Jump to ratings and reviews
Rate this book

Mencari Jalan Pulang: Daripada Sosialisme Kepada Islam

Rate this book

243 pages, Paperback

First published May 8, 2008

14 people are currently reading
265 people want to read

About the author

Kassim Ahmad

29 books41 followers
Kassim Ahmad is Malaysia's foremost thinker and philosopher. He grabbed national headlines in the 1950s with his dissertation on the characters of Hang Tuah (Perwatakan Hang Tuah), the Malay literary classic. In it he challenged the traditional interpretation and made the hitherto hero Hang Tuah as nothing more than a palace hack, and elevated the anti-hero Hang Jebat as the true hero, willing to kill even the sultan in defence of honor and principles. Kassim was jailed for nearly five years under the ISA for daring to express openly his political views, an experience which he recounted in his book, Universiti Kedua (Second University). Kassim again shook the Malay world with his "Hadith: A Re-Examination" in which he challenges the infallibility of the purported words of Prophet Muhammad s.a.w. Except for an honorary doctorate in Letters conferred by the National University of Malaysia, the country has not seen fit to honor this great public intellectual.

- - - - - - - - - - - - -
Dr Kassim Ahmad seorang politikus, penulis, penyair dan sarjana dilahirkan di Kampung Kubang Tampang, Lepai, Kubang Pasu, Kedah, pada 9 September 1933, dengan nama Osman, tetapi diubah namanya kerana sering sakit, mendapat pendidikan awal di Sekolah Bandar Bahru, Kulim.

Peluang meneruskan pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada 1949, membuka pintu khazanah ilmu serta persuratan kepadanya sehingga memungkinkannya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya (UM) di Singapura pada 1955.

Dunia pengajian tinggi di menara gading itu mendedahkannya kepada pemikiran sosialisme dan Islam melalui kepustakaan dan percambahan fikiran bersama-sama rakannya yang masing-masing membina ketokohan tersendiri, selain mula terbabit dalam Kelab Sosialis UM.

Dengan sokongan Pensyarah UM Singapura, JC Bottoms, Kassim menyahut pelawaan untuk mengajar bahasa dan sastera Melayu di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London, pada 1962 hingga 1966.

Dalam ranah sastera, Dr Kassim dikenali sebagai penyair yang tidak sunyi daripada kontroversi apabila menghasilkan puisi, Sidang Roh dan Jalan ke Parlimen pada 1960, selain disertasinya, Perwatakan Hang Tuah yang mencabar interpretasi keperwiraan Hang Tuah sehingga mengangkat Hang Jebat, turut mendapat perhatian.

Pembabitannya dalam politik pula menyaksikan beliau mengepalai Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) selama 18 tahun bermula beliau pulang ke tanah air pada 1966, sebelum mengambil keputusan untuk berundur daripada gerakan itu pada 1984.

Kassim pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama hampir lima tahun yang turut mendorongnya membukukan pengalaman itu dalam memoir Universiti Kedua.

Selepas mengundurkan diri daripada politik, Beliau menubuhkan Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) dan menghasilkan buku Hadis: Satu Penilaian Semula yang mencetuskan kontroversi sehingga dianggap anti-hadis.
(Kredit: Mohd Nazmi Yaakub)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
24 (18%)
4 stars
56 (42%)
3 stars
36 (27%)
2 stars
12 (9%)
1 star
4 (3%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Iman Danial Hakim.
Author 9 books384 followers
November 25, 2017
Setelah beliau pergi meninggalkan kita, barulah hati ini tergerak untuk mengenali siapa Kassim Ahmad.

Saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir dalam bahagian prakata buku ini, di penghujung hayat seseorang manusia akan kembali ke pangkal jalan walau seliar mana pegangan yang dipilih sewaktu muda dahulu.

Semoga tulisanmu yang bermanfaat membangunkan jiwa manusia menjadi saham di alam sana Pak Kassim!
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books282 followers
July 29, 2010
MENCARI Jalan Pulang Daripada Sosialisme kepada Islam karya Dr Kassim Ahmad bukan sekadar memoir atau autobiografi biasa yang merakam perjalanan hidup tokohnya, sebaliknya rangkuman aliran pemikiran Kassim yang memperlihatkan pendewasaan sejajar dengan perubahan zaman.

Buku dengan kata pengantar oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ini dipecahkan kepada empat bahagian mewakili proses kematangan fikiran dan idealisme berlandaskan faktor perubahan persekitaran yang melalui latar tradisi, akademik dan aktivis.

Empat bahagian itu seolah-olah menjadi kotak masa yang mengepung peristiwa penting, tetapi diikat erat kerana setiap period memberi kesan kepada perubahan pemikiran yang dianuti pengarang bermula Bahagian I: Permulaan; Bahagian II: Di Menara Gading; Bahagian III: Di Perantauan dan Bahagian IV: Kembali ke Pangkuan Ibu.

Meskipun bahagian pertama menyorot kehidupan awal Kassim tampak tidak lebih daripada keharusan dalam memoir, rakaman sejarah itu sebenarnya memberi gambaran kasar pembentukan tanggapan pengarang terhadap pengamalan dan pendidikan Islam secara tradisional yang mempengaruhi cara fikir yang cenderung kepada Islam pada dekad mutakhir.

Penghijrahan Kassim dari latar tradisional ke akademik di Singapura, membawa perubahan besar dalam hidupnya seperti didedahkan dalam Tercabut dari Akar Umbi ekoran pengaruh kehidupan bebas dan aliran sosialisme mula menerjah pemikirannya, selain percambahan ilmu dengan rakan sekuliah yang juga tokoh besar bidang masing-masing.

Proses pembentukan idealisme turut dipercikkan daripada pelbagai peristiwa besar yang menggugat dunia pada zamannya seperti kebangkitan Asia dan kehancuran sistem kolonial kuno yang melahirkan sistem sosialisme di Russia serta China, Perang Dunia Pertama dan Kedua yang turut mengubah peta dunia dari segi politik, selain perang dingin yang mencetuskan pelbagai konflik.

Bahagian III: Di Perantauan mendedahkan proses peralihan pemikiran Kassim yang mencari jawapan kepada permasalahan dunia lewat sosialisme kepada cubaannya untuk mengintai Islam di sebalik kehidupannya bermula sebagai tenaga pengajar di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London sehingga pulang ke tanah air.

Pada bahagian terakhir, pengarang mencampuradukkan rakaman pembabitan dan pengundurannya dalam gerakan sosialisme, penahanannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peristiwa penting dalam negara ini serta percikan pemikiran dan tafsirannya terhadap Islam.

Dalam buku ini, pengarang tidak dapat mengelak daripada menyelitkan pandangan kontroversinya kerana pemikiran itu sudah sebati dengan perjalanan hidupnya sehingga melahirkan buku Hadis-Satu Penilaian Semula yang menyalakan perdebatan terhadap tafsirannya terhadap hadis.

Buku setebal 243 halaman terbitan ZI Publications Sdn Bhd berharga RM35 senaskhah ini, sebenarnya menunjukkan Kassim tidak pernah menguburkan pemikirannya, sekali gus menunjukkan pandangannya wajar dijawab dengan hujah oleh pihak berkenaan.

