Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bara Hujan: Kumpulan Puisi

Rate this book
hirisan tak mengusik dukaku
di tanganmu, cinta seperti merebut
berbilah perasaan. jangan kaulepaskan

mimpi berkali mengulangi pisau
ini hirisan terakhir. tangkai maut dan bingkai kubur
bertaburan

Bunyi hujan atau tetes gerimis sering saja membawa makna. Langit dan bumi, kubur-kubur dan kehidupan bergaul menjadi satu. Ada cinta bertebaran.

Bara Hujan membawa maksud hangat dan dingin. Demikian sajak-sajak dalam naskhah ini menjadi tanda kecintaan terhadap hidup dan mati. Dua hal yang bertentang, namun saling melengkapkan.

Puisi-puisi Rudi Mahmood telah memenangi pelbagai hadiah sastera, antaranya Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan Anugerah Sastera Kelantan. Bara Hujan merupakan naskhah puisi sulungnya.

80 pages, Paperback

Published May 1, 2021

Loading...
Loading...

About the author

Rudi Mahmood

4 books

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (25%)
4 stars
15 (75%)
3 stars
0 (0%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews44 followers
January 1, 2022
tuhanku
kupilih hujan, kauberi detik dingin
~ hujan di hari sunyi (hlm. 29)

🌧️🌧️☔

Demikian sajak-sajak dalam ini;
Tentang hujan.
Tentang hidup.
Tentang mati.


•hR010122|11:16pm
Profile Image for Nurul Suhadah.
181 reviews35 followers
November 28, 2021
Buku kumpulan puisi pertama saya tahun ini. Baru nak berkenalan dengan Rudi Mahmood ini.

Puisi tidak pernah menjadi bidang kepakaran saya. Hanya sebatas suka dan kadang-kadang baca.

Dan membaca Bara Hujan menyebabkan saya semakin mengenal jenis atau genre puisi bagaimana yang saya suka dan rasa dekat. Jenis ini.
Profile Image for Regina Ibrahim.
39 reviews9 followers
October 9, 2021
Saya mula mengambil tahu akan penyajak setelah menterjemah 3 puisi beliau yang begitu menyentuh rasa: Kemerdekaan yang ingin kutulis, Berbalah dengan kata dan Melintas Kubur Kubur: Siaran ecer yang melintas di medsos.
Kematangan tongkahan tiap sajak menjadikan saya syak bahawa beliau bukanlah anak muda yang giang mahu bersuara tercari cari metafora agar tampil kren.
Anak kelahiran Kubang Krian, Kelantan rupanya sudah lama menongkah sajak sajak menarik sejak tahun 80an, dicetak dalam akhbar arus perdana dan majalah makalah pelbagai.Memenangi pelbagai hadiah sastera sejak tahun 1985 termasuk Anugerah Sastera Negeri Kelantan 2019/2020.
40 sajak dihidang dalam Bara Hujan yang mewakili rasa dingin dan hangat manusiawi. Sajak sajak yang 80 persen ditongkah secara spontan memperlihatkan kematangan dan pembangunan emosi lelaki dewasa (setelah melalui/melihat kehidupan).
Dari Atas Panggung:
seperti badut ciptaanmu
ingatan kanak kanak mengembalikan aku
ke lingkungan kampung
yang jauh ditinggalkan.
Bara Hujan:
hujan dan sunyi kini membesar di halaman
kami, dua kalimah hidup tak pernah surut
ramadan basah, bara asyik
menyala
Indah dan bermaknanya sajak Rudi Mahood, ketika pembaca menyedari bahawa beliau tidak berusaha keras (Try Hard) untuk terlalu berjargon, meskipun kisar cerita selitan boleh dianggap laluan/perspektif peribadi mewakili perasaan berat.
Seperti biasa sajak yang baik mampu menjadikan pembaca mahu manafsir, meneka dan terangguk angguk mengerti atau kononnya mengerti.
Saya bangga memiliki naskah ini.
------------------------------
Set 3 buku bersaiz tepat ini boleh didapatkan secara talian terbitan KataPilar. Bara Hujan, Daftar Kata dan Kata Kata Yang Muncul di Cermin. Boleh juga dicari di Shoppee Malaysia.
Profile Image for Lailatun Nadhirah.
Author 10 books28 followers
February 1, 2023
Sedari awal hingga ke akhir puisi, apa yang saya nampak dan rasai dalam buku puisi ini adalah emosi sunyi, pengabdian jiwa di setiap sepertiga malam, refleksi diri dan kecintaan penulis terhadap misi mencari keredhaan Tuhan.

Saya agak suka cara penulis menggunakan hujan, malam, waktu-waktu maghrib, laut dan mawar sebagai metafora untuk mencambah penghayatan puisi. Ia semacam satu gelombang emosi yang agak lain apabila kesemua subjek itu seolah-olah menjadi impasto di atas kanvas.

Agak tertarik dengan puisi Bara Hujan dan Tentang Apa Yang Ingin Kaukatakan. Kata puitisnya membuatkan emosi teroleng-oleng. Hampir dua kali juga saya membacanya.

Benar. Adakala membaca buku puisi itu semacam pemberi ketenangan dan refleksi diri. Saya dapat rasakan pengabdian diri penulis kepada Tuhan apabila beliau sering menjadikan malam sebagai interaksi terbaik bersamaNya. Walau sekuat mana kocakan jiwa bertandang, mengabdikan diri kepada Tuhan itu tetap menjadi sebaik-baik pelepas air mata.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews