Puasa merupakan shariat yang telah ada sejak sebelum zaman Nabi Muhammad ﷺ. Ia merupakan salah satu shariat yang diteruskan dalam Islam, sesuai dengan peranan agama ini sebagai penyunggah agama-agama terdahulu dalam hal Kebenaran (musaddiqan lima ma'akum). (Surah al-Baqarah 2: 41).
Namun, Islam tidak hanya datang sebagai penerus shariat terdahulu malah turut memperkayakannya. Jika shariat para Nabi terdahulu - terutamanya nabi-nabi yang dilantik daripada keturunan Nabi Ishaq a.s - lebih menekankan aspek amalannya, dan shariat Nabi Isa a.s pula lebih mementingkan aspek keruhaniannya, maka shariat Nabi Muhammad ﷺ. adalah pengimbang antara kedua-duanya.
Intisari aspek luaran dan dalaman yang terkandung dalam shariat Islam inilah yang dibahaskan oleh Hujjat al-Islam Abu Hamid al-Ghazali (wafat 1111 Masihi) melalui kitabnya Asrar al-Sawm.
Kitab ini membahaskan aspek dalaman berpuasa sebagai tangga untuk penyempurnaan jiwa (tazkiyatun nafs) dan usaha mendekatkan diri kepada Allah (muqarabatillah). Dalam erti kata lain, beliau membahaskan aspek tasawwuf bagi amalan berpuasa.
Puasa merupakan ibadah yang mengandungi 1001 hikmah dan keistimewaan tersendiri. Ia berfungsi sebagai sebuah madrasah bagi seseorang untuk melatih diri, jiwa, dan nafsu. Dengan buku ini, smeoga pembaca memperoleh intipati faedah berpuasa dan menyunggahkan hakikatnya sebagai proses penyucian diri.
Born in 1058, Abū Ḥāmid Muḥammad ibn Muḥammad al-Ghazālī ranked of the most prominent and influential Sunni jurists of his origin.
Islamic tradition considers him to be a Mujaddid, a renewer of the faith who, according to the prophetic hadith, appears once every century to restore the faith of the ummah ("the Islamic Community"). His works were so highly acclaimed by his contemporaries that al-Ghazali was awarded the honorific title "Proof of Islam" (Hujjat al-Islam).
Al-Ghazali believed that the Islamic spiritual tradition had become moribund and that the spiritual sciences taught by the first generation of Muslims had been forgotten.[24] That resulted in his writing his magnum opus entitled Ihya 'ulum al-din ("The Revival of the Religious Sciences"). Among his other works, the Tahāfut al-Falāsifa ("Incoherence of the Philosophers") is a significant landmark in the history of philosophy, as it advances the critique of Aristotelian science developed later in 14th-century Europe.
أبو حامد محمد الغزّالي الطوسي النيسابوري الصوفي الشافعي الأشعري، أحد أعلام عصره وأحد أشهر علماء المسلمين في القرن الخامس الهجري،(450 هـ - 505 هـ / 1058م - 1111م). كان فقيهاً وأصولياً وفيلسوفاً، وكان صوفيّ الطريقةِ، شافعيّ الفقهِ إذ لم يكن للشافعية في آخر عصره مثلَه.، وكان على مذهب الأشاعرة في العقيدة، وقد عُرف كأحد مؤسسي المدرسة الأشعرية في علم الكلام، وأحد أصولها الثلاثة بعد أبي الحسن الأشعري، (وكانوا الباقلاني والجويني والغزّالي) لُقّب الغزالي بألقاب كثيرة في حياته، أشهرها لقب "حجّة الإسلام"، وله أيضاً ألقاب مثل: زين الدين، ومحجّة الدين، والعالم الأوحد، ومفتي الأمّة، وبركة الأنام، وإمام أئمة الدين، وشرف الأئمة. كان له أثرٌ كبيرٌ وبصمةٌ واضحةٌ في عدّة علوم مثل الفلسفة، والفقه الشافعي، وعلم الكلام، والتصوف، والمنطق، وترك عدداَ من الكتب في تلك المجالات.