Jump to ratings and reviews

Maaf Dari Sorga

Rumah nombor 33 menyimpan pelbagai misteri dan dianggap berhantu. Penyewanya silih berganti dan kebanyakan mereka menemui kecelakaan.

Penyewa terbaharu, Hakiki, seorang pegawai bank berfikiran liberal bersama isterinya yang mualaf, turut diganggu peristiwa aneh dan menakutkan.
Rumah tangga yang aman mulai keruh dan si isteri kembali ke negara asal, kemudian terperangkap dalam taufan ganas yang mengancam jiwa dan kandungannya.

Mungkinkah gangguan-gangguan itu disebabkan oleh dosa-dosa Hakiki yang disembunyikan sekian lama? Apakah ada kemaafan dari sorga buat mereka?

174 pages, Paperback

First published January 1, 2003

Loading...
Loading...

About the author

Faisal Tehrani

76 books603 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (7%)
4 stars
65 (30%)
3 stars
100 (47%)
2 stars
29 (13%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 26 of 26 reviews
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
November 16, 2016
3.40* untuk Maaf Dari Sorga!

Manuskrip pertama Faisal Tehrani yang ditulis ketika dia berada di zaman persekolahan. Penulisannya ketika di zaman anak remaja sudah boleh dikira baik.

Setuju dengan beberapa pembaca. Kisahnya sangat ringkas dan mudah. Seramnya hanya biasa sahaja. Tapi FT menyelitkan ilmu dan isu mengenai agama agar isi buku tidak terasa kosong dan mampu bermanfaat kepada para pembaca.

Buku ini nipis. Jadi boleh dibaca sekali hurung saja/sekali duduk.

Permulaan bab, aku suka kemanisan hubungan Hakiki dan Sarah. Aku suka layanan Hakiki. Sweet huhu...

Apa-apa pun kalian cubalah baca ya.

Peace!
Profile Image for Lina Kama.
38 reviews1 follower
February 11, 2011
FT kata buku ini adalah hasil tulisannya semasa di bangku sekolah. Jika ini dianggap hasil tulisan seorang pelajar di bangku sekolah, saya hampir memberi 5 bintang sebenarnya.Tetapi percubaan FT menyentuh isu agama dan politik dan ekonomi islam adalah pada tahap permulaan.Belum sarat seperti novel2 semasa usia dewasanya. Semasa saya dibangku sekolah, tak pernah saya berfikir tentang semua ini. Saya hanya sebuk mencari lirik lagu.memalukan!
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
February 9, 2013
Antara karya-karya awal yang ditulis oleh saudara Faisal Tehrani. Bahkan, karya ini telah ditulis olehnya sewaktu di bangku persekolahan menengah lagi! Ini hebat, hebat kerana di masa saya bersekolah juga turut punya cita-cita dan harapan untuk menulis tetapi tidak pernah berupaya untuk menyudahkannya.

Apa yang dapat saya katakan, buku ini ringkas. Tidak terlalu padat, barangkali tetapi punya beberapa pengisian yang cuba dimasukkan oleh penulis. Sebagaimana yang dinyatakan oleh penulis di halaman-halaman awal buku ini, kiranya waktu tersebut merupakan antara titik tolak buat Faisal Tehrani untuk memasukkan wacana-wacana berguna di dalam setiap karyanya. Sungguhpun wacana yang diterapkan di dalam Maaf Dari Sorga tidaklah terlalu berat dan juga panjang perdebatannya tetapi hemat saya mengatakan ini sudah cukup bagus kerana saya percaya, tidak ramai pelajar sekolah menengah yang mampu berfikiran sebegitu sewaktu mereka sedang belajar di zaman itu. Kiranya Faisal Tehrani ini pada awal lagi sudah mampu untuk punya pemikiran dan pendapat yang tersendiri, sudah berani untuk berhujah. Mungkin di zaman sekolah penulis, penulis selalu "bergaduh" dengan para guru yang asyik menumpahkan ilmu semata-mata mengikut silibus yang ditetapkan sahaja tanpa mengangkat martabat keilmuan itu sendiri. Mungkinlah. Haha.

