Cetakan pertama; 1987 (fuhhh.... aku still di secondary school. Dgn pinafore paras lutut kaler biru dan bertocang dua :)
Cetakan kedua : 2002 (masa tu tgh bersuka-suki kat kolej). Q untuk meminjam salinan photocopy naskah ini... boleh tahan panjangnya.
1998 : Kuasatek menerbitkan siri Cinderella dengan peneraju utamanya Haliza Misbun dan Ahmad Idham. Pecah 'tv' jugalah ratingnya. Walaupun dinafikan, tapi bagi yang dah membaca DEDAUN HIJAU DI ANGIN LALU memang dah mengagak similarity yang ada (terutamaya pada awal cerita). Dan pembaca yang 'faham' tentang watak Intan tentu menggeleng kepala dengan 'ke-over-an' si pelakon utamanya. (termasuk akulah tu!). Anyway.... let alone the drama series.
And also let alone all the 'imbuhan'. Tersengih la jugak bila terserempak dengan perkataan yang diimbuhankan yang rasanya takan lagi dijumpai dalam tatabahasa hari ini.
Contoh: keliaran yang memaksiatkan, keisterian, kepingaan..... etc etc (tersengih kerana ayat berimbuhan ini sering digunakan bila 'in jokes' dengan kawan2).
Bahasanya? It was written back in 1987 berlatar belakangkan negara seberang Tambak dengan sosio ekonomi yang amat berbeza dengan apa yang kita ada. Ingat filem Azura? (Ogy n Jamal)... begitulah susun atur dialog yang dituturkan. Ada kalanya rasa macam menjenguk persembahan pentas di Studio Jalan Ampas.
Inti patinya? Penuh dengan segala gejala sosial golongan kolongmerat. Penzinaan, pesumbangmahraman, penderaan, pengkhianatan.... bak kata penulisnya; keliaran yang memaksiatkan. Banyak scene2 yang agak melangkaui batas kesopanan diplotkan. Untuk pembacaan para remaja, amatlah tidak digalakkan. Kadang2 rasa bersyukur juga dengan kesukaran mendapatkan naskah ini di pasaran. Jika ia dijual sewenangnya di rak-rak gudang buku? Bukan salah plot yang ditampilkan tetapi mungkin perkataan/ayatnya yang terlalu direct membuatkan scenenya ini agak 'keterlaluan'.
TETAPI..... (for me)
Rasanya setakat ini tiada lagi watak gadis yang dikahwin paksa dan didera selepas akad nikah yang SEKUAT, SETABAH, SE-ADIWIRA(?).... INTAN BINTI SAMAD. Dia umpama Cinderella. Anak yatim yang didera keluarga ibu saudaranya. Sentiasa menjadi buruan lelaki2 di Pulau Ubin termasuk bapa saudaranya sendiri. Dikahwinkan dengan Assad Effendi (digambarkan dalam mimpi Intan sebagai lelaki berwajah singa)... bukan prince charming tapi lebih kepada the beast. Di bawa ke Singapura sebagai orang gaji dan pengasuh kepada Iis (anak Arsyad; kembar Assad). Dr. Assad membenci wanita kerana putus asanya Arsyad kerana ditinggalkan Haryati.
'Tarikan magnet' Intan atas Assad amatlah kuat walaupun berkali dinafikan. Intan disetubuhi secara paksa pada malam pengantin mereka. Zuriat di rahim Intan tidak diakui Assad sebagai benihnya. Bila Assad tewas dengan kehendak naluri kelakiannya atas Intan, isterinya itu melarikan diri kerana kecewa dengan Assad yang hanya mahukan jasadnya. Pemergian Intan menanarkan Assad. Intan dicari dan akhirnya statusnya sebagai isteri diwartakan.
Kagum dengan dialog yang dituturkan Intan ketika menegakkan haknya sebagai seorang isteri yang tidak diiktiraf sang suami.
"Aku tak pernah tidur bersama lelaki darimu Assad. Kau tentu tahu benih siapa yang membuah dalam rahimku ini. Sebagai seorang yang terpelajar, kau mesti tahu aku masih dara lagi di malam pengantin itu." m/s 265
"Meskikah aku menjelaskan adakah aku jujur atau setia atau sebaliknya. Sedangkan kau sendiri tidak pernah bertanya pada dirimu, adakah kau sendiri benar-benar jujur atau tidak?"
"Aku juga ingin beritahumu Assad. Bagiku, diriku adalah seorang janda; dan bayi dalam kandunganku ini anak yatim." m/s 273
"Jangan bimbang aku tak minta kau sudi atau tidak anak ini. Aku sendiri boleh memeliharanya. Cuma yang menjadi keinginanku ialah anak ini anak lelaki. Tetapi sekiranya anak ini perempuan ia tentu akan menyusahkanmu di belakang hari. Kalau ada jodohnya kelak, dia tentu memerlukan walinya ketika bernikah. Dan apa yang aku mahu dengar dari mulutmu, ialah patutkah anak ini aku binkan atau bintikan dengan namamu? Atau haruskah aku gunakan nama Abdullah, yang suatu masa kelak akan menimbulkan tanda tanya pada anak ini?" m/s 367
Itu belum tiba babak Intan menempelak Assad ketika suaminya itu memujuknya pulang sebagai isteri dan ibu kepada anak mereka. Percayalah, sukarnya menemui watak se-adiwira INTAN dalam naskah2 kini. Dan yang lebih mengagumkan, penulisnya adalah lelaki!
Itu hanya 1/3 daripada kisah yang dikisahkan dalam Dedaun Hijau ini. Ada kisah Arsyad + Haryati + Iismadi. Ada kisah percintaan Fatimah + Mustafa + Samad. Ada cerita jenayah Mustafa + Samad + Dollah + Ruddin + Bohari + Haryati. Dan ada kisah pembunuhan Dolah + Riri + Marina + Eliza. Ada kes kematian Kamariah + Rubiah + Roslan + pak tua dan isteri.
Apapun, yang pasti DEDAUN HIJAU akan tetap hijau dalam kelasnya yang tersendiri.