ولد وعاش في طوس، ثم انتقل إلى نيسابور ليلازم أبا المعالي الجويني (الملقّب بإمام الحرمين)، فأخذ عنه معظم العلوم، ولمّا بلغ عمره 34 سنة، رحل إلى بغداد مدرّساً في المدرسة النظامية في عهد الدولة العباسية بطلب من الوزير السلجوقي نظام الملك. في تلك الفترة اشتُهر شهرةً واسعةً، وصار مقصداً لطلاب العلم الشرعي من جميع البلدان، حتى بلغ أنه كان يجلس في مجلسه أكثر من 400 من أفاضل الناس وعلمائهم يستمعون له ويكتبون عنه العلم. وبعد 4 سنوات من التدريس قرر اعتزال الناس والتفرغ للعبادة وتربية نفسه، متأثراً بذلك بالصّوفية وكتبهم، فخرج من بغداد خفيةً في رحلة طويلة بلغت 11 سنة، تنقل خلالها بين دمشق والقدس والخليل ومكة والمدينة المنورة، كتب خلالها كتابه المشهور إحياء علوم الدين كخلاصة لتجربته الروحية، عاد بعدها إلى بلده طوس متخذاً بجوار بيته مدرسةً للفقهاء، وخانقاه (مكان للتعبّد والعزلة) للصوفية.
Buku yang nipis dan bagus terjemahannya. Jika anda seperti saya dan pernah membaca hadis² Nabi s.a.w dalam buku ini di dalam buku² lain, maka tidak banyak perkara baru yang dihuraikan di sini.
Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiyam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiyamnya melainkan hanya berjaga malam”. [Riwayat Ibnu Majah, no. Hadith 1690][Syeikh Syu’aib menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya juga baik]
Nak tahu bagaimana tak mensia-siakan bulan ramadhan yang mulia dan setahun sekali ni. Boleh dapatkan buku ni. Terjemahan yang sedap dibaca dan lancar sepanjang pelayaran. Harap dapat diamalkan insya-Allah.
Terima kasih ustaz Yusra Hulaimi atas kerja keras.
Puasa itu istimewa dalam dua hal iaitu sifatnya rahsia dan tak terlihat; dan salah satu cara untuk menewaskan musuh Allah SWT. Setelah membaca buku ini, saya lebih menghargai kelebihan beribadat dalam bulan Ramadan. Saya kira selepas ini, buku ini akan menjadi bacaan wajib dalam bulan yang mulia ini. Saya syorkan sebaiknya dibaca beberapa hari sebelum Ramadan atau minggu pertama Ramadan untuk set minda dan refresh kembali apa yang kita tahu mengenai bulan ini.
Bacaan sempena Ramadan yang bakal tiba kelak. Ya Allah, temukanlah kami dengan bulan Ramadan tahun ini. Saya sangka buku ini akan ‘susah’ tetapi tidak pun. Buku ini nipis dengan hanya 50+ muka surat. Buku ini telah diterjemah daripada Kitab Asrar Al-Sawm karya pemikir ulung Islam, Imam Ghazali. Jadinya, walaupun ringkas dan nipis ada banyak intipati tentang puasa yang saya rasa sangat bagus dan patut kita dalami.
Puasa bulan Ramadan yang datang nya setiap tahun, tetapi setiap lali itulah, kita perlu diperingatkan tentang syariat, hikmah dan kebaikan berpuasa. Kitab ini hanyalah menyentuh tentang puasa, justeru ada juga dimasukkan puasa selain dalam bulan Ramadan.
Puasa ini sangatlah banyak hikmah dan kebaikannya. Jika kita masih berfikir yang puasa itu membebankan dan susah, alangkah ruginya. Buku ini bagus untuk memotivasikan diri untuk mendalami dan menghayati ibadah puasa, tak kira dalam bulan Ramadan atau pun tidak.
. Tajuk - Rahsia-Rahsia Puasa Penulis - Imam Al Ghazali Penterjemah - Muhammad Yusra Hulaimi Terbitan - @bibliobuku Personal Rating - 5🌟/ 5🌟 . . Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Syaitan mempengaruhi anak Adam dalam aliran darahnya. Maka, hendaklah dia menyukarkan Syaitan dengan berlapar.” . . Sebuah buku yang lengkap tentang “PUASA” baik puasa Ramadan mahupun puasa-puasa yang lain. . Melalui buku ini, Saya telah belajar dengan lebih jelas berkenaan puasa Ramadan dan juga puasa-puasa sunat yang lain dengan lebih baik. . Memahami sebuah ibadah dengan lebih baik adalah sesuatu yang menyenangkan bagi jiwa, baik yang wajib mahupun yang sunat. . Walaupun buku ini nipis tetapi isi dalam buku ini padat dengan ilmu. Bacaan yang sesuai dibaca oleh semua peringkat usia. . Berbaloi dibeli dan dijadikan bacaan berulang untuk rujukan sepanjang masa. . Terima kasih kepada penerbit @bibliobuku dan penterjemah Tuan Muhammad Yusra Hulaimi. . Tanpa terjemahan ini, Saya mungkin tidak berpeluang mendalami Rahsia-Rahsia Puasa karangan Imam Al Ghazali ✨
Kitab ringkas ini membahaskan aspek-aspek dalaman amalan berpuasa untuk penyempurnaan jiwa (tazkiyatun nafs) dan usaha mendekatkan diri kepada Allah (muqärabatilläh).
Dalam erti kata lain, bellau membahaskan aspek tasawwuf bagi amalan berpuasa.
8 hari menuju Ramadan 1447H / 2026, saya ditemukan dengan buku yang sangat menarik tentang keindahan puasa. Buku ini merupakan buku terjemahan daripada Kitab Asrar al- Sawm, karangan Imam Ghazali.
Sepanjang pembacaan, saya seronok dengan laras bahasa yang digunakan seolah berada di zaman klasik. Saya tertarik apabila penulis menyatakan keistimewaan puasa itu terletak pada dua perkara:
1. Puasa - amalan yang bersifat menahan dan meninggalkan. Hanya Allah yang terlihat puasa kita.
2. Puasa merupakan salah satu cara menewaskan musuh Allah. Kerana syaitan menyesatkan manusia melalui syahwat yang diperkuatkan dengan makan dan minum.
Fasal Pertama : Kewajipan Berpuasa Fasal Kedua : Rahsia-rahsia puasa dan syarat-syarat batinnya Fasal Ketiga : Ruh puasa
Berfakta tapi tak bosan baca. Berbaloi beli. Tambahkan pengetahuan kita tentang puasa. Dan kongsi kat sini kalau ada yang nak tahu isi kandungan buku ni :)
Kitab ini pada saya adalah antara naskhah yang wajar diulang baca setiap kali menjelang Ramadan. Ada buku yang kita baca sekali lalu dan selesai. Tetapi ada buku yang perlu kita hadam perlahan-lahan, kemudian kita kembali semula kepadanya pada fasa hidup yang berbeza — dan setiap kali itu, maknanya terasa lain. Rahsia-rahsia berada dalam kategori yang kedua.
Menjelang Ramadan, jiwa kita selalunya lebih lunak. Kita mula memikirkan soal puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi soal penyucian hati, disiplin nafsu dan perjalanan menuju reda Ilahi. Dalam konteks itu, buku ini menjadi seperti cermin — memantulkan kembali niat kita yang mungkin sudah terhakis oleh rutinitas dunia.
Apa yang saya suka, pendekatan penulisnya tidak sekadar retorik motivasi. Ada unsur tazkiyah, ada sentuhan rohani, dan ada peringatan bahawa ibadah itu bukan ritual kosong. Ia mengingatkan kita bahawa puasa itu ada dimensi zahir dan batin. Dan bagi yang benar-benar mahu menjadi hamba yang istimewa, sudah tentu cita-citanya adalah untuk memasuki syurga melalui pintu Ar-Rayyan — pintu khas bagi orang-orang yang berpuasa dengan sebenar-benarnya.
Namun begitu, saya berpandangan bahawa pembaca juga perlu meluaskan pembacaan khususnya dalam isu-isu fiqh semasa yang disentuh. Contohnya persoalan suntikan ketika bulan Ramadan — isu seperti ini memerlukan penelitian lebih mendalam dan rujukan kepada pandangan ulama kontemporari serta keputusan badan fatwa semasa. Buku ini boleh menjadi pemula wacana, tetapi pembaca wajar melengkapkannya dengan bacaan tambahan agar kefahaman lebih menyeluruh dan tidak bersifat simplistik.
Secara keseluruhannya, kitab ini bukan sekadar bacaan ringan menjelang Ramadan. Ia sesuai untuk mereka yang mahu memperhalusi niat, membetulkan kembali orientasi hidup, dan benar-benar serius mahu menjadikan Ramadan sebagai madrasah tarbiah diri.
Bagi yang sedang mencari naskhah untuk “reset” rohani setiap tahun — buku ini sangat sesuai dijadikan teman ulang baca.
Sekalipun jika waktu-waktu yang utama tersebut diketahui, adalah lebih sempurna jika manusia memahami makna berpuasa, bahawa tujuannya adalah menyucikan hati (tasfiyah al-qalb) dan mengosongkan tumpuannya (tafrigh al-hamm) hanya untuk Allah.
Buku ini adalah cuplikan daripada Ihya' Ulum al-Din, terjemahan Asrar al-Sawm oleh Imam Al-Ghazali. Satu usaha yang sangat baik daripada pihak The Biblio Press untuk menterjemahkan buku ini.
Imam Al-Ghazali menyentuh bab-bab utama dalam memahami konsep puasa itu sendiri. Puasa sangat lazim untuk umat Islam, tetapi benarkah kita faham apa itu puasa? Buku ini dibahagikan kepada 3 fasal, dan Imam Al-Ghazali turut menyentuh tentang puasa sunat.
Untuk orang awam seperti saya, buku ini sesuai untuk saya katakan sebagai ulang kaji semula untuk memahami hakikat sebenar puasa. Serasa seperti belajar semula dan memberi peringatan kepada diri sendiri. Apa yang saya suka, Imam Al-Ghazali turut memuatkan fadhilat berpuasa daripada sabda Nabi Muhammad SAW. Memberikan semangat kepada diri ini untuk meneruskan ibadah berpuasa hatta wajib ataupun sunat.
Jika pembaca memahami mesej yang cuba disampaikan di dalam buku ini, kebaikan dan larangan dalam berpuasa juga turut boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita untuk beribadah. Bukti bahawa agama ini benar mencakupi semuanya.
Buku : Rahsia-rahsia puasa (terjemahan Asrar Al-Saum) oleh Imam Ghazali.
Buku ini cuplikan dari Kitab Ihya Ulumudin. Buku ini membahaskan perihal puasa. Sesuai untuk difahami oleh orang awam.
Antara perbincangannya :
1. Penjelasan fadhilat puasa. 2. Kewajiban puasa 3. Rahsia puasa dan syarat batinnya 4. Ruh puasa 5. Puasa Tatawwu dam tertib awrad dalamnya.
Saya petik beberapa hikmah agung berkaitan puasa. Puasa adalah amanah. Amanah untuk kita mengaja pancaindera dan anggota dari melakukan dosa zahir dan batin.
Tujuan puasa menahan diri dari syahwat seboleh mungkin. Tidak hanya menahan perkara lapar, dahaga dan jima' perkara yang halal, bahkan paling utama menjauhi perkara-perkara kemungkaran.
Manusia dimuliakan kerana menggunakan akal jika berjaya menahan syahwat dengannya. Jika, tidak tiada bezanya manusia dan binatang yang tiasa mampu mengawal syahwat.
Kesimpulannya, buku ini memberi peringatan untuk kita menjaga syarat puasa dari segi zahir dan batin. Melanggar syarat puasa batin memang tidak membatalkan puasa. Tetapi tidak mencapai tujuan ibadah puasa itu, iaitu taqwa.
Inilah yang dimaksud pengarang, iaitu mencapai kesempurnaan puasa.
