaus dengan begitu sempurna. Firdaus hilang arah dan hanya berpandukan nafsu semata walapun tidak begitu jelas apa yang menjadi dendam antara Firdaus terhadap Weera sehingga dia sanggup mencipta pelbagai helah untuk melihat Weera menderita. Dia sanggup mengguna ilmu hitam malah sanggup melihat isteri sendiri dirogol dan dibunuh demi untuk melihat Weera menderita. Tetapi hukum Allah memang tidak pernah menipu kerana sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Di sebalik garapan penulis tentang ilmu hitam, dititipkan juga penawar yang bisa digunakan untuk menyembuhkan penyakit ini.

‘Ya, Tuhan…benarlah hanya Engkau yang mengerti cinta mereka. Demi dia suamiku, Weera, Engkau berikanlah aku kefahaman yang kuat agar aku dapat menyokongnya setiap saat.’ – m/s:229, WCW.

Tahniah kepada penulis untuk sebuah karya yang penuh dengan kecintaan tetapi tunjang utama tetap pada yang SATU.

Pssstttttt…Kalau semua suami di dunia ini seperti Weera memang amanlah dunia…(berangan…)
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
September 19, 2011
Sari Ayu & Weera

Mereka bertemu kerana takdir Allah..
Mengingatkan kita bahawa perasaan cinta itu tidak terhad kepada lelaki & perempuan sahaja..

Teringat watak Din dalam "Jaja & Din"..
Sentiasa menyelitkan terjemahan ayat Al-Quran, hadith Nabi & hukum agama dalam perbualan..

Sejuk hati kala membaca bait-bait ungkapan Weera..
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
March 7, 2015
warghh sedihnyaa...kenapa RH kejam sgt sbb buat Ray pergi dulu...kesian sgt kat Weera.. Ray pulak sgt tabah..sedih3...nk menangis je rasa...

mcm2 yg dilalui Weera disebabkan keparat Firdaus tu..grr..geramm...x sgka mcm2 cara dia buat utk jatuhkan Weera..

WCW bukan setakat kisah cinta Weera-Ayu...tp jugak byk mesej yg ditonjolkan..
Profile Image for Izzati Aisyah.
264 reviews40 followers
December 10, 2020
Bila kita letakkan cinta yang paling atas itu adalah cinta kepada-Nya, kita dapat miliki segalanya.

Selesai sudah pembacaan WCW hari ini. Ambik masa lama bukan maksudnya tak best tapi kurang sihat. So, asyik tidur saja. Bacaan tergendala. Akhirnya baru habis baca dan saya rasa sangat puas hati membacanya.

Menjadi seorang Tajul Aweera memang bukan mudah. Menjaga mangsa dera ayah kandung sendiri, terpisah dengan mama kandung hampir 15 tahun, dituduh mempunyai hubungan songsang dengan Ray, dikhianati oleh kawan sekampung/serumah disebabkan busuk hati dengan kehidupan yang dimiliki Weera.

Dalam novel ni memang watak Firdaus tu mintak kena rejam betul. Dengan Jasnita aku tak rasa sakit hati macam aku sakit hati dengan Firdaus. Nasib baik Weera kahwin dengan Sari Ayu walaupun pada mulanya perkahwinan diorang hanya untuk menjaga maruah keluarga Ayu.

Mula2 tu memang tak suka sikap Ayu yang kasar dan boleh plak beberapa kali dia TERpercaya dengan tuduhan tak masuk akal Firdaus yang cakap Weera tu gay. Padahal Weera menjaga hubungan persahabatannya dgn Ray sampai seperti Nabi Muhammad saw bersama para sahabat. Ray tu banyak giler tolong Weera masa dlm kesusahan smpai berjaya jadi manusia berguna. Dalam dunia ni ada je wujud hubungan unik begini tapi kita je tak percaya sbb kita tak jumpa.

Nasib lama2 Ayu jugak lebih bersikap matang dan sentiasa tetapkan hatinya untuk seorang Weera. Kalau dapat laki mcm Weera konfem tak lepaskan punya. Hehehe... Terbaik kak Rose, wujudkan watak yang sangat saya kagumi. Dan WCW banyak ilmu, ayat Al-Quran dan hadis untuk dijadikan pedoman dan amalan harian.
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
August 14, 2013
Cinta....
Subjek yang universal dan luas pengertiannya.
Cinta kepada DIA.
Cinta kepada para Rasul.
Cinta kepada kedua ibu bapa.
Cinta antara uda dan dara.
Cinta antara sahabat...
Cinta sesama manusia...walaupun antara sama jantina.

Ini yang berjaya penulis kupas dan kembangkan dlm naskah WCW ini. Kita perlu membaca dengan mata hati,tanpa perlu menghakimi. Kita seringkali menghakimi sesuatu yang kita nampak secara luaran,tanpa kita selami dalaman dahulu.

"Kita bertemu kerana Allah...berpisah juga kerana Allah".
Profile Image for Anne.
55 reviews2 followers
August 17, 2015
Best.......
Definition of cinta memang luas x saja sesama jantina.... Memang suka dgn pengolahan penulis.
Selagi bernama manusia memang suka menghakimi if presented with something abnormal & different from norms
Profile Image for Ziana Lim.
80 reviews2 followers
April 12, 2021
Special Edition.
Antara karya terbaik Rose Harissa.
Profile Image for Ms. Firda.
100 reviews17 followers
August 31, 2015
wasilah cinta weera

rasa mmg tak rugi dpt karya RH dlm edisi special edition ni.

sebab apa aku kata macam tu?

cerita ni lain dr yang lain. mengisahkan perjalan seorg lelaki yang bernama weera yg melalui byk getir-getir hidup yg penuh panca roba.

mengagumi erti sebuah persahabatan yg tulus. kerana mencintai sahabatnya kerana allah. tanpa ada sedikit pun rasa iri hati. biar apa pun org kata ttg mereka tapi ikatan persahabatan antara weera & raymond kekal utuh .dan berharap ikatan persaudaaraan yang terjalin kerana allah itu akan ke syurganya.

weera & ray menjalankan kehidupannya seluruh berpandukan kehidupan rasullullah s.a.w. yg paling aku mereka saling tak lupa mengingati dan menasihati . byk ilmu yg tersarat dln wasilah cibta weera.

betapa tulusnya weera mengahwini sari ayu atas dasar menjaga maruah gadis itu. agk2 zaman sekarang ada lagi kah lelaki yg sanggup lakukan seperti weera. kagum cara dia mengasihi osteri..mendidik isteri berlandas syariat. yaallah..sunggu tak terkata. setiap patah yang ditulis sungguh menyentuh hati.

airmata aku dgn sendirinya mengalir ..menghayati dan merasai kasihnya insan yang bergelar manusia kerana Allah.

akhir sekali.. aku kagum giler dgn kak RH blh menulis sehebat ini. sebelum aku buat review aki ulang baca sekali utk kepuasan. kata org biarlah baca mengunakan mata hati. alhamdullilah aku byk mengambil contoh yang baik yg tersirat dlm wasilah cinta weera ☺☺
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
March 4, 2015
WASILAH CINTA WEERA…kagum! Itu yg ada dihati saya setelah membacanya....dgn bahasanya yg santai buat jd lebih faham! lebih terasa..lebih terikut dgn watak!

kuat dan tabahnya seorang Aweera yg kehilangan kasih ibu dan bapa krn fitnah manusia! Sari Ayu … akur dan redha bila kehilangan tunang dan berganti bakal suami! Ray…hubungannya dgn Aweera selalu disalah ertikan! Aduhai…menggeram rasa bila Firdaus tak henti2 membuat dan mencari pasal! Jasnita… simpati dgn nasibnya yg malang krn bersuamikan Firdaus! Menyentap rasa bila Ray jatuh sakit …masa ni terharu dan sungguh hilang kata dgn ketulusan Weera menjaga Ray dgn penuh tanggungjawab dan kasih sayang! 4 watak yg berjaya! _pd saya la ya…

Keseluruhan? Citer yg mampu buat saya membacanya tanpa tertangguh! Citer yg meresapkan rasa kagum! Rasa pedih…rasa bahagia .. puas dgn WCW versi baru ni! Tak pernah baca yg versi sebelumnya tapi yg ini sudah cukup buat saya puashati dah! *_*
Profile Image for Aylahusna Aily.
72 reviews16 followers
April 2, 2015
Grab this ASAP because it's LIMITED babeh! Haha!

Saya baca yg IKP version punya. So far, yg boleh saya simpulkan, novel ini sgt2 padat dgn pengisian jiwa,kasih syg & ilmunya.

Ini kisah Weera,Ayu & Ray. Kisah kasih sayang sesama saudara, kasih sayang keluarga & kasih sayang suami isteri. Bagaimana ukhwah fillah itu terjalin dgn belas ehsan. Bagaimana kepercayaan itu sgt penting dlm hubungan kekeluargaan dan rumahtangga. Weera seorg lelaki yg sanggup berkorban utk sahabatnya Ray. Tiada siapa yg faham hubungan mereka bagaimana. Tetapi, Allah faham. Ukhwah yg terjalin antara mereka kerana Allah. Saling berkorban antara satu sama lain kerana ikhlas dlm hubungan mereka sebagai sahabat. Kepercayaan dan kesetiaan Sari Ayu teruji saat suaminya difitnah gay. Isteri mana yg tidak kecil hati jika suami sendiri lebih mementingkan sahabat ? Tetapi, Sari Ayu seorg wanita yg belajar utk cuba mengenali suami sendiri dgn kepercayaan dan kesetiaan. Walaupun kdgkala, dia terpaksa berkorban. Ray seorg lelaki yg budiman. Susah nak jumpa lelaki mcm ni. Terlalu byk pengorbanan yg telah dia berikan terhadap Weera sehingga Weera terdidik dgn ilmu agama yg sempurna. Inilah kisah mereka. Kisah yg penuh kasih syg.

Firdaus. Itulah watak antagonis yg saya rasa dia ada mental disease! Hanya kerana lidahnya yg tajam, pelbagai dugaan datang melanda hubungan Ayu dan Weera. Betapa fitnah itu boleh menghancurkan sebuah hubungan. Betapa fitnah itu boleh menggelapkan hati seseorg. Betapa fitnah itu boleh menghancurkan kepercayaan sesama insan.

Apa-apa pun tahniah kepada Puan Writer sebab berjaya bawa saya larut dlm drama yg dia cipta. Hihi! Sedih kot part Ray mati tu. Hee! Keep it up Rose Harissa
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,335 reviews67 followers
February 4, 2023
[BOOK 16]

Wasilah Cinta Weera by Rose Harissa.
.

Dilema tak tahu nak bagi sama ada 3 atau 4 bintang. hahaha. Dan aku tak pernah la pulak kasi 3.5 bintang gitu.
.

Sebenarnya, buku ni pernah diterbitkan under PTS, maybe 10 tahun lepas kot. Versi islamik. Dan 2015, buku ni diterbitkan semula dengan bahasa yang lebih santai under IKP.
.

Tak dinafikan, semua hero RH ada auranya tersendiri. Tajul Aweera bercinta dengan Jasnita. Makin lama bercinta, makin dia sedar yang dia perlukan wanita yang lain, yang mendengar kata, yang sudi dibimbing ke arah kebaikan, dan wanita itu bukanlah Jasnita.
.

Dan akhirnya, Jasnita berkahwin dengan Firdaus, housemate Weera. Firdaus ni jahat la sebenarnya.
.

Dan munculnya Sari Ayu di depan rumah Weera, mencari Firdaus. Itulah permulaan kisah antara Weera dan Ayu yang mengikat mereka dalam ikatan perkahwinan.
.

Dan rumah tangga mereka tidak mudah bila Firdaus dan Jasnita membuat onar. Dan juga apabila hubungan antara Weera dan Ray disalahertikan sebagai gay.
.

Overall, point nya menarik. Tentang ukhuwah sesama lelaki. Walaupun, personally aku sendiri mulanya rasa awkward melihatkan hubungan Weera dan Ray.
.

Yang buat aku annoyed ialah, sikap Ayu pada permulaannya, yang mudah sangat terpedaya dengan fitnah. Bila dah hujung-hujung cerita, sikap Weera pulak yang berjangkit daripada Ayu. Dan puncanya ialah malaun seekor tu je. Patutnya daripada awal lagi, dorang report polis. hurm
5 reviews
September 7, 2011
saye tertarik dgn tajuk dan cover buku tu.bunyinya gah dan macam kene je tiga perkatan tu bercantum.mase tgk tajuk saye ingat cerita cinta mat salleh .salah tekaan saye. hebat cerite ni.saye beli buku tu dalam akhir bulan jun2011.saye bace dan bace non stop. saye berhenti mase bulan ramadhan.rasenye dah berbelas kali bace.yang peliknye,everytime saye bace saye nangis.saye cube control tak nak nangis..tak boleh,sampai my sis ketawekan.sebak sangat.tak sangka ade cinta yang begitu tinggi di dalam persahabatan dua orang lelaki yang bercinta kerane Allah dan ingin menjadi antara 7 golongan yang Allah naungi di Padang masyar kelak.buat saye sedar alangkah indahnye jika ape yang kite buat kerana Allah.tahniah buat rose harissa.continue hasilkan buku yang bagus.selalunye saye tak bace buku melayu.saye selalu bace buku english.bukan berlagak.cume english saye teruk jadi saye nak improve english saye.bos suruh improve english.tapi sejak bace wcw saye dah mula bace novel melayu.tahniah rose.kerane rose saye mula bace novel melayu.buku ni bagus elok untuk bacaan keluarga.cume kene ade bimbingan klu nak bagi remaje bace.ade certain part 'dewasa'.namun begitu part'dewasa' dalam buku tu agak tertib carenye.so, tak de issue rasenye.
Profile Image for Novel Best.
74 reviews5 followers
April 1, 2015
Saya tau ini versi asal WCW yg telah di terbitkan semula dlm cara yg agak santai. Cerita ok tapi cara olahan agak berbeza sikit kot berbanding novel GND& DCPT.
Spt biasa novel RH mesti diselitkan dgn pengajaran. Pada saya kalau novel RH yg ini baru diterbitkan mungkin lebih ok kot sbb sy rasa zaman WCW ni mula2 diterbitkan sy rasa agak skema.
Walau bagaimanapun cerita ttp best. Cuma rate kurang sikit kot drpd GND& DCPT..
Profile Image for Ayu1166.
38 reviews3 followers
September 8, 2013
Br abis bc....mata pn dh bengkak sbb nangis...idung pn dh tersumbat...karya kak rose mmg lain dr yg lain...WCW mmg lain pengertian cinta dia...bkn cinta berlandaskan nafsu tp cinta kerana Allah...mmg best.... X sabar nk tgu WCW versi ayat santai yg kak rose war2 kn tu...mesti best...sedangkn WCW yg BTM nie pn best...
Profile Image for Suzie Mandau.
5 reviews
March 6, 2015
Special Edition lbh santai dgn bahasa yg tak terlalu skema. Cinta bkn hanya lelaki dan perempuan ttp kepada semua. Hargailh apa yg ada.

Kisah yg sama jln penceritaan yg berbeza. Sampai x boleh stop nk baca. Nak kena bljr bahasa utara ni n thai sekali.
4 reviews
March 15, 2015
novel yg rasa x rugi utk d miliki....biaq baca berulang kali,perasaan nya tetap sama....senyum sendiri, meluat, marah,gelak & riyau.
nk review pn, rasa x tau nk habaq
laguu mn....biaq ampa baca sendiri nah.....tahniah buat pn.writer Rose Harissa utk naskah ni
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
March 27, 2011
Tajul Weera & Sari Ayu

Lain dari yang lain... superb! Selebihnya... baik baca.
Profile Image for Atykah Aura.
11 reviews3 followers
March 3, 2011
Suka sangat Jalan cerita novel ini. Especially watak yg penulis tulis.
Displaying 1 - 30 of 48 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.