Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nabi ﷺ Juga Seorang Manusia

Rate this book
Kita selalu disajikan dengan kisah hidup Nabi SAW yang penuh keajaiban dan mukjizat. Namun, ia sering kali membuatkan sirah yang dibaca semakin jauh daripada realiti hidup kita yang tidak sempurna.

Bagaimana jika kita berkenalan semula dengan Baginda SAW - sebagai seorang manusia?

Andai diteroka sedalamnya, apa yang kita lalui sehari-hari mempunyai persamaan dengan apa yang dilalui oleh Nabi SAW.

Baginda SAW juga melalui kehidupan yang sarat ujian;
Baginda SAW juga berasa sedih, takut, gementar dan risau;
Baginda SAW juga terbuat silap, sehingga ditegur Allah SWT.

Baginda SAW insan maksum, namun turut memiliki fitrah semula jadi seperti kita.

Melalui buku ini, Khubaib Akhi merungkai sisi manusiawi Nabi SAW yang selalunya tersembunyi. Ia bukanlah untuk meremehkan Baginda SAW, sebaliknya untuk menambah keakraban dan kecintaan kita terhadap Baginda SAW, lalu meneladaninya dalam segenap aspek kehidupan.

320 pages, Paperback

First published October 1, 2021

64 people are currently reading
260 people want to read

About the author

Khubaib Akhi

4 books10 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
192 (77%)
4 stars
48 (19%)
3 stars
8 (3%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 51 reviews
Profile Image for Syazwina Johari.
76 reviews10 followers
November 13, 2021
My Best Read of the Year

Buku Nabi SAW juga Seorang Manusia tidaklah ditulis bagi meremehkan apatah lagi memperendahkan darjat seorang Rasul. Tapi tujuan utamanya adalah untuk menghargai dan menghayati sisi manusiawi kita yang turut dimiliki oleh Rasulullah SAW dan menjadikan tauladan akan bagaimana Baginda SAW menangani mehnah dan tribulasi hidup sebagai seorang manusia macam kita.

Nabi turut berasa sedih, gelisah, takut malah pernah berbuat silap sehingga ditegur Allah SWT walau bagaimana pun kita ditegah dari terlalu memanusiawikan Rasulullah SAW tidak juga didewakan Baginda SAW.

Secara jujur saya sangatlah puji akan bagaimana penulis menulis buku ini kerana bukan sahaja ia buku berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW malahan ia juga buku "self-help" motivasi khususnya dari aspek psikologi dan emosi yang sangatlah baik. Sangat disarankan buat mereka yang depresi mahupun hampir mengalah dalam hidup.

Juga telah diterangkan dengan baik bagaimana Islam mementingkan kesederhanaan biarpun dalam beribadah kerana menyantuni sifat manusiawi jika tidak, apa beza kita dengan robot yang hanya diprogram untuk melakukan ibadah siang dan malam. MasyaAllah

Malahan, jika dahulunya saya rasa pangkat dan darjat para nabi dan rasul terlalu tinggi untuk dicontohi, buku ini telah berjaya mengubah perspektif saya.

Oleh itu, lepas membaca buku ini nescaya kita akan dapat faham bagaimana Islam menekankan:
- it's ok not to be ok sometimes
- it's ok to feel sad
- it's ok to make mistakes
Islam tidak mementingkan kesempurnaan sebagai keutamaan sehingga tiada ruang untuk melakukan sebarang kesilapan kerana berbuat silap itu sebahagian daripada manusiawi.

Akhir kata, buku ini sangat membuka mata dan secara tidak langsung saya jadikan ia sebagai bacaan terbaik 2021 saya, bukannya bulan kerana begitu besar impak bacaan terhadap diri saya.

Terima kasih atas penghasilan buku yang menyentuh jiwa saya dan buat saya lebih jatuh cinta kepada Rasul kita.
Profile Image for yulia.
60 reviews9 followers
March 12, 2022
[ Mencari Muhammad ] Ketahuilah, jika dibaca dengan penuh penghayatan, saat saat menuju ke beberapa muka surat akhir, seperti mengucapkan selamat tinggal selamanya buat si cinta hati yang dirindui. Rasa yang memberat dan penuh kehibaan. Terima kasih buat penulis dalam menghasilkan karya untuk kami mengenal Muhammad. Untuk kami tahu juga Muhammad itulah tidak lain dan tidak bukan contoh ikutan yang terbaik dalam semua aspek kehidupan.

Nabi juga menangis, nabi juga bersedih, nabi juga diuji, nabi juga ada tersilap, baginda juga tercari cari dan berada dalam keadaan tidak pasti, nabi juga beribadah dan bekeluarga, nabi juga sakit dan nabi juga wafat, kerana apa? kerana nabi juga manusia....

Apatah kita, hanya manusia biasa. Menangislah..bersedihlah..semua itu tidak salah dan sebetulnya jika disulami bersama sunnah nabi. Menjadikan nabi ikutan dan tauladan dalam setiap perkara yang kita tempuhi. Maha Suci Allah, betapa indahnya hikmah melantik nabi dalam kalangan manusia, kerana hanya manusia yang mengalami resam hidup sebagai manusia, dapat menjadi ikutan dan inspirasi buat seorang manusia lain..
Profile Image for Eda Eda.
177 reviews20 followers
May 14, 2023
Buku ni mampu menyentuh lubuk hati dan menumpahkan air mata kita..Kita selalu meneladani sunnah Nabi Muhammad melalui cara ibadahnya, adab seharian dan doa-doa yang diajarkan baginda..Buku ni membuka minda kita untuk meneladani sunnah Nabi Muhammad dalam perihal yang jarang kita kongsikan tetapi ianya menjadi lumrah dalam kehidupan seharian kita..Apa sunnah yang Rasulullah lakukan ketika sedang bersedih, menghadapi ujian dan dugaan, berhadapan dengan masalah perhubungan dan ketika mengalami masa-masa yang gelap..

