Jump to ratings and reviews
Rate this book

Langit Ilahi #2

Langit Ilahi 2: Kembara Hamba Mencari Cahaya

Rate this book

260 pages, Paperback

First published January 1, 2010

7 people are currently reading
186 people want to read

About the author

Hilal Asyraf

66 books863 followers
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin.

Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita.

Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya.

Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
81 (50%)
4 stars
51 (31%)
3 stars
24 (14%)
2 stars
5 (3%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 12 of 12 reviews
Profile Image for Rasydan Fitri.
Author 16 books29 followers
August 29, 2012
Bagus sekiranya dijadikan bahan tazkirah - ringkas tetapi boleh dikatakan cukup untuk menjentik fikiran pembaca. Buku ini tidak bermaksud memberi segala-galanya tetapi merupakan satu permulaan ke arah perjalanan hidup pembaca sendiri. Menggalakkan pembaca mencari lebih lagi informasi dan ilmu bermula dengan idea yang ditonjolkan dalam buku ini. Sesuai dengan tajuknya, 'KEMBARA Hamba Mencari Cahaya'. Juga sesuai dengan gaya penulis yang seakan berdialog dengan pembaca, serta menggunakan kata-kata pujukan, ajakan dan teguran seperti sedang berbicara dua mata. Ini aspek yang saya suka dengan Hilal.

Juga, saya suka sekiranya Hilal boleh tambahkan lebih lagi perkongsian pengalaman dan bicara-bicara hikmah yang dikutipnya sepanjang persekolahan atau pembelajarannya di universiti. Tentu artikelnya bakal memberi gambaran dan konteks yang lebih mudah difahami. Kalau diselitkan lebih banyak analogi pun tidak kurang bagusnya. Dalam buku ini elemen-elemen tersebut ada cuma saya mahukan lebih lagi.

Saya fikir buku ini boleh diperbaiki sekiranya semua hadis diletakkan perawinya (ada yang diletakkan, ada yang tidak) dan kalau boleh dapat dijelaskan sedikit sesetengah tokoh yang disebutkan (pembaca mungkin tak tahu, siapa mereka terutama nama2 yang jarang didengari). Kemudian, susunan artikel masih boleh diperbaiki. Contohnya bahagian cinta, dalam artikel-artikel tersebut ada beberapa yang hampir sama isinya, jadi mungkin boleh disatukan dalam satu artikel sahaja. Meskipun begitu mungkin pecahan-pecahan ini ada fokusnya yang tertentu, memandangkan artikel-artikel ini berasal dari blog penulis. Tidaklah terlalu memberi kesan tetapi jika diperbaiki mungkin dapat mempertingkatkan kualiti isi. Penggunaan perkataan juga harus lebih teliti contohnya 'merengkuh' digunakan untuk memberi maksud menolak atau menepis tetapi maksud sebenar rengkuh ialah menarik untuk mendekat (bukan menolak untuk menjauh). Juga ayat al-Quran ada yang typo dari segi surah dan ayat yang berbeza.

Apapun, keseluruhannya, masih cukup baik, terutamanya buat antara buku terawal yang ditulis oleh Hilal.

Selamat membaca :)
Profile Image for Mardhiah.
85 reviews6 followers
December 26, 2011
baru m/s 10...yang lepas menrungkai persoalan hubungan kita dengan Allah. Yang ini lebih luas iaitu menyedari penyuluh yang mampu memberi cahaya dalam kehidupan kita. Jom smabung m/s 11 dan seterusnya..alhamdulillah berkesmptn habskn..
5 reviews
Want to read
June 8, 2010
sambungn langit Illahi....
lom bce ag.....
troskn prjuangn....
Profile Image for Nona.
100 reviews
January 22, 2022
Q U O T E


Bahkan Rasulullah SAW telah menjadikan orang yang berakhlak mulia sebagai orang yang paling dekat duduknya dengan Rasulullah sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang paling aku cintai antara kalian dan paling dekat tempat duduknya denganku pada hari kiamat ialah yang paling bagus akhlaknya, dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah tsartsarun (yang banyak bicara), mutasyaddiqun (yang bicara sembarangan lagi mencela manusia) dan mutafaihiqun."
Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui tsartsarun dan mutasyaddiqun, tetapi siapakah mutafaihiqun itu?" Rasulullah menjawab, "Mutakabbirun (orang yang sombong)."
_(Riwayat at-Tirmizi)
Profile Image for Ameera Pinky.
4 reviews
October 1, 2022
Buku ini banyak memberi ilmu dan penyedaran kepada diri👍
Sesuai untuk dibaca oleh remaja dan orang dewasa.
Profile Image for anahashim17.
90 reviews15 followers
July 25, 2012
Assalamualaikum.