Dunia kontroversi penulis, penyair

DR Kassim Ahmad yang dilahirkan di Kampung Kubang Tampang, Lepai, Kubang Pasu, Kedah, pada 9 September 1933, dengan nama Osman, tetapi diubah namanya kerana sering sakit, mendapat pendidikan awal di Sekolah Bandar Bahru, Kulim.

Peluang meneruskan pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada 1949, membuka pintu khazanah ilmu serta persuratan kepadanya sehingga memungkinkannya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya (UM) di Singapura pada 1955.

Dunia pengajian tinggi di negara republik itu mendedahkannya kepada pemikiran sosialisme dan Islam melalui kepustakaan dan percambahan fikiran bersama-sama rakannya yang masing-masing membina ketokohan tersendiri, selain mula terbabit dalam Kelab Sosialis UM.

Dengan sokongan Pensyarah UM Singapura, JC Bottoms, Kassim menyahut pelawaan untuk mengajar bahasa dan sastera Melayu di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London, pada 1962 hingga 1966.

Dalam ranah sastera, Dr Kassim dikenali sebagai penyair yang tidak sunyi daripada kontroversi apabila menghasilkan puisi, Sidang Roh dan Jalan ke Parlimen pada 1960, selain disertasinya, Perwatakan Hang Tuah yang mencabar interpretasi keperwiraan Hang Tuah sehingga mengangkat Hang Jebat, turut mendapat perhatian.

Pembabitannya dalam politik pula menyaksikan beliau mengepalai Parti Sosialis Rakyat Malaysia selama 18 tahun bermula beliau pulang ke tanah air pada 1966, sebelum mengambil keputusan untuk berundur daripada gerakan itu pada 1984.

Kassim pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama hampir lima tahun yang turut mendorongnya membukukan pengalaman itu dalam memoir Universiti Kedua.

Selepas mengundurkan diri daripada politik, Beliau menubuhkan Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) dan menghasilkan buku Hadis - Satu Penilaian Semula yang mencetuskan kontroversi sehingga dianggap antihadis.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
November 1, 2014
Kassim Ahmad menceritakan beberapa perkara penting dalam hidupnya yang tidak dapat tidak menjadi perhatian ramai khususnya buku tentang hadis yang ditulisnya. Diceritakan juga bagaimana lahirnya buku itu dan permintaan beliau agar hadis dikaji dan dinilai semula. Mencari Jalan Pulang boleh dikatakan sebuah biorafi ringkas kerana banyak peristiwa penting yang tidak diceritakan sepenuhnya seperti Jemaah al-Quran Malaysia dan penahananya dalam ISA (tetapi ada diceritakan dalam sebuah buku lain). Beliau menginsafi perjuangan yang cuba dibuat bersama Parti Sosialis Rakyat Malaysia sehingga meletakkan semua jawatannya dan cuba berpatah balik mencari jalan pulang - seolah-olah jalan kebenaran untuknya. Namun jalan yang dicari itu nampaknya atas tafsirannya sendiri, yang masih cuba memakai kacamata sosialis sehingga Qur'an, hadis dan agama diterjemah atas pemahamannya meski pun ada perkaa yang kita boleh setuju dengannya. Saya tidak menganggp beliau menemui jalan yang dicari, dia masih berada satu jalan yang berbeza dari apa yang kita fahami
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
August 17, 2021
Tiada siapa boleh menjangkakan andai kita yang hari ini bakal sama dengan diri kita yang di masa depan. Jika kini kita sangat anti dengan itu ini, siapa boleh jangka apa akan jadi di masa depan, 10 20 tahun lagi nanti bukan?

Begitulah kisahnya dengan buku ini. Saya banyak tersenyum sendiri apabila membacanya. Antara kagum dengan kejujuran penulis mengakui khilafnya, dan persamaan dari segi kedegilan (mahupun ketidakpedulian) beliau yang bagaikan mencerminkan sikap diri sendiri juga.

Bukan mudah untuk mengakui keterlanjuran diri di masa lampau. Mengaku kesalahan sendiri itu satu isu. Mengaku salah dan sudi pula untuk berubah demi kebaikan diri & sebuah perjuangan menggambarkan bagaimana tingginya keluhuran budi penulis itu sendiri. Banyak yang boleh kita pelajari dari sikap beliau yang ini. Sikap yang terpuji.

Buku ini juga menjadi antara bukti kukuh bagaimana Akta ISA mampu merubah seseorang. Sebagai seorang yang pernah ditahan & dipenjarakan di bawah akta ini (baca kisah beliau ini dari buku Universiti Kedua: Kisah Tahanan di bawah ISA), agak mengejutkan juga bagaimana mutakhir ini pendirian beliau terhadap keberkesanan & pentingnya akta ini berubah dari membantah diwaktu dahulu kepada menyokong diwaktu ini.

Jika anda mengikuti perjuangan golongan kiri ketika era pasca merdeka dahulu, anda pasti tahu Kassim Ahmad ini sinonim dengan pergerakan kelompok sosialis negara. Tidak keterlaluan jika dikatakan beliaulah pejuang utama yang ingin mengemudi Malaysia ke arah bentuk pentadbiran & ekonomi dengan falsafah sosialis tidak lama dahulu. Banyak juga beliau memperincikan persoalan ini di dalam buku ini. Tokoh-tokoh pencetus idea & penggeraknya di semua era diserata dunia, jenis-jenis falsafah sosialis yang ada; dari yang paling kanan yang lebih mesra rakyat, hingga yang paling kiri iaitu sosialis komunisme ala-ala Korea Utara, kelebihan & kekurangannya falsafah ini, dan banyak lagi yang semuanya boleh kita ketahui secara ringkas dari buku ini.

Kisah persahabatan & trivia tokoh-tokoh Malaysia yang lain juga antara yang menarik untuk dibaca. Kisah rakan mahasiswa beliau Syed Muhammad Naquib al-Attas dan abangnya Syed Hussein Alatas, kisah pensyarah & juga rakan beliau Ungku Aziz & Pendeta Za'ba ketika di Universiti Malaya (kampus asal di Singapura pada 1950an dahulu). Kisah yang ringkas, namun tetap mengagumkan berkenaan sosok-sosok besar tanah air ini.

Banyak juga tokoh, pergerakan politik & falsafah, serta peperangan & kejadian penting dunia lainnya yang beliau ceritakan di buku ini. Kini saya lebih mengetahui mengenai pergerakan politik falsafah LeRouche di Amerika, parti Ba'ath di Iraq, signifikan lainnya tindakan bekas Perdana Menteri England yang dahulu Winston Churchill, Perang Iraq-Iran dan banyak lagi. Memperkayakan lagi pengetahuan saya & membuka minda untuk lebih melihat dunia ini dari pandangan mata helang.

Apa yang pasti, kini saya lebih ingin mencari & membaca buku kontroversi beliau, Hadis : Satu Penilaian Semula. Ingin juga diketahui isu hadis apa yang amat bertentangan dari Al-Quran yang telah beliau hujahkan di dalam buku itu sehingga ianya diharamkan beberapa bulan selepas ianya dipasarkan. Buku The God that Failed mengenai kisah bekas pengikut komunis yang insaf yang dinyatakan penulis juga antara buku lain yang menarik minat saya untuk dibaca.