“Adalah lebih sempurna jika manusia memahami makna berpuasa, bahawa tujuannya adalah untuk menyucikan hati (tasfiyah al-qalb) dan mengosongkan tumpuannya (tafrigh al-hamm) hanya untuk Allah.”
Ini adalah Kitab Asrar al-Sawm (Rahsia-Rahsia Puasa) oleh Imam al-Ghazali rhm yang merupakan cuplikan daripada Ihya’ Ulum al-Din. Kitab kecil ini sudah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu oleh Muhammad Yusra Hulaimi.
Kitab ini membahaskan aspek-aspek dalaman amalan berpuasa sebagai tangga untuk penyempurnaan jiwa (tazkiyatun nafs) dan usaha mendekatkan diri kepada Allah. Imam al-Ghazali rhm membawa kita untuk memahami intipati puasa dari sudut tasawwuf.
Buku yang berada di tangan ini merupakan terjemahan karya Imam Al-Ghazali yang bertajuk Asrar Al-Sawm cuplikan daripada kitab magnum opus beliau iaitu Ihya' Ulumuddin. Selain Ihya' Ulumddin, kitab Al-Arbai'n Fi Usuluddin juga sesuai untuk dibaca bagi memahami intipati puasa.
Fokus utama buku ini adalah bagi menerangkan kepada pembaca pandangan ahli sufi daripada aspek dalaman hasil daripada melakukan ibadah puasa. Daripada sinilah terungkapnya "rahsia-rahsia puasa." Selain itu, ia juga menekankan aspek luaran iaitu pandangan Fuqaha' agar puasa itu menepati dengan kehendak syarak.
Mashaallah jelas sekali penerangannya, untuk orang awam sangat mudah difahami dan banyak input yang akan diterima inshaallah. Untuk yang dah pernah mempelajari kitab mengenai puasa, di dalam kitab ini dikumpulkan semua isi isi penting mengenai puasa dan menjadikan kitab ini sangat mudah untuk dijadikan bahan rujukan, tapi tak se detail seperti syarahan kitab. Apapun mashaallah🌹
I found this book to be incredibly well-translated, making it a breeze to read. It's the perfect companion for a late-night read, offering a deep dive into the topic of fasting without overwhelming me with unnecessary details. Despite its compact size, it's packed with valuable insights that I found enlightening. Highly recommended for anyone interested in exploring fasting!
Menyingkap makna dan tertib puasa bagi orang awam, orang khusus dan golongan elitis di sisi Allah. Penulisan yang ringkas tetapi padat dan memenuhi dan mencapai maksud Ramadhan.
A very good guide for fasting. Easily understandable. Very recommended for especially when nearing Ramadhan to improve and guide our fasting insyaAllah. 👍🏻
Sebuah makalah nipis dan ringan, tetapi banyak manfaat yang boleh diserap untuk diamalkan seusai pembacaan. Ringkasan yang merangkumi kesemua bab fiqh puasa.
Puasa adalah jalan untuk mendidik diri dan nafsu. Kerna, badan adalah pengaruh terbesar untuk mempengaruhi syahwat, jika kenyang badan, bebas menerewanglah nafsu mencari kepuasan. Dan jika lemah badan, maka akurlah ia .
Persiapan dalam pemusafiran yang panjang adalah melalui cara memaknakan ibadah puasa dengan betul pengamalannya. Laksanakanlah ibadah puasa seperti mana kamu adalah seorang pemimpin yang adil. Pemimpin buat nafsu dirimu. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya, puasa itu adalah sebuah amanah. Maka, hendaklah setiap daripada kamu memelihara amanahnya.”
Tidakkah kita mahukan kegembiraan yang telah dijanjikan oleh Tuhan Azza Wa Jalla. “Bagi orang-orang yang berpuasa itu dua kegembiraan: kegembiraan ketika dia berbuka puasa, dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya.”
Lazimilah diri kita untuk sentiasa mentaati dan mengamati di setiap ibadah yang telah ditaklifkan kepada kita. Semoga hijab rahsia yang terselindung dapat diraih melalui nikmatnya dalam beribadah kepada Dia. Amin