Pendidikan ialah rahmat yang menjadikan kita dapat membaca sari buku ini dan buku ini sendiri dapat ditulis. Tanpa pendidikan, keadaan kita hari ini mungkin berbeza. Begitulah dekatnya takdir kita dengan pendidikan.
Pendidikan dengan permasalahannya yang rumit dihuraikan dalam beberapa bab buku ini yang tersusun bermula daripada pemegang taruh terpenting dalam pendidikan iaitu jiwa pendidikan itu sendiri, diikuti dengan masyarakat, anak-anak, ibu bapa, guru, pensyarah, sekolah, sasterawan dan industri.
Memanggil Memori Bukan Memoir kembali dalam penulisan buku ini turut memanggil kembali penjelasan terhadap tuduhan yang dilemparkan sepanjang 20 bulan di Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku ini sebagai persaksian selama 20 bulan reformasi yang pernah diusahakan melangkaui topik-topik sensasi politik seperti jawi dan kasut hitam. Buku ini merupakan sebuah pembuktian...
Pernah - suatu usaha reformasi pendidikan diangkat, dan kini ia mesti diteruskan.
Prof Dr. Maszlee bin Malik is a Malaysian politician who served as the Minister of Education in the Pakatan Harapan (PH) administration under former Prime Minister Mahathir Mohamad from May 2018 to his resignation in January 2020. He has served as the Member of Parliament (MP) for Simpang Renggam since May 2018 until November 2022. He was a member of Malaysian United Indigenous Party (BERSATU) from March 2018 to his membership termination in May 2020 and became an independent MP until November 2021. In 27 November 2021 he joined Parti Keadilan Rakyat. He was elected with the highest votes to the Parti Keadilan Rakyat Central Leadership Council (Majlis Perwakilan Pusat/ MPP) in August 2022. However, he lost in the Malaysian 15th General election in November 2022, and decided to return to the academia world by joining University of Cyberjaya (UoC) as a Professor at the Faculty of Psychology and Social Sciences in March 2023.
Prior to his political life, Maszlee taught at the International Islamic University Malaysia from 2000 to 2018. He was also actively involved in volunteering works. He was the advisor of few NGOs for children with special needs.
Maszlee believes that education should be inclusive and empowering. As a minister, Maszlee introduced student-oriented system to primary schools to replace a formerly exam-oriented structure. He had also made reforms to mitigate teacher's clerical burden, empowered technical and vocational education on the tertiary level and amended restrictive law which had previously suppressed students’ freedom of speech in universities and colleges.His time in academia did not encase him in the proverbial academic ivory tower, exemplified through his commitment to helping students remain globally competitive in an era of vast technological change and globalization. Recognizing that vocational education is essential in transforming Malaysia from a nation of consumers to a nation of producers, he formed a national steering committee to expand TVET collaborations with industry stakeholders alongside increasing access to polytechnics and community colleges. Maszlee was also known of his promotion of STEM education and in in calculating AI, Big Data and Data analysis in education through the formation of Big data committee at The Ministry of Education during his term. He was also known of his bold decision to use Google Classroom (GC) as the sole Learning Management System for all schools throughout the nation. This decision has saved the learning process of Malaysian students during the MCO (lockdown) amid Covid-19 pandemic.
Maszlee believes that nobody should be left behind, and that every child deserves an equal opportunity in education. To that end, he has pioneered efforts to improve the access and quality of education for marginalized and disadvantaged communities. He has increased access for nearly 5,000 students from low- income communities in fully sponsored state boarding schools, and is working towards providing free meals to disadvantaged students nationwide. He has introduced the Zero Reject Policy, which ensures that stateless children have access to the national schooling system.
In 2018 Maszlee ventured into politics. Aside from his position as a parliamentarian member and a minister, he currently holds various positions, including: • President of Southeast Asia Minister of Education Organization Council (SEAMEO) • President of Malaysia National Commission for UNESCO (MNCU) • Head of the Council of Boy Scouts Malaysia • Chairman of Tunku Abdul Rahman Board of Trustees • President of International Islamic University Malaysia
Maszlee was the chair for Malaysian Parliament Select Committee on Education (2021-2022), as well as the head of Pakatan Harapan special committee for education (2021-2023), and was appointed as the Deputy Chairman for Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)/ Selangor Public Library since Dec 2021. Maszlee
Buku ini membuatkan saya terkenang buah fikir Socrates, "...the race of man could never find rest from evils until the lovers of wisdom should become kings, or kings, by some divine appointment, become lovers of wisdom."
Hal hikmah dan kepimpinan ini rasanya tidak jauh berbeza dalam Islam juga jika kita melihat kembali karya-karya peradaban Islam. Seorang raja yang adil akan dikelilingi ahli-ahli ilmu yang menasihatinya dengan jujur dan tanpa berselindung – bukan pengampu dan bukan pencari keuntungan diri. Mereka amanah terhadap ilmu yang dikurniakan kepada mereka, malah para pemimpin Islam yang dikenang sebagai pemimpin yang baik dalam sejarah juga pencinta ilmu dan hikmah.
