Naim, seorang penulis buku seram telah berjumpa dengan beberapa responden untuk mendengar kisah seram mereka. Beberapa orang pemandu lori, sekuriti, bomoh, pegawai muzium dan sebagainya ditemui dan menceritakan pelbagai kisah seram dan mistik mereka. Bukan itu saja, Naim juga telah pergi ke pelbagai tempat seram yang terkenal bagi mengalami pengalaman menyeramkan itu sendiri.
Semua pengalaman itu terkandung dalam buku yang penuh dengan kisah seram dan mistik ini.
Buku ini lebih sesuai jika ia diberi tajuk Di Mana Ada Seram? Ya, langsung tak menyeramkan! Tiada suspense, tiada thrill. Yang ada hanyalah kebosanan pembaca ini menyelak halaman demi halaman mencari mana keseraman di dalam koleksi cerpen seram ini.
Hanya cerpen atau lebih tepat novella (kerana ia yang paling panjang, hampir 200 halaman) bertajuk 'Duit' yang boleh dikatakan menghiburkan sedikit walaupun jalan ceritanya agak perlahan. Mengisahkan Zarul yang mempunyai masalah duit hingga terpaksa pulang ke kampung untuk menuntut ilmu dari datuknya. Kisahnya tidak seram tetapi tragis.
Cerpen-cerpen yang lain dalam buku ni? Kisah seorang lelaki yang ada girlfriend pontianak, asrama berhantu, rumah sewa berhantu, bilik hotel berhantu, pengalaman si penggali kubur...senario-senario yang klise di dalam cerita hantu. Klise itu tidak mengapa tapi bagi lah rasa seram sikit. Ni langsung tiada! Kalau sesiapa bulu romanya tegak ketika membaca buku ini saya hanya pikir dua kemungkinan sahaja:
1) Si pembaca seorang anak kecil yang belum pernah membaca cerpen seram atau novel seram 2) Si pembaca seorang yang tersangatlah lemah semangat, nampak bayang sendiri pun dia boleh melatah.
Jujur saya keciwa dengan koleksi ini. Siri Bercakap Dengan Jin yang tak berapa seram tu pun lebih seram dari Di Mana Ada Hantu ni. Satu per lima bintang.
Naskah ini mengandungi himpunan kisah seram yang dikutip oleh Naim seorang penulis melalui sesi temubual dengan mereka yang pernah mengalami hal-hal yang menakutkan.
Pace penceritaan agak laju cuma ada beberapa cerita yang terasa agak klise. Ini membuatkan perasan ingin tahu pengakhiran berkurangan kerana sudah mempunyai tekaan sendiri sendiri tentang pengakhirannya.
Cerita yang paling SH suka adalah kisah duit. Sebuah kisah yang agak tragis. SH suka apabila penulis memasukkan mantera dan langkah kerja perbomohan di dalam cerita ini. Dan tertanya-tanya juga adakah mantera itu benar atau rekaan semata-mata.
SH lebih suka andai penulis memuatkan hanya beberapa cerita tetapi yang lebih panjang seperti cerita duit. Ia lebih memberi kepuasan untuk SH secara personal. SH memang kurang gemar yang berbentuk cerita pendek.
Tapi walaupun bagaimana ia masih sebuah naskah yang boleh dihadam dan dijadikan sebagai bacaan ringan. Mungkin yang teringin membaca buku seram tetapi inginkan yang kurang seram boleh cuba untuk membaca naskah ini.
Sedikit kecewa sebab sebenarnya for those yang dah pernah beli ebook Wangi & Lockdown. Cerita dalam ebook tersebut dimasukkan ke dalam buku ini. So mestilah saya terpaksa skip banyak juga cerita sebab dah pernah baca. Tapi nanti free sikit kita ulas panjang sikit okay untuk buku ni.
Saya harap penulis dapat menulis cerita yang lebih fresh dan lain dari yang lain. Setakat ini, saya masih suka dengan cerita Barongan dari yang lain.
Empat bintang diberi bukan kerana keseraman cerita. Tetapi kerana penulisan. Walaupun banyak cerita yang telah kita baca melalui perkongsian di laman sosial (seperti R&R berhantu, rumah sewa, dan bela jin), masih lagi seronok membaca kerana penulis bercerita dengan agak detail. Saya paling suka kisah 'Duit', kisah muzium negara yang menerima kitab sihir Melayu kuno dan kisah penggali kubur. Kisah penggali kubur itu amat membangunkan jiwa saya yang kadang-kadang liat beribadah. Karya ini mungkin agak membosankan untuk pembaca yang tak tahan dengan penulisan yang panjang sebab dia agak meleret.
Kumpulan cerita-cerita seram hasil temu bual penulis yang mengalami sendiri peristiwa-peristiwa mistik. Ada beberapa cerita yang seakan sama, tetapi masih menghiburkan aku.
Aku cukup gemar cerita pertama, 'Duit', kalau nak tutorial menjadi bomoh, dipersilakan baca.
Ya betul, novel ini tidaklah seram mana, dan aku pasti penulis mempunyai tulisan yang lebih seram daripada ini. Namun, ada seronoknya menikmati buku ini.
Akan datang aku nak baca Roh Rumah Sewa dan Koc 13 tulisan penulis. Pasti lebih menarik!
Saya memang seorang yang gemar membaca buku seram tetapi bagi saya buku ini hanya biasa-biasa sahaja. Unsur seram yang diketengahkan oleh penulis tidak begitu sampai kepada saya. Di dalam buku ini saya minati bab di mana penulis menulis mengenai duit dan pada pendapat saya bab cerita mengenai wangi adalah satu bab yang sangat menjengkelkan. saya menyukai karya yang ditulis oleh penulis tapi pada pendapat saya buku ini tidak mencapai expectation saya seperti novel novel beliau yang lain. Terima kasih.
Menghimpun 9 cerita yang di olah semula dari beberapa sumber.. Memang menariklah.. Setiap kisah yang disampaikan itu memberi pengajaran yang tersendiri pada pembaca..