Apa yang pasti, pengajaran & iktibar utama yang saya perolehi dari buku ini adalah bagaimana pentingnya untuk kita menguasai medium utama penyampaian sesuatu ilmu itu, jika kita ingin mendalaminya. Dalam konteks ini, mediumnya adalah Bahasa Arab.

Kita boleh mengkritik secara terbuka semahu kita jika kita tidak setuju dengan sesuatu. Namun jika kita cuma memahamkan ilmu tersebut hanya dari sumber sekunder mahupun tertiernya tiada gunanya juga. Ilmu itu perlu diperoleh dari sumber primernya; iaitu kitab asalnya dalam Bahasa Arab, dengan tunjuk ajar dari pakarnya yang diiktiraf, bukannya hanya dari bacaan & tafsiran sendiri sahaja. Kita mungkin boleh terpesong dari maksud asal penyampaiannya.

Mengkritik pemimpin, tokoh, fahaman, falsafah ada caranya. Begitu juga dengan mengkritik Hadis, ada juga caranya yang tersendiri. Namun sudah semestinya, jika kita bukan orang yang pakar, ilmuan agama & hadis, lebih baik kita beriqtikad dengan hasil yang sudah diperolehi oleh ilmuan hadis lama dahulu sahaja. Bertahun-tahun mereka mengkaji pastinya lebih banyak yang betulnya dari yang salahnya. Laksana kita beriktikad dalam cara beribadah mengikut salah satu mazhab dari imam besar yang 4 kini. Itu bukan bermakna kita tidak boleh mengkritik, namun kerana mereka lebih tahu.

Sama seperti buku ini juga. Lebih banyak manfaat dari khilafnya. Jadi, ayuh kita raikan yang berguna itu.
Profile Image for Nur Fikri.
37 reviews2 followers
September 20, 2025
MENCARI JALAN PULANG - Penghormatan kepada arwah Pak Kassim Ahmad

Saya membaca karya Kassim Ahmad dari universiti lagi.

Naskhah Pak Kassim yang satu ini dicapai semula secara spontan yang hanya bertujuan untuk tukar angin dan genre pembacaan masa itu - Jun 2025.

"Mencari Jalan Pulang" yang dimaknakan oleh Pak Kassim telah menunjukkan kepada pembaca dan penyantun nukilannya dalam mencari pemaknaan dan filsafah kewujudan diri manusia serta perjalanan spiritualnya sebagai kejadian manusia.

"Saya yakin sistem yang dicari itu ialah Islam, bukan hanya sebagai agama tetapi sebagai sistem hidup"

Pembebasan, Perjuangan dan Pengorbanan adalah elementeri penting yang dijelaskan dalam buku ini di dalam perjalanan sesama manusia (sosialisme) dan perjalanan ketuhanan (spiritual).

Dalam naskhah ini, ada diceritakan mengenai Pak Kassim pada masa itu sudah pun dilabel sebagai seorang yang anti hadis dan musuh yang nyata kepada umat Islam.

Kebanyakkan orang yang melabel beliau begitu tidak membaca buku-buku beliau dan hanya mengambil tajuk berita sahaja.

Bukunya ‘Hadis : Satu Penilaian Semula’ diterima orang-orang begini sebagai penolakkan hadis secara 'total.'

Betapa jauhnya itu dari hakikat kebenaran.

Dari buku 'Hadis : Satu Penilaian Semula', Pak Kassim menulis..

"Kita tidak menolak hadis sebagai sumber kedua jika ia tidak bercanggah dengan Quran."

Ini diulang lagi di dalam bukunya, 'Mencari Jalan Pulang',

'Mereka cap saya anti-hadis walaupun saya tidak menolak semua hadis. Saya hanya menolak hadis-hadis yang terang-terang bercanggah dengan ajaran-ajaran Quran. Bagi saya Quran itu Furqan, neraca kepada semua ajaran'.

Pokok pendapat Pak Kassim adalah kita sebagai umat Islam perlu kembali kepada Al-Quran.

"Quran itu bukannya buku untuk hanya dilagu-lagukan tetapi dibaca dengan penterjemahan supaya kita faham maksudnya dan juga mengambil pengajarannya."

Begitu kukuh pendapat Pak Kassim itu sehingga arwah di dalam proses menulis penterjemahan Al Quran sehingga ke akhir hayatnya kepada bahasa yang mudah difahami semua.

Bukan semua pendapatnya saya setuju tetapi saya tidak menolak keikhlasan beliau kepada agamanya terutamanya saranan beliau supaya kita kembali kepada Quran.


Terima kasih Pak Kassim.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Pak Kassim dan menerima amalan serta kebaikan Pak Kassim.

Kita yang masih hidup ini juga harus ada daya dan upaya untuk mencari dan memaknakan Jalan Pulang kepada-Nya.
Profile Image for Sarrah ANJ.
63 reviews145 followers
March 14, 2013
- after reading this book, i really want to meet Mr. kassim. it is great that I could find a writer/thinker who writes about the issue that I have been thinking about a lot and been reading to improve my thinking to be able to underdtand more. I have now bought "Islamic Renaissance" and gonna start reading "Hadith" inshallah . There are some things that I tend to disagree with, but let me first read more of the author'sbooks and articles so I can understand how exactly Mr. Kassim think about them, and let me read and think more to shape a supported opinion.
- i Enjoyed this book .. thoughtful .. Ambitious man !
-I kept thinking about what the writer mentioned about that Quran contains both universal and historical parts , it makes sense for sure. However, i really think that determing which is universal and which is not, depends on thinking but Also on Arabic language and the style that the verses are written can help at deciding thaat as well, as there are interpretations that explain the differences in the use of the words and the grammer in the Quran, which can change the meaning or the understanding of the verse.
-I would really like it more if the writer included something about the three issues that he said confused him " slavery, position of women and the penalties " .
Alhamdulillah . Jazaka Allah Khair.
Profile Image for Nur Elvina.
70 reviews20 followers
May 22, 2022
Tergerak hati untuk mengenali penulis apabila mengetahui kontroversi penulisan beliau suatu ketika, 'Hadis: Satu Penilaian Semula'. Tidak sangka perjalanan hidup Kassim Ahmad pernah melewati tokoh penulisan, politik dan ilmuan sohor seperti Shahnon Ahmad, Ungku Aziz, Tun Dr. Mahathir, Syed Naquib al-Attas yang kebanyakan mereka dikenalinya ketika di bangku sekolah dan semasa pengajian di Universiti Malaya.

3 bahagian buku ini mewakili 3 fasa kehidupannya bermula sebagai pemuda yang penuh dengan rasa ingin tahu yang tinggi, fasa seorang singa sosialis sehinggalah ditangkap dibawah akta ISA dan kemudian fasa kesedaran dan keinsafan.