Malaysia mempunyai ramai ahli akademik yang menceburi politik, tetapi tidak ramai yang kekal menampakkan kesungguhan memperkata dan menjawab isu berkaitan kementerian masing-masing melalui cara dan daya usaha ilmiah. Buku ini bagi saya menonjolkan sisi berbeza seorang ahli politik, walaupun persoalan tentang parti yang dianggotainya boleh jadi merupakan hal yang berlainan sama sekali.
Banyak penjelasan yang saya temui dalam buku ini mengenai hal-hal yang pernah timbul dalam tempoh 20 bulan PH memerintah dan Dr Maszlee menjadi Menteri Pendidikan. Banyak pula perancangan yang tidak sempat dilaksanakan kerana ketidakstabilan kerajaan Malaysia selepas pilihanraya 2018. Boleh baca buku ini sendiri untuk mengetahui lebih lanjut.
Kalau saya bukan pendidik macam sekarang, mungkin saya bagi 2/5 sahaja. Tapi oleh sebab saya cikgu, saya boleh bagi 5/5 sebab pendidikan sangat dekat dihati saya dan sangat relatable. . Saya sangat suka bila beliau menghuraikan jenayah seksual di sekolah, Malaysia Membaca, guru adiwira, dan pelan pengajaran tentang rasuah dan cukai dlm subjek pendidikan sivik sekolah rendah. Malangnya banyak pelan yang bermanfaat ini tidak dapat diteruskan dan tergantung akibat peralihan kuasa. . I'm very disappointed he is not our minister of education anymore. He is a thinker, academician and a visionary person. Dr. Maszlee boleh buat kerja dengan baik berbanding menteri pendidikan sekarang (opsss). Tapi sebab Tun M, beliau terpaksa lepaskan jawatan sebab Tun M tak suka dia. Dr. Maszlee tak bersetuju Tun M nak bagi tender internet sekolah seluruh Malaysia kepada kroni dia iaitu YTL. Geram sungguh dengan Tun M. Orang tu boleh buat kerja kot. . Buku ni heavy. Ibarat membaca artikel kajian. Ia mengandungi falsafah, teori dan macam mana beliau execute his plans yang direka untuk kepentingan guru dan murid. Bahasa akademik yang digunakan beliau disulami dgn syair, pantun dan banyak juga perkataan bombastik yg saya tak faham. . Educators would enjoy this very much. Untuk yang bukan golongan pendidik, mungkin anda tak enjoy mana.
Kalau nak tau apa yang Yang Berbahagia (YB) Doktor (Dr) Maszlee Malek buat sepanjang menjadi Menteri Pendidikan. Bolehlah baca buku ni, buku ini adalah pembentangan usaha kerja beliau sepanjang menjawat jawatan tersebut.
Dalam isu Pendidikan sama rata, buat aku teringat tentang satu amalan yang dipraktikkan di sekolah menengah aku terdahulu. Sekolah aku di Gombak sangatlah berdekatan dengan perkampungan orang Asli, jadi ramailah pelajar-pelajar orang Asli di sekolah aku. Yang kreatifnya sekolah aku menyumbat kesemua pelajar asli di dalam satu kelas daripada tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 3, tingkatan 4 & 5 barulah dmasukkan ke kelas berlainan mengikut pencapaian PMR masing-masing.
Kesannya, kerana semua orang asli disumbatkan ke dalam kelas yang sama sepanjang 3 tahun, mereka tidak bergaul dengan pelajar melayu (sekolah aku tiada pelajar kaum lain). Mereka hanya Bersama kelompok mereka sahaja dan mula berinteraksi apabila bergaduh sahaja (biasalah kutuk-mengutuk orang asli menyumpit dan sebagainya, klise).
Satu perkara yang aku perasan, bila tingkatan 3 sahaja, sebahagian pelajar asli ini “menghilang”, tinggal 3-4 orang sahaja. Pada waktu itu, aku tak terfikir pun pasal kehilangan mereka. Sehinggalah beberapa tahun kemudian (ini bukan kes kanak-kanak red Indian Kanada yang ditanam di belakang sekolah asrama ya) apabila aku belajar-belajar menjalankan usaha tabligh dan bertemu dengan seorang Jemaah tabligh orang asli. Dia mendapat perhatian Jemaah kerana jarang ada rekrut baru orang asli.
Aku pun mulalah bertanya-tanya soalan, dia muda daripadaku 2 tahun dan sekolah menengah juga sama. Dia memberitahu bahawa kebanyakan pelajar asli bersekolah selama 2 tahun sahaja sehingga ke tingkatan 2 lepas tu berhenti dan buat kerja-kerja kampung atau kalau nasib baik ada kabel bolehlah bekerja dengan Jabatan hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Mereka berhenti sebab sepanjang 2 tahun tak rasa minat belajar dan agak takut menghadapi PMR, jadi mereka cabut sahaja. Hanya beberapa orang termasuk dia yang terus komited dan melanjtkan pelajaran hingga ke universiti. Menurutnya lagi, di universiti awam tempat dia belajar pun cuma ada 5 orang asli sahaja. Lagi menariknya bila ada bantuan khas untuk pelajar orang asli oleh kerajaan jadi segala-galanya percuma. Dia juga tidaklah beragama sebelum ni, memeluk islam di universiti setelah seronok berkawan dengan rakan-rakan tablighnya. Alhamdulillah dia masih islam sehingga sekarang dan giat dengan perniagaan dalam taliannya.