Tiga bintang kerana buku ini biasa-biasa sahaja dari sudut teknikalnya tetapi apa yang kita expect from a school boy, bukan?

Akhir kata, buku ini saya cadangkan kepada semua orang yang mahu memahami saudara Faisal Tehrani, yang mahu menjadi peminat setia FT, juga yang mahu menjadikan FT sebagai karya rujukan persuratan Melayu.

Sekian, semoga FT tidak disalah-ertikan di dalam mana-mana aspek kehidupan kerana akhirnya, manusia tetap punya kemampuan untuk melakukan kesilapan :)

Terima kasih!
Profile Image for Tuah Sujana.
10 reviews12 followers
April 15, 2011
Novel pertama tulisan Faisal Tehrani merupakan buku signifikan yang perlu dimiliki pengekor-pengekor idea Faisal Tehrani. Basis ideanya dalam buku-buku terkini sebenarnya melalui fasa-fasa pembinaan dan penerokaan dalam novelnya yang pertama. Maaf dari Sorga bukan sekadar novel 'rumah hantu' tetapi novel 'rumah wacana' yang menyerap idea-idea seputar dunia Islam.
Profile Image for Nuruddin Azri.
428 reviews180 followers
December 20, 2021
Sebagai sebuah novel sulung yang dikarang ketika di bangku persekolahan, novel ini merupakan novel yang diadun baik dengan menekankan “al-Tarhīb” sebagai inti utama karya. Seawal usia begini, penulis telah mencuplik nama-nama semisal Plato, Aristotle, Ibn Sina, al-Ghazali, Ibn Khaldun dan Daisaku Ikeda walaupun idea utama mereka tidak dicoretkan dengan lebih mendalam lalu membuatkan pembaca ternanti-nanti mengulitinya.
Profile Image for Kamalia Kamalia.
Author 17 books79 followers
September 20, 2011
Setelah membaca buku ini, jelas penulisan FT telah mengalami perubahan yang besar. Kadang-kadang rasa tak percaya saya sedang membaca karya FT. Seperti keanak-anakkan dan nampak muda memandangkan ini karya di awal pembabitan beliau dalam arena penulisan.
Profile Image for Muzammil Rahim.
1 review
January 27, 2015
Maaf Dari Sorga antara buah tangan terawal Faisal Tehrani sewaktu berkecimpung dalam bidang penulisan. Membaca MDS, dapat melihat sosok lain gaya FT yang tak pernah mengecewakan dengan idea yang tidak klise. :)
Profile Image for aimi.
103 reviews5 followers
December 25, 2019
Menurut FT di dalam prakata di dalam novel ini, "Saya berharap penerbitan semula Maaf Dari Sorga dapat menjadi satu rekod dan dokumentasi untuk pengkaji dan pembaca yang ingin memahami proses yang telah saya lalui sebagai seniman"

Lalu, saya tidak meletakkan apa-apa jangkaan apabila mula membaca novel yang ditulis semasa tempoh beliau masih belajar. Membaca novel ini pada tahun 2019 dan selepas membaca novel Bila Tuhan Berbicara, memberi satu sisi berbeza FT dalam pandangan saya. Novel yang naif, suci dan kadang kala seram dan nakal.

Permulaan cerita, seakan membaca cerita hantu yang berpengaruh dari majalah Mastika. Pertengahan cerita, kisah ekonomi dan konflik silam Hakiki menarik perhatian. Pengakhiran cerita, entah bagaimana saya tertarik dengan cara keibu bapaan Ustaz Wan. Mungkin cara ustaz Wan yang agak 'keras' mengganggu sedikit pembacaan saya untuk fokus dalam konflik Hakiki ini. Ya, saya tidak berkenan cara Ustaz Wan mengendalikan anak beliau yang agak 'nakal'.