Beliau menyifatkan dirinya seorang politikus yang gagal tetapi penulis yang berjaya walaupun telah memimpin Parti Sosialis Rakyat Malaysia selama 18 tahun. Ternyata beliau seorang yang teguh berprinsip apabila tekad meninggalkan Parti Sosialis kerana tidak lagi menyokong pegangan parti.

Sehingga ke akhir hayatnya, semangat ingin tahu beliau tidak pernah padam dan kelihatannya pendapat kontroversi beliau mengenai hadis masih menyala baranya walaupun di usia senja.
Profile Image for Najihah.
56 reviews48 followers
June 26, 2014
Jika Kassim Ahmad sampai dahulu ke alam Baqa', aku ingin sekali menulis belasungkawa pendek buat beliau. - Walau banyak sabda yang dinafi, di hujung sirat nanti, Muhammad nan terpuji akan menyambut tanganmu...

Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
December 7, 2017
Mencari Jalan Pulang : Daripada Sosialisme Kepada Islam. Kassim Ahmad. ZI Publications. 2008.

1) Buku ini aku jumpa atas rak buku Perpustakaan USIM. Dan bagi aku, buku ini memang sedap. Percayalah !

2) Pertama kali aku baca hasil tulisan Allahyarham Kassim Ahmad. Sebelum ni pernah je dengar nama Kassim Ahmad daripada mulut-mulut orang.

3) Buku ini mengandungi 4 Bahagian dan 21 Bab. Tebal buku ini adalah sebanyak 240 mukasurat.

4) Bila kau baca buku ini, kau seolah-olah membaca pemikiran Allayarham Kassim Ahmad. Kalau sebelum ni, kita mendengar nama Kassim Ahmad hanya melalaui mulut-mulut orang dan kita melabel beliau sebagai golongan 'Anti Hadis'.

5) Bagi aku, Kassim Ahmad merupakan seorang pemikir yang patut dicontohi semangat juangnya. Ya, mungkin ada idea-idea @ pemikiran beliau yang kita tak setuju tapi, itu bukan bermakna kita mengenepikan beliau secara total. Kemajuan manusia datang dari keberanian berfikir.

6) Aku suka penulisan ada Bab 9 yang bertajuk Perpustakaan Universiti. Di dalam bab ini, Allayarham begitu kagum dengan gedung buku yang terdapat di universiti tempat beliau belajar. Di dalam perpustakaan itu, Kassim Ahmad banyak menggunakan masanya dengan membaca buku yang terdiri pelbagai genre seperti sejarah, biografi falsafah, sains politik, sastera, dan agama. Beliau juga ada mengkritik, " Sekarang setelah kita merdeka pelajar-pelajar kita hanya ada masa untuk membaca dalam kurikulum mereka saja. Pengetahuan mereka di luar kurikulum kosong !"

7) Sebenarnya, banyak lagi perkara-perkara positif yang boleh kita dapati daripada buku ini & aku tak nak tulis kat sini. Kalau aku tulis panjang-panjang pun nanti korang malas baca . Doakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh penulis.

8) Kalau korang nak baca buku ni, bolehlah cari di mana-mana kedai buku, itupun kalau masih ada terjual. Untuk warga USIM, korang boleh dapatkan buku ini di Perpustakaan USIM. Kalau tak jumpa juga, boleh minta tolong pustakawan-pustakawan yang ada di situ.

9) Selamat membaca & selamat mengembara !


#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breatheNread
#2017readingchallenge
[ ENAMpuluh ]
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
April 23, 2018
Secara keseluruhannya.Auto-biografi ini memberi kita garis panduan untuk menilai pemikiran pak kassim.Bagi saya,ada beberapa perkara yang tidak saya bersetuju tapi sekurang-kurangnya pak kassim bertindak menyedarkan kita (khususnya penuntut ilmu agama) untuk keluar dari zon selesa.Bergerak mencari kebenaran.Paling saya setuju bahawa perkara yang salah perlu dilawan dengan perkara yang betul.Jika ada kesilapan dari pandangan pak kassim perlu dilawan hujjah dengan perkara yang betul.

Cuma dalam buku ini tidak mengandungi perincian tentang "hadith satu penilaian semula".Dalam apa sahaja ilmu ada disiplin dan metodologinya.Termasuk ilmu hadith.

Ada beberapa isu dalam buku ini yang perlu dijawab dan dikritik.Mungkin di ruang yang lain.Apa pun saya suka pada sejarah penglibatan,perkembangan dan peralihan beliau dalam politik.
Profile Image for Fur Abid.
227 reviews8 followers
August 11, 2024
“𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘁𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗴𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝘁𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗿𝘁𝗶. 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗮𝘀𝗮𝗹𝗻𝘆𝗮, 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻-𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗶𝗽𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻. 𝗜𝗻𝗶𝗹𝗮𝗵 𝘁𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗸𝗼𝗸 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮.”

Siapa yang tidak kenal susuk tubuh Kassim Ahmad? Namanya pernah seketika sekitar lewat 2000-an begitu terkenal dek pelabelan agamawan dan badan-badan berautoriti dalam hal-hal ehwal agama memberi label Anti Hadis. Kassim Ahmad banyak menukil sajak dan puisi yang agak kontroversi dalam puisinya, Sidang Roh pada rangkap akhir “Dan tuhan sudah mati.”

Mencari Jalan Pulang ini mengisahkan tentang kisah hidup insan bernama Kassim Ahmad sedari kecil sehingga melanjutkan pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid, lalu meneruskan pengajiannya di Universiti Malaya di Singapura. Bukan itu sahaja, ia sedikit sebanyak menjawab segala kritikan-kritikan tentang pengharaman buku tulisannya, Hadis Satu Penilaian Semula yang dilemparkan oleh agamawan yang candu terhadap dirinya.

Memoir ini merupakan pelengkap dan sekuel kepada Universiti Kedua kerana ia menjawab segala persoalan tentang bagaimana wujudnya susuk tubuh Kassim Ahmad yang berkelana sehingga ke London untuk mengajar di SOAS. Lalu, perkelanaan beliau dalam menelusuri Sosialisme dan kepulangan beliau terhadap ajaran agama Islam dan sekaligus menyatakan yang sosialisme ini tidak bersesuaian dengan dirinya.

Jika Universiti Kedua berkisarkan tentang perjalanan beliau semasa menjadi tahanan ISA, maka Mencari Jalan Pulang lebih kepada kritikan jawapan terhadap sekatan yang telah dibuat berkenaan pengharaman buku beliau dan perjalanan kisah hidup Kassim Ahmad. Gambaran yang dinyatakan oleh Kassim Ahmad ketika itu menggambarkan beliau merupakan gergasi yang harus dijatuhkan dengan imejnya dimanipulasi oleh pihak-pihak yang kolot dan dangkal akalnya.

Namun begitu, dek terlalu lama bergelumang dengan persekitaran, bacaan dan golongan cendekia sosialisme. Walaupun beliau telah berpatah semula mencari erti hidup yang sebenar dengan berpandukan Quran dan menolak segala hadis yang tidak berpandukan Quran. Beliau masih belum menjumpai jalan yang sebenar yang dicari kerana mencampur adukkan kaca mata dan pandangan beliau yang berasaskan Sosialisme dengan agama.

