Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ilham di Tepi Tasik

Rate this book
Buku Ilham Di Tepi Tasik ini adalah koleksi esei terpilih A. Samad Said selepas Tangan Yang Simpatik, Tema Dan Tugas Sastera Melayu Moden (bersama Usman Awang) dan Antara Bulan Dan Wira.

Berbeza daripada antologi-antologi sebelumnya, Ilham Di Tepi Tasik ditangani dengan cermat, menghimpunkan esei-esei indah, bernas dan berisi.

Kali ini A. Samad Said tekun menyoroti aneka ragam dan sudut seni yang menyerlahkan keindahan dan misteri kehidupan seniman; menyerlahkan wajah dan hati sasterawan-sasterawan terpenting Cina dan Arab; mengamati sumbangan penulis-penulis penting tanah air, di samping menampilkan kisah-kisah tamsilan yang memujuk dan mengilhamkan.

166 pages

First published January 1, 2007

1 person is currently reading
64 people want to read

About the author

A. Samad Said

72 books427 followers
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut:

* Salina
* Langit Petang
* Sungai Mengalir Lesu
* Hujan Pagi
* Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri.
* Adik Datang
* Cinta Fansuri

Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004).

Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006).

Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

(Sumber: Wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
23 (44%)
4 stars
22 (42%)
3 stars
5 (9%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Nuruddin Azri.
387 reviews174 followers
August 28, 2019
Satu lagi buku indah bertemakan biografi dalam bentuk esei oleh SN A. Samad Said. Buku ini pasti mengingatkan pembaca terhadap buku Dari Salina ke Langit Petang yang mencoretkan proses penciptaan novel oleh penulis.

Pada mulanya, agak sukar untuk menghadam apa yang disampaikan oleh penulis sekiranya kita belum banyak meneroka dan menelaah karya-karyanya. Namun, A. Samad Said bijak menarik perhatian pembaca dengan mesej yang pelbagai, langgam bahasa yang indah serta pengalaman dunia kesusasteraan yang membekas.

Di sinilah penulis membawa pembaca melihat bagaimana intimnya pengalaman beliau ketika berguru dan bersahabat dengan Usman Awang, Keris Mas, A. Samad Ismail, Muhammad Hj. Salleh dan beberapa tokoh lagi. Beliau juga melahirkan rasa gusar terhadap fenomena luntur budi dan bahasa pasca kelahiran novel Shit oleh Shahnon Ahmad.

Selain membawa pembaca menerawang ke alam sastera Eropah, Russia dan negara-negara Timur, penulis mengadun penulisannya dengan analisis terhadap karya William Shakespeare, Fyodor Dostoyevsky, Leo Tolstoy, Pramoedya Ananta Toer, Fariduddin Attar, Naguib Mahfouz, Gamal al-Ghitani, Mahmoud Darwish, Adonis dan Rabiah al-Adawiyah.

Ini cukup melazatkan lagi rencah-rencah dunia kesusasteraan tanah air.
Profile Image for Muhammad Fitri.
152 reviews7 followers
July 14, 2018
Buku ini merupakan kompilasi esei dan artikel yang ditulis beraneka tema.Terangkum kisah pahit manis Pak Samad bergelar seniman dan sasterawan.Dirungkai sedikit rahsia karya-karya beliau dan laluan beliau lalui sepanjang tempoh itu.Bagaimana kebimbangan beliau tentang sastera di era globalisasi ini.

Pak Samad bercerita kisah beliau terkenangkan pejuang-pejuang sastera yang lain seperti Usman awang,Keris Mas,Boestamam,Melan Abdullah,Samad Ismail dan Said Zahari.Beliau menggambarkan sikap karyawan dan wartawan serta peranannya dalam memperjuang isu-isu negara.

Pak samad mengajarkan kita supaya menekuni juga sastera luar.Ini terangkum dalam bab 'Seni dari angin luar' dan 'langit resah di gurun pasir'.Dua bab ini mengandungi 8 esei yang menceritakan 'telaah' beliau sastera cina dan arab.Beliau sangat terpengaruh akan puisi Tu Fu dan Li Po.

Saya kira Pak Samad menyusun esei-esei beliau tidak semberono.Di sebalik,susunan itu terkandung pencarian makna hidup.Beliau bermula dengan seni dan sastera kemudian membawa kepada sufisme.Dua esei terakhir beliau menukilkan ibrah jalan ketuhanan dan kisah Rabiatul Adawiah.

Dan yang paling saya tertarik tentulah dua bab awal 'Proses mencipta karya' dan 'seni dan kehidupan.Dua bab ini sangat memberi motivasi kepada sesiapa yang ingin menulis dan mencintai sastera.Pak samad mencurahkan ilmu dan penglaman beliau bagaimana untuk menulis puisi,cerpen dan novel.Paling penting untuk disimpulkan,langkah pertama adalah pembacaan.Ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya.Seorang dewasa perlu membuka jalan-jalan yang boleh melahirkan generasi anak-anak yang membaca.Ini seperti yang dilakukan oleh guru Pak Samad sendiri.