Sedikit petikan yang menarik hati saya di dalam novel ini:

"Intelek kini ada dua jenis. Masyarakat intelek yang menerima segala kebenaran dan sogokan ke mulut dan dimuntahkan balik atas nama kajian. Idea murni? Inilah masyarakat intelek yang mengangguk pada kepalsuan supaya ia menjadi kebenaran. Siapa yang memaksa mereka?
Dan golongan kedua yang benar-benar menilai kerana kebenaran. Mereka sanggup mati kerana kebenaran. Ia dipertahankan, kerana itulah wujudnya Plato, Socrates, Ibnu Sina dan Al-Ghazali. Berapa ramai intelektual seperti ini dalam zaman begini?" (m/s 58 & 59)

"Manusia mesti berperang untuk hidup. Bukan saya sahaja yang berpendapat seperti ini. Aristotle dan Ibnu Khaldun juga. Kerana menyedari perang tidak dapat dielakkan maka Islam menggariskan dasar dan peraturan perang" (m/s 93)

"Perkahwinan ibarat sebuah bilik besar. Apabila kita bujang kita ingin melangkah ke dalamnya dan kini apabila kita telah berada di bilik itu, kita tidak dapat lari." (m/s 134)

"Pepatah Belanda ada menyebut, 'de verzoenang is voel' yang membawa pengertian, damai kembali setelah perkelahian selalu manis rasanya"
(m/s 154)

"Ibunya pernah mengatakan, seseorang wanita itu apabila dilahirkan, hanya memiliki 25 peratus kehormatan. Ia akan menjadi 50 peratus apabila mencapai usia baligh. Apabila bersuami, seseorang wanita itu akan memperoleh 25 peratus lagi dan akhirnya apabila menjadi seorang ibu, kehormatannya akan sempurna menjadi seratus peratus" (m/s 170)


*Novel FT ini dibeli di PBAKL 2019.
Profile Image for Qayiem Razali.
932 reviews89 followers
June 23, 2026
[29|2026]

Maaf Dari Sorga || Faisal Tehrani

Berdasarkan dari segmen Prakata dalam buku ini, naskah Maaf Dari Sorga merupakan karya yang ditulis Faisal Tehrani semasa di bangku sekolah. Dan itu sangat membuatkan saya kagum.

Buku ini tidak seperti buku penulis yang lain, di mana isinya hanyalah berkisar tentang suami isteri yang tidak memberi penekanan kepada cara hidup yang berlandaskan Islamik dan bagaimana Tuhan menegur mereka dengan kisah-kisah mistik yang berada di dalam rumah bernombor 33.

Ceritanya ringkas. Tiada yang perlu bermain dengan fikiran. Cukup sekadar memberi kita pengajaran betapa, sebagai umat Islam, hidup ini perlu berlandaskan agama dan bukan sekadar Islam di kad pengenalan sahaja. Buat mereka yang ingin mencari 'isi' dalam sebuah karya, buku Maaf Dari Sorga ini mungkin boleh dipilih sebagai bahan bacaan anda.
Profile Image for Kataklicik.
1,011 reviews18 followers
July 6, 2019
Saya mula membaca karangan Faisal Tehrani sedari terbitan buku2 awalnya, dan saya terpesona dengan kepetahan dan keperinciannya pada jalan2 cerita yg sebegitu luas dan tidak terperangkap pada hanya satu genre. Walau begitu, karangan2 terkini Saudara Faisal kurang saya gemari. Hati saya masih tertambat pada cerita2 awal, yang saya kira masih naif dan di tahap putik.

Cerita Maaf Dari Sorga ini mengimbau rasa dan gaya seperti cerita2 awal Saudara Faisal itu. Khabarnya ditulis waktu dibangku sekolah dan diolah semula supaya sesuai untuk terbitan semasa. Kalau beginilah rupanya penulisan Faisal si remaja, tidak hairan lagi mengapa senarai bibliografi Faisal Tehrani begitu mengkagumkan.

Love this. I don't do well with such short stories but this one has enough bite to elicit much thinking. Write more stories, Faisal. I'm not much of a Tehraniyyun but I will keep on reading.
Profile Image for Zareek.
25 reviews
February 22, 2010
Saya tak pernah baca sehingga habis buku-buku FT yang lain, tapi saya yakin ini bukan buku beliau yang terbaik. Plot seolah-olah macam cerita seram di TV3. Mungkin sebab karya ini ditulis di awal pembabitan dalam dunia penulisan (buku pertama, katanya), ceritanya agak straight-forward, ringkas dan tidak meleret. Namun untuk mengenalkan kepada dunia FT yang lebih advanced (seperti saya), mungkin buku ini boleh jadi permulaan yang baik. Nilai-nilai agama dan moral diselitkan tanpa dirasakan terlalu berat.

Mungkin yours truly membelikan untuk saya sebab banyak sangat baca buku lagha. :)
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
February 10, 2012
ini merupakan karya sulung Faisal Tehrani yang dibaca oleh saya.jadi serasa tidak adil untuk menilai penulis melalui karya ini sahaja apata lagi karya ini ditulis ketika di bangku sekolah.plot yang mudah dan ringkas dengan penambahan unsur-unsur dakwah.jikalau tidak mengenangkan karya ini ditulis ketika FT di bangku sekolah serasa ingin memberi 2 bintang sahaja.saya menjangkakan penulisan yang lebih bagus daripada anak murid A Samad Said.tapi untuk karya ini saya kan pejamkan mata dan mencari karyanya yang lain sebelum menilai.oh dan tiada unsur-unsur Syiah yang saya nampak.
Profile Image for Nor Azzah.
Author 11 books110 followers
August 16, 2010
Antara karya awal FT, ditulis di zaman sekolah. Boleh dibaca untuk lihat bagaimana bezanya hasil penulisan FT dulu dan sekarang.
Profile Image for Atiqah Lott.
2 reviews1 follower
November 28, 2022
Tajuk: Maaf Dari Sorga
Penulis: Faisal Tehrani
Penerbit: Ameen Books
Tahun terbitan: 2003

Menurut beliau, karya ini ialah karya novelnya yang pertama yang telah ditulis ketika beliau di bangku sekolah lagi. Karya yang telah diperam bertahun-tahun lamanya inilah yang dihulurkan kepada sang penerbit ketika itu.

Berkisarkan tentang sepasang suami isteri yang baru berpindah masuk ke rumah bernombor 33, Jalan Kelana Jaya di Taman Pengkalan Rama. Hakiki atau mesra dipanggil Aki dan isterinya yang berasal dari Australia bernama Sarah yang juga seorang muallaf menetap di kawasan kediaman tersebut bersama-sama jirannya, Hamidi Mat atau Pak Idi, seorang penggemar falsafah Buddha serta Ustaz Wan Adlin, pensyarah di Akademi Islam UM.

Dosa-dosa lalu yang kini menghantui kehidupan seharian Aki telah menyalurkan refleksi terhadap insiden kematian jirannya, kehadiran Dina Olvis - rakan lama Sarah yang sudah berkerudung, konflik di pejabat Aki, mimpi pelik dan menyeramkan yang dialami Aki serta peristiwa misteri yang dihadapi Sarah telah membawa kepada titik pengertian baharu dalam hidup mereka berdua.

Dan apakah pengertian itu? Semuanya gambarkan menerusi novel ini.

Pada saya, novel FT ini sememangnya ringkas. Mungkin dek kerana tulisan seorang pelajar sekolah menangah yang masih hijau namun harus saya katakan, persoalannya berani untuk seorang yang dalam belasan tahun. Mungkin unsur klimaks dan penghabisannya agak longgar, namun Maaf Dari Sorga bukanlah novel yang menghampakan.