Masa aku tingkatan 1 dulu, ada seorang pelajar orang asli di dalam kelas aku. Dia berada di kelasku kerana mendapat 3A2B di dalam UPSR. Rupa-rupanya cikgu salah faham ingatkan dia islam kerana namanya ada bin, lalu dipindahkan ke kelas orang-orang asli sahaja. Sangat-sangat rugi kerana dia ada potensi, diletakkan di dalam kelas tersebut yang juga tergolong sebagai kelas budak-budak nakal menyebabkan dia seperti lenyap di dalam lohong hitam. Jadi penyelesaiannya? Segregasi kelas harus dihentikan. Jika satu kelompok kaum diletakkan dalam satu bekas yang sama, pemikiran mereka tidak akan berkembang dan aku percaya jika sekolah aku dulu memcampur-campurkan pelajar asli dengan pelajar melayu di seluruh kelas, pasti ramai yang akan ke tingkatan 3, 4, 5 dan seterusnya.
p/s; banyak pelajar-pelajar orang asli yang setakat tingkatan 2 ni aku jumpa dah berkahwin dan ada anak. Aku?
Sebagai satu catatan seorang ahli politik, buku ini merakam idea-idea besar yang cuba dilaksanakan dalam tempoh 20 bulan.
Cabaran sebenar beliau adalah beliau memasuki satu kementerian besar yang digabungkan semula di bawah pentadbiran PH, daripada sekolah rendah menjangkau ke universiti. Justeru, idea-idea yang beliau ingin laksanakan walaupun cuba dikumpulkan dalam bab tertentu masih terasa kurang akrab jalinannya.
Subjek yang diceritakan sebenarnya berada dalam daerah pentadbiran awam yang 'kering' dan hanya menjadi perhatian segelintir golongan sahaja.
Apa yang beliau cuba sampaikan adalah peri penting dasar semasa yang baik untuk diteruskan oleh kepimpinan yang mengganti, walaupun itu hanyalah wujud sebagai harapan daripada menjadi kenyataan.
Makalah yang menghimpunkan pelbagai usaha yang direncanakan mahupun yang telah dilaksanakan oleh Dr. Maszlee Malik. Biarpun ditusuk dari pelbagai arah dengan karenah polemik politik ;karenah Dong Zhong, parti pembangkang ketika itu.
Malah, jika diamati dengan teliti, pembawaan dasar-dasar dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dari sekecil perkara sehingga sebesar perkara. Isu-isu berkenaan isu pendidikan OKU yang tercicir, Dekad Membaca Kebangsaan dan lain lagi.
Isu pengimplementasian karya-karya Sasterawan Negara bukan sahaja di sekolah, malah di IPT tidak kira IPTA mahupun IPTS merupakan usaha yang murni. Mewujudkan Kesatuan Mahasiswa ( Student Union ) di beberapa IPTA, sewajarnya suatu usaha yang dipuji bagi memacu mahasiswa ke satu tingkat yang lebih tinggi serta beberapa isu program matrikulasi.
Pembaharuan-pembaharuan yang dicadangkan di dalam pendidikan, melalui gagasan dan wawasan yang diterapkan oleh Dr. Maszlee. Sewajarnya mendapat pengiktirafan sebagai seorang menteri yang berjiwa pendidik. Hal ini terbukti, melalui penerapan-penerapa idea pembaharuan dalam Kem Pendidikan yang signifikan pada masa sekarang bagi setanding dengan pendidikan-pendidikan negara maju.
Tetapi, dalam segala pembaharuan yang dibawa, tetap ada pesimis berkenaan kesatuan mahasiswa. Sejauh mana hala tuju mengenai kewujudan kesatuan mahasiswa bagi menggantikan Majlis Perwakilan Pelajar ini pada 10 tahun akan datang. Sama ada, penubuhan ini mengambil inspirasi daripada kesatuan mahasiswa Oxford pada 1825. Mereka mempunyai aset dan pegangan saham. Bukan itu sahaja, mereka juga salah satu kesatuan yang efisyen dan signifikan yang mandiri. Malah, mereka juga mampu untuk mempengaruhi masyarakat pada ketika itu.
Sejujurnya, rejuvenasi pendidikan Dr. Maszlee memberi bayangan seperti Thakur S. Powdyel, mantan menteri pendidikan Bhutan.
Agak sedih, apabila isu-isu berkenaan Program Matrikulasi tidak disentuh. Malah, berkenaan Akta 174 yang dikuatkuasakan terhadap pelajar matrikulasi hanya dibincang sekali pada muka surat 415.