Ia sedikit sebanyak memberi suatu gambaran yang bias ketika Kassim memberikan hujah tentang Quran dan hadis dengan meneliti semula penilaian kepada hadis-hadis yang tidak dipertemukan dan dinyatakan di dalam Al Quran. Perjalanan Pak Kassim yang berliku-liku, menjadi presiden Parti Rakyat Malaysia selama 13 tahun dan meletakkan jawatan sebelum menyertai UMNO.

Secara keseluruhannya, memoir autobiografi Kassim Ahmad ini merupakan pembentangan buah fikirnya mengenai politik, hal-hal terkait dengan penstrukturan penilaian pada Hadis dan lain-lain. Bahkan, memoir ini menceritakan segala cerita yang tidak didendangkan di dalam buku beliau, Universiti Kedua yang lebih tertumpu kepada perjalanan semasa tahanan ISA.

Walaubagaimanapun, reka letak dan typo pada buku ini sangat mengecewakan. Sewajarnya pihak penerbit mencetak dan membukukan memoir seorang negarawan yang ulung ini dengan keadaan baik dan representasi buku dalam keadaan yang bagus. Bukannya mencetak ala kadar dan sekadar ada sahaja.
Profile Image for Afiq Zainal.
4 reviews
February 12, 2014
Aku tidak mengharapkan ia sebuah naskah yang humor mahupun puitis, namun keikhlasan dan kejujuran Pak Kassim melakarkan kisah hidupnya telah benar menginspirasikan diriku. Ada beberapa perkara yang dapat aku ambil melalui memoir ini:-

1)
Pak Kassim merupakan anak kampung yang melalui perih jerih kehidupan marhaen sebelum menjadi seperti sekarang, apa yang benar menginspirasikan ialah kekuatan beliau datang dari satu tekad untuk mencari kebenaran untuk memaknai kehidupannya. Jarang benar aku dengar anak melayu berprinsipkan hidup mencari kebenaran dan ingin mengangkat masyarakat yang adil. Ini tekad yang jelas, suci dan ikhlas.

2)
Diatas tekad beliau tersebut, Pak Kassim telah menggoncangkan status quo terhadap tradisi keilmuan Islam yang dipegang oleh majoriti Muslim. Susuk ini mencabar kaedah dan sumber undang undang Islam yang disepakati zaman berzaman. Untuk bersikap jujur, sekadar membaca memoir ini tidaklah membolehkan kita memahami hujah penuh Pak Kassim dalam cabarannya terhadap tradisi keilmuan Islam tersebut, namun gambaran dan fahaman ringkas yang beliau tampilkan didalam buku ini dapatlah kiranya aku membuat kesimpulan yang disebutkan. Ya, jika benar Pak Kassim benar, atau jika benar Pak Kassim salah, kita perlu membaca dua naskah beliau yang lain iaitu: Hadis: Satu Penilaian Semula dan Hadis: Jawapan kepada Pengkritik. *Barang diingat buku ini telah diharamkan.

3)
Sesuai dengan tajuknya 'Mencari Jalan Pulang', memoir ini menukilkan perjalanan hidup Pak Kassim dari kelahirannya sehingglah beliau 'pulang' dimana beliau mengungkapkan diperenggan akhir memoir ini; "selamat tinggal kepada dunia lama, dan selamat datang kepada dunia baru!". Tekad yang saya sebutkan diatas, telah membawa Pak Kassim daripada fahaman sosialisme sebagai satu falsafah kepada Islam sebagai satu cara hidup yang 'syumul'. Jangan terkejut, kalau Islam yang Pak Kassim kembali pulang bukanlah Islam seperti kebanyakan dari kita, begitulah Pak Kassim yang penuh dengan kontroversi sepanjang coretan hidupnya. Masakan beliau melepaskan jawatan sebagai presidan Parti Rakyat yang berjalur kiri dan sosialis yang dipegang selama 18 tahun, dan pulang kepada 'idealogi Islam'!

4)
Ya, membaca memoir ini juga membuatkan aku menyedari satu fakta bahawa kebanyakan para ilmuan, ahli politik, dll yang terkenal pada dekad sezaman Pak Kassim mempunyai kaitan antara satu sama lain, dari Pendeta Za'ba, Mohamad Iskandar(ayah Tun M), Ahmad Boestamam,Prof Ungku Aziz, A Samad Said, Usman Awang, Prof Syed Hussein dan Naquib AlAttas, Syed Husin Ali, Tun M, Tun Musa Hitam, TG Haron Din, dll, mereka berkaitan samada rakan sekolah ataupun di universiti! Sebagai pensyarah dan paling tidak di arena politik. Most probably these figures are the best among the Malays at that time. Indeed, Pak Kassim adalah antara 4 pelajar terbaik diseluruh negeri Kedah ketika itu, dan beliau juga menangkap udang galah yang naik ke dapur rumah tiap kali air sungai Kerian naik. Oh ini sangat menarik dan benar menginspirasikan.
Profile Image for Nuruddin Azri.
387 reviews173 followers
July 13, 2016
Buku ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri dari sudut latar sejarah tanah air dan sejarah dunia yang dicoretkan oleh penulis. Kata Dr Mahathir dalam kata pengantar buku ini, manusia itu akan mengalami tiga fasa kehidupan; fasa radikal/golongan kiri, fasa menjadi neutral/centralist dan fasa menjadi golongan kanan/konservatif. Dan buku ini melakarkan perjalanan penulis yang menganut fahaman sosialis pada awalnya dan akhirnya keluar menemui jalan Islam.

Struktur buku ini dibahagikan kepada empat bahagian yang menceritakan setiap alam yang dialami penulis (alam persekolahan, universiti, persatuan dan politik). Bab-bab yang terkandung di dalamnya tidak terlampau tebal tetapi padat dengan fakta dan nilai sastera. Ini akan membuatkan pembaca tidak mampu untuk memberhentikan pembacaan di pertengahan jalan.

Baik, penulis yang agak kontroversi lewat penghasilan karya beliau; Hadis: Satu Penilaian Semula ini, merupakan ulat buku yang sejak dari zaman sekolah. Habis kesemua karya-karya sastera tulisan gergasi-gergasi Inggeris seperti Dickens, Hermingway, Blyton, Bernard Shaw, Thomas Hardy, Shakespeare, Eliot dan Sartre dibacanya.

Minat beliau kemudiannya beralih kepada dunia politik menyedari keperluannya untuk mengubah struktur masyarakat ke arah yang lebih baik dan dunia keagamaan lantaran kekecewaan beliau terhadap ayahnya yang berkelulusan pondok dan guru agamanya yang tidak begitu merangsang beliau memahami makna-makna al-Quran itu sendiri melalui membaca al-Quran versi terjemahan. Maka, 15 jenis terjemahan al-Quran dibacanya berserta tulisan-tulisan Ibnu Khaldun, Ibnu Sina, Iqbal, Marx, Engel, Lenin, Bertrand Russell, Plato, Whitehead dll.