Best and Recommended ! Done order buku kedua dari penulis 😁
Profile Image for azry.
46 reviews38 followers
June 29, 2022
Sering kali kita menganggap bahawa Muhammad bin Abdullah ialah seorang yang hebat, seorang yang memiliki kuasa ajaib seperti adiwira-adiwira yang sering ditonjolkan di kaca media; mampu memerangi musuh dengan mudah seperti sang Superman mengalahkan musuhnya menggunakan laser dimatanya. Tidak dinafikan Muhammad bin Abdullah dikurniakan pelbagai mukjizat daripada Allah SWT, yakni menunjukkan betapa tingginya darjat Baginda SAW disisi-Nya bagi menyampaikan risalah kepada seluruh umat.

Namun sering kali kita terlupa bahawa Nabi SAW juga seorang manusia. Baginda SAW juga bersedih, tersilap dalam melakukan sesuatu perkara, tercari-cari, ketidakpastian akan sesuatu, serta yang paling menunjukkan kemanusiaan Baginda SAW ialah Baginda SAW turut diuji pelbagai musibah dan bencana, seperti yang kita sering lalui.

Sejujurnya, buku ini akan melembutkan hati yang keras serta turut menginsafkan diri yang tidak tahu erti syukur. Dimulai dengan kehidupan Muhammad SAW yang serba susah, dibesarkan pula dalam keadaan yatim piatu, pembaca akan menelusuri kehidupan yang tidak mempunyai apa-apa, harta mahupun ibubapa. Sejurus diberikan wahyu pertama daripada Jibril AS di Gua Hira’, pembaca akan bersama-sama menelusuri sirah Baginda SAW, keluarga, isteri, dan para sahabat dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran dan ujian. Diakhiri dengan kewafatan Baginda SAW, pembaca turut tersentuh akan kehidupan yang serba sederhana ini lantas mengubah persepsi bahawa Muhammad bin Abdullah juga seorang manusia seperti kita. Bukan sang adiwira, bukan juga sang dewa.

Penulisan yang amat baik memudahkan pembaca faham akan segala peristiwa Baginda SAW, tidak seperti buku bukan fiksyen yang lain, dimana isinya memakan masa untuk dihadam. Tidak dilupakan peringatan buat pembaca, sediakanlah tisu sebelum hujan dan tekadkan hati untuk meneladani semua isi dan topik yang ada di dalam buku ini, kerana semuanya berkait rapat dengan kehidupan seharian kita.

Akhirulkalam, setiap helaian buku ini memberi impak yang mendalam buat diri yang sering melakukan kesilapan, bahkan membuka mata untuk terus memperbaiki diri dengan mencontohi sunnah Rasulullah SAW.

Penilaian : 5 ⭐️
Profile Image for bookmehnia.
331 reviews16 followers
October 25, 2025
(48/2025) 5/5🌟 Islamic/Motivational (Non-Fiction) 382 pages

“𝙏𝙝𝙚 𝙊𝙣𝙚 𝙬𝙝𝙤 𝙣𝙚𝙫𝙚𝙧 𝙢𝙚𝙩 𝙪𝙨 - 𝙮𝙚𝙩 𝙡𝙤𝙫𝙚𝙙 𝙪𝙨 𝙨𝙩𝙞𝙡𝙡.”

According to author, the writing is the translation from the original piece of “𝘕𝘢𝘣𝘪 𝘚𝘈𝘞 𝘑𝘶𝘨𝘢 𝘚𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘔𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢”, translated into English from 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺 𝘓𝘢𝘯𝘨𝘶𝘢𝘨𝘦/𝘉𝘢𝘩𝘢𝘴𝘢 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢. The translator mentioned that he was so into the translation work in making sure that the messages are delivered as good as it was in the original writing, and he also emphasized that these two languages tell stories in their own way, which I tremendously agree. I have read the original writing and it already got me crying buckets, can you imagine what has the translation work done to me?

We can never be like Muhammad SAW. Never, because he was who he was. However, we could always walk in his footsteps, absorbing in the legacy - his teaching and 𝘴𝘶𝘯𝘯𝘢𝘩- that he had left for us, his 𝘶𝘮𝘮𝘢𝘩, the people whom he had always loved though never met. His 𝘥𝘶’𝘢 was always filled with prayers for us. So, in what can’t we not reciprocate his love?

In the book, the writer has divided the content into several chapters that emphasized to us readers that Muhammad SAW was also a normal human being like us, except he was The Chosen One who had to become the Messenger to the whole wide world. He was like us but different in all sorts of ways.

The content included, shared with us of how The Prophet SAW was the best among mankind, and who he really was aside from his biggest responsibility. Like other people, Prophet SAW was also tested, experienced sorrow and sadness. Like other people, Prophet SAW also made mistakes and felt uncertain in certain situations. Prophet SAW was also married, had a family, had children, and played his roles in the community that he lived in. Last but not least, Prophet SAW also felt pain when he was attacked, hit and wounded. Like other people before him, Prophet SAW also breathed his last, which one day, we would follow suit. And in his every single thing that he did, there would always be 𝗨𝘀𝘄𝗮𝘁𝘂𝗻 𝗵𝗮𝘀𝗮𝗻𝗮𝗵 (a good example), in fact, his whole life was the living embodiment of the 𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻. Every single Muslim should have made Prophet Muhammad SAW as an inspiration and idol.