Saya kagum dengan rancangan pendidikan KPM yang dibawah naungan Dr. Maszlee. Ia sememangnya apa yang perlu dari seorang murid hingga sasterawan. Tertarik dengan gerakan budaya membaca, pengurangan beban guru dan mengembalikan keyakinan pelajar. Tapi itulah..kebanyakan agenda yang dibawa tidak diteruskan. Bagi saya buku ini memberi satu sudut baru untuk saya mengadili peranan KPM dan ia boleh dijadikan rujukan ibu bapa untuk lebih memahami tentang dunia pendidikan negara.
Buku yang memuatkan segala macam laporan, dasar, pelan dan tindakan yang telah dilaksanakan oleh Dr. Maszlee Malik sewaktu bergelar sebagai Menteri Pendidikan selama 20 bulan dahulu di bawah pimpinan Pakatan Harapan.
Banyak statistik, fakta, kes kajian dan istilah-istilah yang menggiurkan. Membaca buku ini memperlihatkan ketelitian, ketajaman, pengamatan dan pemerhatian yang benar-benar tulen, misalnya: "menjadikan meritokrasi sebagai kayu ukur utama tanpa melihat soal kesenjangan peluang dan kemampuan hanya melebarkan jurang ekonomi antara sesuatu kelompok komuniti dengan kelompok yang lain" (h. 98).
Kadangkala, apabila dasar digubal, hal-hal kritikal namun asasi ini jarang dititikberatkan. Umpama melepaskan batok di tangga—para penggubal merasakan sekiranya dasar telah dibuat dan gah pada kertas semata-mata (kerana menggunakan istilah yang jargon, akronim yang mempesonakan dan huraian yang dilihat sarat dengan angka-angka sementara dasar itu pula kononnya mengambil contoh daripada negara-negara maju), dilihat ia sudah memadai.
Maka, dicanang-canangkanlah kononnya mereka "berjaya" merangka satu dasar yang mampu menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang wujud. Terbuai pula mereka dengan pujian-pujian daripada beberapa kelompok berkepentingan, kononnya dasar mereka itu holistik dan telah dibuat dengan kajian yang mendalam. Emosi pula rasanya.
Buku ini juga tidak lebih tidak kurang daripada kritikan yang saya nyatakan di atas. Sungguh tidak dinafikan bahawa banyak perkara yang dirangka, bahkan juga telah dilaksanakan. Persoalannya, apakah kadar keberkesanannya? Sejauh manakah kesenjangan antara orang Asli itu berjaya dikurangkan, misalnya? Atau adalah terdapat penurunan dalam kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak di sekolah? Adakah dasar pendidikan kini benar-benar telah digubal sehingga sejajar ia dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu "potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu"?
Masih banyak persoalan-persoalan yang wajar dicermati dengan teliti. Bukan sekadar gah pada laporan yang memuatkan segala macam angka dan istilah jargon. Namun, buku ini masih sebuah buku yang baik—memberi panduan kepada generasi seterusnya bagaimana perangkaan dasar dan perlaksanaanya itu harus dilaksanakan. Buku ini juga baik untuk para guru pada pendapat saya, agar mereka juga dapat memahami segala dasar yang telah dirangka, bahkan juga barangkali dapat melaksanakannya dengan kudrat sendiri di sekolah-sekolah mereka.
Wawasan Dr Maszlee untuk memperkasa pendidikan. Banyak yang ingin dilaksanakan dalam masa yang singkat dan saya tahu tak mudah. Sejujurnya, harapan saya pengganti beliau boleh melaksanakannya.
“Memories, Not Memoir” is Maszlee Malik’s account of his 20 months’ work at the Minister of Education (MOE) back in 2018-2020, and it provides a very illuminating look into the inner workings of the ministry and what they managed to achieve during his tenure, among others: the Zero Reject Policy (ensuring schools can’t turn away school children based on their disabilities), an upgraded systematic platform for teachers, the uplifting of Malaysian writers and literature, and many more.
This book was how I found out that the #malaysiamembaca campaign was implemented during Maszlee’s tenure, and that KLWBC 2020 was supposed to be held in KL before the events were curtailed due to the pandemic. Nevertheless, the ex-minister’s insistence on encouraging reading as a way to improve our minds & knowledge is what drives his mission forward, and his passion & dedication for the future generation's education is apparent throughout the book.
A small aside: I wish this book had better editing since there are some typos and leftover edits that weren’t culled before it was published, but that doesn’t take away from the overall reading experience. This book can also get very technical at times as it includes some memos, circulars, statistics, and graphics to support the author’s points, which can get over our heads for those of us who are not working within this particular field. But for that same reason, this is a very useful & informative read that is perfect for educators who are looking for ways to improve Malaysia’s education system!
It is a pleasure to read a book by someone who knows what he’s talking about as he was a professor before becoming a politician to make a better environment and give more opportunities for students who might not have received them otherwise. Here’s hoping future MOE staff takes close notes on some of the proposed improvements (like free breakfast for schoolchildren) and continue with the good practices Maszlee’s team tried to inculcate, regardless of the differences between the parties. (I know this is a pipe dream, but hey, a girl can hope.)