Tidak cukup dengan itu, minat penulis terhadap sejarah menambahkan lagi impak biografi beliau ini kepada pembaca. Sekurang-kurangnya, setiap pembaca yang menelaah karya ini pasti akan mendapat gambaran umum terhadap latar perang dunia pertama dan kedua serta pertelingkahan yang terkandung di dalamnya (nasionalisme vs kolonialisme, blok liberalisme Barat vs blok komunisme Timur) yang berakhir dengan perang dingin akibat agenda imperialis Inggeris, Churchill yang membatalkan persetujuan Roosevelt-Stalin-Churchill di Yalta pada 1945.

Bab yang paling cemerlang diulas oleh penulis adalah pada bab 'Terlepas Dari Muara' yang melakarkan bagaimana penulis menjawab krisis yang melanda dalam faham kapitalisme-liberal dan sosialisme-komunisme Barat.

Secara tuntas, buku ini mampu menyampaikan suara-suara golongan kiri di tanah air di samping pembaca dapat memahami analisis politik dunia dan tanah air penulis yang cukup baik serta hubungan baik penulis dengan ramai tokoh-tokoh sastera, sejarah dan politik tanah air seperti Za'ba, al-Attas, SH Alatas, SQ Fatimi, Dr Mahathir, Ungku Aziz dll.

Namun, ini tidak menafikan kekurangan yang wujud dalam buku ini terutamanya pada faham beliau terhadap permasalahan hadis dan mazhab serta ketidaktelitian editor dalam kesalahan ejaan (yang agak banyak sebenarnya, mungkin melebihi 20 perkataan).
Profile Image for Azmir Ismail.
211 reviews
Read
July 29, 2016
Buku ini memberikan pembaca kanta kepada diri tuan Kassim Ahmad.
Profile Image for Faiz • فائز.
367 reviews3 followers
September 12, 2024
Nama Kassim Ahmad lebih masyhur dengan gelaran anti-hadis, berbanding sisi sasterawan (pentafsiran semula watak Hang Tuah dan Hang Jebat) dan aktivitis politik-sosialis (mengepalai Parti Sosialis Rakyat Malaysia selama hampir 18 tahun – membawa idea sosialisme kepada praktis).

Mengimbau semula ke tahun 2017, saya teringat kala akhbar menyiarkan berita kematian beliau pada satu kolum kecil di bahagian bawah muka surat, dinyatakan bahawa beliau tidak berkesempatan menghabiskan terjemahan al-Quran yang diusahakannya, dan pastilah, hal ini mencetuskan kelegaan buat sebahagian kelompok.

---

Berkenaan buku -autobiografi- ini, penyusunannya agak bercelaru. Dalam kebanyakan (dan kebiasaan) buku autobiografi, garis masanya adalah seperti yang berikut: zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa, kemudian titik perubahan 180 darjah yang dilalui oleh seseorang tokoh tersebut dipersembahkan sebagai tunjang cerita. Manfaat daripada penyusunan begini ialah, ia lebih tersusun untuk difahami pembaca. Walaupun buku ini secara umumnya diolah sedemikian, namun masih sukar untuk difahami kerana banyak meloncat ke sana-sini.

Fahaman sosialisme-humanisme beliau lahir atas pengamatannya yang begitu mendalam terhadap penindasan dan kesenjangan ekonomi yang terhasil kerana kelas sosial. Maka, tatkala angin faham sosialisme menderu laju melawan arus kapitalisme, Kassim Ahmad memposisikan dirinya sebagai sosialis. Pergaulannya dengan rakan-rakan melalui Kelab Sosialis di Universiti Malaya dan pengalamannya berada di School Of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London merupakan titik utama yang mendorong dan mempertajam kefahamannya berkenaan sosialisme.

Menurut saya, keputusan beliau untuk berdiri atas faham sosialisme adalah kerana kekecewaannya terhadap kelompok agamawan. Misalnya, ketika soalan-soalan berkenaan kedudukan wanita dan perhambaan gagal dicerahkan dengan baik oleh agamawan ketika itu, beliau merasakan kelompongan dalam anutan agamanya.

Perkara ini menjadi iktibar kepada kita bahawa kelompok agamawan perlu bersedia dengan persoalan-persoalan mutakhir yang lebih mencabar, berbanding sekadar menyuruh mereka yang dibelenggu persoalan keagamaan untuk beriman sahaja, tanpa mempersoalkan.

---

Sedikit kritikan kepada buku ini ialah, beliau tidak menyelitkan bahagian kehidupan sasterawannya; polemik berkenaan sastera Islam: Shahnon Ahmad-Kassim Ahmad. Walaupun tidak banyak karyanya yang diterbitkan, ia masihlah antara sisi kehidupannya yang penting. Kala sastera di Malaysia masih tercengkam dengan kerangka Barat, polemik sastera Islam yang dicetuskan oleh dua Ahmad inilah yang telah menumbuhkan bibit-bibit teoritikal kesusasteraan Islam, yang kemudiannya diteruskan oleh Muhd Haji Salleh, Hashim Awang dan Affandi Hassan.

---

Berkenaan pelabelan anti-hadis yang ditepekkan kepada beliau, memanglah ia wajar. Saya juga telah membaca bahagian awal buku kontroversi beliau, “Hadis: Satu Penilaian Semula” sebelum lahir dengan pandangan ini. Bahkan, sepanjang pembacaan terhadap buku ini, fahaman beliau yang agak menyeleweng dalam memahami ajaran Islam dengan benar, terserlah dengan begitu cerah. Misalnya, pada bahagian awal buku (muka surat 16), kefahaman beliau berkenaan takdir, kehendak dan ilmu Tuhan juga sudah rancu. Ada lagi beberapa muka surat yang saya tandakan, kerana sangsi dengan kefahaman beliau.

Walau bagaimanapun, Kassim Ahmad tetaplah seorang pemikir, nasionalis dan sasterawan yang wajar dikenang dalam lipatan pembinaan negara Malaysia.
Profile Image for Sulaiman Azman.
20 reviews7 followers
April 29, 2019
Walaupun baru pertama kali membaca hasil karangan Kassim Ahmad (yang saya akui membuatkan saya rasa sedikit ketinggalan apabila beliau merujuk kepada penulisannya yang agak "infamous": Charaacterization of Hang Tuah dan Hadis: Sebuah Penilaian Semula), saya dapat menangkap sedikit sebanyak jalan cerita hidup dan perjuangannya, walaupun diberi secara cebis-cebisan cerita, anekdot & pendapat yang disusun separa-kronologi.

Sebenarnya, tidak mudah untuk membaca buku ini begitu sahaja kerana tumpuan pengarang terhuyung-hayang, kadang-kala menjurus ke kiri, tiba-tiba beralih ke kanan (bukan sebagai metafora politikal), dan melonjak ke hadapan masa tanpa rentak. Biasalah, coretan orang tua, tak boleh buat apa kan? Namun, setelah diteliti sedikit, beserta kesabaran si pembaca, akan didapati suatu benang yang tulus, mengaitkan seluruh jalan cerita hidup insan ni.

Suatu benang insan yang tetap idealis, humanis, intelektual dan penuh _conscience_ yang tidak terputus sejak kecil pada zaman persekolahan hingga penyertaan beliau dalam lautan luas poitik nasional, yang semakin gelap semakin dalam diselami seseorang.