Setelah selesai membaca VT karya Hilal Asyraf saya terus memburu Buku motivasinya yang sudah lama dalam senarai 'to-read' saya dan Alhamdulillah akhirnya saya berjay menghabiskan buku ini.Penjelasan daripada setiap bab dalam buku ini sememangnya jelas dan 'direct' dengan berfaktakn rujukan Al-Quran dan Al-Hadith.Ini menjadi 'favourite' saya dalam membaca buku-buku motivasi daripada pelbagai penulis.

Ada sesetengah bab yang buat saya 'pap' tersentap,betul-betul berkaitan dengan keadaan dan perasaan saya kini,terutamanya bab yang berkaitan dengan cinta, dengki,sabar dan sebagainya.Benar-benar memberi pendekatan dan membuka minda serta membuat saya berfikir daripada sudut perspektif yang berbeza daripada apa yang selama ini saya fikir.

Sabar itu susah.Susah untuk mengawal diri kita daripada bersabar.Terutamanya ketika dalam beberapa situasi seperti sabar dalam menunggu Imam yang membaca surah yang panjang dalam solat,sabar dalam menghabiskan 8 rakaat solat terawih,sabar menunggu giliran di ATM, sabar dalam beratur membeli makanan di bazaar ramadhan,sabar dalam menunggu keputusan peperiksaan,sabar dalam menunggu waktu berbuka puasa, dan sabar dalam menghabiskan sesebuah buku yang dibaca.Semua itu perlu sabar,tiada sabar tiada buahnya.Natijah daripada kesabaran adalah satu kemenangan yang hanya dapat diperolehi dan dirasai oleh si Penyabar.Itu sudah pasti.Dan saya adalah antara mereka yang berusaha untuk meningkatkan tahap kesabaran saya.Saya tahu orang yang bersikap sabar adalah orang yang bijak.Saya sedang berusaha.Bagaimana pula anda?

Dengki.Manusia tidak boleh lari daripada perasaan dengki.Dengki kepada kebaikan mahupun keburukan.Jadilah seseorang yang dengki kepada kebaikan malah mendorong untuk melakukan kebaikan yang sama.Janganlah ada dengki kepada keburukan dan mendorong untuk membenci dan memusuhi orang tersebut.

Ini pandangan saya selepas membaca Buku ini.walaupun hanya secebis sahaja ilmu yang saya ekstrak daripada buku ini dimana ia berkaitan rapat dengan saya,saya cuba berubah.saya cuba untuk menghayati,dan mungkin saya akan membuka semula lembaran buku ini sebagai rujukan dan ubat hati saya.Bagaimana pula dengan anda?

terima kasih kepada Hilal Asyraf.Semoga Allah dapat membalas ^^
230 reviews4 followers
unfinished-books
January 23, 2015
Saya memang minat semua buku fiksyen penulis ini tetapi buku ini saya tidak dapat habiskan kerana setelah membaca beberapa halaman di hadapan saya menjadi bosan. Perkara-perkara yang diketengahkan biasa-biasa sahaja. Oleh itu saya tidak minat untuk membaca dengan lebih lanjut.
Profile Image for Amiera Shahrir.
9 reviews
February 2, 2013
langit Ilahi 2..
Bila baca, yes ! kita mesti mula kembara mencari Ilahi setelah kita tahu Tuhan tidak lupakan kita :)
Profile Image for Syamim.
67 reviews
September 11, 2016
Siri motivasi bertunjangkan kisah peribadi dan disokong oleh ayat-ayat al-Quran dan hadith.
Displaying 1 - 12 of 12 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.