Pertamanya terima kasih yang tak terhingga kepada insan yang menghadiahkan buku ini. Semoga murah rezeki dan sentiasa dalam jagaanNya.
Buku ni memang khusus dalam membincangkan wacana pendidikan. Memori Dr Maszlee selama 20 bulan berkhidmat sebagai menteri pendidikan. Di isi dengan perangkaan, ucapan, citra dan impian yang dirangka beliau; buku ini menghidangkan segala selok belok berkaitan kementerian pendidikan (dan hal-hal kontroversi seperti perletakan jawatan beliau, 1BestariNet dan AUKU).
Buku ini sesuai buat mereka yang minat dalam 'niche' pendidikan. Tulisan dengan nada jujur, banyak juga istilah/ perkataan bombastik yang perlu dicari makna (tambah perbendaharaan kata!) dan kadang-kadang agak kaku sebab bincang berkenaan teknikal kan? Bagi aku Dr Maszlee adalah selayaknya sebagai menteri pendidikan pada waktu itu atas usaha, visi dan misi beliau dalam membina dan membangunkan anak bangsa bitara.
Usman Awang said that he wrote in his book ; There is no match for all wisdom. The king's dagger is sharp .. but the poet's pen is sharper.
Reviewing Maszlee Malik's Memories Not Memoir : 20 Months of Education Reform , overall, I really enjoy the content of this book since it introduced me to the education area through the eyes of the Ministry of Education. There are several educational reforms that I just learned about when I read this book, particularly the one labelled "To Dare to Be True," which I had not heard about since I was in secondary school.
Maszlee Malik has his own perspective, and I like explaining a variety of initiatives that have significantly enhanced the school system. The book itself is beautifully organised, ranging from early childhood education through higher education, including TVET and all that stuff.
This book contains 376 pages and is accessible in both Malay and English. I would suggest it to anyone who are truly inspired by education and are enthusiastic about improving our education in Malaysia. This book is also suitable for the general public and students of all levels. I rate this book 5 stars and want to read it again soon.
Started reading this right upon receiving this piece but just finished it today.
There’s no doubt he is so rich in Malay vocabulary, I learned a lot of new words from this book (the word “geligawan” really gets me!)
Reading through all of these initiatives crafted by KPM under his leadership makes me wonder what would Malaysia be in 20 years time if all these were to be realized.
Keeping your morale/sanity whilst your feet are set in politics is super tough, hopefully he (so does other politician of the same conscience) stay steadfast all the way through as we wish to see more good personalities becoming our national leaders. We are sick enough of those politicians that are only “experts of nothingness”.
Barangkali ini rekod; mantan Menteri Pendidikan yang merakamkan perkhidmatannya selaku menteri secara agak rinci.
Ia nampak peribadi. Namun ia mencatat apa yang berlaku dalam konteks sekolah, IPT dan negara, layak menjadi rujukan dan sorotan sejarah.
Ia bukan sekadar catatan kejayaan, bahkan ada catatan 'kegagalan' seperti misi penggabungan UNISZA dan UMT yang tidak dapat diteruskan.
Berikut adalah antara perkara penting yang disorot: a) Program SULAM yang libatkan 'service learning' dan berkaitan dengan SDG , KASA dan SROI. b) Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2018-2020. c) Program naik taraf sekolah-sekolah daif. d) Projek pendigitalan manuskrip ulama alam Melayu Trengganu, Acheh, Riau dan Patani. e) Unified Examination Certificate (UEC). f) 1BestariNet dengan kos yang terlalu tinggi (tiada SROI) sehingga membuatkan penulis dilepaskan jawatan daripada KPM.
Cadangan meletakkan Sasterawan Negara di IPT tertentu adalah suatu yang unik. Juga cadangan memperkasa pendidikan OKU, yang ada kemajuannya hingga kini.
Di bahagian awal Prof Dr Maszlee Malik ada memetik puisi Zaaba dan saya nukilkan 1/4 sahaja di sini: Buatlah baik sedaya upaya Hidup berbakti memberi cahaya Sumbu pelita tidak sia-sia Terbakar dirinya menerangi raya.
BUKU : Memori Bukan Memoir (20 Bulan Reformasi Pendidikan) oleh Dr Maszlee Malik.
Dr. Maszlee telah mensyarahkan berkaitan "kasut hitam" dalam 434 muka surat.😉
Buku ini berkaitan tentang hasrat, cita-cita untuk mengorak langkah ke arah pembaharuan dan pembangunan sistem pendidikan khusus di Malaysia. Buku ini juga menjadi lidah rasmi bagi menjawab tentang apa yang dilakukan oleh Menteri Pendidikan ini sewaktu berkuasa dan menjawab persoalan serta isu panas di dalam Kpm.
Di awal, Dr. Maszlee membuka selera pembaca dengan menerangkan tentang falsafah pendidikan yang menjadi pegangan beliau.
Kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati. Ini adalah tiga nilai teras pendidikan. Tiga asas inilah yang menjadi panduan Kpm mengorak langkah reformasi pendidikan menuju ke arah pendidikan yang berperikemanusiaan.
Buku terbahagi kepada 4 bahagian.
Bahagian 1 : Pendidikan kita. Beberapa usaha dan langkah memperbaiki pendidikan secara umum seperti Malaysia Membaca, hak pendidikan, tanggungjawab pendidikan, Bahasa Melayu, sastera dan sasterawan.
Bahagian 2 : Pendidikan anak-anak. Iaitu permasalahan yang melibatkan murid, guru dan sekolah. Langkah yang diambil Kpm bagi menangani permasalahan tersebut. Contoh seperti pemansuhan peperiksaan tahap 1, meringankan beban guru, sekolah daif dan pembangunan serta lain-lain lagi.
Bahagian 3 : Pendidikan Tinggi. Menyentuh perihal mahasiswa, akademia, Tvet dan Universiti.
Bahagan 4 : Berani kerana benar. Di sinilah Dr. Maszlee cuba menjawab beberapa kontravesi yang dijadikan modal peluru oleh musuh-musuh politik. Isu seperti 1Bestari, Uec, program sarapan pagi, Auku dan Dbp.
Secara peribadi, saya tidaklah sepenuhnya dapat menghadam apa cuba dibawa oleh Dr.Maszlee. Ada juga perkara yang saya tidak boleh "relate", mungkin kerana saya tidak mengetahui hujung pangkalnya.
Kesimpulan saya, ada idea yang suka dan setuju. Ada perkara yang mengecewakan.
Saya suka beliau sebagai seorang menteri yang punya idea dan visi untuk melihat pendidikan Malaysia ini semakin baik. Namum realitinya tidak mudah, pelbagai cabaran perlu ditempuh.
Kebanyakan gagasan dan usaha baik Dr. Maszlee dan pasukannya kelihatan terhenti. Bolehlah saya katakan masih kekal bersifat angan-angan dan cita-cita. Ini kerana usaha reformasi pendidikan perlu kesinambungan, bukan dalam masa beberapa bulan atau tahun. Namun, ada juga tampak hasilnya walaupun sedikit.
Sedikit kecewa kerana ada beberapa persoalan tanpa penyelesaian atau diakhiri tudingan jari ke pasukan Kpm sekarang. Ya, mungkin betul kerana secara logiknya beliau sudah tiada kuasa, tidak dapat "follow up".
Buku ini boleh dijadikan rujukan untuk kita tidak berputus asa berusaha sehingga kita kecapi nikmat pendidikan yang sebenar. Buat para pejuang pendidikan teruskan mengangkat reformasi pendidikan.
Alhamdulillah, buku ke-12 untuk tahun 2025. Ini adalah buku ketiga perihal pendidikan selepas Semua Orang Adalah Guru, Semua Tempat Adalah Sekolah karya Sadiq Salihoddin dan Masyarakat Melawan Mahasiswa karya ZF Zamir. Kebanyakan idea dalam buku ini bagi aku hanya sesuai untuk dijadikan sebagai isi dalam penulisan karangan bahasa Melayu dan ketika menjawab peperiksaan SPM sahaja. Tapi aku setuju apabila cadangan kementerian untuk menerapkan teknologi dan pusat data raya dalam pembelajaran kerana bagi aku dengan cara ini mereka yang terlibat mampu membuat keputusan yang cekap dan pantas.
Idea tentang pendidikan, aku rangkakan struktur yang aku percaya kepada 3 peringkat. Peringkat pertama, filisuf alamiah di mana anak-anak kecil belajar sambil bermain. Kita galakkan mereka untuk bertanya dan berfikir. Peringkat kedua, adalah peringkat di mana anak-anak mengenal diri mereka sendiri - minat, bakat, kelemahan dan kekurangan. Kalau menurut bapa tadi, peringkat ini sesuai ketika anak-anak berada di sekolah rendah. Di peringkat ini jugalah harus menjadi wadah untuk menjalin hubungan akrab antara ibubapa dan anak dengan sama-sama mencari, mengembara dan memupuk minat dan bakat anak-anak. Peringkat ketiga adalah peringkat mengenal dunia. Di peringkat ini, anak-anak perlu tahu apa yang diperlukan oleh industri. Tambahan lagi, kalau menurut Pak Rustam A.Sani, pelajar-pelajar di sekolah menengah harus belajar fasal sosiologi supaya menjadi lebih cakna dan peduli hal sekeliling.
Peringkat-peringkat dinyatakan di atas aku mengambil inspirasi daripada ungkapan Sun Tzu iaitu:
"Jika engkau mengenal musuh dan mengenal dirimu sendiri, engkau tidak akan gentar menghadapi seratus pertempuran. Jika engkau mengenal dirimu tetapi tidak mengenal musuh, setiap kemenangan akan dibayar dengan satu kekalahan. Jika engkau tidak mengenal musuh mahupun dirimu sendiri, engkau akan kalah dalam setiap pertempuran."
