Mengapa jadi begini? The Wannababes sudah sampai ke New York. Tetapi New York itu nyata indah khabar dari rupa! The Wannababes tidak sanggup berlama di New York! The Great Wannababes sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat tinggalkan New York!
jalan cerita menarik, unsur humor, Ain Maisarah pandai menghidupkan watak yang ada dalam buku ini. Setiap watak ahli Wannababes diberi variasi personaliti yang menarik menjadikan pembacaaan bertambah senang. New York yang disangka-sangka bukanlah New York yang dicari. Mereka akhirnya tenggelam dalam perancangan melarikan diri sebelum setiap orang makin sakit jiwa. Berjayakah mereka pulang ke Kuala Lumpur? haa..yang tu kena tengok dan lihat.
Sebelum tu, kalau ada masa boleh baca catatan pendek saya selepas baca Aku Mahu ke New York 1. Saya baca buku ni back to back. Macam biasa, kesannya lebih mengesankan. Buku yang pertama tu bagi saya very interesting. Buku kedua pula, very very interesting with some twists. Oktaf kelucuan lebih tinggi bila bayangkan dugaan hidup di tujuh orang gadis sunti glamor The Wannababes di Kampung New York. Kasihan pun ada. Macam-macam Cara dibuatnya untuk melepaskan diri dari terkurung dalam kehidupan serba serbi tidak sesempurna berbanding kebiasaan mereka di Sekolah Sri Bangsar dan di rumah masing-masing. Saya sangat Pandang tinggi kemahiran penulis menyongsangkan perasan pembaca terhadap Tye Wannababes, dari meluat jadi suka dan mengakhiri kisah dengan sesuatu yang sungguh di luar kotak.
Kisah The Wannababes yang terlalu taasub kepada negara Barat akhirnya memakan diri sendiri. New York yang dijangka sebuah negara yang dikenali sebagai tempat membeli-belah ialah sebenarnya nama sungai di Sarawak.
Sudahlah mereka ini semua kaya-raya dan sombong belaka. Sudah tentu merana hidup sepanjang di kampung pedalaman Sarawak.