Rumusannya, saya dapati buku ini bukanlahuntuk mendalami intipati ataupun fakta yang terperinci. Ada juga banyak pendapat dan hujah-hujah yang saya kira agak luar biasa dan tidak saya terima. Di sebalik semua itu, satu sahaja perkara mudah; buku ini sebuah kenyataan pengarang tentang apakah kesimpulan yang telah beliau dapati setelah berbelasan tahun perjalanan hidupnya. Oleh itu, saya dapati banyak isinya yang boleh diambil, tetapi jangan ditelan bulat-bulat.
Profile Image for Benz.
Author 20 books105 followers
August 24, 2018
Buku yang sangat sedap dibaca kerana buku autobiografi. Dan seperti biasa, autobiografi menampakkan sisi-sisi heroik lagi dramatik seorang Kassim. Buku ini pernah dikritik juga -tak ingat nama siapa- katanya, kenapa perlu daripada Sosialisme kepada Islam? Banyak persepsi tentang hal ini. Ini adalah persoalan tafsiran. Ada yang menafsirkan Sosialisme/Islam sekadar sistem ekonomi/agama sahaja. Ada yang lebih jauh menafsirkan Sosialisme/Islam sebagai suatu cara hidup yang syumul yang mencakupi segala-galanya, termasuk hal berkepercayaan/juga nak pergi berak sekalipun Sosialisme/Islam mempunyai jawapan.

Ini adalah buku memoir kedua Pak Kassim selepas Universiti Kedua. Sangat berbaloi untuk dibaca sebelum mati. Seorang pemikir yang kontroversial, yang degil, keras kepala, dan jarang-jarang muncul dalam dunia Melayu.

Bagaimanapun, bekas pengasas PSRM ini telahpun murtad daripada Sosialisme. Ha ha ha ha!
Profile Image for Usaid Asmadi.
27 reviews10 followers
January 13, 2021
Jujurnya, buku ini mengasyikkan. Aku kagum tentang sikap yang dibangunkan pada peribadi penulis dalam setiap pemilihan perjalanan kehidupan penulis. Jarang dapat ditemui orang yang sanggup mencabar apa yang mereka percaya dari turun temurun.

"Selepas 36 tahun, saya temui Islam", Kassim Ahmad.

Bukanlah bermaksud sebelum ini penulis itu bukan Islam. Tapi sebelum ini agama Islam tidak dimaknai dengan sejujurnya dan tepat dengan maknanya. Makna kehidupan yang dicari oleh beliau sejak sekolah rendah.

Tidak pernah membaca buku kontroversi beliau Hadis - Satu Penilaian Semula, jadi aku tiada komen lebih melainkan peri penting untuk terus mempertahankan apa yang kita percaya - begitu Kassim Ahmad ajarkan aku dalam buku ini.
Profile Image for ' Syamil.
241 reviews6 followers
March 3, 2021
Suatu pengajaran kepada kita apabila penulis mengatakan dia menemui kebenaran berkenaan 3 isu yang dia merasakan bahawa Islam itu tidak adil selepas berpuluh puluh tahun .

Pengajarannya adalah terus bertanya kepada ahli agama berkenaan sesuatu isu.

Begitu juga berkenaan pandangan penulis bahawa hukum hudud potong tangan pencuri itu tidak sesuai dilaksanakan pada masa kini adalah salah. Kerana hukum hudud itu ketetapan Allah.

Kalaulah hukum hudud itu kasar dan kejam tidaklah nabi juga mengancam 'kalaulah fatimah puteri muhammad mencuri nescaya akanku potong tangannya'. Sedangkan kita tahu bahawa nabi adalah seorang yang lembut.
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
155 reviews20 followers
April 11, 2020
Entah kenapa membaca autobiografi seorang tokoh sesudah ketiadaannya memberi ruang untuk membacanya dengan lebih tenang. Pak Kassim berterus-terang mengenai pengalaman dan perubahan-perubahan pandangannya. Gigih menggali persoalan-persoalan yang terbuku dalam hati dan mindanya, meskipun mengambil puluhan tahun untuk beliau cuba memahami Islam.
Profile Image for Ahmad Nizamuddin.
55 reviews2 followers
April 23, 2012
Dah lama aku usung buku ni ke hulu ke hilir. Tapi baru khatam semalam. Aku jenis baca buku ikut mood. Kejap baca buku tu, kejap baca buku ni. Jadi, nak menghabiskan baca satu buku tu sangat lama. Dan nak review pun banyak dah lupa, haha! Bedallah. Buku ni versi bahasa Inggeris dah keluar, aku baru nak review yang bahasa melayu punya, tapi better late than never.

Secara kasarnya, buku ini adalah sebuah memoir oleh pengarangnya. Kassim Ahmad seorang pelajar pintar, advanced, dan terpilih. Buku ini dibuka dengan latar belakang keluarganya yang hidup susah. Mangsa sistem. Keluarganya terdiri dari kaum petani dan guru agama. Namun ayahnya yang guru agama tak pernah mengajar mengkaji Quran-hanya sekadar membaca.

Kehidupan keluarga yang daif membuatkan pelajar pintar ini berminat dengan politik sehingga mengepalai Parti Sosialis Rakyat Malaysia selama 18 tahun. Namun selepas 18 tahun, dia dengan berat hati dan titisan air mata terpaksa meninggalkan parti dan kawan-kawan baik dalam parti kerana parti ini memperjuangkan perjuangan yang terpesong dari landasan. Pengarang ingin mencari jalan pulang (seperti tajuk bukunya), jalan yang lurus (Islam).

Ini membuatkan aku mengaitkan kisah pengarang dengan diri aku yang sudah sepuluh tahun aktif dan produktif dengan dunia punk rock. Mungkin aku perlu mengurangkan aktiviti punk rock. Bukan kerana ianya negatif. Ianya banyak positif. Tetapi aku ingin kembali dan memperjuangkan jalan yang lurus. Perjuangan yang positif jika dikaitkan dengan akhirat, ianya lebih bermakna. Jika hanya untuk dunia, terasa kosong -hidup ini hanya sementara. Tetapi untuk meninggalkan kawan-kawan yang disayangi yang aku peroleh dari 'punk rock', takkan sama sekali.

Pengarang ini juga adalah seorang yang kontroversi kerana tulisannya yang dibukukan sebagai 'Hadis-Satu Penilaian Semula' dan 'Hadis-Jawapan Kepada Pengkritik'. Dia dicop sebagai anti-hadis. Aku pun tak boleh komen lebih, sebab belum baca buku tersebut.

Pesan buku ini adalah, semua orang Islam yang tidak menguasai bahasa arab termasuk rakyat Malaysia perlu mengkaji Quran. Beli tafsir Quran dalam bahasa yang difahami dan kaji maksud dan isi kandungan Quran. Ramai antara kita diajar untuk pandai membaca dan melagukan ayat Quran dan diajar ini mendatangkan pahala yang besar. Sedangkan maksud ayat-ayat Quran itu tidak kita mengertikan. Golongan ini dikatakan 'mungkin juga digolongkan dalam golongan yang meninggalkan Quran'. Pengarang adalah seorang pengkaji Quran dan mengkaji Quran sekurang-kurangnya setengah jam setiap pagi. Ini patut dicontohi! Dan dia mempunyai 15 buah tafsir yang berlainan.