To say Prophet SAW is just like us is not like we are trying to downgrade him, but because he was the best living example of humans. To say Prophet Muhammad SAW is just like us is so that we will feel closer to him and would try to replicate what he did as a human. Prophet Muhammad SAW should inspire us in so many ways especially in our way of living. Which is why the author mentioned in the book that in order for us to “humanize” Prophet SAW, we must tread carefully, as there were two groups of people who would go the extreme in perceiving Prophet SAW;

1. Those people who worship Prophet SAW
2. Those people who excessively humanising Prophet SAW

I was particularly enthralled with the chapters explaining how Prophet Muhammad SAW faced all the tests during his life, how he dealt with all the pain and sorrow by crying, and how he overcame the mistakes he made. I was struggling with my emotions and inner conflicts these past few months, but reading what Prophet SAW went through, did not soothe me, but they inspired me more. We are allowed to have all sorts of feelings because we are humans and we are not perfect. However, how we deal with them would set the pace, and to be reminded that Allah knows.

There is something about the way the author writes that soothes me. It feels like listening to a scholar who is lecturing in the most passionate but patient manner. It feels like he has always known what our next questions would be, as the answers will always appear in the following explanation after explanation. I think the translator also did a good job - the word choices, sentence arrangement, narration -in giving us meaningful and impactful understanding and it touched my heart. I also love all the reflection/tips at the end of each topic given like a guide to us.

This is not a book that you keep in the bookshelf after you finish reading. This is a book you keep, as your companion whenever the world becomes too loud and you think that no one understands you. This is a book that you would reread everytime you think that are stumbled upon a blockage in whatever you do. Not to give you solutions, but to remind us that our feelings are valid and Prophet SAW experienced them too. To remind us that Allah is always near despite all the troubles that we got stucked into.

Read this if you have read “𝘔𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘔𝘶𝘩𝘢𝘮𝘮𝘢𝘥” by Imam Omar Suleiman, or “𝘕𝘢𝘣𝘪 𝘚𝘈𝘞 𝘑𝘶𝘨𝘢 𝘚𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘔𝘢𝘯𝘶𝘴𝘪𝘢”, the original piece by the same author.

#justreaddontbawang #bookmehnia #2025reads #AugustReads #AugustTBRs #bookstagrammalaysia #bookstagrammy #malaysiamembaca #bookstagrammer #bookgram #bibliophile #bibliophilemy #bookish #bookaddict #bookaesthetic #readersofinstagram #goodreads #bookrecommendations #bookreview #translatedwork #bookworm #imanpublication #AManNamedMuhammad #khubaibakhi #ameenmisran


Profile Image for fatin.
196 reviews3 followers
September 17, 2024
Terima kasih penulis kerana menulis buku mengenai kekasih Allah ini. Sejujurnya, selepas aku habis baca memang aku termenung dan memikirkan betapa kita dan Nabi Muhammad SAW juga sebenarnya mempunyai persamaan.

Jangan ragu-ragu untuk membaca buku ini.
Profile Image for Fey.
226 reviews12 followers
December 26, 2021
"Manusia itu lemah dalam mendepani dirinya sendiri; lemah azam dan semangatnya. Ketika manusia diuji, dia sering kali akan terlajak dan tercabar; tidak dapat bertahan daripada beratnya ujian."

Bismillah...
Tidak dapat dinafikan, buku ini adalah buku bukan fiksyen yang terbaik saya baca untuk tahun ini. Selalunya bila orang sebut tengah baca buku tentang Nabi Muhammad SAW, kita mesti terbayang akan buku biografi lengkap dan sirah hidup Nabi, kan?

Tetapi tidak untuk buku ini. Di dalam buku ini, penulis berkongsikan kepada kita betapa rapat dan syncnya kita dengan Nabi SAW sendiri. Mengingatkan kita yang Nabi SAW juga seperti kita, seorang manusia biasa.

Nabi SAW juga menangis, gembira, marah, hidup bermasyarakat, mempunyai masalah dan sebagainya kerana baginda juga seorang manusia seperti kita.

Penulis juga berkongsi pelbagai tips yang dapat memupuk diri kita dalam buku ini. Tak tipulah bila aku kata ada bab yang buat aku sebak dan rindu akan baginda SAW. Contohnya, bab Nabi SAW Ada Di Sisi.

Nabi Muhammad SAW adalah sebaik-baik contoh di atas muka bumi ini dan kita mestilah mencontohinya di mana-mana sahaja, tak kira masa.

Pengajaran yang aku dapat daripada buku ini ada banyak. Antaranya; kalau nak menangis, menangis jelah. Kalau ada salah, mengaku sebab tak ada orang yang tak buat salah dalam dunia ini dan kita hidup kenalah tak pentingkan diri sendiri dan sebagainya.

Recommended? Yes, highly recommended to all my fellow Muslim out there. This book is definitely a need! Tahniah penulis sebab berjaya menulis nashkah sebagus ini!