Aku juga mengambil inspirasi daripada ungkapan Syed Naquib Al-Attas di dalam salah satu ceramahnya bahawa keadilan adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya seperti mana kita meletakkan anak-anak ini berdasarkan minat dan bakat di tempat sepatutnya. Jangan tanya aku sama ada ini idea yang terbaik atau tidak kerana ianya masih belum diuji.
Ketika ini aku sedang tonton siri TV, Everybody tapi baru sahaja episod pertama. Ada benda yang aku nak tekankan. Dalam episod tersebut, ada satu babak Kim Sum turut serta dalam pertandingan pengaturcaraan anjuran peringkat sekolah. Yang menariknya, semua juri adalah daripada orang industri sendiri. Maknanya yang faham serba serbi fasal teknologi dan pengaturcaraan. Maka di sini, selain mencari pemenang, mereka juga mencari bakat baru untuk dikembangkan lagi dengan masuk ke dalam industri.
Di Facebook ini aku ada ikut rapat perkembangan seorang bapa yang selalu kongsi perihal aktiviti anaknya dalam pengaturcaraan. Luah beliau, pertandingan sepatutnya bukan sekadar pertandingan. Ia harus menjadi ruang untuk bakat-bakat mengembang potensi mereka dengan terlibat secara langsung dalam industri sebenar. Di luar negara sudah amalkan benda ini. Seawal umur 14 tahun sudah diberi projek sebenar oleh syarikat teknologi sebenar. Ini sahajalah cara untuk anak-anak ini tahu sepak terajang industri pada awal usia dan kemahiran apa yang diperlukan.
Kita kembali ke soal peringkat yang aku nyatakan di atas kerana ia punyai kaitan dengan kesetujuan diri ini terhadap cadangan kementerian untuk menerapkan teknologi dan pusat data raya dalam pembelajaran. Pada peringkat kedua, maklumat anak-anak berkaitan bakat dan minat dimasukkan dan disimpan dalam pusat data raya. Cara ini bukan setakat anak tetapi ibu bapa juga tahu akan bakat dan minat anak itu sendiri melalui perkongsian maklumat. Maka dengan maklumat itu tadi, ibu bapa boleh merangka sendiri aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama anak bagi memupuk lagi minat dan bakat mereka seperti apa yang dilakukan oleh bapa yang aku sebut di atas tadi. Mendidik anak bukan hanya terletak pada pundak guru semata tetapi ianya melibatkan seluruh masyarakat.
Bicara perihal kelibatan seluruh masyarakat dalam mendidik anak, pada peringkat ketiga anak-anak akan didedahkan set-set kemahiran apa yang diperlukan dalam industri melalui kecerdasan buatan (AI). Di sini keterlibatan industri diperlukan kerana mereka sahaja yang tahu dan dikongsikan ke dalam pusat data raya kemudian kokurikulum dirangka mengikut kesesuaian oleh pihak sekolah. Dengan menggunakan teknologi, ia akan menjadi lebih cekap dan wusta dalam menguruskan tenaga buruh kita selain daripada minat selari dengan kerjaya yang dipilih seperti apa yang diungkapkan oleh Syed Naquib Al-Attas di atas.
Cuma apa yang menjadi permasalahan adalah Malaysia masih banyak sekolah yang berstatus daif. Tidak tahulah mengapa boleh jadi begini walhal negara sudah merdeka 68 tahun lamanya. Ini juga ada ditekan dalam buku ini sebelum penggunaan teknologi dalam pendidikan boleh dilaksanakan. Kalau dilaksanakan juga besar kemungkinan sekolah daif ini akan jauh ketinggalan dan akan menyebabkan kesenjangan besar berlaku maka tidak akan selesai juga masalah kalau hanya sebahagian yang mendapat manfaat kerana keadilan harus bersifat holistik - melibatkan semua orang. Aku tidak tahu status projek pembasmian sekolah daif ini bagaimana. Harap kerajaan sekarang ada usaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin kerana aku yakin dan percaya bahawa pendidikan boleh selesaikan banyak masalah dalam dunia ini.
💬Niat miliki buku ini hanya satu, nak tahu.Bukan niat untuk gali kelemahan kelebihan pihak mana². Selaku yang suka ambil tahu sikit² isu pendidikan.Seperti lahirnya buku ini untuk menjawab rasa ingin tahu apa Dr.Maszlee Malek lakukan selama tempoh 20 bulan sebagai Menteri Pendidikan waktu itu.
💬 Buku yang cukup berat. Buku separa ilmiah ini, ada rasa membaca sebuah kitab laporan dan pembentangan kertas kerja. Bukanlah semua mampu aku serap ada yang kurang faham dan banyak juga boleh serap apa yang beliau mahukan pada dunia pendidikan Malaysia.Ada info terbaru aku belajar tentang pendidikan sebenarnya. Bukan senang untuk mengubah sistem lama yang menjadi darah daging dalam negara.