Secara keseluruhannya,buku ini merupakan sudut pandang seni yang menyerlahkan keindahan dan misteri kehidupan seorang seniman.
Profile Image for Fariza.
212 reviews54 followers
May 6, 2010
Buku ni di beli tahun 2008 di Pesta Buku Antarabangsa KL.Catatan yang paling menyentuh hati saya adalah bagaimana A. Samad Said menceritakan perihal isteri beliau yang baru saya ketahui iaitu Salmi Manja melalui pembacaan artikel dalam buku tersebut. Beliau menceritakan bagaimana kecil hati seorang isteri yang juga seorang penulis telah menyebabkan Salmi Manja seolah protes terhadap kehidupan keluarga dengan berhenti menulis. Kenyataan ini nyata satu perkara yang menyakitkan tetapi terpaksa diakui oleh A. Samad Said sebagai suami dan penulis. Sasterawan negara ini boleh dikenali secara peribadai melaui pembacaan buku ini. THIS IS A MUST READ BOOK for A. SAMAD SAID FANS!!
13 reviews10 followers
October 31, 2012
Kembara buku saya tahun ini, agak penuh dengan warna-warna dunia sastera. Mungkin kerana ada hasrat di dalam jiwa terdalam untuk menulis seperti mereka, kerana itu tahun ini bilangan buku dalam 'warna' begini agak banyak.

Buku 'Ilham di Tepi Tasik' agak tertangguh-tangguh bacaannya. Sekejap saya laju sahaja menghabiskan bab-babnya, namun sekejap lagi, buku itu tersadai dua tiga hari tidak terselak ke muka baru.

Beberapa cebis nasihat Pak Samad saya simpan dalam kaftan kehidupan. "Untuk penulis muda, jangan sekadar membaca novel dan puisi." Inspirasi untuk menulis sesuatu yang lebih matang dan 'berwarna garang', ada juga tersampai kepadaku.

Antara sebab saya sukakan buku ini juga adalah kerana Pak Samad memperkenalkanku warna-warna baru untukku cari daripada buku-buku lain. Aku suka, jika daripada bacaan satu-satu buku itu, dapatku kenali buku-buku lain. Pak Samad hidangkan beberapa novel Rusia, China dan Eropah yang tidak pernah kukenal. Menarik.

Antara lain, warna yang kusuka daripada buku tulisan sasterawan yang kukagumi ini ialah warna pemikiran. Warna yang pasti ada dalam setiap karya. Karya itu mewakili fragmen pemikiran dan sosial yang terkandung dalam jiwa dan benak si penulis, pastinya. Warna inilah yang menarik untuk dikaji.

Di celah-celah baris di dalam buku inilah aku kenal sedikit kisah hidup Keris Mas, Usman Awang, dan Salmi Manja; jua ku diperlihatkan Asas 50, kritikan kecil tentang novel 'Shit' dan riak kekecewaan Pak Samad kala kosongnya majlis bersama Sasterawan Rusia. Perasaan yang tumbuh di dalam hati sewaktu membacanya, memberi sedikit warna-warna baru untuk beberapa perkara.

Dan, secara mudahnya, penulisan bukanlah sekadar menunggu 'ilham di tepi tasik'.
Profile Image for Bsplayer.
39 reviews3 followers
June 30, 2011
Buku ini ialah sebuah buku yang sangat berwarna warni-kan seni. Ada kisah tentang pengalaman yang mengajar, agar kita barangkali dapat menjalin sedikit iktibar, ada kritikus seni seputar kanvas sasterawi yang sangat luas tanpa ditanda halangan, ada pertanyaan yang begitu menginsafi dan menasihati, ada kenangan yang melakar bahagia-menggarit derita, juga rupanya ada rahsia sulit yang tersangat berbisik-mendesahkan sekuntum rumit.

http://budakkilang.wordpress.com/2011...
Profile Image for Nazri Awang.
77 reviews8 followers
November 12, 2011
Kompilasi sejumlah esei daripada koleksi Pak Samad, sebahagiannya cukup mengagumkan dan membina persoalan serta penghayatan tentang hidup, dan bakinya sedikit membosankan, menyoroti bagaimana latar beberapa novel, seperti Salina ditulis. Juga terdapat beberapa ulasan tentang karya dan kehidupan novelis lain.
Profile Image for Rebecca.
Author 16 books155 followers
August 5, 2013
Genre familiar essay (esei santai) bukanlah satu genre yang meluas ditulis dalam konteks dunia penulisan di Malaysia. Esei-esei begini ditulis dengan laras bahasa yang mudah, namun masih membincangkan hal-hal serius dan berbobot.

Kumpulan familiar essay Ilham di Tepi Tasik ini mengangkat isu-isu sastera, bahasa, kreativiti dan lain-lain merupakan satu contoh yang baik.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.