Konfliknya bertubi-tubi namun dijawab dengan kemas. Novel senipis 176 muka surat ini juga seperti biasa memiliki penerangan dan debat untuk satu satu topik yang dibicarakan oleh watak (FT yang tipikal). Bintang: ⭐⭐⭐
Profile Image for M. Azhaari Shah Sulaiman.
357 reviews19 followers
June 15, 2012
Novel ini dikarang FT ketika masih di bangku sekolah lagi . tentu ramai yang ingin ulas tentang perkembangan wacana dan pemikiran FT selepas membaca novel ini.

Walaupun dikarang ketika masih dibangku sekolah, plot dan penceritaan novel ini digarap dengan baik. nampaknya kecenderungan FT dengan menggunakan unsur unsur asing dan terperinci telah bermula dari awal penulisannya lagi. begitu juga argumentasi dua hala yang berperanan memperdalam pemahaman ke atas sesuatu isu yang dibangkitkan.

Nak komen lebih lebih, kita ketika masih dibangku sekolah pun karangan tunggang terbalik lagi. :)
236 reviews3 followers
December 16, 2012
Cerita tentang sebuah rumah yang penuh misteri. Penghuni-penghuninya sebelum ini mengalami peristiwa-peristiwa yang menggerunkan dan mati dalam keadaan yang mencurigakan. Mungkin kerana buku ini ditulis semasa di bangku sekolah lagi, bahasa dan gayanya agak biasa - sebab itulah saya hanya memberi 2 bintang.
Profile Image for An Nasaie.
31 reviews27 followers
November 9, 2014
ringan tapi masih terselih nilai-nilai ilmiah yang bermanafaat. Mengharapkan lebih dari karya ini terutama dari perbincangan menyentuh isu tauhid dan persoalan yang selalu diremehkan umat islam tapi FS terlebih dahulu menyatakan novel ini ditulisnya ketika di di sekolah menegah lagi tapi diperam lama. Jadi boleh dikatakan karya ini kena dengan usianya ketika itu.
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
October 31, 2009
Buku FT paling basic! Tetapi saya suka, ia mudah dan berbisa! Ceritanya stereotaip tetapi selalu tidak terjangkakan. Gaya bahasa yang mudah difahami tdak seperti bukunya yang lain. Boleh buat cerekarama, mungkin?
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
April 24, 2013
Novel yang sangat simple. Santai. Mungkin sebab ini merupakan novel pertama penulis.

Mengisahkan rumah no 33 yang sering bertukar penyewa kerana berlaku kejadian-kejadian pelik terhadap penyewanya sehingga ada yang terbunuh. Apa yang berlaku sebenarnya? Nak tahu kena lah baca sendiri...hehe.

Profile Image for Sufiyyah Zulkifli.
59 reviews6 followers
December 22, 2012
once again related to economics-issue... aha. yet give me a new perspective of those unseen disturbance.
1 review
February 3, 2010
cerita yg penuh dengan maksud tersirat, banyak pengajaran.
Profile Image for Nurul.
69 reviews26 followers
April 21, 2017
Maaf Dari Sorga By Faisal Tehrani
It is a thin book but deep with thought provoking ideas.
The plot runs smoothly, making it an easy read. The first few pages entertained readers' usual fantasy about haunted house. As the plot progressed, I could see the jewel of this book lies on the issues touched by the author. The core issue is about religion; belief vs practice, but I as the reader didn't feel burdened by it because the author subtly projects important ideas through the characters' mouths. The struggles between the two could be seen in many levels, not just within the characters but also in our society where the topics revolve around the relationship with neighbors, conventional vs Islamic finance, bribery and society's belief in ghosts. There are scenes which opened my eyes about how easy people use the term 'darurah' to legitimize things frobidden by islam. Even though the issues are not discussed deeply, it is enough to make readers think and reflect on themselves.
Overall, it is a good piece to read but I feel there is something missing in this piece but I didn't know what it is. Mind that, the author wrote this piece during his schooling years and I would say, it is impressive for someone at a young age to write this.
Displaying 1 - 26 of 26 reviews