💬Lenggok bahasanya tinggi dan bombastik. Terkadang persis pilihan kata yang membumi. Diselitkan dengan istilah baharu dapat tingkatkan perbendaharaan kata antaranya leta, urna, ghuyub,mediocre,eksemplar,renjana dll.
💬Dibahagikan kepada 4 bahagian dengan tema tertentu. Mensasarkan lebih kurang semua aspek murid, guru,pensyarah, sekolah,IPT.Dari hal kecil ke besar diterangkan hingga isu² memicu kontroversi. Antara aku coretkan secara kasar menarik minat aku: *Menyemarakkan Sasterawan di sekolah dan universiti * Dekad Membaca Kebangsaan *Strategi² tangani kes jenayah seksual di sekolah *Pendidikan STEM-sediakan tenaga kerja masa depan dengan kemajuan teknologi. *Mengangkat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bukan pilihan ke-2 tapi ke arah arus perdana
💬Buku ini menggambarkan cita² murni untuk kita turut buka minda tentang pendidikan masa depan. Segala plan, strategi, kajian,proses semasa, cabaran dan halangan diabadikan dalam buku ini, era pimpinan beliau. Peminat topik pendidikan rasa tak seronok juga, kerna ada rancangan² yang aku rasa patut diteruskan.Apa status terkini atau dibiar sepi?
Basically, it's a report of what Dr. Maszlee had implemented back then. As a teacher, I truly appreciate most of the changes that were made especially:-
I. No major exams for Level 1 students & the abolishment of UPSR II. Program Sarapan Pagi III. Lessening the paperwork burden for teachers
I'm just a little bummed that the project in making a safe space & protecting students who are involved in sexual cases could not be implemented. I believe that it could have carried a big impact up until today.
Anyway, it's great to read back again on the changes made to the Malaysian education system in less than 5 years ago. Now? It's different again.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Di bahagian pertama sehingga ketiga ini, saya katakan ‘berat’ untuk aras pemula seperti saya. Ia mungkin dianggap ringan bagi sesiapa sahaja yang mendalami fungsi pendidikan, falsafah dan suatu kajian mendalam yang tidak pernah sekalipun kita membaca mengenainya. Namun, ia digarap dengan baik agar peringkat pemula seperti saya tidak keberatan untuk memahami setiap isi kandungan.
Buku Memori Bukan Memoir yang mempunyai 442 muka surat ini, adalah sebagai persaksian selama 20 bulan reformasi yang pernah diusahakan melangkaui topik-topik sensasi politik seperti Jawi dan kasut hitam. Buku ini merupakan sebuah pembuktian.
Buku ini menceritakan perjalanan sosok tubuh seorang Menteri Pendidikan dalam masa yang sesingkat 20 bulan dalam dunia pendidikan negara kita. Banyak isu dan masalah yang berlaku dalam jangka masa beliau berkhidmat. Apapun, terima kasih atas jasa dan pengorbanan beliau dalam memperjuangkan dan melakukan reformasi dalam sistem pendidikan di negara kita. Semoga buku ini membuka mata kepada pembaca tentang apa yang berlaku sebenarnya dalam dunia pendidikan Malaysia. Diharap sistem pendidikan kita menjadi bertaraf dunia dan bermutu demi masa hadapan generasi akan datang.
Sekiranya Dr Maszlee Malik masih Menteri Pendidikan, pastinya banyak lagi program yang baik untuk anak bangsa dapat dijalankan. Malangnya, program terbaik seperti Program Sarapan Pagi yang diberhentikan oleh kerajaan sekarang adalah satu perkara yang amat mengecewakan
Tajuk: Memori Bukan Memoir: 20 Bulan Reformasi Pendidikan Penulis: Maszlee Malik
Memori Bukan Memoir: 20 Bulan Reformasi Pendidikan oleh Maszlee Malik adalah sebuah buku yang merangkum pengalaman dan pandangan penulis semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia. Dalam buku ini, Maszlee berkongsi perjalanan reformasi pendidikan di negara ini dalam tempoh 20 bulan beliau memegang jawatan tersebut.
Buku ini menyentuh pelbagai isu berkaitan pendidikan, termasuk inisiatif yang diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti pendidikan, serta cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan dasarnya. Maszlee memberi penekanan kepada pentingnya pendidikan yang inklusif, menyeluruh, dan berkualiti bagi semua lapisan masyarakat.
Melalui gaya penulisan yang reflektif dan jujur, penulis tidak hanya mengingat kembali pencapaian yang telah dilakukan, tetapi juga mengakui kesilapan dan kelemahan dalam pelaksanaan reformasi. Ini menjadikan buku ini tidak hanya sebagai satu catatan sejarah, tetapi juga sebagai panduan untuk masa depan pendidikan di Malaysia.
Memori Bukan Memoir adalah bacaan yang berinformasi dan memberi inspirasi, sesuai untuk pendidik, ibu bapa, dan sesiapa yang ingin memahami perjalanan reformasi pendidikan di Malaysia. Buku ini memberikan wawasan tentang visi penulis untuk pendidikan dan harapannya untuk membawa perubahan yang positif di negara ini.