Rate: 5🌟
—Feyssa.
Profile Image for Syafriz Nazer.
6 reviews
February 3, 2022
Isi yang diketengahkan penulis bersifat menjejak naluri manusiawi berdasarkan perjalanan Baginda SAW sebagai seorang manusia. Walaupun sirah tersebut sudah dipelajari semasa bangku sekolah namun kupasan yang dibawa penulis ini cuba membuka minda pembaca untuk melihatnya dari sudut yang lebih berpijak dengan realiti. Sedari Baginda sebagai suri teladan, tiada satu sunnahnya yang tidak boleh dicontohi sekalipun berkait perkara sedih, duka cita dan lain-lain perasaan bersifat lemah yang segelintir melihatnya tidak sesuai ada pada seorang Nabi. Bagus untuk pembaca memahami isi buku ini disamping menyegarkan kembali ingatan kita pada sirah Baginda, ia juga meluruskan fahaman kita dalam melihat susuk tubuh Muhammad sebagai Nabi dan manusia.
Profile Image for Sakinah Shabirin.
11 reviews1 follower
April 5, 2022
Pada pandangan saya, objektif penulis telah tercapai iaituk untuk kita (pembaca) merasakan bahawa Rasulullah SAW sebenarnya begitu hampir dengan diri kita untuk kita teladani dalam kehidupan kita. Point of view yg sgt refreshing bagi saya. Kita dah pernah lalui sirah Rasulullah, tapi mungkin terlupa nak memaknani setiap kisah Rasulullah dan mcm mana kita nak apply dalam kehidupan kita.

Penulis kaitkan juga dengan teori teori yg berkaitan, jadi gaya penulisan bukanlah terlalu dry dan boring. Sangat galakkan untuk semua lapisan masyarakat untuk baca buku ni!
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
May 17, 2022
Buku ini disusun mengikut tema-tema tertentu, di luar kebiasaan buku-buku sirah yang disusun secara kronologi.

Penulis cuba membawakan beberapa perspektif psikologi tertentu dalam menghuraikan beberapa peristiwa melibatkan Nabi S.A.W dan para sabahat R.Anhum.

Pendekatab begini sangat mengingatkan saya kepada karya Prof Tariq Ramadan, In the Footsteps of the Prophet. Namun, susunan naratif dan gaya huraian penulis boleh diperkemaskan lagi
Profile Image for Hanalovesbooks.
155 reviews20 followers
November 6, 2023
Sy rasa buku ni lagi dpt dihayati dan dijiwai kalau pembaca dah ada basic sirah nabi. Sebab kebanyakkan event yg dijadikan contoh akan diambil tanpa further explanation. Cuma huraian kepada emosi bagi contoh2 event yg disebutkan tu.

Overall, buku ni awesome. Banyak benda yg sy belajar dari buku ni. Alhamdulillah
Profile Image for Gadis.
179 reviews3 followers
September 11, 2022
✨Mungkin kita pernah katakan, "Kita bukan maksum seperti Nabi, kita buat silap, kita buat dosa". Buku ini sedarkan, benar Nabi Insan terpilih kerna itu Allah kurniakan kelebihan tersebut. Insan yang terpelihara dan terjaga. Tuhan itu Maha Mengetahui ada hikmahnya berbuat demikian.Buku ini juga dah jelaskan,kenapa? Tapi itu bukan syarat untuk kita bandingkan sebegitu lantas rasa jauhnya kita banding kelebihan Nabi SAW.Alasan untuk jadi diri kita yang masih dicemari khilaf.

✨Buku ajar kita teladani sisi manusiawi Nabi. Jauh sekali untuk merendahkan baginda, kerna untuk samakan dengan darjat kita sebagai umatnya tentulah jauh. Objektifnya adalah ambil contoh kehidupan Nabi kerna kita sering membesarkan Nabi hanya pada sisi mukjizatnya tanpa kita singkapi Nabi juga manusia.Fitrahnya manusia.

✨Buku ini selitkan Nabi juga rasa apa kita rasa.
Nabi juga diuji -Bersedih-Tersilap lalu ditegur oleh Allah- Nabi juga pernah berada dalam keadaan tidak pasti- Nabi turut berkeluarga dan bergaul sama masyarakat dan Nabi juga rasa sakit dan temui kematian, seperti kita. Semua ini merangkumi seluruh kehidupan kita juga kan? Dari hidupnya hingga kewafatannya. Banyak hal-hal berhubung kait dengan fitrah manusia. Yang pastinya ia kian buat kita rasa dekat dengan Nabi SAW.

✨ Menarik juga, buku ini turut jelaskan hadis-hadis yang pernah kita dengar melalui sirah Nabi dan ada yang baru diketahui atau lupa. Sendiri tengadah saat penjelasan Surah ad-Dhuha yang seolah memujuk Nabi dan juga diwariskan pada kita. Suka juga, saat penulis kaitkan dengan ujian seharian kita, juga pernah jadi pada Nabi.Sebab itu buku ini walau berilmiah namun terasa santai kerna dekat dengan penceritaan hidup kita semua.

