Kadang-kala kita memang memerlukan peringatan rohani tentang hakikat hidup daripada seorang yang alim dan arif.
Buku yang nipis tetapi isinya tebal dan patut menjadi makanan rohani setiap manusia yang bergelar Muslim. Terjemahan kali ini mukanya kurang dari seratus tetapi sebenarnya isinya sangat berat. Memandangkan penulisan Imam al-Ghazali kali ini ditujukan khas untuk seorang muridnya, kebanyakan nasihat yang diberikan sebenarnya ditujukan untuk pelajar yang menuntut aliran ilmu agama.
Tetapi, segala bentuk nasihat itu juga boleh dijadikan refleksi kepada diri sendiri yang tergolong dalam golongan awam. Nasihat berkenaan penyucian hati dan jiwa, menuntut ilmu, ibadah, kerosakan diri dan juga perasaan riak sering kali dipesan-pesan oleh Imam al-Ghazali. Ternyata niatnya memang baik ingin memberi pesan, dan tajuk buku nipis ini juga bertajuk 'Duhai Anak', makanya ia seperti nasihat seorang bapa kepada anak.
Pedoman jugalah yang akan menyedarkan diri bahawa hakikat kehidupan yang sering dicari-cari itu datangnya daripada keimanan, ketakwaan dan penyucian hati. Terima kasih Bibliopress kerana berusaha menterjemah karya ini sebabnya dalam bahasa Inggeris, buku ini mahal dengan nipis muka bukunya.
Dan engkau bertanya pula kepaaku tentang tawakkul. Dan ia adalah engkau meneguhkan peganganmu kepada Allah tentang apa yang Dia telah janjikan (wa'ada)...