Aku masih ingat semasa aku berumur 20 atau 21 tahun apabila emak aku pesan suruh baca Quran. Aku memberitahunya aku ingin mendapatkan tafsir Quran supaya boleh faham maksudnya. Selang beberapa hari dia menghadiahkan aku sebuah tafsir Quran. Dia menceritakan pada aku, kawannya menitiskan air mata bila tahu akan cerita ini. Titik tolak aku ingin mendapatkan tafsir Quran adalah kerana kawan aku yang tak sukakan agama Islam kerana orang-orang Islam di Malaysia diajar untuk membaca dan mengkhatam Quran tetapi tidak mempelajari maksud ayat Quran.

Aku suka dengan kejujuran pengarang yang mengatakan dia mengantuk ketika khutbah jumaat. Mungkin perkara begini tidak perlu ditulis tetapi pengarang jujur. Aku dapat kaitkan dengan diri aku yang selalu juga mengantuk ketika khutbah jumaat dan kadang-kadang tidur krooh krooh. Orang di Terengganu, Kedah dan Kelantan bertuah kerana memperoleh cuti pada hari Jumaat. Itulah yang sepatutnya. Cuti pada hari Jumaat untuk negara Islam. Supaya boleh berehat dan tidak mengantuk semasa khutbah jumaat dan boleh ke masjid lebih awal dan tidar terkejar-kejar. Pada yang dah berumah tangga, malam jumaat sunat 'overtime'...

Islam itu mudah. Dan perlu dimudahkan. Itu juga pesan pengarang dalam buku ini. Beli. Baca. Kaji. Ambil yang positif. Buang yang negatif. Begitulah untuk semuanya.

Allahua'lam.
Profile Image for Aziz.
Author 5 books27 followers
December 17, 2015
Seorang tokoh yang sangat berwarna-warni (sekaligus kontroversi) seperti Kassim Ahmad ini memang wajar dibaca autobiografinya. Keberanian intelektual yang ditunjukkan sepanjang penglibatannya dalam masyarakat sebagai seorang ahli akademik, sasterawan mahupun tokoh politik merupakan sesuatu yang jarang dipunyai oleh tokoh-tokoh Malaysia yang lain. Beliaulah orangnya yang bertanggungjawab mencetuskan perubahan sudut pandang orang Melayu terhadap tokoh Hang Jebat dalam sejarah Melayu melalui tesisnya (kemudian diterbitkan sebagai buku)Perwatakan Dalam Sejarah Melayu (seperti yang kita tahu kemudiannya; Hang Jebat telah menjadi hero bagi sebahagian besar orang Melayu dan Hang Tuah dianggap sebagai unsur feudal yang patut dikeji). Beliaulah orangnya yang menulis sajak-sajak kontroversi Jalan Ke Parlimen, Sidang Roh etc yang terakam sebagai antara sajak-sajak terbaik bahasa Melayu hingga ke hari ini. Beliau jugalah orangnya yang menulis buku Hadis: Satu Penilaian Semula yang mencetuskan kontrovesi dan seterusnya diharamkan itu. Beliau pernah di tahan di bawah ISA antara 1977-1981 (pengalaman ini beliau rakam dalam buku yang lain : Universiti Ke Dua)

Tokoh ini memang luar biasa, dan kerana itu membaca memoirnya ini adalah satu pengalaman yang menarik. Bermula pengalaman membesar beliau di zaman kanak-kanak, menjengah ke alam persekolahan, universiti dan seterusnya tahap-tahap perkembangan hidup beliau sehingga ke hari ini pembaca dihidangkan dengan rangkaian kisah hidup yaang unik. Diselang-selikan pula dengan perbincangan-perbincangan beliau terhadap bidang-bidang falsafah, agama dan politik yang memang menjadi minat beliau.

Pun begitu, selesai membaca memoir ini, saya merasakan apa yang diceritakan dalam buku ini masih sangat banyak lompangnya. Tidak seperti memor-memoir yang biasanya ditulis oleh tokoh politik (Kassim Ahmad memimpin PSRM selama hampir 18 tahun) yang biasanya mendedahkan sebahagian kisah yang terjadi dalam liku-liku kehidupan politik mereka, memoir Kassim Ahmad ini seperti mahu menyembunyikan sesuatu. Tidak banyak yang diceritakan tentang perjalanan politik beliau, peristiwa-peristiwa penting dalam parti yang beliau pimpin dan hubung-kait dengna peristiwa-peristiwa penting negara dan sebagainya. Bahagian politik beliau ini sepertinya ingin beliau lupakan.

Selain itu, saya juga mengesan banyak kesilapan pada ejaan yang walaupun tidak mencacatkan isi buku ini tapi mengurangkan kelancaran pembacaan dan menunjukkan ketidaktelitian proses pengeditan buku ini.

Terlepas dari kesalahan teknikal itu, pada keseluruhannya memoir ini adalah satu bahan bacaan yang bermutu untuk kita menjengok beberapa sisi dari sosok seorang tokoh bernama Kassim Ahmad ini.
Profile Image for Hussaini Khairudin.
12 reviews6 followers
October 27, 2009
Sebuah buku yang hebat
Menceritakan tentang riwayat hidup seorang tokoh politik negara yang digeruni
Menyebabkan jiwa orang membacanya membesar dan lebih memahami kehidupan ini secara meluas
Dapat juga mendalamai sejarah negara, sejarah tokoh-tokoh negara lain, sejarah isme di malaysia... dan membina izzah terhadap islam.

Seronok membaca ceritanya sewaktu kecik dan di bangku sekolah...

A must read book!
10 reviews4 followers
May 31, 2015
Pak Kassim Ahmad.

Alangkah baiknya jika dikau menumpukan hidup mu pada sastera.

Ranah politik, beserta sepak terajangnya- politik kiri mahupun kanan- sangat tidak cocok dengan mu.

Hiruk pikuk perdebatan ugama juga bukan untuk mu. Kongkongan dan minda dogmatis agamawan terlalu menebal untuk ditembusi.

Banyak sekali aku tidak bersetuju dengan mu. Namun dikau berhak dihormati. Berhak diangkat sebagai tokoh.

Kerna engkau adalah engkau!
Profile Image for Mohd Adib Mohd Aini.
11 reviews1 follower
July 9, 2012
Pemimpin kita mengutamakan pembangunan intelektual fizikal lebih daripada pembangunan intelektual, budaya dan seni, sedangkan pembangunan harus dilihat sebagai suatu proses sepadu yang meliputi sektor-sektor fizikal , mental , moral dan rohaniah.
Profile Image for syafiqah.
90 reviews4 followers
April 27, 2013
Ada pemikiran beliau yang aku setuju dan ada yang tidak.

Tapi buku ini berbaloi dibaca dan diambil sisi baiknya.
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.