✨Suka untuk aku katakan, kita pasti terasa emosi yang disampaikan penulis, emosi Nabi. Beberapa kali air mata aku jatuh, tahap sedu-sedan. Terutama saat terbaca riwayat Ibn Hibban tentang doa Nabi untuk kita.Juga bahagian "Nabi SAW ada di sisi" Rasa macam kelu dan kaku😢

✨Seluruh kehidupan Nabi adalah contoh dari manusia sebaik-baik manusia. Serinci itu hinggalah pada saat nazaknya baginda tetap mewasiatkan kita sesuatu untuk dicontohi.🥰
Profile Image for Ibnu Anuar.
9 reviews
May 14, 2022
Satu sisi pandang menarik berkenaan dengan Rasulullah. Kisah-kisah yang dinukilkan diceritakan dari sudut pandang berbeza. Malah penulis juga membawa kisah-kisah yang jarang kita dengarkan. Hal ini menambahkan lagi keunikan buku ini.
Profile Image for Jijie✨.
2 reviews
January 31, 2025
Akhirnya jumpa juga buku yang menceritakan perjalanan nabi secara ringkas dan tidak berat pembacaannya. Sirah dari sumber yang sahih. Buat yang ingin membaca, bacalah. Anda akan dapat sesuatu dari pembacaan ini.
Profile Image for Sarah.
8 reviews
June 30, 2022
Segala puji bagi Allah yang telah memberi peluang untuk saya membaca buku ini ❤️❤️❤️
Profile Image for Nur Izzati.
60 reviews1 follower
April 30, 2022
Emosi.

Rasanya ini buku sirah yg emosi nya terlalu sampai dalam jiwa. Sejarah - yg selalu membawa konotasi yg ia "kering" dan tiada jiwa (sekurangnya bagi saya) - disampaikan dengan sangat baik.

Kita mungkin pernah dengar atau baca kisah-kisah sirah yg dimuatkan dalam buku ni, tapi barangkali ia tidak diklasifasikan dengan sifat² manusiawi kita sebagai manusia, sebagaimana Ust Khubaib letak kan cerita² dalam buku ni.

Nabi SAW juga - diuji,
Baginda juga bersedih, tersilap, tercari² dan tidak pasti,
Dan akhirnya baginda juga Wafat.

Dua bab terakhir sangat emosi. Rasa macam tak pernah rasanya membaca buku Sirah yg boleh buat diri sendiri menangis. 🥹

Bacalah. Utk kita kenal Rasulullah SAW, tapi dari perspektif yg lebih manusiawi. Merasa yg Rasulullah juga merasa sakit. Rasulullah juga ada ujian² emosi nya. Rasulullah ada juga ujian dalam hubungan nya.

Kerana Nabi SAW juga seorang manusia, kerana itu baginda Rasul kita.

Allahumma Solli A'la Saiyidina Muhammad.

Ramadhan Reads✅
*Habis baca buku ni hanya mampu peluk buku 😭
Profile Image for Bidasari.
299 reviews
February 1, 2024
Akhlak Rasulullah adalah Al-Quran.

"Apa pandangan anda jika Nabi Muhammad SAW berada di hadapan anda ketika ini?"

Kebanyakan orang yang ditanya akan terpempan, terkaku dan terkelu lidah.
Biasanya air mata akan mengalir dahulu sebelum dapat berkata-kata.

Ramai yang cakap:
"Aku mahu Baginda ambil aku dan tinggalkan dunia ini"
"Aku ingin berbual dengan Baginda, tentang beratnya perjalanan hidup ini"

Ini adalah buku yang mengundang air mata dan sebak di dada walaupun di dalam keadaan yang kita sepatutnya kekal neutral (macam dalam perbincangan bengkel pelan tindakan pengurusan sungai😅).

Buku yang menyentuh hati.
Buku yang membuatkan kita membaca beberapa ayat Al-Quran.

Buku yang memberikan peringatan dan justifikasi agar tidak termasuk dalam 2 golongan esktrem iaitu Mendewakan/Mengsuperherokan Nabi SAW atau Berlebihan Memanusiakan Nabi SAW.

Nabi SAW:
✅️menghadapi pelbagai ujian dalam menyebarkan dakwah Islam (dicemuh, dizalimi,dikhianati, diancam bunuh, etc)
✅️menangis dan bersedih
✅️kehilangan orang yang disayangi
✅️tersilap, tercari-cari dan tidak pasti
✅️berkeluarga dan bermasyarakat
✅️sakit dan wafat

Setiap topik yang dikupas dikaitkan dengan kehidupan manusia di dunia ini:
✅️pelbagai ujian untuk setiap orang dan jangan berputus asa
✅️mempunyai whole range of emotion (marah, sedih, gembira, etc)
✅️apabila buat silap kita akui, insafi dan perbaiki
✅️diam, siasat dan belajar jika tidak tahu
✅️tunaikan hak diri sendiri, keluarga dan komuniti
✅️hindari toxic positivity
✅️setiap hari kita semakin menghampiri lubang kubur (mati)
✅️mendekatkan diri dengan Rasulullah

Pengkisahan Sirah yang mudah dihadam oleh hati dan akal fikiran.

Satu buku yang bisa diulang baca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for iceeesha.
5 reviews
February 11, 2025
Reading this book feels like “hugging myself” during my lowest moments and phases of sadness.

I can’t believe how brilliant and humble this book is!
Setiap chapter to chapter yang diceritakan sangat related to each other dan seperti membaca sebuah cerita/kisah namun terselit pandangan dan tafsiran yang sama sekali tidak berat! Terasa ringan sahaja pemahaman dan penulis ini pandai bermain dengan emosi pembaca and the fact that this is a non-fiction book!

Seringkali kalau kita baca sirah mengenai Nabi, mungkin kadang-kadang kita terasa janggal dengan figura kekasih Allah s.w.t., kerana kita menganggap kehidupan nabi ini penuh dengan keajaiban, kehebatan dan keagungan semata.

Namun buku ini, akan mengajak kita kenali lebih mendalam bahawasanya nabi itu juga manusia seperti kita! (in a good ways, supaya lebih dekat dan faham untuk mengamalkan sunnah-sunnah Baginda bukan sekadar tertumpu pada beberapa perkara sahaja tetapi seluruh kehidupan)

Kenali sisi/sisi manusiawi Nabi agar kita akan rasa lebih dekat dengan Baginda. Betapa “manusiawinya” seorang lelaki yang diberi nama Muhamamd dan terus diangkat menjadi Rasul Allah.

dan kerana apa juga? Kerana Nabi SAW ialah sebaik-baik manusia (uswah hasanah - the best example)

also kudos to penulis! Setiap buah fikiran dan perbincangan yang dimasukkan, dileraikan dengan sebuah pembentangan yang meleraikan (tidak tergantung).

It makes you reflect, yet the answers are subtly provided (tidak meninggalkan kita dalam keadaan yang tertanya-tanya kerana sebab inilah kita membaca, untuk ‘dijawab’ pertanyaannya)

Definitely my best book in the non-fiction category.
Bacalah!
Profile Image for Izzati Husna.
5 reviews
April 8, 2022
Nabi SAW Juga Seorang Manusia - Khubaib Akhi
🔎 Bilakah kali terakhir anda menangis ketika membaca buku?
.
Kita selalu disajikan dengan kisah hidup Nabi SAW yang penuh keajaiban dan mukjizat. Namun, ia seringkali membuatkan sirah yang dibaca semakin jauh dari realiti hidup kita yang tidak sempurna. Baginda SAW insan maksum namun turut memiliki fitrah semula jadi seperti kita. Melalui buku ini, penulis merungkai sisi manusiawi Nabi SAW yang selalunya tersembunyi. Ia bukanlah untuk meremehkan Baginda SAW sebaliknya utk menambah keakraban dan kecintaan kita terhadap Baginda SAW lalu meneladaninya dalam segenap aspek kehidupan.
-
Buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutamanya kita — umat Nabi Muhammad SAW. Nabi SAW adalah contoh ikutan pada segenap kehidupannya — semuanya. Buku ini berjaya membuatkan aku mengalirkan air mata, membaca kisah2 Nabi yang “relate” dengan fitrah kita — sebagai manusia, buatkan aku sentiasa muhasabah diri. Bila diri rasa penat dengan hidup, dengan ujian dsb selalu terdetik dalam hati utk futur tetapi bila diingatkan kembali, Nabi SAW juga diuji dan lebih berat ujiannya bahkan bermacam2 perkara yang Baginda SAW lalui.
-
Banyak benda yang boleh diteladani daripada buku ini🤍 Part yang buatkan aku tak boleh berhenti mengalirkan air mata adalah apabila membaca kasihnya Nabi SAW terhadap ummatnya😭 Baginda SAW sentiasa mendoakan kita pada setiap waktu solat, MashaAllah. Ampunkan kami ya Rasulullah
3 reviews
January 21, 2023
Nabi SAW juga seorang manusia. Meneroka sisi yang hilang dalam meneladani sirah.

Semasa buku ini dilancarkan dan diterbitkan saya memandang sepi buku ini.

Bila baru² ini ke kedai buku dan ada yang sudi belanja, buku ini menjadi pilihan.

Masya Allah Tabarakallah.

Buku yang membawa kita pengajaran yang baru daripada Nabi SAW.

Buku ini bukanlah buku sirah yang menceritakan secara terperinci setiap peristiwa.

Ia membawa kita melihat bagaimana sosok yang mulia ini Allah pilih dalam kalangan manusia untuk kita contohi. Untuk kita teladani.

Terutama apabila ia berkaitan dengan perasaan, kekeluargaan, ujian, krisis dan kesakitan yang menimpa junjungan mulia Nabi SAW.

Semuanya Nabi ajarkan. Sama ada kita meneliti dan meneladani atau kita tinggalkan sahaja.

Paling terkesan apabila membaca kisah Nabi SAW ketika menghadapi kes fitnah Saidatina Aisyah.

Apa yang Nabi lakukan ketika angin fitnah ini bertiup?

Nabi mengambil jalan diam dan menunggu wahyu daripada Allah swt.

Nabi tidak megambil jalan membela Saiatina Aisyah walaupun itu adalah isteri baginda.

Menjatuhkan hukuman pon tidak.

Kita pula bagimana apabila menerima berita kurang pasti terutamanya apabila muncul di media sosial.

Share, like dan komen sepantasnya.

Tidak mahu ketinggalan dengan isu terkini katanya.

Begitulah. Meneladani Nabi SAW itu begitu sukar buat kita.

............
Profile Image for Muhammad Faizuddin.
42 reviews1 follower
November 1, 2025
Buku pengenalan yang baik utk mendalami sisi kemanusiaan junjungan besar kita Nabi muhammad SAW. Saya nyatakn perkara yg baik dlu :

1) memetik kisah2 sahih daripada alquran dan habis, itulah yg kita harapkn drpd penulis yg bergraduan sarjana dlm bidang tersebut.

2) cerita yang dibawakn kena dgn isu yang ingin di bawa.

3) tidak terlalu meleret dan ada cubaan mengkaitkn dgn teori2 drpd bidang2 lain contoh bidang falsafah, bidang psychiatric dsgnya.

Perkara yg boleh di tambah baik :

1) ada di beberapa tempat penulis cuba utk memberikn contoh & huraian pada isi tetapi saya rasa penyampaiannya kurg. Entah susah nk saya terangkn, kalau kita lihat penulis2 luar negara mereka akan ada editor yg menyusun ayat2 jadi lebih menarik. Penulis luar juga hantar buku kpd2 peers mereka utk kritikan. Pada saya penulis dpt memantapkn lg penulisan sekiranya mendpt guidance drpd editor dan peers review.

2) kisah2 sirah yg di ceritakn mungkin dlm ritma yg tidak seperti kalau saya baca buku2 lain. Mcm mne ya nk hurai, isi tu dah ada tp gaya penceritaan tu kurang efektif mcm tu la. Pendapat peribadi je ye.

Secara keseluruhannya buku ini amat berbaloi dgn harga dan utk mereka yg baru2 berkenalan dgn sirah nabi. Usaha yg bagus drpd pihak penerbit dan penulis.
Profile Image for Siti Sarah Izham.
12 reviews
December 30, 2021
Jika Tentang Kamu sarat dengan airmata. Buku ini “banjir” dengan airmata kerinduan kepada susuk tubuh yang tidak pernah ditemui secara fizikal tetapi sangat merasai kehadirannya dalam kehidupan.

Begitu banyak petunjuk, inspirasi dan teladan (sunnah) yang baginda tunjukkan sebagai seorang manusia.

Baginda juga merasai kecewa
Baginda juga tertekan
Baginda juga menangis saat berhadapan ujian kehidupan
Baginda juga meluahkan rasa cinta kepada pasangan dan sahabat
Baginda juga berhadapan gelodak rumah tangga
Baginda juga merasai sakit. Terseksa. Diracun.
Dan baginda juga merasai kematian.

Dengan mengetahui dan memahami perjalanan hidup baginda, memberikan kita petunjuk yang jelas. Tidak malu, lelaki menangis. Tidak salah untuk kecewa. Tidak buruk rumahtangga bergelora. Kerna di sana ada petunjuk/sunnah Nabi.

Tahniah penulis, menghimpunkan perjalanan “manusia”nya baginda saw dlm satu buku.


Membaca buku ini. Berhenti seketika. Membaca buku tentang kamu. Habis. Kembali membaca buku ini part kesedihan Nabi. Cukup memberi petunjuk pada saya.

Benarlah, bacalah! Sekalipun kita rasa kita dah mengetahui. Kerana disana pasti ada ilmu baharu.

#sarahMembaca
Profile Image for Shahirah.
15 reviews3 followers
June 26, 2023
Sejak kecil lagi kita sering diceritakan mengenai figura ini, kisahnya yang penuh dengan keajaiban dan mukjizat daripada Allah SWT. Namun, buku sirah ini berbeza daripada buku sirah yang lain. Ia mengisahkan tentang kehidupan Rasulullah SAW mengenai sisi manusiawinya yang jarang diperkatakan.

Seluruh hayat Baginda SAW adalah pelajaran dan panduan bagi umat manusia. Jika kita diuji, Rasulullah SAW juga diuji bahkan bertimpa-timpa ujian yang dihadapi tapi bagaimana reaksi Baginda dalam menghadapi ujian itu? Begitu juga saat Baginda menghadapi situasi ketidakpastian, kesedihan dan kekeliruan. Apakah sunnah yang diajarkan oleh Baginda?

Sungguh, kupasan yang dibawa oleh penulis dalam merungkai sisi manusiawi Nabi Muhammad SAW yang selalu tersembunyi amat memberi kesan yang mendalam dan membuatkan diri ini terfikir dalam renungan yang panjang. Ternyata benarlah, sudah terdapat kisah-kisah dahulu kala yang dapat dijadikan pedoman saat tidak menemukan jalan penyelesaian.

Topik mengenai perbahasan antara dua ekstrem iaitu golongan yang mendewakan Baginda sehingga menganggap Baginda mempunyai kuasa yang luar biasa dan berlebih-lebihan memanusiakan Baginda dengan menyamakan Baginda seperti manusia yang lain merupakan perbahasan yang menarik untuk ditelusuri. Kefahaman yang benar dalam meneladani sirah dapat mengelakkan kita daripada terjerumus dalam kedua-dua ekstrem ini. Oleh itu, kita perlu mengakui sifat manusiawi Baginda tanpa menafikan kemaksuman, mukjizat dan kelebihan Rasulullah SAW.

Meskipun karya ini merupakan buku sirah tapi membacanya seolah-oleh membaca buku genre ‘self-development’ dan ‘self growth’ kerana bab-bab yang dikupas dapat dijadikan pedoman dalam meniti kehidupan. Benarlah seperti firman-Nya di dalam surah al-Ahzab ayat 21, bahawa Rasulullah SAW adalah sebaik-baik teladan bagi umat manusia.
Profile Image for Hasliza Rajab.
170 reviews8 followers
January 13, 2023
Membaca tulisan saudara Khubaib Akhi seolah-olah kita berkenalan kembali dengan susuk seorang manusia agung iaitu Muhammad SAW. Bukan tak tahu susur galur kehidupan Baginda SAW, namun maklumat dan sirah yang dibaca kebanyakannya berkisar kepada kisah kenabian, kisah mukjizat, kisah sahabat, peperangan dan perkara-perkara yang berkisar tentang kehidupan Baginda SAW sebagai seorang Rasul utusan Allah.

Namun, jarang di antara kita yang menelusuri kehidupan Baginda SAW sebagai seorang manusia. Insan yang jua mempunyai hati dan perasaan, ada rasa lelah dan kecewa, dan ada membuat kesilapan. Buku ini ditulis dengan baik untuk menceritakan sisi Muhammad SAW sebagai seorang manusia. Fitrahnya yang dipandu Ilahi.

Maksumnya Baginda SAW membuatkan kita mengakui bahawa manusiawinya seorang Muhammad SAW yang menggalas tanggungjawab dan amanah yang maha berat.

Baginda diuji. Sedih. Tersilap. Berada dalam ketidakpastian. Berkelaurga. Sakit. Semua Baginda SAW lalui sama seperti kita manusia.
Profile Image for airazira.
34 reviews3 followers
April 17, 2022
Sesungguhnya Nabi SAW itu juga seorang manusia yang dikurniakan pelbagai perasaan, punya rasa lapar dan dahaga. Diberi kesihatan dan kesakitan malah Baginda SAW, manusia yang paling banyak diuji di muka bumi ini.

Namun kita tak boleh samakan Nabi Muhammad SAW 100% dgn manusia kerana Baginda utusan Allah yang menyampaikan risalah Islam.

Buku ni lengkap segala kisah dan sifat manusiawi Nabi SAW untuk dipaparkan buat kita bagi mengelakkan manusia menjadi ekstrem dalam mencintai Nabi SAW dan melakukan ibadah berlebihan.


Setiap sifat manusiawi Nabi Muhammad SAW dijelaskan satu persatu melalui sirah-sirah Baginda SAW teratur untuk pembaca mudah memahaminya dan aplikasikan di dalam kehidupan.

Sedih saya untuk berpisah dengan buku ni sebab penyampaian penulis tentang kisah Nabi SAW seakan hampir dirasakan kehadirannya dengan diri. Moga kita semua terus merindui dan mencintai Nabi Muhammad SAW selama-lamanya.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
July 31, 2022
Buku yang sangat saya rekemenkan kepada siapa pun jua. Lebih2 lagi kepada orang2 yang sentiasa merindui nabi. Bukan sekadar buku 'self-help' untuk kita manusia biasa yang sentiasa teruji dengan manusia mahupun diri sendiri, punya berbagai emosi serta hawa nafsu tetapi buku yang mendekatkan diri kita dengn nabi yang pastinya buatkan kita lebih mencintai nabi. Bukankah ada pepatah 'tak kenal maka tak cinta'? Dan bohonglah jika tiada kisah nabi dimasukkan dalam buku ini untuk setiap bab kan? Jadi, bila makin kenal nabi berdasarkan kisah yang dimuatkan dalam buku ni, makin kita jatuh hati dan merinduinya.

Memuatkan 10 bahagian buku termasuk penutupnya. Dan antara bahagian yang saya paling suka bertajuk, "Nabi SAW Juga Tercari2 dan Tidak Pasti." Dan bab saya paling suka, "Mencari Muhammad SAW Sehabis Kudrat."

Terima kasih dan tahniah kepada penulis. Oh ya, banyak juga istilah Bahasa Inggeris untuk suatu kajian dimuatkan dalam buku ini. Menarik.
Profile Image for Nerdy Ned.
4 reviews
May 18, 2024
Bought this book last year without realizing it is what I needed the most today.

Some of the key takeaways from the book are:

1. Prophet Muhammad's (SAW) Sunnah isn't limited to physical ibadah only; it also encompasses how he managed his emotions, dealt with problems, and reacted to mistakes—essentially, everything that is humanly. The author highlighted some touching stories for us to reflect upon.

2. As humans, we all make mistakes and that is where growth happens.

3. Sometimes, positivity isn’t the only thing that is working. Admit that we can’t be strong all the time due to limitations to our capabilities.

4. We don't truly learn from experiences alone; we learn by PONDERING those experiences. Hence, it is important to acknowledge, admit, regret, and grow from our mistakes.

5. One du’a that can be added in our daily prayers; “Ya Allah ganjari aku atas musibah yang menimpaku, dan gantikanlah ia dengan yang lebih baik”.
Profile Image for Shafiqahsamin.
205 reviews4 followers
May 11, 2022
Nabi SAW juga seorang manusia dipadatkan dengan kisah² kehidupan Rasulullah SAW yang dekat dengan kita semua tetapi dari sudut pandang yang berbeza. Buku ini membawa kita ke sudut pandang bahawa Rasulullah SAW adalah seorang manusia biasa namun masih mengakui bahawa baginda adalah seorang yang maksum.

Kadang-kadang kita lupa yang nabi saw pun seorang manusia. Jadi, buku ni membantu kita untuk 'relate' kehidupan kita dengan Rasulullah saw.

Yang mana relatable lah sebab kita pun manusia jugak. Kita punya kesilapan lagi banyak. Rasulullah saw pun ada silap sikit cuma lagi menakutkan sebab Allah swt tegur direct. Kita yang silap banyak ni macam mana? Haa. Takut kan.

Akhir kata, saya rasa buku ni bagi kesedaran dan peringatan bahawa seluruh kehidupan Rasulullah saw itu ada satu contoh. Macam mana baginda menghadapi kesedihan, ujian, hubungan sosial dan lain-lain.
Profile Image for MUHAMMAD NABIHAN.
26 reviews
June 4, 2024
Special thanks to Khubaib Akhi for this book. His writing is like a persuasion for people who always blame and invalidate their own feelings. Every question is answered neatly, making us feel very close to the Prophet Muhammad SAW🤍

My rating is 4.5 out of 5 stars. I believe there are two or three chapters that may benefit from greater explanations, particularly about the Hadiths of the Prophet Muhammad SAW, so that his words reach the audience more effectively. Perhaps the author chose to summarize it so that the book isn't too weighty for the readers to handle.
Displaying 1 - 30 of 51 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.